Khamis, 25 Oktober 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Ulama PAS bukan 'Ayatollah Iran' - Harun Taib

Posted: 25 Oct 2012 10:25 PM PDT


SHAH ALAM - Dilihat menyangkal pandangan Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Ulama Pas menegaskan, pihaknya berpegang teguh mempertahankan prinsip Islam dan oleh itu, tidak wajar disamakan dengan kepimpinan Ayatollah Iran.
"Sejarah Islam membuktikan betapa telusnya corak pemerintahan Islam itu sendiri apabila dikurniakan oleh ALLAH SWT akan tampuk pemerintahan," kata Ketua Ulama Pas, Datuk Harun Taib.
Tambah beliau: "Rasulullah SAW sendiri tidak memulakan peperangan Badar kecuali setelah mengadakan perbincangan dengan kaum Ansar, inilah pendekatan Pas yang menjadi pegangan kita selama ini."
Dipetik Harakahdaily, Harun berkata, sudah menjadi tradisi pemerintahan Islam bersikap telus ketika memerintah.
Jelasnya, Saidina Abu Bakar ketika mula dilantik sebagai khalifah telah mengisytiharkan bahawa beliau sanggup diperbetulkan sekiranya melakukan kesalahan.
Begitu juga Saidina Umar yang mengisytiharkan perkara yang sama sehingga rakyat menyambutnya dengan keazaman untuk memperbetulkan beliau walaupun dengan mata pedang, kata beliau.
Ulas beliau lagi, pernah berlaku pada zaman Saidina Abu Bakar dalam peristiwa memerangi golongan yang murtad.
"Walaupun terdapat perbezaan pandangan pada peringkat permulaan tetapi kerana keterbukaan yang ditunjukkan oleh Saidina Abu Bakar dalam perbincangan antara hujah-hujah yang berbeza, maka para sahabat akur.
"Inilah keterbukaan yang ditunjukkan oleh sejarah berkenaan pemerintahan Islam. Dan keterbukaan penghujahan inilah yang akan terus diperjuangkan oleh para Ulama Pas.
"Begitu juga pada zaman Saidina Umar ketika seorang wanita menegur beliau berkenaan dengan mahar, beliau tidak melenting bahkan mengakui tentang kesilapan beliau dan mengiktiraf pendirian wanita tersebut," jelas beliau.
Laporan organ Pas itu tidak merujuk khusus kepada Asri.
Ketika muncul pada program Wacana Sinar Harian ke-15 Selasa lalu, Asri berkata, Pas tidak seharusnya menjadi seperti pemerintahan Ayatollah di Iran sekiranya berjaya memerintah Putrajaya kelak.
Asri, bekas Mufti Perlis berkata, kalau ada yang bermentaliti bahawa orang agama yang berkuasa tidak boleh ditegur, negara akan menjadi lebih korup dari sekarang.

"Saya rasa ini satu masalah dalam Pas, masalah sekarang ini Pas belum menjadi pemerintah, tetapi kalau kita tidak bahas hari ini, kita akan jadi seperti Iran, yang mana pemimpinnya Ayatollah tidak boleh ditegur dan disentuh.

"Kalau kita tidak hati-hati terutamanya parti politik termasuk Pas... kalau mereka naik (menjadi pemerintah) dengan mentaliti orang agama tidak boleh disentuh, ditambah dengan isu pemimpin dan tokoh agama itu ada kuasa pula, kita akan menghadapi negara yang lebih  korup daripada apa yang berlaku sekarang," katanya ketika menjawab soalan dari moderator Dr Mazlee Malik berhubung sejauh  mana beliau melihat pemimpin ulama Pas yang tidak boleh ditegur.
Menjawab pandangan Asri itu, dua Naib Presiden Pas kelmarin menjawab bahawa pihaknya memberi jaminan tidak akan sama sekali akan menjadi pemimpin-pemimpin bergelaran Ayatollah Iran jika diberi mandat memerintah Kerajaan Pusat kelak kerana parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu sentiasa mengamalkan sikap terbuka kepada semua pihak tanpa mengira fahaman politik.
Sambil menghargai pandangan bekas Mufti Perlis, pemimpin-pemimpin Pas yang dihubungi Sinar Harian Online berkata parti berusia lebih enam dekad itu tidak pernah mengamalkan pendekatan tutup pintu kepada pandangan dan teguran mana-mana pihak.
Ayatollah adalah gelaran tertinggi diberikan kepada ulama Syiah Iran.
Mengulas teguran Asri itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, sekiranya diberi mandat memerintah Putrajaya kelak, mereka tidak akan sekali-kali menjadi seperti pimpinan Ayatollah.
Katanya, sedia ditegur dan dikritik akan terus menjadi asas perjuangan parti itu.
Mengulas lanjut, Harun yang juga Adun Manir menyangkal sama sekali kebimbangan yang tidak berasas bahawa Pas akan mengikut pendekatan Ayatollah.
Beliau menyifatkan kebimbangan itu seperti Nujum Pak Belalang yang meramalkan sesuatu tanpa bukti.
"Kalau perkara yang ditegur atau dikritik itu betul, Pas tidak teragak-agak untuk menerimanya dengan jiwa yang terbuka dan Pas telah membuktikannya, sejarah telah membuktikan bahawa Pas telah sanggup bermuzakarah dengan Umno dan sejarah telah membuktikannya," katanya lagi.
Beliau berkata, bermuzakarah dan perbincangan merupakan tradisi yang telah diamalkan oleh Pas sejak dari penubuhannya lagi bukan sahaja dari sudut dalaman parti apatah lagi dengan pihak luar yang tidak sealiran dengannya.- SinarHarian

MPSP [Majlis Perbandaran Seberang Perai] pula kata NO pada EAS

Posted: 25 Oct 2012 09:53 PM PDT



AES

FALLIBLE: The council's committee members have questioned the effectiveness and synchronisation of the cameras
IN what could turn out to be a landmark decision, the Seberang Perai Municipal Council (MPSP) said it would not allow the Road Transport Department's (RTD) proposal to install the Automated Enforcement System (AES) cameras in areas under its jurisdiction.

The decision was taken by the council's infrastructure and traffic management committee meeting yesterday.

MPSP has now become the first municipal council in the country to disallow AES cameras.

RTD director-general Datuk Solah Mat Hassan had on Sept 22 announced that in phase one, a total of 14 cameras were installed in Perak, Selangor, Putrajaya and Kuala Lumpur. Under phase II he said 817 more cameras would be installed at 817 blackspots nationwide in a move by the government to reduce the number of road fatalities.

Committee alternate chairman Teoh Seang Hooi said the committee felt that there are weaknesses in the AES system.

"We feel it is unfair to motorists and they have no avenues to appeal against their summonses."

Teoh said the move is inline with the state executive council's decision recently to object the implementation of the AES in Penang.


Committee member Dr Tiun Ling Ta questioned the effectiveness and synchronisation of the cameras and the fact that the government failed to seek the public's view on the matter before implementing the system.

Penang RTD director Datuk Hassan Yaccob, when contacted, expressed surprise over the decision, saying that the department had submitted a proposal to the Penang Island Municipal Council (MPPP) and were waiting for the go-ahead to brief them on the matter.

The department had plans to submit a similar proposal to MPSP as well.

"But it is best that the Transport Ministry comments further on the matter," he said.

EDISI GEMPAQ : Skandal Sex Azmin Ali terbongkar

Posted: 25 Oct 2012 09:05 AM PDT



UMNO-BN kehabisan modal menyerang Anwar, kali ni dialihkan serangan kepada Azmin yg mereka lihat 'bahaya' kepada parti biawak karat dan sekutunya. Belum sempat Muhyiddin meluluskan rangka disiplin parti yg baru untuk mengelakkan 'PENGKHIANAT', seorang yg mendakwa dirinya penyokong tegar Umno mendedahkan perancangan lembUMNO dalam tuduhan skandal seks Azmin Ali yang akan dimainkan semula masa terdekat nanti



Ini gara gara kegagalan Ummi Hafilda yg cuba mengheret ibunya sekali lagi 'berlakon' dikaca televisyen untuk memburukkan Azmin sempena Hari Raya Haji bagi menjayakan agenda politik murahannya. Mengikut sumber, Mak Tom enggan bekerjasama dalam kancah politik murahan yg diatur oleh anaknya sendiri, Ummi Hafilda.

Dengan itu skandal seks Azmin Ali pula yang akan dikeluarkan dalam masa terdekat atas arahan orang orang tertentu dan akan dimainkan oleh seluruh Lidah Biawak Malaysia dan Blogger2nya... era pasca

Perbicaraan pembunuhan Sosilawati : Sosilawati Dibaring & Ditikam Di Tengkuk - Timbalan Pendakwa Raya

Posted: 25 Oct 2012 05:37 AM PDT


SHAH ALAM: Jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya telah dibunuh dengan cara dibaringkan dan ditikam di tengkuknya oleh tertuduh kedua, T.Thilaiyalagan sambil disaksikan oleh tertuduh pertama, N.Pathmanabhan pada 30 Ogos 2010.
Demikian antara persoalan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff dalam soal balas terhadap Thilaiyalagan di Mahkamah Tinggi di sini, Jumaat.
Seterusnya, Sosilawati telah menjerit dengan kuat dan meminta tolong dan Pathmanabhan juga telah mengarahkan Thilaiyalagan supaya membunuh jutawan itu di hadapannya kerana dia ingin menyaksikan sendiri kejadian itu.
Sementara tiga lagi lelaki yang bersama Sosilawati, pegawai bank Noorhisham Mohamad, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin turut dibunuh dengan cara yang sama.
Kesemua itu merupakan cadangan yang diberikan oleh Ishak kepada Thilaiyalagan, 21, semasa menyoal balas tertuduh kedua itu pada perbicaraan di sini. Bagaimanapun, semua cadangan itu dijawab 'tidak setuju' oleh Thilaiyalagan yang diperintah membela diri bersama bekas peguam Pathmanabhan, 43, serta pekerja ladang R.Matan, 22, dan R.Kathavarayan, 32, atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, Noorhisham, 38, Ahmad Kamil, 32, dan Kamaruddin, 44.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Ladang Gadong di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.Terdahulu, Ishak mencadangkan kepada Thilaiyalagan bahawa terdapat dua kereta jenis BMW telah masuk ke Ladang Gadong antara pukul 5 dan 6 petang, 30 Ogos 2010, dan tertuduh menjawab tidak setuju.
"Saya cadangkan dalam kedua-dua kereta itu ada seorang wanita Melayu dan tiga lelaki Melayu bersama Pathmanabhan," kata Ishak dan tertuduh menjawab tidak setuju.
Thilaiyalagan juga tidak bersetuju dengan cadangan Ishak bahawa selepas Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin tiba di ladang, tertuduh telah diarahkan oleh Pathmanabhan untuk menangkap dan mengikat mereka. "Awak telah arahkan Matan dan K.Sarawanan (saksi ke-59 pendakwaan) untuk ambil diesel di ladang dan diserah kepada awak setelah bunuh Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin," cadang Ishak dan tertuduh menjawab tidak setuju.
"Kemudian awak bersama Sarawanan telah angkat empat orang itu dan letak atas longgokan kayu yang telah disusun terlebih dahulu," cadang Ishak dan Thilaiyalagan menjawab tidak setuju.
"Selepas itu awak, Matan dan Sarawanan letak kayu atas badan mayat dan telah curahkan minyak atas mayat seterusnya bakar semua mayat itu," cadang Ishak dan tertuduh menjawab tidak setuju.
"Zink juga telah digunakan sebagai lapik di tempat pembakaran itu," cadang Ishak dan Thilaiyalagan menjawab tidak setuju.
Tertuduh juga tidak bersetuju dengan cadangan Ishak bahawa pada 31 Ogos 2010 kira-kira pukul 8 pagi, dia dan Matan telah memungut sisa pembakaran mayat dan memasukkannya ke dalam sebuah tong biru.
Ketika ditanya sama ada dia ada berbincang dengan tertuduh lain mengenai pembelaannya di mahkamah, Thilaiyalagan menjawab: "Saya tidak pernah bincang pembelaan saya bersama tertuduh lain." "Saya cadangkan awak bersama-sama tiga tertuduh lain telah merancang untuk membunuh Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin sejak 29 Ogos 2010," kata Ishak dan tertuduh menjawab tidak setuju.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung pada 6 November ini. -BERNAMA

Hang sakit tang mana Berahim Katak?

Posted: 25 Oct 2012 04:48 AM PDT


Nik Aziz Perlu Tanggungjawab, Bukan Lepaskan Kerja Pada Orang Lain - Ibrahim Ali
KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, seseorang yang mahu menjadi Menteri Besar seharusnya bertanggungjawab dan bukan hanya melepaskan kerja kepada orang lain.
Beliau berkata, sama ada menteri besar, ketua menteri mahupun perdana menteri, mereka perlu melaksanakan tugas mereka sebagai ketua.
"Mereka kena tahu apa yang sedang berlaku. Kalau tidak, mereka ini boleh menyalahgunakan kedudukan. Bila kerja-kerja berat itu orang lain yang buat, ini bermakna dia tidak terlibat," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan bahawa PAS Kelantan tetap mahu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi Menteri Besar walaupun beliau tidak dapat melakukan kerja berat ekoran masalah kesihatan.
Pada Khamis Takiyuddin dilaporkan sebagai berkata keadaan Nik Aziz bukan satu masalah kerana semua kerja berat itu akan dilakukan barisan Exco.
Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, Nik Aziz perlu bertanggungjawab sekiranya beliau terus mahu menjadi menteri besar.
"Bukan kata dia uzur, duduk di rumah terima gaji (dan) orang lain buat kerja. Ini namanya makan gaji buta," katanya.
Ibrahim menyifatkan kenyataan Takiyuddin itu sebagai sesuatu yang amat memalukan sambil mempertikaikan bagaimana terdapat kenyataan yang membayangkan Nik Aziz akan terus bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dalam keadaan yang tidak sihat dengan kerjanya akan dilakukan oleh Exco.
"Adakah ia betul? Ikutkan, menteri besar atau perdana menterilah yang merancang dan memikir, patutnya inovatif dan kreatif mengetuai dan melibatkan diri. Barulah sesebuah negeri akan maju.
"Bagaimana anda boleh 'melepaskannya' kepada orang lain? Apa kata dari segi Islam. Dia dari parti politik Islam," katanya.
Beliau mendakwa bahawa kenyataan Takiyuddin itu berkemungkinan oleh pandangannya bahawa PRU-13 nanti akan menyaksikan kemenangan PAS di Kelantan bergantung pada populariti Nik Aziz.
"Maknanya bila Nik Aziz popular, PAS bertanding dan menang. Kerana apa? Kerana populariti Nik Aziz.
"Bukan nak memikirkan soal masa depan Kelantan tetapi 'mempergunakan' populariti Nik Aziz untuk menang dalam pilihan raya. Selepas itu Nik Aziz upaya atau tidak, itu adalah perkara kedua," dakwa Ibrahim lagi.
Dilaporkan, Takiyuddin sebagai berkata, Nik Aziz hanya perlu mengeluarkan idea tanpa perlu bekerja keras kerana semua kerja yang ada akan dilakukan oleh orang bawahannya.
"Apa yang penting sekarang kami mahu beliau dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob sebab mereka adalah pemimpin ulama dan kepimpinan mereka masih diperlukan," kata Takiyuddin lagi. - mStar

Tak boleh harap kepada Umno untuk jaga Islam, jaga Melayu pun tak ke mana," - TGNA

Posted: 25 Oct 2012 02:37 AM PDT


Nik Aziz: Tahniah DAP berani bidas MCA


NONE
pakatan ceramah shah alam 041211 nik azizMursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berterima kasih kepada pemimpin DAP Anthony Loke kerana membelanya daripada tuduhan pemimpin MCA bahawa beliau membenarkan merogol wanita bukan Islam.

Menteri besar Kelantan itu juga menegaskan, tindakan Loke yang berkobar-kobar sehingga menepuk meja dalam parlimen itu menggambarkan keberanian anggota parlimen Rasah itu.

"DAP berani bidas MCA, tetapi Umno takut. Tak boleh harap kepada Umno untuk jaga Islam, jaga Melayu pun tak ke mana," kata Nik Aziz.


Perkara itu dinyatakan dalam surat daripada setiausaha politiknya Wan Nik Wan Yussof kepada Loke hari ini yang turut memberitahu Nik Aziz amat terharu dengan tindakan Loke itu.

Loke pada 22 Oktober lalu bangkit mempertahankan Nik Aziz yang dirujuknya sebagai "Tok Guru", dengan menyifatkan kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seah Kie yang disokong Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek itu sebagai "paling biadap".

Tindakan itu menyebabkan speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia kemudian mematikan mikrofon Loke dan memintanya tidak membawa hujah politik luaran ke dalam dewan.

Loke: Surat buktikan kemurahan hati
Sementara itu, dalam reaksinya di Facebook, Loke berkata, beliau dengan rendah diri menerima surat itu dan mendoakan kesihatan Nik Aziz untuk terus memimpin PAS dan Pakatan Rakyat.

"Surat dari Tok Guru ini sekali lagi membuktikan kemurahan hati dan kesederhanaan beliau walaupun sudah bergelar YAB MB selama 22 tahun!

"Saya berasa amat kerdil di depan seorang tokoh agama dan politik yang mempunyai jiwa dan hati yang begitu besar seperti Tok Guru Niz Aziz!

Heng pada 20 Oktober lalu menuduh Nik Aziz membenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.

Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Nik Aziz yang didakwa menyebut wanita patut dirogol jika tidak menutup aurat.

Pelajar, 17, buang anak dalam tali air ditahan

Posted: 25 Oct 2012 01:41 AM PDT


KANGAR: Polis menahan seorang pelajar berusia 17 tahun kerana dipercayai membuang bayi perempuan yang baru dilahirkannya ke dalam sebatang tali air di Kampung Behor Rotan Pahit, Simpang Empat, di sini, awal hari ini.

Polis turut menahan tiga lagi individu termasuk teman lelaki pelajar berkenaan selepas mayat bayi itu ditemui mati kira-kira jam 1 pagi dalam tali air yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumah pelajar itu. 

Ketua Polis Perlis, SAC Zull Aznam Haron berkata siasatan masih dijalankan bagi memastikan sama ada bayi itu masih hidup semasa dibuang atau dibunuh sebelum dicampak ke dalam tali air itu.


Katanya polis menerima laporan seorang pegawai perubatan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) yang curiga dengan pendarahan seorang pelajar perempuan yang telah dirujuk ke hospital itu kira-kira jam 9.20 malam tadi.

Hasil laporan itu, polis dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menjalankan gerakan mencari dan menyelamat bayi berkenaan setelah mendapat maklumat bayi itu dibuang ke dalam tali air.

Zull Aznam berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan. - Bernama

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)


Harga rokok naik 20 sen

Posted: 20 Oct 2012 10:30 AM PDT


 BAT: Harga rokok naik mulai esok

21 Oktober 2012 - KUALA LUMPUR - British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) telah mengumumkan peningkatan 20 sen kepada harga semua rokoknya mulai Isnin, 22 Oktober 2012.

"Kami dimaklumkan secara rasmi oleh Kastam Diraja Malaysia pada Khamis 18 Oktober 2012, tentang kenaikan yang dimandatkan dalam harga luar kilang rokok-rokok kami antara 26 peratus ke 58 peratus berkuat kuasa Jumaat, 19 Oktober lalu. "Berikutan itu, cukai eksais dan jualan telah dinaikkan," kata pengarah urusan BAT Malaysia, William Toh, dalam satu kenyataan.

Harga baru rokok bermula esok adalah seperti berikut:-

Rangkaian DUNHILL RM10.20
Rangkaian KENT RM10.20
Rangkaian PETER STUYVESANT RM8.70
Rangkaian PALL MALL RM8.70
PALL MALL Biasa RM10.60
BENSON & HEDGES RM10.20
LUCKY STRIKE PLAIN RM10.60
ROTHMANS INTERNATIONAL RM10.60

BAT Malaysia adalah sebahagian daripada kumpulan British American Tobacco, yang merupakan kumpulan tembakau paling antarabangsa dunia dan kumpulan tembakau tersenarai yang kedua terbesar dunia. - Bernama 

Aku cuma nak kata: 
Secara umum, Sekarang harga 1 KOTAK rokok Pall Mall & Lucky Strike sama dengan pemberian air percuma oleh Kerajaan Selangor sebanyak 20m3 bersamaan +- RM10.50. Bil air rumah aku dah 4 tahun RM 0.00.


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com

dollah yankee

dollah yankee


Imej 'haram-jadah'

Posted: 25 Oct 2012 09:27 AM PDT


Setelah teruk hari-hari kena 'keronyok' dengan Anwar kiri kanan, depan dan belakang, program ini telah dilihat sebagai satu lagi usaha untuk meningkat imejnya sebagai PM, Haji Najib telah 'tee-off' dengan pemain legenda golf Tiger Woods kelmarin.

Gurkah-gurkah politik di'port' tertanya-tanya juga, berapa banyak yang Tiger Woods dapat untuk datang ke kejohanan cimb ini? 1 juta dollar? Apa barang 1 juta dollar?, gurkah-gurkah ini berani bertaruh yang Tiger Woods tak kira menang atau kalah tetap dapat lebih dari dari 1 juta dollar.

Dulu tokey George Kent bila main golf dengan terus dapat projek ratus-ratus juta, apa kah Tiger Woods juga bakal dapat projek besar dari Najib selepas ini selepas main dengan Najib?

dollah yankee -
Buat lah apa pun, imej Najib tetap tak akan naik sampai PRU-13

Kiamat sudah dekat

Posted: 24 Oct 2012 11:44 PM PDT


dollah yankee -
Memang dunia sudah terbalik dan kiamat juga sudah dekat sebab, yang kapir  yang makan babi, yang sentiasa disumpah olih semua benda-benda yang hidup dimuka bumi ini sebab tak pernah mandi junub, pula yang sibuk, yang 'kalut' mempertahankan kesucian islam, biarpun gurkah-gurkah politik di'port' tahu yang ini semua ada lah demi 'political survival' masing-masing, tetapi sekurang-kurangnya tindakan mereka menyelar Soi Lek selepas penghinaan terhadap islam olih nya, adalah sesuatu yang patut kita semua pikir dan tanya dimana Zul Nordin? dimana Hassan Ali Akidah? dimana perkasa dengan Ibrahim Ali? Di mana pukida? 

Oh ya!... mungkin juga mereka sedang bercuti raya haji.

~penarik beca

~penarik beca


Apa salah hubungan dengan Israel, puak Islamist juga buat gitu

Posted: 24 Oct 2012 11:26 PM PDT

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Dulu Umno dibunuh oleh pucuk pimpinannya, kali ini MCA akan membunuhnya

Posted: 25 Oct 2012 08:06 PM PDT

Dalam keadaan terdesak pemimpin-pemimpin BN mengeluarkan kata-kata yang memilukan kita semua dan tidak pula mereka menyedari yang dari kata-kata itu ia menampakan keterdesakan mereka. Akhirnya mereka sendiri membuatkan rakyat merasa bosan terhadap mereka. Belum pun hilang dengungan kata-kata Chua Soi Lek yang menghina hudud dan bercakap di dalam perhimpunan agong parti itu, tiba-tiba Mahathir pula berkata orang Melayu sedang merempat dalam negerinya sendiri.

Dr Mahathir telah melawak bodoh dengan mengajak rakyat menyokong UMNO yang bertanggungjawab menjadikan orang Melayu merempat. Dr M seolah-olah menuduh yang Pakatan Rakyat yang menyebabkan Melayu merempat sedangkan PR belum lagi memerintah kerajaan negara ini. PR akan hanya memerintah buat pertama kalinya selepas pilihanraya yang akan datang ini, jika mendapat keizinan Tuhan.

Mahathir seolah-olah sudah lupa yang Melayu kini merempat kerana kerajaan BN selama ini tidak berkemampuan untuk membangunkan orang Melayu yang kini merempat dari sudut pandangan Dr M.  BN lah yang bertanggungjawab menjadikan Melayu merempat di negara mereka sendiri. Seruan Dr Mahathir supaya rakyat menyokong UMNO untuk tidak merempat ini merupakan lawak jenaka terbaik bagi abad ke 21 ini. Bagi Mahathir penyelesaian dalam isu Melayu merempat ini ialah dengan menyokong UMNO yang bertanggungjawab merempatkan orang Melayu selama ini.

Serangan secara rasmi Chua Soi Lek terhadap Islam dalam perhimpunan yang juga di datangi oleh Presiden UMNO, Najib Tun Razak, menunjukkan kebaculannya dan melambangkan beliau seorang yang tidak mempunyai 'dignity' sebagai pemimpin negara ini. Beliau mengiakan kata-kata dan serangan Soi Lek itu dengan berdiam diri mendengar kata-kata pemimpin Cina yang chauvinistic ini. najib tidak memberikan reaksi untuk mempertahankan agamanya dan ini tentulah oleh kerana hendak menjaga politik kepartian dan kepentingan dirinya sendiri.

Read More / Baca Lagi >>

Harga saham Astro jatuh pada kos, kaedah dan persaingan masa depan, kata laporan

Posted: 25 Oct 2012 07:59 PM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Okt — Harga saham Astro Malaysia Holdings Bhd (AMH) telah jatuh disebabkan pelbagai faktor termasuk kenaikan kos, mengetatkan peraturan dan persaingan masa depan selain daripada hanya RM1.4 bilion daripada RM4.6 bilion usaha penjanaan modal akan masuk ke operasi pengendali TV berbayar dominan Malaysia, menurut laporan oleh perkhidmatan berita Investor Central.
Perkhidmatan berpengkalan di Hong Kong itu berkata lembaran imbangan prospectus juga menunjukkan nilai aset bersih syarikat itu sebelum penyenaraian awam permulaan (IPO) adalah negatif RM1.13 bilion, yang sebahagian besar disebabkan pinjaman sebanyak RM3.66 bilion. Akan tetapi 19 penyenaraian pada Oktober dengan RM3.00 setiap saham saham menyebabkan ianya kembali positif dengan RM1.4 bilion sebagai modal baru. Ianya ditutup pada RM2.86 setiap saham semalam.
"Jadi, dalam terma yang jelas, pemilik sedia ada menjual kepentingan besar dalam syarikat yang bernilai (RM1.13 bilion) [baca negatif RM1.13 bilion] dan poket RM3.2 bilion dalam bentuk wang tunai, " kata Investor Central dalam satu laporan diperolehi oleh The Malaysian Insider. Pemegang saham utama AMH termasuk syarikat-syarikat dikaitkan dengan taikun T Ananda Krishnan (foto fail) dan syarikat kerajaan Malaysia, Khazanah Nasional Bhd.
IPO AMH adalah salah satu yang terbesar di Malaysia, selain syarikat minyak sawit gergasi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) dan operator perkhidmatan perubatan IHH Holdings Bhd (IHH), mengalihkan perhatian kepada Pasaran modal negara Asia Tenggara. Akan tetapi IPO AMH semakin lemah walaupun ia mendapat 22 pelabur asas, termasuk dana lindung nilai AS Och-Ziff Capital Management.
Akan tetapi perubahan dalam peraturan juga membenarkan pelabur asas untuk keluar dari pengendali TV berbayar terbesar di Malaysia tanpa tempoh yang ditetapkan.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga tidak melabur dalam syarikat tersebut, yang mempunyai 156 saluran, termasuk 68 saluran tempatan.Walaupun masa depan cerah, Investor Central menegaskan bahawa set kotak atas AMH B.yond (STBs) menyebabkan aliran wang keluar dan tertakluk kepada tuntutan mahkamah bernilai ratusan juta ringgit selain daripada menghadapi persaingan semakin meningkat dari IPTV (TV Protokol Internet) dan Televisyen Terestrial Digital dijadual akan bermula di Malaysia menjelang 2015. Satu lagi pengendali TV berbayar, ABN, akan memulakan perkhidmatan tahun ini dalam permulaan modal sebanyak RM2 bilion.
Read More / Baca Lagi >>

5 pengajaran hidup tunai haji

Posted: 25 Oct 2012 07:57 PM PDT

BERJUTA-JUTA umat Islam dari seluruh dunia kini berada di Tanah Suci untuk menunaikan ibadat haji, yang merupakan salah satu perhimpunan tahunan terbesar umat manusia di planet ini.
Haji adalah salah satu daripada lima rukun Islam. Setiap umat Islam dalam perjalanan hidup mereka untuk menunaikan ibadat itu sekali seumur hidupnya jika berkemampuan dari segi fizikal dan kewangan.
Pasukan iReport dari CNN telah mengemukakan pertanyaan kepada jemaah haji bagaimana pengalaman menunaikan ibadat ini telah mengubah kehidupan mereka dan nasihat kepada bakal jemaah haji yang buat kali pertama menunaikan ibadat suci ini.
Keputusannya - gabungan pengajaran kehidupan rohani dan spiritual yang menjangkaui Islam itu sendiri.


1. Ia mengajar saya erti kesabaran
iReporter Amir Abdul Latip dari Brunei berkata, haji telah mengajarnya erti kesabaran dan ia diserap dalam kehidupannya selepas menunaikan haji di Tanah Suci.
"Saya masih tidak sempurna, tetapi haji telah mengubah perspektif saya mengenai kehidupan sifat keduniaan, alam semesta, dan segala-galanya," kata beliau.
"Hanya bersabar dan sentiasa cuba untuk membantu orang lain," kata Amir, sambil menambah bahawa haji membantu "meluaskan pandangan saya untuk melihat gambaran yang lebih besar mengenai kewujudan kita."
Sabar adalah suatu perintah semasa tawaf, upacara Haji di mana jemaah Haji akan mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali.
"Beberapa kali berlaku perkara yang di luar kawalan penganjur - mereka sudah mencuba yang terbaik untuk jemaah tetapi mereka tidak boleh melakukan semua disebabkan oleh beberapa keadaan yang tidak diduga," kata iReporter Muhammad Zafar dari Simi Valley, California, yang mengerjakan ibadat Haji pada tahun 2011 dengan keluarganya.
Read More / Baca Lagi >>

Pengorbanan cipta kemenangan tanpa terburu-buru

Posted: 25 Oct 2012 07:55 PM PDT


Assalamualaikum wbt..

Saudara-saudari muslimin muslimat yang dihormati sekalian..

Sempena dengan hari raya korban @ Aidil Adha ini, saya ingin mengingatkan kepada diri saya dan kepada saudara-saudari sekalian, bagaimana contoh perjuangan untuk menegakkan hukum Allah, dari kalangan mereka yang terdahulu daripada kita terutamanya para nabi dan para rasul a.s.

Dalam peristiwa Aidiladha ini, ada 3 watak yang selalu disebut-sebut, yang telah menunjukkan betapa komitmennya mereka terhadap perintah Allah SWT, iaitu Nabi Allah Ibrahim a.s, anaknya Ismail dan isterinya Siti Hajar.

Allah SWT telah memerintahkan Nabi Ibrahim a.s supaya meninggalkan anak dan isterinya yang tercinta berduaan di Mekah, tempat yang kering kontang dan panas terik.

Nabi Ibrahim lantas meninggalkan isteri dan anaknya tanpa mengendahkan panggilan isterinya. Sehinggalah isterinya bertanyakan kepadanya: "Adakah ini adalah perintah dari Allah?". Lantas Nabi Ibrahim berpaling dan menjawab: "Ya". Siti Hajar menjawab dengan tenang: "Pergilah dengan urusan Tuhanmu itu".
Read More / Baca Lagi >>

Pengorbanan menuju keredaan Allah SWT

Posted: 25 Oct 2012 07:54 PM PDT

Sementara pada Hari Raya Haji ini pula, kita diminta untuk melakukan korban. 

Perutusan Aidil Adha 1433H
Oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Dalam agama kita sendiri, diminta orang Islam meraikan hari raya dua kali setahun, sebutan raya ini menimbulkan rasa gembira, suka dan meriah di kalangan anak-anak dan orang-orang tua sekali pun.  Hatta bila kita raya, kita tidak dibenarkan puasa, kalau kita puasa ertinya kita tidak sudi menerima 'rukhsah' dari Allah. Apabila tidak boleh puasa kita dikehendaki makan dan minum.
Di samping itu juga kita diminta untuk memberi makan kepada fakir miskin. Ketika menyambut Raya Puasa, sebelumnya kita ada zakat fitrah untuk diberi kepada orang yang layak menerimanya. Sementara pada Hari Raya Haji ini pula, kita diminta untuk melakukan korban. Firman Allah SWT bermaksud:
"Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur." (Surah Al-Hajj ayat 36).
Bermakna kita boleh makan, tetapi kita diminta untuk bagi-bagikan daging tersebut kepada fakir miskin. Tradisi kita di Kelantan, kita buat gulai atau bagi mentah-mentah sahaja akan daging korban itu.
Apa pun, ada kelebihan bila kita bagi-bagikan daging mentah kerana orang yang menerima itu akan makan seisi keluarga atau semua anak beranak boleh merasai. Walaupun daging yang kita bagi itu boleh jadi sekeping dua sahaja, tetapi sebuah rumah (seisi keluarga) boleh menikmati dengan pelbagai masakan yang digemari.
Mimpi Nabi Ibrahim
Read More / Baca Lagi >>

Bukit Kayu Hitam : Stor pemerdagangan orang

Posted: 25 Oct 2012 07:53 PM PDT

Al Habib Ali Zaenal Abidin: Saksi saksi di Mahsyar

Posted: 25 Oct 2012 07:35 PM PDT

Al Habib Ali Zaenal Abidin: Adab dlm Solat

Posted: 25 Oct 2012 07:34 PM PDT

Al Habib Ali Zaenal Abidin: Kalimah لا اله الا الله

Posted: 25 Oct 2012 07:34 PM PDT

Al Habib Ali Zaenal Abidin: 1 kebaikan ganjarannya 10 kali ganda

Posted: 25 Oct 2012 07:33 PM PDT

Al Habib Ali Zaenal Abidin: Riba & Hutang

Posted: 25 Oct 2012 07:32 PM PDT

Al Habib Ali Zaenal Abidin: Riba, Harta & Cinta Dunia

Posted: 25 Oct 2012 07:32 PM PDT

Al Habib Ali Zaenal Abidin:Ganjaran amal soleh

Posted: 25 Oct 2012 07:31 PM PDT

Al Habib Ali Zaenal Abidin: Iman & Amal Soleh

Posted: 25 Oct 2012 07:30 PM PDT

Wacana Peranan Ulama Menasihati Pemimpin - Puisi Orang Besar, Orang Kecil

Posted: 25 Oct 2012 07:28 PM PDT

Dr Asri - Teguran Secara Sembunyi Atau Secara Terbuka Kepada Pemerintah

Posted: 25 Oct 2012 07:27 PM PDT

Dr Asri - Sejauh Manakah Peranan Mufti Agama Dlm Menasihati Pemimpin Umno

Posted: 25 Oct 2012 07:25 PM PDT

Security stepped up in Saudi ahead of the Hajj

Posted: 25 Oct 2012 07:22 PM PDT

Alasan ustaz kasanova kahwin 11 kali

Posted: 25 Oct 2012 07:18 PM PDT

Muslim faithful gather at Arafat for Haj

Posted: 25 Oct 2012 07:14 PM PDT

Syria says it agrees to Eid ceasefire

Posted: 25 Oct 2012 07:13 PM PDT

Selamat Hari Raya Haji Kepada Semua Muslimin dan Muslimat!

Posted: 25 Oct 2012 08:30 AM PDT


Jutaan jemaah haji wukuf di Padang Arafah

Posted: 25 Oct 2012 08:25 AM PDT

MAKKAH, 25 Okt — Kumpulan 28,000 jemaah haji Malaysia menyertai dua juta jemaah dari seluruh dunia hari ini untuk berwukuf di Padang Arafah iaitu kemuncak penyempurnaan ibadah haji mereka.
Para jemaah memenuhi Arafah yang bertukar menjadi kota raya khemah terbesar di dunia ketika ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom membacakan khutbah sebelum masuk waktu Zohor pada 12.05 tengah hari (5.05 petang waktu Malaysia) dan seterusnya mengimamkan solat Zohor di khemah jemaah haji Malaysia.
Semasa di Padang Arafah, jemaah haji akan mengisi waktu dengan berzikir, membaca al-Quran atau melakukan solat sunat.
Wukuf yang jatuh pada 9 Zulhijjah merupakan ibadah yang wajib dilaksanakan oleh jemaah, termasuk bagi mereka yang sakit walaupun seketika.
Waktu wukuf bermula dari gelincir matahari (masuk waktu Zuhur/waktu di Arab Saudi) pada 9 Zulhijah (25 Okt) sehingga seketika sebelum terbit fajar (masuk waktu Subuh/waktu Arab Saudi) 10 Zulhijah (26 Okt).
Sementara itu, kawasan lapang di Arafah sudah dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk negara-negara yang menghantar jemaah dan antara perkhemahan terbesar adalah milik Turki, Iran, Indonesia, Pakistan dan Mesir.
Selepas ini, jemaah akan bergerak meninggalkan Arafah bagi mengerjakan ibadah haji seterusnya ke Muzdalifah, melontar tiga jamrah di Mina, tawaf dan saei.
Jemaah haji akan melakukan ibadah melontar jamrah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.  — Bernama

BN tidak setuju Khalid diiktiraf MB Selangor terbaik.....!!!

Posted: 25 Oct 2012 08:22 AM PDT



Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed SHAH ALAM – Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang dikeluarkan baru-baru ini tidak langsung menggambarkan kecemerlangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam mengurus tadbir kewangan Selangor.
Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed berkata, laporan tersebut mendedahkan ketidakcekapan Abdul Khalid mengawal
kewangan dan perbendaharaan negeri sejak pakatan pembangkang memerintah negeri.
"Kita (BN Selangor) tidak bersetuju pengiktirafan diberikan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Abdul Khalid menteri besar paling cemerlang.
"Ini kerana laporan itu memperlihatkan banyak kelemahan dalam pentadbiran pimpinan Abdul Khalid.
Kelemahan ini dilaporkan secara telus oleh Ketua Audit Negara namun Abdul Khalid dengan angkuh cuba menafikan dan mempertikaikannya.
"Inikah sikap pemimpin berjiwa besar," katanya pada sidang media semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Ulama PAS bukan Ayatullah, tegas Ustaz Harun

Posted: 25 Oct 2012 08:20 AM PDT


KUALA LUMPUR: Ulama PAS berpegang teguh mempertahankan ajaran dan prinsip Islam sepertimana yang terkandung di dalam Al-Quran dan As-sunnah dan PAS tidak boleh disamakan dengan Ayatullah sama sekali.

Demikian tegas Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib (gambar) ketika mengulas kebimbangan individu tertentu terhadap pemimpin PAS yang kemungkinan mengambil pendekatan Ayatullah dalam pemerintahan sekiranya diberi peluang menjejakkan kaki di Putrajaya.

"Sejarah Islam membuktikan betapa telusnya corak pemerintahan Islam itu sendiri apabila dikurniakan oleh Allah s.w.t akan tampuk pemerintahan.

"Rasulullah s.a.w sendiri tidak memulakan peperangan Badar kecuali setelah mengadakan perbincangan dengan kaum Ansar, inilah pendekatan PAS yang menjadi pegangan kita selama ini," ujar beliau ketika dihubungi.

Menurut beliau lagi, sudah menjadi tradisi pemerintahan Islam bersikap telus ketika memerintah.
Read More / Baca Lagi >>