Selasa, 2 Oktober 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Suruh bini Hishamuddin berjalan sendiri di tempat terpencil dulu

Posted: 02 Oct 2012 09:31 PM PDT


Suruh isteri Hishammuddin berjalan seorang diri
KUALA LUMPUR- Rakyat akan rasa selamat kalau menteri berani suruh isterinya berjalan seorang diri di sudut terpencil kawasan letak kereta kompleks beli belah, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
"Suruh isteri (Menteri Dalam Negeri Datuk Seri) Hishammuddin (Hussein) jalan seorang diri di sudut terpencil di kawasan letak kereta kompleks membeli belah.
"Kalau isteri dia berani buat begitu, baru menteri itu boleh cakap hendak menumpukan usaha mewujudkan rasa selamat di kalangan masyarakat," katanya.
Hishammuddin hari berkata, indeks jenayah tidak lagi menjadi keutamaan dalam fasa kedua Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) jenayah oleh kerana kerajaan akan memfokuskan kepada persepsi rakyat berkenaan dengan jenayah.
Menurut beliau, kerajaan akan memastikan kebimbangan orang ramai terhadap peningkatan jenayah akan dapat dikurangkan.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata, tidak mungkin rasa selamat yang hendak diwujudkan oleh Hishammuddin itu boleh berjaya kalau bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pun tidak percaya indeks kadar jenayah yang cuba disogokkan oleh kerajaan.
Malaysian Insider sebelum ini melaporkan Musa berkata, kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan beliau meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.
"Bukan sahaja Musa, bank pun takut akibat peningkatan kadar jenayah," kata Mohamad lagi.
Sebelum ini, bank-bank dilaporkan hendak membatalkan penempatan mesin-mesin ATM mereka di pusat-pusat membeli belah, pasaraya dan stesen-stesen minyak.
Mereka mengambil keputusan itu kerana tidak tahan menghadapi siri-siri samun dan rompak yang berprofil tinggi.
"Bila bank buat keputusan begitu, ia bukan sahaja menafikan kemudahan yang dinikmati orang ramai selama ini, tetapi lebih dari itu, ia memburukkan lagi persepsi rakyat terhadap kadar jenayah.
"Kalau begitu realitinya, persepsi apa yang Hishammuddin hendak tumpukan dan rasa selamat apa yang beliau hendak wujudkan?" Mohamad terus mempersoalkan.
Beliau juga hairan mengapa Hishammuddin "suka cakap merapu".
"Bekas Ketua Polis Negara kata jenayah meningkat, bank-bank takut dengan rompak dan samun malah menteri pun kata para pelabur asing juga bimbang dengan keadaan keselamatan di negara ini, tiba-tiba Hishammuddin kata nak wujudkan rasa selamat.
"Kenapa dia suka cakap merapu?" Mohamad terus mempertikaikan.
Sebelum ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa para pelabur asing bimbang dengan keadaan keselamatan di negara ini.
-harakahdaily

Najib kena teruk di Twitter #tanyanajib

Posted: 02 Oct 2012 05:35 AM PDT


Najib kena teruk di Twitter #tanyanajib
Tanpa segan silu dan rasa malu, perdana menteri Najib nampaknya terus meniru strategi Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam hampir semua segi termasuk menggunakan media internet.
Belum cukup dengan tindakannya mengambil dan meniru satu-persatu idea dari Buku Jingga yang ditawarkan Pakatan Rakyat, kali ini Najib benar-benar terdesak meraih sokongan terutamanya golongan muda di saat siri kecaman berterusan terus dikenakan ke atasnya gara-gara tidak berani hadir semasa sesi perbahasan bajet oleh Anwar yang dibentangnya sendiri Jumaat lalu.
Dengan meniru idea Anwar menggunakan platform maya Google Hangout bulan lalu, Najib juga akan menggunakan kaedah yang sama tetapi dengan sedikit perbezaan.
Anwar tidak langsung menggunakan hashtag (#) untuk sebarang persoalan dalam sesi tersebut sedangkan Najib mewajibkan sebarang pertanyaan yang diajukan kepadanya haruslah menggunakan hashtag #tanyanajib seperti yang pernah digunakannya di laman sosial Twitter tahun lalu.
Bagaimanapun belum sempat sesi tersebut berlangsung, hashtag tersebut kini menjadi bahan ketawa dan lelucon pengguna Twitter di seluruh dunia yang meletakkan hashtag itu untuk menyindir Najib.
Antara mesej tertera yang cukup 'menghiris hati' Najib dan membuatkan kita ketawa apabila membacanya adalah:
@farriseffendy #TanyaNajib pakai minyak rambut apa? #TanyaRosmah
Seorang lagi pengguna menempelak Najib kerana ponteng sesi di Parlimen semalam semasa Anwar membahaskan bajet BN itu.
@iAMazmar kenapa kamu dan menteri² kabinet kamu ponteng semalam ?#TanyaNajib
Manakala seorang lai pengguna menyindir Najib dengan mengatakan bahawa isteri Rosmah Mansor itu sebagai 'pengikut' Anwar!
@tHeErvyNa FYI , sebelum ni msa bulan puasa DS Anwar da buat Google Hangout .. skrang PM pun nk buat #TanyaNajib, follower lah tuhh .. hehe
Satu lagi mesej yang membuatkan kita ketawa adalah berkenaan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang ditempelak pengguna yang bertanyakan bilakah hospital bahagia akan dinaik taraf untuk kegunaan Keng Liang!
@mikichoo @tankengliang #TanyaNajib bila upgrade hospital bahagia for you to go back @NajibRazak
Dan soalan di bawah ini pastinya tidak akan dijawab Najib Altantuya!
@ABMsaiful Berapa perbelanjaan untuk Tuan dan Isteri dalam masa sebulan?#TanyaNajib
-PASPB

bumiperak

bumiperak


KAYA! 5 bekas tahanan ISA dianugerah gantirugi RM4j

Posted: 02 Oct 2012 10:28 PM PDT

2 OKT 2012 Lima bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ditahan pada 2001 secara tidak sah dan dengan niat jahat, demikian diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Dalam keputusannya, Hakim Datuk Lau Bee Lan menganugerahkan aktivis Hishamuddin Rais
, Badaruddin, ADUN PAS Saari Sungib, Anggota PKR Pusat Badrulamin Bahrom, Ahli Parlimen PKR Batu Chua Tian Chang,  masing-masing RM15,000 bagi setiap hari penahanan mereka di bawah Seksyen 73 Akta Keselamatan Dalam Negeri dan RM30,000 sebagai gantirugi teruk.

Ini menjadikan gantirugi bagi penahanan secara tidak sah berjumlah RM4.06 juta. Bagaimanapun, mahkamah memihak dengan defendan berhubung dengan Seksyen 8 ISA.

NONE
Mahkamah juga mendapati kenyataan akhbar yang dibuat oleh Ketua Polis Negara (IGP) ketika itu, Tan Sri Norian Mai ekoran penangkapan plaintif pada April 2001 adalah berunsur fitnah terhadap mereka, kecuali kepada Badaruddin Ismail.

Untuk ini, Hakim Lau dianugerahkan RM60,000 sebagai gantirugi am dan RM40,000 bagi gantirugi teruk dan teladan.
Mahkamah juga dianugerahkan RM200,000 sebagai kos.

Selain Hishamuddin dan Badaruddin, plaintif lain ialah Saari Sungib, Badrulamin Bahrom, dan Tian Chua Chang (atas), yang lebih dikenali sebagai Tian Chua (atas).- malaysiakini




Five ex-ISA detainees awarded RM4mil in damages...

Five former Internal Security Act detainees were in 2001 detained unlawfully and in bad faith, the High Court in Kuala Lumpur ruled today.

In deciding so, Justice Lau Bee Lan awarded activist Hishamuddin Rais and four others RM15,000 each, for every day of their detention under Section 73 of the Internal Security Act, as well as RM30,000 each as aggravated damages.

This brings the total damages for unlawful detention to RM4.06 million.


NONE
However, the court found in favour of the defendants in relation to Section 8 of the ISA.

The court further found that the press statement made by then police inspector-general Norian Mai following the arrests of the plaintiffs in April 2001 was defamatory to them, except to Badaruddin Ismail.

For this, Justice Lau awarded RM60,000 in general damages and RM40,000 for aggravated and exemplary damages. The court awarded RM200,000 as costs.

Apart from Hishamuddin and Badaruddin, the other plaintiffs are PAS' Hulu Selangor assemblyperson Saari Sungib, PKR supreme council member Badrulamin Bahrom, and PKR's Batu MP Chua Tian Chang, who is better known as Tian Chua (above).

The five had also sought a declaration that Sections 8 and 73 of the ISA, which allowed for detention without trial, is unconstitutional.

NONE
The then Reformasi activists have sued Norian (left) for defaming them by implying that they are terrorists. The government and then home minister Abdullah Ahmad Badawi were named as other defendants.

Speaking to reporters, senior federal counsel Azizan Md Arshad said the defence team will study the decision and await instructions from the attorney-general on whether to appeal.

Meanwhile, plaintiffs' lawyer Razlan Hadri Zulkilfli said his clients welcomed the decision which was eight years in the making, "or 11 years, if you start from the time of arrest".

The writ was first filed in 2004 with eight plaintiffs, including current Barisan Nasional senator Mohd Ezam Md Noor, independent MP S Gobalakrishnan and anti-Pakatan Rakyat NGO Reject Individual Named Anwar Ibrahim (Tibai) spiritual council member Abdul Ghani Haron.

The trio, all former PKR members, later withdrew from the suit. I guess they would now feel that they have missed out," Razlan said.

Cruel treatment during detention


He said in making the decision, the court also found that his clients were subject to "cruel" treatment during their detention".

"They were shamed, made to change their clothing in front of police personnel, made to walk barefoot into filthy toilet, interrogated for hours on end and for the first few days of detention, the Muslims among them were not allowed to perform their prayers," he said.

He said that the court also found that the interrogations conducted showed the arrests had nothing to do with national security "but was about opposition politics".


NONE
"To justify it, a media statement was made (to say that the plaintiffs) possessed rocket launchers, held meetings with Thai separatist guerillas and other fairy tales," Razlan (left) said.

Also representing the plaintiffs was Ranjit Singh.

Meanwhile, Chua said the decision is a victory for the struggle against the ISA.
"What we have here is acknowledgement that the ISA was used as a political weapon by the ruling government to oppress activists.

"Let this be recorded in history as a victory for the rakyat," he said, thanking everyone who has spoken out or acted against the ISA, through demonstrations and letters among others.

Hishamuddin, now a Bersih steering committee member and who had broken down in tears while giving his testimony during the trial, was all smiles today.

"I will use the money to paint my friend's car which was splashed with acid," he quipped, referring to the car lent to him to travel to Pengerang, Johor for a demonstration last weekend.- malaysiakini

dollah yankee

dollah yankee


Woitt..! bila lagi nak panggil?

Posted: 02 Oct 2012 07:28 AM PDT


Melihat kepada jadual pemberian 'gula-gula' yang berbentuk wang tunai kepada rakyat dalam bajet tahun depan yang diumumkan, gurkah-gurkah politik di'port' tetap mempertahankan kenyataan mereka mengatakan pilihanraya umum ada lah pada bulan Mac tahun depan (walaupun Anwar menjangkakanya pada tahun ini).

Bonus untuk orang-orang yang kerja dengan 'gomen' akan dibayar pada bulan disember ini dan juga pada bulan Januari tahun 2013. 

Pada bulan Januari tahun depan juga bantuan 100 ringgit untuk budak-budak sekolah akan dibuat, 250 ringgit bantuan voucer buku 1malaysia, 500 ringgit dan lain-lain bantuan lagi semuanya akan mula dibayar pada bulan janauri tahun depan. Jadi bulan januari dan Februari tahun depan ada lah bulan yang cukup sibuk, cukup padat dan ketat, so mustahil lah 'election' akan jatuh pada bulan satu atau bulan dua. 

Menurut kira-kira gurkah-gurkah ini lagi, kalau duit-duit itu berjaya dihabis 'bagi' pada bulan Januari maka sesuai sangatlah kalau parlimen dibubar pada bulan Februari. Tetapi bulan Februari pula sudah 'Kong He Fatt Choy' daaa ... ramai cina-cina cuti raya ... apa-apa pun nampak gayanya Najib kena lah tunggu sampai bulan tiga, kalau 'tok bomo' Najib kata elok kalau buat 'election' pada bulan April, gurkah-gurkah ini kata payah dan susah sebab yang pertama cina-cina kata 4 atau 'si' bermaksud mati, dia tentu tak mau mati, yang kedua pula dalam masa empat bulan duit yang di 'bagi' itu semua sudah habis, dan rakyat semua akan mula lupa kepadanya dan BN/umno dan mereka akan kembali  semula beralih arah kepada Anwar Ibrahim, kepada TG Nik Aziz, kepada Guan Eng dan kepada Pakatan Rakyat.
Jadi, mau atau tidak, suka atau benci  dia kena panggil pada bulan tiga ...

dollah yankee -
Kesihan dengan Najib, dia betul-betul berharap orang akan undi BN/umno ...

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Come on larrrr Azman Ujang! Sekaranglarrr masanya promote Anwar Ibrahim jadi PM...Hehe!!

Posted: 01 Oct 2012 10:26 PM PDT

Anwar Ibrahim! Perdana Menteri Malaysia Ke 7

Senyum sendirian teman baca artikal di atas ni. Bukan apa? Mati kutu Muhyiddin dan sumer kutu2 Umno dengan cara Khalid Ibrahim kilas tangan depa. Baru padan muka...Kahkahkah!!

Baca ni...

These are relevant questions in the wake of what I perceive as "an appeal straight from the heart" by Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin last week to the opposition leader.

Putrajaya has almost exhausted its options in an all-out bid to prevent a water crisis expected to hit Selangor, Kuala Lumpur and Putrajaya – which together make up the country's most densely populated region – by 2014.

Patience is running thin at the highest level of the federal government over this rare but huge battle of wits in the federal-state working relationship, and it's for this that Muhyiddin raised the matter with Anwar. Anwar is not only the de facto Pakatan Rakyat leader but wears the hat of economic adviser to the Selangor government led by Mentri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

For all intents and purposes, Khalid is relishing the role he's playing as Mr Obstructionist with all kinds of reasons to see to it that the massive RM8 billion project to source raw water from Pahang and the Langat 2 treatment plant that goes with it, won't become a reality.

He has issued one ultimatum after another that he'll only grant a development order for the plant if Putrajaya agrees to the state's ambitious water restructuring plan.


Mati akal mangkok2 ni yob. Demer ingat kalu nak memerintah mesti menipu macam puak2 demer. Heran demer nyer nengok si Khalid buat kerja....Kahkahkah!!...Baca lagi yob kat bawah ni...

In Selangor, where for the first time in the nation's history water is given free to consumers to fulfill the Pakatan Rakyat's 2008 general election promise, it is highly perplexing and even amusing that the state government is obsessed with taking over the water business knowing that producing and delivering water to millions of homes and thousands of industries incur horrendous costs.

The figure that's bandied about by the state government is that it is prepared to pay up to RM9 billion to take over its water assets. Even assuming that it can afford to come up with such a huge amount of money, how is it going to recoup its investments when it's giving free water to the people? It doesn't tally, let alone make sense. Except, of course, if it's solely to play the game of one-up-manship with Putrajaya.

Tengah gang2 mangkok ni fenin...tetiba pulak si Nan Yaakob buat hal... Lagi lagi jadi giler...Kahkahkah!! Baca bawah ni yob...

Then amid this latest spat between both sides, came an announcement last week by Pahang Mentri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob that the state government would not hesitate to cancel the water transfer project if the Selangor government believed it did not need water from Pahang. Earlier he had said Pahang would consider reviewing the agreement because Selangor had politicised the matter.

It's an understatement to say that it's being politicised. In reality, it's the most highly politicised issue that I can think of.

Adnan's threat to cancel the project only plays into the hands of the Selangor government and suits its political agenda and the biggest losers, if it ever sees the light of day, will be the people, the economy and the federal government. I'm sure Adnan knows this, which is why many were taken aback by his announcement.

Consider this, up to Aug 31, a substantial portion of the RM8 billion meant for the inter-state water transfer project has been spent. These include completing 67% or 22.9km of the 44.6km long tunnel while 47% of water pumps and valves and about 60% of the dual piping system have been installed.

If the agreement is scrapped, we will not only have a huge white elephant in the country but worse, dry taps.
Kah haghu semua tu.. Akhirnya...Ya! Akhirnya terpaksalarrrr minta tolong kat Pak Sheikh!! Ngaku jugalarrrr demer sumer ya!! Hahahaha....
Now, it looks like the hopes of these millions rest with Anwar. He was once our deputy prime minister and is it too much to ask him to play a statesman's role, rising above partisan politics to end the deadlock?

Anwar, perhaps more than us laymen, knows that there are things in life that are more important than politics. Water is one of them.


Kahkahkah...Hajer Nyer yob yob semua!!


~penarik beca

~penarik beca


Belanjawan biliob-bilion, barang kat hospital pun tak dak

Posted: 02 Oct 2012 12:16 AM PDT

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Azalina : Minta Maaf atau Saman...eee takutnya...!!!

Posted: 02 Oct 2012 08:25 PM PDT

Pendedahan Bekas S/U DUN Perak Part 5: Saya tidak kenal siapa usung Sivakumar

Posted: 02 Oct 2012 08:23 PM PDT

Kampung Railway: Declare as heritage site say descendants

Posted: 02 Oct 2012 08:23 PM PDT

Keputusan Rayuan Kerajaan Negeri Kelantan saman PETRONAS.

Posted: 02 Oct 2012 08:22 PM PDT

Royalti: Mahkamah Persekutuan benar Kelantan merayu

Posted: 02 Oct 2012 08:21 PM PDT


PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini membuat keputusan membenarkan Kerajaan Negeri Kelantan mengemukakan rayuan terhadap tiga keputusan Mahkamah Rayuan yang ditolak sebelum ini.

Tuntutan itu adalah memohon agar mahkamah menolak Kerajaan Persekutuan sebagai pencelah serta memohon mahkamah menolak permohonan Petronas membatalkan saman kerajaan negeri.

Satu lagi tuntutan adalah memohon penzahiran dokumen keputusan penyelesaian kes saman Kerajaan Terengganu terhadap Petronas sebelum ini.

Keputusan itu dibuat oleh lima panel hakim yang mendengar kes itu kira-kira jam 9 pagi ini.

Terdahulu, pasukan Konvoi Royalti Kelantan tiba di hadapan Istana Kehakiman Putrajaya seawal jam 7.30 pagi ini bagi mendengar keputusan hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan tubuh syarikat minyak negeri elak dibolot kroni Umno BN

Posted: 02 Oct 2012 08:19 PM PDT

SHAH ALAM 3 Oktober: Pakatan Rakyat (Pakatan) komited menubuhkan syarikat minyak masing-masing di negeri pengeluar minyak dan gas supaya dapat terlibat secara langsung dan mengelakkan hasil minyak dibolot kroni Umno BN , kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau juga menjamin jika Pakatan berjaya membentuk kerajaan, 20 peratus royalti minyak akan diberi kepada empat negeri penyumbang minyak negara iaitu Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
"Saya dan Pakatan Rakyat menyokong penuh usaha rakyat Kelantan menuntut royalti dan memuji semangat NGO yang gigih menggerakkan usaha itu," kata Ketua Umum KEADILAN itu.
"Berbeza dengan kerajaan sekarang, yang hanya bagi lima peratus, yang lain mereka sapu. Baru-baru ini Datuk Seri Najib umumkan lagi insentif kepada syarikat besar, tapi insentif ini dapat pada siapa? Kepada anak-anak pemimpin-pemimpin Umno, kontraknya berpuluh bilion ringgit," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Royalti : Mahkamah Luluskan K'jaan Kelantan Merayu Hak Menyaman Petronas

Posted: 02 Oct 2012 08:15 PM PDT

Keputusan perbicaraan... Mahkamah tlh meluluskan permohonan kerajaan negeri kelantan untuk merayu keputusan mahkamah yang menidakkan hak kerajaan negeri untuk menyaman petronas... Alhamdulillah... Allahu Akhbar...!!!

Lensa : Ceramah Konvoi R Ke Putrajaya Di Shah Alam

Posted: 02 Oct 2012 08:10 PM PDT

PFA : Shahidan akui pinjam 3 along..!!!

Posted: 02 Oct 2012 07:38 PM PDT


Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim mengaku terpaksa berhutang dengan tiga along bagi menyelesaikan kemelut kewangan yang melanda persatuan itu.Biarpun sedar berisiko, beliau mendakwa terpaksa melakukannya kerana perlu menyelesaikan segera masalah kewangan itu dengan apa cara sekalipun.
"Saya tidak ada pilihan dan terpaksa berhutang dengan mereka kerana perlu menstabilkan semula kewangan persatuan," katanya yang bagaimanapun enggan memberitahu jumlah sebenar dipinjam kecuali mengatakan memerlukan RM2 juta bagi menstabilkan kembali kedudukan kewangan PFA.
Menurutnya, beliau boleh meminjam daripada bank tapi perlu mencagarkan pelbagai benda bagi membolehkannya berhutang dan proses itu dianggapnya merumitkan.
Shahidan berkata, PFA tidak akan berada dalam situasi terdesak itu jika semua pihak menghulurkan bantuan melunaskan janji mereka, namun hingga kini tiada yang mengotakannya.
"Saya sedar ramai tidak mahu membantu PFA kerana saya sudah tidak berkuasa, namun insya-Allah satu hari nanti saya akan kembali berkuasa. Jika hari itu tiba, pada masa itu, saya tidak akan melayan sesiapa yang enggan bekerjasama dan berjuang dengan saya," katanya.
Menurutnya, kedudukan kewangan PFA pada masa ini di bawah paras negatif dan beliau menyifatkan perkara itu sesuatu yang membimbangkan tapi belum mencapai tahap tenat.
Read More / Baca Lagi >>

Case of FAKE Mykad-bearing voters TIP OF THE ICEBERG

Posted: 02 Oct 2012 07:35 PM PDT

Online forums have been abuzz with the report of a man who purchased fake MyKads and whose name was listed in the Election Commission's electoral roll, prompting PAS Youth to again call for a probe on what has come to be known as the citizenship-for-votes scam.
Case of FAKE Mykad-bearing voters TIP OF THE ICEBERGHasanuddin bin Manna, a Filipino in Sabah, recently pleaded guilty to a charge of buying a fake MyKad bearing the number 741029125463 for RM1,000.
"In fact, his name appears in EC's data and is listed as a registered voter," PAS Youth information chief Riduan Mohd Nor told Harakahdaily.
On the EC's online database, Hasanuddin is registered as a voter in Sepanggar constituency (right).
Riduan said Hasanuddin's case again raised suspicion that the citizenship-for-votes issue was real.
"Is there a syndicate issuing fake MyKads to foreigners and possibly thousands of cases like this yet to be detected?" he asked.
Read More / Baca Lagi >>

Hebatkan : Perkahwinan mewah anak Ali Rustam ditaja..!! Tak Keluar satu Sen pun..????

Posted: 02 Oct 2012 07:29 PM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Okt — Desakan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tentang kos perkahwinan anak Datuk Seri Mohd Ali Rustam memaksa pejabat beliau untuk mendedahkan tentang tajaan yang diterima dalam majlis perkahwinan yang dihadiri lebih 130,000 orang hujung minggu lalu.
Datuk M S Mahadevan menyatakan penyediaan makanan dan perkhidmatan lain dalam majlis perkahwinan anak Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam diperolehi secara percuma.
"Satu sen pun tidak dibayar kepada sukarelawan yang bertugas di majlis tersebut.
"Ini adalah perkahwinan pertama dalam keluarga Ketua Menteri dan semua rakyat Melaka ingin menyaksikannya," kata pegawai khas kepada ketua menteri Melaka dipetik dari The Star Online menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tentang kemewahan majlis tersebut.
"Pekerja estet pun beratur untuk bersalam dengan pengantin lelaki dan perempuan," tambah Mahadevan sambil menambah terdapat 500 orang sukarelawan untuk membantu majlis perkahwinan anak Ali Rustam itu.
Majlis perkahwinan Mohd Ridhwan, 26 tahun dan Nur Azieha Mohd Ali juga 26 tahun heboh selepas dilaporkan oleh agensi berita Bernama memecahkan rekod Malaysian Book of Records dengan kehadiran lebih 130,000 orang dalam masa lapan jam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka kawasan Kota Laksamana, Betty Chew yang dihubungi oleh The Malaysian Insider menggesa Mohd Ali Rustam menjelaskan sama ada  majlis perkahwinan tersebut mendapat tajaan atau dibiaya sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

Punca Najib Ponteng perbahasan bajet 2013 terjawab.

Posted: 02 Oct 2012 07:23 PM PDT

Ramai orang tahu yang najib dan menteri2 kabinet ponteng pada sesi perbahasan bajet 2013 isnin lepas. Walaupun sebenarnya dorang tak patut ponteng. Kita pun faham perdana menteri dan menteri ada tugas yang banyak. Kita pun kadang2 faham akan ada masa2 yang PM akan terponteng. Terlalu banyak kerja. Sampaikan tak terurus. 

Tapi itu sebab ko memandai2 pegang banyak jawatan. Cuba jadi wakil rakyat hanya pegang satu jawatan dalam kementerian. So takde la terkejar2 nak ke sana ke sini. Jawatan parti muka tu. Jawatan kabinet muka tu. Balik2 muka tu. Tapi time buat kerja bukan muka tu pula.


Dah la ponteng kerja, gaji tetap jalan. Ponteng dalam beberapa sesi yang bukan la sesi puncak ada maafnya. Ponteng pada sesi puncak memang bullshit la weh. Dah la bentang bajet lepas tu perasan bagus macam bajet yang dia bentangkan tu tak perlu dibahas. Macam dah sah2 kita setuju benar la dengan perancangan dia terhadap kita. Tindakan membahas bajet 2013 tu penting. Kita boleh menafikan keputusan yang pm buat berkenaan isu rebet telefon bimbit tu.


Lepas tu isu uniform RELA. Dapat jimatkan 90juta. Daripada apa yang aku dengar uniform rela tu mahal tak sepadan dengan kualiti yang ditawarkan. Begitu juga rm1.2b tak silap aku untuk PERMATA. Seme tu penting untuk dibahas dan diperdebatkan. Tapi si najib tak muncul. Dia tak rela dinafikan. Dia hanya rela memaksa rakyat mendengar sebelah pihak.

Read More / Baca Lagi >>

Budget 2013: A Dilemma for Malaysians

Posted: 02 Oct 2012 07:14 PM PDT

Budget 2013: A Dilemma for Malaysians
By now we are already familiar with the items/goodies contained in the newly announced Budget 2013. Here are some of my concerns:
1) Education
The government has allocated RM3.7 billion for vocational training. This is a step in the right direction. To be successful, tertiary education (or paper qualification) can provide a head start but a good skill can provide a stable career opportunity. The government needs to rethink the current craze to simply produce more graduates but many of them have to send back for retraining in order to be employable. Some of these undergraduates would have done much better acquiring skills in vocational institutes.
The government must rethink the implementation of PTPTN (higher education loan) scheme. It has offered 20% rebate for those who intends to pay up within the next year and 10% rebate per annum to those who make timely payment. It is quite obvious that BN is taking the middle path in trying to respond to Pakatan's pledge for free education. However, the budge has not addressed a few critical issues.
Read More / Baca Lagi >>

Polls in December?

Posted: 02 Oct 2012 07:10 PM PDT

This is because Najib's trump card is the budget goodies and if the polls are held this year, the voters will be tempted to vote for BN in order to obtain the goodies next year.

Now that the Budget 2013 has already been tabled, political analysts are again speculating on the date of the 13th general election. Many are of the view that the polls will be held only after February.
But this columnist thinks it can still be held this year, the latest by Dec 15 (after the Umno general assembly which ends on Dec 1).
This is because Prime Minister Najib Tun Razak's trump card is the budget goodies and if the polls are held this year, the voters will be tempted to vote for Barisan Nasional in order to obtain the goodies next year.
After the goodies are distributed, he will have no more weapon or trump card. Therefore to maximise the effect of the feel-good factor, he holds on to the goodies now to be used as a carrot.
According to the old folks of the Chinese community, perhaps the devil has gotten hold of the polls date and that is why it is difficult for everyone in BN to get it back.
So much for the devil and the date.
Read More / Baca Lagi >>

SEX SCANDAL UMNO vs HADI: Masitah told to file defence in defamation suit

Posted: 02 Oct 2012 07:09 PM PDT

SEX SCANDAL UMNO vs HADI: Masitah told to file defence in defamation suit
KUALA LUMPUR-The Deputy Minister in the Prime Minister's Department Datuk Mashitah Ibrahim and two others have to file their defence by Oct 30 in relation to a defamation suit against them by Pas president Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
High Court judge Datin Zabariah Mohd Yusof made the order when the matter came up for case management yesterday.
Mashitah, Sinar Karangkraf Sdn Bhd which published Sinar Harian newspaper and the newspaper's printer Ultimate Print Sdn Bhd are named as defendants in the suit filed on Sept 18.
Abdul Hadi claimed that Mashitah had allegedly defamed him in her column in Sinar Harian published on March 2.
He alleged that the defamatory statements had referred to him directly as his name and position were mentioned in the article.
He further claimed that the statements in their ordinary meaning meant that he was immoral and had a scandal with a woman and was not eligible to be a Pas leader.
Abdul Hadi said he suffered considerable distress and embarrassment due to the publication.
"The defendants had made and published the statements without checking the facts and with malice," he stated.
Read More / Baca Lagi >>

Konvoi Tuntut Royalti Kelantan mahu serah PM 150,000 tandatangan hari ini

Posted: 02 Oct 2012 06:44 PM PDT


SHAH ALAM – Sementara kes saman terhadap Petronas berkenaan isu royalti dijadual di Mahkamah Persekutuan, Konvoi Tuntut Royalti Kelantan mahu Bajet 2013 menyatakan dengan tegas soal membayar tuntutan royalti minyak dan gas kepada Kelantan, yang tertunggak sejak 2004.

Pagi ini, badan itu akan menyerahkan 150,000 tandatanga kepada Perdana Menteri mahukan royalti dibayar kepada kerajaan negeri dengan segera.

Selain itu, konvoi royalti dijangka ke Menara Berkembar Petronas dan mengadakan perhimpunan secara aman di KLCC bagi menunjukkan kepada seluruh rakyat Kelantan bahawa kekayaan hasil bumi mereka dirompak untuk memajukan negeri lain dengan mengabaikan kemajuan dan kemakmuran negeri di mana minyak dan gas dikeluarkan.

Dalam pada itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan Kerajaan Persekutuan supaya tidak melanggari perjanjian bayaran royalti minyak Kelantan menerusi Akta Petroleum 1974.

Perjanjian hasil cari gali yang dimeterai antara Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan Petronas pada 1975, Petronas wajib membayar lima peratus dari keuntungan minyak kepada Kerajaan Negeri, katanya.

Beliau berucap pada perhimpunan yang diadakan Dataran Kemerdekaan di sini malam tadi.
Read More / Baca Lagi >>

Tidak Pertahankan Hak Wanita, Najib Perlu Lepas Jawatan

Posted: 02 Oct 2012 06:40 PM PDT


SHAH ALAM 3 OKT : Datuk Seri Najib Razak disaran melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kerana gagal memberi kesaksamaan terhadap hak wanita di negara ini.
Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong dalam satu kenyataan berkata Najib tidak memahami perjuangan wanita berkenaan kesaksamaan gender terutama dalam usaha menempatkan diri di perkhidmatan awam dan sektor korporat.
Menurutnya, wanita di Malaysia masih ketinggalan jauh baik dari sudut pembangunan mahupun pentadbiran di mana dianggarkan kurang 10 peratus daripada mereka terlibat dalam sektor politik (Parlimen dan Dewan Undangan Negeri).
"Tidak cuba memahami kehendak wanita di negara ini, Najib sebaliknya membandingkan kebebasan hak wanita di Malaysia dengan sebuah kelab elit di Amerika Syarikat yang terhad untuk kaum hawa," katanya.
Elizabeth berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Najib yang menolak penubuhan pergerakan menuntut hak wanita kerana dakwanya kesaksamaan itu telah diberikan sejak awal lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Husam: K'tan berhak batal perjanjian 1975 dengan Petronas

Posted: 02 Oct 2012 06:36 PM PDT

Kerajaan Kelantan berhak membatalkan perjanjian antara kerajaan negeri itu dengan Petronas yang dibuat pada 1975 dan mengambil semua platfom minyak yang diusahakan syarikat petroleum dan gas itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti dan Pendaratan Gas Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa.

Beliau berkata, berdasarkan pengisytiharan undang-undang Akta Pembangunan Petroleum 1974, Petronas telah melanggar peruntukan perlembagaan persekutuan yang ditetapkan kepada setiap negeri berdaulat.

"Mahkamah dunia menetapkan Kelantan negeri berdaulat walaupun pada masa itu sebelum merdeka. Tapi status kedaulatan negeri telah wujud. Akta (Pembangunan dan Petroleum) 1974 jika ditafsirkan telah mencabar kedaulatan negeri.

"Oleh itu, Kelantan berhak membatalkan perjanjian Akta (Pembangunan dan Petroleum) 1975 dan kembalikan semua platfom telaga minyak yang diusaha Petronas 100 peratus kepada Kelantan," katanya dalam ceramah sempena konvoi royalti minyak ke Putrajaya malam tadi di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
Read More / Baca Lagi >>

PTPTN: Tawaran Pakatan Rakyat lebih menarik

Posted: 02 Oct 2012 06:34 PM PDT

BAJET Najib 2013 membuat tawaran yang baik kepada peminjam PTPTN. Ia menawarkan potongan 20 peratus bagi mereka yang menyelesaikan sekali gus dalam tempoh setahun antara Oktober 2012 dan  Oktober 2013.

Manakala bagi yang membayar tetap bulanan dalam tempoh yang sama akan mendapat potongan 10 peratus.

Mungkin ia satu tawaran yang baik. Tetapi jika BN terus memerintah selepas PRU 13 ini.

Ia adalah satu pilihan kepada pemegangan PTPTN, sama ada mahu merebut tawaran itu atau tunggu dulu keputusan PRU13.

Walaupun  ia satu tawaran yang baik tetapi tawaran Pakatan Rakyat adalah lebih baik iaitu mahu memansuhkannya.

Datuk Seri Anwar dan  Rafizi Ramli telah menjelaskan bagaimana Pakatan Rakyat, jika terpilih, mempu menyelenggarakan perbelanjaan kerajaan tanpa menjejaskan bajet dan kewangan negara.

Telah mereka terangkan bagaimana negara tidak akan muflis apabila skim PTPTN itu dimansuhkan.

Tawaran yang Pakatan Rakyat itu adalah lebih menarik dari tawaran yang buat oleh bajet itu.
Read More / Baca Lagi >>

PATI Yang Guna Mykad Palsu Adalah Pemilih Sah SPR

Posted: 02 Oct 2012 06:33 PM PDT


KUALA LUMPUR, 3 OKT: Dua pendatang asing tanpa izin yang dijatuhkan hukuman oleh mahkamah kerana menggunakan MyKad palsu sebelum ini, didapati diberikan hak mengundi.
Seorang daripada mereka, warga Filipina Salleh Bin Samsul didapati memegang Mykad palsu bernombor 670110-12-5035.
Beliau dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh Majistret Cindy McJuce Balitus dalam perbicaraan di Kota Kinabalu pada 20 Sept 2010.
Demikian menurut MP Kuantan, Fuziah Salleh dalam satu sidang media yang diadakan di lobi Parlimen hari ini.
Bagaimanapun, semakan TVSelangor pada daftar pemilih di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mendapati Salleh merupakan pengundi sah di DUN Kempas dalam Parlimen Pasir Gudang, Johor.
Fuziah berkata dalam satu kes berasingan, seorang lagi warga Filipina, Hassanuddin Bin Manna juga didapati bersalah atas tuduhan membeli MyKad palsu dengan harga RM 1,000.
"Hassanuddin mengaku beli MyKad dengan harga RM 1,000 dan dia juga dijatuhkan hukuman penjara setahun," kata Fuziah.
Read More / Baca Lagi >>

MB Selangor baru jika PR tawan Putrajaya

Posted: 02 Oct 2012 06:32 PM PDT


Timbalan Presiden PKR, Azmin AliKUALA LUMPUR - Selangor mungkin kehilangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Keputusan berkenaan, kemungkinan besar dibuat oleh gabungan DAP, Pas dan PKR atas kewibawaan dan kepakaran yang ditunjukkan Abdul Khalid menjadi ketua pentadbir negeri selama sepenggal ini.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, keupayaan dan kejayaan beliau memimpin Selangor sehingga menyumbang 23 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga antara faktor yang menjadi pertimbangan mereka.

Katanya, perbincangan peringkat PR ada ke arah itu, bagaimanapun masih belum diputuskan.

"Keputusan berkenaan kemungkinan dibuat dengan menggabungkan pelbagai kemahiran dan keupayaan untuk memastikan pentadbiran negara berjalan lancar.

"Tidak ada sesiapa pun boleh menentukan kedudukannya hari ini sehingga keputusan PRU13 diumumkan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Cukup dahsyat, nama roti canai Najib!

Posted: 02 Oct 2012 06:30 PM PDT

PERGH!!!! CUKUP DAHSYAT!!!! ADA PENIAGA ROTI CANAI BERIKAN PENGHORMATAN YANG AMAT TINGGI KEPADA NAJIB DENGAN MENAMAKAN ROTI KOSONG ROTI NAJIB!!!!!


BIAR GAMBAR BERBICARA....INI BUKANNYA GAMBAR DIEDIT MAUPUN DISUPERIMPOSE.

Nama Najib Razak kini sudah disemadikan sebagai roti canai kosong oleh seorang peniaga roti canai di negara kita.

Roti canai Najib maknanya roti kosong.. roti tanpa telur.

Ini berikutan apa yang admin diberitahu ialah ekoran gelagat Najib Razak yang amat takut dengan DSAI sejak dicabar berdebat dulu dan berhujah serta berbahas mengenai isu bajet 2013 di Parlimen hari Isnin 1hb Oktober 2012 yang lalu.

ADAKAH PENJENAMAAN ROTI NAJIB KEPADA ROTI CANAI INI SATU PENGHORMATAN ATAU PENGHINAAN?

APAKAH PARA PENYOKONG, PENDOKONG, AHLI DAN PENGANUT UMNO BERASA BANGGA DAN MEGAH ATAU BERASA MALU?

Suaram: Sepina akhirnya diserah pada saksi Scorpene

Posted: 02 Oct 2012 06:29 PM PDT

NONESuaram berkata sepina akhirnya telah disampaikan kepada salah seorang daripada saksi-saksi yang dicadangkan oleh badan hak asasi manusia itu untuk membantu siasatan kehakiman Perancis berhubung dakwaan tuduhan rasuah dalam pembelian dua kapal selam Scorpene daripada syarikat pertahanan laut Perancis, DCNS.

"Siasatan itu sedang berjalan dan kami telah dibenarkan untuk memaklumkan kepada anda bahawa sepina pertama telah sampai kepada saksi pertama.

"Tetapi buat masa ini, saya tidak boleh memberitahu anda siapakah saksi itu atau bila sepina itu diserahkan. Kami perlu mengikuti prosiding mahkamah dan hanya boleh memetik nota mahkamah," kata ahli sekretariat Suaram, Cynthia Gabriel (kiri) di sebuah forum di Petaling Jaya malam tadi.

Jun lalu, Suaram berkata peguamnya di Perancis sedang dalam proses menyampaikan sepina kepada Jasbir Singh Chahl, yang dikatakan menjadi orang penting dalam pembelian kapal selam Scorpene itu.
Read More / Baca Lagi >>

Bajet vs Belanjawan: Bermulanya era baru 2013?

Posted: 02 Oct 2012 06:28 PM PDT

Pendahuluan
Bajet 2013 yang dinanti-nantikan telahpun dibentangkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 April 2012, dua hari selepas Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat (Pakatan). Temanya "Memakmur Negra, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati" berorientasikan pemberian sumbangan wang secara one-off seumpama "ole-ole" menjelang pilihan raya adalah berbeza dengan belanjawan PAKATAN bertema "Ekonomi Rakyat, Negara Berkat" yang bersifat mereformasikan ekonomi negara supaya mengembalikan asas kebijakan ekonomi kepada rakyat, memacu pertumbuhan dan pengagihan kekayaan yg saksama.

Dalam pembentangan Bajet Barisan Nasional (BN), Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dijangka mencapai pertumbuhan dalam lingkungan antara 4.5 hingga 5.5 peratus manakala PAKATAN menjangkakan perkembangan 5.2 peratus pada tahun 2013. Dari segi defisit pula, PAKATAN lebih berdedikasi untuk menurunkan desifit ke kadar 3.5 peratus berbanding dengan BN yang mensasarkan 4 peratus. PAKATAN bertekad menghapuskan gejala rasuah dan penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan di samping menangani perkara seperti monopoli, kartel dan penyusun semula peranan kerajaan dalam perniagaan, lantas menyakinkan pencapaian penurunan defisit yang lebih rendah daripada yang dijangka oleh BN. Sebaliknya, Kerajaan BN terus mengambil pendekatan yang sama dengan hanya memberi tumpuan kepada jenis pemberian tanpa mengambil kira senario ekonomi antarabangsa dan keupayaan domestik, lebih-lebih lagi mengabaikan pembaharuan dasar bagi menangani "penyakit kronik" yang kini dihadapi oleh Kerajaan BN – kepincangan struktur ekonomi, pemborosan dan ketirisan terutamanya dalam pentadbiran kerajaan.

Angkat pembaharuan ekonomi, tolak perbelanjaan ghairah
Read More / Baca Lagi >>

Bajet 2013 tidak selesaikan masalah jangka panjang isu perumahan mampu milik, kata pemaju hartanah

Posted: 02 Oct 2012 06:26 PM PDT

GEORGETOWN, 3 OKT — Bajet 2013 boleh menangani beberapa isu perumahan mampu milik untuk pemilik rumah kali pertama sekarang akan tetapi ia bukan satu penyelesaian jangka panjang untuk negara, kata pemaju hartanah.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mencadangkan untuk menaikkan kelayakan siling pendapatan isi rumah bulanan kepada RM10,000 daripada RM6,000 dan beberapa syarat untuk membeli rumah-rumah bernilai sehingga RM400,000.
"Langkah-langkah ini mungkin baik untuk membantu pembeli kali pertama untuk membeli rumah pertama mereka sekarang tetapi tidak ada mekanisme untuk melindungi pembeli masa depan yang akhirnya akan menanggung beban keadaan yang hanya akan memburukkan lagi pada masa akan datang," kata Exco Persatuan Harta Tanah dan Pemaju Perumahan Malaysia (Rehda) Datuk Jerry Chan kepada The Malaysian Insider.
Beliau berkata selain memperkenalkan langkah-langkah jangka pendek untuk isu ini, Putrajaya harus melihat model rumah pangsa Lembaga Pembangunan Perumahan Singapura (HDB).
"Di Singapura, sekali pemilik flat HDB 'menjadi lebih besar' unitnya, dia perlu menjual kembali kepada kerajaan di mana unit itu akan kembali kepada orang-orang yang layak bagi flat HDB," tambah beliau.
Dalam kes semasa Malaysia, pembeli rumah pertama mungkin mampu membeli perumahan mampu milik dibina dilaksanakan oleh PR1MA bawah peruntukan RM1.9 billion tetapi beberapa tahun akan datang, pemilik ini akan meraih keuntungan yang tinggi menjual rumah tersebut mengikut nilai pasaran.
Read More / Baca Lagi >>