MIMPI SENJA |
- Edisi Kantoi : Mat Sabu pegang babi
- Warkah Husam kepada Utusan
- Baguih sangat .... yang tu yang kita mahu
- Hahahaha ... tu la hampa percaya sangat kat Najib ... ini la jadinya
- Himpunan Kebangkitan Rakyat ditangguh Jan 2013
Edisi Kantoi : Mat Sabu pegang babi Posted: 11 Oct 2012 06:58 PM PDT JOM KITA KENALI WAJAH FACEBOOKER UMNO YANG MEMFITNAH TIMBALAN PRESIDEN PAS, TUAN HJ MOHAMAD SABU DENGAN MEMBUAT GAMBAR SUPERIMPOSE BELIAU SEDANG PANGANG BABI!!!!!!Beginilah akhlak dan cara para soldadu maya (cybertrooper) menyerang pimpinan PAS. Jenis membuat gambar yang telah diedit dan superimpose. Terbaru admin dapat kesan ialah seorang pemegang akaun FB UMNO yang menggelarkan dirinya Ratu Naga seorang admin disatu grup UMNO nama Lu Langsi Lu Mati. Sanggup dan tergamak beliau membuat gambar superimpose seolah-olah Tuan Hj Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS sedang memanggang babi dengan tajuk :- fatwa terbaru mat sabu n penyokong pas kena ikut kalu nak msk syorga pas....sambil berkata " makan babi goreng, soup babi, bak kut teh, dengan lim guan eng, saya rela kat mana2 pun, bila2 masa pun tadak masaalah.. makan ayam dengan najib, sorry.. kerat 8 badan saya pun, takan saya duduk makan dengan najib". Langsung tidak ada rasa takut kepada dosa minah seekor ni. Malahan beliau admin lihat macam rasa megah dan bangga sekali. Kita boleh bersongsang anutan dan pandangan politik, tapi sampai begini punya taraf sampah berpolitik itu sudah dianggap amat melampau. Adakah ini ajaran UMNO kepada pengikutnya untuk mendapatkan simpati dan undi dari kalangan anak-anak muda dan atas pagar? Adakah UMNO ingat cara ini mampu melonjakkan sokongan anak-anak muda terutamanya dari orang Melayu beragama Islam? Admin telah jalankan siasatan dan minah ini tinggal di Jalan Kelang Lama dan no talipon bimbitnya ialah 014-2267033 - - Omak kau!!! | ||
Posted: 11 Oct 2012 06:01 PM PDT Dengan Nama Allah, Maha Pemurah Maha Penyayang Assalamualaikum wrt wbth Yang Berbahagia, Saudara Ketua Pengarang, Utusan Malaysia. SOROS, SAMAN MALU DAN SALAM TAKZIAH Sejak kecil saya adalah pembaca setia Utusan. Di Kelantan, dulu Utusan sampai belah petang. Pulang dari sekolah, sejak darjah tiga, singgah di kedai depan Sekolah Kota, sekolah saya, membimbit Utusan dan menekuninya dari laman ke laman. Malangnya, untuk tujuh lapan tahun ke belakang, setiap kali menatap Utusan, saya merasa seakan diperlakukan sebagai pembaca terbantut akal – tidak mampu berfikir. Terasa diri diperbodohkan. Malang, bagi sebuah institusi media yang disegani, dibina oleh pelopor dan pejuang awal, akhirnya tertiarap di kamar Mahkamah atas satu isu demi satu isu yang lain. Hampir saban minggu Utusan didakwa atas pelbagai saman malu, fitnah dan berita bohong. Terakhir, pengakuan Sdr Chamil Wariya, Utusan telah mengubah cerpen gubahan Chamil. Serendah itu, Utusan menjatuhkan dirinya…? Penjuelasan beberapa paderi atas laporan Utusan yang membarakan api permusuhan agama, menjadikan Utusan kelihatan sebuah mesin propaganda murahan yang rendah mutu dan kehilangan kompas akhlak. Saya tidak fakir itu baik untuk negara dan khususnya ummat Melayu. Pendedahan kian tersebar bahawa PM Datuk Seri Najib menemui Soros secara diam-diam di US sewaktu Utusan menghayun serangan bertubi-tubi terhadap pelbagai pihak sebagai agen Soros untuk tujuan buruk, menemplak Utusan dengan cara yang amat menghiris maruah dan integriti. Belum lama laporan muka depan Utusan 'Lagi Kaitan Soros'. Kenapa Utusan tidak sanggup memuka depankan laporan pertemuan itu? Najisnya Soros pada mata Utusan seharusnya tidak membedakan sesiapa. Bertemu, bersua muka dan 'secara sulit beragenda' dengan Soros, tanpa dimaklumkan kepada rakyat jelata, mejadi sebesar-besar tanda tanya: 'dalam poket Soros kah pemimpin kita? Apakah yang dibincangkan? Apa pentingnya PM yang baru memegang jawatan menemui 'Penyangak Yahudi' (Seperti logic di ketengahkan Utusan) seperti Soros? Tidak dapat tidak kita memerlukan pendekatan rasional dan manipulasi keterlaluan akhirnya hanya menjerat leher pemasang jerat itu sendiri. Lebih menghibakan, sekali sekala terkilas laporan muka depan Utusan berunsur seks (yang dipolitikkan) yang sangat keterlaluan. Sampai kesannya kepada generasi muda dan anak-anak kecil parahnya tidak dapat lagi dijangkau. Sedang, pembaca jelik itu termasuk anak cucu Sdra Ketua Pengarang sendiri, anak cucu Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Utusan, mungkin terbentuk dengan bentukan liar sepanjang hayat mereka. Tidakkah terbetik di hari sdra-sdra kecemburuan terhadap runtuhnya nanti akhlak generasi yang masih putih bersih itu lantaran kegelojohan membinasakan 'lawan' dengan laporan-laporan resam Melayu pun menolak, apa lagi nas Tuhan. Masih belum terlambat kembali ke pangkal jalan. Laporan berprestasi, profesional danethical. Di dunia mendapat sanjungan, di sisi Tuhan nanti tidak terlaknat. Islam selamanya meletakkan kebenaran, kejujuran, menolak aib, permusuhan dan keterlaluan dan itu kekal sebagai jalan selamat, bermaruah dan terhormat. Maafkan saya, Husam Musa Kota Bharu, Kelantan 25 Zulkaedah 1433 / 11 Oktober 2012 | ||
Baguih sangat .... yang tu yang kita mahu Posted: 11 Oct 2012 02:45 AM PDT Kajian buktikan Himpunan Bersih 3.0 jejaskan BN pada PRU 13Kajian Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati isu Himpunan Bersih 3.0 yang diadakan pada 28 April lalu, mampu menjejaskan undi BN pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Kajian yang meletak persoalan: "Adakah demonstrasi Bersih 3.0 yang menuntut pilihan raya bersih boleh menjadi isu yang akan menjejaskan prestasi BN dalam PRU13?" itu ditanya kepada 1,536 responden. Ia dijalankan pada 1 September 2012 hingga 16 September 2012 di seluruh Semenanjung Malaysia menggunakan kaedah temu bual secara bersemuka dan soalan kaji selidik berstruktur. Dipetik Harakah Daily, hasil kajian mendapati, 52 peratus responden bersetuju dengan menyatakan isu himpunan itu memberi kesan kepada BN. Mengikut pecahan kaum, 62 peratus kaum Cina menjawab 'Ya' diikuti India (51 peratus) manakala Melayu (49 peratus). Kajian juga merekod 60 peratus pengundi kali pertama bersetuju bahawa himpunan berkenaan menjejaskan BN manakala pengundi kali kedua (52 peratus). Selain isu Himpunan Bersih 3.0. kajian juga dibuat terhadap isu lain seperti NFC, Lynas, kebanjiran pendatang asing tanpa izin, kegagalan mengurangkan kadar jenayah dan integriti pemimpin BN. Isu paling menjejaskan BN ialah isu berkaitan integriti pemimpin BN dengan kadar 66 peratus. Ia diikuti isu kebanjiran pendatang tanpa izin (60 peratus), Lynas (59 peratus), NFC (55 peratus), kegagalan mengurangkan kadar jenayah (54 peratus). Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=37725 | ||
Hahahaha ... tu la hampa percaya sangat kat Najib ... ini la jadinya Posted: 11 Oct 2012 12:58 AM PDT Penjualan projek PR1MA Putrajaya kecoh
(Pr1ma Putrajaya di Presint 11 dilancarkan oleh Najib) PUTRAJAYA: Projek perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) di Presint 11 di sini yang kononnya membantu golongan rendah dan sederhana terutamanya kakitangan awam yang dilaung-laungkan kerajaan Datuk Seri Najib menjadi kecoh lagi. Ini berikutan seramai 560 orang yang berjaya, sebahagiannya telah dipanggil untuk memilih unit rumah sejak isnin lalu hingga ke hari ini tidak berpuashati cara rumah-rumah itu dibahagikan. Terdapat dua jenis rumah yang ditawarkan iaitu jenis A seluas 1006kp dengan harga RM150,000.00 seunit sebanyak 140 unit dan jenis B seluas 815kp RM120,000.00 seunit sebanyak 420 unit. Yang menjadi masalahnya, sebelum ini mereka yang telah dipilih untuk membeli rumah PR1MA ini telah dimaklumkan bahawa pemilihan jenis rumah akan dipilih secara cabutan undi yang telus dan adil tetapi hari ini rakyat yang terpilih ini ditipu lagi ia tidak berlaku sebagaimana yang dijanjikan. Kumpulan yang dipanggil dahulu boleh telah dibenarkan memilih rumah ikut suka mereka menyebabkan rumah jenis A (RM150,000.00) dibolot oleh kumpulan awal. Kumpulan yang berikutnya hanya tinggal rumah jenis B (RM120,000.00). Tinjawan pendapat terhadap kumpulan yang dipanggil kemudian ini semuanya menyuarakan rasa yang sangat tidak puas hati bahkan ada yang meninggikan suara hilang pertimbangan dan mengamuk. Ditambah pula sikap kakitangan yang bertugas yang selalu berkata 'kami tidak boleh buat apa dan hanya ikut arahan sahaja' dan kedengaran suara-suara berunsur ancaman 'kalau tidak pilih unit dan selesaikan hari ini, kelayakan tersebut akan ditawarkan kepada orang lain' menyebabkan semua yang hadir meneruskan juga menandatangani perjanjian jualbeli (S&P). Mereka sebenarnya boleh menerima hakikat sekiranya telah ditakdirkan mendapat rumah jenis B tetapi biarlah pemilihan secara adil kerana semua orang inginkan rumah yang berkeluasan 1006 kaki persegi. Mereka juga mempertikaikan janji PM yang sebelum ini berkata kepada mereka yang layak untuk golongan yang beli rumah murah dan sederhana ini tidak ada wang pendahuluan dan macam-macam kos yang biasa dikenakan apabila beli rumah. Tetapi hari ini rakyat Putrajaya ini ditindas lagi dengan bayaran 10% (RM15,000.00 atau RM12,000.00) dan wang proses RM450. Ini tidak termasuk lagi yuran guaman dan lain-lain kos tersorok. Selain itu, apabila rumah ini siap kelak, mereka akan dikenakan yuran penyelenggaraan bulanan yang kadarnya 'terbaik dipasaran' iaitu RM252.00 sebulan untuk rumah jenis A (1006kp) dan RM204.00 sebulan untuk rumah jenis B (815kp). Ini bermakna, jumlah keseluruhan kutipan yuran selenggaraan ialah RM120,960 sebulan. Sehubungan itu, PM dicadangkan supaya menjadi hero dengan mengarahkan Datuk Abdul Mutalib Alias (CEO PR1MA) untuk untuk mengarahkan pula Putrajaya Homes memanggil semula 560 orang yang terpilih ini dan laksanakanlah cara penyelesaian yang bijak. "Contohnya buatkan dua jenis cabutan 'A' (140) dan 'B'(420), barang siapa yang cabut undi dapat A pilihlah mana-mana unit rumah jenis A. Barang siapa cabut undi dapat B maka pilihlah mana-mana unit jenis B. semudah 123, kerana orang yang tidak puas hati rata rata bukan tak sudi rumah jenis B tapi biarlah diselesaikan cara bijak dan telus dahulu. Ahli Parlimen Putrajaya (Tengku Adnan Mansur) tunggu apa lagi! Jadilah hero sama. Bantulah mereka ini," cadang seorang pembeli rumah ini. Menurut kumpulan yang teraniaya dan tidak puas hati ini sekiranya PM tidak ambil tindakan dan penyelesaian segera mereka mungkin akan berkumpul di hadapan pejabat Perdana Menteri bagi menyerahkan memorandum dan tunjuk rasa mereka. "Sudahlah tanah ini, menurut sumber Perbadanan Putrajaya sebenarnya telah digazetkan sebagai tapak projek untuk didirikan 'rumah murah/mampu milik' (RM45,000.00-RM100,000.00) tetapi telah ditukar kepada projek PR1MA 'rumah mampu beli' dimana harga jualan melebihi RM100,000.00," kata salah seorang dari mereka. | ||
Himpunan Kebangkitan Rakyat ditangguh Jan 2013 Posted: 10 Oct 2012 11:36 PM PDT
KUALA LUMPUR: Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, 3 November ini ditangguhkan kerana stadium tersebut akan digunakan untuk Pertandingan Bolasepak Piala Suzuki AFF. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, himpunan tersebut bagaimanapun digantikan dengan pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat di Negeri Sembilan pada tarikh yang sama. "Pakatan Rakyat Negeri Sembilan sudah pun bersetuju untuk diadakan pelancaran himpunan ini dan kita akan adakan perhimpunan ini di peringkat zon dan negeri," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Mohamad berkata, Pakatan Rakyat mencadangkan tarikh 12 atau 19 Januari tahun hadapan untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat sebagai kemuncaknya dan memohon penggunaan Stadium Nasional Bukit Jalil atau Stadium Merdeka. "Kita harap pihak stadium menghormati seruan Perdana Menteri agar setiap perhimpunan diadakan di stadium dan memberi kebenaran kepada kita untuk menggunakan salah satu stadium itu," katanya. Namun katanya, sekiranya permohonan menggunakan stadium tida diluluskan, himpunan tersebut akan tetap diadakan di jalan raya. "Kita akan tetepa berhimpun di luar stadium jika tidak dibenarkan menggunakan stadium," katanya. Tambah beliau, peserta digalakkan memakai empat warna ke himpunan tersebut iaitu kuning, merah, oren dan hijau. "Warna kuning sebagai menyokong semangat Bersih, hijau sebagai menyokong Lynas, oren sebagai menyokong perjuangan Anak dan merah sebagai menyokong royalti Kelantan," katanya lagi. Himpunan itu bertujuan menggesa lapan tuntutan Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang hampir tidak dihiraukan oleh kerajaan. Sementara itu, Ahli Parlimen Rasah. Anthony Loke yang juga Ketua Pemuda DAP berkata, pihaknya sudah membuat permohonan untuk menggunakan Padang Majlis Perbandaran Seremban pada 3 November ini. "Kita mohon untuk buat di Padang Majlis Perbandaran Seremban supaya ada ruang yang mencukupi untuk aktiviti," katanya. Turut bersama pada sidang media, Mohd Firdaus Jaafar (PAS-Jerai), Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang), Dr. Siti Mariah (PAS-Kota Raja), Adun Paroi, Taufek Abdul Ghani dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat lain. - Harakah |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan