Ahad, 13 Januari 2013

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Catatan anak kedua.

Posted: 13 Jan 2013 10:15 AM PST

1. Ini catatan. Kena gaya, anak2 gua akan baca semua tulisan gua. Buruk dan baik. Gua bukan jenis orang yang ada banyak ID. Nak jadi jahat guna ID sekian. Nak jadi baik ID sebenar.

2. Baru2 ni, Pak Bakaq (Penarik Beca) panggil gua dengan panggilan LEBAI.

"Aku panggil hang lebai la ni. Sejak duduk Kelantan hang tak ganas macam dulu."

Gua sengeh sambil makan kambing. Restoran Al-Amin.

3. Sebenarnya anak adalah ejen pengurai dalam hidup gua. Ejen neutral.

Dalam keadaan marah, atau dalam keadaan memutuskan mengeluarkan tulisan provok, atau tatkala idea membuak2, anak akan mengurai, meneutralkan keadaan.

Bila main dengan anak, atau anak tiba2 ajak gusti, atau anak rentap HP / laptop, maka semuanya terbengkalai.

Anak juga adalah motivasi tambahan gua dalam perjuangan. Kalau gua yakin gua buat kerana Allah, gua tak akan takut sesiapa. Dan anak akan menjadi motivasi tambahan. Insyaallah.

4. Gua mahu anak gua dapat melihat asal usulnya di masa akan datang. Gua tak mampu hantar isteri versalin di swasta.

Bersalin di klinik kerajaan pula memang agak ketat. Mereka tak bagi gua rakam kelahiran dan proses suntikan.

Tapi demi anak, gua tetap buat. Walau dihalang gua akan tetap buat.

5. Anak pertama ada rakaman bagaimana dia keluar dari perut. Gua dah edit untuk melindungi aurat isteri gua.

Anak kedua tadi, alhamdulillah. Gua rakam gua. Walau ditengking pegawai perubatan dan berlaku fizikal contact. Tepis menepis.

6. Gua minta maaf banyak2. Kalau dulu gua melawan dengan garang. Sekarang gua dah rasa sesikit perubahan. Gua tidak melawan dengan garang kerana faham tugas mereka. Cuma gua tetap buat juga demi anak gua.

Dan sudah pasti walau 4 lawan 1; 10 pun pegawai perubatan bukan ahli dalam tepis menepis fizikal. Gua berjaya merakam dengan baik. Dan mohon maaf kepada diorang.

7. Walau ada pendapat suntikan vaksin adalah bentuk penganiayaan; gua takda ilmu bab perubatan. So, setakat ni gua mengikut arus sistem yang ada.

Setakat ni, suntikan anak pertama semua ada video. Panggil pengawal keselamatan pun gua tetap gua. Malah bil hospital anak pertama gua pun ada gua simpan dalam fail anak pertama. Dia akan belajar melalui asal usulnya nanti. Insyaallah.

Harapnya istiqamahlah gua untuk anak kedua ini. Amin

8. Walau melebihi tarikh jangka 06/01/13, alhamdulillah. Anak kedua lahir. KB113. 9 malam. Lelaki. 3.47 kg.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Mohon maaf dan terima kasih kepada staff HUSM Kubang Kerian.



Peristiwa yang memberi kesan kepada gua.

Posted: 12 Jan 2013 10:39 PM PST

2008 dulu, member gua mengundi di A. Neneknya mengundi di B. Jarak lebih kurang 150km atau sejam setengah.

Pagi2 lagi member gua jemput neneknya dari B ke rumah maknya A.

"Kat sama meriah nek. Jom kita jalan2 tengok. Nanti saya hantar semula."

Selepas zuhur member gua hantar neneknya untuk mengundi di B. Sengaja lewat2kan masa sehinggalah tempat undi ditutup.

Neneknya tidak kisah sangat. Tetapi kalau undi kompom BN. Gua tanya member gua. Kenapa dia sanggup buat begitu.

Member gua jawab dia sayangkan nenek dia. Dia tidak mahu neneknya dibangkitkan mengikut pemimpin yang salah. Dia sanggup buat sampai sorok kad pengenalan pun.

PRU13 nenek member gua dah tiada lagi. Peristiwa tu cukup terkesan kepada gua. Kasih cucu. Pandangan jauh cucu. Taksub. Demokrasi. Kepercayaan agama. Semuanya dalam satu.

Tiada ulasan: