RAKYAT MARHAEN |
- Dulu Umno dibunuh oleh pucuk pimpinannya, kali ini MCA akan membunuhnya
- Harga saham Astro jatuh pada kos, kaedah dan persaingan masa depan, kata laporan
- 5 pengajaran hidup tunai haji
- Pengorbanan cipta kemenangan tanpa terburu-buru
- Pengorbanan menuju keredaan Allah SWT
- Bukit Kayu Hitam : Stor pemerdagangan orang
- Al Habib Ali Zaenal Abidin: Saksi saksi di Mahsyar
- Al Habib Ali Zaenal Abidin: Adab dlm Solat
- Al Habib Ali Zaenal Abidin: Kalimah لا اله الا الله
- Al Habib Ali Zaenal Abidin: 1 kebaikan ganjarannya 10 kali ganda
- Al Habib Ali Zaenal Abidin: Riba & Hutang
- Al Habib Ali Zaenal Abidin: Riba, Harta & Cinta Dunia
- Al Habib Ali Zaenal Abidin:Ganjaran amal soleh
- Al Habib Ali Zaenal Abidin: Iman & Amal Soleh
- Wacana Peranan Ulama Menasihati Pemimpin - Puisi Orang Besar, Orang Kecil
- Dr Asri - Teguran Secara Sembunyi Atau Secara Terbuka Kepada Pemerintah
- Dr Asri - Sejauh Manakah Peranan Mufti Agama Dlm Menasihati Pemimpin Umno
- Security stepped up in Saudi ahead of the Hajj
- Alasan ustaz kasanova kahwin 11 kali
- Muslim faithful gather at Arafat for Haj
- Syria says it agrees to Eid ceasefire
- Selamat Hari Raya Haji Kepada Semua Muslimin dan Muslimat!
- Jutaan jemaah haji wukuf di Padang Arafah
- BN tidak setuju Khalid diiktiraf MB Selangor terbaik.....!!!
- Ulama PAS bukan Ayatullah, tegas Ustaz Harun
Dulu Umno dibunuh oleh pucuk pimpinannya, kali ini MCA akan membunuhnya Posted: 25 Oct 2012 08:06 PM PDT Dalam keadaan terdesak pemimpin-pemimpin BN mengeluarkan kata-kata yang memilukan kita semua dan tidak pula mereka menyedari yang dari kata-kata itu ia menampakan keterdesakan mereka. Akhirnya mereka sendiri membuatkan rakyat merasa bosan terhadap mereka. Belum pun hilang dengungan kata-kata Chua Soi Lek yang menghina hudud dan bercakap di dalam perhimpunan agong parti itu, tiba-tiba Mahathir pula berkata orang Melayu sedang merempat dalam negerinya sendiri. Dr Mahathir telah melawak bodoh dengan mengajak rakyat menyokong UMNO yang bertanggungjawab menjadikan orang Melayu merempat. Dr M seolah-olah menuduh yang Pakatan Rakyat yang menyebabkan Melayu merempat sedangkan PR belum lagi memerintah kerajaan negara ini. PR akan hanya memerintah buat pertama kalinya selepas pilihanraya yang akan datang ini, jika mendapat keizinan Tuhan. Mahathir seolah-olah sudah lupa yang Melayu kini merempat kerana kerajaan BN selama ini tidak berkemampuan untuk membangunkan orang Melayu yang kini merempat dari sudut pandangan Dr M. BN lah yang bertanggungjawab menjadikan Melayu merempat di negara mereka sendiri. Seruan Dr Mahathir supaya rakyat menyokong UMNO untuk tidak merempat ini merupakan lawak jenaka terbaik bagi abad ke 21 ini. Bagi Mahathir penyelesaian dalam isu Melayu merempat ini ialah dengan menyokong UMNO yang bertanggungjawab merempatkan orang Melayu selama ini. Serangan secara rasmi Chua Soi Lek terhadap Islam dalam perhimpunan yang juga di datangi oleh Presiden UMNO, Najib Tun Razak, menunjukkan kebaculannya dan melambangkan beliau seorang yang tidak mempunyai 'dignity' sebagai pemimpin negara ini. Beliau mengiakan kata-kata dan serangan Soi Lek itu dengan berdiam diri mendengar kata-kata pemimpin Cina yang chauvinistic ini. najib tidak memberikan reaksi untuk mempertahankan agamanya dan ini tentulah oleh kerana hendak menjaga politik kepartian dan kepentingan dirinya sendiri. Read More / Baca Lagi >> |
Harga saham Astro jatuh pada kos, kaedah dan persaingan masa depan, kata laporan Posted: 25 Oct 2012 07:59 PM PDT KUALA LUMPUR, 26 Okt — Harga saham Astro Malaysia Holdings Bhd (AMH) telah jatuh disebabkan pelbagai faktor termasuk kenaikan kos, mengetatkan peraturan dan persaingan masa depan selain daripada hanya RM1.4 bilion daripada RM4.6 bilion usaha penjanaan modal akan masuk ke operasi pengendali TV berbayar dominan Malaysia, menurut laporan oleh perkhidmatan berita Investor Central. Read More / Baca Lagi >>Perkhidmatan berpengkalan di Hong Kong itu berkata lembaran imbangan prospectus juga menunjukkan nilai aset bersih syarikat itu sebelum penyenaraian awam permulaan (IPO) adalah negatif RM1.13 bilion, yang sebahagian besar disebabkan pinjaman sebanyak RM3.66 bilion. Akan tetapi 19 penyenaraian pada Oktober dengan RM3.00 setiap saham saham menyebabkan ianya kembali positif dengan RM1.4 bilion sebagai modal baru. Ianya ditutup pada RM2.86 setiap saham semalam. "Jadi, dalam terma yang jelas, pemilik sedia ada menjual kepentingan besar dalam syarikat yang bernilai (RM1.13 bilion) [baca negatif RM1.13 bilion] dan poket RM3.2 bilion dalam bentuk wang tunai, " kata Investor Central dalam satu laporan diperolehi oleh The Malaysian Insider. Pemegang saham utama AMH termasuk syarikat-syarikat dikaitkan dengan taikun T Ananda Krishnan (foto fail) dan syarikat kerajaan Malaysia, Khazanah Nasional Bhd. IPO AMH adalah salah satu yang terbesar di Malaysia, selain syarikat minyak sawit gergasi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) dan operator perkhidmatan perubatan IHH Holdings Bhd (IHH), mengalihkan perhatian kepada Pasaran modal negara Asia Tenggara. Akan tetapi IPO AMH semakin lemah walaupun ia mendapat 22 pelabur asas, termasuk dana lindung nilai AS Och-Ziff Capital Management. Akan tetapi perubahan dalam peraturan juga membenarkan pelabur asas untuk keluar dari pengendali TV berbayar terbesar di Malaysia tanpa tempoh yang ditetapkan. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga tidak melabur dalam syarikat tersebut, yang mempunyai 156 saluran, termasuk 68 saluran tempatan.Walaupun masa depan cerah, Investor Central menegaskan bahawa set kotak atas AMH B.yond (STBs) menyebabkan aliran wang keluar dan tertakluk kepada tuntutan mahkamah bernilai ratusan juta ringgit selain daripada menghadapi persaingan semakin meningkat dari IPTV (TV Protokol Internet) dan Televisyen Terestrial Digital dijadual akan bermula di Malaysia menjelang 2015. Satu lagi pengendali TV berbayar, ABN, akan memulakan perkhidmatan tahun ini dalam permulaan modal sebanyak RM2 bilion. |
Posted: 25 Oct 2012 07:57 PM PDT BERJUTA-JUTA umat Islam dari seluruh dunia kini berada di Tanah Suci untuk menunaikan ibadat haji, yang merupakan salah satu perhimpunan tahunan terbesar umat manusia di planet ini. Haji adalah salah satu daripada lima rukun Islam. Setiap umat Islam dalam perjalanan hidup mereka untuk menunaikan ibadat itu sekali seumur hidupnya jika berkemampuan dari segi fizikal dan kewangan. Pasukan iReport dari CNN telah mengemukakan pertanyaan kepada jemaah haji bagaimana pengalaman menunaikan ibadat ini telah mengubah kehidupan mereka dan nasihat kepada bakal jemaah haji yang buat kali pertama menunaikan ibadat suci ini. Keputusannya - gabungan pengajaran kehidupan rohani dan spiritual yang menjangkaui Islam itu sendiri. 1. Ia mengajar saya erti kesabaran iReporter Amir Abdul Latip dari Brunei berkata, haji telah mengajarnya erti kesabaran dan ia diserap dalam kehidupannya selepas menunaikan haji di Tanah Suci. "Saya masih tidak sempurna, tetapi haji telah mengubah perspektif saya mengenai kehidupan sifat keduniaan, alam semesta, dan segala-galanya," kata beliau. "Hanya bersabar dan sentiasa cuba untuk membantu orang lain," kata Amir, sambil menambah bahawa haji membantu "meluaskan pandangan saya untuk melihat gambaran yang lebih besar mengenai kewujudan kita." Sabar adalah suatu perintah semasa tawaf, upacara Haji di mana jemaah Haji akan mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali. "Beberapa kali berlaku perkara yang di luar kawalan penganjur - mereka sudah mencuba yang terbaik untuk jemaah tetapi mereka tidak boleh melakukan semua disebabkan oleh beberapa keadaan yang tidak diduga," kata iReporter Muhammad Zafar dari Simi Valley, California, yang mengerjakan ibadat Haji pada tahun 2011 dengan keluarganya. Read More / Baca Lagi >> |
Pengorbanan cipta kemenangan tanpa terburu-buru Posted: 25 Oct 2012 07:55 PM PDT Assalamualaikum wbt.. Read More / Baca Lagi >>Saudara-saudari muslimin muslimat yang dihormati sekalian.. Sempena dengan hari raya korban @ Aidil Adha ini, saya ingin mengingatkan kepada diri saya dan kepada saudara-saudari sekalian, bagaimana contoh perjuangan untuk menegakkan hukum Allah, dari kalangan mereka yang terdahulu daripada kita terutamanya para nabi dan para rasul a.s. Dalam peristiwa Aidiladha ini, ada 3 watak yang selalu disebut-sebut, yang telah menunjukkan betapa komitmennya mereka terhadap perintah Allah SWT, iaitu Nabi Allah Ibrahim a.s, anaknya Ismail dan isterinya Siti Hajar. Allah SWT telah memerintahkan Nabi Ibrahim a.s supaya meninggalkan anak dan isterinya yang tercinta berduaan di Mekah, tempat yang kering kontang dan panas terik. Nabi Ibrahim lantas meninggalkan isteri dan anaknya tanpa mengendahkan panggilan isterinya. Sehinggalah isterinya bertanyakan kepadanya: "Adakah ini adalah perintah dari Allah?". Lantas Nabi Ibrahim berpaling dan menjawab: "Ya". Siti Hajar menjawab dengan tenang: "Pergilah dengan urusan Tuhanmu itu". |
Pengorbanan menuju keredaan Allah SWT Posted: 25 Oct 2012 07:54 PM PDT Sementara pada Hari Raya Haji ini pula, kita diminta untuk melakukan korban. Oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Dalam agama kita sendiri, diminta orang Islam meraikan hari raya dua kali setahun, sebutan raya ini menimbulkan rasa gembira, suka dan meriah di kalangan anak-anak dan orang-orang tua sekali pun. Hatta bila kita raya, kita tidak dibenarkan puasa, kalau kita puasa ertinya kita tidak sudi menerima 'rukhsah' dari Allah. Apabila tidak boleh puasa kita dikehendaki makan dan minum. Di samping itu juga kita diminta untuk memberi makan kepada fakir miskin. Ketika menyambut Raya Puasa, sebelumnya kita ada zakat fitrah untuk diberi kepada orang yang layak menerimanya. Sementara pada Hari Raya Haji ini pula, kita diminta untuk melakukan korban. Firman Allah SWT bermaksud: "Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur." (Surah Al-Hajj ayat 36). Bermakna kita boleh makan, tetapi kita diminta untuk bagi-bagikan daging tersebut kepada fakir miskin. Tradisi kita di Kelantan, kita buat gulai atau bagi mentah-mentah sahaja akan daging korban itu. Apa pun, ada kelebihan bila kita bagi-bagikan daging mentah kerana orang yang menerima itu akan makan seisi keluarga atau semua anak beranak boleh merasai. Walaupun daging yang kita bagi itu boleh jadi sekeping dua sahaja, tetapi sebuah rumah (seisi keluarga) boleh menikmati dengan pelbagai masakan yang digemari. Mimpi Nabi Ibrahim Read More / Baca Lagi >> |
Bukit Kayu Hitam : Stor pemerdagangan orang Posted: 25 Oct 2012 07:53 PM PDT |
Al Habib Ali Zaenal Abidin: Saksi saksi di Mahsyar Posted: 25 Oct 2012 07:35 PM PDT |
Al Habib Ali Zaenal Abidin: Adab dlm Solat Posted: 25 Oct 2012 07:34 PM PDT |
Al Habib Ali Zaenal Abidin: Kalimah لا اله الا الله Posted: 25 Oct 2012 07:34 PM PDT |
Al Habib Ali Zaenal Abidin: 1 kebaikan ganjarannya 10 kali ganda Posted: 25 Oct 2012 07:33 PM PDT |
Al Habib Ali Zaenal Abidin: Riba & Hutang Posted: 25 Oct 2012 07:32 PM PDT |
Al Habib Ali Zaenal Abidin: Riba, Harta & Cinta Dunia Posted: 25 Oct 2012 07:32 PM PDT |
Al Habib Ali Zaenal Abidin:Ganjaran amal soleh Posted: 25 Oct 2012 07:31 PM PDT |
Al Habib Ali Zaenal Abidin: Iman & Amal Soleh Posted: 25 Oct 2012 07:30 PM PDT |
Wacana Peranan Ulama Menasihati Pemimpin - Puisi Orang Besar, Orang Kecil Posted: 25 Oct 2012 07:28 PM PDT |
Dr Asri - Teguran Secara Sembunyi Atau Secara Terbuka Kepada Pemerintah Posted: 25 Oct 2012 07:27 PM PDT |
Dr Asri - Sejauh Manakah Peranan Mufti Agama Dlm Menasihati Pemimpin Umno Posted: 25 Oct 2012 07:25 PM PDT |
Security stepped up in Saudi ahead of the Hajj Posted: 25 Oct 2012 07:22 PM PDT |
Alasan ustaz kasanova kahwin 11 kali Posted: 25 Oct 2012 07:18 PM PDT |
Muslim faithful gather at Arafat for Haj Posted: 25 Oct 2012 07:14 PM PDT |
Syria says it agrees to Eid ceasefire Posted: 25 Oct 2012 07:13 PM PDT |
Selamat Hari Raya Haji Kepada Semua Muslimin dan Muslimat! Posted: 25 Oct 2012 08:30 AM PDT |
Jutaan jemaah haji wukuf di Padang Arafah Posted: 25 Oct 2012 08:25 AM PDT MAKKAH, 25 Okt — Kumpulan 28,000 jemaah haji Malaysia menyertai dua juta jemaah dari seluruh dunia hari ini untuk berwukuf di Padang Arafah iaitu kemuncak penyempurnaan ibadah haji mereka. Para jemaah memenuhi Arafah yang bertukar menjadi kota raya khemah terbesar di dunia ketika ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom membacakan khutbah sebelum masuk waktu Zohor pada 12.05 tengah hari (5.05 petang waktu Malaysia) dan seterusnya mengimamkan solat Zohor di khemah jemaah haji Malaysia. Semasa di Padang Arafah, jemaah haji akan mengisi waktu dengan berzikir, membaca al-Quran atau melakukan solat sunat. Wukuf yang jatuh pada 9 Zulhijjah merupakan ibadah yang wajib dilaksanakan oleh jemaah, termasuk bagi mereka yang sakit walaupun seketika. Waktu wukuf bermula dari gelincir matahari (masuk waktu Zuhur/waktu di Arab Saudi) pada 9 Zulhijah (25 Okt) sehingga seketika sebelum terbit fajar (masuk waktu Subuh/waktu Arab Saudi) 10 Zulhijah (26 Okt). Sementara itu, kawasan lapang di Arafah sudah dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk negara-negara yang menghantar jemaah dan antara perkhemahan terbesar adalah milik Turki, Iran, Indonesia, Pakistan dan Mesir. Selepas ini, jemaah akan bergerak meninggalkan Arafah bagi mengerjakan ibadah haji seterusnya ke Muzdalifah, melontar tiga jamrah di Mina, tawaf dan saei. Jemaah haji akan melakukan ibadah melontar jamrah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah. — Bernama |
BN tidak setuju Khalid diiktiraf MB Selangor terbaik.....!!! Posted: 25 Oct 2012 08:22 AM PDT Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed berkata, laporan tersebut mendedahkan ketidakcekapan Abdul Khalid mengawal kewangan dan perbendaharaan negeri sejak pakatan pembangkang memerintah negeri. "Kita (BN Selangor) tidak bersetuju pengiktirafan diberikan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Abdul Khalid menteri besar paling cemerlang. "Ini kerana laporan itu memperlihatkan banyak kelemahan dalam pentadbiran pimpinan Abdul Khalid. Kelemahan ini dilaporkan secara telus oleh Ketua Audit Negara namun Abdul Khalid dengan angkuh cuba menafikan dan mempertikaikannya. "Inikah sikap pemimpin berjiwa besar," katanya pada sidang media semalam. |
Ulama PAS bukan Ayatullah, tegas Ustaz Harun Posted: 25 Oct 2012 08:20 AM PDT KUALA LUMPUR: Ulama PAS berpegang teguh mempertahankan ajaran dan prinsip Islam sepertimana yang terkandung di dalam Al-Quran dan As-sunnah dan PAS tidak boleh disamakan dengan Ayatullah sama sekali. Read More / Baca Lagi >>Demikian tegas Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib (gambar) ketika mengulas kebimbangan individu tertentu terhadap pemimpin PAS yang kemungkinan mengambil pendekatan Ayatullah dalam pemerintahan sekiranya diberi peluang menjejakkan kaki di Putrajaya. "Sejarah Islam membuktikan betapa telusnya corak pemerintahan Islam itu sendiri apabila dikurniakan oleh Allah s.w.t akan tampuk pemerintahan. "Rasulullah s.a.w sendiri tidak memulakan peperangan Badar kecuali setelah mengadakan perbincangan dengan kaum Ansar, inilah pendekatan PAS yang menjadi pegangan kita selama ini," ujar beliau ketika dihubungi. Menurut beliau lagi, sudah menjadi tradisi pemerintahan Islam bersikap telus ketika memerintah. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan