Nuffnang

Pengikut

MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


Ni yang buat Najib demam tak kebah .... Ketua Cawangan antara 365 ahli PBS Sandakan sertai Keadilan .

Posted: 31 Dec 2012 04:10 AM PST


(Oleh Balqis Abdullah)
KUALA LUMPUR 31 Dis: Seramai 365 ahli termasuk pemimpin ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) dari Sandakan meninggalkan BN dan menyertai KEADILAN.
Setiausaha PBS Cawangan Shing Kee, Karamunting, Dalius Lucius Lobinting menyerahkan borang keahlian bersama 30 ahli cawangan itu kepada Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Borang tersebut diterima Anwar selepas berucap pada Jelajah Demi Rakyat, Sandakan di hadapan 4,000 penyokong Pakatan Rakyat, Ahad lalu.
Penyertaan itu turut disertai Ahli Jawatankuasa (AJK) PBS Cawangan Bangsawan Karamunting, Osman Jambu yang membawa lagi 50 ahli bersama.
Bertindak sama, AJK Pemuda PBS Bahagian Karamunting, Suhardi Awang bersama 40 anggota PBS dan Umno bahagian itu.
AJK Wanita PBS Bahagian Karamunting, Faridah Selamat juga menyerahkan borang keahlianbersama 40 ahli lain.
Manakala Kalana Basah, Ketua Cawangan PBS Bahagian Segaliud Sekong bersama 60 ahli turut  'bertukar kapal'.
Selain itu, Ketua Cawangan PBS Kampung Gas, Imam Abdul Rahman Asan dan 60 ahli serta Ketua Cawangan PBS Kampung Gad Tengah, Nasip Jaapar, juga membawa 40 ahli menyertai KEADILAN.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42100

Kalimah ALLAH hanya untuk Islam - JAKIM

Posted: 31 Dec 2012 02:43 AM PST


KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengulangi kenyataan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh diguna atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.

Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata, perkara itu sudah diputuskan pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 hingga 7 Mei 2008.

"Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah terbabit, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Othman berkata, kalimah Allah merupakan kalimah suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah dan oleh itu umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini.

Katanya, sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah terbabit semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada agama Islam, umat Islam dan rakyat Malaysia.

"Semua pihak seharusnya memaklumi bahawa kes berkaitan penggunaan kalimah Allah yang bermula pada tahun 2009 yang lalu masih belum selesai dan masih dalam peringkat rayuan ke Mahkamah Rayuan.

"Oleh yang demikian membicarakan isu berkaitan sama ada penganut Kristian Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan kalimah 'Allah' dalam bible Bahasa Melayu dilihat seolah-olah mendahului mahkamah sendiri dan bersifat 'subjudis'", katanya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia bertanggungjawab memberi sepenuh kebebasan kepada mahkamah untuk membuat penghakimannya dan Jakim berpegang kepada semangat patuh kepada undang-undang sedia ada iaitu biarlah mahkamah membuat keputusan yang benar-benar adil dan mengambil kira keharmonian semua kaum dan agama di negara ini.

Katanya, tindakan sesetengah pihak yang mengeluarkan pendapat sendiri dan mendahului mahkamah dan mengkucar-kacirkan keharmonian antara kaum dan agama demi meraih keuntungan politik sempit amat dikesali.

Justeru, JAKIM menggesa semua pihak supaya kembali menghayati semangat kedaulatan undang-undang yang dilaung-laungkan selama ini untuk memastikan keharmonian antara kaum dan agama terus terpelihara dan dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

"Semua pihak harus menyokong keputusan yang dibuat oleh kerajaan yang bermatlamat untuk mengekalkan keharmonian antara kaum dan agama," katanya. - BERNAMA 

dollah yankee

0
sumber :-

dollah yankee


Zahid Hamidi cium 'pungkok' Ali Tinju

Posted: 31 Dec 2012 07:57 PM PST

Ini cara yang unik bagi Ali 'Tinju' dan kawan-kawan bekas tentera ucap selamat tahun baru kepada Menteri Pertahan Malaysia Zahid Hamidi dengan menayangkan 'pungkok' mereka kerana si Zahid ini sudah rembat duit yang disimpan untuk kegunaan pesara-pesara tentera untuk ... DI-SINI

dollah yankee -
Selamat Tahun Baru 2013 untuk sahabat,kenalan serta sesiapa yang mengenali ...

RAKYAT MARHAEN

0
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Diana Amir : Sajak Untuk Sahabat - Ambang 2013

Posted: 31 Dec 2012 07:43 PM PST

KANTOI TERGOLEK "DOG" : PENCACAI UMNO KATA USTAZ AZHAR IDRUS PENYOKONG TEGAR UMNO!!!!!!

Posted: 31 Dec 2012 07:41 PM PST


Punyalah terdesak UMNO nak yakinkan dirinya serta cuba memujuk dan menyejukan hati para pendokong, penyokongnya yang sedang pucat lesi, gelabah, panik dan menggigil kepala lutut dalam menghadapi PRU 13 bertemu dengan PAS/PKR/DAP dalam gagasan Pakatan Rakyat.

Sanggup menipu dan memfitnah dengan menyatakan kononnya  Ustaz Azhar Idrus penyokong UMNO/BN.

Sanggup tempelkan gambar kehadiran rakyat malam tadi di Dataran Merdeka Shah Alam anjuran kerajaan negeri PKR/PR Selangor dibawah pimpinan Datuk Menteri Besar, YAB Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid Ibrahim, sempena ambang tahun baru 2013.

FITNAH DAN TIPU TIDAK BOLEH DIPISAHKAN DENGAN UMNO...

KOLEKSI GAMBAR AMBANG 2013 YANG PASTI DIHARAMKAN TERBIT DISEMUA MEDIA ARUS PERDANA MILIK DAN KAWALAN UMNO!!!!!

Posted: 31 Dec 2012 07:37 PM PST


KAGUM SEHINGGA KELU HENDAK BERKATA-KATA.

LOKASI:  Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Selangor.

ACARA:-  Di Ambang 2013 bersama Ustaz Azhar Idrus

ANJURAN:  Kerajaan PKR/PR Selangor Darul Ehsan

TARIKH DAN WAKTU:- 31hb Disember 2013 lepas Solat Maghrib

SAMBUTAN:   SENDIRI TENGOKLAH!!!!!

REAKSI NAJIB DAN UMNO:-   Goyang, Pucat lesi, Panik, Gelabah, Gundah gelana, Menggigil, tak boleh tidur malam, mandi tak basah, makan tak de selera..TAK JUMPA TARIKH PRU 13.

Perdana Menteri : 'sempatkah' Mahyuddin Yassin...??

Posted: 31 Dec 2012 07:34 PM PST

Oleh newkk
1hb. Januari 2013 merupakan tahun tahun  terakhir pemerintahan kerajaan BN kerana pada bulan April 2013 adalah genap 5 tahun edah parlimen Malaysia sejak Pulihanraya umum ke 12 iaitu tahun 2008.


Masuk tahun 2013 mana-mana parti politik dan orang perseorangan yang mahu melibatkan diri dalam pilihanraya umum akan mula membilang detik perdetik hari akan berlakunya pilihanraya umum ke 13. Yang pasti hebat apabila bertembung diantara BN dengan PR.
BN akan mempertahankan PUTRAJAYA sehingga ketitisan darah yang terakhir, begitu perlu bagi pihak BN untuk mempertahankan kuasa kerana kuasa akan boleh membuat segala-galanya bagi mana-mana pihak yang meletakkan kepentingan diri melebihi dari kepentingan Ugama, Bangsa dan Negara.
PR pula akan terus mendampingi rakyat untuk mendapat mandat dan sokongan bagi menruntuhkan BN dan dapat menawan PUTRAJAYA bagi membaiki kerosakan dan memberi berkhidmat untuk kepentingan kebajikan rakyat dan berjuang untuk Ugama dan Negara.
Yang pasti berbagai-bagai keadah telah dilakukan oleh BN untuk mempastikan kuasa tidak terhakis tapi malangnya lepas satu-satu isu membayangi BN apabila ramai dikalangan bekas2 pegawai Kerajaan, bekas-bekas pemimpin UMNO menyertai PR tapi tidak berlaku kepada BN atau UMNO.
Rakyat sedang menanti tarikh pembubaran Parlimen, sudah letih menunggu untuk membuang undi, yang tua lepas seorang-seorang meninggal dunia tidak sempat melihat siapakah yang akan menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 7 manakala yang baru pertama kali dapat mengundi mereka itu tak sabar sabar untuk mengundi. Tentunya mereka semua mahu melihat sebuah kerajaan baru kerana dibawah kerajaan BN mereka telah merasai, suka duka, pahit maung kehidupan.
Read More / Baca Lagi >>

Siapa Paksa Beli Syarikat Deepak - Najib Atau Zahid Hamidi?

Posted: 31 Dec 2012 07:32 PM PST

Oleh Shahbudin Husin
Persoalan yang timbul disebalik tindakan anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera(LTAT) iaitu Boustead membeli syarikat milik Deepak Jaikishan, Astacanggih Sdn Bhd sebagai jalan penyelesaian untuk menghentikan kemelut antara Deepak-Najib-Rosmah-Raja Ropeah, kini menimbulkan persoalan baru iaitu siapakah yang memaksa urusniaga itu?


Semua orang tahu LTAT dan Boustead adalah dibawah Kementerian Pertahanan dan projek yang diberi kepada Raja Ropeah yang kemudiannya disertai oleh Deepak juga adalah dibawah Kementerian Pertahanan. Jadi adakah Zahid Hamidi yang memaksa pembelian tersebut?

Atau adakah ia diarahkan oleh "bos besar" iaitu Najib Razak sendiri? Najib sebelum ini pernah menjadi Menteri Pertahanan dan projek yang diberi Raja Ropeah itu juga diluluskan ketika Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan. Adakah Najib memberi arahan secara langsung kepada LTAT dan Bousted atau arahan itu disampaikan melalui Zahid Hamidi?

Tetapi yang pastinya, tidak mungkin LTAT dan Boustead melakukan urusniaga itu tanpa arahan sesiapa dan semata-mata berdasarkan kepentingan komersial.

Inilah antara beberapa persoalan yang bermain di fikiran rakyat sekarang ini, di sebalik kemeriahan menyambut tahun 2013. Lebih dari itu, penting untuk diketahui ialah sama ada urusniaga itu membabitkan unsur salah guna kuasa atau tidak.
Read More / Baca Lagi >>

Ustaz Azhar Idrus Kemeriahan Countdown 2013

Posted: 31 Dec 2012 07:30 PM PST

Ustaz Azhar Idrus bersama Malik Noor - Ambang 2013

Posted: 31 Dec 2012 07:29 PM PST

Ustaz Azhar Idrus bersama Ustaz Bollywood - Ambang 2013

Posted: 31 Dec 2012 07:27 PM PST

Ustaz Azhar Idrus - Islam Pasti Menang - Ambang 2013

Posted: 31 Dec 2012 07:27 PM PST

Kubur 'menangis': Mantap akan jumpa Mufti

Posted: 31 Dec 2012 07:25 PM PST



(Peserta sidang meja bulat isu Pengerang bergambar sebelum sidang media)

JOHOR BAHRU : Badan Bertindak Penduduk Pengerang (Mantap) akan menyerahkan memorandum kepada Mufti negeri ini bagi mendesak supaya proses pemindahan perkuburan Islam yang terbabit dengan Projek Rapid Petronas di Pengerang, dihentikan serta merta.

Desakan ini dibuat berikutan dakwaan kegagalan kontraktor yang dilantik menjalankan kerja-kerja pemindahan kubur ini mematuhi syarat ditetapkan pihak berkuasa agama negeri ini sehingga menyedihkan waris terbabit.

Demikian dinyatakan Timbalan Pengerusi Mantap, Mazlan Aliman, pada sidang media selepas mempengerusikan Sidang Meja Bulat berkaitan isu Pengerang yang diadakan di sini, kelmarin.

Hadir sama dalam sidang media itu adalah 41 lagi yang terdiri dari pemimpin Ngo, parti-parti politik, pengamal undang-undang serta orang perseorangan yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing.

Menurut beliau, sidang tersebut diadakan bagi mendapat input terkini daripada pihak-pihak berkaitan berhubung perkembangan yang berlaku di Pengerang mutakhir ini.

"Isu yang membabitkan proses pemindahan perkuburan Islam yang dikesan gagal mematuhi prosedur ditetapkan Majlis Fatwa Jabatan Agama Islam Johor sangat menyedihkan kita.

Read More / Baca Lagi >>

Akta GSA tidak halang sesiapa masuk Felda

Posted: 31 Dec 2012 07:24 PM PST


Cerita konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda yang disekat oleh kumpulan proUmno di pintu masuk di Jengka 23 dan Jengka 11, masih lagi menjadi bualan hangat di Pahang.

Kes ini tidak dapat dielakkan daripada menjadi perhatian umum, kerana ia merupakan fenomena dan perkembangan baru dalam negara ini. Tragedi ini belum pernah terjadi si sini. Kepada mereka, apakah Felda sudah menganggap ia sebagai 'wilayah baru' sehingga tidak boleh lagi sewenang-wenangnya dimasuki?

Sebenarnya tidak ada sebarang hujah konkrit kenapa mereka tergamak menghalang Kembara Oren yang berhasrat menjelaskan isu-isu mutakhir Felda. Sehinggalah baru-baru ini tersiar di sebuah akhbar, Pengerusi JKKR Jengka 23, Sulaiman Bakar mendakwa sebagai tuan rumah mereka berhak menghalang Kembara Oren dari memasuki penempatan Felda mereka.

Sulaiman yang juga Pengerusi Gabungan JKKR Felda Wilayah Jengka mendakwa, pengurus Felda berkuasa penuh ke atas sesebuah tanah rancangan termasuk menyekat apa yang mereka mahu berdasarkan Seksyen 34, Akta Penempatan Berkelompok (GSA) 1960.

Apabila diajukan persoalan itu kepada peguam Ahmad Nizam Hamid dari Tetuan Sazali & Lim, beliau menafikan sama sekali seksyen dan akta tersebut berhak melarang seseorang memasuki kawasan Felda.

Habis, siapa yang mengajar 'orang tua' itu berhujah menghalalkan tindakan menyekat Kembara Oren dengan Seksyen 34 itu?

"Kita simpati kepada kepada Osman Bakar, mana dia tahu tentang Seksyen 34 akta tersebut. Saya percaya dia sendiri tak faham, akta tersebut dalam bahasa Inggeris. Jadi sudah tentulah ada orang memberitahu dia tentang perkara yang tidak wujud itu," kata Nizam.

Kata Nizam seksyen tersebut berbunyi "The State Authority may permit the Development Authority to develop any State land as a group settlement area; and for that purpose the State Authority may make an agreement with the Development Authority relating to the following matters".

Maksudnya, Seksyen 34 ini memberi kuasa kepada pihak berkuasa negeri untuk membenarkan mana-mana agensi bagi memajukan tanah untuk bagi dimasukkan ke dalam penempatan berkelompok.

"Jadi tidak ada langsung disebutkan tentang kuasa pengurus berhak menghalang mana-mana kumpulan daripada memasuki tanah rancangan itu. Malah saya sudah semak, keseluruhan Seksyen 34 yang mengandungi empat fasa itu tidak langsung menyebutkan hal berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

May the force be with us in 2013

Posted: 31 Dec 2012 07:23 PM PST

We cannot dismiss what has happened during and before 2012 and just hope that 2013 will bring a change to all the horrors of an abusive government and their arrogant leaders.

Here we go again! Amidst the fun and frolics of this last festive season of 2012, I will do, as many of you are wont to do, the toting up of my plusses and minuses for the year that just ended.
In the past I have always done this furtively knowing that in the end the minuses will surpass the plusses, the negative overwhelms the positive because I am, after all, human and a creature of habits.
I always take the road less travelled instead of the one already travelled by others. I am determined to do things my way rather than the ways of the many.
…but I digress.
Let us get back to that plusses and minuses of 2012. Not for me but for our beloved Malaysia!
For me there is not one single issue or incident that stands out from all the others. How can I think of 2012 when what has happened before 2012 overwhelms me?
Memali, Bank Bumiputra, May 13, 1969, the ISA, the PPA, Ops Lallang, Anwar Ibrahim, Eric Cheah, Tun Salleh Abas, Altantuya, Teoh Beng Hock, Aminursayid, Kugan, Ahmad Sarbani, Noramfaizul Mohd Nor, Khir Toyo, PKFZ, NFC, cronyism, money politics, corruption dan lain lain.
These are the thoughts that stay in my head and overwhelm all the plusses and minuses of 2012.
All of them have one common thread linking each and every insidious event, names and incidents – Umno.
And to most of these events, one name keeps recurring ad nauseam: Tun Dr Mahathir Mohamad.
A litany of abuses

Read More / Baca Lagi >>

Lebih 100,000 sertai himpunan Ambang 2013 di Dataran Shah Alam

Posted: 31 Dec 2012 07:21 PM PST




SHAH ALAM: Lebih 100,000 menyertai sambutan ambang 2013 bersama pimpinan kerajaan negeri dan Pakatan Rakyat di Dataran Shah Alam malam tadi.

Kehadiran ikon Ustaz Azhar Idrus menjadi pemangkin perhimpunan ini yang disertai kebanyakannya oleh anak muda.

Pada sebelah paginya diadakan program Karnival Pendidikan Negeri Selangor (EduSEL) yang dipenuhi pelbagai aktiviti dan pameran yang sangat berfaedah.

Dalam masa yang sama, Umno menganjurkan perhimpunan sambutan ambang 2013 di I-City Shah Alam dengan persembahan nyayian dan tarian.

Berikut adalah gambar-gambar menarik malam tadi.

(Banner yang memanggil ke sambutan ambang 2013 anjuran kerajaan negeri Selangor)


(Bual bicara bersama Ustaz Azhar Idrus bersama Datuk Malek Nor - Foto Busuk.org )

Read More / Baca Lagi >>

Gerbang 2013

Posted: 31 Dec 2012 07:19 PM PST


1. Hari demi hari malah detik demi detik sangat berharga dan bernilai buat hidup dan perjuangan suci yang didokong ini. Sementelah Allah swt bersumpah demi masa bahawa manusia umumnya terperangkap dalam kerugian kecuali mereka yang beriman, beramal soleh, berpesan dengan kebenaran dan juga berpesan dengan kesabaran.

2. Tahun 2012 telah melabuhkan tirainya dengan 1001 kenangan buat diriku, pula membungakan 1001 keinsafan terhadap kelemahan dan kekurangan dalam menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pemuda PAS Malaysia dan juga amanah sebagai khalifah Allah di bumi bertuah ini.

3. Segalanya menjadi pelajaran yang sangat berharga dan sukar diperolehi. Saya mengharapkan tahun 2013 ini akan menjadi lebih baik berbanding 2012 yang telah berlalu dengan pahit getir dan suka duka perjuangan  bersama rakan - rakan saff kepimpinan dan seluruh warga DPPM [seluruh saff kepimpinan dan anggota pemuda PAS disemua peringkat].

4. Saya mengambil kesempatan sedetik menyambut tahun baru untuk saya dedikasikan ucapan setinggi - tinggi penghargaan buat seluruh saff kepimpinan dan warga DPPM yang begitu cekal meredah tribulasi demi menyahut seruan perjuangan. Sabar menyerap tekanan saban masa dan matang membuat perkiraan tatkala berdepan fitnah. Tanpa saya nafi masih terdapat kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki, namun mereka telah melakukan yang terbaik. Saya bangga memiliki rakan dan sahabat seperjuangan seperti mereka malah mereka jualah sumber inspirasi saya untuk terus sabar dan tabah mengharungi leliku dan selekoh tajam sepanjang saya diamanah memimpin DPPM.
Read More / Baca Lagi >>

Penganalisis: Isu Amanat Hadi perlu ditamat segera

Posted: 31 Dec 2012 07:18 PM PST

SHAH ALAM - Penganalisis berpendapat isu kontroversi isu Amanat Haji Hadi perlu ditamatkan segera kerana ia mampu mengeruhkan keharmonian masyarakat di negara ini.

Penganalisis Politik, Datuk Dr Agus Yusof berkata, walaupun isu itu sering kali dimainkan menjelang pilihan raya umum (PRU) namun ia tidak akan memberi kesan dalam PRU13.

"Bagaimanapun, Haji Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) perlu menamatkan episod cerita ini kerana beliau yang memulakan dulu.

"Walaupun tidak memberi kesan pada PRU akan datang, namun isu ini menimbulkan kekeliruan dan kemarahan rakyat, dan selagi beliau tidak akhirinya dengan membuat penjelasan kepada umum, Umno akan terus memainkan isu ini di masa akan datang," katanya kepada Sinar Harian.

Read More / Baca Lagi >>

Anwar Ibrahim: Majlis Pelancaran Pertubuhan Pakatan Peubahan Sabah (PPPS)

Posted: 31 Dec 2012 07:00 PM PST

Himpunan Hijau's Highway Stars

Posted: 31 Dec 2012 07:00 PM PST

Banjir gelombang kedua

Posted: 31 Dec 2012 05:32 PM PST


Banjir gelombang kedua
Che Wan Razali menyelamatkan ayam kesayangannya daripada terperangkap dalam banjir.
Banjir gelombang kedua
Wan Jeriah bersama sebahagian anak-anak mangsa banjir yang ditempatkan di Dewan Balok.
 
KUANTAN - Seramai 59 mangsa banjir melibatkan  14 keluarga dari Kampung Haji Wan Musa, Batu 13, Jalan Pelabuhan dan Sungai Ular dekat sini terpaksa kembali ke pusat pemindahan banjir  selepas kawasan itu dinaiki air kali kedua, awal pagi semalam.

Kebanyakan mangsa dari Kampung Haji Wan Musa kembali ke rumah dua hari lalu selepas berada di pusat pemindahan  berikutan kejadian banjir kali pertama yang melanda daerah ini  sejak 26 Disember lalu.

Semua mangsa mengambil keputusan kembali ke pusat pemindahan selepas air naik sejak jam 5 pagi dan kawasan tersebut ditenggelami air sedalam kira-kira 1 meter sehingga jam 4 petang semalam.

Air paras dada di laman

Salah seorang mangsa, Wan Jeriah Wan Musa, 54 berkata, hujan yang turun berterusan sejak malam kelmarin menyebabkan kawasan itu dinaiki air.

Menurutnya, air mula naik kira-kira jam 5 pagi dan mula masuk ke dalam rumah sejam kemudian.

"Paras air dalam rumah  mencapai paras betis manakala di kawasan halaman sehingga paras dada kira-kira jam 7 pagi tadi (semalam) lalu saya dan anak, Nor Anizawati Yusof, 31 mengambil keputusan untuk berpindah ke sini.

Read More / Baca Lagi >>

Perutusan tahun baru 2013 Anwar Ibrahim Lebih Bagus Dari Najib

Posted: 31 Dec 2012 05:28 PM PST

Pakatan Rakyat akan pastikan segala khazanah negara tidak dibolot oleh ahli-ahli politik dan golongan tertentu. Negara ini kaya tetapi apabila diurus tadbir oleh golongan perasuah dan kroni hingga segala kemakmuran itu berkisar dikalangan mereka. Rakyat hidup susah dengan pelbagai beban. PRU 13 nanti rakyat perlu membuat perubahan demi jaminan masa depan bersama.

-Datuk Seri Anwar Ibrahim

Amanat Hadi: Sinar Harian tawar platform perjelas isu

Posted: 31 Dec 2012 05:18 PM PST


 Datuk Hussamuddin Yaacub SHAH ALAM -  Sinar Harian sedia menawarkan platform kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjelaskan isu amanatnya yang kembali jadi kontroversi sejak beberapa minggu lalu.

Penerbit Sinar Harian, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, kesediaan itu adalah demi menyatupadukan rakyat negara ini terutama penyokong Pas dan Umno yang saling tuding menuding sejak 31 tahun lalu.

Menurutnya, akhbar itu yang terkenal dengan prinsip Telus & Tulus sedia memberi ruang sepenuhnya kepada Abdul Hadi.

"Jika beliau mahukan siaran langsung, kita boleh sediakan ruang menerusi siaran Sinar TV di www.sinarharian.com.my. Kesediaan ini adalah untuk memberi ruang kepada semua pihak sama menjernihkan keadaan dan juga membetulkan kekeliruan.

"Demi agama, bangsa dan negara, kita buka peluang seluas-luasnya kepada Datuk Seri Abdul Hadi untuk menjelaskan pendiriannya berhubung isu tersebut," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Balaci UMNO : 8 kawasan Felda di Kota Tinggi tolak kehadiran pembangkang

Posted: 31 Dec 2012 04:47 PM PST


Ketua Felda
Dari kiri: Ketua Peneroka Felda Bukit Waha, Ab Aziz Abu Bakar, Ketua Peneroka Felda Aping Barat, Husin Japar dan Ketua Peneroka Felda Lok Heng Selatan, Mohammad Bakar.
 
KOTA TINGGI - Ketua peneroka dari lapan tanah rancangan Felda di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sedili di sini menghantar memorandum untuk menghalang ceramah politik pembangkang diadakan di kawasan mereka.

Lapan kawasan terbabit ialah Felda Lok Heng Selatan, Felda Lok Heng Barat, Felda Lok Heng Timur, Felda Aping Barat, Felda Aping Timur, Felda Simpang Waha, Felda Bukit Waha dan Felda Easter.

Memorandum diserahkan kepada Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi pada satu perjumpaan semalam.

Ketua Peneroka Felda Lok Heng Selatan, Mohammad Bakar berkata, memorandum itu mewakili suara semua penduduk termasu persatuan belia, Gerakan Persatuan Wanita (GPW) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ada dalam kampung berkenaan.

Menurutnya, penduduk kampung berkenaan sudah sebulat suara bersetuju dalam mesyuarat kampung untuk menolak sekerasnya kehadiran pembangkang di kampung mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Menjelang pilihan raya, Bersih melatih rakyat Malaysia untuk mengesan penipuan dalam PRU13

Posted: 31 Dec 2012 04:31 PM PST

KUALA LUMPUR, 1 Jan — Penipuan pilihan raya perlu dilakukan secara berhati-hati semasa pilihan raya umum (PRU) ke 13 oleh kerana ribuan yang dilatih akan membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak polis untuk mengesan penipuan dan keganasan politik pada hari mengundi.
Selain daripada ejen pengiraan undi yang dilantik calon bertanding di setiap pusat mengundi, terdapat sekumpulan lagi pemerhati yang akan memantau kem SPR di luar dan di dalam sementara pengundi  menentukan siapa yang bakal mengawal Putrajaya selepas ini.
Mereka adalah "pemantau rakyat" Bersih 2.0 — rakyat biasa yang akan mengundi pada hari tersebut, tetapi terlatih oleh pakar pilihan raya tempatan tentang bagaimana untuk memantau penipuan yang mungkin berlaku dan apa yang boleh dilakukan dengan maklumat tersebut.
Dalam temuramah bersama The Malaysian Insider baru-baru ini, Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan menerangkan disebalik inisiatif "pemantau rakyat", kempen yang digelar "Jom Pantau" yang akan dilancarkan bersama "Jom 100" pada bulan ini, sebagai percubaan kumpulan tersebut untuk memastikan pilihan raya ke-13 dijalankan secara adil.
Ambiga, yang kini mendapat pengiktirafan antarabangsa diatas usahanya bersama kumpulan reformasi pilihan raya itu, berkata sebabnya mudah — walaupun banyak perubahan dan jaminan dari SPR dan kerajaan, Bersih 2.0 masih percaya pilihan raya akan datang akan menjadi paling kotor dalam sejarah Malaysia.
Beliau berkata ini disebabkan mereka yang berkuasa terdapat terlalu banyak dipertaruhkan apabila pilihan raya dijalankan, dan tahap kesedaran rakyat tentang mengundi meningkat, dan dengan rasa tanggungjawab awam memuncak dirasai oleh pengundi hari ini, mereka yang mahu menipu akan lakukan apa sahaja asalkan hasrat mereka terlaksana.
Read More / Baca Lagi >>

AMBANG 2013 : ANTARA DUA PERSIMPANGAN MINDA

Posted: 31 Dec 2012 03:38 PM PST


2013 : Hasbi Rabbi

Posted: 31 Dec 2012 03:34 PM PST

Amanat Hadi: Jangan halang Hadi, kata Nik Aziz

Posted: 31 Dec 2012 03:24 PM PST

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menempelak sikap sesetengah pihak yang cuba menghalang hasrat Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu menjelaskan isu amanatnya menerusi televisyen.
Nik Aziz menyifatkan individu terbabit jahil dan dalam masa sama beliau menegaskan supaya Abdul Hadi diberi peluang menjelaskan perkara itu sebagaimana digembar-gemburkan kebelakangan ini.
Menurutnya, apabila Abdul Hadi meminta untuk kerajaan memberinya peluang bersiaran langsung selama satu jam dengan RTM dan TV3 bagi menjelaskan isu Amanat Haji Hadi sepatutnya peluang itu diberikan.
"Bila Hadi nak minta satu jam sahaja nak cakap dalam televisyen mesti beri kepada dia... pertama kerana peraturan Islam. Berilah peluang kepada kami untuk terangkan kebenaran.
"Ini berbelit-belit dan asyik membidas sahaja. Umno ni mengarut. Kenapa orang Umno yang Islam tidak menerima Islam. Ini kerana orang Islam tolak Islam dan ambil kebangsaan. Menjadi perpecahan," katanya kepada media semalam.
Beliau berkata demikian berikutan terdapatnya individu tertentu yang mempertikaikan hasrat Abdul Hadi di samping kenyataan tokoh agama, Abdullah Sa'amah tidak bersetuju pemimpin Pas itu muncul di televisyen bagai menjelaskan amanat dibuatnya pada tahun 1981 itu.
Sebelum itu beliau menerima dokumen Deklarasi Rakyat 2013 Rakyat Tuntut Royalti yang diserahkan Presiden Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R) Malaysia, Nazeri Deraman.
Read More / Baca Lagi >>

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0
sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Posted: 31 Dec 2012 06:16 PM PST




Menjelang pilihan raya, Bersih melatih rakyat Malaysia untuk mengesan penipuan dalam PRU13


KUALA LUMPUR, 1 Jan — Penipuan pilihan raya perlu dilakukan secara berhati-hati semasa pilihan raya umum (PRU) ke 13 oleh kerana ribuan yang dilatih akan membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak polis untuk mengesan penipuan dan keganasan politik pada hari mengundi.

Selain daripada ejen pengiraan undi yang dilantik calon bertanding di setiap pusat mengundi, terdapat sekumpulan lagi pemerhati yang akan memantau kem SPR di luar dan di dalam sementara pengundi  menentukan siapa yang bakal mengawal Putrajaya selepas ini.

Mereka adalah "pemantau rakyat" Bersih 2.0 — rakyat biasa yang akan mengundi pada hari tersebut, tetapi terlatih oleh pakar pilihan raya tempatan tentang bagaimana untuk memantau penipuan yang mungkin berlaku dan apa yang boleh dilakukan dengan maklumat tersebut.

Dalam temuramah bersama The Malaysian Insider baru-baru ini, Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan menerangkan disebalik inisiatif "pemantau rakyat", kempen yang digelar "Jom Pantau" yang akan dilancarkan bersama "Jom 100" pada bulan ini, sebagai percubaan kumpulan tersebut untuk memastikan pilihan raya ke-13 dijalankan secara adil.

Ambiga, yang kini mendapat pengiktirafan antarabangsa diatas usahanya bersama kumpulan reformasi pilihan raya itu, berkata sebabnya mudah — walaupun banyak perubahan dan jaminan dari SPR dan kerajaan, Bersih 2.0 masih percaya pilihan raya akan datang akan menjadi paling kotor dalam sejarah Malaysia.

Beliau berkata ini disebabkan mereka yang berkuasa terdapat terlalu banyak dipertaruhkan apabila pilihan raya dijalankan, dan tahap kesedaran rakyat tentang mengundi meningkat, dan dengan rasa tanggungjawab awam memuncak dirasai oleh pengundi hari ini, mereka yang mahu menipu akan lakukan apa sahaja asalkan hasrat mereka terlaksana.

"Kita ada keganasan politik masih berlaku sehingga hari ini. Tetapi polis tidak menangkap sesiapa. Ia kelihatan seolah-olah sesetengah orang boleh bertindak dengan sewenang-wenangnya.

"Pada hari mengundi nanti, keganasan politik adalah apabila anda menakutkan orang ramai untuk ke pusat mengundi, apabila adanya ugutan dan sesetengah orang akan menjadi emosional… jangan lupa, kebanyakan mereka ini datang dari parti politik yang sudah banyak menabur wang untuk pilihan raya ini.

"Tetapi apa yang bimbang adalah tentang bagaimana semua orang melepaskan diri dengan ini ... Sekarang polis adalah partisan, mereka menerima arahan memberitahu mereka untuk tidak mengambil tindakan," katanya.

"Saya rasa hanya penakut sahaja akan lakukannya, mereka yang akan tewas, mereka yang takut untuk tewas akan lakukan begini. Jika tidak, mereka tidak perlu takut langsung."

Ambiga menceritakan pahit getir Bersih sepanjang beberapa tahun lalu bermula dari perhimpunan sebelum pilihan raya 2008, kepada perhimpunan 9 Julai pada tahun 2011, dan duduk bantah pada 28 April, dan walaupun segala kerja keras, dan berkata walaupun semua kerja keras, reformasi pilihan raya kerajaan amat menyedihkan, separuh masak dan tidak ikhlas pada tahap terbaik.

"Tidak ada ketulenan tentang niat mereka untuk berubah. Tidak ada langsung," katanya lagi.

Tetapi beliau berkata, Bersih 2.0 adalah badan pemantau yang menjadi pemangkin kepada pergerakan badan bukan kerajaan (NGO), mengambil keputusan untuk tidak menyerah kalah begitu sahaja.

Gabungan itu mungkin tidak dapat meyakinkan kerajaan berkenaan hasrat mereka tentang keperluan perubahan proses pilihan raya, seperti menghapuskan ribuan senarai nama meragukan dalam daftar pemilih, dan mengakhiri keganasan politik, tetapi Ambiga mengatakan Bersih 2.0 sudah mencapai pencapaian yang membanggakan.

"Kita sudah berjaya menyedarkan ramai orang," katanya lagi.

"Kerana itu Januari ini, kita akan buat dua kempen untuk menyedarkan rakyat Malaysia untuk mengundi dan mengesan penipuan pilihan raya.

Ambiga berkata Bersih 2.0, dengan bantuan Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas) dan Rakyat Malaysia untuk Pilihan Raya Bebas dan Adil Bebas (Mafrel), akan bekerjasama untuk memastikan lebih ramai "pemantau rakyat" untuk memantau dengan menggunakan media sosial dan melalui telefon.

Sebuah lagi NGO, Tindak Malaysia, sudah melakukan latihan dan merekrut agen pengira undi atau "PACABA" - individu yang dilantik setiap calon untuk memerhatikan pengiraan undi di dalam pusat mengundi sendiri.

Bercakap kepada The Malaysian Insider baru-baru ini, pegawai program Komas Arul Prakash menawarkan untuk menunjukkan latihan kumpulan tersebut bagi program "Jom Pantau".

Beliau menjelaskan kesalahan yang kerap berlaku sebelum semasa pilihan raya adalah politik wang dan penyalahgunaan jentera kerajaan, kedua-dua peringkat persekutuan dan negeri, semasa kempen pilihan raya.

"Mereka mengadakan jamuan makan malam mewah dan besar atas nama parti dan jabatan kerajaan.

"Ini yang perkara asas yang kita mahu orang ramai pantau," katanya lagi.

"Selain itu, kita mahu orang turun ke peringkat bawah, jadi jika ada yang merancang penipuan, mereka akan berfikir dua kerana kali ini, mereka sedang diperhatikan," katanya lagi.

Arul berkata objektif utama "Jom Pantau" untuk memastikan penipu kurang jumlahnya berbanding pemantau Bersih 2.0 dan menghalang mereka dari melakukan sebarang kesalahan pada hari mengundi.

Beliau berkata Komas sudah merekrut 300 pemantau yang didaftarkan di bawah "Jom Pantau" tetapi Bersih 2.0 berharap untuk menarik sekurang-kurangnya seribu lagi, untuk memastikan setiap kawasan mempunyai kumpulan yang cukup untuk memantau proses pengundian.

Untuk mendaftar sebagai pemantau rakyat, individu perlu untuk melawat laman web Jom Pantau dipru13.info.

"Kita akan mendedahkan siri latihan kita dan maklumat lain apabila kita melancarkan kempen pada Januari. Sekarang ini, kita sedang memperkukuhkan strategi," katanya lagi.

Sementara itu, Tindak Malaysia sudah melatih PACABA dalam beberapa bulan sudah. Walaupun inisiatif init tidak melibatkan "Jom Pantau" Bersih 2.0, Ambiga mengatakan mereka sangat penting bagi memastikan pilihan raya adalah bersih dari manipulasi.

Bercakap kepada The Malaysian Insider baru-baru ini, wakil Tindak PY Wong memberitahu bahawa PACABA adalah "benteng terakhir" dalam pilihan raya yang bersih dan adil.

"Kamu boleh ada semua pemantau pilihan raya dalam dunia tetapi tanpa latihan yang mencukupi bagi agen mengundi dan pengiraan undi, ia tidak bermakna.

"Ini seperti mengunci pintu selepas kuda dicuri. Sebab itu kita merasakan Tindak Malaysia boleh memberi sumbangan besar kepada masyarakat sivil," katanya lagi.

Wong menjelaskan bahawa terdapat banyak kemungkinan untuk melakukan penipuan pada hari pengundian — sepanjang proses keseluruhan "aliran kertas", dari cek inventori, bahan-bahan pilihan raya seperti kertas-kertas undi dan daftar pemilih sendiri, dan akhirnya, pengiraan undi sebelum keputusan disahkan, diterima dan diumumkan.

Sebagai contoh, beliau berkata bahawa kesahihan kertas undi adalah serampang dua mata — nombor siri dan cop mesti disahkan dan diperiksa untuk memastikan bahawa tidak ada undi pendua.

Beliau menambah proses pengundian berjalan antara 8 pagi hingga 5 petang, agen pusat pengundian perlu memastikan hanya pengundi tulen sahaja dibenarkan untuk mengundi.

"Dan pastikan mereka tidak mengundi dua kali. Tetapi jangan lupa… kita mrmpunyai ramai muka untuk diingati, dan kita biarkan proses menjadi rujukan bagi memastikan tidak ada penipuan," katanya.

Wong memberitahu bahawa dakwat kekal yang ditunggu-tunggu akan digunakan bagi memastikan tidak berlakunya pengundian dua kali dalam pilihan raya, akan tetapi beliau memberi amaran penipuan masih boleh berlaku walaupun menggunakan teknik ini.

"Walaupun dakwat kekal akan digunakan kali ini, ia dicipta untuk gagal," katanya.

Wong memberitahu terdapat kurangn undang-undang untuk memastikan penggunaan dakwat kekal bebas daripada penipuan.

Beliau berkata seorang individu boleh ke tempat mengundi menggunakan gam lutsinar di jarinya, dan selepas ditandakan dakwat kekal, individu tersebut boleh membasuh keluar gam dan dakwat tersebut serta mengundi sekali lagi.

Satu lagi contoh lain, Wong berkata dakwat itu haruslah ditandakan selepas individu itu mengundi, tetapi dalam prosedur terkini di bawah sistem SPR, ia dilakukan sebelum pengundi mengundi.

Beliau berkata ini membuang masa dan boleh mengganggu proses pilihan raya, dengan menafikan hak pengundi dari menjalankan tanggungjawab sebelum jam 5 petang.

"Kami mempunyai penyelesaian ... keluarkan penandaan pada jari dari proses mengundi. Jadi, anda boleh kembali ke cara lama ... itu sahaja sekali undi dibuang, ada akan ada dua botol dakwat disediakan untuk menandakan, dan bukannya satu ... ini akan membantu mematuhi dengan keperluan masa, "katanya.

Wong mengatakan, seperti aktivis Bersih 2.0 yang mengadu idea mereka telah dibantah oleh pegawai pilihan raya dalam SPR.

"Sebab itu saya mengatakan kita boleh berharap dari pemantau rakyat untuk faktor pencegahan, pada akhirnya nanti, kita semua mahukan ia berjalan dengan betul. Apakah kita mahu undi kita dikira?" katanya lagi.

Tetapi Ambiga masih percaya jika penipuan pilihan raya terus berlaku, hanya penglibatan orang ramai secara besar-besaran dalam pengundian boleh mengatasi penipuan tersebut.

Peguam merangkap aktivis itu menegaskan kejayaan Bersih yang terbesar setakat ini — rakyat Malaysia kini lebih sedar kepentingan undi tunggal boleh menjadi reformasi yang diperjuangkan oleh kumpulan tersebut.

"Itu cukup kuat, jika rakyat boleh melihat adanya harapan, jika Bersih diberikan harapan, kita akan terus jadi kuat," katanya lagi.


Tukar Tiub

0
sumber :-

Tukar Tiub


SEDIH DAN PILU - SAMBUTAN KERUSI YANG HANGAT

Posted: 31 Dec 2012 07:00 AM PST



GAMBAR SEDIH TAHUN 2012
GAMBAR PILU SEPANJANG ZAMAN
 LAGI MENYEDIHKAN
LAGI PILU
PROGRAM GEROMBOLAN
TAKUT LAGI MENAKUTKAN




Dengan persiapan yang sangat hebat, Dengan bunyi gegak gempita diseluruh alam, Dengan kecanggihan Audio yang mengancam jiwa ( jika takde Ilmu mau cair dengar) .. Selepas dipasang banner dan bendera hampir di seluruh Bandar Tun Razak, Akhirnya Ceramah Ulama Muda UMNO Fathul Bari mencatat rekod kehadiran yang sangat2 ramai,sehinggakan beberapa khemah yang dinaikkan terpisah dari pentas ceramah.. Hebat2.. Hebat Macam ni je..?? Kui Kui Kui
 




-------

INI AZAM TAHUN BARU KITA

Posted: 31 Dec 2012 05:30 AM PST




SELAMAT TINGGAL 2012
SELAMAT DATANG 12 JANUARI


----

SENARAI COOL AKAN MUNCUL - TUNGGU DAN NANTI

Posted: 30 Dec 2012 11:00 PM PST



INI YANG KITA TUNGGU TUNGGU

CADANGAN COOL DARI PEMBACA


Individu cool 2012 Cikgu ishak surin Tan sri kalid ibrahim Ustaz azhar idrus Individu

 poyo 2012 Musa hassan Deepak 

Media cool 2012 Malaysiakini 

media poyo 2012 Tetap tv 3 Bual 

bicara cool 2012 Radio bgsar utama

Debat sinar Bualbicara poyo 2012 Hostnya artis tetamu pun artis...

 Gambar cool 2012 Pic bersih 3.0 

Gambar poyo 2012 Pic sendri sambil pgang ipac... 

Tshit cool 2012 Tshirt beli kat pdg besar Tshirt poyo 2012 Tshirt free gerombolan 

Crleberiti cool 2012 Khairi othman 

Celeberiti poyo 2012 Ramai sangat... on DEEPAK PUKUL TALIPON UNTUK ROSMAH MANSIR


SATU LAGI CADANGAN COOL

kekal cool.

1.staf gomen yang baca tukar tiub, yang akan turun demo kl112.

2.student ipt yang turun demo.

outfit cool.

1.jeans, khakis, leather, sneakers, t-shirt.

outfit poyo. 

1.baju batik.

kekal poyo.

1.mat rempit ahli putera umno pengikut azeeeeezzz

kedai makan cool.




-----

NAJIB ARAH ZAHID HAMIDI REMBAT DUIT BEKAS TENTERA

Posted: 30 Dec 2012 08:28 PM PST



 BAYARAN RM160 JUTA KEPADA ASTACANGGIH/AWAN MEGAH JEJASKAN PROJEK-PROJEK KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN MERUGIKAN ANGGOTA TENTERA

Pembayaran yang telah dan akan dibuat kepada Astacanggih Sdn Bhd ("Astacanggih") dan Awan Megah Sdn Bhd ("Awan Megah") berjumlah RM160 juta akan menggunapakai dana sedia ada dan pinjaman baru yang terpaksa diambil oleh Bakti Wira Sdn Bhd ("Bakti Wira").

Bakti Wira adalah anak syarikat milik penuh Boustead Holdings Berhad ("Boustead"). Saham majoriti Boustead dikuasai oleh Lembaga Tabung Amanah Tentera ("LTAT") iaitu sebanyak 61.36% (rujuk Laporan Kewangan Tahunan Boustead yang terkini mukasurat 212, setakat 29 Februari 2012). Saham selebihnya di dalam Boustead dipegang oleh pelabur minoriti.


Oleh yang demikian, keputusan Dato' Seri Zahid Hamidi mengarahkan Boustead (melalui anak syarikat Bakti Wira) membuat pinjaman baru untuk membayar RM160 juta kepada Astacanggih dan Awan Megah adalah keputusan yang melibatkan kepentingan dan kebajikan anggota tentera serta pelabur minoriti di dalam Boustead.

Sekiranya pelaburan ini tidak baik dan membebankan Bakti Wira, ia akhirnya akan merugikan anggota tentera dan pelabur minoriti yang terpaksa menanggung kerugian gara-gara tindakan cemas Dato' Seri Najib Tun Razak yang mahu menutup mulut Deepak.


Bakti Wira juga mempunyai sebuah anak syarikat yang menjalankan kerja pembinaan iaitu Jendela Hikmat Sdn Bhd ("Jendela Hikmat"). Syarikat ini diberikan beberapa kontrak penswastaan yang besar oleh Kementerian Pertahanan, termasuklah projek berjumlah RM230 juta untuk membina dan menyiapkan Kem Muara Tuang, Sarawak.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 mengkritik Jendela Hikmat kerana gagal menyiapkan projek tersebut walaupun telah diberi lanjutan tempoh masa sebanyak 3 kali. Pada ketika itu, Jendela Hikmat memberi alasan bahawa ia berdepan dengan kesempitan kewangan akibat kenaikan kos barang pembinaan sehingga menjejaskan projek yang dilaksanakannya.

Justeru, sekiranya Bakti Wira terpaksa mengambil pinjaman sebanyak RM160 juta untuk membayar Astacanggih dan Awan Megah, bebanan hutang yang baru ini sudah tentu akan melemahkan lagi kedudukan kewangannya yang seterusnya menjejaskan keupayaan Jendela Hikmat menyiapkan projek-projek kerajaan.

Semakan prestasi kewangan terkini Bakti Wira yang difailkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia mengesahkan risiko kewangan yang ditanggungnya berikutan arahan membayar RM160 juta kepada Astacanggih dan Awan Megah.


Bakti Wira yang mengalami kerugian sebanyak RM565,923 bagi tahun 2011 itu terpaksa menanggung kos hutang sekurang-kurangnya RM6.5 juta setiap tahun. Besar kemungkinan, kerugian yang dialami bagi tahun 2012 dan tahun-tahun mendatang lebih teruk dan berpanjangan akibat hutang RM160 juta yang terpaksa ditanggungnya.

Kedudukan kewangan Bakti Wira juga akan dilemahkan dengan hutang RM160 juta yang terlalu besar berbanding dengan asetnya yang kecil iaitu sekitar RM50 juta sahaja. Tambahan lagi, tanah yang kononnya dibeli itu besar kemungkinan tidak dapat dipindahmilik, menyebabkan tidak ada aset baru yang boleh disuntik untuk mengimbangi hutang RM160 juta yang diambil untuk membayar Astacanggih dan Awan Megah.

Maka, keputusan membayar RM160 juta kepada Astacanggih dan Awan Megah ini adalah keputusan yang benar-benar merugikan anggota tentera yang menabung di dalam LTAT dan pelabur minoriti Boustead yang turut sama terjejas.

KEADILAN akan bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan bekas anggota tentera termasuk PAHLAWAN dan KERABAT untuk menggerakkan kempen mendesak LTAT menghentikan urusniaga ini secepat mungkin.

KEADILAN juga akan menulis secara rasmi kepada Badan Pengawas Saham Minoriti Berhad (Minority Shareholder Watchdog Group) untuk segera campur tangan di peringkat Boustead bertujuan menghentikan urusniaga ini secepat mungkin.

Desakan dari kedua-dua kumpulan ini dan keputusan Kerajaan Selangor untuk menghalang pemindahan tanah 200 ekar yang cuba dijual (seperti yang diumumkan Pejabat Menteri Besar Selangor semalam) akan menghalang RM160 juta dana awam dari disalahguna bagi kepentingan peribadi Dato' Seri Najib Tun Razak.

Sewajarnya, Dato' Seri Najib Tun Razak perlu berdepan dengan pelbagai tuduhan yang dibuat oleh Deepak dan menyaman Deepak di mahkamah sekiranya tuduhan itu tidak benar, bukannya menyalahgunakan dana awam untuk merasuah Deepak dan Ketua Wanita Umno Selangor seperti ini.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
31 DISEMBER 2012




-------

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT