RAKYAT MARHAEN |
- Diana Amir : Sajak Untuk Sahabat - Ambang 2013
- KANTOI TERGOLEK "DOG" : PENCACAI UMNO KATA USTAZ AZHAR IDRUS PENYOKONG TEGAR UMNO!!!!!!
- KOLEKSI GAMBAR AMBANG 2013 YANG PASTI DIHARAMKAN TERBIT DISEMUA MEDIA ARUS PERDANA MILIK DAN KAWALAN UMNO!!!!!
- Perdana Menteri : 'sempatkah' Mahyuddin Yassin...??
- Siapa Paksa Beli Syarikat Deepak - Najib Atau Zahid Hamidi?
- Ustaz Azhar Idrus Kemeriahan Countdown 2013
- Ustaz Azhar Idrus bersama Malik Noor - Ambang 2013
- Ustaz Azhar Idrus bersama Ustaz Bollywood - Ambang 2013
- Ustaz Azhar Idrus - Islam Pasti Menang - Ambang 2013
- Kubur 'menangis': Mantap akan jumpa Mufti
- Akta GSA tidak halang sesiapa masuk Felda
- May the force be with us in 2013
- Lebih 100,000 sertai himpunan Ambang 2013 di Dataran Shah Alam
- Gerbang 2013
- Penganalisis: Isu Amanat Hadi perlu ditamat segera
- Anwar Ibrahim: Majlis Pelancaran Pertubuhan Pakatan Peubahan Sabah (PPPS)
- Himpunan Hijau's Highway Stars
- Banjir gelombang kedua
- Perutusan tahun baru 2013 Anwar Ibrahim Lebih Bagus Dari Najib
- Amanat Hadi: Sinar Harian tawar platform perjelas isu
- Balaci UMNO : 8 kawasan Felda di Kota Tinggi tolak kehadiran pembangkang
- Menjelang pilihan raya, Bersih melatih rakyat Malaysia untuk mengesan penipuan dalam PRU13
- AMBANG 2013 : ANTARA DUA PERSIMPANGAN MINDA
- 2013 : Hasbi Rabbi
- Amanat Hadi: Jangan halang Hadi, kata Nik Aziz
Diana Amir : Sajak Untuk Sahabat - Ambang 2013 Posted: 31 Dec 2012 07:43 PM PST |
KANTOI TERGOLEK "DOG" : PENCACAI UMNO KATA USTAZ AZHAR IDRUS PENYOKONG TEGAR UMNO!!!!!! Posted: 31 Dec 2012 07:41 PM PST Punyalah terdesak UMNO nak yakinkan dirinya serta cuba memujuk dan menyejukan hati para pendokong, penyokongnya yang sedang pucat lesi, gelabah, panik dan menggigil kepala lutut dalam menghadapi PRU 13 bertemu dengan PAS/PKR/DAP dalam gagasan Pakatan Rakyat. Sanggup menipu dan memfitnah dengan menyatakan kononnya Ustaz Azhar Idrus penyokong UMNO/BN. Sanggup tempelkan gambar kehadiran rakyat malam tadi di Dataran Merdeka Shah Alam anjuran kerajaan negeri PKR/PR Selangor dibawah pimpinan Datuk Menteri Besar, YAB Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid Ibrahim, sempena ambang tahun baru 2013. FITNAH DAN TIPU TIDAK BOLEH DIPISAHKAN DENGAN UMNO... |
Posted: 31 Dec 2012 07:37 PM PST KAGUM SEHINGGA KELU HENDAK BERKATA-KATA. LOKASI: Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Selangor. ACARA:- Di Ambang 2013 bersama Ustaz Azhar Idrus ANJURAN: Kerajaan PKR/PR Selangor Darul Ehsan TARIKH DAN WAKTU:- 31hb Disember 2013 lepas Solat Maghrib SAMBUTAN: SENDIRI TENGOKLAH!!!!! REAKSI NAJIB DAN UMNO:- Goyang, Pucat lesi, Panik, Gelabah, Gundah gelana, Menggigil, tak boleh tidur malam, mandi tak basah, makan tak de selera..TAK JUMPA TARIKH PRU 13. |
Perdana Menteri : 'sempatkah' Mahyuddin Yassin...?? Posted: 31 Dec 2012 07:34 PM PST Oleh newkk 1hb. Januari 2013 merupakan tahun tahun terakhir pemerintahan kerajaan BN kerana pada bulan April 2013 adalah genap 5 tahun edah parlimen Malaysia sejak Pulihanraya umum ke 12 iaitu tahun 2008. Masuk tahun 2013 mana-mana parti politik dan orang perseorangan yang mahu melibatkan diri dalam pilihanraya umum akan mula membilang detik perdetik hari akan berlakunya pilihanraya umum ke 13. Yang pasti hebat apabila bertembung diantara BN dengan PR. BN akan mempertahankan PUTRAJAYA sehingga ketitisan darah yang terakhir, begitu perlu bagi pihak BN untuk mempertahankan kuasa kerana kuasa akan boleh membuat segala-galanya bagi mana-mana pihak yang meletakkan kepentingan diri melebihi dari kepentingan Ugama, Bangsa dan Negara. PR pula akan terus mendampingi rakyat untuk mendapat mandat dan sokongan bagi menruntuhkan BN dan dapat menawan PUTRAJAYA bagi membaiki kerosakan dan memberi berkhidmat untuk kepentingan kebajikan rakyat dan berjuang untuk Ugama dan Negara. Yang pasti berbagai-bagai keadah telah dilakukan oleh BN untuk mempastikan kuasa tidak terhakis tapi malangnya lepas satu-satu isu membayangi BN apabila ramai dikalangan bekas2 pegawai Kerajaan, bekas-bekas pemimpin UMNO menyertai PR tapi tidak berlaku kepada BN atau UMNO. Rakyat sedang menanti tarikh pembubaran Parlimen, sudah letih menunggu untuk membuang undi, yang tua lepas seorang-seorang meninggal dunia tidak sempat melihat siapakah yang akan menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 7 manakala yang baru pertama kali dapat mengundi mereka itu tak sabar sabar untuk mengundi. Tentunya mereka semua mahu melihat sebuah kerajaan baru kerana dibawah kerajaan BN mereka telah merasai, suka duka, pahit maung kehidupan. |
Siapa Paksa Beli Syarikat Deepak - Najib Atau Zahid Hamidi? Posted: 31 Dec 2012 07:32 PM PST Oleh Shahbudin Husin Persoalan yang timbul disebalik tindakan anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera(LTAT) iaitu Boustead membeli syarikat milik Deepak Jaikishan, Astacanggih Sdn Bhd sebagai jalan penyelesaian untuk menghentikan kemelut antara Deepak-Najib-Rosmah-Raja Ropeah, kini menimbulkan persoalan baru iaitu siapakah yang memaksa urusniaga itu? Semua orang tahu LTAT dan Boustead adalah dibawah Kementerian Pertahanan dan projek yang diberi kepada Raja Ropeah yang kemudiannya disertai oleh Deepak juga adalah dibawah Kementerian Pertahanan. Jadi adakah Zahid Hamidi yang memaksa pembelian tersebut? Atau adakah ia diarahkan oleh "bos besar" iaitu Najib Razak sendiri? Najib sebelum ini pernah menjadi Menteri Pertahanan dan projek yang diberi Raja Ropeah itu juga diluluskan ketika Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan. Adakah Najib memberi arahan secara langsung kepada LTAT dan Bousted atau arahan itu disampaikan melalui Zahid Hamidi? Tetapi yang pastinya, tidak mungkin LTAT dan Boustead melakukan urusniaga itu tanpa arahan sesiapa dan semata-mata berdasarkan kepentingan komersial. Inilah antara beberapa persoalan yang bermain di fikiran rakyat sekarang ini, di sebalik kemeriahan menyambut tahun 2013. Lebih dari itu, penting untuk diketahui ialah sama ada urusniaga itu membabitkan unsur salah guna kuasa atau tidak. Read More / Baca Lagi >> |
Ustaz Azhar Idrus Kemeriahan Countdown 2013 Posted: 31 Dec 2012 07:30 PM PST |
Ustaz Azhar Idrus bersama Malik Noor - Ambang 2013 Posted: 31 Dec 2012 07:29 PM PST |
Ustaz Azhar Idrus bersama Ustaz Bollywood - Ambang 2013 Posted: 31 Dec 2012 07:27 PM PST |
Ustaz Azhar Idrus - Islam Pasti Menang - Ambang 2013 Posted: 31 Dec 2012 07:27 PM PST |
Kubur 'menangis': Mantap akan jumpa Mufti Posted: 31 Dec 2012 07:25 PM PST (Peserta sidang meja bulat isu Pengerang bergambar sebelum sidang media) JOHOR BAHRU : Badan Bertindak Penduduk Pengerang (Mantap) akan menyerahkan memorandum kepada Mufti negeri ini bagi mendesak supaya proses pemindahan perkuburan Islam yang terbabit dengan Projek Rapid Petronas di Pengerang, dihentikan serta merta. Desakan ini dibuat berikutan dakwaan kegagalan kontraktor yang dilantik menjalankan kerja-kerja pemindahan kubur ini mematuhi syarat ditetapkan pihak berkuasa agama negeri ini sehingga menyedihkan waris terbabit. Demikian dinyatakan Timbalan Pengerusi Mantap, Mazlan Aliman, pada sidang media selepas mempengerusikan Sidang Meja Bulat berkaitan isu Pengerang yang diadakan di sini, kelmarin. Hadir sama dalam sidang media itu adalah 41 lagi yang terdiri dari pemimpin Ngo, parti-parti politik, pengamal undang-undang serta orang perseorangan yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. Menurut beliau, sidang tersebut diadakan bagi mendapat input terkini daripada pihak-pihak berkaitan berhubung perkembangan yang berlaku di Pengerang mutakhir ini. "Isu yang membabitkan proses pemindahan perkuburan Islam yang dikesan gagal mematuhi prosedur ditetapkan Majlis Fatwa Jabatan Agama Islam Johor sangat menyedihkan kita. |
Akta GSA tidak halang sesiapa masuk Felda Posted: 31 Dec 2012 07:24 PM PST Cerita konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda yang disekat oleh kumpulan proUmno di pintu masuk di Jengka 23 dan Jengka 11, masih lagi menjadi bualan hangat di Pahang. Read More / Baca Lagi >>Kes ini tidak dapat dielakkan daripada menjadi perhatian umum, kerana ia merupakan fenomena dan perkembangan baru dalam negara ini. Tragedi ini belum pernah terjadi si sini. Kepada mereka, apakah Felda sudah menganggap ia sebagai 'wilayah baru' sehingga tidak boleh lagi sewenang-wenangnya dimasuki? Sebenarnya tidak ada sebarang hujah konkrit kenapa mereka tergamak menghalang Kembara Oren yang berhasrat menjelaskan isu-isu mutakhir Felda. Sehinggalah baru-baru ini tersiar di sebuah akhbar, Pengerusi JKKR Jengka 23, Sulaiman Bakar mendakwa sebagai tuan rumah mereka berhak menghalang Kembara Oren dari memasuki penempatan Felda mereka. Sulaiman yang juga Pengerusi Gabungan JKKR Felda Wilayah Jengka mendakwa, pengurus Felda berkuasa penuh ke atas sesebuah tanah rancangan termasuk menyekat apa yang mereka mahu berdasarkan Seksyen 34, Akta Penempatan Berkelompok (GSA) 1960. Apabila diajukan persoalan itu kepada peguam Ahmad Nizam Hamid dari Tetuan Sazali & Lim, beliau menafikan sama sekali seksyen dan akta tersebut berhak melarang seseorang memasuki kawasan Felda. Habis, siapa yang mengajar 'orang tua' itu berhujah menghalalkan tindakan menyekat Kembara Oren dengan Seksyen 34 itu? "Kita simpati kepada kepada Osman Bakar, mana dia tahu tentang Seksyen 34 akta tersebut. Saya percaya dia sendiri tak faham, akta tersebut dalam bahasa Inggeris. Jadi sudah tentulah ada orang memberitahu dia tentang perkara yang tidak wujud itu," kata Nizam. Kata Nizam seksyen tersebut berbunyi "The State Authority may permit the Development Authority to develop any State land as a group settlement area; and for that purpose the State Authority may make an agreement with the Development Authority relating to the following matters". Maksudnya, Seksyen 34 ini memberi kuasa kepada pihak berkuasa negeri untuk membenarkan mana-mana agensi bagi memajukan tanah untuk bagi dimasukkan ke dalam penempatan berkelompok. "Jadi tidak ada langsung disebutkan tentang kuasa pengurus berhak menghalang mana-mana kumpulan daripada memasuki tanah rancangan itu. Malah saya sudah semak, keseluruhan Seksyen 34 yang mengandungi empat fasa itu tidak langsung menyebutkan hal berkenaan. |
May the force be with us in 2013 Posted: 31 Dec 2012 07:23 PM PST We cannot dismiss what has happened during and before 2012 and just hope that 2013 will bring a change to all the horrors of an abusive government and their arrogant leaders. In the past I have always done this furtively knowing that in the end the minuses will surpass the plusses, the negative overwhelms the positive because I am, after all, human and a creature of habits. I always take the road less travelled instead of the one already travelled by others. I am determined to do things my way rather than the ways of the many. …but I digress. Let us get back to that plusses and minuses of 2012. Not for me but for our beloved Malaysia! For me there is not one single issue or incident that stands out from all the others. How can I think of 2012 when what has happened before 2012 overwhelms me? Memali, Bank Bumiputra, May 13, 1969, the ISA, the PPA, Ops Lallang, Anwar Ibrahim, Eric Cheah, Tun Salleh Abas, Altantuya, Teoh Beng Hock, Aminursayid, Kugan, Ahmad Sarbani, Noramfaizul Mohd Nor, Khir Toyo, PKFZ, NFC, cronyism, money politics, corruption dan lain lain. These are the thoughts that stay in my head and overwhelm all the plusses and minuses of 2012. All of them have one common thread linking each and every insidious event, names and incidents – Umno. And to most of these events, one name keeps recurring ad nauseam: Tun Dr Mahathir Mohamad. A litany of abuses Read More / Baca Lagi >> |
Lebih 100,000 sertai himpunan Ambang 2013 di Dataran Shah Alam Posted: 31 Dec 2012 07:21 PM PST SHAH ALAM: Lebih 100,000 menyertai sambutan ambang 2013 bersama pimpinan kerajaan negeri dan Pakatan Rakyat di Dataran Shah Alam malam tadi. Kehadiran ikon Ustaz Azhar Idrus menjadi pemangkin perhimpunan ini yang disertai kebanyakannya oleh anak muda. Pada sebelah paginya diadakan program Karnival Pendidikan Negeri Selangor (EduSEL) yang dipenuhi pelbagai aktiviti dan pameran yang sangat berfaedah. Dalam masa yang sama, Umno menganjurkan perhimpunan sambutan ambang 2013 di I-City Shah Alam dengan persembahan nyayian dan tarian. Berikut adalah gambar-gambar menarik malam tadi. (Banner yang memanggil ke sambutan ambang 2013 anjuran kerajaan negeri Selangor) (Bual bicara bersama Ustaz Azhar Idrus bersama Datuk Malek Nor - Foto Busuk.org ) Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 31 Dec 2012 07:19 PM PST 1. Hari demi hari malah detik demi detik sangat berharga dan bernilai buat hidup dan perjuangan suci yang didokong ini. Sementelah Allah swt bersumpah demi masa bahawa manusia umumnya terperangkap dalam kerugian kecuali mereka yang beriman, beramal soleh, berpesan dengan kebenaran dan juga berpesan dengan kesabaran. 2. Tahun 2012 telah melabuhkan tirainya dengan 1001 kenangan buat diriku, pula membungakan 1001 keinsafan terhadap kelemahan dan kekurangan dalam menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pemuda PAS Malaysia dan juga amanah sebagai khalifah Allah di bumi bertuah ini. 3. Segalanya menjadi pelajaran yang sangat berharga dan sukar diperolehi. Saya mengharapkan tahun 2013 ini akan menjadi lebih baik berbanding 2012 yang telah berlalu dengan pahit getir dan suka duka perjuangan bersama rakan - rakan saff kepimpinan dan seluruh warga DPPM [seluruh saff kepimpinan dan anggota pemuda PAS disemua peringkat]. 4. Saya mengambil kesempatan sedetik menyambut tahun baru untuk saya dedikasikan ucapan setinggi - tinggi penghargaan buat seluruh saff kepimpinan dan warga DPPM yang begitu cekal meredah tribulasi demi menyahut seruan perjuangan. Sabar menyerap tekanan saban masa dan matang membuat perkiraan tatkala berdepan fitnah. Tanpa saya nafi masih terdapat kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki, namun mereka telah melakukan yang terbaik. Saya bangga memiliki rakan dan sahabat seperjuangan seperti mereka malah mereka jualah sumber inspirasi saya untuk terus sabar dan tabah mengharungi leliku dan selekoh tajam sepanjang saya diamanah memimpin DPPM. Read More / Baca Lagi >> |
Penganalisis: Isu Amanat Hadi perlu ditamat segera Posted: 31 Dec 2012 07:18 PM PST SHAH ALAM - Penganalisis berpendapat isu kontroversi isu Amanat Haji Hadi perlu ditamatkan segera kerana ia mampu mengeruhkan keharmonian masyarakat di negara ini. Penganalisis Politik, Datuk Dr Agus Yusof berkata, walaupun isu itu sering kali dimainkan menjelang pilihan raya umum (PRU) namun ia tidak akan memberi kesan dalam PRU13. "Bagaimanapun, Haji Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) perlu menamatkan episod cerita ini kerana beliau yang memulakan dulu. "Walaupun tidak memberi kesan pada PRU akan datang, namun isu ini menimbulkan kekeliruan dan kemarahan rakyat, dan selagi beliau tidak akhirinya dengan membuat penjelasan kepada umum, Umno akan terus memainkan isu ini di masa akan datang," katanya kepada Sinar Harian. Read More / Baca Lagi >> |
Anwar Ibrahim: Majlis Pelancaran Pertubuhan Pakatan Peubahan Sabah (PPPS) Posted: 31 Dec 2012 07:00 PM PST |
Himpunan Hijau's Highway Stars Posted: 31 Dec 2012 07:00 PM PST |
Posted: 31 Dec 2012 05:32 PM PST Kebanyakan mangsa dari Kampung Haji Wan Musa kembali ke rumah dua hari lalu selepas berada di pusat pemindahan berikutan kejadian banjir kali pertama yang melanda daerah ini sejak 26 Disember lalu. Semua mangsa mengambil keputusan kembali ke pusat pemindahan selepas air naik sejak jam 5 pagi dan kawasan tersebut ditenggelami air sedalam kira-kira 1 meter sehingga jam 4 petang semalam. Air paras dada di laman Salah seorang mangsa, Wan Jeriah Wan Musa, 54 berkata, hujan yang turun berterusan sejak malam kelmarin menyebabkan kawasan itu dinaiki air. Menurutnya, air mula naik kira-kira jam 5 pagi dan mula masuk ke dalam rumah sejam kemudian. "Paras air dalam rumah mencapai paras betis manakala di kawasan halaman sehingga paras dada kira-kira jam 7 pagi tadi (semalam) lalu saya dan anak, Nor Anizawati Yusof, 31 mengambil keputusan untuk berpindah ke sini. |
Perutusan tahun baru 2013 Anwar Ibrahim Lebih Bagus Dari Najib Posted: 31 Dec 2012 05:28 PM PST Pakatan Rakyat akan pastikan segala khazanah negara tidak dibolot oleh ahli-ahli politik dan golongan tertentu. Negara ini kaya tetapi apabila diurus tadbir oleh golongan perasuah dan kroni hingga segala kemakmuran itu berkisar dikalangan mereka. Rakyat hidup susah dengan pelbagai beban. PRU 13 nanti rakyat perlu membuat perubahan demi jaminan masa depan bersama. -Datuk Seri Anwar Ibrahim |
Amanat Hadi: Sinar Harian tawar platform perjelas isu Posted: 31 Dec 2012 05:18 PM PST Penerbit Sinar Harian, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, kesediaan itu adalah demi menyatupadukan rakyat negara ini terutama penyokong Pas dan Umno yang saling tuding menuding sejak 31 tahun lalu. Menurutnya, akhbar itu yang terkenal dengan prinsip Telus & Tulus sedia memberi ruang sepenuhnya kepada Abdul Hadi. "Jika beliau mahukan siaran langsung, kita boleh sediakan ruang menerusi siaran Sinar TV di www.sinarharian.com.my. Kesediaan ini adalah untuk memberi ruang kepada semua pihak sama menjernihkan keadaan dan juga membetulkan kekeliruan. "Demi agama, bangsa dan negara, kita buka peluang seluas-luasnya kepada Datuk Seri Abdul Hadi untuk menjelaskan pendiriannya berhubung isu tersebut," katanya. |
Balaci UMNO : 8 kawasan Felda di Kota Tinggi tolak kehadiran pembangkang Posted: 31 Dec 2012 04:47 PM PST Lapan kawasan terbabit ialah Felda Lok Heng Selatan, Felda Lok Heng Barat, Felda Lok Heng Timur, Felda Aping Barat, Felda Aping Timur, Felda Simpang Waha, Felda Bukit Waha dan Felda Easter. Memorandum diserahkan kepada Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi pada satu perjumpaan semalam. Ketua Peneroka Felda Lok Heng Selatan, Mohammad Bakar berkata, memorandum itu mewakili suara semua penduduk termasu persatuan belia, Gerakan Persatuan Wanita (GPW) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ada dalam kampung berkenaan. Menurutnya, penduduk kampung berkenaan sudah sebulat suara bersetuju dalam mesyuarat kampung untuk menolak sekerasnya kehadiran pembangkang di kampung mereka. |
Menjelang pilihan raya, Bersih melatih rakyat Malaysia untuk mengesan penipuan dalam PRU13 Posted: 31 Dec 2012 04:31 PM PST KUALA LUMPUR, 1 Jan — Penipuan pilihan raya perlu dilakukan secara berhati-hati semasa pilihan raya umum (PRU) ke 13 oleh kerana ribuan yang dilatih akan membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak polis untuk mengesan penipuan dan keganasan politik pada hari mengundi. Selain daripada ejen pengiraan undi yang dilantik calon bertanding di setiap pusat mengundi, terdapat sekumpulan lagi pemerhati yang akan memantau kem SPR di luar dan di dalam sementara pengundi menentukan siapa yang bakal mengawal Putrajaya selepas ini. Mereka adalah "pemantau rakyat" Bersih 2.0 — rakyat biasa yang akan mengundi pada hari tersebut, tetapi terlatih oleh pakar pilihan raya tempatan tentang bagaimana untuk memantau penipuan yang mungkin berlaku dan apa yang boleh dilakukan dengan maklumat tersebut. Dalam temuramah bersama The Malaysian Insider baru-baru ini, Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan menerangkan disebalik inisiatif "pemantau rakyat", kempen yang digelar "Jom Pantau" yang akan dilancarkan bersama "Jom 100" pada bulan ini, sebagai percubaan kumpulan tersebut untuk memastikan pilihan raya ke-13 dijalankan secara adil. Ambiga, yang kini mendapat pengiktirafan antarabangsa diatas usahanya bersama kumpulan reformasi pilihan raya itu, berkata sebabnya mudah — walaupun banyak perubahan dan jaminan dari SPR dan kerajaan, Bersih 2.0 masih percaya pilihan raya akan datang akan menjadi paling kotor dalam sejarah Malaysia. Beliau berkata ini disebabkan mereka yang berkuasa terdapat terlalu banyak dipertaruhkan apabila pilihan raya dijalankan, dan tahap kesedaran rakyat tentang mengundi meningkat, dan dengan rasa tanggungjawab awam memuncak dirasai oleh pengundi hari ini, mereka yang mahu menipu akan lakukan apa sahaja asalkan hasrat mereka terlaksana. |
AMBANG 2013 : ANTARA DUA PERSIMPANGAN MINDA Posted: 31 Dec 2012 03:38 PM PST |
Posted: 31 Dec 2012 03:34 PM PST |
Amanat Hadi: Jangan halang Hadi, kata Nik Aziz Posted: 31 Dec 2012 03:24 PM PST KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menempelak sikap sesetengah pihak yang cuba menghalang hasrat Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu menjelaskan isu amanatnya menerusi televisyen. Nik Aziz menyifatkan individu terbabit jahil dan dalam masa sama beliau menegaskan supaya Abdul Hadi diberi peluang menjelaskan perkara itu sebagaimana digembar-gemburkan kebelakangan ini. Menurutnya, apabila Abdul Hadi meminta untuk kerajaan memberinya peluang bersiaran langsung selama satu jam dengan RTM dan TV3 bagi menjelaskan isu Amanat Haji Hadi sepatutnya peluang itu diberikan. "Bila Hadi nak minta satu jam sahaja nak cakap dalam televisyen mesti beri kepada dia... pertama kerana peraturan Islam. Berilah peluang kepada kami untuk terangkan kebenaran. "Ini berbelit-belit dan asyik membidas sahaja. Umno ni mengarut. Kenapa orang Umno yang Islam tidak menerima Islam. Ini kerana orang Islam tolak Islam dan ambil kebangsaan. Menjadi perpecahan," katanya kepada media semalam. Beliau berkata demikian berikutan terdapatnya individu tertentu yang mempertikaikan hasrat Abdul Hadi di samping kenyataan tokoh agama, Abdullah Sa'amah tidak bersetuju pemimpin Pas itu muncul di televisyen bagai menjelaskan amanat dibuatnya pada tahun 1981 itu. Sebelum itu beliau menerima dokumen Deklarasi Rakyat 2013 Rakyat Tuntut Royalti yang diserahkan Presiden Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R) Malaysia, Nazeri Deraman. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan