Ahad, 16 Disember 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


20 ribu hadiri HKR Perak

Posted: 16 Dec 2012 08:42 AM PST


Sebahagian hadirin yang membanjiri padang SEDC Bandar Seri Iskandar mengikuti ucapan pemimpin Pakatan Rakyat.

PARIT: Sambutan rakyat terhadap Himpunan Kebangkitan Rakyat terus mendapat sambutan apabila hampir 20,000 orang memenuhi Padang SEDC Seri Iskandar, malam ini, kata pengarah program, Dr Kharuddin Abdul Malek.

Walaupun hujan renyai-renyai turun sekitar jam 9.30 malam sekitar 20 minit, namun orang ramai masih berkumpul di kawasan padang untuk mendengar pidato daripada pemimpin Pakatan Rakyat.

Orang ramai semakin bertambah apabila hujan mulai reda dan mereka duduk di hadapan pentas untuk mengikuti persembahan daripada NGO dan ceramah para pemimpin Pakatan Rakyat

Antara yang berucap ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan anggota Jawatankuasa Eksekutif DAP, Dr Tan Seng Giaw. - Harakah

Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyampaikan pidato.

Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir pada Himpunan Kebangkitan Rakyat Perak.

GEMPAR >>>> Calon Parlimen pitam setelah keputusan diumumkan

Posted: 16 Dec 2012 04:44 AM PST

SUMBER

MS: hahahahahhaha  Sorry na... sesekali nak juga gurau2 ngan korang .. hehe

Lebih 15,000 sertai HKR Pulau Pinang

Posted: 15 Dec 2012 11:51 PM PST


Harakahdaily,15 Dis 2012
Para hadirin berdiri mengikuti ucapan pemimpin Pakatan Rakyat kerana padang becak.

NIBONG TEBAL: Sekalipun padang becak kerana hujan petang tadi, namun tidak menghalang lebih 15,000 orang menghadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Pulau Pinang di Padang Awam Jawi, malam Sabtu.

Hujan yang turun renyai-renyai kira-kira jam 5.40 petang, yang kemudiannya lebat selama 15 minit pada jam 6.00 petang menyebabkan padang menjadi becak dan sebahagiannya ditakungi air.

Begitupun, selepas solat Isyak, orang ramai yang terdiri daripada pelbagai kaum mula berpusu-pusu ke padang tersebut untuk mengikuti pidato yang disampaikan pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu.

Aksi menarik Anwar Ibrahim dan Mohamad Sabu.

Lim Guan Eng menyampajkan ucapan.

Ito turut memeriahkan himpunan.

Auto show menarik perhatian hadirin.

dollah yankee

dollah yankee


Di-ugut Ibrahim Ali,akhirnya Najib bagi juga kerusi..

Posted: 16 Dec 2012 04:00 AM PST


Akhirnya... setelah sekian lama dia merayu-rayu dan yang terbaru nadanya sudah jadi satu ugutan untuk Najib...

"Jangan fikir undi orang lain saja penting, Perkasa tak penting, nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong tercicir," kata Presiden PERKASA Ibrahim Ali. 
"Awak boleh kata saya 'king maker' tapi Perkasa mempunyai lebih 300,000 ahli, kalau kita tengok dalam satu daerah ada satu atau dua Parlimen ataupun Dun, kalau di peringkat Dun minimum ahli kita ada 300 hingga 400 ahli atau lebih sampai 1,000 orang, kalau di peringkat Parlimen, ada ahli kita 3,000 hingga 4,000 satu daerah, sudah tentu undi ini sangat penting," kata beliau kepada Sinar Harian Online semalam sempena Perhimpunan Agung Perkasa.

...untuk mendapatkan satu kerusi pada PRU-13 nanti, dan mungkin juga sebagai balasan kerana upah mencaci, menyumpah Anwar,TG Nik Aziz dan Pakatan Rakyat yang dibuatnya secara percuma, Najib akhir nya akur dengan rayuan dan ugutan Ibrahim Ali, dan Najib telah memberikan lampu hijau kepada Ibrahim Ali untuk kerusi yang diminta nya tersebut ...

Ini lah kerusi untuk Ibrahim Ali pada PRU-13 nanti ...

dollah yankee -
Kah..Kah..Kah..
Lawak petang minggu daaaa ....

Ahli-ahli umno pun banyak yang bangkit secara senyap!

Posted: 15 Dec 2012 10:02 PM PST


Kuasa politik bukan terletak pada UMNO, atau PAS, atau DAP atau PKR tetapi pada rakyat, yakni ditangan kita semua. Kalau ahli-ahli umno (yang berkarat), dia akan kata kuasa politik hanya terletak ditangan umno. Nak buat macam mana sebab 'kepala otak' mereka ini semua (ahli-ahli umno)  tidak boleh terima kenyataan yang rakyat-rakyat lain semuanya sudah bangkit untuk UBAH Malaysia!

Dan rakyat hari ini, terutama golongan-golongan orang-orang muda, ini termasuk orang melayu yang masih merupakan pengundi majority di negara ini nampaknya tidak lagi memilih parti yang hanya berdasarkan sentiment kaum semata-mata tetapi berdasarkan soal sama ada parti yang akan dipilih itu dapat memerintah negara ini dengan adil, saksama, seimbang, bersih, cekap dan dengan penuh amanah atau pun sama saja macam parti yang sedang dan telah perintah kita selama ini. 

Rakyat hari ini juga melihat dan menilai apakah parti baru yang akan mereka dan kita pilih nanti itu ada dipenuhi oleh golongan manusia yang perasuah, orang yang hanya mementingkan diri sendiri, kekayaan sendiri dan kesenangan kaum keluarga dan sahabat handai mereka sepertimana yang dok ada, atau apakah parti itu dipimpin oleh orang-orang yang bersih dari segala macam rekod yang buruk, orang bercakap bohong, orang yang lebih mementingkan 'pasaran bebas', ekonomi mesra pasaran, daripada ekonomi atau pasaran mesra-rakyat…. Kalau pun sebuah parti melayu yang diketahui oleh rakyat semua kaum sebagai parti yang 'bersih', yang akan memerintah dengan adil tidak kira apa bangsa pun, rasanya semua kaum itu akan tertarik dengan parti melayu itu. 

Ini soal prinsip, bukan soal perkauman. Jadi, soalnya apakah yang salah jikalau 'kuasa melayu' akan hilang. Jawabnya ialah, yang salah ialah orang melayu yang kita sendiri pilih, bukan kaum-kaum lain. Diberi kuasa yang banyak oleh rakyat dan kita semua, terutama orang melayu, kuasa itu telah tidak digunakan dengan baik dan bijaksana; kuasa yang kita bagi itu telah disalahgunakan sehingga berlaku lah banyak skandal-skandal, skandal rasuah, skandal jenayah, skandal ekonomi, skandal lembu, skandal kapal selam, skandal jet, skandal AES dan macam-macam lagi skandal. 

Lebih 50 tahun rakyat yang majoritinya orang melayu telah mengamanahkan kuasa itu untuk menjaga dan mempertahankan hak dan kepentingan kita (melayu) dalam bidang ekonomi, pendidikan, dalam soal dasar bahasa tanpa menjejaskan kaum-kaum lain.….tetapi apa sudah jadi? pada hari ini nampaknya keadaan kita lah yang semakin terdesak. maka memang patut kita semua kena bangkit untuk UBAH !

dollah yankee -
Yang dok kutip tin buruk dan kotak pun sekarang dah pakai ipad. Dah dekat dengan maklumat yang sebenar. Macam mana ketua-ketua umno nak kencing dia dengan maklumat yang tak betoi??!

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Peminat Harimau mahu Rajagobal letak jawatan

Posted: 16 Dec 2012 09:19 PM PST

Guan Eng: DAP tetap terbaik untuk semua kaum

Posted: 16 Dec 2012 09:18 PM PST

PRU13: Guan Eng sahkan letak calon Melayu DAP

Posted: 16 Dec 2012 09:17 PM PST

PRU13 : Tiada lagi mandat untuk Umno

Posted: 16 Dec 2012 09:15 PM PST

Kunci bagi memastikan Malaysia untuk terus aman dan makmur ialah dengan memastikan Umno tidak lagi diberi mandat pasca PRU13.

Oleh Eikhwan Ali
Pilihanraya adalah mekanisme penting dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Ia adalah proses pengurniaan mandat dan kuasa rakyat kepada seseorang individu dan sesebuah parti untuk mentadbir sesebuah negeri dan negara bagi menjamin kemerdekaan, memelihara keamanan, memacu kemajuan dan menegakkan keadilan untuk rakyat dan tanah air ini.
Proses ini mesti berlangsung dengan tiga (3) unsur; [1] partisipasi menyeluruh rakyat, [2] jaminan kebebasan asasi, dan [3] proses yang bersih dan adil.
Idea pendaftaran automatik dan penurunan umur kelayakan sebagai pengundi adalah cadangan bijaksana bagi memastikan lebih ramai rakyat terlibat.
Rakyat mesti dijamin kebebasan asasi mereka seperti kebebasan bersuara, berparti dan berhimpun, tanpa sekatan menggunakan pelbagai undang-undang dan peraturan.
Reformasi pilihanraya perlu berlaku dengan membersihkan senarai pemilih, akses media yang saksama dan penolakan terhadap budaya politik kotor dan samseng.
Bersilih-ganti sesebuah parti kepada parti yang lain untuk mengetuai kerajaan adalah suatu yang normal bagi proses ini di negara-negara yang mengamalkan demokrasi secara telus.
Doktrinisasi dan persepsi bahawa pertukaran ini adalah suatu yang negatif yang dilancarkan adalah kerana dua (2) perkara; [1]
kebimbangan yang teramat sangat oleh sesebuah parti terhadap kemandirian partinya untuk terus kekal berkuasa, dan [2] menganggap bahawa rakyat terlalu dangkal untuk membuat pilihan bagi menentukan kerajaan.
Resah-gelisah
Read More / Baca Lagi >>

Pas, DAP dan PKR terus bertaaruf

Posted: 16 Dec 2012 09:13 PM PST



Hashim-Jasin KANGAR – Kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang ketika Kongres Kebangsaan DAP bahawa kerjasama antara DAP dan Pas adalah kerana prinsip bukan atas dasar penubuhan negara Islam atau hudud, tidak mengubah pendirian Pas untuk terus bekerjasama dengan parti berkenaan.

Pesuruhjayanya, Hashim Jasin berkata, setiap parti punyai agenda dan dasar perjuangan parti tersendiri.

Katanya, beliau yakin melalui taaruf bersama Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotai PKR dan DAP boleh mewujudkan suasana baru untuk menjaga kebajikan masyarakat.

"Semua orang sedia maklum bahawa dalam tiga parti ini ada dasar-dasar perjuangan yang berbeza. DAP dengan caranya, PKR cara dia dan Pas cara Pas.

"Tapi yang membezakannya adalah kerjasama yang ditunjukkan untuk mengekalkan taaruf tersebut," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Tak Pandai Urus : Rizab tunai PBT Selangor melonjak ketara

Posted: 16 Dec 2012 09:12 PM PST


SHAH ALAM: Rizab tunai untuk semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor meningkat dengan mendadak sejak beberapa tahun kebelakangan ini.


(Graf pencapaian MBSA)

Menurut laporan yang dibentangkan ke Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), hampir kesemua rizab tunai PBT ini meningkat dengan ketara sejak tahun 2009.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mencatatkan rizab tunai sebanyak kira-kira RM250 juta pada September 2012 berbanding hanya RM85 juta pada tahun 2008.

MBSA mencatatkan peningkatan rizab tunai yang ketara mulai tahun 2011.

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mula mencatatkan peningkatan sejak tahun 2009 lagi.

Rizab tunai yang bermula dengan RM38 juta pada tahun 2008 meningkat tahun demi tahun sehingga mencecah RM83 juta pada September 2012.

Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) pula, peningkatan mula dikesan pada tahun 2010 apabila rizab tunainya mula menunjukkan peningkatan.

Pada tahun 2008, rizab tunainya adalah sekitar RM80 juta sahaja, meningkat kepada RM106 juta pada 2010 dan pada September 2012 rizab tunainya mencecah RM215 juta.

(Graf pencapaian MBPJ)

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pula mencatat rizab tunai tertinggi pada September 2012 iaitu kira-kira RM376 juta berbanding sekitar RM137 juta sahaja pada tahun 2008.

Untuk Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pula, PBT ini mulai menunjukkan peningkatan pada rizab tunai mulai 2008 apabila mencatat RM20 juta dan pada September 2012, MPS mencatatkan rizab tunai sebanyak kira-kira RM52 juta.

CAN IT BE TRUE? Dr M set to be the world's wealthiest man if BN continues to rule?

Posted: 16 Dec 2012 09:11 PM PST

CAN IT BE TRUE? Dr M set to be the world's wealthiest man if BN continues to rule?
The mounting pressure from 18 days of historic protests finally drove Egyptian President Hosni Mubarak from office, after 30-years as his nation's iron-fisted ruler. But the dictator should not shed a single drop of tear because the fortune he amassed is more than enough to finance his retirement comfortably. It would be nice and jaw-dropping if Forbes can compile the world's richest dictators or politicians simply because it would put world's richest man, Mexican Carlos Slim (worth about US$54 billion) and Bill Gates (net worth about US$53 billion) to shame.
Armed with suspended constitution for 30 years, Hosni Mubarak was in virtually every piece of business deal in the country thanks to guaranteed profit from monopolies, red-tape fees, bribery fees, nepotism and whatnot. The British Guardian newspaper estimated the wealth of Mubarak and his family at somewhere between US$40 billion and US$70 billion. That's about US$1 billion to US$2 billion net profit annually on average, not bad for a job as a president ruling a nation with GDP per capita of just $6,300.
Hosni Mubarak Demoracy
In fact, Mubarak knew it was game over when the protesters persisted even after he cut the nation's internet access and use of forces to intimidate the tens of hundreds of protesters. And his delayed exit was definitely not to pray for a dignified exit but rather to buy time to move money around and hide significant parts of his fortune. If former Philippine President Marcos had US$684 million on deposits in various Swiss banks alone, expect nothing less than that from Mubarak's Swiss accounts. The Swiss government has said it is temporarily freezing any assets in Swiss banks that could be linked to Mubarak.
Read More / Baca Lagi >>

Voter-buying causing rift within Sabah BN

Posted: 16 Dec 2012 09:08 PM PST

Recent disclosures of Malay voters in the Sepanggar constituency being offered RM500 each to change their voting address has raised eyebrows in the Sabah Umno circle.

KOTA KINABALU: Extraordinary things are happening in Sabah as the 13th general election looms. The old methods of splitting voters to establish communal enclaves that benefited the ruling Barisan Nasional coalition are now coming under further scrutiny by its own leaders.
Reports that opposition-held areas here are being "re-populated" to change the voter demographics, a popular tactic that has got by with a wink and a nudge in the past, has curiously alarmed certain Umno leaders who have called for an investigation.
This is the second time in recent months that the issue has received blanket exposure in the media. In September, the Sabah Progressive Party (SAPP) blew the whistle on a shady voter registration drive here that it alleged was recruiting voters into the city.
The party said it had stumbled on the exercise to re-register voters from other constituencies as Kota Kinabalu residents to enable them to be voters in the Api-Api constituency.
While SAPP's disclosure didn't raise eyebrows, last week's whistle-blowing by two Sabah Umno leaders of the underhand tactic has.
Sepanggar Umno chief Jumat Idris urged the police and Election Commission to investigate allegation of a political syndicate offering RM500 cash to Malay voters in Sepanggar parliamentary constituency to change their voting address to neighbouring Kota Kinabalu parliamentary constituency.
Read More / Baca Lagi >>

This’s what DAP members want

Posted: 16 Dec 2012 09:07 PM PST

Give the DAP members credit for insisting that they stay what they have been, will be and shall always be – a Chinese political party comfortable in its own skin.

If what happened in the recently-concluded DAP election is projected onto the national stage, the Malays are gone!
Malays who are appointed to the central executive committee (CEC) will be lame duck members – they will be Malays who will forever be dependent on others for their position in DAP.
There really is not much to tell about the DAP election, is there? Factionalism, nepotism and race. Race, nepotism and factionalism. Is there anything new in Malaysian politics? Even Umno can beg to differ on a few matters that it has been accused of.
In nepotism, DAP has no equal.
But surely there cannot be anything new, not until we the people change ourselves. Change our perceptions of what politics should be, change our mindset and change the very DNA that resides in the inner-most sanctum of our being.
That's the DNA that tells us what to think, what to do and how to react when we think that we are being threatened and when we fear that our very being is in danger of extinction.
And it is not only the Malays that have this DNA. All of you out there have it, too. That is why those in DAP voted the way they did.
No need for excuses, no need for explanations, no need for name-calling and recriminations. We all know we would do the same in similar circumstances.
Read More / Baca Lagi >>

Seng Giaw: Perubahan dalam DAP perkara biasa

Posted: 16 Dec 2012 09:06 PM PST


Dr Tan Seng Giaw BAYAN BARU - Perubahan dalam pimpinan tertinggi parti adalah perkara biasa dan ia baik untuk politik semasa, kata bekas Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw.

Sehubungan itu katanya, beliau tidak dukacita mahupun sedih kerana tidak dipilih oleh perwakilan untuk menganggotai Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), sebaliknya percaya barisan pimpinan tertinggi parti baru yang dipilih cukup mantap untuk memperkuatkan DAP.

Menurutnya, barisan kepimpinan yang dipilih kelmarin perlu diberi peluang  untuk bekerja dengan lebih kuat bagi merealisasikan impian DAP bersama Pas dan PKR untuk menuju ke Putrajaya.

"Barisan pimpinan yang baru ini adalah satu pasukan pimpinan yang baik untuk menghadapi cabaran pilihan raya umum yang ke-13.

Read More / Baca Lagi >>

Pemilihan CEC: Tidak timbul DAP rasis

Posted: 16 Dec 2012 09:04 PM PST


PARIT: Pemilihan anggota Jawatankuasa Pusat Tertinggi DAP (CEC) ditentukan oleh para perwakilan, bukannya pemimpin, kata V Sivakumar.

"Perwakilan bebas memilih sesiapa sahaja daripada 68 calon yang bertanding.

"Apa yang berlaku itu adalah keputusan pilihan perwakilan, bukan keputusan pemimpin," ujarnya kepada Harakahdaily semasa ditemui pada Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Perak di Bandar Seri Iskandar, malam tadi.

Justeru, kata Adun Tronoh, Perak itu, kekurangan wakil kaum India di dalam mungkin ada kelemahan kerana kurangnya perwakilan kaum itu pada Kongres DAP Kebangsaan ke-16 minggu lalu.

Sehubungan itu, sebagai penyelesaian kepada masalah itu, beliau menjemput masyarakat India supaya menyertai DAP dan menubuhkan cawangan.

Katanya, apabaila cawangan bertambah, maka perwakilan daripada kaum India juga bertambah dan mereka boleh memilih wakil mereka untuk menduduki CEC.

Read More / Baca Lagi >>

Miri : Masalah jalan, parit, sampah rumitkan penduduk

Posted: 16 Dec 2012 09:03 PM PST

LAMBIR - Kampung Perpaduan off Jalan Taman Tunku adalah antara kampung yang terletak dalam kawasan Lusut Jaya di mana terdapat juga kampung seperti Kampung Bidayuh dan lain-lain.

Penduduk yang tinggal di Kampung Perpaduan kebanyakannya daripada kaum Bumiputera berbilang bangsa dan terdapat juga keluarga dari kaum Cina.

jalan kampung perpaduan sarawak"Masalah utama yang dihadapi penduduk Kampung Perpaduan adalah jalan raya yang becak terutama sekali musim hujan kerana jalannya berlopak dan berlumpur kerana tidak berbatu dan berturap," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee.

Apabila musim hujan, air akan melimpah ke atas jalan disebabkan sistem perparitan yang tidak teratur untuk aliran air keluar, kata Jofri yang juga yang dipertua PAS Miri, dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, masalah tersebut amat merumitkan penduduk untuk keluar menjalankan urusan harian mereka kerana ia merupakan satu-satunya jalan keluar masuk di situ.

"Mereka memohon agar kerajaan mengggunakan peruntukan jalan kampung untuk menurap jalan dan juga memasang lampu jalan itu dengan segera untuk keselamatan penduduk.

"Selain masalah jalanraya, penduduk kampung juga memohon pihak berwajib agar dapat mengantikan paip air yang sedia ada kepada paip yang lebih besar supaya tekanan air cukup kuat lagi bagi menampung keperluan harian penduduk di situ, dan dijangka penduduk baru bermastautin akan meningkat pada masa akan datang dalam kawasan itu," tambahnya.
Read More / Baca Lagi >>

50 anak muda Sabah lapor polis atas Musa Aman

Posted: 16 Dec 2012 09:02 PM PST


(50 anak muda Sabah mengiringi rakan mereka membuat laporan polis ke atas Musa Aman)

KOTA KINABALU: Kira-kira 50 anak muda Sabah mengiringi rakan mereka bagi membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman.

Beliau didakwa menerima wang sebanyak RM40juta berbentuk rasuah untuk kekayaan peribadi merujuk kenyataan bersumpah Datuk Seri Lajim Ukim 11 Disember yang lalu.

Menurut Boby Bin Lewat @ Ewat, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Sabah berkata, mereka turut membuat laporan SPRM terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang punyai hubungkait dengan ahli perniagaan, Michael Chia.

Ia didedahkan di pelbagai sumber media bahawa anak Nazri iaitu Nedim Nazri Aziz dan keluarganya mendapat manfaat melalui sebuah kenderaan mewah jenis Hummer hitam dengan nombor pendaftaran WNX 9776.

Kenderaan mewah ini dianggarkan berharga lebih RM459,000 dan dimiliki oleh Michael Chia disahkan melalui carian saman di laman MyEG.
Read More / Baca Lagi >>

Bertam PM 307: Pertahan kedaultan Terengganu

Posted: 16 Dec 2012 09:01 PM PST

Dr Syed Azman - Adun Batu Buruk

Soalan lisan saya di Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu berhubung dengan status hak milik kerajaan Terengganu ke atas penemuan kawasan minyak di medan minyak Bertam PM 307 akhirnya di jawab oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

Jawapan yang diberikan oleh beliau amat memeranjatkan banyak pihak. Tanpa berselindung, beliau telah memberikan beberapa fakta penting mengenai penemuan hasil minyak di kawasan tersebut.

Beliau menyatakan bahawa;

"Kita (Kerajaan Terengganu) menerima surat dari syarikat Lundin Oil (syarikat carigali yang berpangkalan di Sweden) yang melaksanakan kerja-kerja carigali di kawasan berkenaan (dengan kerjasama Petronas Carigali) mengesahkan bahawa ia adalah di kawasan perairan Terengganu...

Dengan penemuan rizab tambahan ini, Terengganu dijangka memperoleh tambahan royalti sebanyak RM100 juta setahun atau bergantung kepada anggaran pengeluaran."

Berpandukan jawapan ini, kawasan medan minyak yang baru di temui di Blok PM 307 Bertam yang terletak di luar pantai Semenanjung antara Terengganu dan Pahang kini sah menjadi milik rakyat Terengganu.

Medan minyak itu terletak kira-kira 160 kilometer di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan dengan sempadan Terengganu dan Pahang, pada kedalaman air 76 meter.
Read More / Baca Lagi >>

Telaga minyak baru: R Pahang sedia dedah bukti

Posted: 16 Dec 2012 08:58 PM PST


Telaga minyak baru tidak didedah
Peta penemuan minyak di Blok PM-308 medan Rhu dalam kawasan perairan Pahang seperti didakwa 'R' Pahang semalam.
 
TEMERLOH - Gabungan Profesional Menuntut Royalti Minyak atau 'R' Pahang akan mendedahkan bukti terperinci mengenai kewujudan telaga minyak di blok PM-308 medan Rhu kepada umum dalam masa terdekat.

Pengerusinya, Nordin Majid berkata, pihaknya akan mendedahkan maklumat itu tetapi pada masa yang sama mengharapkan Kerajaan Pusat memberi bukti bahawa blok PM-307 Bertam sebenarnya berada di perairan Terengganu.

Menurutnya, R Pahang ada bukti itu dan bersedia mengemukakan hasil kajian bersama R Malaysia mengenai kewujudan telaga minyak PM-308 medan Rhu yang enam kali lebih besar daripada blok PM-307 di Bertam.
Read More / Baca Lagi >>

Satu lagi ceramah Pakatan di Gombak Jumaat ini.....samseng UMNO jangan cari pasal..!!!!

Posted: 16 Dec 2012 08:56 PM PST

GOMBAK 17 Dis: Pakatan Rakyat (Pakatan) Gombak akan mengadakan satu lagi ceramah umum Jumaat ini di Dataran Sharuddin, Kampung Gombak Utara, lokasi yang sama berlakunya insiden berdarah oleh samseng Umno ke atas penyokong Pakatan pada Ceramah Merdeka Rakyat, 4 Disember lalu.
Menurut Timbalan Ketua Cabang Gombak, Amiruddin Shari, antara penceramah kali ini adalah beliau sendiri, Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali; Timbalan Presiden PAS, Mohd Sabu; Yang Di Pertua PAS Gombak, Salehuddin Mohd Nasir dan seorang pimpinan anak muda.
Justeru, beliau mendesak polis membuat persediaan rapi bagi memastikan program tersebut berjalan lancar dan mengelak diganggu samseng Umno.
"Kita juga mahu polis umumkan siasatan terkini berhubung insiden berdarah itu bagi memastikan dalangnya diheret ke muka pengadilan, termasuk laporan yang kita buat sebelum dan selepas kejadian.
"Marilah kita mengamal politik matang, kalau tidak berpuas hati dengan Pakatan, kita debat, itu lebih baik dari menggangu kami yang akhirnya rakyat yang hanya datang untuk dengar ceramah jadi mangsa," katanya kepada Keadilan Daily.
Read More / Baca Lagi >>

Mapim seru generasi muda belajar dari Arab Spring

Posted: 16 Dec 2012 08:54 PM PST


KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyarankan generasi muda perlu mengambil iktibar dari Arab Spring yang berlaku di abad ini.


Setiausaha Agung Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, bukan sahaja ia penting sebagai suatu lonjakan kebangkitan rakyat malah adalah suatu anjakan sikap generasi muda yang sudah muak dengan pemerintah yang menyalahguna kuasa dan memperkayakan kerabat keluarga.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyarankan generasi muda perlu mengambil iktibar dari Arab Spring yang berlaku di abad ini.

Bukan sahaja ia penting sebagai suatu lonjakan kebangkitan rakyat malah adalah suatu anjakan sikap generasi muda yang sudah muak dengan pemerintah yang menyalahguna kuasa dan memperkayakan kerabat keluarga.

Read More / Baca Lagi >>

Sinar Harian tidak layan kenyataan Ibrahim Ali.,.ha..ha..ha..abe him...!!!

Posted: 16 Dec 2012 08:53 PM PST



 Datuk Hussamuddin Yaacub SHAH ALAM - Sinar Harian tidak akan melayan kenyataan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang mendakwa akhbar ini sebagai memecah-belahkan hubungan kaum, kata Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub.

Menyifatkan Ahli Parlimen Pasir Mas itu sebagai individu yang sudah tidak relevan dalam politik di negara, Hussamuddin berkata, beliau yakin rakyat Malaysia juga sudah muak dengan kenyataan retorik beliau.

"Pembaca juga tahu konsep Sinar Harian yang telus dan tulus tanpa memihak kepada mana-mana individu atau kelompok tertentu," katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ibrahim dalam akhbar perdana semalam bahawa beliau 'jelik' dengan laporan Sinar Harian dan sebuah portal web kerana didakwa menyiarkan hanya sebahagian kenyataannya sehingga dilihat seolah-olah menghina kaum lain.

Ibrahim dilapor berkata demikian semasa menggulung perbahasan Perhimpunan Agung Tahunan Perkasa Ketiga, kelmarin.

Untuk rekod, pada 2009, Sinar Harian diiktiraf media yang memupuk semangat perpaduan apabila menerima Anugerah Kalung Perpaduan 2009.

Insiden mata lebam: Lepas belasah, polis ‘sujud’ minta maaf – Anwar

Posted: 16 Dec 2012 08:52 PM PST

KUALA LUMPUR 17 Dis: Menyingkap kembali keperitan dilaluinya semasa ditahan Umno BN di penjara Sungai Buloh, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ada beberapa polis memohon maaf dan menginsafi kekejaman yang dilakukan anggota pasukan itu ke atasnya.
"(Selepas) dipukul setengah mati, komandan kem jumpa saya pagi esoknya (dan) saya tengok dia menangis…Dia tunduk, pegang lutut saya dan mohon maaf.
"Saya tanya sebab apa, awak pukul (saya)? Dia jawab tidak (bukan dia yang pukul). Dia kata, semalam beliau dan isteri solat hajat minta saya selamat.
"(Kemudian) dia kata, 'kalau saya ada wang (dan) boleh jaga keluarga, saya akan berhenti (menjadi polis). Saya tak boleh tahan dengan kerja macam ini'," cerita Anwar kepada 50,000 hadirin pada Ceramah Kebangkitan Rakyat di Dungun, Jumaat lalu, mengenang kebaikan beberapa anggota polis terhadapnya ketika ditahan pada 1998.
Ekoran kejadian tersebut, Ketua Umum KEADILAN itu mengingatkan bahawa bukan semua polis menurutnya, 'jahat' seperti mantan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Rahim Noor.
Ini terbukti apabila seorang anggota polis turut datang dan menyapu ubat pada lukanya, selepas polis peringkat atasan melarang doktor memberi rawatan.
Read More / Baca Lagi >>

Polis Harus Menjadi Pengerak Utama Bendung Perjudian

Posted: 16 Dec 2012 08:50 PM PST

PUSAT SIBER SEMENTA 11
SHAH ALAM 15 DIS : Pasukan penguatkuasa pusat seperti polis dan Tenaga Nasional Berhad seharusnya menjadi penggerak utama dalam membendung aktiviti perjudian haram dan pusat hiburan di Selangor.
Ini kerana kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terhad berbanding polis yang mempunyai kuasa bagi menahan pesalah dan membawa kes ke mahkamah.
Begitu juga dengan TNB, dimana syarikat itu boleh memotong bekalan elektrik ke premis yang menjalankan perjudian bagi melumpuhkan operasi mereka, kata pegawai Kerjaan Negeri Selangor.
Terus Terang Ronnie Liu picExco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu Tian Khiew berkata setakat ini, PBT di seluruh negeri sudah memainkan peranan  dengan menyita premis dan merampas perkakas judi.
Malah, katanya, Kerajaan Negeri juga tidak mengeluarkan lesen bagi premis itu sejak tahun 2006 dan dasar itu diteruskan sehingga kini.
Tegasnya, semua lesen bagi rumah urut dan pusat hiburan di Selangor dikeluarkan semasa pentadbiran Umno-BN sebelum ini bukan dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.
"Isu aktiviti premis berkenaan terletak pada penguatkuasaan, oleh itu polis lebih berkuasa daripada penguatkuasa PBT.
"Penguatkuasaan daripada polis adalah sangat penting berbanding PBT.
Read More / Baca Lagi >>

Nik Aziz mahu penceramah Pas guna ayat suci al-Quran

Posted: 16 Dec 2012 07:06 PM PST


Nik Aziz
DUNGUN – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu penceramah mewakili partinya menggunakan ayat-ayat suci al-Quran yang sesuai dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Menurutnya, berdasarkan keadaan negara yang kian menghampiri pilihan raya umum, beliau mengingatkan kalangan penceramah menggunakan ayat-ayat al-Quran bagi menterjemah kepada rakyat mengenai pembentukan kerajaan Islam.

"Apabila ceramah (kita) kena sebut ayat al-Quran. Sekarang ini dekat dengan hari mengundi, (jadi) bacalah ayat sesuai berhubung membentuk kerajaan Islam," katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Himpunan Kebangkitan Rakyat Pas Ganti Umno (PGU) 6.0, di Paka, kelmarin.

Beliau menjelaskan, sebagai penceramah dalam sebuah parti yang memperjuangkan Islam, penggunaan ayat-ayat suci al-Quran digalakkan sebagai penegasan kepada rakyat sesuai dengan perkembangan semasa.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan itu turut menyifatkan Umno sebagai sebuah parti yang tidak layak menjadi jentera Islam.
Read More / Baca Lagi >>

PKR sandarkan kepada pemimpin muda untuk memenangi PRU 13

Posted: 16 Dec 2012 07:04 PM PST

Saifuddin Nasution berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengiktiraf kepetingan undi golongan muda dan akan menggunakan anak-anak muda untuk mengepalai beberapa jentera parti tersebut untuk memenangi PRU 13. — Gambar fail
PETALING JAYA, 17 Dis — Pemimpin muda akan disenaraikan sekurang-kurangnya 35 peratus daripada senarai calon PKR bagi pilihan raya umum (PRU) akan datang sebagai langkah agresif parti tersebut untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN) dalam perlawanan penting merebut undi golongan muda, kata setiausaha agung Datuk Saifuddin Nasution Ismail. Dengan PRU 13 perlu diadakan selewat-lewatnya Jun depan, tumpuan kepada demografi ini semakin meningkat, yang dikatakan berjumlah 60 peratus daripada 13 juta pengundi.
Dalam temuramah eksklusif bersama The Malaysian Insider, Saifuddin memberitahu parti tersebut mengiktiraf kepentingan undi golongan muda dan bakal meletakkan calon dari sektor tersebut paling ramai berbanding rakan Pakatan Rakyat (PR) PAS dan DAP dalam pilihan raya akan datang.
"Atas sebab yang paling mudah, satu sebabnya kerana 20 peratus daripada 12.9 juta pemilih yang akan mengundi pada pilihan raya kali ini adalah merupakan pengundi baru, first timer (pengundi kali pertama) yang pertama kali akan tengok kertas undi.
"Tapi kalau kita ambik cut-off 35 tahun ke bawah, peratusan tu jauh lebih besar, jadi yang boleh memahami citarasa anak muda, kehendak golongan muda, sudah tentulah parti Keadilan kena respon kepada perubahan ini," kata Saifuddin.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar : Perak perlu jadi kubu penting tawan Putrajaya

Posted: 16 Dec 2012 07:04 PM PST


PARIT: Pakatan Rakyat perlu menawan Perak dengan majoriti meyakinkan dalam usaha untuk menguasai Putrajaya dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13).


Demikian penegasan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Negeri Perak di Padang SEDC, Bandar Seri Iskandar, malam tadi.

Justeru, katanya Pakatan Rakyat terutama PAS dan PKR perlu menambahkan kerusi di negeri ini pada PRU13 nanti bagi mencapai hasrat tersebut.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, antara tindakan yang akan diambil oleh Pakatan Rakyat sekiranya berjaya menawan Putrajaya nanti ialah menyediakan pendidikan percuma dari sekolah rendah hingga peringkat universiti.

Read More / Baca Lagi >>

HKR Perak : Siapa nak buat huru-hara bila kalah PRU13?

Posted: 16 Dec 2012 07:02 PM PST


PARIT: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengulangi pertanyaan siapakah yang mahu membuat huru-hara apabila tewas dalam Pilihan raya Umum ke-13 nanti.

Sehubungan itu, beliau menolak tuduhan pemimpin Umno BN kononnya akan berlaku peristiwa 13 Mei sekiranya Umno kalah pada PRU13.

"Siapa nak buat huru-hara?

"Mereka nak buat huru-hara, peristiwa 13 Mei bila Umno kalah teruk (PRU13)," ujarnya ketika berucap di hadapan kira-kira 20,000 hadirin pada Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Negeri Perak di padang SEDC, Bandar Seri Iskandar, malam tadi.

Read More / Baca Lagi >>

Ds Anwar tiup semanagat kaum India di Tapah

Posted: 16 Dec 2012 06:42 PM PST