Kerabu Bersuara ® |
- Polis Anjur Tarian Separuh Bogel Sempena Majlis Malam Mesra IPD Shah Alam?
- Fathul ulama muda umno ulas isu AJL semalam
- Terkini! 9 tahanan larikan diri guna kenderaan polis
- Felda larang kibar bendera parti di tanah rancangan
- Khalid Samad Ulas Isu Amanat Hadi
- Mufti syor Majlis Fatwa jemput Hadi
Polis Anjur Tarian Separuh Bogel Sempena Majlis Malam Mesra IPD Shah Alam? Posted: 07 Jan 2013 02:53 AM PST Tak Nak BN Tiger Show Untuk Jabatan Siasatan Jenayah IPD Shah Alam ? Kami memohon respon segera daripada pihak polis! Sumber http://www.facebook.com/photo.php?fbid=531410606883072&set=a.443052045718929.104485.160537680637035&type=1&theater Kemaskini dan kenyataan dari ketua polis selangor: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=533309053346751&set=a.202010136476646.53473.199689986708661&type=1&relevant_count=1 |
Fathul ulama muda umno ulas isu AJL semalam Posted: 06 Jan 2013 10:54 PM PST |
Terkini! 9 tahanan larikan diri guna kenderaan polis Posted: 06 Jan 2013 09:42 PM PST OTHMAN YAHYA BUTTERWORTH - Seramai sembilan tahanan polis melarikan diri ketika dalam perjalanan ke Mahkamah Sesyen Butterworth di sini kira-kira jam 9.30 pagi tadi, dengan menggunakan van polis. Difahamkan dua anggota polis pengiring turut "dilarikan" manakala dua anggota polis lagi ditinggalkan di lokasi selepas dipukul. Kejadian berlaku di susur keluar Jalan Pantai Bersih semasa kesemua tahanan terbabit yang dalam tahanan reman dibawa dari Penjara Pulau Pinang untuk prosiding mahkamah. Gerakan memburu tahanan terbabit dilancarkan di beberapa lokasi sekitar daerah ini. |
Felda larang kibar bendera parti di tanah rancangan Posted: 06 Jan 2013 08:23 PM PST JENGKA - Mana-mana parti politik tidak dibenarkan mengibarkan bendera masing-masing dalam tanah rancangan sebelum Parlimen dibubarkan. Penolong Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka Komuniti, Sapie Embong berkata, belum masanya lagi untuk kibarkan bendera parti buat masa sekarang. "Tunggulah sehingga Parlimen dibubarkan dan ketika itu, barulah kita benarkan mana-mana bendera parti dikibarkan di seluruh tanah rancangan ini," katanya. Menurutnya, kini juga bukanlah masa yang sesuai untuk berkempen, melakukan kembara atau konvoi politik dalam tanah rancangan. "Pihak tertentu janji selesaikan masalah peneroka dan hal ini dipolitikkan. Sekiranya ada masalah, berhubung terus kepada pejabat pengurusan Felda yang terdapat di setiap tanah rancangan," katanya. Katanya, warga Felda dibenarkan berpolitik tetapi jangan sesekali menafikan hak mereka sebagai peneroka. "Felda sudah sediakan pelbagai kemudahan kepada peneroka. Saya rasa tidak ada masalah yang perlu dibangkitkan. "Saya minta peneroka dan generasi kedua imbau kembali kesusahan masa lalu sehingga mereka menikmati kesenangan tinggal Felda di masa sekarang," katanya. sampai bila ko nak bodohkan orang macam ko bodohkan diri sendiri? |
Khalid Samad Ulas Isu Amanat Hadi Posted: 06 Jan 2013 08:07 PM PST Amanat Haji Hadi UMNO nampak sangat kehabisan modal kerana terpaksa dikitar semula cerita lama dengan harapan kalau ada yang boleh menyengat. Maka ditimbulkan kembali soal 'Amanat Hj. Hadi' yang kononnya merupakan fatwa mengkafirkan ahli UMNO! Saya telah baca berulang kali, tetapi tidak pula jumpa ayat yang mengkafirkan ahli UMNO sempertimana yang telah digembar-gemburkan! Jangan-jangan ada yang terasa kot?! Selepas itu apabila TGHH minta diberi peluang buat penjelasan, hanya satu jam secara siaran langsung, setelah beratus-ratus jam diserang dan diputar-belit kenyataan beliau, Rais Yatim memberanikan diri dengan menyatakan boleh. Terkejut jugalah saya, maklumlah anggota kabinet 'PM takut debat', tiba-tiba jadi berani. Tengok-tengok keberaniannya hanyalah bersifat sementara, bagaikan 'mirage di tengah-tengah padang pasir' kerana beberapa hari kemudian dikatakan pula tidak boleh! Aduhai, nampak sangat UMNO/BN tidak tahu menahu bagaimana untuk mengangani isu yang ditimbulkan sendiri! Kalau TGHH sudah dituduh dengan begitu hebat sekali, berilah beliau peluang bela diri, kalau jujur! Apa kata pujangga, 'berani kerana benar'? Ini jelas takut kerana pembohong! Sudah jelas bahawa peluang itu tidak akan diberi oleh kerajaan BN dan kalau sekiranya rakyat mahu mendengar penjelasan TGHH dan membenarkan beliau membela diri, hanya satu cara sahaja yang ada, iaitu tukar kerajaan BN dengan kerajaan PR. Sekira itu berlaku maka debat ilmiah berhubung semua isu akan diusahakan. Seperti isu Amanat Hj Hadi, Kalimah Allah, Altantuya, Deepak, Teo Beng Hock dan segala-galanya boleh diadakan. Pada ketika itu akan dibebaskan minda rakyat daripada dibelenggu, sepertimana selama ini, oleh propaganda UMNO/BN. Pada masa itu juga pimpinan UMNO/BN boleh bersemuka dengan pimpinan PR dalam debat secara siaran langsung dan segala yang ingin ditanya dan dinyatakan boleh dikemukakan untuk tujuan kebaikan bersama. Pada ketika itu akan terserlah siapa yang bercakap benar dan siapa penipu. Ada berani? WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD |
Mufti syor Majlis Fatwa jemput Hadi Posted: 06 Jan 2013 07:08 PM PST SHAH ALAM – Majlis Fatwa Kebangsaan mesti menjemput Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mendapatkan penjelasan bagi menyelesaikan kemelut berkaitan dengan apa yang dipanggil Amanat Haji Hadi. Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad menegaskan, isu yang menjadi kontroversi itu tidak boleh diselesaikan hanya dengan berdasarkan laporan akhbar. "Ia mesti mengikut prosedur. Datuk Seri Abdul Hadi perlu dijemput untuk berbincang dan bagi mendapatkan penjelasan. Ia tidak boleh diselesaikan mengikut andaian," katanya. Mengenai fatwa yang dikeluarkan mengenai amanat itu, Hassan berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan tidak boleh bergantung kepada fatwa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa di peringkat negeri. Kuasa mengeluarkan fatwa, katanya, adalah kuasa negeri dan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tidak semestinya satu keputusan mutlak kerana kuasa agama kekal di bawah kuasa negeri. Beliau menjelaskan, fatwa sesebuah negeri boleh diguna pakai oleh negeri yang menggazetnya. "Jika fatwa yang dikeluarkan di peringkat Majlis Fatwa Kebangsaan hanya di peringkat kebangsaan, dan ia tidak akan dibawa ke negeri, ia tidak menjadi undang-undang keseluruhan kerana ia berperanan menyelaras sahaja," katanya. Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya pula menegaskan tiada fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan secara khusus mengenai Amanat Haji Hadi yang menjadi isu kontroversi itu. Katanya, beberapa fatwa yang dikeluarkan mengenai isu seumpama itu adalah dibuat oleh majlis fatwa peringkat negeri. Sebuah daripadanya adalah Majlis Fatwa Negeri Melaka, yang dikeluarkan pada 2002. Fatwa yang diputuskan di peringkat negeri, katanya, tidak semestinya boleh diguna pakai oleh negeri lain. "Fatwa yang ada itu ialah mengenai isu kafir-mengkafir, sama seperti fatwa (yang dibuat) oleh Kelantan. Fatwa yang ada dalam laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hanya fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Melaka," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Menurutnya, fatwa yang dikeluarkan oleh negeri tertentu terhad kepada negeri berkenaan sahaja, sementara negeri yang mempunyai raja atau sultan perlu mendapat perkenan raja atau sultan masing-masing. "(Untuk) isu yang berlaku di negeri tertentu, hanya negeri (yang terlibat) itu patut mengeluarkan fatwa mengenainya," katanya. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan