Sabtu, 26 Januari 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Bavani sudah marah...jaga-jaga lu orang!

Posted: 25 Jan 2013 09:00 PM PST

Sharifah Zohrah ada beranikah?
 
Parti Kebangsaan Hindu India yang radikal , parti yang mentadbir Mumbai telah menyerahkan pisau dan serbuk cili kepada wanita berikutan geng rogol di New Delhi yang menghangatkan perdebatan negara itu mengenai cara terbaik untuk menangani jenayah seks.Tak ada sangkut paut hal Bavani dan Sharifah Listen! Listen! Listen! LOL!

Wanita India bergelut dgn polis!

Parti Shiv Sena, sekutu pembangkang utama BJP, berkata ia telah menyerahkan 21,000 bilah pisau tiga inci untuk wanita di bandar dan kawasan sekitarnya dan rancangan untuk mengedarkan 100,000. Parti itu juga mengedarkan beg kecil serbuk cili - untuk dilontarkan ke arah mata penggodam.Gambar atas buat gempak korang saja. Gambar sebenarnya kat bawah ini :


Mereka ini tersangat busuk dan tidak menyenangkan pandangan

Posted: 25 Jan 2013 04:52 PM PST

Amat menarik sekali bila membaca coretan di face book Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man - Alkisah seorang budak nakal… Korang bolehlah jengok facebook tu untuk baca cerita keseluruhannya.

Saya hanya memuatkan bahagian akhir cerita tersebut yang merupakan moral of the story yang seperti berikut : 


Sama seperti najis binatang, jika diletakkan pada tempat yang tidak betul, ia busuk dan tidak menyenangkan pandangan. Jika ia terkena tanah dan ditanam, ia bertukar menjadi baja yang menghasilkan banyak pokok yang berbuah," jawab Ustaz Ismail sambil tersenyum.


Komen Alhusseyn - Ramai yang tertanya-tanya, siapakah sebenarnya budak Amin Nakal yang Tuan Ibrahim gambarkan dalam 'Alkisah' itu?

Pada aku, ada ramai budak nakal yang macam Amin tu di dalam PAS.Bukan bebudak sahaja, tapi bapak budak pun ada yang sangat nakal dalam PAS.Korang agak-agaklah sendiri.Hasan Ali kini dah jadi budak baik setelah berkawan dengan Ibrahim katak tuh! Ha! ha!

Tapi apa pun, aku ingin cadangkan supaya PAS pusat buat serupa keatas Ust Nasharudin dan Geng UG. Maksud saya , kita tanam hidup-hidup Ust Nasha dan geng UG?

Ya lah! depa ni selama ini buat busuk perjuangan PAS sahajakan?

Menemani Najib ke Gaza tanpa memaklumkan kpd PAS

Ust Nasha masih lagi menjadi ahli Majlis Syura Ulama PAS, tapi kelaku saling tak tumpah macam Ahli Majlis Tertinggi Umno; sering mendapat layanan istimewa dari PM Najib. Terbaru, gambar atas, beliau telah menemani Najib ke Gaza, tanpa memaklumkan kepada parti pemergiannya itu.Ok kah kelaku macam tu?

Ketika menemani Najib di Mesir.Nyatakan pendirian 
atau KELUAR PR - kata Nasha

Geng UG di Pulau Pinang yang diketuai Mohd Hafiz Mohd Nordin, adalah satu kapal dengan Ust Nasha. Gongongannya sama macam Ust Nasha.Korang boleh tengok gambar atas dan yang saya sertakan di bawah. Mohd Hafiz Mohd Nordin dan gerombolannya  telah membuat demo di depan pejabat Karpal Singh. Mereka mahu PAS keluar dari Pakatan Rakyat.

Mohd Hafiz dan gerombolan UG mendesak 
PAS keluar Pakatan Rakyat

Apakah Tuan Ibrahim bersetuju dengan tindakan ketulan taik-taik ini? Apa tindakan PAS sekiranya PAS benar-benar menerima pakai TAHALLUF SIASI DENGAN DAP?

Harap Tuan Ibrahim selaku Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti mengambil tindakan yang tegas terhadap ketulan taik-taik yang bersepah ada di dalam PAS ini.Mereka ini tersangat busuk dan tidak menyenangkan pandangan.

Tiada ulasan: