MIMPI SENJA |
- Ulama PAS bukan 'Ayatollah Iran' - Harun Taib
- MPSP [Majlis Perbandaran Seberang Perai] pula kata NO pada EAS
- EDISI GEMPAQ : Skandal Sex Azmin Ali terbongkar
- Perbicaraan pembunuhan Sosilawati : Sosilawati Dibaring & Ditikam Di Tengkuk - Timbalan Pendakwa Raya
- Hang sakit tang mana Berahim Katak?
- Tak boleh harap kepada Umno untuk jaga Islam, jaga Melayu pun tak ke mana," - TGNA
- Pelajar, 17, buang anak dalam tali air ditahan
Ulama PAS bukan 'Ayatollah Iran' - Harun Taib Posted: 25 Oct 2012 10:25 PM PDT SHAH ALAM - Dilihat menyangkal pandangan Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Ulama Pas menegaskan, pihaknya berpegang teguh mempertahankan prinsip Islam dan oleh itu, tidak wajar disamakan dengan kepimpinan Ayatollah Iran. "Sejarah Islam membuktikan betapa telusnya corak pemerintahan Islam itu sendiri apabila dikurniakan oleh ALLAH SWT akan tampuk pemerintahan," kata Ketua Ulama Pas, Datuk Harun Taib. Tambah beliau: "Rasulullah SAW sendiri tidak memulakan peperangan Badar kecuali setelah mengadakan perbincangan dengan kaum Ansar, inilah pendekatan Pas yang menjadi pegangan kita selama ini." Dipetik Harakahdaily, Harun berkata, sudah menjadi tradisi pemerintahan Islam bersikap telus ketika memerintah. Jelasnya, Saidina Abu Bakar ketika mula dilantik sebagai khalifah telah mengisytiharkan bahawa beliau sanggup diperbetulkan sekiranya melakukan kesalahan. Begitu juga Saidina Umar yang mengisytiharkan perkara yang sama sehingga rakyat menyambutnya dengan keazaman untuk memperbetulkan beliau walaupun dengan mata pedang, kata beliau. Ulas beliau lagi, pernah berlaku pada zaman Saidina Abu Bakar dalam peristiwa memerangi golongan yang murtad. "Walaupun terdapat perbezaan pandangan pada peringkat permulaan tetapi kerana keterbukaan yang ditunjukkan oleh Saidina Abu Bakar dalam perbincangan antara hujah-hujah yang berbeza, maka para sahabat akur. "Inilah keterbukaan yang ditunjukkan oleh sejarah berkenaan pemerintahan Islam. Dan keterbukaan penghujahan inilah yang akan terus diperjuangkan oleh para Ulama Pas. "Begitu juga pada zaman Saidina Umar ketika seorang wanita menegur beliau berkenaan dengan mahar, beliau tidak melenting bahkan mengakui tentang kesilapan beliau dan mengiktiraf pendirian wanita tersebut," jelas beliau. Laporan organ Pas itu tidak merujuk khusus kepada Asri. Ketika muncul pada program Wacana Sinar Harian ke-15 Selasa lalu, Asri berkata, Pas tidak seharusnya menjadi seperti pemerintahan Ayatollah di Iran sekiranya berjaya memerintah Putrajaya kelak. Asri, bekas Mufti Perlis berkata, kalau ada yang bermentaliti bahawa orang agama yang berkuasa tidak boleh ditegur, negara akan menjadi lebih korup dari sekarang. "Saya rasa ini satu masalah dalam Pas, masalah sekarang ini Pas belum menjadi pemerintah, tetapi kalau kita tidak bahas hari ini, kita akan jadi seperti Iran, yang mana pemimpinnya Ayatollah tidak boleh ditegur dan disentuh. "Kalau kita tidak hati-hati terutamanya parti politik termasuk Pas... kalau mereka naik (menjadi pemerintah) dengan mentaliti orang agama tidak boleh disentuh, ditambah dengan isu pemimpin dan tokoh agama itu ada kuasa pula, kita akan menghadapi negara yang lebih korup daripada apa yang berlaku sekarang," katanya ketika menjawab soalan dari moderator Dr Mazlee Malik berhubung sejauh mana beliau melihat pemimpin ulama Pas yang tidak boleh ditegur. Menjawab pandangan Asri itu, dua Naib Presiden Pas kelmarin menjawab bahawa pihaknya memberi jaminan tidak akan sama sekali akan menjadi pemimpin-pemimpin bergelaran Ayatollah Iran jika diberi mandat memerintah Kerajaan Pusat kelak kerana parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu sentiasa mengamalkan sikap terbuka kepada semua pihak tanpa mengira fahaman politik. Sambil menghargai pandangan bekas Mufti Perlis, pemimpin-pemimpin Pas yang dihubungi Sinar Harian Online berkata parti berusia lebih enam dekad itu tidak pernah mengamalkan pendekatan tutup pintu kepada pandangan dan teguran mana-mana pihak. Ayatollah adalah gelaran tertinggi diberikan kepada ulama Syiah Iran. Mengulas teguran Asri itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, sekiranya diberi mandat memerintah Putrajaya kelak, mereka tidak akan sekali-kali menjadi seperti pimpinan Ayatollah. Katanya, sedia ditegur dan dikritik akan terus menjadi asas perjuangan parti itu. Mengulas lanjut, Harun yang juga Adun Manir menyangkal sama sekali kebimbangan yang tidak berasas bahawa Pas akan mengikut pendekatan Ayatollah. Beliau menyifatkan kebimbangan itu seperti Nujum Pak Belalang yang meramalkan sesuatu tanpa bukti. "Kalau perkara yang ditegur atau dikritik itu betul, Pas tidak teragak-agak untuk menerimanya dengan jiwa yang terbuka dan Pas telah membuktikannya, sejarah telah membuktikan bahawa Pas telah sanggup bermuzakarah dengan Umno dan sejarah telah membuktikannya," katanya lagi. Beliau berkata, bermuzakarah dan perbincangan merupakan tradisi yang telah diamalkan oleh Pas sejak dari penubuhannya lagi bukan sahaja dari sudut dalaman parti apatah lagi dengan pihak luar yang tidak sealiran dengannya.- SinarHarian |
MPSP [Majlis Perbandaran Seberang Perai] pula kata NO pada EAS Posted: 25 Oct 2012 09:53 PM PDT IN what could turn out to be a landmark decision, the Seberang Perai Municipal Council (MPSP) said it would not allow the Road Transport Department's (RTD) proposal to install the Automated Enforcement System (AES) cameras in areas under its jurisdiction. The decision was taken by the council's infrastructure and traffic management committee meeting yesterday. MPSP has now become the first municipal council in the country to disallow AES cameras. RTD director-general Datuk Solah Mat Hassan had on Sept 22 announced that in phase one, a total of 14 cameras were installed in Perak, Selangor, Putrajaya and Kuala Lumpur. Under phase II he said 817 more cameras would be installed at 817 blackspots nationwide in a move by the government to reduce the number of road fatalities. Committee alternate chairman Teoh Seang Hooi said the committee felt that there are weaknesses in the AES system. "We feel it is unfair to motorists and they have no avenues to appeal against their summonses." Teoh said the move is inline with the state executive council's decision recently to object the implementation of the AES in Penang. Committee member Dr Tiun Ling Ta questioned the effectiveness and synchronisation of the cameras and the fact that the government failed to seek the public's view on the matter before implementing the system. Penang RTD director Datuk Hassan Yaccob, when contacted, expressed surprise over the decision, saying that the department had submitted a proposal to the Penang Island Municipal Council (MPPP) and were waiting for the go-ahead to brief them on the matter. The department had plans to submit a similar proposal to MPSP as well. "But it is best that the Transport Ministry comments further on the matter," he said. |
EDISI GEMPAQ : Skandal Sex Azmin Ali terbongkar Posted: 25 Oct 2012 09:05 AM PDT UMNO-BN kehabisan modal menyerang Anwar, kali ni dialihkan serangan kepada Azmin yg mereka lihat 'bahaya' kepada parti biawak karat dan sekutunya. Belum sempat Muhyiddin meluluskan rangka disiplin parti yg baru untuk mengelakkan 'PENGKHIANAT', seorang yg mendakwa dirinya penyokong tegar Umno mendedahkan perancangan lembUMNO dalam tuduhan skandal seks Azmin Ali yang akan dimainkan semula masa terdekat nanti Ini gara gara kegagalan Ummi Hafilda yg cuba mengheret ibunya sekali lagi 'berlakon' dikaca televisyen untuk memburukkan Azmin sempena Hari Raya Haji bagi menjayakan agenda politik murahannya. Mengikut sumber, Mak Tom enggan bekerjasama dalam kancah politik murahan yg diatur oleh anaknya sendiri, Ummi Hafilda. Dengan itu skandal seks Azmin Ali pula yang akan dikeluarkan dalam masa terdekat atas arahan orang orang tertentu dan akan dimainkan oleh seluruh Lidah Biawak Malaysia dan Blogger2nya... era pasca |
Posted: 25 Oct 2012 05:37 AM PDT SHAH ALAM: Jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya telah dibunuh dengan cara dibaringkan dan ditikam di tengkuknya oleh tertuduh kedua, T.Thilaiyalagan sambil disaksikan oleh tertuduh pertama, N.Pathmanabhan pada 30 Ogos 2010. Demikian antara persoalan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff dalam soal balas terhadap Thilaiyalagan di Mahkamah Tinggi di sini, Jumaat. Seterusnya, Sosilawati telah menjerit dengan kuat dan meminta tolong dan Pathmanabhan juga telah mengarahkan Thilaiyalagan supaya membunuh jutawan itu di hadapannya kerana dia ingin menyaksikan sendiri kejadian itu. Sementara tiga lagi lelaki yang bersama Sosilawati, pegawai bank Noorhisham Mohamad, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin turut dibunuh dengan cara yang sama. Kesemua itu merupakan cadangan yang diberikan oleh Ishak kepada Thilaiyalagan, 21, semasa menyoal balas tertuduh kedua itu pada perbicaraan di sini. Bagaimanapun, semua cadangan itu dijawab 'tidak setuju' oleh Thilaiyalagan yang diperintah membela diri bersama bekas peguam Pathmanabhan, 43, serta pekerja ladang R.Matan, 22, dan R.Kathavarayan, 32, atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, Noorhisham, 38, Ahmad Kamil, 32, dan Kamaruddin, 44. Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Ladang Gadong di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010. Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.Terdahulu, Ishak mencadangkan kepada Thilaiyalagan bahawa terdapat dua kereta jenis BMW telah masuk ke Ladang Gadong antara pukul 5 dan 6 petang, 30 Ogos 2010, dan tertuduh menjawab tidak setuju. "Saya cadangkan dalam kedua-dua kereta itu ada seorang wanita Melayu dan tiga lelaki Melayu bersama Pathmanabhan," kata Ishak dan tertuduh menjawab tidak setuju. Thilaiyalagan juga tidak bersetuju dengan cadangan Ishak bahawa selepas Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin tiba di ladang, tertuduh telah diarahkan oleh Pathmanabhan untuk menangkap dan mengikat mereka. "Awak telah arahkan Matan dan K.Sarawanan (saksi ke-59 pendakwaan) untuk ambil diesel di ladang dan diserah kepada awak setelah bunuh Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin," cadang Ishak dan tertuduh menjawab tidak setuju. "Kemudian awak bersama Sarawanan telah angkat empat orang itu dan letak atas longgokan kayu yang telah disusun terlebih dahulu," cadang Ishak dan Thilaiyalagan menjawab tidak setuju. "Selepas itu awak, Matan dan Sarawanan letak kayu atas badan mayat dan telah curahkan minyak atas mayat seterusnya bakar semua mayat itu," cadang Ishak dan tertuduh menjawab tidak setuju. "Zink juga telah digunakan sebagai lapik di tempat pembakaran itu," cadang Ishak dan Thilaiyalagan menjawab tidak setuju. Tertuduh juga tidak bersetuju dengan cadangan Ishak bahawa pada 31 Ogos 2010 kira-kira pukul 8 pagi, dia dan Matan telah memungut sisa pembakaran mayat dan memasukkannya ke dalam sebuah tong biru. Ketika ditanya sama ada dia ada berbincang dengan tertuduh lain mengenai pembelaannya di mahkamah, Thilaiyalagan menjawab: "Saya tidak pernah bincang pembelaan saya bersama tertuduh lain." "Saya cadangkan awak bersama-sama tiga tertuduh lain telah merancang untuk membunuh Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin sejak 29 Ogos 2010," kata Ishak dan tertuduh menjawab tidak setuju. Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung pada 6 November ini. -BERNAMA |
Hang sakit tang mana Berahim Katak? Posted: 25 Oct 2012 04:48 AM PDT Nik Aziz Perlu Tanggungjawab, Bukan Lepaskan Kerja Pada Orang Lain - Ibrahim Ali KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, seseorang yang mahu menjadi Menteri Besar seharusnya bertanggungjawab dan bukan hanya melepaskan kerja kepada orang lain. Beliau berkata, sama ada menteri besar, ketua menteri mahupun perdana menteri, mereka perlu melaksanakan tugas mereka sebagai ketua. "Mereka kena tahu apa yang sedang berlaku. Kalau tidak, mereka ini boleh menyalahgunakan kedudukan. Bila kerja-kerja berat itu orang lain yang buat, ini bermakna dia tidak terlibat," katanya kepada pemberita di sini, Khamis. Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan bahawa PAS Kelantan tetap mahu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi Menteri Besar walaupun beliau tidak dapat melakukan kerja berat ekoran masalah kesihatan. Pada Khamis Takiyuddin dilaporkan sebagai berkata keadaan Nik Aziz bukan satu masalah kerana semua kerja berat itu akan dilakukan barisan Exco. Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, Nik Aziz perlu bertanggungjawab sekiranya beliau terus mahu menjadi menteri besar. "Bukan kata dia uzur, duduk di rumah terima gaji (dan) orang lain buat kerja. Ini namanya makan gaji buta," katanya. Ibrahim menyifatkan kenyataan Takiyuddin itu sebagai sesuatu yang amat memalukan sambil mempertikaikan bagaimana terdapat kenyataan yang membayangkan Nik Aziz akan terus bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dalam keadaan yang tidak sihat dengan kerjanya akan dilakukan oleh Exco. "Adakah ia betul? Ikutkan, menteri besar atau perdana menterilah yang merancang dan memikir, patutnya inovatif dan kreatif mengetuai dan melibatkan diri. Barulah sesebuah negeri akan maju. "Bagaimana anda boleh 'melepaskannya' kepada orang lain? Apa kata dari segi Islam. Dia dari parti politik Islam," katanya. Beliau mendakwa bahawa kenyataan Takiyuddin itu berkemungkinan oleh pandangannya bahawa PRU-13 nanti akan menyaksikan kemenangan PAS di Kelantan bergantung pada populariti Nik Aziz. "Maknanya bila Nik Aziz popular, PAS bertanding dan menang. Kerana apa? Kerana populariti Nik Aziz. "Bukan nak memikirkan soal masa depan Kelantan tetapi 'mempergunakan' populariti Nik Aziz untuk menang dalam pilihan raya. Selepas itu Nik Aziz upaya atau tidak, itu adalah perkara kedua," dakwa Ibrahim lagi. Dilaporkan, Takiyuddin sebagai berkata, Nik Aziz hanya perlu mengeluarkan idea tanpa perlu bekerja keras kerana semua kerja yang ada akan dilakukan oleh orang bawahannya. "Apa yang penting sekarang kami mahu beliau dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob sebab mereka adalah pemimpin ulama dan kepimpinan mereka masih diperlukan," kata Takiyuddin lagi. - mStar |
Tak boleh harap kepada Umno untuk jaga Islam, jaga Melayu pun tak ke mana," - TGNA Posted: 25 Oct 2012 02:37 AM PDT Nik Aziz: Tahniah DAP berani bidas MCA Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berterima kasih kepada pemimpin DAP Anthony Loke kerana membelanya daripada tuduhan pemimpin MCA bahawa beliau membenarkan merogol wanita bukan Islam. Menteri besar Kelantan itu juga menegaskan, tindakan Loke yang berkobar-kobar sehingga menepuk meja dalam parlimen itu menggambarkan keberanian anggota parlimen Rasah itu. "DAP berani bidas MCA, tetapi Umno takut. Tak boleh harap kepada Umno untuk jaga Islam, jaga Melayu pun tak ke mana," kata Nik Aziz. Perkara itu dinyatakan dalam surat daripada setiausaha politiknya Wan Nik Wan Yussof kepada Loke hari ini yang turut memberitahu Nik Aziz amat terharu dengan tindakan Loke itu. Loke pada 22 Oktober lalu bangkit mempertahankan Nik Aziz yang dirujuknya sebagai "Tok Guru", dengan menyifatkan kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seah Kie yang disokong Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek itu sebagai "paling biadap". Tindakan itu menyebabkan speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia kemudian mematikan mikrofon Loke dan memintanya tidak membawa hujah politik luaran ke dalam dewan. Loke: Surat buktikan kemurahan hati Sementara itu, dalam reaksinya di Facebook, Loke berkata, beliau dengan rendah diri menerima surat itu dan mendoakan kesihatan Nik Aziz untuk terus memimpin PAS dan Pakatan Rakyat. "Surat dari Tok Guru ini sekali lagi membuktikan kemurahan hati dan kesederhanaan beliau walaupun sudah bergelar YAB MB selama 22 tahun! "Saya berasa amat kerdil di depan seorang tokoh agama dan politik yang mempunyai jiwa dan hati yang begitu besar seperti Tok Guru Niz Aziz! Heng pada 20 Oktober lalu menuduh Nik Aziz membenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam. Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Nik Aziz yang didakwa menyebut wanita patut dirogol jika tidak menutup aurat. |
Pelajar, 17, buang anak dalam tali air ditahan Posted: 25 Oct 2012 01:41 AM PDT KANGAR: Polis menahan seorang pelajar berusia 17 tahun kerana dipercayai membuang bayi perempuan yang baru dilahirkannya ke dalam sebatang tali air di Kampung Behor Rotan Pahit, Simpang Empat, di sini, awal hari ini. Polis turut menahan tiga lagi individu termasuk teman lelaki pelajar berkenaan selepas mayat bayi itu ditemui mati kira-kira jam 1 pagi dalam tali air yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumah pelajar itu. Ketua Polis Perlis, SAC Zull Aznam Haron berkata siasatan masih dijalankan bagi memastikan sama ada bayi itu masih hidup semasa dibuang atau dibunuh sebelum dicampak ke dalam tali air itu. Katanya polis menerima laporan seorang pegawai perubatan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) yang curiga dengan pendarahan seorang pelajar perempuan yang telah dirujuk ke hospital itu kira-kira jam 9.20 malam tadi. Hasil laporan itu, polis dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menjalankan gerakan mencari dan menyelamat bayi berkenaan setelah mendapat maklumat bayi itu dibuang ke dalam tali air. Zull Aznam berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan. - Bernama |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan