Sabtu, 26 Januari 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Nasharuddin Mat Isa Bukan Lagi Ahli Majlis Syura Pas

Posted: 26 Jan 2013 06:06 AM PST


[SanggahTokSago] Majlis Syura Ulama PAS dalam mensyuaratnya pada 13 Januari lalu telah memutuskan untuk menggugurkan Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya. Keputusan itu dibuat kerana beliau didapati telah melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama PAS, lapor Harakah Bil 1813 Edisi Isnin, 29 Januari 2013 pada muka belakangnya.

Setiausaha Majlis Syura, Dato' Nik Muhamad Zawawi Salleh menjelaskan, selain itu, Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini merugikan parti. Menurut beliau, selain itu, gelagat bekas Timbalan Presiden PAS itu juga didapati telah menimbulkan suasana yang keroh di kalangan ahli-ahli parti.

Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini telah menimbulkan fitnah bagi jamaah, di samping bercanggah dengan kaedah-kaedah dan pendirian yang dibuat oleh parti, tegasnya kepada Harakah 25 Januari lalu.

Bagaimanapun, tegas Ustaz Nik Zawawi, keahlian Nasharudin dalam PAS masih dikekalkan, tetapi kedudukannya sebagai ahli biasa sahaja.

Ustaz Nik Zawawi yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat menjelaskan, keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS hanya menggugurkan beliau sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS, bukannya menggugurkan beliau daripada parti.


P/s: Patutlah rapat semacam dengan Najib!



Rafizi LAWAN Saman Zahid Hamidi

Posted: 26 Jan 2013 05:31 AM PST


Rafizi Tidak Akan Tarik Balik Kenyataan, Lawan Saman Zahid


[TMI] KUALA LUMPUR, 26 Jan — Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli tidak akan tarik balik kenyataannya berkenaan Kementerian Pertahanan menggunakan dana awam untuk membeli saham Astacanggih, milik peniaga permaidani Deepak Jaikishan berharga RM30 juta dan membeli tanah Raja Roopiah bernilai RM160 juta di Bukit Raja.

Beliau yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, rakyat Malaysia secara umumnya sudah mengetahui kes ini dan beliau sedia ke mahkamah menghadapi saman dari Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Ya, saya akan hadapi saman tersebut. Saya akan go through dengan lawyer saya mengenai isu ini," kata Rafizi.

Semalam, Ahmad Zahid berkata beliau akan menyaman Rafizi berkenaan tulisannya di dalam blognya, yang didakwa berunsur fitnah, palsu dan tidak benar.

Saman itu dikemukakan berhubung artikel yang mengaitkan beliau dengan seorang ahli perniagaan karpet, Deepak Jaikishan.

Ahmad Zahid selaku plaintif berkata, perkataan tersebut antaranya membawa maksud beliau tidak kompeten, salah guna kuasa sebagai Menteri Pertahanan dan tidak jujur.

Menteri Pertahanan itu antaranya menuntut ganti rugi am dan khas bagi fitnah bertulis, ganti rugi teladan dan melampau serta menarik balik sepenuhnya kata-kata fitnah itu.

Pengarah strategi PKR itu berkata, beliau bersedia untuk ke mahkamah agar semua dokumen yang terlibat dapat disapina di mahkamah.

"Kalau dia saman saya, baguslah, kita boleh sapina semua dokumen nanti.

"Apa yang saya katakan, beliau selaku Menteri Pertahanan harus bertanggungjawab kepada dana awam," kata Rafizi lagi.

Ahmad Zahid menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teladan, penarikan penuh segala kata-kata fitnah serta meminta maaf dalam format yang diberikan Ahmad Zahid dan diiklankan dalam empat surat khabar tempatan, empat bahasa selama dua hari.

Beliau juga menuntut perintah supaya defendan mengeluarkan artikel tersebut daripada blog miliknya, perintah larangan daripada mengulangi atau menerbitkan semula termasuk di ceramah, perhimpunan dan kempen pilihan raya.

Turut dituntut ialah faedah empat peratus ke atas jumlah ganti rugi, kos dan relif lain.


Berita Berkaitan:

Zahid fail saman fitnah terhadap Rafizi

[Bernama] Menteri Pertahanan Datuk Dr Ahmad Zahid mendakwa artikel yang di tulis Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli palsu dan ditulis dengan niat jahat.

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli berhubung satu artikel di dalam laman blog.

Dr Ahmad Zahid memfailkan writ saman tersebut menerusi Tetuan Majid Krishna Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Mengikut pernyataan tuntutan, Dr Ahmad Zahid mendakwa Mohd Rafizi (defendan) menerbitkan artikel fitnah itu di laman blog miliknya iaitu RafiziRamli dotcom.

Dr Ahmad Zahid mendakwa artikel itu adalah tidak benar, palsu dan ditulis dengan niat jahat bagi memberi gambaran negatif berkenaan diri dan pekerjaannya untuk dibaca orang awam.

Katanya Rafizi mengetahui kesan langsung penerbitan artikel tersebut yang membolehkan ia diterbit semula oleh pihak media termasuk media di laman Internet.

Dr Ahmad Zahid turut mendakwa perkataan yang terkandung dalam artikel tersebut membawa maksud bahawa beliau tidak kompeten untuk menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan, menyalah guna kuasa, tidak bertanggungjawap, menyalah guna wang rakyat dan pecah amanah.

Beliau mendakwa tujuan sebenar Rafizi berbuat demikian adalah untuk melupuskan keyakinan orang awam dan gabungan Barian Nasional terhadapnya terutama dalam pilihan raya umum akan datang.

Dr Ahmad Zahid menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teladan, penarikan penuh segala kata-kata fitnah serta meminta maaf dalam format yang diberikan Ahmad Zahid dan diiklankan dalam empat surat khabar tempatan, empat bahasa selama dua hari.

Beliau juga menuntut perintah supaya defendan mengeluarkan artikel tersebut daripada blog miliknya, perintah larangan daripada mengulangi atau menerbitkan semula termasuk di ceramah, perhimpunan dan kempen pilihan raya.

Turut dituntut ialah faedah empat peratus ke atas jumlah ganti rugi, kos dan relif lain. 



Foto Bintang Porno Jepun dalam Buku Latihan Sekolah Indonesia

Posted: 25 Jan 2013 08:53 PM PST


Maria Ozawa  pelakon filem porno bukan sahaja popular di Jepun, malah turut diminati penggemar filem dewasa di seluruh dunia. Pelakon kacukan Perancis-Kanada dan Jepun yang dikenali 'Miyabi' dikatakan amat popular di Indonesia. Popularitinya mendorong penerbit filem di negara itu mempelawa Maria berlkon dalam dua buah filem Indonesia.

Menurut artikel dalam laman Roket News 24, gambar Maria Ozawa disiarkan dalam sebuah buku kerja sekolah menengah untuk subjek Bahasa Inggeris. Pada halaman berkenaan, gambar Maria disiarkan bersama-sama dengan gambar seorang pelakon popular tempatan dan dua ekor haiwan. Pelajar dikehendaki menulis soalan pendek dan jawapan berkaitan dengan gambar orang atau haiwan yang disediakan.

Wakil Kementerian Pelajaran, Mohammad Nuh menuntut penerbit menghentikan pengedaran buku tersebut selepas menerima aduan daripada ibu bapa yang bimbang gambar pelakon tersebut akan merosakkan moral pelajar. Hal ini terbukti berasas apabila rata-rata pelajar yang melihat gambar itu dapat mengenal pasti Maria Ozawa.
 
Buku latihan itu telah ditarik dari pasaran dan kes itu kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa Indonesia.-DCM/StompSg


P/s: Agak-agak apakah soalan dan jawapan yang ditulis oleh murid berkaitan dengan gambar Maria Ozawa?

Hahahaha...hancusss!!!



Tiada ulasan: