Nuffnang

Pengikut

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

0
sumber :-

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


MALAM INI (28 OGOS) YB NURUL IZZAH DI BALOK DAN MAHKOTA AMAN, KUANTAN

Posted: 27 Aug 2012 09:21 AM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

KUNJUNGAN Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Naib Presiden KEADILAN, YB Nurul Izzah ke Kuantan hari ini (28 Ogos 2012) pasti dinantikan oleh semua.  Bermula dengan Jamuan Hari Raya di Keratong 8, Rompin jam 2.00 petang, seterusnya ke Jamuan Teh di Peramu Jaya, Pekan jam 5.00 petang amat dinantikan setelah sebulan aktiviti politik dikurangkan sempena bulan Ramadhan yang lalu.

Kemuncak yang dinantikan oleh rakyat sekitar Kuantan adalah program ceramah oleh anak sulung DS Anwar Ibrahim ini di dua lokasi iaitu di Putra Balok dan juga di Taman Seri Mahkota Jaya, Batu 11, Kuantan.  Sebelum itu, beliau akan bersama penduduk Kuantan di dalam jamuan makan malam di Restoren Mexica, Kuantan jam 07.30 malam.


Sudah tentu banyak isu yang akan didedahkan oleh YB Nurul Izzah kepada rakyat Pahang.  Kajian sesetengah pihak yang menjangkakan bahawa Pahang tidak akan dapat ditawan oleh PR nampaknya menaikkan semangat PR di negeri ini untuk menggandakan usaha agar jangkaan mereka meleset samasekali.  KEADILAN Pahang bersama-sama rakan di dalam PR tidak pernah terpengaruh dengan kajian akademik tersebut.

Sebelum ini, kesemua pimpinan utama KEADILAN telah beberapa kali berkunjung ke Pahang termasuk kunjungan Ketua Umum sendiri yang kerap ke Pahang.  Bahkan, pada 31 Ogos ini DS Anwar Ibrahim akan ke Pahang untuk Program Jamuan Hari Raya di Benta pula.  Begitu juga beliau akan ke Lipis/Bentong untuk program yang sama.  YB Azmin Ali, Timbalan Presiden juga telah berkunjung ke Pahang sebelum ini.  Ini membuktikan Pahang tidak terkecuali dari sasaran PR untuk ditawan di dalam PRU akan datang.

Apa yang perlu kini adalah sokongan rakyat.  Rakyat Pahang harus bangkit untuk melakukan perubahan terutamanya rakyat yang berada di kawasan Felda yang semakin jelas merasakan mereka seringkali tertipu dan dipermainkan.  Amat malang sekali jika Pahang kembali ke tangan Bn angkara para peneroka yang masih tidak sedar bahawa mereka telah terpedaya dengan curahan wang ringgit sedangkan nasib dan masa hadapan jenerasi mereka tergadai.

Penduduk-penduduk di sekitar bandar dan luar kawasan felda kini telah berubah.  Hanya para peneroka sahaja akan menjadi penentu samada Pahang layak bertukar kerajaan.  Pahang tidak akan berubah kerajaan selagi rakyat buta maklumat yang sahih.  Justeru itu, marilah kita bersama-sama hadir di dalam setiap program ceramah anjuran PR bagi mendapatkan maklumat untuk kita fikirkan bersama./wfauzdin.blogspot.com

JIKA MENJADI PM, ANWAR TIDAK MENETAP DI PUTRAJAYA

Posted: 27 Aug 2012 01:19 AM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

HAMPIR menjadi kenyataan, Anwar akan menjadi PM selepas PRU ke 13 tidak beberapa lama lagi.  Ini adalah melihat kepada perkembangan semasa yang amat menggalakkan, dan perkembangan baik ini boleh dilihat sewaktu kita menyambut Hari Raya Eidul Fitri baru-baru ini yang rata-rata balik ke kampong tidak lekang dari bercerita meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat rejim Umno tumbang buat pertama kalinya di dalam sejarah negara.


Rakyat menanti tokoh ini memimpin negara

Anwar di dalam kenyataannya sewaktu Majlis Rumah Terbuka KEADILAN Bukit Gantang membuat pengakuan tidak akan menetap di Putrajaya sekiranya, InsyaAllah, beliau ditakdirkan menjadi PM bagi menggantikan PM yang penuh masalah iaitu Najib.  "Bil elektrik di tempat itu terlalu tinggi," kata Anwar.

Kita tidak hirau samada Anwar mahu menetap di Putrajaya atau tidak, asalkan bukan dari spesis Umno yang banyak mencekik darah rakyat.  Jika pemimpin yang adil dan tahu kesusahan rakyat, rakyat tidak menghiraukan pemimpin mereka mewah.  Contohnya di Brunei, rakyat tidak kisah penguasa mereka hidup mewah kerana rakyat mereka juga tidak susah dan melarat.

Persoalan rakyat sekarang bukan kerana pemimpin itu kaya atau hidup mewah, tetapi persoalannya kemewahan mereka adalah dari hasil mencekik darah rakyat.  Duit rakyat dibaham untuk membela lembu, tetapi lembu tidak ada yang ada hanyalah kondo dan tanah menjadi milik mereka.  Pemimpin bermewah bersama isterinya membeli belah, semua kos ditanggung oleh rakyat, sedangkan rakyat umpama peminta sedekah mengharapkan BR1M dan terpaksa mengisi minyak yang rendah kualitinya kerana harga minyak yang terlalu mahal.  Di Brunei, rakyat setaraf dengan pemimpin menggunakan minyak berkualiti tinggi.  Di sana tiada minyak Ron 95.  Bagi kerajaan Brunei harta kekayaan negeri mesti dirasai oleh rakyat terlebih dahulu.

Sudah sampai masanya rakyat melakukan perubahan dan perubahan ini tidak lama untuk kita buat penilaian iaitu hanya lima tahun sahaja sebelum kita memikirkan samada kerajaan yang baru nanti patut dikekalkan atau tidak.  Kelemahan kita terutamanya orang-orang Melayu adalah takut untuk melakukan perubahan sebab itulah negara kita semakin mundur berbanding dengan negara luar yang sentiasa ingin melihat perubahan ke atas negara mereka.

Marilah kita beri peluang kepada Anwar untuk menggalas tanggungjawab sebagai PM setelah beliau berjaya buktikan kegemilangannya sewaktu beliau menjadi TPM dan Menteri Kewangan dahulu.  Sehingga kini, tiada satu rekod atau kes pun yang berjaya membuktikan Anwar dahulu seorang perasuah atau memiliki kekayaan yang hebat./wfauzdin.blogspot.com


bumiperak

0
sumber :-

bumiperak


Musa Hitam: "Kalau Saya Lawan Mahathir, Saya Akan Dituduh Homoseks"

Posted: 27 Aug 2012 07:11 PM PDT

Tun Musa: "kalau saya lawan, maka saya pasti akan dituduh seorang homoseksual malahan mengadakan hubungan seks dengan binatang dan lain-lain. Kamu tidak kenal dia (Dr. M) sepertimana saya. Pada masa itu juga saya tidak ada kekuatan kewangan. Duit semua dipegang oleh Daim."

Hari Raya Kedua: Bertemu Tun Musa Hitam

Pada Hari Raya kedua, seperti kebiasaan saya bersama keluarga beraya di rumah Bapa Saudara saya iaitu Dato Zaidan Othman. Beliau adalah adik lelaki ibu saya. Semua ahli keluarga berkumpul di situ termasuklah abang saya Tan Sri Shahrir bersama bapa serta emak saudara dan sepupu saya.

Walaupun hubungan kekeluargaan kami semua adalah baik, seperti biasa, mereka yang pro-PR akan lebih bersama saya dan yang sebaliknya akan lebih bersama dengan abang saya. Hanya kali ini ada sedikit kelainan apabila muncul Tun Musa Hitam dan keluarganya bersama!

Rupa-rupanya Tun Musa Hitam adalah kawan baik Bapa Saudara saya Dato Zaidan. Tun merupakan pengapit semasa Dato' Zaidan bersanding dan adalah junior setahun kepada beliau. Katanya, semasa kelam kabut pada hari persandingan, Dato Zaidan terlupa mengikat tali kasutnya dan beliau terpaksa melutut untuk mengikatkan tali kasut sahabatnya itu.

Malahan, seperti kebiasaan pada masa itu, pengapit terpaksa bermalam bersama dengan bakal pengantin lelaki pada malam sebelum persandingan! Takut pengantin lelaki lari kut?

Tun juga turut bersalaman dengan saya dan duduk di kerusi bersebelahan saya. Dia menceritakan hal dirinya dan menyatakan bagaimana pada tahun 1986 merupakan tahun yang amat mencabar bagi dirinya. Penceraiannya dengan isterinya yang dari berasal dari Peru dan juga tekanan politik yang terpaksa beliau hadapi sungguh hebat. Saya pun terus bertanya, "mengapa Tun berundur dan tidak melawan apabila Dr. Mahathir berusaha menjatuhkan Tun?".

Tun Musa menjawab dengan nada yang selamba, "kalau saya lawan, maka saya pasti akan dituduh seorang homoseksual malahan mengadakan hubungan seks dengan binatang dan lain-lain. Kamu tidak kenal dia (Dr. M) sepertimana saya. Pada masa itu juga saya tidak ada kekuatan kewangan. Duit semua dipegang oleh Daim."

Selepas makan dan sebelum Tun ingin meninggalkan rumah bapa saudara saya, beliau menguatkan suaranya dan berkata secara seloka, "saya tidak tahu apa yang akan berlaku dalam pilihan raya yang akan datang, tetapi di Lembah Klang saya ingin melihat kamu menang", sambil menunjuk ke arah diri saya, "dan di Johor pula, Shahrir seorang sahaja yang menang!"

Kami semua yang mendengarnya tergelak. "Shahrir seorang sahaja (dari BN) menang?" tanya saya. "Itu sudah pasti tidak senang didengari oleh Dr. Mahathir!" kata saya lagi. Tun tersenyum dan berkata, "I won't tell you who I voted for in the last election".

Zaman berubah seperti juga manusia.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


Bekas KPN berbohong - Musa Hassan nafi kenal tokoh kongsi gelap Tengku Goh

Posted: 27 Aug 2012 10:51 PM PDT


  • Hafiz Yatim & Victor WS Tan
  • 1:40PM Ogos 28 2012
 
NONEBekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hasan berbohong apabila menafikan pernah berhubung dengan tokoh kongsi gelap Goh Cheng Poh dan BK Tan semasa masih berkhidmat, kata bekas pegawai kanan polis.

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusuff berkata, terdapat bukti dikumpulkan pasukannya, akuan bersumpah yang tidak dicabar dan pengakuan mahkamah membuktikan sebaliknya.

Tambahan pula, tambahnya, dalam perbicaraan dakwaan salah guna kuasa terhadapnya di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Musa diputuskan bukan saksi yang boleh dipercayai untuk memberi keterangan.

"Musa saksi terakhir untuk memberikan keterangan dalam kes salah guna kuasa yang didakwa terhadap saya.

"Hakim Supang Lian mendapati kenyataannya bertentangan dengan pengakuan tujuh pegawai polis bawahnya. Oleh itu, hakim menolak pengakuan Musa sebagai tidak boleh dipercayai," kata Ramli (kiri).

"Di sini, kita ada hakim junior yang mengeluarkan kenyataan itu terhadap IGP yang sedang berkhidmat. Ini memalukan pasukan polis," katanya ketika diwawancara Malaysiakini.

Hakim berkata demikian pada tahun 2009 apabila membebas dan melepaskan Ramli tanpa memanggilnya untuk membuat pembelaan. Ramli dibersihkan daripada lima pertuduhan yang didakwanya direka-reka.

Musa dalam wawancara dengan Malaysiakini pada Mei lalu menafikan mengenali Goh yang juga dikenali sebagai Tengku Goh dan BK Tan - yang didakwa mendapat sokongan Musa ketika menjadi ketua polis Johor. - Malaysiakini

HUDUD : "Saya tak kata macam tu ..." - Mat Sabu , merujuk kepada laporan Sin Chew Daily

Posted: 27 Aug 2012 09:40 PM PDT

August 28, 2012

KUALA LUMPUR, 28 Ogos — Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu menafikan laporan muka depan akhbar Sin Chew Daily hari ini yang memetik beliau sebagai berkata, PAS akan melaksanakan hudud jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya.

Mohamad yang mesra dengan panggilan Mat Sabu menjelaskan, semasa wartawan Sin Chew Daily menghubungi beliau melalui telefon, perkataan tentang hudud langsung tidak disebut oleh beliau.

"Saya diberitahu oleh seseorang kenalan berbangsa Cina, Sin Chew Daily lapor kenyataan yang berbeza daripada apa yang saya sebut.


"Ketika wartawan surat khabar itu (Sin Chew Daily) menghubungi saya, perkataan tentang hudud langsung tidak keluar.
"Mungkin dia (wartawan) tak faham sangat Bahasa Melayu," kata Mohamad (gambar) ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi.

Tambah Mohamad, beliau sudah berkali-kali menegaskan bahawa sebarang perubahan yang ingin dibawa PAS mestilah melalui parlimen dan tidak bercanggah dengan perlembagaan persekutuan.

"Apa sekalipun yang ingin dibuat oleh PAS, perlu mendapat persetujuan PR.
"Kami (PAS) tetap dengan perjanjian yang telah dipersetujui oleh kesemua parti dalam PR," katanya.

Isu hudud menjadi pertikaian diantara PAS dan DAP semenjak PR ditubuhkan pada tahun 2008.
Baru-baru ini, pengerusi DAP, Karpal Singh dan bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa bertelagah secara terbuka didalam media dalam isu hudud.

Sebelum ini, MCA Kedah turut menafikan laporan akhbar Sinar Harian yang menyatakan mereka menyokong pelaksanaan hudud dan meminta PAS menyertai Barisan Nasional.

Pengerusinya, Datuk Chong Itt Chew mendakwa wartawan Sinar Harian memutarbelitkan kenyataannya.
"Itu sama sekali tidak benar. Saya menerima panggilan telefon dari wartawan Sinar Harian yang mahukan respon saya tentang kenyataan Tun Dr Mahathir terhadap kerjasama PAS dan Umno dalam pilihanraya akan datang dan apa pendirian MCA dalam isu ini.

"MCA negeri sentiasa mengikut arahan dari ibu pejabat, dan kami tidak akan menerima hukum hudud untuk dijadikan undang-undang di negara ini," kata beliau kepada The Malaysian Insider baru-baru ini.

Sebelum PR ditubuhkan, PAS, PKN (kini PKR) dan DAP pernah bersama dengan gabungan yang digelar Barisan Alternatif (BA) ditubuhkan menjelang pilihan raya umum (PRU) 1999.

PRU 1999 menyaksikan negeri Terengganu jatuh ketangan PAS dan Kelantan berjaya dikekalkan oleh parti tersebut.

DAP menarik diri daripada BA selepas presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang pada ketika itu menteri besar Terengganu mengumumkan Dokumen Negara Islam turut menyentuh tentang pelaksanaan hudud. -TMI

MAA [Persatuan Automotif Malaysia] sokong Kempen Turunkan Harga Kereta

Posted: 27 Aug 2012 08:52 PM PDT

KUALA LUMPUR 28 Ogos 2012 : Dasar Automatif Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga kereta seperti dirancang KEADILAN menerusi Kempen Turunkan Harga Kereta mendapat sokongan Presiden Persatuan Automatif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad.

Mengalu-alukan sokongan itu, Pengarah Komunikasinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kenyataan MAA bahawa harga kereta patut diturunkan berperingkat-peringkat seiring dengan kenyataan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Anwar menegaskan penurunan ini akan dibuat secara berperingkat-peringkat selama lima tahun bagi mengelakkan harga kereta sedia ada dan terpakai merudum.

"Beliau turut menyatakan kerajaan Pakatan Rakyat nanti akan mengadakan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan termasuk institusi kewangan, pembuat dan penjual kereta sebelum sebarang penurunan duti eksais di dalam Belanjawan Persekutuan setiap tahun," katanya dalam kenyataan.

Nik Nazmi berkata, pelancaran Kempen Turunkan Harga Kereta dibuat kerana KEADILAN merasakan ia adalah cara efektif dan segera untuk menaikkan pendapatan isi rumah rakyat Malaysia.

Menurutnya, angka-angka dari pelbagai sumber termasuk Kaji Selidik Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Awam 2009 yang diterbitkan Jabatan Statistik mencatatkan beberapa fakta yang merisaukan seperti di bawah:

i) 53 peratus daripada isi rumah di Malaysia mempunyai pendapatan bawah RM3,000 sebulan;
ii) 71.9 peratus daripada isi rumah di Malaysia memiliki atau menggunakan kereta;

iii) Nisbah hutang isi rumah kepada KDNK di Malaysia telah meningkat 33 peratus pada 1997 kepada 78 peratus pada 2011, iaitu lebih tinggi bagi tahap pendapatan perkapita negara;

iv) Kadar hutang isi rumah kepada KDNK adalah 140 peratus pada 2011, lebih tinggi dari Singapura (105%), Thailand (53%) dan Indonesia (38%);

v) Jumlah hutang daripada kereta peribadi merupakan jumlah hutang kedua terbesar selepas rumah kediaman sebanyak RM134.2 bilion pada akhir Mei 2012; dan

vi) Jumlah hutang daripada kereta swasta telah meningkat sebanyak RM16 bilion atau 14 peratus dalam 18 bulan, berbanding RM118 bilion pada November 2010.

Kata Nik Nazmi, penurunan harga kereta lebih rendah bermakna pinjaman untuk pembiayaan juga rendah.
"Rakyat Malaysia tidak akan menghabiskan begitu banyak pendapatan isi rumah mereka untuk membayar pinjaman di mana sebahagian besarnya adalah cukai kerajaan," ujar beliau
.
Sebaliknya, beliau berkata, pengguna akan mempunyai pendapatan boleh guna lebih tinggi yang akan meningkatkan kualiti kehidupan mereka dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi lebih pesat.

Tambah beliau, KEADILAN akan mengadakan forum di seluruh negara bermula September ini sempena kempen tersebut.

"Kami turut bercadang menjemput MAA dan berharap mereka dapat hadir bagi berkongsi idea tentang isu penting ini," katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=35033

Kisah Neil Amstrong dengar laungan Azan di bulan dan peluk Islam

Posted: 27 Aug 2012 09:38 AM PDT



Saje aku nak berkongsi kisah ni agar dijadikan panduan kepada kita tentang kebesaran Allah . Sejauh mana kebenaran cerita ni aku tidak  tak  tahu.

Neil Armstrong dikatakan adalah orang yang pertama mendarat di bulan. Neil pergi ke bulan menggunakan pesawat angkasa USA bernama Apollo, bersama rakannya Buzz Aldrin. Pergi ke bulan merupakan perkara yang amat menakjubkan bagi Neil. Panorama dan pengalaman tersebut tidak akan pernah luput di dalam pemikiran Niel.


30 Tahun telah berlalu, ketika itu Neil mengambil keputusan untuk bercuti. Dia banyak menghabiskan masa cutinya di Mesir dan ini merupakan kali pertama beliau mengunjungi Kairo. Ini merupakan pengalaman baru Neil mengunjungi dunia Islam dalam rangka lawatannya mencari hiburan dan menenangkan fikiran setelah penat menghabiskan masanya untuk bekerja.

Apa yang berlaku di Mesir, Niel bersama rakan-rakannya yang lain sampai ke sebuah hotel yang terletak di tengah Kota Kairo. Setelah mengurus pendaftaran untuk menginap di hotel tersebut, dengan perlahan dia menuju ke bilik hotelnya untuk berehat setelah penat menempuh perjalanan yang jauh dari Amerika menuju ke Kairo. Ketika Niel berbaring di tempat tidurnya, tiba-tiba terdengar seruan Azan.

Allahuakbar... Allahhhuakbar..

ketika Niel mendengar seruan tersebut, dia teringat sesuatu bahawa dia pernah mendengar seruan ini. Niel cuba meneliti kembali di manakah dia mendengar seruan ini. Niel cuba mengingat kembali apa yang dilaluinya sebelum ini tetapi dia tetap tidak mampu untuk mendapat jawapannya.

Kemudian dia duduk, berdiri dan berjalan mundar mandir sambil mengambil makanan ringan sebelum turun ke tingkat bawah untuk makan malam.

Ketika Niel sedang menjamu selera sambil berborak dengan rakan-rakan sejawatannya dia sekali lagi terdengar kumandang azan dari salah satu menara masjid yang berdekatan dengan hotel tersebut. Dia terdiam sejenak dan cuba mengingati kembali dimanakah dia pernah mendengar seruan ini. Dia cuba menghayati kalimat azan.

Dia kemudian memanggil pelayan restoran dan bertanya dengannya "Adakah kamu boleh berbahasa Inglish?"

Si pelayan menjawab : "Ya boleh sedikit-sedikit"

Niel tersenyum & berkata : "Seruan apa yang kedengaran sebentar tadi?"

Pelayan itu kemudian menjawab : "Maaf saya tidak faham apa yang dimaksudkan oleh tuan"

Neil kemudian menyebut : "Allahu akbar.. Allahu Akhbar"

Pelayan itu kemudian berkata : "Itu panggilan untuk bersolat, panggilan kepada seluruh kaum muslimin untuk pergi ke masjid untuk melaksanakan solat dan ianya berlaku 5 kali sehari"

Niel pun mengucapkan terima kasih kepada pelayan tersebut atas penjelasannya dan kemudia dia menyambung makan malamnya sambil duduk diam tanpa berkata apa-apa. Tiba-tiba dia bangkit dan meninggalkan rakan-rakannya lalu naik menuju ke kamarnya sambil duduk berfikir. "Aku pasti mendengar salah satu filem yang pernah aku tonton" sejenak dia berfikir "ataupun mungkin di tempat lain?"

"Ah tidak, bukan filem!!..  aku mendengar dengan telinga ku sendiri yang bergema di udara, tetapi di mana?" dia mengelamun memikirkan seruan tersebut sehingga ketiduran. Ketika fajar menjelma, Neil terbangun dan sekali lagi dia mendengar seruan azan.

Allahu akhbar... Allahhuakbar...

Dia pun segera bangkit, duduk di tepi beranda dan cuma mengamati seruan azan tersebut. Neil teringat kembali apa yang berlaku 30 tahun lalu yang merupakan tempoh gemilang dalam hidupnya. Ketika itu dia merupakan salah satu astronot kapal angkasa USA yang juga merupakan kapal angkasa USA yang mampu mendarat ke bulan. Tiba-tiba dia sedar... "Ya.. di sanalah aku mendengar seruan ini untuk pertama kalinya dalam hidupku".

Kemudian dia berseru dalam bahasa Inglish tanpa sedar, "Wahai tuhan yang maha suci, ya tuhan, benar aku ingat bahawa di sanalah iaitu di permukaan bulan buat kali pertama aku mendengar seruan tersebut dan kini aku mendengarnya di Kairo iaitu di bumi"

Dalam hatinya berharap untuk mendengar seruan itu lagi. Dia mengelamun sehingga pagi dengan harapan dia dapat mendengar seruan itu lagi. Tetapi seruan yang ditunggu tidak kunjung tiba.

Akhirnya dia bangkit dari tempat tidurnya dan bersiap untuk sarapan pagi. Dia kemudian terus keluar bersama rakan-rakanya manakala seluruh panca inderanya begitu sensitif untuk mendengar seruan itu lagi. Dia ingin meyakinkan dirinya dan memberitahu rakan-rakannya yang lain mengenai apa yang dialaminya.

Rombongan kemudian melawat di sebuah muzium Fir'aun dan pada ketika itu dia mendengar lagi laungan azan yang mengalun merdu dengan irama yang indah dari sebuah pembesar suara yang boleh di dengar seluruh pelawat di mezium. Neil kemudian meninggalkan rombongannya dan berjalan menuju ke arah seruan itu sambil mengamatinya. Dia kemudian memanggil rakannya "apakah awak dengar apa yang saya dengar"

"Ya" jawab mereka.

"Tahukah anda semua di mana aku pernah mendengar seruan ini sebelum ini? Aku mendengarnya di permukaan bulan pada tahun 1969."

Rakanya kemudian memanggil Neil "Mr. Armstrong, mari kita ke sana untuk berbicara sebentar". Kemudian mereka berdua pergi ke salah satu sudut dan mulai berbincang mengenai perasaan anehnya.

Tidak lama kemudian.. Neil meninggalkan rombongan dan mengambil teksi dan terus pulang ke hotel, diwajahnya kelihatan kemarahan dan emosi yang berkecamuk. "Bagaimana mungkin dia berkata bahawa aku mengada-ngada dan mereka-reka cerita serta aku telah gila." fikirnya.

Neil berdiri di biliknya selama dua jam sambil dan kemudian baring sambil menunggu seruan itu berkumandang semula... Pada ketika itu seruan azan bergema..

Allahu Akhbar.. Alllahhhuakhbar...

 Neil bangkit dan berdiri di jendela untuk mengamati azan itu semula. Kemudian dia berkata, "Tidak, aku belum gila, aku tidak gila, aku bersumpah demi tuhan bahawa inilah yang aku dengar di permukaan bulan."

Neil turun lambat untuk menikmati hidangan kerana tidak mahu bersua muka dengan rakannya.

Perkara ini berlangsung sehingga hari terakhir tempoh lawatan tersebut. Kesemua rombongan balik semula ke Amerika.

Di Amerika, Neil berusaha mendalami ilmu agama Islam, pada ketika itu dia mulai tertarik dengan Islam. Akhirnya, beberapa bulan kemudian, dia mengumumkan dia masuk Islam secara rasmi dan pada masa yang sama dalam wawancara dia menyatakan dia masuk islam kerana dia telah mendengar azan dengan telinganya sendiri di permukaan bulan.

Asyahadua an laaa ilaaha illallahhhhh
Wa Asyhadu anna muhammadar Rasullallahhhh..

Tidak lama kemudia, dia menerima sepucuk surat dari NASA, surat itu merupakan surat pemecatannya dari NASA. Sebab dan musabab dia dipecat tidak dapat diterangkan disini kerana tidak saya tidak jelas mengenainya.

Neil Armstrong berseru dalam sebuah majalah. "Memang aku kehilangan pekerjaanku, tetapi aku menemukan Allah"

Allahualam..


[KL 12:30am 280812] - Sumber asal 

Janji Bersih : Alasan kebudak-budakan KSU KPKK - "Janganla, nanti rosak PA sistem kami" .... hahahahaha

Posted: 27 Aug 2012 08:55 AM PDT

NONE
Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi (KPKK) menggesa polis tidak membenarkan himpunan 'Janji Bersih' pada 30 Ogos ini atas alasan ia akan mengganggu sistem siar raya sambutan Hari Merdeka.

Ketua Setiausaha KPKK, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata peralatan untuk sistem siar raya itu telah dipasang di Dataran Merdeka dan polis mesti menghalang sebarang bentuk himpunan di tempat sama.

"Kita akan maklum polis untuk tak benarkan perhimpunan berlangsung.


"Kerana peralatan kita, kita sudah pasang dengan sempurna di situ dan harus diingat, di mana-mana acara, sistem siar raya sangat penting.

"Saya nak jaga sistem siar raya saya. Kalau ada apa-apa yang diusik nanti, akan menyukarkan kita," katanya kepada pemberita.

Katanya, KPKK memaklumkan polis untuk tidak membenarkan pihak lain mengadakan himpunan di Dataran Merdeka kerana mereka telah menggunakan Dataran Merdeka sejak hari ini lagi.

"Tadi pagi pun kita dah menghadapi masalah. PA system tidak beberapa berfungsi dengan baik.

"Tambahan, kalau dikacau nanti saya khuatir," katanya.

Janji Bersih - perhimpunan bagi menuntut janji kerajaan membersihkan sistem pilihan raya - dijadual bermula dariapda jam 10 hingga ke tengah malam di Dataran Merdeka. - Malaysiakini

Najib sebaris diktator Hosni Mubarak, Kazahzstan - Bayar konsultan untuk pulih imej

Posted: 27 Aug 2012 03:19 AM PDT

Peletakan jawatan Joshua Trevino, penulis The Guardian di Amerika yang penuh kontroversi telah menimbulkan semula isu obsesi pentadbiran BN bagi membayar konsultan bagi membina imej mereka di luar negara.

Trevino dipaksa meletak jawatan apabila beliau didedahkan sebagai konsultan kepada FBC Media ketika beliau menulis sebuah artikel yang memuji imej 'Muslim sederhana' Datuk Seri Najib Razak's.

Malah tahun lepas Najib mengaku di Parlimen bahawa Kerajaan Persekutuan membayar RM94 juta kepada FBC Media antara 2007 dan 2010.

Meskipun Najib cuba menjauhkan dirinya daripada taktik kewartawanan kotor FBC yang 'mengatur berita' apabila menerima upah daripada Kerajaan Malaysia, kedua-dua rangkaian media antarabangsa BBC dan CNBC menamatkan kontrak mereka dengan FBC Media memandangkan pelanggaran etika kewartawanan.

Selain daripada pentadbiran Najib, pelanggan lain FBC Media termasuklah rejim Hosni Mubarak sebelum kejatuhannya di Mesir dan kerajaan diktator Kazakhstan.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud turut melantik FBC Media untuk memulihkan imejnya yang telah tercemar dengan rasuah dan salah laku alam sekitar.

Ironis sekali ketika mana pimpinan Umno BN menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat sebagai anti-Islam dan pro-Zionis di Malaysia, mereka melantik konsultan-konsultan yang dikenali kerana pandangan anti-Islam dan pro-Zionis yang ekstrim bagi menaikkan imej mereka di luar negara.

Pelantikan Trevino oleh The Guardian telah dikecam oleh ramai aktivis Palestin memandangkan beliau pernah secara terbuka menghasut tentera Israel untuk membunuh aktivis flotilla Gaza.

FBC turut menyerang Ikhwanul Muslimun di dalam laporan mereka untuk BBC dan cuba mengaitkan Anwar dengan Ikhwan bagi menggambarkan Anwar sebagai ekstrimis Islam kepada media Barat.

FBC juga telah membayar AS$70,000 kepada APCO Wordlwide untuk melobi Kerajaan Amerika bagi pihak Kerajaan Malaysia.

Pada masa yang sama, insiden mengatur berita ini membolehkan media Umno BN di Malaysia untuk melaporkan bahan-bahan tersebut sebagai berita yang kononnya datang daripada sumber media yang berwibawa di luar negara.

Baru-baru ini Najib mengatakan pelbagai pengiktirafan antarabangsa yang diberikan kepada pentadbirannya sebagai tanda pencapaian BN.

Kontroversi FBC ini bagaimanapun membuktikan bahawa pengiktirafan ini sebenarnya 'dibeli' menggunakan wang rakyat.

Sikap hipokrit untuk menggambarkan Anwar sebagai anti-Israel di luar negara tetapi boneka Zionis di Malaysia mendedahkan taktik cetek dan terdesak Umno BN.

Pada masa yang sama, skandal ini membuktikan bahawa pentadbiran hari ini menumpukan perhatian untuk mendapat pengiktirafan tidak bermakna dari luar bagi menutup kegagalan mereka menyelesaikan masalah di dalam negara.

Jelas sekali pentadbiran Najib tidak mempunyai keutamaan yang sewajarnya dan hanya mampu menumpukan masa mereka terhadap fitnah dan penipuan, bukannya perubahan dasar.

Jika Najib benar-benar serius terhadap transformasinya dan imej progresif yang telah dibina oleh konsultan-konsultannya di luar negara, beliau seharusnya berterus-terang kepada rakyat Malaysia tentang peranan pentadbirannya di dalam skandal mengatur berita yang telah memburukkan imej negara.

Pengarah Komunikasi KEADILAN
Nik Nazmi Nik Ahmad

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=35025

Filem kutuk Obama kutip RM20 juta dalam seminggu. Bila korang nak buat filem kutuk .........?[hahaha sapa-sapa lah]

Posted: 27 Aug 2012 02:46 AM PDT

LOS ANGELES -  Di sebalik kontroversi, filem dokumentari 2016: Obama's America, arahan Dinesh D'Souza dan John Sullivan, dikatakan mampu mencatatkan jumlah kutipan  memberangsangkan apabila berjaya mengutip sebanyak AS$6.3 juta (RM20.1 juta) sejak ia mula ditayangkan minggu lalu, sekali gus mengatasi kutipan tiga filem baru yang lain.

Filem yang mengisahkan isu anti Presiden Amerika Syarikat memulakan tayangannya bulan lepas tetapi hanya ditayangkan di sesetengah panggung, kini menjadi filem dokumentari yang paling mencatat keuntungan di Amerika Syarikat.

Sebelum ini, takhta itu dipegang filem Bully yang mencatat keuntungan sebanyak AS$3.5 juta (RM10.85 juta).


Selain itu, filem Obama's America kini turut mendahului carta filem dokumentari konservatif sepanjang masa, mengalahkan filem Expelled: No Intelligence Allowed  yang berjaya mengutip jualan sebanyak AS$7.7 juta(RM23.87 juta).

Obama's Amerika yang diterbitkan Rocky Mountain Pictures, dipromosikan secara meluas melalui radio dan penayangan seluruh negara itu juga serentak dengan Konvensyen Kebangsaan Parti Republikan, yang berlangsung di Tampa, Florida yang turut menjadi pemangkin kepada kejayaan kutipan filem itu.

Sebelum ini, kedudukan pecah panggung didominasi filem Holdovers, diikuti filem terbitan Lionsgate dan Millennium Films, The Expendables, yang mencatatkan kutipan sebanyak AS$13.5 juta (RM41.85 juta) pada minggu kedua tayangannya. - SINAR

Politiksukusakat

0
sumber :-

Politiksukusakat


Kenyataan Tun Mahathir cepatkan kejatuhan Umno

Posted: 27 Aug 2012 12:15 AM PDT


Analisis oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

Bukan sekali mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad membuat kenyataan yang agak mengecutkan Umno-BN berdepan sebarang kemungkinan perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Terkini, bekas Presiden Umno itu dalam blognya dan beberapa portal lain menyebut kononnya peralihan kuasa kerajaan pusat adalah sebesar-besar bahaya.Lebih menghairankan, Mahathir seolah-olah sudah mula meroyan dan tidak segan menyatakan "Lebih baik syaitan yang anda kenali dari
malaikat yang anda tidak kenal".

Pada penafsiran biasa, rakyat akan melihat bahawa syaitan yang dimaksudkan Mahathir mungkin sekali adalah BN kerana pada frasa ayatnya jelas menyatakan bahawa lebih baik memilih syaitan yang anda
kenal daripada malaikat yang anda tidak kenal.

Rakyat tidak merasakan ia suatu yang sangat pelik kerana Mahathir juga pernah menyebut Umno itu busuk hingga ke ususnya.Begitupun, perkembangan itu membawa kegusaran kepada Umno-BN.

Malah, Mahathir juga kini terdedah 'kulat-kulat' kronismenya yang diamalkan dizaman beliau yang membelenggu sistem pemerintahan hari ini.

Namun, Mahathir sentiasa bongkak dan hanya menyalahkan penggantinya, Tun Abdullah Abhmad Badawi kononnya zaman pemerintahan Ahli Parlimen Kepala Batas itu sebagai pemusnah kepada keyakinan rakyat terhadap BN khasnya Umno.

Bekas Perdana Menteri yang pernah menerajui negara selama 22 tahun itu tidak perasan akan kenyataan beliau itu juga penanda bahawa beliau akur dan mengakui trend sokongan rakyat tidak mampu
dibendung lagi.

Keresahan Umno-BN melalui 'old-timer' mereka ini menggambarkan keresahan seluruh koloni Umno-BN yang mana kapal mereka kini semakin berat dan akan tenggelam bila-bila masa sahaja. Telahan Mahathir ini ada benarnya kerana melihat kepada usaha rakyat yang meneruskan fasa kebangkitan tsunami 2008 yang menyaksikan empat buah negeri BN tumbang pada PRU-12.

Malah, kemaraan rakyat tidak mampu dibendung dengan 'gula-gula' Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), bonus kakitangan awam dan segala jenis bantuan rakyat atau program turun padang babitkan Najib dan
kabinetnya.
Ramai yang melihat bahawa keresahan Umno-BN ini bukan kerana bimbang akan masa depan generasi akan datang, namun mereka resah jika kes-kes penyelewengan, skandal dan segala jenis kronisme akan
dibongkar lagi selepas mereka hilang kuasa.

Lebih-lebih lagi Mahathir kini terpaksa menelan malu kerana terdedahnya isu kaitan pembekal minyak kepada MAS yang dikaitkan dengan syarikat Petron-San Miguel yang sahamnya dimiliki Mirzan
Mahathir.

Mahathir juga resah dengan kebangkitan rakyat di Sabah dan Sarawak dalam beberapa bulan kebelakangan ini setelah beberapa tokoh besar seperti bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Dato' Seri Lajim Ukim dan Ahli Parlimen Tawau, Wilfred Bumburing yang keluar BN dan menyokong Pakatan Rakyat.

Malah terdahulu, bekas orang kuat PBB di Sarawak suatu ketika dahulu, Dato' Salleh Jaafarudin telah menyertai PAS dan menyerahkan borang kepada Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
menambah keresahan Umno.

Umum mengetahui, Sabah dan Sarawak adalah simpanan tetap BN yang berjaya mengekalkan BN berkuasa terus pada pilihan raya umum yang lalu meskipun hakikatnya BN tewas di Semenanjung.

Situasi inilah yang menjadikan Mahathir semakin resah dan gelisah apakah usia tuanya nanti akan tersembam di tirai besi setelah semua kes-kes yang berlaku dizamannya berkuasa akan didedahkan.Maka terkeluarkan kenyataan berbaur ugutan dan cubaan menakutkan pengundi datang dari mulut seorang yang bernama Mahathir.

Bak kata Pegarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Riduan, mungkin Mahathir terlupabahawa limakerajaan negeri telah berubah pada Mac 2008 dengan peralihan kuasa kerajaan negeri ini berlaku dengan aman, tiada kucar-kacir.

Jika ada pun kucar-kacir, ia hanya berlaku pada malam kemenangan Barisan Rakyat (Kini Pakatan Rakyat) di mana staf kerajaan negeri yang tiba-tiba bertugas pada malam tersebut bertungkus lumus melupuskan dokumen 'rahsia' ke dalam mesin 'shredder'.

Tidak cukup dengan itu, dokumen yang telah terkirai itu dibakar pula bagi menghilangkan 'bukti' dan bagi Edy Noor kejadian seumpama ini mungkin berlaku pada malam pengiraan undi PRU-13 dengan lebih panik
kucar-kacirnya di Putrajaya sekiranya BN tumbang.

Bak kata Edy Noor, nyata sekali kenyataan Mahathir kononnya bahaya menukar kerajaan pusat adalah umpama ugutan dari 'ular sawa lumpuh kekenyangan' yang dihimpit usia dan tidak perlu ditakuti oleh rakyat
yang kian celik membuat perhitungan.

Rakyat sudah semakin celik dan dicelikkan lagi dengan keangkuhan Umno-BN mempertahan sistem rasuah, penyelewengan dan kronisme  yang berpanjangan.

Tidak salah jika analisis bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir bahawa Umno-BN akan kalah dalam PRU-13 boleh sahaja menjadi tepat kerana bunga-bunga kejatuhan sudah mula berserakan.


RAKYAT MARHAEN

0
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Diburu Kerana Menipu : Najib sorok bakal menantu di Malaysia....hebatkan...!!!

Posted: 27 Aug 2012 09:26 PM PDT

KUALA LUMPUR 28 Ogos: Kelibat bakal menantu Najib Razak iaitu Daniyar Nazarbayev bersama tunangnya, Nooryana Najwa dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri di Pekan Pahang, Ahad lalu tersebar di internet dan memeranjatkan banyak pihak.
Kemunculannya itu menimbulkan tanda tanya adakah beliau sebenarnya bersembunyi di Malaysia atau diseludup masuk oleh bakal mentuanya itu.
Ia kerana Daniyar sedang diburu pihak berkuasa antarabangsa.
Sebelum ini Keadilan Daily melaporkan seorang lelaki menyerupai Daniyar menjalani latihan ketenteraan dengan lengkap berseragam seakan-akan tentera Malaysia di kem askar Port Dickson.
Walaupun kesahihan gambar berkenaan berkenaan belum dapat dipastikan tetapi Najib sehingga kini tidak membuat sebarang penafian.
Read More / Baca Lagi >>

Mat Sabu: Akhbar Sin Chew salah lapor, saya tak sebut tentang hudud

Posted: 27 Aug 2012 09:24 PM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Ogos — Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu menafikan laporan muka depan akhbar Sin Chew Daily hari ini yang memetik beliau sebagai berkata, PAS akan melaksanakan hudud jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya.
Mohamad yang mesra dengan panggilan Mat Sabu menjelaskan, semasa wartawan Sin Chew Daily menghubungi beliau melalui telefon, perkataan tentang hudud langsung tidak disebut oleh beliau.
"Saya diberitahu oleh seseorang kenalan berbangsa Cina, Sin Chew Daily lapor kenyataan yang berbeza daripada apa yang saya sebut.
"Ketika wartawan surat khabar itu (Sin Chew Daily) menghubungi saya, perkataan tentang hudud langsung tidak keluar.
"Mungkin dia (wartawan) tak faham sangat Bahasa Melayu," kata Mohamad (gambar) ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi.
Read More / Baca Lagi >>

Merdeka: Kenapa kenderaan sukar kibar bendera?

Posted: 27 Aug 2012 09:23 PM PDT

KUALA LUMPUR: Apabila sambutan kemerdekaan dijadikan  modal politik dan propaganda parti, maka ia telah memberi kesan buruk kepada negara, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Tegasnya, kemerdekaan adalah milik semua rakyat, bukan milik mana-mana kelompok.

"Menjelang sambutan kemerdekaan, rakyat menjadi keliru, sama ada menyambut ulang tahun Umno atau ulang tahun kemerdekaan negara," katanya dalam satu kenyataan.

Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita : Projek Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia separuh jalan..!!!

Posted: 27 Aug 2012 09:19 PM PDT

Projek Rumah Mesra Rakyat separuh jalan
Masnah menunjukkan tapak pembinaan rumahnya yang hanya dijalankan separuh jalan dan tidak mengikut tempoh pembinaan ditetapkan.
 
SUNGAI BESAR - Penduduk di daerah ini menggesa agar projek pembinaan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia disiapkan dengan kadar segera berikutan tempoh pembinaannya difahamkan telah melebihi tarikh yang ditetapkan.
Difahamkan, projek pembinaan rumah tersebut dijanjikan siap pada pertengahan bulan Mei lalu namun sehingga kini kerja pembinaan masih belum dimulakan.

Menurut salah seorang penerima bantuan Rumah Mesra Rakyat tersebut, Masnah Haji Sulaiman,65, sejak projek pembinaan rumahnya di Parit 4 Timur tersebut bermula pada April lalu, pihak kontraktor yang ditugaskan bagi menjalankan projek itu hanya meninggalkan barang-barang pembinaan di tapak rumahnya.

"Mereka tinggalkan bata serta keperluan barang pembinaan namun tiada kerja-kerja pembinaan dijalankan sehingga kini," katanya selepas ditemui Sinar Harian.

Read More / Baca Lagi >>

Bapa kafir: Mahkamah tolak permohonan Rahim Noor

Posted: 27 Aug 2012 09:17 PM PDT


KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi Kota Bharu menolak permohonan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor untuk membatalkan saman yang dikemukakan oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkaitan isu bapa kafir.

Takebeer. (1)

Posted: 27 Aug 2012 09:12 PM PDT

Oleh: MSK
(Satu masa yang baru lalu, orang Umno cukup suka dengan perkataan "takebeer" ni. Tiba-tiba semua senyap. Apakah ada rahsia disebaliknya? Mengapa blogger Umno dilarang menggunakannya? Apakah ia ada kaitan dengan perancangan San Miguel untuk menguasai pasaran beer di Malaysia?)

Pertengahan 1980an dulu, aku memulakan perjalanan sebagai backpackers. Tapi dalam apa juga yang kita buat, kena belajar dulu..bukan boleh main redah saja.
Bagi setiap backpackers, ada kitab-kitab yang perlu dipelajari. Ada banyak kitab backpackers dipasaran dan yang paling laris ialah keluaran Lonely Planets. Dalam kitab-kitab ini, kita boleh tau kat mana nak dapat hotel murah…kat mana nak dapat makan free dan macam mana nak tumpang kenderaaan.
Ada satu kitab yang aku cukup minat yang berjudul "Work your way around the world." Dalam kitab ini, macam-macam tips boleh dipelajari macam mana nak survive ditempat orang.
Sebelum kita sampai kesesebuah negara, kita kena belajar dan faham tentang ekonomi dan politik sesebuah negara itu. Mengapa Thailand menjadi tempat persinggahan pertama bagi backpackers dari Eropah dan Amerika? Apa yang perlu dilakukan ketika memasuki Malaysia? Apa yang perlu di buat sebelum bertolak ke India? Semua ini ada dalam kitab tersebut.
Tahun 80an, Malaysia lebih maju dari Thailand. Tapi Thailand mempunyai banyak perkara yang mana Malaysia tak ada.
Read More / Baca Lagi >>

Persatuan Automotif Malaysia sokong Kempen Turunkan Harga Kereta

Posted: 27 Aug 2012 09:10 PM PDT

KUALA LUMPUR 28 Ogos: Dasar Automatif Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga kereta seperti dirancang KEADILAN menerusi Kempen Turunkan Harga Kereta mendapat sokongan Presiden Persatuan Automatif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad.
Mengalu-alukan sokongan itu, Pengarah Komunikasinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kenyataan MAA bahawa harga kereta patut diturunkan berperingkat-peringkat seiring dengan kenyataan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Anwar menegaskan penurunan ini akan dibuat secara berperingkat-peringkat selama lima tahun bagi mengelakkan harga kereta sedia ada dan terpakai merudum.
"Beliau turut menyatakan kerajaan Pakatan Rakyat nanti akan mengadakan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan termasuk institusi kewangan, pembuat dan penjual kereta sebelum sebarang penurunan duti eksais di dalam Belanjawan Persekutuan setiap tahun," katanya dalam kenyataan.
Read More / Baca Lagi >>

Umno-APCO Peralat Kakitangan DBKL Sambut Merdeka!

Posted: 27 Aug 2012 09:09 PM PDT

Setelah belajar daripada sambutan hambar dan memalukan sempena Hari Koperasi Kebangsaan yang dirasmikan perdana menteri Najib Altantuya pada 14 Julai lalu di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sambutan kemerdekaan kali ke-55 yang bakal diadakan di stadium yang sama mula diperalatkan Umno-APCO.

Sepucuk surat yang dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertarikh 14 Ogos lalu meminta semua pegawai dan kakitangan Jabatan Pengurusan dan Sumber Manusia DBKL supaya hadir pada majlis yang dijadualkan bermula jam 8 malam.

Arahan yang dikeluarkan oleh Noor Azmi Nordin iaitu Timbalan Pengarah Unit Pentadbiran, Bahagian Sumber Manusia DBKL itu turut mengingatkan bahawa kedatangan mereka adalah DIWAJIBKAN DAN AKAN DIREKODKAN pada majlis tersebut.

Menurut surat itu lagi, satu taklimat akan diadakan kelak bagi maklumat lanjut dipercayai untuk menyelaraskan kakitangan kerajaan tempatan itu dari segi logistik dan penyediaan makanan.

Dianggarakan kira-kira 700 kakitangan jabatan ini terlibat dalam arahan bermotifkan politik ini.Read More / Baca Lagi >>

Selangor: Air percuma bela rakyat

Posted: 27 Aug 2012 09:06 PM PDT


air percuma SHAH ALAM – Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok menyifatkan kenyataan dibuat oleh ahli akademik, Prof Dr Suhaimi Abdul Talib kelmarin bahawa dasar Kerajaan Negeri memberi bekalan air percuma sebagai langkah tidak bijak dan tidak lestari sebagai tidak tepat.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) telah mengkaji dasar tersebut sebelum menjadikannya sebagai manifesto Pilihan Raya Umum ke-12 dan mengambil alih pentadbiran negeri ini sejak 2008.

"Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah meneliti akaun Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan keseluruhannya dan mendapati langkah Kerajaan Negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) menyertai penswastaan membawa kerugian kepada rakyat.

"Kalau bukan kerana kami (PR) memerintah,  maka pengguna air di Lembah Klang akan tanggung kerugian tersebut sekiranya mengikut perjanjian asal itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Suhaimi yang mengatakan dasar itu menyebabkan hasil Kerajaan Negeri terus merosot.

Suhaimi adalah Penolong Naib Canselor Pembangunan, Pengurusan Kemudahan dan ICT Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Teresa berkata, setelah PR memerintah negeri ini, pihaknya telah menangguhkan tarif air yang terus meningkat dari tahun ke tahun itu.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita : OKU bakal hidup gelandangan kerana hilang tempat berlindung di Ipoh

Posted: 27 Aug 2012 09:03 PM PDT


Fokus Ipoh: OKU bakal hidup gelandangan kerana hilang tempat berlindung
Cadangan pembangunan kompleks PPOC
Fokus Ipoh: OKU bakal hidup gelandangan kerana hilang tempat berlindung
Pelatih OKU sedang membuat sampul surat.
Fokus Ipoh: OKU bakal hidup gelandangan kerana hilang tempat berlindung
Bangunan PPOC yang menjadi bengkel bagi kerja-kerja kemahiran.
 
IPOH – "Di mana dan ke mana arah kami selepas ini?" Barangkali itu antara persoalan yang bermain-main di minda lebih 40 orang kurang upaya (OKU) di Gunung Rapat yang bakal kehilangan tempat berteduh apabila bangunan dan asrama yang mereka duduki sejak 35 tahun lalu akan diambil alih pemilik asal bangunan dan tapak berkenaan.

Isu itu telah disebut-sebut sejak lebih setahun lalu apabila pemilik sah bangunan itu berhasrat untuk menggunakan semula premis berkenaan, dan sepanjang tempoh itu mereka sepatutnya berpindah mencari tempat baru.

"Kami hanya perlukan tanah sekarang ini. Dari segi dana untuk membina kompleks, memang telah ada individu yang boleh membantu tetapi mereka mahu kami mencari tanah dahulu.

Read More / Baca Lagi >>

DR MAHATHIR ANTARA 3 ORANG PM PERNAH KELUAR DARI UMNO

Posted: 27 Aug 2012 08:25 PM PDT

Jawapan En Tamrin Tun Ghafar...A'kum Zainun I ve read ur statement in Utusan.

Its ok I understand. I hanya tukar party bukan tukar Agama. Tunku Abd. Rahman dan Tun Husein Onn keluar UMNO dan mati d luar UMNO.

Tun M dan Sanusi pun pernah keluar UMNO zaman Dollah dan masuk semula zaman Najib. Begitu juga dng Rais, T. Razaleigh dan ramai lagi.

May b u all r not aware Abah pun hampir2 tuboh party baru dlm zaman Dr. M / Dollah. U can check wit Dtk. Bahador Shah n Dtk. Rahman Yunus . cc all family members. Salam.

Tamrin kata Tun Ghafar hampir hampir tinggalkan Umno,betul ke?...Aku kata betul !

Posted: 27 Aug 2012 08:22 PM PDT


Kenyataan Mat Sabu di Bukit Katil 12 Ogos lalu yang mengatakan jika Allahyarham Tun Ghafar masih hidup dia pasti akan masuk Pas sapertimana yang dilakukan anaknya Tamrin telah mengundang perdebatan panas.Banyak pihak telah tampil menyangkal dakwaan ini termasuk waris Tun Ghafar dan hari ini Tamrin pula tampil dengan kenyataan berhubung perkara itu DISINI.


Aku setuju dengan kenyataan Tamrin saperti yang aku petik dari blog Mutaligat berbunyi...

"May b u all r not aware Abah pun hampir2 tuboh party baru dlm zaman Dr. M / Dollah. U can check wit Dtk. Bahador Shah n Dtk. Rahman Yunus . cc all family members. Salam."

Cuma aku suka nak menambah senarai panjang orang orang yang patut ditanya mengenai kesahihan dakwaan Tamrin ini selain Datuk Bahador Shah dan Datuk Rahman Yunus (SU Peribadi Tun Ghafar) saperti yang dinamakan Tamrin diatas....

Sila tanyakan....
Read More / Baca Lagi >>

PRU 13 : 33 Dun Sabah Ini Bakal Dimiliki Pakatan.

Posted: 27 Aug 2012 08:08 PM PDT

RAKYAT Sabah bakal melihat sebuah kerajaan baru bakal dibentuk selepas PRU 13, mengikut analisa dan Survey yang saya lakukan terhadap keputusan PRU 2008, peluang Pembangkang kali ini, sememangnya cerah, dikirakan peluang adalah 50 : 50, di antara BN dan PR.
Dengan kemasukan tiga lagi pemimpin BN ke rumah PR kali ini sememangnya memperkuatkan lagi pembangkang di Sabah kali ini. Tindakan Datuk Lajim, Datuk Wilfred dan Datuk Maijol, sememangnya tepat dan memperkuatkan lagi peluang pembangkang di Sabah kali ini. Peluang pembangkang kali ini mestilah bersyarat jika ingin menggantikan Kerajaan BN Sabah.
PRU 13 kali ini pembangkang mencapai kata sepakat SATU LAWAN SATU dan diharapkan satu mimpi dan impian rakyat yang mahukan perubahan dan Tukar kerajaan BN akan menjadi kenyataan nanti bila pembangkang bersatu turun ke medan tempur.
PR bakal membentuk kerajaan baru Sabah dengan 'majoriti mudah' kali ini kerana diramalkan PRU 13 kali ini sememangnya sengit dan 'head to head' hampir di semua kawasan Dun kuat BN.
Jika PRU 2008 BN dengan mudah boleh, mencapai kemenangan mudah dengan 'score 59 -1', kali ini tidak lagi semudah ini kerana rakyat Sabah telah dilanda angin perubahan tukar, satu sunami politik baru bakal melanda sabah kali ini.
Read More / Baca Lagi >>

PRU 13 : Rakyat jadi penilai, bukannya pemimpin BN

Posted: 27 Aug 2012 07:59 PM PDT


Ibrahim Yusof SEREMBAN – Rakyat yang menentukan pencapaian Pakatan Rakyat (PR) dalam melaksanakan janji manifesto, bukan pemimpin Barisan Nasional (BN).

Ketua Penerangan PKR negeri, Ibrahim Yusof berkata, hanya rakyat yang boleh menilai sejauh mana keberkesanan PR menunaikan janji manifesto sejak Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).

"Rakyat adalah penilai yang tepat dan golongan sesuai untuk menilai tahap pencapaian PR dalam menunaikan janji.

"Pemimpin BN hanya pandai bercakap sahaja dan tidak layak menilainya," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Read More / Baca Lagi >>

AGAK- AGAK MASUK AKAL TAK PERANGAI PUAKA AMNO NI?

Posted: 27 Aug 2012 07:55 PM PDT

ANTARA 2 DARJAT....

Malaysia Kita : Penyamun Durjana (10OGOS12) - Kadar Jenayah Menurun...aman damai...!!!

Posted: 27 Aug 2012 07:42 PM PDT

Hudud: Yang Engkar, Dolak-Dalik, Keliru Dan Faham

Posted: 27 Aug 2012 07:31 PM PDT


Isu hukum hudud timbul kembali, termasuk polemiknya sekali. Ada pemimpin DAP engkar hudud sudah dimaklumi. Dr Mahathir perlekeh hudud sudah lama diketahui. UMNO dolak-dalik tentang hudud sudah sebati. Media arus perdana permainkan isu hudud sudah dimengerti.


Namun apabila ada pemimpin PAS pusat membuat kenyataan tentang hudud atau ucapannya dipetik dan dijadikan tajuk utama akhbar terutama hampir dengan PRU13 ini, ia menjadi seperti undur ke belakang menuju dalam perigi.
Saya sendiri-setakat sedikit ilmu yang ada-menulis beberapa artikel tentang hudud bagi menyuburkan kefahaman masyarakat agar bersedia menerima hukuman Allah ini bagi manfaat mereka juga (bukan sebaliknya dengan membuat kenyataan yang memberi faham agar hudud ditolak). Artikel seperti: Isu Hudud: BN Rela Jenayah Subur Di Bawah Pemerintahannya , Hudud: Penasihat Agama MB Pening, MB Lagi Bingung,Buku Kecil Tentang Hukum Hudud, termasuk khutbah Jumaat selepas PAS Terengganu meletakkan Al-Quran, Sunnah, Ijmak Dan Qias sebagai Undang-undang Tubuh Negeri Terengganu: Mereka Bangun Tinggalkan Masjid Bila Dibaca Ayat Qisas Dalam Khutbah.

Read More / Baca Lagi >>

Kekeliruan mengenai politik Islam

Posted: 27 Aug 2012 07:27 PM PDT

Oleh A. Shukur Harun
Kejahilan, kata Dr. Hamka, ialah musuh utama umat Islam. Ini kerana, ka ta beliau lagi, kecemerlangan Islam terlindung oleh kejahilan umat Islam sendiri.
Pelbagai pandangan keliru dan karut marut telah dicetuskan oleh sesetengan umat Islam selama ini baik ia mengenai persoalan politik, hubungan antara kaum, lebih-lebih lagi mengenai fiqh.

Kejahlian dan kekeliruan umat ini jauh kebih parah apabila ia berbaur dengan sikap prejudis atau kebencian akan hal yang ia tidak tahu.
Pada pendapat saya, ini bukan semata-mata kerana kejahilan dan kekeliruan, tetapi juga dikeranakan oleh kedegilan dan keangkuhan untuk menerima hakikat Islam yang syumul itu.
Saya terkesan dengan persoalan ini apabila timbul pandangan bahawa haram dan berdosa mengundi DAP, suatu isu yang dicetuskan menjelang PRU Ke-13 yang tentunya berlaku pertarunghan sengit antara Umno/BN dengan Pakatan Rakyat yang mengandungi PAS, PKR dan DAP.
Perancang politik secular tentunya mengharapkan supaya dengan isu haram mengundi DAP itu akan mengundang perhatian pengundi Melayu, terutama di luar bandar, supaya tidak mengundi Pakatan yang di dalamnya ada DAP di mana konon haram diundi. Apabila Pakatan Rakyat tewas oleh politik ini, bermakna menanglah Umno/BN. Ini matamat tunggal mereka dan sekali lagi umat yang enggan berfikir terdedah kepada pandangan ini.
Read More / Baca Lagi >>

UMNO's own Desolate Wasteland.

Posted: 27 Aug 2012 07:23 PM PDT

I said to my soul, be still and wait without hope, for hope would be hope for the wrong thing; wait without love, for love would be love of the wrong thing; there is yet faith, but the faith and the love are all in the waiting. Wait without thought, for you are not ready for thought: So the darkness shall be the light, and the stillness the dancing.

I first heard of these lines from Comrade Kassim ( Kassim Ahmad) circa 1977. He was participating in one of the forums at the University of Malaya Campus. He was also the chairman of PSRM then, hence the prefix Comrade. Nowadays I hear he is a religious ascetic and he remains, as I have always imagined, a rigorous thinker.
The lines were taken from TS Eliot's poem Waste Land.  Spoken in a melancholic manner by Comrade Kassim, the words left a deep impression on me. To me, the words sounded like a mournful and forlorn longing for the right hope. Or the desirable hope.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita : Taktik licik keluarga penyamun

Posted: 27 Aug 2012 07:19 PM PDT

Taktik licik keluarga penyamun
Chin Wan (kanan) menceritakan bagaimana dia menunjukkan pemadam api kepada lelaki dipercayai cuba menyamunnya kali kedua.
 
PUCHONG – Seorang lelaki menunggang motosikal bersama seorang wanita dan dua anak kecil dipercayai sekeluarga dikesan melakukan ugutan dan jenayah samun terancang dengan berpura-pura kononnya anak mereka dilanggar kenderaan mangsa sebelum menyamun mereka.

Insiden itu  berlaku kepada seorang pemandu lori, Yong Chin Wan, 68, ketika membuat penghantaran produk makanan dari Jalan Kuchai Lama ke kilangnya di Taman Perindustrian Puchong.

Menceritakan detik malang itu, Chin Wan berkata, dia ditahan lelaki sama sebanyak dua kali.

Katanya, kejadian pertama berlaku pada 2 Jun lalu, ketika dia bersama seorang pembantu warga Indonesia dalam perjalanan ke kilang sebelum ditahan suspek di Jalan TPP 6/6.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Parlimen Alor Setar Banyak Kejutan.....

Posted: 27 Aug 2012 07:16 PM PDT



ALOR SETAR - Dijangkakan banyak kejutan bakal mewarnai kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Bakar Bata dan Alor Mengkudu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), berbanding Dun Kota Darul Aman dan kerusi Parlimen Alor Setar, yang dikatakan tidak banyak perubahan.

Bukan sahaja daripada pemilihan calon bertanding parti-parti terlibat, malah saingan sengit digembar-gemburkan akan berlaku di Dun Bakar Bata, yang menampilkan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah manakala Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kedah yang juga Exco Kerajaan Negeri, Dr Ismail Salleh di Dun Alor Mengkudu.

Ini kerana masing-masing perlu mengekalkan kemenangan untuk terus kekal 'berkuasa' secara bermaruah, jika tewas, bagaimana nasib kedua-duanya selepas keputusan rasmi diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Read More / Baca Lagi >>

PRU 13 : PAS mampu menang 16 Dun, PKR 12 Dun di Perak ...kalau buat kerjalah...!!!!

Posted: 27 Aug 2012 07:14 PM PDT

Data di bawah hanya mengambilkira pengundi Melayu, Cina dan India. Undi Asli dan Pos tidak diambilkira. Setelah dikira  dari sentimen semasa secara keseluruhan iaitu Melayu 36%, Cina 80% dan India 40% (lebih cantik jika mampu dapat lebih) maka peratus keseluruhan adalah seperti di ruangan berwarna kuning.

Kekurangan dan kelebihan adalah berdasarkan % undi yang diperolehi BN dalam PRU 12.

PKR= 12 DUN
PAS= 16 DUN (jika DUN Lintang diandaikan sebagai DUN PAS)

Untuk PAS, jika dapat membaiki beberapa kesilapan yang telah di paparkan di SINI, kemungkinan untuk menang kemungkinan besar dapat mencecah 90%.
Untuk PKR, kemungkinan besar cuma 55% selagi tidak dapat menyelesaikan masalah-masalah di cabang-cabang (Masalah PKR tuan2 dipersilakan paparkan di ruangan komen. tq)

Semakin ke bawah, kerja-kerja yang perlu dilaksanakan semakin berat!
Akhirkata, "TEPUK DADA TANYA SELERA". Kejayaan mendapatkan semula negeri terletak di tangan tuan-tuan! Jangan tamak mengejar jawatan seperti yang telah dipaparkan di SINI.
P/S: Untuk DUN2 yang tiada dalam senarai, hanya akan dimenangi sekiranya tuan2 dapat mentadbir negeri dengan baik sekiranya dapat berkuasa semula selepas PRU13 nanti! So, sila study bab pentadbiran yang baik dan berkesan mulai sekarang!The Sniper

Dewan Ulama Pas Kelantan selar Ibrahim Ali

Posted: 27 Aug 2012 07:04 PM PDT


hasan mahmood KOTA BHARU- Dewan Ulama Pas Kelantan menyelar tindakan Presiden Perkasa, Ibrahim Ali yang mendakwa isi kandungan khutbah sayap itu membawa mesej perpecahan dan berbaur politik yang dahsyat.

Timbalan Ketuanya, Hasan Mahmood berkata, dakwaan Ibrahim disifatkan tuduhan melulu tanpa kebenaran fakta yang tepat serta berniat jahat untuk memburukkan Pas Kelantan termasuk melagakan parti itu dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik).

Hasan menafikan dakwaan tidak berasas Ibrahim itu kerana penghasilan isi kandungan khutbah itu tidak terikat dengan kepentingan mana-mana parti politik biarpun ia dikeluarkan pihaknya.
Read More / Baca Lagi >>

Merdeka: Sikap Responsif Malaysia

Posted: 27 Aug 2012 07:01 PM PDT

Hari ulang tahun kemerdekaan ke-55 Malaysia sudah hampir tiba. Kemanakah arah tuju Malaysia selepas ini. Kalau dilihat senario sekarang, layakkah Malaysia bergelar negara merdeka? Mari kita sama-sama fahami erti merdeka yang sebenar.Merdeka sebenarnya bermaksud bebas daripada penjajahan, kurungan, naungan dan lain.Ia juga bermaksud tidak bergantung pd yg lain dan berdiri sendiri.
Melihat kepada maksud bebas daripada penjajahan, ramai yang beranggapan Malaysia sudah menjadi negara merdeka kerana telah bebas daripada jajahan kuasa-kuasa asing seperti Portugis, Jepun, British dan sebagainya. Tetapi, sedarkah mereka bahawa Malaysia masih lagi dijajah, masih lagi berada ditakuk lama. Merdeka yang sebenarnya bermaksud bebas dari jajahan politik, ekonomi dan yang paling penting adalah bebas daripada jajahan pemikiran kuasa-kuasa luar.
Read More / Baca Lagi >>

Wanita Disumpah Jadi Batu Kerana Curang Di Paloh

Posted: 27 Aug 2012 06:55 PM PDT

Nak dikatakan pelik, tidaklah terlalu pelik. Mungkin juga boleh dikatakan sebagai misteri.
Satu video yang dimuat naik ke laman You Tube berjudul 'Sumpahan jadi batu di mamah tanah PALOH ?' semakin menjadi bualan di kalangan pengunjung laman tersebut.
Video berkenaan menceritakan tentang kononnya seorang wanita yang telah curang terhadap suaminya disumpah menjadi batu di dalam sebuah ladang kelapa sawit di Paloh, Johor.
Wanita itu dikatakan telah 'ditukarkan' menjadi batu ketika sedang asyik memadu asmara bersama teman lelakinya.
Persoalan yang semakin menjadi tanda tanya kepada umum ialah, benarkah kejadian sumpahan itu sememangnya berlaku?
Mengapa hanya wanita itu sahaja yang disumpah, bagaimana dengan pasangannya?
Melihatkan isi video tersebut, batu itu memang melihatkan bentuk badan seorang wanita yang sedang berbogel, lengkap dengan rambut yang panjang.
Mendengarkan penceritaan dari lelaki yang menjadi 'voice over' dalam video itu seperti kurang jelas tentang maklumat yang ingin disampaikan.
Boleh sahaja cerita itu diada-adakan atau batu itu hanyalah ukiran semata-mata. Apa-apa pun, kebenaran tentang 'misteri' sumpahan batu itu hanya penduduk di sekitar kawasan itu sahaja yang tahu.



Selebihnya, kita jangan mudah untuk membuat cerita tanpa sebarang usul periksa terlebih dahulu.
Wallahualam.

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT