Khamis, 11 Oktober 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Edisi Kantoi : Mat Sabu pegang babi

Posted: 11 Oct 2012 06:58 PM PDT


JOM KITA KENALI WAJAH FACEBOOKER UMNO YANG MEMFITNAH TIMBALAN PRESIDEN PAS, TUAN HJ MOHAMAD SABU DENGAN MEMBUAT GAMBAR SUPERIMPOSE BELIAU SEDANG PANGANG BABI!!!!!!


Beginilah akhlak dan cara para soldadu maya (cybertrooper) menyerang pimpinan PAS.

Jenis membuat gambar yang telah diedit dan superimpose.

Terbaru admin dapat kesan ialah seorang pemegang akaun FB UMNO yang menggelarkan dirinya Ratu Naga seorang admin disatu grup UMNO nama Lu Langsi Lu Mati.

Sanggup dan tergamak beliau membuat gambar superimpose seolah-olah Tuan Hj Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS sedang memanggang babi dengan tajuk :-  fatwa terbaru mat sabu n penyokong pas kena ikut kalu nak msk syorga pas....sambil berkata " makan babi goreng, soup babi, bak kut teh, dengan lim guan eng, saya rela kat mana2 pun, bila2 masa pun tadak masaalah.. makan ayam dengan najib, sorry.. kerat 8 badan saya pun, takan saya duduk makan dengan najib".

Langsung tidak ada rasa takut kepada dosa minah seekor ni.  Malahan beliau admin lihat macam rasa megah dan bangga sekali.

Kita boleh bersongsang anutan dan pandangan politik, tapi sampai begini punya taraf sampah berpolitik itu sudah dianggap amat melampau.

Adakah ini ajaran UMNO kepada pengikutnya untuk mendapatkan simpati dan undi dari kalangan anak-anak muda dan atas pagar?

Adakah UMNO ingat cara ini mampu melonjakkan sokongan anak-anak muda terutamanya dari orang Melayu beragama Islam?

Admin telah jalankan siasatan dan minah ini tinggal di Jalan Kelang Lama dan no talipon bimbitnya  ialah 014-2267033 - 


- Omak kau!!!

Warkah Husam kepada Utusan

Posted: 11 Oct 2012 06:01 PM PDT

Dengan Nama Allah, Maha Pemurah Maha Penyayang

Assalamualaikum wrt wbth

Yang Berbahagia,
Saudara Ketua Pengarang,
Utusan Malaysia.

SOROS, SAMAN MALU DAN SALAM TAKZIAH

Sejak kecil saya adalah pembaca setia Utusan. Di Kelantan, dulu Utusan sampai belah petang.

Pulang dari sekolah, sejak darjah tiga, singgah di kedai depan Sekolah Kota, sekolah saya, membimbit Utusan dan menekuninya dari laman ke laman.

Malangnya, untuk tujuh lapan tahun ke belakang, setiap kali menatap Utusan, saya merasa seakan diperlakukan sebagai pembaca terbantut akal – tidak mampu berfikir. Terasa diri diperbodohkan.

Malang, bagi sebuah institusi media yang disegani, dibina oleh pelopor dan pejuang awal, akhirnya tertiarap di kamar Mahkamah atas satu isu demi satu isu yang lain.

Hampir saban minggu Utusan didakwa atas pelbagai saman malu, fitnah dan berita bohong.

Terakhir, pengakuan Sdr Chamil Wariya, Utusan telah mengubah cerpen gubahan Chamil. Serendah itu, Utusan menjatuhkan dirinya…?

Penjuelasan beberapa paderi atas laporan Utusan yang membarakan api permusuhan agama, menjadikan Utusan kelihatan sebuah mesin propaganda murahan yang rendah mutu dan kehilangan kompas akhlak.

Saya tidak fakir itu baik untuk negara dan khususnya ummat Melayu.

Pendedahan kian tersebar bahawa PM Datuk Seri Najib menemui Soros secara diam-diam di US sewaktu Utusan menghayun serangan bertubi-tubi terhadap pelbagai pihak sebagai agen Soros untuk tujuan buruk, menemplak Utusan dengan cara yang amat menghiris maruah dan integriti.

Belum lama laporan muka depan Utusan 'Lagi Kaitan Soros'. Kenapa Utusan tidak sanggup memuka depankan laporan pertemuan itu? Najisnya Soros pada mata Utusan seharusnya tidak membedakan sesiapa.

Bertemu, bersua muka dan 'secara sulit beragenda' dengan Soros, tanpa dimaklumkan kepada rakyat jelata, mejadi sebesar-besar tanda tanya: 'dalam poket Soros kah pemimpin kita?

Apakah yang dibincangkan? Apa pentingnya PM yang baru memegang jawatan menemui 'Penyangak Yahudi' (Seperti logic di ketengahkan Utusan) seperti Soros?

Tidak dapat tidak kita memerlukan pendekatan rasional dan manipulasi keterlaluan akhirnya hanya menjerat leher pemasang jerat itu sendiri.

Lebih menghibakan, sekali sekala terkilas laporan muka depan Utusan berunsur seks (yang dipolitikkan) yang sangat keterlaluan. Sampai kesannya kepada generasi muda dan anak-anak kecil parahnya tidak dapat lagi dijangkau.

Sedang, pembaca jelik itu termasuk anak cucu Sdra Ketua Pengarang sendiri, anak cucu Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Utusan, mungkin terbentuk dengan bentukan liar sepanjang hayat mereka. Tidakkah terbetik di hari sdra-sdra kecemburuan terhadap runtuhnya nanti akhlak generasi yang masih putih bersih itu lantaran kegelojohan membinasakan 'lawan' dengan laporan-laporan resam Melayu pun menolak, apa lagi nas Tuhan.

Masih belum terlambat kembali ke pangkal jalan. Laporan berprestasi, profesional danethical.

Di dunia mendapat sanjungan, di sisi Tuhan nanti tidak terlaknat.

Islam selamanya meletakkan kebenaran, kejujuran, menolak aib, permusuhan dan keterlaluan dan itu kekal sebagai jalan selamat, bermaruah dan terhormat.

Maafkan saya,

Husam Musa
Kota Bharu,
Kelantan

25 Zulkaedah 1433 / 11 Oktober 2012

Baguih sangat .... yang tu yang kita mahu

Posted: 11 Oct 2012 02:45 AM PDT


Kajian buktikan Himpunan Bersih 3.0 jejaskan BN pada PRU 13


Kajian Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati isu Himpunan Bersih 3.0 yang diadakan pada 28 April lalu, mampu menjejaskan undi BN pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).



Kajian yang meletak persoalan: "Adakah demonstrasi Bersih 3.0 yang menuntut pilihan raya bersih boleh menjadi isu yang akan menjejaskan prestasi BN dalam PRU13?" itu ditanya kepada 1,536 responden.
Ia  dijalankan pada 1 September 2012 hingga 16 September 2012 di seluruh Semenanjung Malaysia menggunakan kaedah temu bual secara bersemuka dan soalan kaji selidik berstruktur.
Dipetik Harakah Daily, hasil kajian mendapati, 52 peratus responden bersetuju dengan menyatakan isu himpunan itu memberi kesan kepada BN.
Mengikut pecahan kaum, 62 peratus kaum Cina menjawab 'Ya' diikuti India (51 peratus) manakala Melayu (49 peratus).
Kajian juga merekod 60 peratus pengundi kali pertama bersetuju bahawa himpunan berkenaan menjejaskan BN manakala pengundi kali kedua (52 peratus).
Selain isu Himpunan Bersih 3.0. kajian juga dibuat terhadap isu lain seperti NFC, Lynas, kebanjiran pendatang asing tanpa izin, kegagalan mengurangkan kadar jenayah dan integriti pemimpin BN.
Isu paling menjejaskan BN ialah isu berkaitan integriti pemimpin BN dengan kadar 66 peratus.
Ia diikuti isu kebanjiran pendatang tanpa izin (60 peratus), Lynas (59 peratus), NFC (55 peratus), kegagalan mengurangkan kadar jenayah (54 peratus).
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=37725

Hahahaha ... tu la hampa percaya sangat kat Najib ... ini la jadinya

Posted: 11 Oct 2012 12:58 AM PDT


Penjualan projek PR1MA Putrajaya kecoh

Harakahdaily,11 Okt 2012
(Pr1ma Putrajaya di Presint 11 dilancarkan oleh Najib)

PUTRAJAYA: Projek perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) di Presint 11 di sini  yang kononnya membantu golongan rendah dan sederhana terutamanya kakitangan awam yang dilaung-laungkan kerajaan Datuk Seri Najib menjadi kecoh lagi.

Ini berikutan seramai 560 orang yang berjaya, sebahagiannya telah dipanggil untuk memilih unit rumah sejak isnin lalu hingga ke hari ini tidak berpuashati cara rumah-rumah itu dibahagikan.

Terdapat dua jenis rumah yang ditawarkan iaitu jenis A seluas 1006kp dengan harga RM150,000.00 seunit sebanyak 140 unit dan jenis B seluas 815kp RM120,000.00 seunit sebanyak 420 unit.


Yang menjadi masalahnya, sebelum ini mereka yang telah dipilih untuk membeli rumah PR1MA ini telah dimaklumkan bahawa pemilihan jenis rumah akan dipilih secara cabutan undi yang telus dan adil tetapi hari ini rakyat yang terpilih ini ditipu lagi ia tidak berlaku sebagaimana yang dijanjikan.

Kumpulan yang dipanggil dahulu boleh telah dibenarkan memilih rumah  ikut suka mereka menyebabkan rumah jenis A (RM150,000.00) dibolot oleh kumpulan awal.

Kumpulan yang berikutnya hanya tinggal rumah jenis B (RM120,000.00).

Tinjawan pendapat terhadap kumpulan yang dipanggil kemudian ini semuanya menyuarakan rasa yang sangat tidak puas hati bahkan ada yang meninggikan suara hilang pertimbangan dan mengamuk.

Ditambah pula sikap kakitangan yang bertugas yang selalu berkata 'kami tidak boleh buat apa dan hanya ikut arahan sahaja' dan kedengaran suara-suara berunsur ancaman 'kalau tidak pilih unit dan selesaikan hari ini, kelayakan tersebut akan ditawarkan kepada orang lain' menyebabkan semua yang hadir meneruskan juga menandatangani perjanjian jualbeli (S&P).

Mereka sebenarnya boleh menerima hakikat sekiranya telah ditakdirkan mendapat rumah jenis B tetapi biarlah pemilihan secara adil kerana semua orang inginkan rumah yang berkeluasan 1006 kaki persegi.

Mereka juga mempertikaikan janji  PM yang sebelum ini berkata kepada mereka yang layak untuk golongan yang beli rumah murah dan sederhana ini tidak ada wang pendahuluan dan macam-macam kos yang biasa dikenakan apabila beli rumah.

Tetapi hari ini rakyat Putrajaya ini ditindas lagi dengan bayaran 10% (RM15,000.00 atau RM12,000.00) dan wang proses RM450. Ini tidak termasuk lagi  yuran guaman dan lain-lain kos tersorok.

Selain itu, apabila rumah ini siap kelak,  mereka akan dikenakan yuran penyelenggaraan bulanan yang kadarnya 'terbaik dipasaran' iaitu RM252.00 sebulan untuk rumah jenis A (1006kp) dan RM204.00 sebulan untuk rumah jenis B (815kp).

Ini bermakna, jumlah keseluruhan kutipan yuran selenggaraan ialah RM120,960 sebulan.
Sehubungan itu,  PM dicadangkan supaya menjadi hero dengan mengarahkan Datuk  Abdul Mutalib Alias (CEO PR1MA) untuk untuk mengarahkan pula Putrajaya Homes  memanggil semula 560 orang yang terpilih ini dan laksanakanlah cara penyelesaian yang bijak.

"Contohnya buatkan dua jenis cabutan 'A' (140) dan 'B'(420), barang siapa yang cabut undi dapat A pilihlah mana-mana unit rumah jenis A. Barang siapa cabut undi dapat B maka pilihlah mana-mana unit jenis B. semudah 123, kerana orang yang tidak puas hati rata rata bukan tak sudi rumah jenis B tapi biarlah diselesaikan cara bijak dan telus dahulu. Ahli Parlimen Putrajaya (Tengku Adnan Mansur) tunggu apa lagi! Jadilah hero sama. Bantulah mereka ini," cadang seorang pembeli rumah ini.

Menurut kumpulan yang teraniaya dan tidak puas hati ini sekiranya PM tidak ambil tindakan dan penyelesaian segera mereka mungkin akan berkumpul di hadapan pejabat Perdana Menteri bagi menyerahkan memorandum dan tunjuk rasa mereka.

"Sudahlah tanah ini, menurut sumber Perbadanan Putrajaya sebenarnya telah digazetkan sebagai tapak projek untuk didirikan 'rumah murah/mampu milik' (RM45,000.00-RM100,000.00) tetapi telah ditukar kepada projek PR1MA 'rumah mampu beli' dimana harga jualan melebihi RM100,000.00," kata salah seorang dari mereka.

Himpunan Kebangkitan Rakyat ditangguh Jan 2013

Posted: 10 Oct 2012 11:36 PM PDT


Hazayani Zakaria,11 Okt 2012

KUALA LUMPUR: Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, 3 November ini ditangguhkan kerana stadium tersebut akan digunakan untuk Pertandingan Bolasepak Piala Suzuki AFF.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, himpunan tersebut bagaimanapun digantikan dengan pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat di Negeri Sembilan pada tarikh yang sama.

"Pakatan Rakyat Negeri Sembilan sudah pun bersetuju untuk diadakan pelancaran himpunan ini dan kita akan adakan perhimpunan ini di peringkat zon dan negeri," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Mohamad berkata, Pakatan Rakyat mencadangkan tarikh 12 atau 19 Januari tahun hadapan untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat sebagai kemuncaknya dan memohon penggunaan Stadium Nasional Bukit Jalil atau Stadium Merdeka.


"Kita harap pihak stadium menghormati seruan Perdana Menteri agar setiap perhimpunan diadakan di stadium dan memberi kebenaran kepada kita untuk menggunakan salah satu stadium itu," katanya.

Namun katanya, sekiranya permohonan menggunakan stadium tida diluluskan, himpunan tersebut akan tetap diadakan di jalan raya.

"Kita akan tetepa berhimpun di luar stadium jika tidak dibenarkan menggunakan stadium," katanya.

Tambah beliau, peserta digalakkan memakai empat warna ke himpunan tersebut iaitu kuning, merah, oren dan hijau.

"Warna kuning sebagai menyokong semangat Bersih, hijau sebagai menyokong Lynas, oren sebagai menyokong perjuangan Anak dan merah sebagai menyokong royalti Kelantan," katanya lagi.

Himpunan itu bertujuan menggesa lapan tuntutan Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang hampir tidak dihiraukan oleh kerajaan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Rasah. Anthony Loke yang juga Ketua Pemuda DAP berkata, pihaknya sudah membuat permohonan untuk menggunakan Padang Majlis Perbandaran Seremban pada 3 November ini.

"Kita mohon untuk buat di Padang Majlis Perbandaran Seremban supaya ada ruang yang mencukupi untuk aktiviti," katanya.

Turut bersama pada sidang media, Mohd Firdaus Jaafar (PAS-Jerai), Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang), Dr. Siti Mariah (PAS-Kota Raja), Adun Paroi, Taufek Abdul Ghani dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat lain. - Harakah

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)


Ahli Parlimen BN Sabak Bernam dipenjara 6 tahun dan denda RM400,000

Posted: 11 Oct 2012 02:49 AM PDT


Mahkamah Tinggi di Shah Alam hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman yg dibuat pada 1 Mac lalu iaitu penjara 6 tahun dan denda RM400,000 terhadap Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri,47 thn dan pembantu khasnya, Rosli Busro, 44 thn kerana membuat 8 tuntutan palsu berjumlah RM80,000 bagi program-program yang tidak dijalankan 4 tahun lalu. Hakim juga menolak permohonan Abdul Rahman dan Rosli untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sebaliknya memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Tuntutan itu membabitkan pembelian hadiah, cenderamata dan jamuan program motivasi pelajar di peringkat Dewan Undangan Negeri Sungai Air Tawar, program mesra rakyat dan hari keluarga di Dewan Simpang 4 Bagan Nokhoda Omar (BNO), program perdana peringkat mukim BNO, program mesra rakyat dan sambutan Maulud Nabi serta program mesra rakyat hari keluarga guru kemas. Setiap tuntutan palsu itu membabitkan RM10,000.

Semua perbuatan itu dilakukan Abdul Rahman ketika berkhidmat sebagai Adun Sungai Tawar di Pejabat Daerah Sabak Bernam, antara 21 Januari hingga 12 Februari 2008.


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com

~penarik beca

~penarik beca


Sudah terlambat untuk MP Sabak Bernam berguru dari Rosmah

Posted: 11 Oct 2012 02:02 AM PDT

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Hoslan berpeluang berdakwah dalam penjara

Posted: 11 Oct 2012 07:06 PM PDT


KUALA LUMPUR: Imam Hoslan Husin, 46, yang baru sahaja kembali ke pangkuan anak dan isterinya semalam selepas hampir tujuh bulan menjalani hukuman penjara akan meneruskan kehidupan biasa dengan  berniaga buku dan kitab-kitab pengajian agama Islam.

Itulah sumber pendapatan beliau selain bekerja makan gaji dengan vendor alam sekitar sebagai 'water monitoring'.
(Gambar: Hoslan mencium seorang anaknya sebaik dibebaskan, semalam. Foto: SK)
Bagaimanapun, beliau akan merujuk semula dengan majikannya itu kerana difahamkan akan diberi ruang untuknya di sana selepas ini.

Malah katanya, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyokong penuh perjuangannya.

"Saya berterima kasih dengan pegawai Jawi yang sama-sama bertugas di Masjid Ar Rahimah kerana menghulurkan sumbangan kepada keluarga selama saya dipenjara," katanya ketika ditemui.
Read More / Baca Lagi >>

Tim menteri: Serangan pada Soros berpotensi 'makan diri'

Posted: 11 Oct 2012 07:04 PM PDT

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berpandangan bahawa serangan yang kini dijalankan BN ke atas George Soros, berpotensi 'memakan diri sendiri' kelak.
Atas dasar itulah, katanya, beliau tidak gemar menyerang Soros mahupun NGO Suaram yang didakwa sebagai penerima dana daripada badan yang didakwa mempunyai kaitan dengan jutawan tersebut.

"Kalau kita tunjuk keburukan produk orang lain kita tak boleh kawal kualitinya sedangkan mereka boleh kawal (kualiti) produk mereka," kata Saifuddin yang juga ahli majlis tertinggi Umno.

"Bagaimana jika Soros yang (hari ini) kita hentam esok lusa dia buat kenyataan yang sesuai dengan kita.

"Sebab itu saya tak begitu berminat menghentam Soros atau menghentam Suaram," katanya kepada Malaysiakini.

Soros, seorang peniaga mata wang kontroversi dan seorang dermawan, dipersalahkan sebagai punca konflik kewangan yang melanda Malaysia semasa krisis ekonomi tahun 1997-98, dan baru-baru ini, didakwa pula mahu menjatuhkan BN dengan membiayai NGO antikerajaan.
Read More / Baca Lagi >>

AES: Kenapa jawapan JPJ, kementerian bercanggah?

Posted: 11 Oct 2012 07:02 PM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tanah Merah, Amran Ab Ghani mempersoalkan percanggahan jawapan yang dinyatakan oleh Kementerian Pengangkutan melalui jawapan bertulis kepada beliau sebelum ini dengan apa yang dikeluarkan oleh Pengarah JPJ mengenai imej dirakam Automated Enforcement System (AES).

"Kementerian menyatakan jumlah imej dirakam sebanyak 3,344 bagi tempoh dua hari pelaksanaan mulai 23 hingga 24 September.

"Namun kenyataan dari Pengarah JPJ hanya memberitahu hanya 2,952 imej sahaja bagi tempoh yang sama, kenapa ini berlaku dan adakah tiada maklumat yang tepat diberikan sehingga berlaku percanggahan maklumat," katanya ketika membahaskan Bajet 2013 di Parlimen, semalam.

Beliau yang juga meminta agar kerajaan menyatakan secara terperinci peratusan ketepatan imej yang dirakam untuk setiap kesalahan yang dilakukan oleh pemandu.

Selain lokasi had laju 60 hingga 110 kilometer sejam menjadi pilihan pemasangan AES, lokasi 30 kilometer sejam juga turut dipasang AES antaranya di Kampung Pulau Gajah, Kota Bharu dan KM 27 Jalan Langkap ke Kampar, Hilir Perak.

Saving Malaysia

Posted: 11 Oct 2012 06:59 PM PDT

UMNO supporters have no answers to the message we offer Malaysian readers. Our message is clear and unequivocal. In order to save this country, we must kick out corrupt UMNO/BN.
A specter is indeed haunting our country — the specter of Malaysians reclaiming lost rights. All the powers of the corrupt government have entered into an unholy alliance to exorcise this specter: Religious bigots and Feudalists, UMNO and its business cronies, Malay supremacist and their secret spies and Trojan horses.
UMNO is marshaling all the reactionary forces in this country to put down the majority. Religious bigots represented by the morbid Hasan Alis, Zulkifli Nordins and the racial bigots represented by the Ibrahim Alis. UMNO has also included the Malay Royal Houses into their imagined siege.
Their running dogs are now resorting to (1) attacks on the person (ad hominem) and (2) patronizing comments. Ask my detractors what I did during my short stint as ADUN- of course the answers will be nothing. If so, there is nothing to be worried about with my presence and participation in the next GE. Most of the time, they will come back with patronizing and child-like responses-. Yes what you say is true, but this and but that…….AND better the devil we know that the angel we don't.
Read More / Baca Lagi >>

Ustaz Azhar Idrus - Syaitan Kacau Tok Imam

Posted: 11 Oct 2012 06:53 PM PDT

Ust Azhar Idrus- Dakwaan Nama Kesukaan Jin

Posted: 11 Oct 2012 06:49 PM PDT

Nama-nama yang sering diganggu Jin- Sharhan Shafie

Posted: 11 Oct 2012 06:47 PM PDT

Group: AES not installed at accident-prone areas

Posted: 11 Oct 2012 06:37 PM PDT

Police 'extorted' wife of death-in-custody victim

Posted: 11 Oct 2012 06:34 PM PDT

Egypt seals Gaza tunnels

Posted: 11 Oct 2012 05:47 PM PDT

Hezbollah Says It Sent Drone Over Israel

Posted: 11 Oct 2012 05:46 PM PDT

Turkey PM: Syria plane 'carried Russian-made munitions'

Posted: 11 Oct 2012 05:45 PM PDT

Ustaz Nazmi Karim: Saidina Zaid Bin Haritha ra

Posted: 11 Oct 2012 05:45 PM PDT

Ustaz Nazmi Karim: Isteri beri zakat kpd suami..!!

Posted: 11 Oct 2012 05:44 PM PDT

Ustaz Nazmi Karim: Permulaan dakwah Rasulullah SAW

Posted: 11 Oct 2012 05:44 PM PDT

Ustaz Nazmi Karim: Pesanan buat Pejuang PAS !!!

Posted: 11 Oct 2012 05:44 PM PDT

Jenayah Merosot : Mangsa rompak kerugian RM100,000

Posted: 11 Oct 2012 05:42 PM PDT

'Where are the funds for 800,000 SAR students?'

Posted: 11 Oct 2012 05:39 PM PDT

Dr Asri: Saya hanya rakyat Marhaen

Posted: 11 Oct 2012 05:35 PM PDT

Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Saya ingin menulis sesuatu yang agak peribadi, tetapi rasanya boleh dikongsi. Ini kerana baru-baru ini saya menerima beberapa mesej bertulis dari orang-orang muda yang dihantar kepada saya oleh beberapa pihak yang merasakan tidak sedap hendak disebut nama saya bersama dengan gelaran Datuk kerana tidak mesra kata mereka.Mereka kata kami semua sejak dulu terbiasa memanggil Dr Asri ataupun Dr MAZA, rasa macam tidak sedap sebut Datuk pula kata depan nama. Saya senyum. Saya tidak pernah kisah tentang itu semua.
Sebelum saya meneruskan, saya ingin terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada Raja Perlis atas penganugerahan kepada saya gelaran Datuk Arif Perkasa sempena hari keputeraan ada 17 Mei 2012 yang lepas. Semasa itu saya berada di UK dan tidak dapat menghadiri upacara berkenaan.
Hanya pada 25 September baru-baru ini saya dapat menghadirikan diri untuk sesi saya yang tertangguh tersebut. Saya berterima kasih kerana pihak Istana Arau sudi kerana mentauliahkan saya yang merupakan rakyat marhaen ini Datuk bergelar bagi Istana Arau. Di sini saya coret satu perkara yang boleh kita kongsi.
Siapalah Saya
Apabila pihak Kerajaan Perlis mengumumkan anugerah tersebut di media pada bulan Mei lepas, ramai yang menghantar ucapan tahniah. Namun dalam masa yang sama ada beberapa e-emel yang saya terima memohon agar saya tidak memakai apa-apa gelaran kebesaran.
Read More / Baca Lagi >>

Dasar & janji menjahanamkan ekonomi

Posted: 11 Oct 2012 05:32 PM PDT

A. Kadir Jasin
Pada mulanya, saya memang tidak bercadang mengulas mengenai Belanjawan 2013 kerana, secara ikhlas, saya kurang yakin kemampuan saya memahaminya.Ini mungkin kerana kefahaman dan pengetahuan saya mengenai belanjawan dan ekonomi tidak cukup mendalam atau kerana dokumen itu canggih dan kompleks.
Manakala saya mengalu-alukan langkah mengurangkan defisit belanjawan (daripada 4.5 peratus kepada 4 peratus) dan menjanjikan pembahagian sumber yang berkesan dan saksama seperti mengembalikan rancangan rumah murah. Namun saya kurang selesa dengan pemberian tunai yang berterusan kepada pihak itu dan ini.
Saya tergerak untuk menulis mengenai belanjawan secara umum hanyalah setelah mendengar pandangan dua orang bekas menteri kanan yang saya tahu pernah menjadi penyokong tegar dan mentor Perdana Menteri, Najib Razak yang juga Menteri Kewangan.
Seorang bercakap secara terbuka kepada khalayak. Beliau menyatakan kehairanannya mengenai dari mana Najib mendapat begitu banyak wang untuk ditaburkan. "Macam keluar dari hidung," kata beliau. Tetapi maklum sajalah kalau kenyataan itu tidak mendapat liputan media tradisional.
Seorang lagi bercakap di belakang tabir. Kedua-dua mereka keliru dan bimbang mengenai keghairahan Perdana Menteri memberikan duit kepada pihak itu dan ini, yang terakhir dalam bentuk bonus sebulan setengah kepada kakitangan awam.
Read More / Baca Lagi >>

IT'S A NATIONAL ISSUE - PKR's Manickavasagam: DEATH & EXTORTION AT POLICE LOCKUPS

Posted: 11 Oct 2012 05:29 PM PDT

IT'S A NATIONAL ISSUE - PKR's Manickavasagam: DEATH & EXTORTION AT POLICE LOCKUPSThe family of lorry driver P Chandran, who died in the Dang Wangi police headquarters lock-up in September, wants to sue the government and police for negligence.
Based on a post mortem, Chandran, 47, had died due to hypertensive heart disease. The police had allegedly denied him medication while he was in custody.
At a press conference in Parliament, PKR MP for Kapar S Manickavasagam together with the late Chandran's wife, N Sellvi, 42 and other family members demanded justice for the deceased.
"We are not here because an Indian died. Malays, Chinese, Indians have all died in custody. It's not a racial issue but a national issue," Manickavasagam told the press conference.
"Denying a person medication is not right and this was done despite a Magistrate's order that Chandran be given immediate treatment for his hypertension."
Even extorted RM300 from wife
But that was not all. Worst disclosures were yet to come.
According to the victim's brother-in-law R Rajan Naidu, the police had also asked Chandran's wife to pay RM300 when she sought information about her husband at the Cheras district police headquarters just before his death. Rajan has lodged a police report on this matter.

"She told me that the police officer had sought RM300 for information on her husband, and told her that police were taking him to court," Rajan said in his complaint.
Rajan also told of how Selvi had to "sleep under a bridge" during the two nights she stayed in Kuala Lumpur to check on Chandran, and to pass him his hypertension medication.
The victim, a lorry driver, and his family which consists of six daughters aged 17 and under, are based in Simpang Renggam, Johor. His youngest daughter is a toddler.
No prior criminal record
Read More / Baca Lagi >>

Pas nampak tidak untung, Nasha ada pilihan

Posted: 11 Oct 2012 05:29 PM PDT

 Nasharudin Mat Isa ANALISIS - Sementara Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin dekat, Pas berhadapan dengan episod kedua pemimpin pusatnya dilihat 'mencabar' kedudukannya dalam Pakatan Raktyat (PR). Awal tahun ini, arena politik nasional dan Pas melihat nasibat Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, yang berakhir dengan pemecatan beliau.

Hujung tahun 2012 pula, melihat pendirian bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa.

Semalam, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan pendirian Pas dalam PR khususnya hubungan dengan DAP.

Melihat kepada perkembangan semasa, penganalisis politik Prof. Madya Dr. Shaharuddin Badaruddin ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, kenyataan Nasharudin pada Seminar Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah di PWTC Selasa lalu jelas tidak akan menguntungkkan parti tersebut.

"Beliau (Nasharudin) sebagai pemimpin yang paling senior dalam parti tidak sepatutunya mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

Read More / Baca Lagi >>

Nik Aziz: DAP tidak pernah ganggu Pas

Posted: 11 Oct 2012 05:27 PM PDT


Nik Aziz KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hairan dengan sikap sesetengah pihak termasuk ahli Pas yang mengkritik kerjasama parti itu dengan DAP.

Nik Aziz berkata, sebagai sebuah rakan Pakatan Rakyat (PR), DAP tidak pernah mengacau perjuangan Pas, malah menegaskan kerjasama antara dua parti itu perlu untuk mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Saya pun tidak tahu mengapa tersasar, orang berkenaan tidak sebut mengapa kita beralah dengan DAP, jadi tidak tahu kenapa, yang keduanya saya tidak nampak DAP ganggu kita.

"Masalahnya orang-orang Pas tengok televisyen, dengar radio dan baca surat khabar Umno, jadi terbawa-bawa. Jadi oleh yang demikian saya nasihat orang Pas boleh baca surat khabar Umno, tapi kena ada jawapanlah," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Kerana Dituduh Pencuri Air, SYABAS Disaman RM 2.5 Juta

Posted: 11 Oct 2012 05:25 PM PDT


SHAH ALAM, 12 OKT : Seorang penduduk Kampung Kerdas, Gombak memfailkan saman terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) kerana mendakwa ia gagal menyediakan perkhidmatan air terbaik kepada kediamannya sejak empat tahun lalu.
Plaintif, Hashim Maon yang memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga menuntut ganti rugi sejumlah RM 2.5 juta daripada Syabas kerana menuduhnya sebagai 'pencuri air'.
Hashim memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 20 September lalu melalui syarikat guaman Roland and Co.
Menurutnya, tuntutan itu dibuat berasaskan kecuaian dan kegagalan defendan melaksanakan tanggungjawab dan tugas membekalkan air kepada pengguna.
Kecuaian tersebut kata plaintif, bertentangan dengan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 53, 54, 57 dan 58 Akta Perlindungan Pengguna 1999 serta Seksyen 40 dan 41 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.
Read More / Baca Lagi >>

Warisan belanjawan hutang

Posted: 11 Oct 2012 05:23 PM PDT



 
Gugusan Kampung Banda Dalam, Jalan Sultan, Stadium Merdeka, Stadium Negara di Kuala Lumpur; Pengerang di Johor; Tanah Adat Murum, Peleiran dan Danum di Sarawak merupakan antara nama-nama terbaru korban pembangunan.
Sebagaimana Kampung Kerinchi dan Kampung Pantai Dalam telah pun ditransformasikan pembangunan menjadi Bangsar South.
NONEAtaupun penghidupan kaum Penan dan hutan tropika tertua dunia (lebih tua daripada hutan Amazon dan Kongo, berusia lebih 140 juta tahun) di Bakun yang telah musnah digenangi air empangan, seluas pulau Singapura.
Ia korban pembangunan yang cukup mahal harganya.
Kampung Chubadak, Kampung Aman, Kampung Berembang, antara nama-nama kampung- peneroka bandar Kuala Lumpur yang telah dirobohkan. Rakyat dipindahkan ke rumah-rumah pangsa (flat) yang sempit.
Seterusnya flat-flat ini pula berpotensi menjadi ghetto.
Di sebalik retorik Mahathirisme yang kononnya anti-Barat dan anti-Amerika Syarikat (AS), pembangunan kota kita, terlalu meniru model pembangunan kota-kota di AS dengan mercu tanda hartanah bangunan-bangunan pencakar langit.
Ia seperti yang pernah disebut Dr Mahathir Mohamad, ketika berucap pada Forum International Mayors di Kota Weifang, wilayah Shandong, China pada 20 April 2005:
NONE"We in the East are very fond of copying the Europeans and Americans. Our cities are
already becoming copies of their cities, with high-rise buildings, with cramped multi-storeyed flats.

"There is a McDonald's restaurant at every corner. Down-town the working population converge in the hundreds of thousands in the daytime and leave empty in the night, deserted, and dangerous."

Anehnya, pemerintahan Mahathir selama 22 tahun membawakan perbandaran dan perindustrian yang pesat sebagai ideologi politik pembangunan yang menjadi dasar undi parti Umno-BN yang diterajuinya.
Rancangan jahat perbandaran yang tidak terkawal itu diperkukuh dengan pindaan Akta Pengambilan Tanah pada tahun 1991.
Read More / Baca Lagi >>