Isnin, 7 Januari 2013

Addin

Addin


Perkembangan Terbaru, Muhdalena Wanita Mengamuk Di JPM

Posted: 07 Jan 2013 08:32 AM PST

PUTRAJAYA - Wanita yang didakwa mengamuk bersama seorang lelaki bersenjatakan pedang samurai di hadapan Pejabat Perdana Menteri pada Julai tahun lepas akan memohon kepada pendakwa raya untuk runding akuan bersalah terhadap tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Peguam M. Visvanathan memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa beliau akan menulis surat kepada Jabatan Peguam Negara seperti yang diarah oleh anak guamnya Muhdalena Ahmad.

"Kami sedang menimbang kemungkinan bagi runding akuan bersalah antara pihak pembelaan dan pendakwaan dan kami akan maklumkan kepada mahkamah keputusannya esok," kata Visvanathan.

Terdahulu, Visvanathan, yang batuk dengan teruk di dalam mahkamah, memohon agar perbicaraan yang ditetapkan selama tiga hari mulai hari ini, ditangguhkan sehingga esok memandangkan beliau berasa tidak sihat.

Timbalan Pendakwa Raya Kalmizah Salleh tidak membantah bagi kes itu ditangguhkan.

Kalmizah bagaimanapun meminta Visvanathan mengemukakan permohonan rasmi kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan jawapan segera.

Hakim Mohamed Kamil Nizam membenarkan permohonan itu tetapi meminta Visvanathan supaya memberitahu Kalmizah lebih awal jika beliau tidak dapat hadir di mahkamah esok, supaya saksi tidak perlu datang ke mahkamah.

Terdahulu, Kalmizah memberitahu mahkamah bahawa 22 daripada 39 saksi pendakwaan hadir di mahkamah hari ini.

Muhdalena, 28, dari Kota Damansara, didakwa pada 16 Julai tahun lepas di dalam wad di Hospital Putrajaya kerana menjalani rawatan selepas ditembak di paha kanan.

Dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut untuk mendatangkan cedera parah kepada seorang anggota polis bantuan Ridzuan Megat Ahmad di perkarangan Kompleks B Jabatan Perdana Menteri di sini pada 2.30 petang 9 Julai tahun lepas.

Tuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Muhdalena, siswazah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, turut didakwa membawa sebilah pedang di tempat dan masa yang sama. Tuduhan mengikut Seksyen 7 (1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dia turut berdepan dua tuduhan mengikut Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.

Bagi tuduhan pertama, Muhdalena didakwa mengingkari arahan Lans Koperal Ridzuan supaya meletakkan senjatanya di tempat yang diwartakan sebagai kawasan larangan dan bagi tuduhan kedua, dia didakwa mengingkari perintah oleh seorang menteri dengan berada di premis itu tanpa kad atau permit masuk yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa.

Jika didapati bersalah, dia boleh dikenakan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali, bagi setiap tuduhan.

Muhdalena kini dalam jaminan RM11,500 dengan seorang penjamin, sementara menunggu perbicaraan.

Laporan perubatan dari Hospital Bahagia, Ulu Kinta menunjukkan bahawa Muhdalena berada dalam keadaan tidak siuman semasa kejadian itu dan tidak tahu akibat daripada perbuatannnya.

Laporan yang disediakan oleh perunding forensik psikiatri Dr Rabaiah Mohd Salleh, bagaimanapun menyebut bahawa keadaan mental Muhdalena kini stabil dan dia cukup sihat untuk membela diri dan dibicarakan di mahkamah ~bernama


Iklan C (ii)

Panas!! Sekolah Di Tutup Ketika Sessi Persekolah Baru Bermula Akibat Pergaduhan Kontraktor

Posted: 07 Jan 2013 06:58 AM PST

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didesak menyiasat insiden Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Lawas yang dikunci ekoran pertikaian kontraktor projek sekolah itu.

"Ia tidak sepatutnya berlaku dalam keadaan sesi persekolahan baru bermula. SPRM perlu siasat jika ada unsur rasuah. Kita menuntut demikian kerana rakyat mahu tahu keadaan sebenar," kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Ahmad Nazib Johari.

Beliau mengulas tindakan subkontraktor projek mengunci sekolah 2 Januari lalu berikutan belum membuat bayaran kepada mereka selain menanggung kerugian RM2 juta.

Nazib juga menuntut Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak, Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud memberi penjelasan.

"Jika saluran kewangan negara telus, tiada salah guna kuasa dan rasuah, kita yakin insiden memalukan ini tidak berlaku," katanya kepada Keadilan Daily. ~kd




Iklan C (ii)

Kerisauan Najib Makin Meningkat.. Ini Buktinya

Posted: 07 Jan 2013 04:54 AM PST

KUALA LUMPUR 7 Jan: Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang naik daripada RM500 kepada RM1,000 tidak relevan dengan keadaan ekonomi negara dan hanya janji palsu BN menjelang pilihan raya, kata Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail.Beliau mengulas kenaikan dan pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan, penambahan jumlah itu akan menjadi dasar kekal jika BN menang pada pilihan raya umum nanti."Ini cara untuk 'pancing' undi rakyat.

Hanya sekadar janji palsu kerajaan kerana ia tidak relevan dan seimbang dengan keadaan ekonomi negara yang semakin dibebani hutang," katanya ketika dihubungi.Rakyat tegas Aishah, memerlukan bantuan berterusan dan berharap keadaan ekonomi bertambah baik untuk mengimbangi taraf hidup seharian.

"Maruah rakyat bukan terletak kepada sekeping vaucer wang tunai. Mereka mahu kerajaan Umno kembalikan keadaan ekonomi yang seimbang supaya tidak perlu lagi menanggung hutang seterusnya meningkatkan kos sara hidup," jelasnya.

Menurut Aishah, jika benar kerajaan telus menyalurkan bantuan kepada rakyat, ia sepatutnya tanpa bersyarat."Tidak perlu letakkan syarat sebelum atau selepas pilihan raya, umpama ugutan. Kalau mahu wang (rakyat) mesti undi (BN). Jika tidak, tiada bantuan," katanya.

"Tanggungjawab utama Muhyiddin dan kerajaan sekarang adalah untuk menjelaskan ke mana hilangnya wang yang diseleweng pemimpin Umno, seperti yang didedah Pakatan Rakyat," tambahnya.

"Rakyat makin bijak. Apa yang mereka mahu ialah penjelasan dan bukan 'umpan murahan' yang sedikitpun tidak akan mengembalikan kepercayaan terhadap pemerintah sekarang," kata Aishah. ~kd



Iklan C (ii)

Kisah Seorang Paderi Melayu

Posted: 07 Jan 2013 01:23 AM PST




SEREMBAN - "Jauh di sudut hati, saya tahu masih Islam, namun keadaan memaksa saya membawa keluarga ke rumah perlindungan itu sebelum dibaptiskan dan dilatih menjadi paderi Melayu," kata bekas penagih hanya mahu dikenali sebagai Mohamad yang pernah dikristiankan, namun insaf selepas diselamatkan Jabatan Mufti Negeri Sembilan.

Beliau yang kini berusia 38 tahun tinggal dua tahun bersama isteri dan tiga anak berusia satu hingga 13 tahun di rumah perlindungan Kristian di negeri ini, ketika hidupnya kucar-kacir selepas dibebaskan dari penjara kerana kesalahan dadah.

Mohamad mendakwa terpaksa membawa keluarga lari dari kampung di Perak kerana bekas sahabat yang bertugas dengan pasukan keselamatan menganiayai isterinya ketika di penjara dan selepas dia dibebaskan.

"Ketika bergelut dengan ketagihan, tidak diterima masyarakat, tiada kerja dan terdesak membawa isteri jauh dari tempat itu, kami terpaksa menerima tawaran rumah perlindungan itu," katanya di sini semalam.

Mohamad yang diberi nama Kristian di rumah itu berkata, dia berjaya mengatasi ketagihan selepas empat bulan dengan bantuan kaunseling dan rawatan kerohanian oleh paderi.

Katanya, mereka dipisahkan daripada kehidupan luar dengan rutin harian hanya membantu menguruskan rumah berkenaan dan waktu selebihnya digunakan mengkaji kitab Kristian.

Dia mendakwa diberi elaun tetap RM500 sebulan, manakala isterinya (RM300) dan anaknya berusia 13 tahun yang juga pelajar kitab Injil terbaik di rumah perlindungan itu (RM100).

Katanya, kehidupan keluarganya disusun seperti orang Kristian alim dan dilarang mengambil minuman keras serta melakukan perkara dianggap berdosa dalam agama itu.

Dia berkata, walaupun hati kecilnya masih mengingati Allah, keadaan hidup yang disogokkan dengan ajaran Kristian sepanjang masa akhirnya memesongkan akidahnya sebelum menyerahkan diri menjadi murtad.

"Saya sering memberontak kerana tidak mahu terus murtad sebelum melarikan diri dan berjanji kepada anak isteri untuk membawa mereka keluar.

"Selepas itu ekoran tekanan, saya kembali menagih sebelum menyerah diri kepada polis. Ketika di penjara, saya meminta tolong selamatkan akidah saya dan keluarga," katanya.

Februari lalu Jabatan Mufti Negeri Sembilan berunding dengan pengurusan rumah perlindungan itu sebelum Mohamad dan keluarga dibantu untuk memulakan hidup sebagai Muslim.


~Berita Harian,
  13 Ogos 2011



Iklan C (ii)

Rupanya Ini Tujuan Sebenar Umno BN Bina Banyak Empangan

Posted: 06 Jan 2013 08:27 PM PST

BAU (SARAWAK) 7 JANUARI: Pemimpin BN galak membina empangan di Sarawak bagi mengautkan keuntungan setiap kali kos melambung apabila projek tertangguh.

Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya wujud agenda tersirat di kalangan pemimpin BN berikutan lambakan projek pembinaan empangan kerana ia melibatkan kos tinggi.

"Empangan Batang Air, berapa lama tidak siap? 22 tahun lebih. Bakun? 15 tahun lebih. Pampasan sampai hari ini pun belum habis bayar lagi.

"Empangan Bakun kapasiti sampai 200 tahun. Empangan Batang Air sudah besar, mahu buat Empangan Baram lagi. Cukuplah. Mahu buat banyak-banyak pasal apa?" kata Anwar.

"Berapa banyak nak dibina? Ini pemimpin gila dam (empangan). Mana ada negeri di dunia yang banyak empangan? Pemimpin BN ambil bukan sedikit, bukan puluh juta, ratus juta," katanya.

Ketua Umum KEADILAN itu berucap demikian depan 2,000 masyarakat Bidayuh di tempat letak kereta, Pekan Bau, malam tadi.

Justeru, Anwar memberi jaminan untuk menutup Empangan Bengoh di Sarawak apabila Pakatan Rakyat menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

"Kalau BN perintah empangan akan ada tapi apabila kita perintah, empangan tiada," katanya

Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan perancangan tidak sempurna berkaitan penempatan semula penduduk pribumi sekitar Empangan Bengoh menyebabkan kelewatan projek.

Empangan menelan belanja RM310.65 juta yang 97.3 peratus siap itu tidak boleh diisi dengan air mengikut jadual hingga semua penduduk pribumi itu dipindah.

Laporan itu menganggarkan kelewatan itu menyebabkan kos tambahan RM58.37 juta. ~kd



Iklan C (ii)


6 Kes Sejak Legoland Di Buka

Posted: 06 Jan 2013 06:10 PM PST

JOHOR BAHRU – Polis menerima enam kes jenayah yang dilaporkan berlaku sepanjang pembukaan Taman Tema Legoland di Nusajaya sejak 15 September lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, enam kes yang direkodkan itu membabitkan kes jenayah harta benda seperti kes pecah cermin kereta.

"Turut dilaporkan dua kes non-indeks iaitu cubaan mencuri kenderaan yang membabitkan empat pengadu tempatan, tiga warganegara Singapura dan satu warga Amerika Syarikat.

"Hasil siasatan polis telah berjaya membuat satu tangkapan terhadap penjenayah yang melakukan kes jenayah cubaan mencuri kenderaan jenis Toyota Alphard yang ditempatkan di Zon 3, taman liburan keluarga itu," katanya.

Sehingga kini katanya, sebanyak 1,037,907 pengunjung ke situ dengan anggaran 10,000 pelawat sehari khususnya ketika musim cuti persekolahan.

Sementara itu, dalam kes berasingan seorang lelaki dipercayai pengendali di sebalik kegiatan penyeludupan minyak bersubsidi yang bertindak mengugut polis kerana menahan pemandu sebuah lori di Jalan Gelang Patah, Selasa lalu.

Mohd Mohktar berkata, lelaki berusia 32 tahun itu ditahan pada jam 2.45 pada sehari selepas penahanan pemandu terbabit kerana membuat panggilan ugutan jenayah ke atas polis.

"Pada malam hari pertama 2013 jam 10.15 polis menahan sebuah lori yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan, hasil pemeriksaan menemui minyak bersubsidi 1,300 liter dan beberapa alatan yang digunakan dipercayai bagi kegiatan penyeludupan.

"Ekoran itu penahanan suspek polis menerima panggilan pada jam 8.50 dari seorang lelaki yang memarahi lalu mengugut ke atas Ketua Polis Balai Anjung Nusajaya," katanya.

Dia ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan penjara dua tahun.

"Kita beri amaran kepada mana-mana individu jangan menghalang atau mengugut polis yang menjalankan tanggungjawab menjaga keamanan negara.

"Mereka ini akan dibawa ke muka pengadilan atas kesalahan yang dilakukan," katanya. ~sinar




Iklan C (ii)



Media Pencacai Umno Kantoi Lagi.. Saksikanlah!!

Posted: 06 Jan 2013 04:41 PM PST


Rasanya ramai yang sudah lama tidak mengikuti siaran berita dari rejim Zionis Barisan Nasional (BN) terutamanya Buletin Utama yang diterbitkan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3).

Berikutan krisis air di Lembah Klang ekoran kegagalan syarikat penyedia bekalan air menaik taraf sistem pam di beberapa rumah pam miliknya, TV3 sekali lagi cuba menipu penonton dengan menyertakan bukti berbeza dari segi kandungan audio dan visualnya!

Rakaman visual krisis air di Johor 'dikitar semula' kununnya sebagai bukti menunjukkan Selangor menghadapi krisis air tahap gaban!


Dalam laporan Buletin Utama dinyatakan lori tangki milik Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) yang dihantar tetapi visual menunjukkan bahawa sebenarnya lori tangki tersebut kepunyaan Syarikat Air Johor (SAJ) yang menghantar air ke kawasan kritikal ekoran krisis air di negeri itu beberapa tahun lalu.

Stesen televisyen swasta dasar pengampu Umno itu dikatakan cuba membodohkan penonton dengan paparan tersebut tetapi jika dikira logik akal, cuba kira berapa buah lori dari Johor digunakan semata-mata kunun membantu 'krisis air' di Selangor yang terletak lebih 200 kilometer jauhnya?

Berapa pula muatan meter padu yang mampu dihantar ke Selangor?

Jika difikir secara logik, sepatutnya negeri jiran terdekat Selangor seperti Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) atau Lembaga Air Perak (LAP) tampil membantu sama ada dari Seremban atau pun Tanjung Malim, bukannya dari Batu Pahat atau Ledang!

Tempat nama yang ditunjukkan dalam visual berita itu ialah Desa Lembah Permai tetapi audionya menyebut Desa Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Sebelum ini, paparan di Majalah 3 yang mengulas keperluan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) hingga menggelar penunggang motosikal berkuasa tinggi sebagai 'pelesit jalanan' oleh wartawannya Mazidul Akmal Sidik mendapat bantahan hingga mereka mengadakan protes di hadapan ibu pejabat stesen televisyen tersebut di Petaling Jaya dua minggu lalu. ~paspb



 
Iklan C (ii)




Tiada ulasan: