Khamis, 11 Oktober 2012

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Hoslan berpeluang berdakwah dalam penjara

Posted: 11 Oct 2012 07:06 PM PDT


KUALA LUMPUR: Imam Hoslan Husin, 46, yang baru sahaja kembali ke pangkuan anak dan isterinya semalam selepas hampir tujuh bulan menjalani hukuman penjara akan meneruskan kehidupan biasa dengan  berniaga buku dan kitab-kitab pengajian agama Islam.

Itulah sumber pendapatan beliau selain bekerja makan gaji dengan vendor alam sekitar sebagai 'water monitoring'.
(Gambar: Hoslan mencium seorang anaknya sebaik dibebaskan, semalam. Foto: SK)
Bagaimanapun, beliau akan merujuk semula dengan majikannya itu kerana difahamkan akan diberi ruang untuknya di sana selepas ini.

Malah katanya, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyokong penuh perjuangannya.

"Saya berterima kasih dengan pegawai Jawi yang sama-sama bertugas di Masjid Ar Rahimah kerana menghulurkan sumbangan kepada keluarga selama saya dipenjara," katanya ketika ditemui.
Read More / Baca Lagi >>

Tim menteri: Serangan pada Soros berpotensi 'makan diri'

Posted: 11 Oct 2012 07:04 PM PDT

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berpandangan bahawa serangan yang kini dijalankan BN ke atas George Soros, berpotensi 'memakan diri sendiri' kelak.
Atas dasar itulah, katanya, beliau tidak gemar menyerang Soros mahupun NGO Suaram yang didakwa sebagai penerima dana daripada badan yang didakwa mempunyai kaitan dengan jutawan tersebut.

"Kalau kita tunjuk keburukan produk orang lain kita tak boleh kawal kualitinya sedangkan mereka boleh kawal (kualiti) produk mereka," kata Saifuddin yang juga ahli majlis tertinggi Umno.

"Bagaimana jika Soros yang (hari ini) kita hentam esok lusa dia buat kenyataan yang sesuai dengan kita.

"Sebab itu saya tak begitu berminat menghentam Soros atau menghentam Suaram," katanya kepada Malaysiakini.

Soros, seorang peniaga mata wang kontroversi dan seorang dermawan, dipersalahkan sebagai punca konflik kewangan yang melanda Malaysia semasa krisis ekonomi tahun 1997-98, dan baru-baru ini, didakwa pula mahu menjatuhkan BN dengan membiayai NGO antikerajaan.
Read More / Baca Lagi >>

AES: Kenapa jawapan JPJ, kementerian bercanggah?

Posted: 11 Oct 2012 07:02 PM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tanah Merah, Amran Ab Ghani mempersoalkan percanggahan jawapan yang dinyatakan oleh Kementerian Pengangkutan melalui jawapan bertulis kepada beliau sebelum ini dengan apa yang dikeluarkan oleh Pengarah JPJ mengenai imej dirakam Automated Enforcement System (AES).

"Kementerian menyatakan jumlah imej dirakam sebanyak 3,344 bagi tempoh dua hari pelaksanaan mulai 23 hingga 24 September.

"Namun kenyataan dari Pengarah JPJ hanya memberitahu hanya 2,952 imej sahaja bagi tempoh yang sama, kenapa ini berlaku dan adakah tiada maklumat yang tepat diberikan sehingga berlaku percanggahan maklumat," katanya ketika membahaskan Bajet 2013 di Parlimen, semalam.

Beliau yang juga meminta agar kerajaan menyatakan secara terperinci peratusan ketepatan imej yang dirakam untuk setiap kesalahan yang dilakukan oleh pemandu.

Selain lokasi had laju 60 hingga 110 kilometer sejam menjadi pilihan pemasangan AES, lokasi 30 kilometer sejam juga turut dipasang AES antaranya di Kampung Pulau Gajah, Kota Bharu dan KM 27 Jalan Langkap ke Kampar, Hilir Perak.

Saving Malaysia

Posted: 11 Oct 2012 06:59 PM PDT

UMNO supporters have no answers to the message we offer Malaysian readers. Our message is clear and unequivocal. In order to save this country, we must kick out corrupt UMNO/BN.
A specter is indeed haunting our country — the specter of Malaysians reclaiming lost rights. All the powers of the corrupt government have entered into an unholy alliance to exorcise this specter: Religious bigots and Feudalists, UMNO and its business cronies, Malay supremacist and their secret spies and Trojan horses.
UMNO is marshaling all the reactionary forces in this country to put down the majority. Religious bigots represented by the morbid Hasan Alis, Zulkifli Nordins and the racial bigots represented by the Ibrahim Alis. UMNO has also included the Malay Royal Houses into their imagined siege.
Their running dogs are now resorting to (1) attacks on the person (ad hominem) and (2) patronizing comments. Ask my detractors what I did during my short stint as ADUN- of course the answers will be nothing. If so, there is nothing to be worried about with my presence and participation in the next GE. Most of the time, they will come back with patronizing and child-like responses-. Yes what you say is true, but this and but that…….AND better the devil we know that the angel we don't.
Read More / Baca Lagi >>

Ustaz Azhar Idrus - Syaitan Kacau Tok Imam

Posted: 11 Oct 2012 06:53 PM PDT

Ust Azhar Idrus- Dakwaan Nama Kesukaan Jin

Posted: 11 Oct 2012 06:49 PM PDT

Nama-nama yang sering diganggu Jin- Sharhan Shafie

Posted: 11 Oct 2012 06:47 PM PDT

Group: AES not installed at accident-prone areas

Posted: 11 Oct 2012 06:37 PM PDT

Police 'extorted' wife of death-in-custody victim

Posted: 11 Oct 2012 06:34 PM PDT

Egypt seals Gaza tunnels

Posted: 11 Oct 2012 05:47 PM PDT

Hezbollah Says It Sent Drone Over Israel

Posted: 11 Oct 2012 05:46 PM PDT

Turkey PM: Syria plane 'carried Russian-made munitions'

Posted: 11 Oct 2012 05:45 PM PDT

Ustaz Nazmi Karim: Saidina Zaid Bin Haritha ra

Posted: 11 Oct 2012 05:45 PM PDT

Ustaz Nazmi Karim: Isteri beri zakat kpd suami..!!

Posted: 11 Oct 2012 05:44 PM PDT

Ustaz Nazmi Karim: Permulaan dakwah Rasulullah SAW

Posted: 11 Oct 2012 05:44 PM PDT

Ustaz Nazmi Karim: Pesanan buat Pejuang PAS !!!

Posted: 11 Oct 2012 05:44 PM PDT

Jenayah Merosot : Mangsa rompak kerugian RM100,000

Posted: 11 Oct 2012 05:42 PM PDT

'Where are the funds for 800,000 SAR students?'

Posted: 11 Oct 2012 05:39 PM PDT

Dr Asri: Saya hanya rakyat Marhaen

Posted: 11 Oct 2012 05:35 PM PDT

Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Saya ingin menulis sesuatu yang agak peribadi, tetapi rasanya boleh dikongsi. Ini kerana baru-baru ini saya menerima beberapa mesej bertulis dari orang-orang muda yang dihantar kepada saya oleh beberapa pihak yang merasakan tidak sedap hendak disebut nama saya bersama dengan gelaran Datuk kerana tidak mesra kata mereka.Mereka kata kami semua sejak dulu terbiasa memanggil Dr Asri ataupun Dr MAZA, rasa macam tidak sedap sebut Datuk pula kata depan nama. Saya senyum. Saya tidak pernah kisah tentang itu semua.
Sebelum saya meneruskan, saya ingin terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada Raja Perlis atas penganugerahan kepada saya gelaran Datuk Arif Perkasa sempena hari keputeraan ada 17 Mei 2012 yang lepas. Semasa itu saya berada di UK dan tidak dapat menghadiri upacara berkenaan.
Hanya pada 25 September baru-baru ini saya dapat menghadirikan diri untuk sesi saya yang tertangguh tersebut. Saya berterima kasih kerana pihak Istana Arau sudi kerana mentauliahkan saya yang merupakan rakyat marhaen ini Datuk bergelar bagi Istana Arau. Di sini saya coret satu perkara yang boleh kita kongsi.
Siapalah Saya
Apabila pihak Kerajaan Perlis mengumumkan anugerah tersebut di media pada bulan Mei lepas, ramai yang menghantar ucapan tahniah. Namun dalam masa yang sama ada beberapa e-emel yang saya terima memohon agar saya tidak memakai apa-apa gelaran kebesaran.
Read More / Baca Lagi >>

Dasar & janji menjahanamkan ekonomi

Posted: 11 Oct 2012 05:32 PM PDT

A. Kadir Jasin
Pada mulanya, saya memang tidak bercadang mengulas mengenai Belanjawan 2013 kerana, secara ikhlas, saya kurang yakin kemampuan saya memahaminya.Ini mungkin kerana kefahaman dan pengetahuan saya mengenai belanjawan dan ekonomi tidak cukup mendalam atau kerana dokumen itu canggih dan kompleks.
Manakala saya mengalu-alukan langkah mengurangkan defisit belanjawan (daripada 4.5 peratus kepada 4 peratus) dan menjanjikan pembahagian sumber yang berkesan dan saksama seperti mengembalikan rancangan rumah murah. Namun saya kurang selesa dengan pemberian tunai yang berterusan kepada pihak itu dan ini.
Saya tergerak untuk menulis mengenai belanjawan secara umum hanyalah setelah mendengar pandangan dua orang bekas menteri kanan yang saya tahu pernah menjadi penyokong tegar dan mentor Perdana Menteri, Najib Razak yang juga Menteri Kewangan.
Seorang bercakap secara terbuka kepada khalayak. Beliau menyatakan kehairanannya mengenai dari mana Najib mendapat begitu banyak wang untuk ditaburkan. "Macam keluar dari hidung," kata beliau. Tetapi maklum sajalah kalau kenyataan itu tidak mendapat liputan media tradisional.
Seorang lagi bercakap di belakang tabir. Kedua-dua mereka keliru dan bimbang mengenai keghairahan Perdana Menteri memberikan duit kepada pihak itu dan ini, yang terakhir dalam bentuk bonus sebulan setengah kepada kakitangan awam.
Read More / Baca Lagi >>

IT'S A NATIONAL ISSUE - PKR's Manickavasagam: DEATH & EXTORTION AT POLICE LOCKUPS

Posted: 11 Oct 2012 05:29 PM PDT

IT'S A NATIONAL ISSUE - PKR's Manickavasagam: DEATH & EXTORTION AT POLICE LOCKUPSThe family of lorry driver P Chandran, who died in the Dang Wangi police headquarters lock-up in September, wants to sue the government and police for negligence.
Based on a post mortem, Chandran, 47, had died due to hypertensive heart disease. The police had allegedly denied him medication while he was in custody.
At a press conference in Parliament, PKR MP for Kapar S Manickavasagam together with the late Chandran's wife, N Sellvi, 42 and other family members demanded justice for the deceased.
"We are not here because an Indian died. Malays, Chinese, Indians have all died in custody. It's not a racial issue but a national issue," Manickavasagam told the press conference.
"Denying a person medication is not right and this was done despite a Magistrate's order that Chandran be given immediate treatment for his hypertension."
Even extorted RM300 from wife
But that was not all. Worst disclosures were yet to come.
According to the victim's brother-in-law R Rajan Naidu, the police had also asked Chandran's wife to pay RM300 when she sought information about her husband at the Cheras district police headquarters just before his death. Rajan has lodged a police report on this matter.

"She told me that the police officer had sought RM300 for information on her husband, and told her that police were taking him to court," Rajan said in his complaint.
Rajan also told of how Selvi had to "sleep under a bridge" during the two nights she stayed in Kuala Lumpur to check on Chandran, and to pass him his hypertension medication.
The victim, a lorry driver, and his family which consists of six daughters aged 17 and under, are based in Simpang Renggam, Johor. His youngest daughter is a toddler.
No prior criminal record
Read More / Baca Lagi >>

Pas nampak tidak untung, Nasha ada pilihan

Posted: 11 Oct 2012 05:29 PM PDT

 Nasharudin Mat Isa ANALISIS - Sementara Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin dekat, Pas berhadapan dengan episod kedua pemimpin pusatnya dilihat 'mencabar' kedudukannya dalam Pakatan Raktyat (PR). Awal tahun ini, arena politik nasional dan Pas melihat nasibat Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, yang berakhir dengan pemecatan beliau.

Hujung tahun 2012 pula, melihat pendirian bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa.

Semalam, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan pendirian Pas dalam PR khususnya hubungan dengan DAP.

Melihat kepada perkembangan semasa, penganalisis politik Prof. Madya Dr. Shaharuddin Badaruddin ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, kenyataan Nasharudin pada Seminar Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah di PWTC Selasa lalu jelas tidak akan menguntungkkan parti tersebut.

"Beliau (Nasharudin) sebagai pemimpin yang paling senior dalam parti tidak sepatutunya mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

Read More / Baca Lagi >>

Nik Aziz: DAP tidak pernah ganggu Pas

Posted: 11 Oct 2012 05:27 PM PDT


Nik Aziz KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hairan dengan sikap sesetengah pihak termasuk ahli Pas yang mengkritik kerjasama parti itu dengan DAP.

Nik Aziz berkata, sebagai sebuah rakan Pakatan Rakyat (PR), DAP tidak pernah mengacau perjuangan Pas, malah menegaskan kerjasama antara dua parti itu perlu untuk mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Saya pun tidak tahu mengapa tersasar, orang berkenaan tidak sebut mengapa kita beralah dengan DAP, jadi tidak tahu kenapa, yang keduanya saya tidak nampak DAP ganggu kita.

"Masalahnya orang-orang Pas tengok televisyen, dengar radio dan baca surat khabar Umno, jadi terbawa-bawa. Jadi oleh yang demikian saya nasihat orang Pas boleh baca surat khabar Umno, tapi kena ada jawapanlah," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Kerana Dituduh Pencuri Air, SYABAS Disaman RM 2.5 Juta

Posted: 11 Oct 2012 05:25 PM PDT


SHAH ALAM, 12 OKT : Seorang penduduk Kampung Kerdas, Gombak memfailkan saman terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) kerana mendakwa ia gagal menyediakan perkhidmatan air terbaik kepada kediamannya sejak empat tahun lalu.
Plaintif, Hashim Maon yang memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga menuntut ganti rugi sejumlah RM 2.5 juta daripada Syabas kerana menuduhnya sebagai 'pencuri air'.
Hashim memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 20 September lalu melalui syarikat guaman Roland and Co.
Menurutnya, tuntutan itu dibuat berasaskan kecuaian dan kegagalan defendan melaksanakan tanggungjawab dan tugas membekalkan air kepada pengguna.
Kecuaian tersebut kata plaintif, bertentangan dengan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 53, 54, 57 dan 58 Akta Perlindungan Pengguna 1999 serta Seksyen 40 dan 41 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.
Read More / Baca Lagi >>

Warisan belanjawan hutang

Posted: 11 Oct 2012 05:23 PM PDT



 
Gugusan Kampung Banda Dalam, Jalan Sultan, Stadium Merdeka, Stadium Negara di Kuala Lumpur; Pengerang di Johor; Tanah Adat Murum, Peleiran dan Danum di Sarawak merupakan antara nama-nama terbaru korban pembangunan.
Sebagaimana Kampung Kerinchi dan Kampung Pantai Dalam telah pun ditransformasikan pembangunan menjadi Bangsar South.
NONEAtaupun penghidupan kaum Penan dan hutan tropika tertua dunia (lebih tua daripada hutan Amazon dan Kongo, berusia lebih 140 juta tahun) di Bakun yang telah musnah digenangi air empangan, seluas pulau Singapura.
Ia korban pembangunan yang cukup mahal harganya.
Kampung Chubadak, Kampung Aman, Kampung Berembang, antara nama-nama kampung- peneroka bandar Kuala Lumpur yang telah dirobohkan. Rakyat dipindahkan ke rumah-rumah pangsa (flat) yang sempit.
Seterusnya flat-flat ini pula berpotensi menjadi ghetto.
Di sebalik retorik Mahathirisme yang kononnya anti-Barat dan anti-Amerika Syarikat (AS), pembangunan kota kita, terlalu meniru model pembangunan kota-kota di AS dengan mercu tanda hartanah bangunan-bangunan pencakar langit.
Ia seperti yang pernah disebut Dr Mahathir Mohamad, ketika berucap pada Forum International Mayors di Kota Weifang, wilayah Shandong, China pada 20 April 2005:
NONE"We in the East are very fond of copying the Europeans and Americans. Our cities are
already becoming copies of their cities, with high-rise buildings, with cramped multi-storeyed flats.

"There is a McDonald's restaurant at every corner. Down-town the working population converge in the hundreds of thousands in the daytime and leave empty in the night, deserted, and dangerous."

Anehnya, pemerintahan Mahathir selama 22 tahun membawakan perbandaran dan perindustrian yang pesat sebagai ideologi politik pembangunan yang menjadi dasar undi parti Umno-BN yang diterajuinya.
Rancangan jahat perbandaran yang tidak terkawal itu diperkukuh dengan pindaan Akta Pengambilan Tanah pada tahun 1991.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: