Ahad, 16 Disember 2012

dollah yankee

dollah yankee


Di-ugut Ibrahim Ali,akhirnya Najib bagi juga kerusi..

Posted: 16 Dec 2012 04:00 AM PST


Akhirnya... setelah sekian lama dia merayu-rayu dan yang terbaru nadanya sudah jadi satu ugutan untuk Najib...

"Jangan fikir undi orang lain saja penting, Perkasa tak penting, nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong tercicir," kata Presiden PERKASA Ibrahim Ali. 
"Awak boleh kata saya 'king maker' tapi Perkasa mempunyai lebih 300,000 ahli, kalau kita tengok dalam satu daerah ada satu atau dua Parlimen ataupun Dun, kalau di peringkat Dun minimum ahli kita ada 300 hingga 400 ahli atau lebih sampai 1,000 orang, kalau di peringkat Parlimen, ada ahli kita 3,000 hingga 4,000 satu daerah, sudah tentu undi ini sangat penting," kata beliau kepada Sinar Harian Online semalam sempena Perhimpunan Agung Perkasa.

...untuk mendapatkan satu kerusi pada PRU-13 nanti, dan mungkin juga sebagai balasan kerana upah mencaci, menyumpah Anwar,TG Nik Aziz dan Pakatan Rakyat yang dibuatnya secara percuma, Najib akhir nya akur dengan rayuan dan ugutan Ibrahim Ali, dan Najib telah memberikan lampu hijau kepada Ibrahim Ali untuk kerusi yang diminta nya tersebut ...

Ini lah kerusi untuk Ibrahim Ali pada PRU-13 nanti ...

dollah yankee -
Kah..Kah..Kah..
Lawak petang minggu daaaa ....

Ahli-ahli umno pun banyak yang bangkit secara senyap!

Posted: 15 Dec 2012 10:02 PM PST


Kuasa politik bukan terletak pada UMNO, atau PAS, atau DAP atau PKR tetapi pada rakyat, yakni ditangan kita semua. Kalau ahli-ahli umno (yang berkarat), dia akan kata kuasa politik hanya terletak ditangan umno. Nak buat macam mana sebab 'kepala otak' mereka ini semua (ahli-ahli umno)  tidak boleh terima kenyataan yang rakyat-rakyat lain semuanya sudah bangkit untuk UBAH Malaysia!

Dan rakyat hari ini, terutama golongan-golongan orang-orang muda, ini termasuk orang melayu yang masih merupakan pengundi majority di negara ini nampaknya tidak lagi memilih parti yang hanya berdasarkan sentiment kaum semata-mata tetapi berdasarkan soal sama ada parti yang akan dipilih itu dapat memerintah negara ini dengan adil, saksama, seimbang, bersih, cekap dan dengan penuh amanah atau pun sama saja macam parti yang sedang dan telah perintah kita selama ini. 

Rakyat hari ini juga melihat dan menilai apakah parti baru yang akan mereka dan kita pilih nanti itu ada dipenuhi oleh golongan manusia yang perasuah, orang yang hanya mementingkan diri sendiri, kekayaan sendiri dan kesenangan kaum keluarga dan sahabat handai mereka sepertimana yang dok ada, atau apakah parti itu dipimpin oleh orang-orang yang bersih dari segala macam rekod yang buruk, orang bercakap bohong, orang yang lebih mementingkan 'pasaran bebas', ekonomi mesra pasaran, daripada ekonomi atau pasaran mesra-rakyat…. Kalau pun sebuah parti melayu yang diketahui oleh rakyat semua kaum sebagai parti yang 'bersih', yang akan memerintah dengan adil tidak kira apa bangsa pun, rasanya semua kaum itu akan tertarik dengan parti melayu itu. 

Ini soal prinsip, bukan soal perkauman. Jadi, soalnya apakah yang salah jikalau 'kuasa melayu' akan hilang. Jawabnya ialah, yang salah ialah orang melayu yang kita sendiri pilih, bukan kaum-kaum lain. Diberi kuasa yang banyak oleh rakyat dan kita semua, terutama orang melayu, kuasa itu telah tidak digunakan dengan baik dan bijaksana; kuasa yang kita bagi itu telah disalahgunakan sehingga berlaku lah banyak skandal-skandal, skandal rasuah, skandal jenayah, skandal ekonomi, skandal lembu, skandal kapal selam, skandal jet, skandal AES dan macam-macam lagi skandal. 

Lebih 50 tahun rakyat yang majoritinya orang melayu telah mengamanahkan kuasa itu untuk menjaga dan mempertahankan hak dan kepentingan kita (melayu) dalam bidang ekonomi, pendidikan, dalam soal dasar bahasa tanpa menjejaskan kaum-kaum lain.….tetapi apa sudah jadi? pada hari ini nampaknya keadaan kita lah yang semakin terdesak. maka memang patut kita semua kena bangkit untuk UBAH !

dollah yankee -
Yang dok kutip tin buruk dan kotak pun sekarang dah pakai ipad. Dah dekat dengan maklumat yang sebenar. Macam mana ketua-ketua umno nak kencing dia dengan maklumat yang tak betoi??!

Tiada ulasan: