Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي) |
Ahli Parlimen BN Sabak Bernam dipenjara 6 tahun dan denda RM400,000 Posted: 11 Oct 2012 02:49 AM PDT Mahkamah Tinggi di Shah Alam hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman yg dibuat pada 1 Mac lalu iaitu penjara 6 tahun dan denda RM400,000 terhadap Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri,47 thn dan pembantu khasnya, Rosli Busro, 44 thn kerana membuat 8 tuntutan palsu berjumlah RM80,000 bagi program-program yang tidak dijalankan 4 tahun lalu. Hakim juga menolak permohonan Abdul Rahman dan Rosli untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sebaliknya memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara bermula hari ini. Tuntutan itu membabitkan pembelian hadiah, cenderamata dan jamuan program motivasi pelajar di peringkat Dewan Undangan Negeri Sungai Air Tawar, program mesra rakyat dan hari keluarga di Dewan Simpang 4 Bagan Nokhoda Omar (BNO), program perdana peringkat mukim BNO, program mesra rakyat dan sambutan Maulud Nabi serta program mesra rakyat hari keluarga guru kemas. Setiap tuntutan palsu itu membabitkan RM10,000. Semua perbuatan itu dilakukan Abdul Rahman ketika berkhidmat sebagai Adun Sungai Tawar di Pejabat Daerah Sabak Bernam, antara 21 Januari hingga 12 Februari 2008. Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com |
You are subscribed to email updates from Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan