Isnin, 31 Disember 2012

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SEDIH DAN PILU - SAMBUTAN KERUSI YANG HANGAT

Posted: 31 Dec 2012 07:00 AM PST



GAMBAR SEDIH TAHUN 2012
GAMBAR PILU SEPANJANG ZAMAN
 LAGI MENYEDIHKAN
LAGI PILU
PROGRAM GEROMBOLAN
TAKUT LAGI MENAKUTKAN




Dengan persiapan yang sangat hebat, Dengan bunyi gegak gempita diseluruh alam, Dengan kecanggihan Audio yang mengancam jiwa ( jika takde Ilmu mau cair dengar) .. Selepas dipasang banner dan bendera hampir di seluruh Bandar Tun Razak, Akhirnya Ceramah Ulama Muda UMNO Fathul Bari mencatat rekod kehadiran yang sangat2 ramai,sehinggakan beberapa khemah yang dinaikkan terpisah dari pentas ceramah.. Hebat2.. Hebat Macam ni je..?? Kui Kui Kui
 




-------

INI AZAM TAHUN BARU KITA

Posted: 31 Dec 2012 05:30 AM PST




SELAMAT TINGGAL 2012
SELAMAT DATANG 12 JANUARI


----

SENARAI COOL AKAN MUNCUL - TUNGGU DAN NANTI

Posted: 30 Dec 2012 11:00 PM PST



INI YANG KITA TUNGGU TUNGGU

CADANGAN COOL DARI PEMBACA


Individu cool 2012 Cikgu ishak surin Tan sri kalid ibrahim Ustaz azhar idrus Individu

 poyo 2012 Musa hassan Deepak 

Media cool 2012 Malaysiakini 

media poyo 2012 Tetap tv 3 Bual 

bicara cool 2012 Radio bgsar utama

Debat sinar Bualbicara poyo 2012 Hostnya artis tetamu pun artis...

 Gambar cool 2012 Pic bersih 3.0 

Gambar poyo 2012 Pic sendri sambil pgang ipac... 

Tshit cool 2012 Tshirt beli kat pdg besar Tshirt poyo 2012 Tshirt free gerombolan 

Crleberiti cool 2012 Khairi othman 

Celeberiti poyo 2012 Ramai sangat... on DEEPAK PUKUL TALIPON UNTUK ROSMAH MANSIR


SATU LAGI CADANGAN COOL

kekal cool.

1.staf gomen yang baca tukar tiub, yang akan turun demo kl112.

2.student ipt yang turun demo.

outfit cool.

1.jeans, khakis, leather, sneakers, t-shirt.

outfit poyo. 

1.baju batik.

kekal poyo.

1.mat rempit ahli putera umno pengikut azeeeeezzz

kedai makan cool.




-----

NAJIB ARAH ZAHID HAMIDI REMBAT DUIT BEKAS TENTERA

Posted: 30 Dec 2012 08:28 PM PST



 BAYARAN RM160 JUTA KEPADA ASTACANGGIH/AWAN MEGAH JEJASKAN PROJEK-PROJEK KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN MERUGIKAN ANGGOTA TENTERA

Pembayaran yang telah dan akan dibuat kepada Astacanggih Sdn Bhd ("Astacanggih") dan Awan Megah Sdn Bhd ("Awan Megah") berjumlah RM160 juta akan menggunapakai dana sedia ada dan pinjaman baru yang terpaksa diambil oleh Bakti Wira Sdn Bhd ("Bakti Wira").

Bakti Wira adalah anak syarikat milik penuh Boustead Holdings Berhad ("Boustead"). Saham majoriti Boustead dikuasai oleh Lembaga Tabung Amanah Tentera ("LTAT") iaitu sebanyak 61.36% (rujuk Laporan Kewangan Tahunan Boustead yang terkini mukasurat 212, setakat 29 Februari 2012). Saham selebihnya di dalam Boustead dipegang oleh pelabur minoriti.


Oleh yang demikian, keputusan Dato' Seri Zahid Hamidi mengarahkan Boustead (melalui anak syarikat Bakti Wira) membuat pinjaman baru untuk membayar RM160 juta kepada Astacanggih dan Awan Megah adalah keputusan yang melibatkan kepentingan dan kebajikan anggota tentera serta pelabur minoriti di dalam Boustead.

Sekiranya pelaburan ini tidak baik dan membebankan Bakti Wira, ia akhirnya akan merugikan anggota tentera dan pelabur minoriti yang terpaksa menanggung kerugian gara-gara tindakan cemas Dato' Seri Najib Tun Razak yang mahu menutup mulut Deepak.


Bakti Wira juga mempunyai sebuah anak syarikat yang menjalankan kerja pembinaan iaitu Jendela Hikmat Sdn Bhd ("Jendela Hikmat"). Syarikat ini diberikan beberapa kontrak penswastaan yang besar oleh Kementerian Pertahanan, termasuklah projek berjumlah RM230 juta untuk membina dan menyiapkan Kem Muara Tuang, Sarawak.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 mengkritik Jendela Hikmat kerana gagal menyiapkan projek tersebut walaupun telah diberi lanjutan tempoh masa sebanyak 3 kali. Pada ketika itu, Jendela Hikmat memberi alasan bahawa ia berdepan dengan kesempitan kewangan akibat kenaikan kos barang pembinaan sehingga menjejaskan projek yang dilaksanakannya.

Justeru, sekiranya Bakti Wira terpaksa mengambil pinjaman sebanyak RM160 juta untuk membayar Astacanggih dan Awan Megah, bebanan hutang yang baru ini sudah tentu akan melemahkan lagi kedudukan kewangannya yang seterusnya menjejaskan keupayaan Jendela Hikmat menyiapkan projek-projek kerajaan.

Semakan prestasi kewangan terkini Bakti Wira yang difailkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia mengesahkan risiko kewangan yang ditanggungnya berikutan arahan membayar RM160 juta kepada Astacanggih dan Awan Megah.


Bakti Wira yang mengalami kerugian sebanyak RM565,923 bagi tahun 2011 itu terpaksa menanggung kos hutang sekurang-kurangnya RM6.5 juta setiap tahun. Besar kemungkinan, kerugian yang dialami bagi tahun 2012 dan tahun-tahun mendatang lebih teruk dan berpanjangan akibat hutang RM160 juta yang terpaksa ditanggungnya.

Kedudukan kewangan Bakti Wira juga akan dilemahkan dengan hutang RM160 juta yang terlalu besar berbanding dengan asetnya yang kecil iaitu sekitar RM50 juta sahaja. Tambahan lagi, tanah yang kononnya dibeli itu besar kemungkinan tidak dapat dipindahmilik, menyebabkan tidak ada aset baru yang boleh disuntik untuk mengimbangi hutang RM160 juta yang diambil untuk membayar Astacanggih dan Awan Megah.

Maka, keputusan membayar RM160 juta kepada Astacanggih dan Awan Megah ini adalah keputusan yang benar-benar merugikan anggota tentera yang menabung di dalam LTAT dan pelabur minoriti Boustead yang turut sama terjejas.

KEADILAN akan bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan bekas anggota tentera termasuk PAHLAWAN dan KERABAT untuk menggerakkan kempen mendesak LTAT menghentikan urusniaga ini secepat mungkin.

KEADILAN juga akan menulis secara rasmi kepada Badan Pengawas Saham Minoriti Berhad (Minority Shareholder Watchdog Group) untuk segera campur tangan di peringkat Boustead bertujuan menghentikan urusniaga ini secepat mungkin.

Desakan dari kedua-dua kumpulan ini dan keputusan Kerajaan Selangor untuk menghalang pemindahan tanah 200 ekar yang cuba dijual (seperti yang diumumkan Pejabat Menteri Besar Selangor semalam) akan menghalang RM160 juta dana awam dari disalahguna bagi kepentingan peribadi Dato' Seri Najib Tun Razak.

Sewajarnya, Dato' Seri Najib Tun Razak perlu berdepan dengan pelbagai tuduhan yang dibuat oleh Deepak dan menyaman Deepak di mahkamah sekiranya tuduhan itu tidak benar, bukannya menyalahgunakan dana awam untuk merasuah Deepak dan Ketua Wanita Umno Selangor seperti ini.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
31 DISEMBER 2012




-------

Tiada ulasan: