Sabtu, 26 Januari 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Siaran Langsung Bersama TG Nik Aziz Dan Ustaz Azizan Razak Di Kedah

Posted: 26 Jan 2013 06:57 AM PST

Al Fatihah! Allahyarham Tok Ayah Haji Musa - Ulama' Yang Tawadhuk

Posted: 26 Jan 2013 05:28 AM PST



Al Fatihah.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg_DlIk86Kf5yrPBB67Gp5kGYJnXCWKl-RKM2aNToL_oaeZdrdIEEK6ZcosydSiPEbvIMdaa3AQN1kfgXXqGWHkzhgWmeD71uIB0BypW43L0Fb-1TGXEYtJpqY9OtcLSgUiynYguDNBd6AO/s1600/11.jpg.gif

Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa digugur anggotai Majlis Syura Ulama PAS

Posted: 26 Jan 2013 03:20 AM PST


Majlis Syura Ulama PAS dalam mensyua- ratnya pada 13 Januari lalu telah memutuskan untuk menggugurkan Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya. Keputusan itu dibuat kerana beliau didapati telah melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama PAS, lapor Harakah Bil 1813 Edisi Isnin, 29 Januari 2013 pada muka belakangnya.

Setiausaha Majlis Syura, Dato' Nik Muhamad Zawawi Salleh menjelaskan, selain itu, Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini merugikan parti. Menurut beliau, selain itu, gelagat bekas Timbalan Presiden PAS itu juga didapati telah menimbulkan suasana yang keroh di kalangan ahli-ahli parti.

Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini telah menimbulkan fitnah bagi jamaah, di samping bercanggah dengan kaedah-kaedah dan pendirian yang dibuat oleh parti, tegasnya kepada Harakah 25 Januari lalu.

Bagaimanapun, tegas Ustaz Nik Zawawi, keahlian Nasharudin dalam PAS masih dikekalkan, tetapi kedudukannya sebagai ahli biasa sahaja.

Ustaz Nik Zawawi yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat menjelaskan, keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS hanya menggugurkan beliau sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS, bukannya menggugurkan beliau daripada parti.

Tiada maaf Najib, BN di Selangor

Posted: 26 Jan 2013 03:19 AM PST


Penulis TamuOleh Subky Latif

SEKALI lagi Perdana Menteri Najib ke Selangor minta maaf dari rakyat – pengundi – atas kesilapan UMNO dan BN di Selangor dan berilah pelung sekali lagi kepadanya memerintah semula Selangor. Ubahlah Selangor tetapi jangan ubah Putrajaya! Itulah kira-kira seruannya.

Dia minta pengundi memberi pertimbangan itu berdasarkan rekod kerajaan BN sejak merdeka.

Apapun Najib mengaku UMNO dan BN ada melakukan kesilapan. Jika tildak masakan dia minta maaf. Bolehkah maaf itu diberi sedang dia dan UMNO sendiri tidak memaafkan Tun Abdullah Badawi kerana kegagalan BN mempertahankan Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang dalam PRU12 dan tidak dapat majoriti dua pertiga di Parlimen.

Tun Abdullah tentu ada rekod yang baik dalam perkhidmatannya di beberapa kementerian dan sebagai Perdana Menteri. Jika ada kesilapannya yang ketara dalam dua perkara yang Mahathir payah lupa ialah menghalang Dr. Mahathir untuk menjadi salah seorang perwakilan UMNO Kubang Pasu ke Perhimpunan Agung UMNO.

Kedua ialah membatalkan projek jambatan bengkok.

Kerana itu Dr. Mahathir tidak dapat memaafkannya hingga Mahathir keluar UMNO. Sampai hari ini Mahathir tidak memaafkannya.

Justeru kemuncak kemarahan rakyat kepada UMNO, maka BN tidak mencapai kemenangan yang gemilang dalam PRU12. Kelemahan BN dan UMNO itu bukanlah kelemahan diri Tun Abdullah seorang tetapi ia kelemahan UMNO pada keseluruhannya yang diwarisinya dari kepimpinan Dr. Mahathir.

Mengapa Najib dan UMNO tidak memaafkannya. Tun Abdullah sudah sedia berundur dan memberi tarih, tetapi UMNO mahu disegerakan. Tiada ampun. Berundurlah dia, terhina dan dimalukan.

Bahkan dalam rekod BN di Selangor. Ia tidak memaafkan Dato Harun Idris sebagai Menteri Besar dan Ketua Pergerakan UMMNO Malaysia. Dia ada rekod baik di Selangor. Sebelum dia dimahkamahkan, dia digulingkan sebagai Menteri Besar.

Tan Sri Mohamad Mohd. Taib adalah menteri dan Ketua Penerangan UMNO di bawah pimpinan Tun Abdullah. Dia jadi calon Timbalan Presiden UMNO yang dikalahkan oleh Muhyiddin Yasin. Dia adalah pemimpin UMNO Selangor. Mengapa dia tidak dibagi apa-apa oleh Najib? Ia bukti Najib dan UMNO tidak memaafkannya.

Kalau Najib dan UMNO tidak sedia memaafkan pemimpinnya, maka bagaimana rakyat Selangor dan lain-lain boleh memaafkan Najib, UMNO dan BN?

Berdasarkan rekod BN selama ini dan berdasar rekod rekod Najib sendiri, wajarkah ia dan dia dimaafkan?

Apa rekodnya? Tidak usah kita ugkit rekod Dr. Khir Toyo yang sudah dihukum mahkamah. Rekod Najib sebagai Presiden UMNO dan Ketua Perhubungan UMNO Selangor. Memberangsangkankah?

Rekodnya dalam kes Altantuya belum diselesaikan. Rekod pembelian kapal selam Perancis baik rekodnya di Malaysia dan di Perancis sendiri belum selesai. Berbelanja besar-besaran tentang pertunangan anaknya dan bilnya dihantar ke Jabatan Perdana Menteri belum dijelaskan.

Rekod rasuah dan dilihat rasuah sepanjang pentadbiran BN sejak merdeka di pusat dan di negeri-negeri adalah rekod yang wajar diingat oleh sekalian rakyat.

Kita belum bincang tentang Tunku digulingkan oleh Tun Razak dan Tun Hussein Onn digulingkan oleh Dr. Mahathir. Kita belum tengok kisah berbilion duit Bank Negara hilang atas kertas. MB BN Selangor ditangkap membawa kerkilo-kilo duit di lapangan terbang Australia, Ketua Polis Negara pukul bekas Timbalan Perdana Menteri hingga separuh mati dalam penjara.

Bagaimana dengan rekod suami Shahrizat Jalil diberi pinjam RM250 juta untuk gembala lembu dan dibicarakan sekarang? Bagaimana dengan pembongkaran saudagar Deepak yang menerbitkan buku berjodol Black Rose yang membabitkan Najib dan isteri yang baru tersebar?

Apakah semua ini tidak termasuk dalam rekod BN yang permohonan maaf Najib itu tidak wajar diterima dan peluang tidak boleh diberi lagi kepadanya di Putrajaya dan tidak boleh diberi semula di Selangor?

RCI: Najib juga perlu disiasat- Anwar

Posted: 25 Jan 2013 09:17 PM PST



(Oleh: Aisha Geofrey)

BATU PAHAT 26 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga perlu disiasat berhubung pemberian kad pengenalan (IC) kepada warga asing di Sabah, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Najib, Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) juga perlu disiasat, kerana ini projek terus menerus dari era Mahathir, dan tidak pernah berhenti IC terus diberikan," kata Anwar di Majlis Dialog bersama penduduk Batu Pahat di Hotel Garden, semalam.

Anwar turut membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang mahu menutup kesalahan beliau dengan mempertikai kewarganegaraan penduduk Cina dan India yang diberi Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.

"Sekarang dia (Mahathir) nak salahkan 'Jus Soli' pula, nampak tak bagaimana dia pertikai kewarganeraan penduduk Cina dan India yang sememangnya layak menjadi warganegara?

"Semua anak Cina, India, Kadazan, Dayak, yang lahir di tanah ini sebelum kemerdekaan adalah warganegara dan semua akan kita lindungi!" kata Anwar disambut tepukan 300 tetamu.

"Kewarganegaraan ini kalau mengikut prosedur, undang-undang tidak menjadi isu, tapi ini melibatkan korupsi Perdana Menteri ketika itu," katanya lagi.

Beliau turut menyatakan kesediaannya untuk dipanggil ke suruhanjaya siasatan yang sedang berlangsung ketika ini.

"Panggillah saya, saya tak kisah. Saya bersedia. Saya juga sudah 'check' dengan Datuk Chua Jui Meng dan Tan Sri Fadzir Sheikh Kadir, mereka pun selama dalam kabinet tidak pernah diberitahu apa-apa berhubung program itu, hanya Mahathir yang tahu," katanya lagi.

Turut hadir dalam majlis itu, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dan Ketua Cabang Batu Pahat, Syed Hamid Ali.

Anwar: Asas Islam, Melayu Pakatan kuat

Posted: 25 Jan 2013 07:29 PM PST


DR G MANIMARAN, SITI SALMI DRAHSIN dan NOOR AZURA SAHRIL
FOTO: SAFWAN MANSOR
26 Januari 2013

IKUTI bahagian kedua dan akhir temu bual eksklusif bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di pejabatnya Rabu lalu.

SINAR HARIAN: Baru-baru ini Tan Sri Muhyiddin kata, Datuk Seri apabila bangkit isu Felda, dia kata sabotaj ekonomi negara, sabotaj negara dan minta Bursa Saham siasat?

ANWAR: Tak apalah. Tan Sri Muhyiddin itu kawan lama saya. Jadi kalau dia berucap tu, dia tidak teliti.

SINAR HARIAN: Termasuk kata Datuk Seri sebagai seorang pembohong?

ANWAR: Saya belum pernah jawab dia menggunakan bahasa yang dia gunakan terhadap saya dan saya pernah beritahu dia di Parlimen. Bezakan. Saya belum pernah. Saya cuma hendak tumpukan kepada isu dasar. Apakah dia sudah baca kenyataan kita tentang kelapa sawit dan tentang Felda? Saya katakan, mengapa saham Felda untuk semua peneroka itu dengan had, tak boleh jual sehingga pasaran itu turun, mengapa diberikan lebih kepada yang bukan peneroka? Siapa yang khianat?

Peneroka 30, 40 tahun dapat jumlah kecil dan yang bukan peneroka, ahli lembaga, ketua-ketua Umno, itu diagih sikit-sikit. Tak setuju? Dedahkan siapa yang dapat. Mustahil hendak didedahkan.

Permit teksi, siapa yang khianat? Apalah salahnya bagi pemandu yang bawa sendiri. Bagi sahajalah permit. Kamu carilah. Saya gunakan istilah ‘mentekedarah’, maknanya nak kaya ambillah dari syarikat-syarikat besar. Apa makna ‘mentekedarah’ istilah Kedah. Muntah sampai ke darah. Ini rompakan. Jadi tak payahlah nak marah saya lebih-lebih sangat.

Khianatlah, khianat Melayu, pembohong, apa yang saya bohong, patutnya Sinar tanya pada dia, apa saudara Anwar bohong? Apa kenyataan dia kata yang kata bohong. Kalau tak betul, kalau saya silap, saya boleh betulkan. Tak ada masalah.

Berbalik kepada aspek Melayu dan agama, apa satu jaminan konkrit yang Datuk Seri boleh berikan kepada orang Melayu dan beragama Islam? Perkara ini sangat penting dalam pilihan raya.

Saya bukan anak orang kayangan. Saya orang desa. Walaupun saya bukan dari keluarga yang miskin, ayah saya pembantu hospital, ada yang kata dia atendan hospital, saya tak rasa hina, orang Umno kempen dia atendan hospital tak ada pendidikan. Tak ada masalah.

Tetapi saya dibesarkan oleh ibu bapa saya dengan asas agama dan sebagainya. Alhamdulillah, pergi ke Kolej Melayu (Kuala Kangsar), sekolah yang sangat bagus, giat dalam kegiatan mahasiswa, menambah kesedaran saya tentang kebimbangan rakyat, dhamir derita rakyat, kemudian saya dalam belia Islam, ABIM dan ini satu episod yang sangat penting dalam hidup saya kerana ia memberikan asas Islam yang kukuh, usrah mingguan, agama, pengajian daripada kitab klasik, kitab al-Quran sehingga buku-buku semasa, ini membantu
saya dalam membentuk pemikiran saya tentang apa erti perjuangan hidup dan perjuangan.

Kita dalam Pakatan, apatah lagi dengan Pas, soal asas Islam, Melayu itu kuat. Tetapi bukan Melayu yang difahami oleh Umno. Walaupun mereka cakap tentang Melayu, hidup Melayu, 200 ekar tanah beri Ketua Wanita, hidup Melayu, duit NFC lembu terlepas pula, hidup Melayu, duit teksi habis. Hidup Melayu, AES RM400,000 disaman. Ada beda.

Saya tidak mengatakan dalam Umno tidak ada langsung sumbangan kepada Melayu. Ada. Saya tidak mewakili pendapat itu. Sebab itu dalam ucapan-ucapan saya tidak menyerang orang-orang Umno biasa yang masuk kerana mereka meyakini ia sebagai wadah untuk membantu orang Melayu. Kita harus faham mengapa diizinkan pemimpin-pemimpin menggondol kekayaan berlebihan, tidak boleh. Ini pegang amanah. Gaji sudah tinggi. Kita tidak boleh jadi pemimpin politik, peniaga, nak istana paling baik, subang yang paling mahal dan pada masa yang sama, anda hendak jadi pemimpin yang sederhana, ia bercanggah.

Betul anda mesin propaganda, ada sebahagian orang akan terpukau dengan janji-janji itu. Tapi tak akan kekal. Dan kalau kita bercakap soal Islam, akhirnya apa? Akhirnya kita kena ingat kuasa, amanah, pengucapan, tindakan, kita bertanggungjawab kepada rakyat dan akhirnya kepada ALLAH SWT.

Melayu begitu juga tadi, saya sebutkan soal bahasa. Soal keistimewaan orang Melayu, kita tidak pertikai.

SINAR HARIAN: Kebelakangan ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad nampak aktif berpolitik. Turun ke padang hampir setiap hari. Adakah itu satu faktor yang boleh menjejaskan perjalanan Pakatan ke Putrajaya?

ANWAR: Tak apa. Itu hak dia. Walaupun dia bekas perdana menteri, doakan dia sihat. Dia bantu kempen, tak apa.

Tapi kena ingat, tahun 1999 masa kempen, waktu itu Mahathir Perdana Menteri dan pimpin pilihan raya, dia tewas di kawasan-kawasan Melayu. Jangan lupa, dia menang dengan dokongan bukan Melayu. 2013 sokongan Melayunya tambah merosot, dokongan bukan Melayu, merempat ke bawah. Sudah tidak ada.

Jadi tak perlu risaulah. Biarlah dia kerja. Tapi selalu saya sebut kepada dia, tak perlu dia kasar sangat sebab orang akan tanya, kamu ini hendak pertahankan apa? Kalau nak pertahankan Melayu-Islam, kamu ada 20 tahun untuk lakukan. Kedua kalau betul kamu hendak pertahankan soal pemerintahan yang wibawa, yang telus, yang baik, kenapa kontrak Petronas dimonopoli oleh syarikat anak kamu sementara kamu masih jadi penasihat Petronas?

Kalau kamu nak pertahankan Islam, kenapa kepentingan keluarga kamu masih dalam San Miguel. Bukan sahaja kepentingan, menguasai San Miguel. Ini yang penting. Saya tak fikir ustaz Umno atau imam Umno akan jawab kerana dia tak nampak, San Miguel itu mereka tak nampak. Yang dia nampak mungkin gadis 18 tahun miskin yang ditangkap minum bir. Itu bagi dia salah besar.

Bagi orang yang memiliki syarikat dan kilang bercambah, dia tak nampak sebab hukum ikut kelas. Kena ingatkan bahawa, kekuatan syariat Islam itu ialah kerana, ia berteraskan hukum dan hukum tidak mengenal warna kulit, pangkat atau darjat.    

Maka sebab itu Rasulullah SAW dalam hadisnya menjelaskan, untuk memberi mesej kepada semua, demi ALLAH, kalau Fatimah itu pun ditangkap mencuri, hukum yang sama iaitu potong tangan. Nak berikan mesej apa? Ini kalau nampak orang Pakatan Rakyat, dari mufti, amboi heboh. Muka hadapan besar tapi kalau orang itu pemimpin besar dan syarikat araknya besar mana pun, dia tak nampak.

SINAR HARIAN: Datuk Seri akan tanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13?

ANWAR: Insya-ALLAH.

SINAR HARIAN: Di Permatang Pauh?

ANWAR: Kemungkinan besar tetapi saya masih diminta untuk pertimbangkan satu dua kawasan lain.

SINAR HARIAN: Lembah Pantai?

ANWAR: Kenapa pula Lembah Pantai? Nurul Izzah marah nanti, sebab saya pergi ke Lembah Pantai baru-baru ini? Itu sebab Ponggal.

SINAR HARIAN: Tadi Datuk Seri ada menekankan tentang sistem pilihan raya, daftar pemilih. Kenapa tidak boikot pilihan raya?

ANWAR: Itu yang Umno hendak. Itu yang Umno mahu.

SINAR HARIAN: Mengapa tidak?

ANWAR: Kalau kita boikot, mereka perintahlah tanpa susah payah. Sebab dia tipu pun, kita masih menang lima negeri campur Kuala Lumpur dan sekarang kita tambah kuat. Dia tak akan tipu sebanyak yang lalu sebab ada dakwat kekal dan pemantauan lebih. Kesedaran rakyat juga lebih. Jadi Insya-ALLAH kita menanglah. Jadi lepas ini, kita gantilah ahli suruhanjaya yang tipu itu.

SINAR HARIAN: Datuk Seri bagaimana dengan pembahagian kerusi? Ada perubahan seperti DAP ada minta tambahan baru-baru ini, sudah selesai?

ANWAR: Siapa pun boleh minta tapi rundingan itu mesti mengikut syarat dan peraturan dalam parti dan sebahagian besar diluluskan, selalu kita bagi nasihat supaya jangan ada kenyataan-kenyataan yang melanggar semangat kerjasama dan merumitkan rundingan ini umpamanya, berbanding 2008 hingga sekarang, Keadilan (PKR) merupakan parti yang paling banyak terpaksa menyerahkan kerusi terutama di Sabah kerana wujudnya PPPS (Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah) dalam Pakatan Rakyat, 90 itu kerusi Keadilan (PKR). Jadi kita terpaksa serahkan.

Saya ambil keputusan itu baik apabila kita lihat dalam kerangka besar dalam Pakatan Rakyat sebab di Sabah pun kita serah lapan hingga sembilan kawasan Parlimen.

SINAR HARIAN: Bagaimana jumlah calon wanita yang akan bertanding kali ini, berapa peratusan?

ANWAR: Saya sudah umumkan supaya diberikan pertimbangan yang agak berat menentukan calon wanita lebih drastik lagi. Saya tidak fikir kita terlalu berhasil tetapi peningkatannya pasti ada. Semalam (Selasa lalu) saya di Pulau Pinang menemui pimpinan Pulau Pinang, Kedah umpamanya Perlis, kita akan tolak ansur untuk pastikan setiap negeri, ada beberapa calon negeri dan calon Parlimen. Di kawasan yang kecil umpamanya Perlis, kita kena fahamlah. Kalau di Kedah, mesti ada. Pulau Pinang mungkin... kerana terbatas calon.

Bagi negeri-negeri mesti ada. Di Perak mesti ada Parlimen dan negeri. Itu umpamanya tindakan yang akan kita ambil, tidak berlaku pada 2008 walaupun calon wanita di dalam PKR dari segi jumlahnya juga tinggi. Yang menang baru-baru ini seperti Zuraida (Kamaruddin), Fuziah (Salleh) dan Nurul Izzah.

SINAR HARIAN: Sampai 30 peratus mungkin ada?

ANWAR: Sasaran kita memang 30 peratus tapi nampak sukar. Calon wanita ini bukan semata-mata kerana wanita tetapi kita kena adil, mereka tahu, dia mesti layak, kita naikkan atas dasar itu. Ada kadang-kadang, orang lelaki kata tak bolehlah, kawasan ini kawasan konservatif kampung, tahun 1959 Khadijah Sidek menang di Terengganu.  Maka saya pada 1955, waktu pemilihan majlis tempatan pertama, di sebelah hulu, menang juga. Jadi kalau orang kata wanita tak boleh, tak betul. Saya tak setuju. Jadi kita kena bagi laluan, hak dia. Kalau layak, bagi. (Allahyarhamah) Dr Lo’Lo’ dulu di kawasan bandar atau pun di kawasan Rantau Panjang, konservatif Melayu. Izzah ada di bandar, Fuziah juga kawasan bandar.

SINAR HARIAN: Bagaimana Datuk Seri nak menenangkan Karpal dengan Majlis Syura dalam hudud, isu kalimah ALLAH, ia isu penting ketika menjelang pilihan raya?

ANWAR: Siapa kata tak tenang? Saya jumpa tadi seorang ahli Majlis Syura, saya ditanya pagi tadi, itu dibesarkan perbedaan kenyataan mereka dengan Pakatan Rakyat. Tak betul.

Pakatan Rakyat membuat keputusan berdasarkan, malah bukan buat keputusan tetapi mendukung dan mengambil kira seluruh kenyataan (Presiden Pas) Tuan Guru (Datuk Seri) Hadi Awang, itu sebagai kenyataan bersama.

Kenyataan itu kenyataan Hadi dan dibentangkan dalam Majlis Pakatan dan kita terima. Kemudian Majlis Syura buat ulasan dan sebahagian daripada kenyatan Hadi yang prinsipnya apa? Membolehkan tetapi ada beberapa kebimbangan, yang disuarakan saya adalah keputusan Majlis Pakatan.

SINAR HARIAN: Bagaimana dengan perkembangan manifesto, penekanan kali ini dan adakah Pakatan Rakyat akan keluarkan kad laporan prestasi sepanjang lima tahun untuk rakyat timbang?

ANWAR: Kad laporan prestasi telah kita keluarkan dalam konvensyen yang lalu. Dalam konvensyen yang bakal diadakan oleh Pakatan Rakyat akan menumpu manifesto yang akan menumpu kepada kerangka yang berteraskan perlembagaan dan ekonomi. 

SINAR HARIAN: Datuk Seri berkenaan dengan mekanisme yang diguna pakai untuk tentukan orang bukan Islam tidak menyalahgunakan kalimah ALLAH?

ANWAR: Saya sebut, ia ada dua kumpulan, satu yang politikkan umpamanya bakar kitab Injil. Kalau betul kita terima kalimah ALLAH, kita terima al-Quran, kita tidak boleh zalim, tak boleh rasuah, tak boleh fitnah orang. Ini media kerajaan yang paling kuat pertahankan ALLAH, juga paling sekarang ini terbukti kes fitnahnya. Tak boleh, ia mesti konsisten.

Tapi satu kumpulan lain yang kalau ditanya saya setuju, ada yang melahirkan kebimbangan dan dia ikhlas, dia kata, dia bimbang takut kelonggaran ini disalahgunakan oleh pendakyah Kristian, mengelirukan umat Islam. Dalam menghadapi ini, saya tidak pertikai. Kalau terbukti umpamanya penyebaran kitab Injil terjemahan ini kepada pelajar-pelajar Islam, ia ada undang-undang oleh Majlis Agama, Jabatan Agama, Kerajaan Persekutuan harus ambil tindakan.

Atau pun digunakan umpamanya untuk panggil satu kumpulan umat Islam dan gunakan Bible untuk mengelirukan, ada bukti? Kita boleh ambil tindakan, undang-undang ada, jelas.

Satu hal yang tidak diliputi oleh media ialah bahawa yang meluluskan terjemahan ini kerajaan persekutuan, diumumkan oleh Idris Jala dan Datuk Seri Nazri Aziz dengan persetujuan Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Najib Tun Razak, suami kepada Datin Seri Rosmah Mansor.

SINAR HARIAN: Kenapa ini tidak dibesarkan?

ANWAR: Siapa yang luluskan? Ya, Datuk Seri Najib, (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri) Nazri (Aziz) dan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri) Idris Jala. Saya tak bangkitkan itu salah tak salah, saya kata sekarang, mengapa kita pula yang salah? Saya tadi dalam mesyuarat Pakatan Rakyat tadi dengan seorang wakil Majlis Syura, saya kata kita patut bawa ini balik. Siapa yang benar, izin terjemahan ini? Siapa yang luluskan dan mengapa kita disalahkan?

Jadi yang saudari tanya tentang kebimbangan itu, saya pun dalam ABIM lama juga. Saya tak nafikan kemungkinan disalahgunakan. Maka ada undang-undang tapi oleh kerana orang itu, kenyataan oleh Tok Guru Hadi Awang bahawa ALLAH boleh digunakan, apakah dia ikut Anwar, liberal, plural, itu siapa yang buat fatwa boleh, Syeikh Dr Yusuf Qardhawi liberal, plural kah?

Apa hujah dia? Alhamdulillahhirabil’alamin. Segala puji kepada ALLAH Tuhan kepada sekalian alam. Manusia, haiwan, pokok, gunung semua sekali. Macam mana kita hendak kata? Macam mana kita hendak sekat?

Soalan kedua, siapa nama nabi kamu Muhammad. Ayah dia siapa? Abdullah. Nama Abdullah itu nama sebelum Islam. Itu hujah dia. Kemudian masa dia jumpa saya, dia kata, Anwar kamu tahu tak, dia ingat saya yang tanya, saya kata bukan masalah saya, masalah Umno yang jadi isu ini, dia kata, apa soalan macam ini.

Dia kata, tahu tak sahabat saya, Ketua Paderi Jerusalem, Atta Ullah, saya kata nama Atta Ullah tapi orang Kristian. Itu jelas dibenar. Hujah kita di rantau Melayu ini, sejarahnya berbeda, budaya berbeda dan ada kebimbangan usaha pengkristianan. Ini soal akidah. Adakan undang-undang untuk mengawal sepertimana yang sudah ada sekarang.

Jadi kalau kata kita mana ada undang-undang untuk menjaga kepentingan orang Melayu, tak apalah tapi jangan undang-undang dari segi hukum Quran. Saya beda ini. Ada orang kata Anwar hendak ambil jalan selamat, tidak betul. Saya bukan mufti, bukan Sheikh, tapi saya ikut Sheikh Qardhawi, hujah dia kuat. Tapi tidak boleh remehkan setengah daripada ulama-ulama kita, bukan sahaja Majlis Syura Pas tetapi sesetengah ulama kita yang merasakan bimbang, nampak longgar sangat ni. Yang longgar ini, yang boleh terjemah ini Najib yang luluskan dengan Nazri umumkan, Idris Jala yang edarkan. Kita pula salah sekarang ini.

Jadi kebimbangan itu saya ulang, kita tak pertikai. Tapi ikutlah undang-undang. Janganlah pakai hukum, bakar macam sekarang ini, tidak betul. Kita kena hak dan hormat, itu janji kita.

Kalau maksud kita sebagai orang Kristian, baca dan faham OK. Tapi maksud dia, orang Kristian ambil Bible itu hantar dan kelirukan di sekolah, itu kita pun bantah. Ada undang-undang sekarang ini dan undang-undang sangat keras melarang. Ingat ada kes serang gereja, ambil tindakan nak tutup gereja kononnya paderi yang buat kerja ini, kalau betul paderi yang buat, tangkap dia, dakwa dia, biar dia pertahankan diri dia. Jangan suruh tutup gereja. Orang tafsir macam-macam. Nak bagi belaga. Nak minta terang lebih-lebih, saya bukan mufti.

Jadi saya boleh rujuk pandangan ulama-ulama besar.

SINAR HARIAN: Soalan terakhir Datuk Seri, adakah negeri-negeri yang dimenangi oleh pembangkang, akan bubar Dun sekali dengan Kerajaan Persekutuan atau tidak?

ANWAR: Sekarang ini sudah lambat, mungkin keadaan itu sudah ‘overtaken by event’.

SINAR HARIAN: Adakah dalam tempoh seminggu atau pada hari sama?

ANWAR: Kalau dalam keadaan sekarang, saya tak fikir ia akan jadi isu. Kita akan bekerjasama sepenuhnya. Walau bagaimanapun keputusan muktamad saya akan rujuk kepada Majlis Pakatan minggu depan.

[BAHAGIAN PERTAMA: Anwar: 'Jawatan PM bukan isu, yang penting rakyat']

linkkan URL ini, tq

http://www.sinarharian.com.my/wawancara/anwar-jawatan-pm-bukan-isu-yang-penting-rakyat-1.124927

Tiada ulasan: