Selasa, 2 Oktober 2012

dollah yankee

dollah yankee


Woitt..! bila lagi nak panggil?

Posted: 02 Oct 2012 07:28 AM PDT


Melihat kepada jadual pemberian 'gula-gula' yang berbentuk wang tunai kepada rakyat dalam bajet tahun depan yang diumumkan, gurkah-gurkah politik di'port' tetap mempertahankan kenyataan mereka mengatakan pilihanraya umum ada lah pada bulan Mac tahun depan (walaupun Anwar menjangkakanya pada tahun ini).

Bonus untuk orang-orang yang kerja dengan 'gomen' akan dibayar pada bulan disember ini dan juga pada bulan Januari tahun 2013. 

Pada bulan Januari tahun depan juga bantuan 100 ringgit untuk budak-budak sekolah akan dibuat, 250 ringgit bantuan voucer buku 1malaysia, 500 ringgit dan lain-lain bantuan lagi semuanya akan mula dibayar pada bulan janauri tahun depan. Jadi bulan januari dan Februari tahun depan ada lah bulan yang cukup sibuk, cukup padat dan ketat, so mustahil lah 'election' akan jatuh pada bulan satu atau bulan dua. 

Menurut kira-kira gurkah-gurkah ini lagi, kalau duit-duit itu berjaya dihabis 'bagi' pada bulan Januari maka sesuai sangatlah kalau parlimen dibubar pada bulan Februari. Tetapi bulan Februari pula sudah 'Kong He Fatt Choy' daaa ... ramai cina-cina cuti raya ... apa-apa pun nampak gayanya Najib kena lah tunggu sampai bulan tiga, kalau 'tok bomo' Najib kata elok kalau buat 'election' pada bulan April, gurkah-gurkah ini kata payah dan susah sebab yang pertama cina-cina kata 4 atau 'si' bermaksud mati, dia tentu tak mau mati, yang kedua pula dalam masa empat bulan duit yang di 'bagi' itu semua sudah habis, dan rakyat semua akan mula lupa kepadanya dan BN/umno dan mereka akan kembali  semula beralih arah kepada Anwar Ibrahim, kepada TG Nik Aziz, kepada Guan Eng dan kepada Pakatan Rakyat.
Jadi, mau atau tidak, suka atau benci  dia kena panggil pada bulan tiga ...

dollah yankee -
Kesihan dengan Najib, dia betul-betul berharap orang akan undi BN/umno ...

Tiada ulasan: