RAKYAT MARHAEN |
- Peminat Harimau mahu Rajagobal letak jawatan
- Guan Eng: DAP tetap terbaik untuk semua kaum
- PRU13: Guan Eng sahkan letak calon Melayu DAP
- PRU13 : Tiada lagi mandat untuk Umno
- Pas, DAP dan PKR terus bertaaruf
- Tak Pandai Urus : Rizab tunai PBT Selangor melonjak ketara
- CAN IT BE TRUE? Dr M set to be the world's wealthiest man if BN continues to rule?
- Voter-buying causing rift within Sabah BN
- This’s what DAP members want
- Seng Giaw: Perubahan dalam DAP perkara biasa
- Pemilihan CEC: Tidak timbul DAP rasis
- Miri : Masalah jalan, parit, sampah rumitkan penduduk
- 50 anak muda Sabah lapor polis atas Musa Aman
- Bertam PM 307: Pertahan kedaultan Terengganu
- Telaga minyak baru: R Pahang sedia dedah bukti
- Satu lagi ceramah Pakatan di Gombak Jumaat ini.....samseng UMNO jangan cari pasal..!!!!
- Mapim seru generasi muda belajar dari Arab Spring
- Sinar Harian tidak layan kenyataan Ibrahim Ali.,.ha..ha..ha..abe him...!!!
- Insiden mata lebam: Lepas belasah, polis ‘sujud’ minta maaf – Anwar
- Polis Harus Menjadi Pengerak Utama Bendung Perjudian
- Nik Aziz mahu penceramah Pas guna ayat suci al-Quran
- PKR sandarkan kepada pemimpin muda untuk memenangi PRU 13
- Anwar : Perak perlu jadi kubu penting tawan Putrajaya
- HKR Perak : Siapa nak buat huru-hara bila kalah PRU13?
- Ds Anwar tiup semanagat kaum India di Tapah
Peminat Harimau mahu Rajagobal letak jawatan Posted: 16 Dec 2012 09:19 PM PST |
Guan Eng: DAP tetap terbaik untuk semua kaum Posted: 16 Dec 2012 09:18 PM PST |
PRU13: Guan Eng sahkan letak calon Melayu DAP Posted: 16 Dec 2012 09:17 PM PST |
PRU13 : Tiada lagi mandat untuk Umno Posted: 16 Dec 2012 09:15 PM PST Kunci bagi memastikan Malaysia untuk terus aman dan makmur ialah dengan memastikan Umno tidak lagi diberi mandat pasca PRU13. Pilihanraya adalah mekanisme penting dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Ia adalah proses pengurniaan mandat dan kuasa rakyat kepada seseorang individu dan sesebuah parti untuk mentadbir sesebuah negeri dan negara bagi menjamin kemerdekaan, memelihara keamanan, memacu kemajuan dan menegakkan keadilan untuk rakyat dan tanah air ini. Proses ini mesti berlangsung dengan tiga (3) unsur; [1] partisipasi menyeluruh rakyat, [2] jaminan kebebasan asasi, dan [3] proses yang bersih dan adil. Idea pendaftaran automatik dan penurunan umur kelayakan sebagai pengundi adalah cadangan bijaksana bagi memastikan lebih ramai rakyat terlibat. Rakyat mesti dijamin kebebasan asasi mereka seperti kebebasan bersuara, berparti dan berhimpun, tanpa sekatan menggunakan pelbagai undang-undang dan peraturan. Reformasi pilihanraya perlu berlaku dengan membersihkan senarai pemilih, akses media yang saksama dan penolakan terhadap budaya politik kotor dan samseng. Bersilih-ganti sesebuah parti kepada parti yang lain untuk mengetuai kerajaan adalah suatu yang normal bagi proses ini di negara-negara yang mengamalkan demokrasi secara telus. Doktrinisasi dan persepsi bahawa pertukaran ini adalah suatu yang negatif yang dilancarkan adalah kerana dua (2) perkara; [1] kebimbangan yang teramat sangat oleh sesebuah parti terhadap kemandirian partinya untuk terus kekal berkuasa, dan [2] menganggap bahawa rakyat terlalu dangkal untuk membuat pilihan bagi menentukan kerajaan. Resah-gelisah Read More / Baca Lagi >> |
Pas, DAP dan PKR terus bertaaruf Posted: 16 Dec 2012 09:13 PM PST Pesuruhjayanya, Hashim Jasin berkata, setiap parti punyai agenda dan dasar perjuangan parti tersendiri. Katanya, beliau yakin melalui taaruf bersama Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotai PKR dan DAP boleh mewujudkan suasana baru untuk menjaga kebajikan masyarakat. "Semua orang sedia maklum bahawa dalam tiga parti ini ada dasar-dasar perjuangan yang berbeza. DAP dengan caranya, PKR cara dia dan Pas cara Pas. "Tapi yang membezakannya adalah kerjasama yang ditunjukkan untuk mengekalkan taaruf tersebut," katanya. |
Tak Pandai Urus : Rizab tunai PBT Selangor melonjak ketara Posted: 16 Dec 2012 09:12 PM PST SHAH ALAM: Rizab tunai untuk semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor meningkat dengan mendadak sejak beberapa tahun kebelakangan ini. (Graf pencapaian MBSA) Menurut laporan yang dibentangkan ke Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), hampir kesemua rizab tunai PBT ini meningkat dengan ketara sejak tahun 2009. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mencatatkan rizab tunai sebanyak kira-kira RM250 juta pada September 2012 berbanding hanya RM85 juta pada tahun 2008. MBSA mencatatkan peningkatan rizab tunai yang ketara mulai tahun 2011. Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mula mencatatkan peningkatan sejak tahun 2009 lagi. Rizab tunai yang bermula dengan RM38 juta pada tahun 2008 meningkat tahun demi tahun sehingga mencecah RM83 juta pada September 2012. Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) pula, peningkatan mula dikesan pada tahun 2010 apabila rizab tunainya mula menunjukkan peningkatan. Pada tahun 2008, rizab tunainya adalah sekitar RM80 juta sahaja, meningkat kepada RM106 juta pada 2010 dan pada September 2012 rizab tunainya mencecah RM215 juta. (Graf pencapaian MBPJ) Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pula mencatat rizab tunai tertinggi pada September 2012 iaitu kira-kira RM376 juta berbanding sekitar RM137 juta sahaja pada tahun 2008. Untuk Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pula, PBT ini mulai menunjukkan peningkatan pada rizab tunai mulai 2008 apabila mencatat RM20 juta dan pada September 2012, MPS mencatatkan rizab tunai sebanyak kira-kira RM52 juta. |
CAN IT BE TRUE? Dr M set to be the world's wealthiest man if BN continues to rule? Posted: 16 Dec 2012 09:11 PM PST The mounting pressure from 18 days of historic protests finally drove Egyptian President Hosni Mubarak from office, after 30-years as his nation's iron-fisted ruler. But the dictator should not shed a single drop of tear because the fortune he amassed is more than enough to finance his retirement comfortably. It would be nice and jaw-dropping if Forbes can compile the world's richest dictators or politicians simply because it would put world's richest man, Mexican Carlos Slim (worth about US$54 billion) and Bill Gates (net worth about US$53 billion) to shame. Armed with suspended constitution for 30 years, Hosni Mubarak was in virtually every piece of business deal in the country thanks to guaranteed profit from monopolies, red-tape fees, bribery fees, nepotism and whatnot. The British Guardian newspaper estimated the wealth of Mubarak and his family at somewhere between US$40 billion and US$70 billion. That's about US$1 billion to US$2 billion net profit annually on average, not bad for a job as a president ruling a nation with GDP per capita of just $6,300. |
Voter-buying causing rift within Sabah BN Posted: 16 Dec 2012 09:08 PM PST Recent disclosures of Malay voters in the Sepanggar constituency being offered RM500 each to change their voting address has raised eyebrows in the Sabah Umno circle. Reports that opposition-held areas here are being "re-populated" to change the voter demographics, a popular tactic that has got by with a wink and a nudge in the past, has curiously alarmed certain Umno leaders who have called for an investigation. This is the second time in recent months that the issue has received blanket exposure in the media. In September, the Sabah Progressive Party (SAPP) blew the whistle on a shady voter registration drive here that it alleged was recruiting voters into the city. The party said it had stumbled on the exercise to re-register voters from other constituencies as Kota Kinabalu residents to enable them to be voters in the Api-Api constituency. While SAPP's disclosure didn't raise eyebrows, last week's whistle-blowing by two Sabah Umno leaders of the underhand tactic has. Sepanggar Umno chief Jumat Idris urged the police and Election Commission to investigate allegation of a political syndicate offering RM500 cash to Malay voters in Sepanggar parliamentary constituency to change their voting address to neighbouring Kota Kinabalu parliamentary constituency. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 16 Dec 2012 09:07 PM PST Give the DAP members credit for insisting that they stay what they have been, will be and shall always be – a Chinese political party comfortable in its own skin. Malays who are appointed to the central executive committee (CEC) will be lame duck members – they will be Malays who will forever be dependent on others for their position in DAP. There really is not much to tell about the DAP election, is there? Factionalism, nepotism and race. Race, nepotism and factionalism. Is there anything new in Malaysian politics? Even Umno can beg to differ on a few matters that it has been accused of. In nepotism, DAP has no equal. But surely there cannot be anything new, not until we the people change ourselves. Change our perceptions of what politics should be, change our mindset and change the very DNA that resides in the inner-most sanctum of our being. That's the DNA that tells us what to think, what to do and how to react when we think that we are being threatened and when we fear that our very being is in danger of extinction. And it is not only the Malays that have this DNA. All of you out there have it, too. That is why those in DAP voted the way they did. No need for excuses, no need for explanations, no need for name-calling and recriminations. We all know we would do the same in similar circumstances. Read More / Baca Lagi >> |
Seng Giaw: Perubahan dalam DAP perkara biasa Posted: 16 Dec 2012 09:06 PM PST BAYAN BARU - Perubahan dalam pimpinan tertinggi parti adalah perkara biasa dan ia baik untuk politik semasa, kata bekas Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw. Sehubungan itu katanya, beliau tidak dukacita mahupun sedih kerana tidak dipilih oleh perwakilan untuk menganggotai Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), sebaliknya percaya barisan pimpinan tertinggi parti baru yang dipilih cukup mantap untuk memperkuatkan DAP. Menurutnya, barisan kepimpinan yang dipilih kelmarin perlu diberi peluang untuk bekerja dengan lebih kuat bagi merealisasikan impian DAP bersama Pas dan PKR untuk menuju ke Putrajaya. "Barisan pimpinan yang baru ini adalah satu pasukan pimpinan yang baik untuk menghadapi cabaran pilihan raya umum yang ke-13. |
Pemilihan CEC: Tidak timbul DAP rasis Posted: 16 Dec 2012 09:04 PM PST PARIT: Pemilihan anggota Jawatankuasa Pusat Tertinggi DAP (CEC) ditentukan oleh para perwakilan, bukannya pemimpin, kata V Sivakumar. Read More / Baca Lagi >>"Perwakilan bebas memilih sesiapa sahaja daripada 68 calon yang bertanding. "Apa yang berlaku itu adalah keputusan pilihan perwakilan, bukan keputusan pemimpin," ujarnya kepada Harakahdaily semasa ditemui pada Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Perak di Bandar Seri Iskandar, malam tadi. Justeru, kata Adun Tronoh, Perak itu, kekurangan wakil kaum India di dalam mungkin ada kelemahan kerana kurangnya perwakilan kaum itu pada Kongres DAP Kebangsaan ke-16 minggu lalu. Sehubungan itu, sebagai penyelesaian kepada masalah itu, beliau menjemput masyarakat India supaya menyertai DAP dan menubuhkan cawangan. Katanya, apabaila cawangan bertambah, maka perwakilan daripada kaum India juga bertambah dan mereka boleh memilih wakil mereka untuk menduduki CEC. |
Miri : Masalah jalan, parit, sampah rumitkan penduduk Posted: 16 Dec 2012 09:03 PM PST LAMBIR - Kampung Perpaduan off Jalan Taman Tunku adalah antara kampung yang terletak dalam kawasan Lusut Jaya di mana terdapat juga kampung seperti Kampung Bidayuh dan lain-lain. Penduduk yang tinggal di Kampung Perpaduan kebanyakannya daripada kaum Bumiputera berbilang bangsa dan terdapat juga keluarga dari kaum Cina. "Masalah utama yang dihadapi penduduk Kampung Perpaduan adalah jalan raya yang becak terutama sekali musim hujan kerana jalannya berlopak dan berlumpur kerana tidak berbatu dan berturap," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee. Apabila musim hujan, air akan melimpah ke atas jalan disebabkan sistem perparitan yang tidak teratur untuk aliran air keluar, kata Jofri yang juga yang dipertua PAS Miri, dalam satu kenyataan hari ini. Menurutnya, masalah tersebut amat merumitkan penduduk untuk keluar menjalankan urusan harian mereka kerana ia merupakan satu-satunya jalan keluar masuk di situ. "Mereka memohon agar kerajaan mengggunakan peruntukan jalan kampung untuk menurap jalan dan juga memasang lampu jalan itu dengan segera untuk keselamatan penduduk. "Selain masalah jalanraya, penduduk kampung juga memohon pihak berwajib agar dapat mengantikan paip air yang sedia ada kepada paip yang lebih besar supaya tekanan air cukup kuat lagi bagi menampung keperluan harian penduduk di situ, dan dijangka penduduk baru bermastautin akan meningkat pada masa akan datang dalam kawasan itu," tambahnya. Read More / Baca Lagi >> |
50 anak muda Sabah lapor polis atas Musa Aman Posted: 16 Dec 2012 09:02 PM PST (50 anak muda Sabah mengiringi rakan mereka membuat laporan polis ke atas Musa Aman) KOTA KINABALU: Kira-kira 50 anak muda Sabah mengiringi rakan mereka bagi membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman. Beliau didakwa menerima wang sebanyak RM40juta berbentuk rasuah untuk kekayaan peribadi merujuk kenyataan bersumpah Datuk Seri Lajim Ukim 11 Disember yang lalu. Menurut Boby Bin Lewat @ Ewat, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Sabah berkata, mereka turut membuat laporan SPRM terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang punyai hubungkait dengan ahli perniagaan, Michael Chia. Ia didedahkan di pelbagai sumber media bahawa anak Nazri iaitu Nedim Nazri Aziz dan keluarganya mendapat manfaat melalui sebuah kenderaan mewah jenis Hummer hitam dengan nombor pendaftaran WNX 9776. Kenderaan mewah ini dianggarkan berharga lebih RM459,000 dan dimiliki oleh Michael Chia disahkan melalui carian saman di laman MyEG. Read More / Baca Lagi >> |
Bertam PM 307: Pertahan kedaultan Terengganu Posted: 16 Dec 2012 09:01 PM PST Dr Syed Azman - Adun Batu Buruk Soalan lisan saya di Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu berhubung dengan status hak milik kerajaan Terengganu ke atas penemuan kawasan minyak di medan minyak Bertam PM 307 akhirnya di jawab oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said. Jawapan yang diberikan oleh beliau amat memeranjatkan banyak pihak. Tanpa berselindung, beliau telah memberikan beberapa fakta penting mengenai penemuan hasil minyak di kawasan tersebut. Beliau menyatakan bahawa; "Kita (Kerajaan Terengganu) menerima surat dari syarikat Lundin Oil (syarikat carigali yang berpangkalan di Sweden) yang melaksanakan kerja-kerja carigali di kawasan berkenaan (dengan kerjasama Petronas Carigali) mengesahkan bahawa ia adalah di kawasan perairan Terengganu... Dengan penemuan rizab tambahan ini, Terengganu dijangka memperoleh tambahan royalti sebanyak RM100 juta setahun atau bergantung kepada anggaran pengeluaran." Berpandukan jawapan ini, kawasan medan minyak yang baru di temui di Blok PM 307 Bertam yang terletak di luar pantai Semenanjung antara Terengganu dan Pahang kini sah menjadi milik rakyat Terengganu. Medan minyak itu terletak kira-kira 160 kilometer di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan dengan sempadan Terengganu dan Pahang, pada kedalaman air 76 meter. Read More / Baca Lagi >> |
Telaga minyak baru: R Pahang sedia dedah bukti Posted: 16 Dec 2012 08:58 PM PST Pengerusinya, Nordin Majid berkata, pihaknya akan mendedahkan maklumat itu tetapi pada masa yang sama mengharapkan Kerajaan Pusat memberi bukti bahawa blok PM-307 Bertam sebenarnya berada di perairan Terengganu. Menurutnya, R Pahang ada bukti itu dan bersedia mengemukakan hasil kajian bersama R Malaysia mengenai kewujudan telaga minyak PM-308 medan Rhu yang enam kali lebih besar daripada blok PM-307 di Bertam. Read More / Baca Lagi >> |
Satu lagi ceramah Pakatan di Gombak Jumaat ini.....samseng UMNO jangan cari pasal..!!!! Posted: 16 Dec 2012 08:56 PM PST GOMBAK 17 Dis: Pakatan Rakyat (Pakatan) Gombak akan mengadakan satu lagi ceramah umum Jumaat ini di Dataran Sharuddin, Kampung Gombak Utara, lokasi yang sama berlakunya insiden berdarah oleh samseng Umno ke atas penyokong Pakatan pada Ceramah Merdeka Rakyat, 4 Disember lalu. Menurut Timbalan Ketua Cabang Gombak, Amiruddin Shari, antara penceramah kali ini adalah beliau sendiri, Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali; Timbalan Presiden PAS, Mohd Sabu; Yang Di Pertua PAS Gombak, Salehuddin Mohd Nasir dan seorang pimpinan anak muda. Justeru, beliau mendesak polis membuat persediaan rapi bagi memastikan program tersebut berjalan lancar dan mengelak diganggu samseng Umno. "Kita juga mahu polis umumkan siasatan terkini berhubung insiden berdarah itu bagi memastikan dalangnya diheret ke muka pengadilan, termasuk laporan yang kita buat sebelum dan selepas kejadian. "Marilah kita mengamal politik matang, kalau tidak berpuas hati dengan Pakatan, kita debat, itu lebih baik dari menggangu kami yang akhirnya rakyat yang hanya datang untuk dengar ceramah jadi mangsa," katanya kepada Keadilan Daily. Read More / Baca Lagi >> |
Mapim seru generasi muda belajar dari Arab Spring Posted: 16 Dec 2012 08:54 PM PST KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyarankan generasi muda perlu mengambil iktibar dari Arab Spring yang berlaku di abad ini. Read More / Baca Lagi >>Setiausaha Agung Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, bukan sahaja ia penting sebagai suatu lonjakan kebangkitan rakyat malah adalah suatu anjakan sikap generasi muda yang sudah muak dengan pemerintah yang menyalahguna kuasa dan memperkayakan kerabat keluarga. Berikut kenyataan penuh beliau. Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyarankan generasi muda perlu mengambil iktibar dari Arab Spring yang berlaku di abad ini. Bukan sahaja ia penting sebagai suatu lonjakan kebangkitan rakyat malah adalah suatu anjakan sikap generasi muda yang sudah muak dengan pemerintah yang menyalahguna kuasa dan memperkayakan kerabat keluarga. |
Sinar Harian tidak layan kenyataan Ibrahim Ali.,.ha..ha..ha..abe him...!!! Posted: 16 Dec 2012 08:53 PM PST Menyifatkan Ahli Parlimen Pasir Mas itu sebagai individu yang sudah tidak relevan dalam politik di negara, Hussamuddin berkata, beliau yakin rakyat Malaysia juga sudah muak dengan kenyataan retorik beliau. "Pembaca juga tahu konsep Sinar Harian yang telus dan tulus tanpa memihak kepada mana-mana individu atau kelompok tertentu," katanya, semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ibrahim dalam akhbar perdana semalam bahawa beliau 'jelik' dengan laporan Sinar Harian dan sebuah portal web kerana didakwa menyiarkan hanya sebahagian kenyataannya sehingga dilihat seolah-olah menghina kaum lain. Ibrahim dilapor berkata demikian semasa menggulung perbahasan Perhimpunan Agung Tahunan Perkasa Ketiga, kelmarin. Untuk rekod, pada 2009, Sinar Harian diiktiraf media yang memupuk semangat perpaduan apabila menerima Anugerah Kalung Perpaduan 2009. |
Insiden mata lebam: Lepas belasah, polis ‘sujud’ minta maaf – Anwar Posted: 16 Dec 2012 08:52 PM PST KUALA LUMPUR 17 Dis: Menyingkap kembali keperitan dilaluinya semasa ditahan Umno BN di penjara Sungai Buloh, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ada beberapa polis memohon maaf dan menginsafi kekejaman yang dilakukan anggota pasukan itu ke atasnya. "(Selepas) dipukul setengah mati, komandan kem jumpa saya pagi esoknya (dan) saya tengok dia menangis…Dia tunduk, pegang lutut saya dan mohon maaf. "Saya tanya sebab apa, awak pukul (saya)? Dia jawab tidak (bukan dia yang pukul). Dia kata, semalam beliau dan isteri solat hajat minta saya selamat. "(Kemudian) dia kata, 'kalau saya ada wang (dan) boleh jaga keluarga, saya akan berhenti (menjadi polis). Saya tak boleh tahan dengan kerja macam ini'," cerita Anwar kepada 50,000 hadirin pada Ceramah Kebangkitan Rakyat di Dungun, Jumaat lalu, mengenang kebaikan beberapa anggota polis terhadapnya ketika ditahan pada 1998. Ekoran kejadian tersebut, Ketua Umum KEADILAN itu mengingatkan bahawa bukan semua polis menurutnya, 'jahat' seperti mantan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Rahim Noor. Ini terbukti apabila seorang anggota polis turut datang dan menyapu ubat pada lukanya, selepas polis peringkat atasan melarang doktor memberi rawatan. Read More / Baca Lagi >> |
Polis Harus Menjadi Pengerak Utama Bendung Perjudian Posted: 16 Dec 2012 08:50 PM PST SHAH ALAM 15 DIS : Pasukan penguatkuasa pusat seperti polis dan Tenaga Nasional Berhad seharusnya menjadi penggerak utama dalam membendung aktiviti perjudian haram dan pusat hiburan di Selangor. Ini kerana kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terhad berbanding polis yang mempunyai kuasa bagi menahan pesalah dan membawa kes ke mahkamah. Begitu juga dengan TNB, dimana syarikat itu boleh memotong bekalan elektrik ke premis yang menjalankan perjudian bagi melumpuhkan operasi mereka, kata pegawai Kerjaan Negeri Selangor. Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu Tian Khiew berkata setakat ini, PBT di seluruh negeri sudah memainkan peranan dengan menyita premis dan merampas perkakas judi. Malah, katanya, Kerajaan Negeri juga tidak mengeluarkan lesen bagi premis itu sejak tahun 2006 dan dasar itu diteruskan sehingga kini. Tegasnya, semua lesen bagi rumah urut dan pusat hiburan di Selangor dikeluarkan semasa pentadbiran Umno-BN sebelum ini bukan dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. "Isu aktiviti premis berkenaan terletak pada penguatkuasaan, oleh itu polis lebih berkuasa daripada penguatkuasa PBT. "Penguatkuasaan daripada polis adalah sangat penting berbanding PBT. Read More / Baca Lagi >> |
Nik Aziz mahu penceramah Pas guna ayat suci al-Quran Posted: 16 Dec 2012 07:06 PM PST DUNGUN – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu penceramah mewakili partinya menggunakan ayat-ayat suci al-Quran yang sesuai dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Menurutnya, berdasarkan keadaan negara yang kian menghampiri pilihan raya umum, beliau mengingatkan kalangan penceramah menggunakan ayat-ayat al-Quran bagi menterjemah kepada rakyat mengenai pembentukan kerajaan Islam. "Apabila ceramah (kita) kena sebut ayat al-Quran. Sekarang ini dekat dengan hari mengundi, (jadi) bacalah ayat sesuai berhubung membentuk kerajaan Islam," katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Himpunan Kebangkitan Rakyat Pas Ganti Umno (PGU) 6.0, di Paka, kelmarin. Beliau menjelaskan, sebagai penceramah dalam sebuah parti yang memperjuangkan Islam, penggunaan ayat-ayat suci al-Quran digalakkan sebagai penegasan kepada rakyat sesuai dengan perkembangan semasa. Sementara itu, Menteri Besar Kelantan itu turut menyifatkan Umno sebagai sebuah parti yang tidak layak menjadi jentera Islam. |
PKR sandarkan kepada pemimpin muda untuk memenangi PRU 13 Posted: 16 Dec 2012 07:04 PM PST Dalam temuramah eksklusif bersama The Malaysian Insider, Saifuddin memberitahu parti tersebut mengiktiraf kepentingan undi golongan muda dan bakal meletakkan calon dari sektor tersebut paling ramai berbanding rakan Pakatan Rakyat (PR) PAS dan DAP dalam pilihan raya akan datang. "Atas sebab yang paling mudah, satu sebabnya kerana 20 peratus daripada 12.9 juta pemilih yang akan mengundi pada pilihan raya kali ini adalah merupakan pengundi baru, first timer (pengundi kali pertama) yang pertama kali akan tengok kertas undi. "Tapi kalau kita ambik cut-off 35 tahun ke bawah, peratusan tu jauh lebih besar, jadi yang boleh memahami citarasa anak muda, kehendak golongan muda, sudah tentulah parti Keadilan kena respon kepada perubahan ini," kata Saifuddin. Read More / Baca Lagi >> |
Anwar : Perak perlu jadi kubu penting tawan Putrajaya Posted: 16 Dec 2012 07:04 PM PST PARIT: Pakatan Rakyat perlu menawan Perak dengan majoriti meyakinkan dalam usaha untuk menguasai Putrajaya dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13). Read More / Baca Lagi >>Demikian penegasan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Negeri Perak di Padang SEDC, Bandar Seri Iskandar, malam tadi. Justeru, katanya Pakatan Rakyat terutama PAS dan PKR perlu menambahkan kerusi di negeri ini pada PRU13 nanti bagi mencapai hasrat tersebut. Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, antara tindakan yang akan diambil oleh Pakatan Rakyat sekiranya berjaya menawan Putrajaya nanti ialah menyediakan pendidikan percuma dari sekolah rendah hingga peringkat universiti. |
HKR Perak : Siapa nak buat huru-hara bila kalah PRU13? Posted: 16 Dec 2012 07:02 PM PST PARIT: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengulangi pertanyaan siapakah yang mahu membuat huru-hara apabila tewas dalam Pilihan raya Umum ke-13 nanti. Read More / Baca Lagi >>Sehubungan itu, beliau menolak tuduhan pemimpin Umno BN kononnya akan berlaku peristiwa 13 Mei sekiranya Umno kalah pada PRU13. "Siapa nak buat huru-hara? "Mereka nak buat huru-hara, peristiwa 13 Mei bila Umno kalah teruk (PRU13)," ujarnya ketika berucap di hadapan kira-kira 20,000 hadirin pada Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Negeri Perak di padang SEDC, Bandar Seri Iskandar, malam tadi. |
Ds Anwar tiup semanagat kaum India di Tapah Posted: 16 Dec 2012 06:42 PM PST |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan