Ahad, 16 Disember 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


20 ribu hadiri HKR Perak

Posted: 16 Dec 2012 08:42 AM PST


Sebahagian hadirin yang membanjiri padang SEDC Bandar Seri Iskandar mengikuti ucapan pemimpin Pakatan Rakyat.

PARIT: Sambutan rakyat terhadap Himpunan Kebangkitan Rakyat terus mendapat sambutan apabila hampir 20,000 orang memenuhi Padang SEDC Seri Iskandar, malam ini, kata pengarah program, Dr Kharuddin Abdul Malek.

Walaupun hujan renyai-renyai turun sekitar jam 9.30 malam sekitar 20 minit, namun orang ramai masih berkumpul di kawasan padang untuk mendengar pidato daripada pemimpin Pakatan Rakyat.

Orang ramai semakin bertambah apabila hujan mulai reda dan mereka duduk di hadapan pentas untuk mengikuti persembahan daripada NGO dan ceramah para pemimpin Pakatan Rakyat

Antara yang berucap ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan anggota Jawatankuasa Eksekutif DAP, Dr Tan Seng Giaw. - Harakah

Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyampaikan pidato.

Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir pada Himpunan Kebangkitan Rakyat Perak.

GEMPAR >>>> Calon Parlimen pitam setelah keputusan diumumkan

Posted: 16 Dec 2012 04:44 AM PST

SUMBER

MS: hahahahahhaha  Sorry na... sesekali nak juga gurau2 ngan korang .. hehe

Lebih 15,000 sertai HKR Pulau Pinang

Posted: 15 Dec 2012 11:51 PM PST


Harakahdaily,15 Dis 2012
Para hadirin berdiri mengikuti ucapan pemimpin Pakatan Rakyat kerana padang becak.

NIBONG TEBAL: Sekalipun padang becak kerana hujan petang tadi, namun tidak menghalang lebih 15,000 orang menghadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Pulau Pinang di Padang Awam Jawi, malam Sabtu.

Hujan yang turun renyai-renyai kira-kira jam 5.40 petang, yang kemudiannya lebat selama 15 minit pada jam 6.00 petang menyebabkan padang menjadi becak dan sebahagiannya ditakungi air.

Begitupun, selepas solat Isyak, orang ramai yang terdiri daripada pelbagai kaum mula berpusu-pusu ke padang tersebut untuk mengikuti pidato yang disampaikan pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu.

Aksi menarik Anwar Ibrahim dan Mohamad Sabu.

Lim Guan Eng menyampajkan ucapan.

Ito turut memeriahkan himpunan.

Auto show menarik perhatian hadirin.

Tiada ulasan: