BRIGED MP SEGAMBUT |
- SIDANG TERGEMPAR PARLIMENT?
- APA ADA DENGAN PAKATAN HA HA HA....
- Mahathir dakwa Nik Aziz sanggup dibantu syaitan
Posted: 07 Jan 2013 06:30 AM PST Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menggesa Yang di-Pertuan Agong memanggil satu sesi khas Parlimen untuk membolehkan kerajaan baginda dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat penjelasan dan membersihkan diri berkaitan pendedahan yang dibuat oleh Deepak Jaikishan berhubung peranannya dalam penarikan akuan bersumpah. Sehubungan itu, Mahfuz (kanan) berkata, beliau akan mendapatkan temujanji untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim bagi menyerahkan memorandum bagi tujuan tersebut. Beliau berharap baginda akan memberi perkenan untuk menerimanya menghadap dan membenarkan memanggil sesi khas parlimen sebelum 25 Februari kerana selepas itu parlimen mungkin dibubarkan. Mahfuz berkata adalah perlu bagi Najib menjelaskan peranan yang dimainkan oleh adiknya dalam menarik balik akuan bersumpah pertama P Balasubramaniam, yang didakwa dibantu oleh Deepak. Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata ia menghairankan sejak pendedahan dibuat oleh Deepak, baik kerajaan, mahupun Najib tidak memberi reaksi terhadap pendedahan tersebut. Beliau berkata jika dakwaan itu tidak benar, maka Najib sepatutnya mengambil tindakan terhadap Deepak. Tindakan berdiam diri, tambah Mahfuz, akan menjejaskan reputasi kerajaan Yang di-Pertuan Agong sendiri. [Baca berita penuh] |
APA ADA DENGAN PAKATAN HA HA HA.... Posted: 07 Jan 2013 04:59 AM PST Pengurusan Stadium Merdeka hari ini tidak mengendahkan wakil Pakatan Rakyat yang tiba ke pejabat mereka untuk mendapatkan kebenaran bagi menggunakan stadium berkenaan dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu ini. Setiausaha Pemuda PAS Khairul Faizi Ahmad Kamil (kiri sekali) yang mengetuai delegasi ke pejabat pengurusan tersebut di Kuala Lumpur berkata Pakatan cuba mendapatkan kebenaran tersebut sejak dua minggu lalu namun tidak berjaya. Katanya, sekretariat himpunan berkenaan mengutus surat kepada Tabung Amanah Warisan Merdeka pada 26 Disember tahun lalu untuk menggunakan stadium berkenaan, selain membuat panggilan telefon. Delegasi berkenaan hadir ke pejabat berkenaan hari ini memandangkan mereka tidak mendapat apa-apa jawapan daripada permohonan tersebut. Bagaimanapun, ketibaan mereka disambut pengawal keselamatan yang menghalang mereka daripada bertemu pengurusan berkenaan yang didakwa "sedang bermesyuarat". Kecewa selepas menunggu lebih sejam, setiausaha AMK Julailey Jemadi kemudiannya memberitahu pemberita bahaw beliau kecewa dengan pengurusan berkenaan. "Menyedihkan kerana layanan mereka tidak mencerminkan budaya Malaysia," katanya. [Baca berita penuh] |
Mahathir dakwa Nik Aziz sanggup dibantu syaitan Posted: 06 Jan 2013 05:05 PM PST Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat "sanggup menerima pertolongan syaitan untuk kerajaan Islamnya". Mahathir mendakwa demikian dalam tulisannya yang disiarkan akhbar Mingguan Malaysia hari ini sewaktu menjelaskan pepatah berbahasa Inggeris yang digunakannya dalam satu kenyataan sebelum ini. Mahathir sebelum ini mencetus kontroversi melalui apabila kenyataannya itu difahami oleh timbalan mursyidul am PAS Datuk Dr Haron Din sebagai bermaksud beliau sanggup bersama syaitan. Mahathir menjelaskan, pepatah bahasa Inggeris yang berbunyi "better the devil you know than the angel you don't" itu sepatutnya bermaksud "lebih baik orang yang dikenali daripada orang yang tidak dikenali". "Mungkin kerana Haron Din tidak mahir dengan loghat pepatah Inggeris maka ia fikir ini bermakna saya sanggup bersama syaitan. "Tetapi pada 24 Januari 1999, Nik Aziz berkata dengan jelas dalam bahasa Melayu yang saya yakin Haron Din tentu faham ia berbunyi seperti berikut: 'Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA atau MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong Pas saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun saya terima.' "Amat jelas Nik Aziz sanggup terima pertolongan syaitan pun untuk kerajaan Islamnya. "Apakah jenis kerajaan Islam hasil pertolongan syaitan, sama-samalah kita fikir," kata Mahathir dalam rencana yang disiarkan akhbar milik Umno itu. Menurut Mahathir, umat Islam di negara ini bernasib baik kerana semuanya bersatu apabila berpegang kepada mazhab Sunni dengan berimamkan Imam Shafie. Namun katanya, perpaduan itu tamat apabila PAS ditubuhkan sebagai sebuah parti. "Dalam keghairahan PAS untuk mendapat undi orang Melayu di Malaysia, mereka sengaja menyalah tafsir agama Islam dan membuat dakwaan bahawa mereka sahaja yang Islam sehingga orang Melayu berpecah dan bermusuh sesama mereka," katanya. Tambahnya, PAS sepatutnya menyedari hakikat bahawa "perlembagaan penjajah" yang disebutkan Hadi dalam amanatnya itu juga adalah perlembagaan sama yang memberikan PAS kebebasan bersuara, berparti, dan berpolitik. Dalam tulisan yang sama, Mahathir memuji mereka yang meninggalkan PAS "untuk berjuang untuk agama Islam". "Mereka yang keluar dari PAS ini berpeluang untuk benar-benar berjuang untuk agama Islam, berjuang untuk mengembangkan agama Islam yang sebenar, terutamanya untuk persaudaraan dalam Islam, tentang berpegang kepada tali Allah dan jangan bercerai-berai," tulisnya. |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan