Ahad, 13 Januari 2013

Askamakalikada

Askamakalikada


UmNO SELANGOR GENTAR?

Posted: 13 Jan 2013 02:35 AM PST

Md Zin: BN S'gor tak gentar dengan himpunan 12 Jan.
Koordinator BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata BN Selangor tidak gentar dengan jumlah kehadiran di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Lumpur semalam kerana kebanyakan peserta menurutnya merupakan anggota parti yang dikerah daripada negeri lain. Beliau mendakwa, perhimpunan itu tidak mendapat sokongan signifikan daripada penyokong daripada masyarakat India dan Cina. 80 peratus daripada peserta merupakan anggota PAS, dakwanya lagi.Tambahnya, BN sebelum ini mengadakan acara lebih besar di Stadium Bukit Jalil pada 31 Ogos tahun lalu yang menarik 130,000 peserta. (sumber Malaysiakini)

Kebimbangan pemimpin UmNO diatas tak mampu di selindungi lagi.
Tujuan HKR bukan untuk menggentarkan BN Selangor dan bukan juga nak tunjuk siapa lebih ramai penyokong.
Kami punya deklarasi seperti yang di laungkan pada penghujung himpunan, Datuk Seri boleh lihat di youtube.
Kalau ramai yang berhimpun tetapi di bayar, di sediakan hadiah cabutan bertuah, di paksa dan di punggah dengan ratusan bas tak ada maknanya, Datuk Seri.

ASAL BUKAN UMNO - PAS GANTI UMNO
TUMBANG BN - HIDUP PR!

Tiada ulasan: