Ahad, 13 Januari 2013

Addin

Addin


Himpunan Bersama Rosmah Mansor Bawa Kanak-Kanak.. Saksikanlah!!

Posted: 13 Jan 2013 09:00 AM PST


Umpama menepuk air dalam dulang akhirnya terpercik ke muka sendiri!Cukup sedap hari ini kesemua media cetak berbahasa Melayu kecuali Sinar Harian membalun kesalahan kununnya kanak-kanak dibawa bersama semasa himpunan semalam.

Rupanya, majlis bersama perdana menteri, Najib Altantuya pun ada kanak-kanak turut mengikut ibu dan bapanya ke himpunan longgokan beras umpama kebuluran di Selatan Sudan!

Maka tidak hairanlah Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) menyelar kerajaan kerana bertindak dwistandard dengan membenarkan anak kecil dan siswa hadir ke satu program bersama perdana menteri di Semenyih, Selangor semalam, tetapi menghalang golongan berkenaan hadir di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka.


Setiausaha agung Mipas S Barathidasan berkata acara perdana menteri di Bandar Rinching semalam disertai kanak-kanak dan golongan pelajar.


Namun, polis mengumumkan untuk menyiasat penganjur berhubung kehadiran kanak-kanak di perhimpunan dihadiri 100,000 orang di stadium bersejarah itu semalam.


Beberapa universiti turut mengeluarkan larangan kepada siswa supaya tidak hadir ke perhimpunan di Kuala Lumpur itu.


"Mipas mempersoalkan kenyataan menteri pengajian tinggi, Mohamed Khaled Nordin yang tidak menggalakkan pelajar institusi pengajian tinggi daripada mengambil bahagian dalam perhimpunan ini.


"Pada masa sama, polis memberi amaran bahawa kanak-kanak tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan ini. Persoalannya mengapa wujud dwistandard seperti ini?


"Mengapa tiada larangan atau amaran daripada polis atau menteri pengajian tinggi, mengapa ada kanak-kanak dan pelajar dilihat di acara bertemu rakyat dengan Najib anjuran IPF (Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia) di Dataran Tesco di Semenyih?


"Secara asasnya, kedua-dua acara perhimpunan perhimpunan orang ramai dan terikat dengan akta perhimpunan aman tetapi mengapa himpunan pembangkang saja yang mesti dikuat kuasakan tetapi himpunan kerajaan dipandang sebelah mata?," soal Barathidasa. ~jalanpulang

Lagi berita di sini.





Iklan C (ii)




Komen Bernas Piere Andre Berkenaan HKR #KL112

Posted: 13 Jan 2013 06:17 AM PST


Inilah bila orang berakal memberikan pandangan, penuh makna dan bernas. Bukannya macam pencacai Umno. Bila lihat rakyat bangkit memberi alasan bodoh dan dangkal.

Apabila orang berakal melontarkan pandangan dengan di lihat dengan mata hati. Bukan setakat yang tersirat tetapi juga yang tersurat.

Moga Piere Andre sama-sama mencatat sejarah berjuang untuk menumbangkan rejim zalim Umno BN..



Iklan C (ii)




Panas!! PDRM Tarik Balik Jumlah Kehadiran HKR #KL112 Seramai 80,000

Posted: 13 Jan 2013 04:14 AM PST

‎#KL112 #HKR112: RALAT: Berhubung dengan jumlah peserta yang diumumkan awal tadi, ia adalah satu kesilapan teknikal. Jumlah sebenar akan diumumkan oleh KP KL atau KPD..FB PDRM
Mula mula Twitter PDRM membuat laporan seramai 80,000 telah hadir ke Perhimpunan HKR , selepas sejam , menarik balik laporannya atas alasan teknikal..atau ? jawab sendiri ye




Ini akhbar cina yang telus dalam menyiarkan laporam HKR..terima kasih



Iklan C (ii)




Himpunan Kebangkitan Rakyat Di Kaherah.. Semua Pelajar Tutup Muka

Posted: 13 Jan 2013 01:11 AM PST


KAHERAH 13 JAN: Kira-kira 500 orang rakyat Malaysia di Kaherah, Mesir berhimpun sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Lumpur semalam.Perhimpunan itu berjaya diadakan walaupun mendapat ancaman yang tidak profesional daripada pihak kedutaan.

Ancaman itu tidak menghalang semangat anak-anak muda ini untuk menyatakan hasrat mereka melihat negara mereka dipimpin oleh mereka yang amanah, keadilan dan demokrasi.

Dipetik Harakah Daily, anak-anak muda ini tampil dengan menutup muka, membawa sepanduk dan melaungkan seruan kebangkitan rakyat.

Himpunan ini sepatutnya dihadiri oleh pimpinan ikhwan Muslimin Dr. Kamal Helbawi tetapi di minit-minit akhir, beliau mempunyai komitmen yang lain. ~harakahdaily



Iklan C (ii)




Rais Yatim Pasti Terkancing Gigi Baca Ulasan Ni..

Posted: 13 Jan 2013 12:03 AM PST


Addin dah agak.. menteri Umno ni memang cakap tak guna otak!! Rais engkau baca ulasan pakar matematik ni di sini. Rais, siapa yang menghilangkan kausa melayu kalau bukan Umno. Imuniti raja-raja melayu di kurangkan semasa krisis raja-raja melayu pada 1983 dan 1993.  

Mengimbau kembali pada 1983, Mahathir meminda perlembagaan supaya undang-undang boleh digubal tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong. Selain itu, kuasa mengistiyharkan darurat juga dipindahkan daripada Seri Paduka kepada Perdana Menteri.

Semua pindaan itu mencetuskan krisis, katanya. Manakala pada 1993,  Mahathir juga melucutkan kekebalan raja-raja Melayu dan mahu peruntukan undang-undang supaya baginda boleh diheret dan dibicarakan di mahkamah khas. Semua pindaan itu juga menimbulkan krisis. 

Dalam kedua-dua peristiwa itu, beliau juga menganjurkan perhimpunan di seluruh negara bagi membidas raja-raja (agar rakyat bangkit menyokongnya)," 

Jadi siapa yang mengurangkan kuasa melayu? Adakah PAS,PKR atau pun DAP? Jadi.. lain kali cakap biar guna fakta jangan auta.. rakyat dah tak makan.

Himpunan #KL112 Hapus Kuasa Melayu

SHAH ALAM - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mendakwa penganjuran Himpunan Kebangkitan Rakyat di lokasi bersejarah Stadium Merdeka semalam akan "melarutkan kuasa" kolektif Melayu, kaum terbesar negara ini.

"Semua yang dilakukan oleh penunjuk perasaan di Stadium Merdeka tadi (petang semalam) akan melarutkan kuasa kuasa kolektif Melayu," kata beliau dalam mesej Twitter yang ditulis kira-kira 3 jam selepas berakhirnya Himpunan Kebangkitan Rakyat, yang dianjurkan Pakatan Rakyat (PR).

PR menggunakan platform itu menaikkan 'mood' menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang disebut-sebut akan diadakan bila-bila masa dari sekarang.

PRU13 perlu diadakan menjelang akhir April ini.

Malah dalam mesej terdahulu, Rais mempersoalkan rancangan penganjur yang mahu menghimpunkan sejuta orang.

"Mananya yang satu juta nak himpun di stadium tu? 50,000 pun tak smpai," katanya lagi.

Kedua-dua mesej itu menerima kritikan daripada penyokong dan pengikut PR.

Menjawab kritikan itu, pagi ini Rais berkata, "Gunalah medium Twitter ini dengan berhemah. Berhujah secara profesional bukan guna emosi dan pak turut." ~sinar



Iklan C (ii)





Pakar Matematik Anggarkan 700,00 Di HKR #KL112.. Apa Komen Rais Yatim?

Posted: 12 Jan 2013 10:28 PM PST

KUALA LUMPUR 13 JANUARI: Pakar matematik, Prof Dr Shahrir Md Zain menganggar lebih 700,000 orang menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka, semalam.Memetik Penang Insight, bekas profesor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu dilapor membuat anggaran itu di laman facebook beliau."Kalau berjalan 20 orang melebar sepanjang satu kilometer (km), jumlahnya 100,000."Andaiannya ialah 10,000 kaki sama dengan satu kilometer, seseorang memerlukan dua kaki persegi untuk bergerak dengan selesa."Jadi, lebar jalan 40 kaki dan 5,000 orang boleh memanjang jalan. 

Lalu, 5,000 (orang) darab 20 (orang) ialah 100,000 (orang per kilometer)."Pertanyaan saya, berapa kilometerkah seluruh orang yang datang HKR. Jawapannya ialah 700,000," katanya dengan mengambil kira pandangan dari atas pada lingkungan tujuh kilometer.


Nyata, ia bertentangan dengan kenyataan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad dalam Buletin Utama TV3 yang hanya menganggar 40,000 orang sahaja menyertai HKR.Sedangkan twitter rasmi PDRM pula menyebut 80,000 orang menyertai HKR tetapi kemudian membuat pembetulan. ~kd


Addin :

Addin bersetuju kenyataan prof. dr. shahrir.Addin yang bersama-sama berarak dari masjid menggangarkan tidak kurang 200,000. Kita lihat pula selepas ini apa pula komen menteri kira-kira umno iaitu rais yatim.


Iklan C (ii)





Tiada ulasan: