MIMPI SENJA |
Posted: 31 Dec 2012 04:10 AM PST (Oleh Balqis Abdullah) KUALA LUMPUR 31 Dis: Seramai 365 ahli termasuk pemimpin ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) dari Sandakan meninggalkan BN dan menyertai KEADILAN. Setiausaha PBS Cawangan Shing Kee, Karamunting, Dalius Lucius Lobinting menyerahkan borang keahlian bersama 30 ahli cawangan itu kepada Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Borang tersebut diterima Anwar selepas berucap pada Jelajah Demi Rakyat, Sandakan di hadapan 4,000 penyokong Pakatan Rakyat, Ahad lalu. Penyertaan itu turut disertai Ahli Jawatankuasa (AJK) PBS Cawangan Bangsawan Karamunting, Osman Jambu yang membawa lagi 50 ahli bersama. Bertindak sama, AJK Pemuda PBS Bahagian Karamunting, Suhardi Awang bersama 40 anggota PBS dan Umno bahagian itu. AJK Wanita PBS Bahagian Karamunting, Faridah Selamat juga menyerahkan borang keahlianbersama 40 ahli lain. Manakala Kalana Basah, Ketua Cawangan PBS Bahagian Segaliud Sekong bersama 60 ahli turut 'bertukar kapal'. Selain itu, Ketua Cawangan PBS Kampung Gas, Imam Abdul Rahman Asan dan 60 ahli serta Ketua Cawangan PBS Kampung Gad Tengah, Nasip Jaapar, juga membawa 40 ahli menyertai KEADILAN. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42100 |
Kalimah ALLAH hanya untuk Islam - JAKIM Posted: 31 Dec 2012 02:43 AM PST KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengulangi kenyataan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh diguna atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain. Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata, perkara itu sudah diputuskan pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 hingga 7 Mei 2008. "Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah terbabit, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Othman berkata, kalimah Allah merupakan kalimah suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah dan oleh itu umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Katanya, sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah terbabit semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada agama Islam, umat Islam dan rakyat Malaysia. "Semua pihak seharusnya memaklumi bahawa kes berkaitan penggunaan kalimah Allah yang bermula pada tahun 2009 yang lalu masih belum selesai dan masih dalam peringkat rayuan ke Mahkamah Rayuan. "Oleh yang demikian membicarakan isu berkaitan sama ada penganut Kristian Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan kalimah 'Allah' dalam bible Bahasa Melayu dilihat seolah-olah mendahului mahkamah sendiri dan bersifat 'subjudis'", katanya. Beliau berkata, rakyat Malaysia bertanggungjawab memberi sepenuh kebebasan kepada mahkamah untuk membuat penghakimannya dan Jakim berpegang kepada semangat patuh kepada undang-undang sedia ada iaitu biarlah mahkamah membuat keputusan yang benar-benar adil dan mengambil kira keharmonian semua kaum dan agama di negara ini. Katanya, tindakan sesetengah pihak yang mengeluarkan pendapat sendiri dan mendahului mahkamah dan mengkucar-kacirkan keharmonian antara kaum dan agama demi meraih keuntungan politik sempit amat dikesali. Justeru, JAKIM menggesa semua pihak supaya kembali menghayati semangat kedaulatan undang-undang yang dilaung-laungkan selama ini untuk memastikan keharmonian antara kaum dan agama terus terpelihara dan dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. "Semua pihak harus menyokong keputusan yang dibuat oleh kerajaan yang bermatlamat untuk mengekalkan keharmonian antara kaum dan agama," katanya. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan