Isnin, 7 Januari 2013

Telok Bakong Online

Telok Bakong Online


BAHAYA KEMEWAHAN HADIS 10

Posted: 07 Jan 2013 03:33 AM PST



HADIS 10: BAHAYA KEMEWAHAN


Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullahsaw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Mekkah). Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka'bah?". Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini.Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki". Lalu Nabi saw. bersabda, "Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu". (Riwayat Tirmizi)

Keterangan:
Dalam hadis ini Nabi kita Muhammad saw. menerangkan bahawa umatnya pada suatumasa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang pakaian silih berganti. Hidangan makanan tak putus-putus. Rumah-rumah mereka tersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaan demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat. Di mana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi kita Muhammad saw. mengatakan, "Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita", ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat. Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah swt.,
sepertimana yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi. Tetapi, bila dibanding dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan.

Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang dari berbuat ibadah. Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk menambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah saw., "Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)".Begitulah gambaran yang sebenar terhadap kehalobaan manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian.Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi di saat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan. Oleh itu janganlah kita lupa daratan dalam mencari harta kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang penting dapat harta. Tidak kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun kekayaan. Biarlah kita mencari mata benda dunia pada batas-batas keperluan. Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia initempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya.

1.Rapat Jentera Pilihan Raya DUN BOTA di Markaz Gerakan Kg Bt. 16 Lambor Kanan Pada 20 Jan 2012.Pukul 9.00pagi.Semua jentera dan sukarelawan Pilihanraya Dijemput Hadir.Baju T-Shirt Percuma Disediakan Untuk Semua Jentera Dan Sukarelawan Pilihanraya.

Aturcara

7.00pm-Talkimat Khas
7.20pm-Solat Maghrib,Zikir Munajat Bersama Ustaz Badrolamin
8.30pm-Solat Isya,Solat Hajat
8.45pm-Kenduri Rakyat-Makan Malam
9.30pm-Ceramah HIJRAH BOTA-KEMENANGAN PERAK
11.00pm-Bersurai

SEMUA DIJEMPUT HADIR

"HIJRAH BOTA"

...ra'ayat bangkit,..bote berubah..

Rapat Jentera PRU 13 Bersama Rakyat Dun Bota pada 20 Januari 2013

Posted: 06 Jan 2013 07:51 PM PST

Ustaz Badrolamin Sebagai Mentor Dan Penceramah Undangan
1. Salam kepada semua pembaca yang budiman. Selamat Tahun Baru 2013 dengan semangat Hijrah.

2. Bagi meneruskan agenda perjuangan kita, PKR Cabang Parit akan menganjurkan satu program yang dinamakan sebagai Rapat Jentera PRU 13 bersama Rakyat Bota.

3. Program ini akan diadakan pada 20 Januari 2013 iaitu pada hari Ahad bermula jam 7 petang sehingga 11 malam.

4. Program bakal diadakan di Bilik Gerakan Pakatan Rakyat Dun Bota di Batu 161/2, Lambor Kanan, Bota, Perak.

5. Pada malam ini satu Zikir Munajat akan diketuai oleh Dr Badrul Amin dan akan diadakan satu Kenduri Rakyat sebelum bermulanya suatu Ceramah yang bertajuk - HIJRAH BOTA - KEMENANGAN PERAK.

6. Program dijangka akan berakhir jam 11 malam.

7. Dengan segala sukacitanya saya bagi pihak Keadilan Cabang Parit menjemput semua yang berkelapangan untuk hadir menjayakan program yang akan diadakan.

Pengumuman-Rapat Jentera Pilihan Raya DUN BOTA di Markaz Gerakan Kg Bt. 16 Lambor Kanan Pada 20 Jan 2012.Pukul 9.00pagi.Semua jentera dan sukarelawan Pilihanraya Dijemput Hadir.Baju T-Shirt Percuma Disediakan Untuk Semua Jentera Dan Sukarelawan Pilihanraya.
 Aturcara

7.00pm-Talkimat Khas
7.20pm-Solat Maghrib,Zikir Munajat Bersama Ustaz Badrolamin
8.30pm-Solat Isya,Solat Hajat
8.45pm-Kenduri Rakyat-Makan Malam
9.30pm-Ceramah HIJRAH BOTA-KEMENANGAN PERAK
11.00pm-Bersurai

SEMUA DIJEMPUT HADIR

"HIJRAH BOTA"

...ra'ayat bangkit,..bote berubah..

Mari Ber Balas Pantun Dengan Msinc Selamat..hi..hii

Posted: 06 Jan 2013 04:11 PM PST


 


bila anwar cabar debat, Najib tak nak
kononnya bukan  budaya kita,dia mengelak
Buku Jingga banyak tak logik, banyaknya yang borak
manifesto BN aje yang baik dan terus disorak


bila mula merintah dah macam2 bunyi
isteri hebat, aurat pun tak reti nak tutupi
bukan muhrim pun dipeluk sesuka hati
boleh berjoget dan berdansa di pagi idul fitri


macam ni ke pemimpin islam watasiyah
kononnya amal kehidupan bersederhana
nak amal sememangnya payah
akibat bini yang boros berbelanja


kedaulatan bangsa agama negara makin hilang
pendirian kerajaan UMNO BN macam lalang
dalam perhimpunan agung UMNO kata hak bangsa jangan ditentang
tapi semua harta dan tanah negara terus melayang.


janganlah mimpi nak tawan Kelantan dan Penang
kalau negeri sendiri pun tak mampu dipertahan
kerusi parlimen sendiri pun dah nyawa2 ikan
Lagi mau rampas Selangor Darul Ehsan?


kekayaan negara habis bagi kat kroni
minyak naik harga manjang, harga barang pun sama
rakyat keluh susah, dia kata "belajar hidup tanpa subsidi"
macam ni ke kerajaan welfare yang UMNO BN kata..?

 

Pengumuman-Rapat Jentera Pilihan Raya DUN BOTA di Markaz Gerakan Kg Bt. 16 Lambor Kanan Pada 20 Jan 2012.Pukul 9.00pagi.Semua jentera dan sukarelawan Pilihanraya Dijemput Hadir.Baju T-Shirt Percuma Disediakan Untuk Semua Jentera Dan Sukarelawan Pilihanraya.

Aturcara

7.00pm-Talkimat Khas
7.20pm-Solat Maghrib,Zikir Munajat Bersama Ustaz Badrolamin
8.30pm-Solat Isya,Solat Hajat
8.45pm-Kenduri Rakyat-Makan Malam
9.30pm-Ceramah HIJRAH BOTA-KEMENANGAN PERAK
11.00pm-Bersurai

Tiada ulasan: