Kerabu Bersuara ® |
- Blogger Umno Cakap Kerabu Bersuara Fitnah Polis?
- Lirik Lagu Rasmi Negeri Selangor Ada Perkataan Allah. Macam Mana Orang bukan Islam Nyanyi?
- Kenyataan Media Presiden Parti Islam SeMalaysia
- Umno Sengaja Timbulkan Isu Perkauman. Surat Arahan Didedahkan!
- Kenyataan YB Khalid Samad Berkenaan Isu Blogger Umno Mohon Maaf
- Dr Asri Bidas Geng Ularmak Muda Umno
Blogger Umno Cakap Kerabu Bersuara Fitnah Polis? Posted: 08 Jan 2013 03:30 AM PST Semalam apabila kami mendapat email gambar tarian separuh bogel tu, ada banyak komen dari pencacai umno cakap pihak kami edit dan fitnah pihak polis. Hari ni pihak polis sendiri mengesahkan bahawa gambar itu benar. Ahmad Fadli KC Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob berkata beliau terkejut dengan bentuk persembahan tarian oleh sekumpulan wanita dalam majlis makan malam ketika meraikan anggotanya pada 4 Januari lalu. NONEKetua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob menjelaskan tarian itu tidak ditempah pihaknya dan ia dipersembahkan secara mengejut. "Tarian yang dipersembahkan itu tidak bukanlah yang ditempah dan unsur ini tidak timbul semasa raptai. "Perkara yang berlaku adalah secara mengejut tanpa izin penganjur," katanya. berita seterusnya... |
Lirik Lagu Rasmi Negeri Selangor Ada Perkataan Allah. Macam Mana Orang bukan Islam Nyanyi? Posted: 08 Jan 2013 12:25 AM PST Lirik Lagu Negeri Selangor Duli Yang Maha Mulia Allah lanjutkan usia Tuanku Bawah Duli Tuanku Aman dan sentosa Lirik Lagu Negeri Selangor @ Lirikami Harap pencacai umno boleh jawab :-) |
Kenyataan Media Presiden Parti Islam SeMalaysia Posted: 08 Jan 2013 12:06 AM PST
1- Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah mempunyai pendirian yang konsisten dalam isu ini, seperti dalam kenyataan media saya pada 4 Januari 2010, dan saya juga telah mengemukakan kertas kajian dalam seminar anjuran Institut Kefahaman Islam (IKIM) pada tahun 2010 yang telah diterbitkan sebagai buku kecil yang bertajuk: “Allah: Kalimah yang Benar,Tujuan Yang Salah” pada bulan Januari 2010 yang lalu. 2- Kalimah “Allah” adalah satu perkataan yang mengikut maksud asal bahasa al-Quran (Dia Sahaja Tuhan Yang Maha Esa), adalah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat. 3- Kalimah “Allah” tidak wajar disalah gunakan oleh pihak lain terhadap masyarakat Islam sehingga menimbulkan kekeliruan. Oleh itu penganut Islam berbagai bangsa tetap menyebut perkataan Allah (tanpa terjemahan) apabila menterjemah al-Quran dalam bahasa masing-masing dan ketika beribadat. 4- Walau bagaimanapun Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah “Allah” dalam amalan mereka, walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran. 5- Al-Quran menyebut penggunaan kalimah Allah oleh kalangan bukan Islam dengan penjelasannya: “Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara Kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain (Para paderi, sami, dan pemimpin) untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah”. Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam”.” [Ali-Imran: 64] 6- PAS merasa sangat kesal terhadap UMNO yang mewakili pihak Melayu Islam dan Barisan Nasional (BN) yang memerintah Negara kerana menjadikan kalimah Allah sebagai satu isu yang dipolemikkan sebebasnya oleh pihak media arus perdana dalam kempen politik pilihan raya, tanpa peduli terhadap salah faham dan ketegangan penduduk berbagai agama dalam masyarakat majmuk. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang 8 Januari 2013 |
Umno Sengaja Timbulkan Isu Perkauman. Surat Arahan Didedahkan! Posted: 07 Jan 2013 09:21 PM PST PemudaGombak.com Gempar! UMNO memang merancang dalam isu perkauman. Kejahatan UMNO ini tidak boleh dimaafkan lagi. |
Kenyataan YB Khalid Samad Berkenaan Isu Blogger Umno Mohon Maaf Posted: 07 Jan 2013 07:34 PM PST Kenyataan Maaf Dr Novandri Saya ingin ambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Dr Novandri kerana berani mengakui kesilapan, memohon maaf dan membayar ganti-rugi di atas fitnah beliau terhadap diri saya. Ini merupakan tindakan yang wajar dan waras memandangkan fitnah memfitnah itu adalah satu amalan terkutuk dan perlu dihentikan. Malaysia memerlukan corak kepimpinan politik yang menjauhkan diri dari budaya politik fitnah di mana hak rakyat dihormati dan diakui. Rakyat perlu diberikan peluang untuk mendengar penjelasan dari semua pihak, menilainya dan membuat keputusan secara bebas berdasarkan maklumat yang tepat. Budaya politik fitnah dan penguasaan maklumat di mana rakyat dihalang dari mendapat penjelasan dari semua pihak secara terus adalah corak politik yang ingin menguasai dan mengongkong rakyat. Ianya budaya politik lapuk yang tidak mempunyai tempat lagi di Malaysia. Saya mengharapkan bahawa kesediaan Dr Novandri untuk mengakui kesilapannya, memohon maaf, membayar ganti rugi dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi adalah langkah ke arah corak dan budaya politik yang lebih matang dan bertamaddun bagi negara kita. Budaya politik lapuk yang selama ini mencorakkan politik UMNO/BN perlu dikuburkan dan inilah apa yang perlu dilakukan rakyat dalam PRU ke 13 ini. Melalui kemenangan PR dalam PRU ke 13 ianya akan membuka lembaran baru ke arah politik baru yang akan menjamin terhentinya budaya politik fitnah dan monopoli maklumat, insyaAllah. Berkaitan: Shah Alam MP Khalid and blogger reach settlement (The Star) Blogger apologises to Khalid Samad for crucifix caricature (The Malaysian Insider) Pro-Umno blogger apologises to Khalid Samad (Malaysiakini) Blogger Umno minta maaf kepada Khalid Samad (HarakahDaily) WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD |
Dr Asri Bidas Geng Ularmak Muda Umno Posted: 07 Jan 2013 04:42 PM PST Mantan Mufti Perlis, Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin @ Dr Maza bersuara tentang Ulama Muda |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan