MIMPI SENJA |
Suruh bini Hishamuddin berjalan sendiri di tempat terpencil dulu Posted: 02 Oct 2012 09:31 PM PDT KUALA LUMPUR- Rakyat akan rasa selamat kalau menteri berani suruh isterinya berjalan seorang diri di sudut terpencil kawasan letak kereta kompleks beli belah, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. "Suruh isteri (Menteri Dalam Negeri Datuk Seri) Hishammuddin (Hussein) jalan seorang diri di sudut terpencil di kawasan letak kereta kompleks membeli belah. "Kalau isteri dia berani buat begitu, baru menteri itu boleh cakap hendak menumpukan usaha mewujudkan rasa selamat di kalangan masyarakat," katanya. Hishammuddin hari berkata, indeks jenayah tidak lagi menjadi keutamaan dalam fasa kedua Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) jenayah oleh kerana kerajaan akan memfokuskan kepada persepsi rakyat berkenaan dengan jenayah. Menurut beliau, kerajaan akan memastikan kebimbangan orang ramai terhadap peningkatan jenayah akan dapat dikurangkan. Mengulas lanjut, Mohamad berkata, tidak mungkin rasa selamat yang hendak diwujudkan oleh Hishammuddin itu boleh berjaya kalau bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pun tidak percaya indeks kadar jenayah yang cuba disogokkan oleh kerajaan. Malaysian Insider sebelum ini melaporkan Musa berkata, kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan beliau meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai. "Bukan sahaja Musa, bank pun takut akibat peningkatan kadar jenayah," kata Mohamad lagi. Sebelum ini, bank-bank dilaporkan hendak membatalkan penempatan mesin-mesin ATM mereka di pusat-pusat membeli belah, pasaraya dan stesen-stesen minyak. Mereka mengambil keputusan itu kerana tidak tahan menghadapi siri-siri samun dan rompak yang berprofil tinggi. "Bila bank buat keputusan begitu, ia bukan sahaja menafikan kemudahan yang dinikmati orang ramai selama ini, tetapi lebih dari itu, ia memburukkan lagi persepsi rakyat terhadap kadar jenayah. "Kalau begitu realitinya, persepsi apa yang Hishammuddin hendak tumpukan dan rasa selamat apa yang beliau hendak wujudkan?" Mohamad terus mempersoalkan. Beliau juga hairan mengapa Hishammuddin "suka cakap merapu". "Bekas Ketua Polis Negara kata jenayah meningkat, bank-bank takut dengan rompak dan samun malah menteri pun kata para pelabur asing juga bimbang dengan keadaan keselamatan di negara ini, tiba-tiba Hishammuddin kata nak wujudkan rasa selamat. "Kenapa dia suka cakap merapu?" Mohamad terus mempertikaikan. Sebelum ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa para pelabur asing bimbang dengan keadaan keselamatan di negara ini. -harakahdaily |
Najib kena teruk di Twitter #tanyanajib Posted: 02 Oct 2012 05:35 AM PDT Tanpa segan silu dan rasa malu, perdana menteri Najib nampaknya terus meniru strategi Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam hampir semua segi termasuk menggunakan media internet. Belum cukup dengan tindakannya mengambil dan meniru satu-persatu idea dari Buku Jingga yang ditawarkan Pakatan Rakyat, kali ini Najib benar-benar terdesak meraih sokongan terutamanya golongan muda di saat siri kecaman berterusan terus dikenakan ke atasnya gara-gara tidak berani hadir semasa sesi perbahasan bajet oleh Anwar yang dibentangnya sendiri Jumaat lalu. Dengan meniru idea Anwar menggunakan platform maya Google Hangout bulan lalu, Najib juga akan menggunakan kaedah yang sama tetapi dengan sedikit perbezaan. Anwar tidak langsung menggunakan hashtag (#) untuk sebarang persoalan dalam sesi tersebut sedangkan Najib mewajibkan sebarang pertanyaan yang diajukan kepadanya haruslah menggunakan hashtag #tanyanajib seperti yang pernah digunakannya di laman sosial Twitter tahun lalu. Bagaimanapun belum sempat sesi tersebut berlangsung, hashtag tersebut kini menjadi bahan ketawa dan lelucon pengguna Twitter di seluruh dunia yang meletakkan hashtag itu untuk menyindir Najib. Antara mesej tertera yang cukup 'menghiris hati' Najib dan membuatkan kita ketawa apabila membacanya adalah: @farriseffendy #TanyaNajib pakai minyak rambut apa? #TanyaRosmah Seorang lagi pengguna menempelak Najib kerana ponteng sesi di Parlimen semalam semasa Anwar membahaskan bajet BN itu. @iAMazmar kenapa kamu dan menteri² kabinet kamu ponteng semalam ?#TanyaNajib Manakala seorang lai pengguna menyindir Najib dengan mengatakan bahawa isteri Rosmah Mansor itu sebagai 'pengikut' Anwar! @tHeErvyNa FYI , sebelum ni msa bulan puasa DS Anwar da buat Google Hangout .. skrang PM pun nk buat #TanyaNajib, follower lah tuhh .. hehe Satu lagi mesej yang membuatkan kita ketawa adalah berkenaan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang ditempelak pengguna yang bertanyakan bilakah hospital bahagia akan dinaik taraf untuk kegunaan Keng Liang! @mikichoo @tankengliang #TanyaNajib bila upgrade hospital bahagia for you to go back @NajibRazak Dan soalan di bawah ini pastinya tidak akan dijawab Najib Altantuya! @ABMsaiful Berapa perbelanjaan untuk Tuan dan Isteri dalam masa sebulan?#TanyaNajib -PASPB |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan