MIMPI SENJA |
- Bekas KPN berbohong - Musa Hassan nafi kenal tokoh kongsi gelap Tengku Goh
- HUDUD : "Saya tak kata macam tu ..." - Mat Sabu , merujuk kepada laporan Sin Chew Daily
- MAA [Persatuan Automotif Malaysia] sokong Kempen Turunkan Harga Kereta
- Kisah Neil Amstrong dengar laungan Azan di bulan dan peluk Islam
- Janji Bersih : Alasan kebudak-budakan KSU KPKK - "Janganla, nanti rosak PA sistem kami" .... hahahahaha
- Najib sebaris diktator Hosni Mubarak, Kazahzstan - Bayar konsultan untuk pulih imej
- Filem kutuk Obama kutip RM20 juta dalam seminggu. Bila korang nak buat filem kutuk .........?[hahaha sapa-sapa lah]
Bekas KPN berbohong - Musa Hassan nafi kenal tokoh kongsi gelap Tengku Goh Posted: 27 Aug 2012 10:51 PM PDT Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hasan berbohong apabila menafikan pernah berhubung dengan tokoh kongsi gelap Goh Cheng Poh dan BK Tan semasa masih berkhidmat, kata bekas pegawai kanan polis. Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusuff berkata, terdapat bukti dikumpulkan pasukannya, akuan bersumpah yang tidak dicabar dan pengakuan mahkamah membuktikan sebaliknya. Tambahan pula, tambahnya, dalam perbicaraan dakwaan salah guna kuasa terhadapnya di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Musa diputuskan bukan saksi yang boleh dipercayai untuk memberi keterangan. "Musa saksi terakhir untuk memberikan keterangan dalam kes salah guna kuasa yang didakwa terhadap saya. "Hakim Supang Lian mendapati kenyataannya bertentangan dengan pengakuan tujuh pegawai polis bawahnya. Oleh itu, hakim menolak pengakuan Musa sebagai tidak boleh dipercayai," kata Ramli (kiri). "Di sini, kita ada hakim junior yang mengeluarkan kenyataan itu terhadap IGP yang sedang berkhidmat. Ini memalukan pasukan polis," katanya ketika diwawancara Malaysiakini. Hakim berkata demikian pada tahun 2009 apabila membebas dan melepaskan Ramli tanpa memanggilnya untuk membuat pembelaan. Ramli dibersihkan daripada lima pertuduhan yang didakwanya direka-reka. Musa dalam wawancara dengan Malaysiakini pada Mei lalu menafikan mengenali Goh yang juga dikenali sebagai Tengku Goh dan BK Tan - yang didakwa mendapat sokongan Musa ketika menjadi ketua polis Johor. - Malaysiakini |
HUDUD : "Saya tak kata macam tu ..." - Mat Sabu , merujuk kepada laporan Sin Chew Daily Posted: 27 Aug 2012 09:40 PM PDT August 28, 2012 KUALA LUMPUR, 28 Ogos — Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu menafikan laporan muka depan akhbar Sin Chew Daily hari ini yang memetik beliau sebagai berkata, PAS akan melaksanakan hudud jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya. Mohamad yang mesra dengan panggilan Mat Sabu menjelaskan, semasa wartawan Sin Chew Daily menghubungi beliau melalui telefon, perkataan tentang hudud langsung tidak disebut oleh beliau. "Saya diberitahu oleh seseorang kenalan berbangsa Cina, Sin Chew Daily lapor kenyataan yang berbeza daripada apa yang saya sebut. "Ketika wartawan surat khabar itu (Sin Chew Daily) menghubungi saya, perkataan tentang hudud langsung tidak keluar. "Mungkin dia (wartawan) tak faham sangat Bahasa Melayu," kata Mohamad (gambar) ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi. Tambah Mohamad, beliau sudah berkali-kali menegaskan bahawa sebarang perubahan yang ingin dibawa PAS mestilah melalui parlimen dan tidak bercanggah dengan perlembagaan persekutuan. "Apa sekalipun yang ingin dibuat oleh PAS, perlu mendapat persetujuan PR. "Kami (PAS) tetap dengan perjanjian yang telah dipersetujui oleh kesemua parti dalam PR," katanya. Isu hudud menjadi pertikaian diantara PAS dan DAP semenjak PR ditubuhkan pada tahun 2008. Baru-baru ini, pengerusi DAP, Karpal Singh dan bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa bertelagah secara terbuka didalam media dalam isu hudud. Sebelum ini, MCA Kedah turut menafikan laporan akhbar Sinar Harian yang menyatakan mereka menyokong pelaksanaan hudud dan meminta PAS menyertai Barisan Nasional. Pengerusinya, Datuk Chong Itt Chew mendakwa wartawan Sinar Harian memutarbelitkan kenyataannya. "Itu sama sekali tidak benar. Saya menerima panggilan telefon dari wartawan Sinar Harian yang mahukan respon saya tentang kenyataan Tun Dr Mahathir terhadap kerjasama PAS dan Umno dalam pilihanraya akan datang dan apa pendirian MCA dalam isu ini. "MCA negeri sentiasa mengikut arahan dari ibu pejabat, dan kami tidak akan menerima hukum hudud untuk dijadikan undang-undang di negara ini," kata beliau kepada The Malaysian Insider baru-baru ini. Sebelum PR ditubuhkan, PAS, PKN (kini PKR) dan DAP pernah bersama dengan gabungan yang digelar Barisan Alternatif (BA) ditubuhkan menjelang pilihan raya umum (PRU) 1999. PRU 1999 menyaksikan negeri Terengganu jatuh ketangan PAS dan Kelantan berjaya dikekalkan oleh parti tersebut. DAP menarik diri daripada BA selepas presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang pada ketika itu menteri besar Terengganu mengumumkan Dokumen Negara Islam turut menyentuh tentang pelaksanaan hudud. -TMI |
MAA [Persatuan Automotif Malaysia] sokong Kempen Turunkan Harga Kereta Posted: 27 Aug 2012 08:52 PM PDT KUALA LUMPUR 28 Ogos 2012 : Dasar Automatif Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga kereta seperti dirancang KEADILAN menerusi Kempen Turunkan Harga Kereta mendapat sokongan Presiden Persatuan Automatif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad. Mengalu-alukan sokongan itu, Pengarah Komunikasinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kenyataan MAA bahawa harga kereta patut diturunkan berperingkat-peringkat seiring dengan kenyataan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Anwar menegaskan penurunan ini akan dibuat secara berperingkat-peringkat selama lima tahun bagi mengelakkan harga kereta sedia ada dan terpakai merudum. "Beliau turut menyatakan kerajaan Pakatan Rakyat nanti akan mengadakan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan termasuk institusi kewangan, pembuat dan penjual kereta sebelum sebarang penurunan duti eksais di dalam Belanjawan Persekutuan setiap tahun," katanya dalam kenyataan. Nik Nazmi berkata, pelancaran Kempen Turunkan Harga Kereta dibuat kerana KEADILAN merasakan ia adalah cara efektif dan segera untuk menaikkan pendapatan isi rumah rakyat Malaysia. Menurutnya, angka-angka dari pelbagai sumber termasuk Kaji Selidik Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Awam 2009 yang diterbitkan Jabatan Statistik mencatatkan beberapa fakta yang merisaukan seperti di bawah: i) 53 peratus daripada isi rumah di Malaysia mempunyai pendapatan bawah RM3,000 sebulan; ii) 71.9 peratus daripada isi rumah di Malaysia memiliki atau menggunakan kereta; iii) Nisbah hutang isi rumah kepada KDNK di Malaysia telah meningkat 33 peratus pada 1997 kepada 78 peratus pada 2011, iaitu lebih tinggi bagi tahap pendapatan perkapita negara; iv) Kadar hutang isi rumah kepada KDNK adalah 140 peratus pada 2011, lebih tinggi dari Singapura (105%), Thailand (53%) dan Indonesia (38%); v) Jumlah hutang daripada kereta peribadi merupakan jumlah hutang kedua terbesar selepas rumah kediaman sebanyak RM134.2 bilion pada akhir Mei 2012; dan vi) Jumlah hutang daripada kereta swasta telah meningkat sebanyak RM16 bilion atau 14 peratus dalam 18 bulan, berbanding RM118 bilion pada November 2010. Kata Nik Nazmi, penurunan harga kereta lebih rendah bermakna pinjaman untuk pembiayaan juga rendah. "Rakyat Malaysia tidak akan menghabiskan begitu banyak pendapatan isi rumah mereka untuk membayar pinjaman di mana sebahagian besarnya adalah cukai kerajaan," ujar beliau . Sebaliknya, beliau berkata, pengguna akan mempunyai pendapatan boleh guna lebih tinggi yang akan meningkatkan kualiti kehidupan mereka dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi lebih pesat. Tambah beliau, KEADILAN akan mengadakan forum di seluruh negara bermula September ini sempena kempen tersebut. "Kami turut bercadang menjemput MAA dan berharap mereka dapat hadir bagi berkongsi idea tentang isu penting ini," katanya. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=35033 |
Kisah Neil Amstrong dengar laungan Azan di bulan dan peluk Islam Posted: 27 Aug 2012 09:38 AM PDT Saje aku nak berkongsi kisah ni agar dijadikan panduan kepada kita tentang kebesaran Allah . Sejauh mana kebenaran cerita ni aku tidak tak tahu. Neil Armstrong dikatakan adalah orang yang pertama mendarat di bulan. Neil pergi ke bulan menggunakan pesawat angkasa USA bernama Apollo, bersama rakannya Buzz Aldrin. Pergi ke bulan merupakan perkara yang amat menakjubkan bagi Neil. Panorama dan pengalaman tersebut tidak akan pernah luput di dalam pemikiran Niel. 30 Tahun telah berlalu, ketika itu Neil mengambil keputusan untuk bercuti. Dia banyak menghabiskan masa cutinya di Mesir dan ini merupakan kali pertama beliau mengunjungi Kairo. Ini merupakan pengalaman baru Neil mengunjungi dunia Islam dalam rangka lawatannya mencari hiburan dan menenangkan fikiran setelah penat menghabiskan masanya untuk bekerja. Apa yang berlaku di Mesir, Niel bersama rakan-rakannya yang lain sampai ke sebuah hotel yang terletak di tengah Kota Kairo. Setelah mengurus pendaftaran untuk menginap di hotel tersebut, dengan perlahan dia menuju ke bilik hotelnya untuk berehat setelah penat menempuh perjalanan yang jauh dari Amerika menuju ke Kairo. Ketika Niel berbaring di tempat tidurnya, tiba-tiba terdengar seruan Azan. Allahuakbar... Allahhhuakbar.. ketika Niel mendengar seruan tersebut, dia teringat sesuatu bahawa dia pernah mendengar seruan ini. Niel cuba meneliti kembali di manakah dia mendengar seruan ini. Niel cuba mengingat kembali apa yang dilaluinya sebelum ini tetapi dia tetap tidak mampu untuk mendapat jawapannya. Kemudian dia duduk, berdiri dan berjalan mundar mandir sambil mengambil makanan ringan sebelum turun ke tingkat bawah untuk makan malam. Ketika Niel sedang menjamu selera sambil berborak dengan rakan-rakan sejawatannya dia sekali lagi terdengar kumandang azan dari salah satu menara masjid yang berdekatan dengan hotel tersebut. Dia terdiam sejenak dan cuba mengingati kembali dimanakah dia pernah mendengar seruan ini. Dia cuba menghayati kalimat azan. Dia kemudian memanggil pelayan restoran dan bertanya dengannya "Adakah kamu boleh berbahasa Inglish?" Si pelayan menjawab : "Ya boleh sedikit-sedikit" Niel tersenyum & berkata : "Seruan apa yang kedengaran sebentar tadi?" Pelayan itu kemudian menjawab : "Maaf saya tidak faham apa yang dimaksudkan oleh tuan" Neil kemudian menyebut : "Allahu akbar.. Allahu Akhbar" Pelayan itu kemudian berkata : "Itu panggilan untuk bersolat, panggilan kepada seluruh kaum muslimin untuk pergi ke masjid untuk melaksanakan solat dan ianya berlaku 5 kali sehari" Niel pun mengucapkan terima kasih kepada pelayan tersebut atas penjelasannya dan kemudia dia menyambung makan malamnya sambil duduk diam tanpa berkata apa-apa. Tiba-tiba dia bangkit dan meninggalkan rakan-rakannya lalu naik menuju ke kamarnya sambil duduk berfikir. "Aku pasti mendengar salah satu filem yang pernah aku tonton" sejenak dia berfikir "ataupun mungkin di tempat lain?" "Ah tidak, bukan filem!!.. aku mendengar dengan telinga ku sendiri yang bergema di udara, tetapi di mana?" dia mengelamun memikirkan seruan tersebut sehingga ketiduran. Ketika fajar menjelma, Neil terbangun dan sekali lagi dia mendengar seruan azan. Allahu akhbar... Allahhuakbar... Dia pun segera bangkit, duduk di tepi beranda dan cuma mengamati seruan azan tersebut. Neil teringat kembali apa yang berlaku 30 tahun lalu yang merupakan tempoh gemilang dalam hidupnya. Ketika itu dia merupakan salah satu astronot kapal angkasa USA yang juga merupakan kapal angkasa USA yang mampu mendarat ke bulan. Tiba-tiba dia sedar... "Ya.. di sanalah aku mendengar seruan ini untuk pertama kalinya dalam hidupku". Kemudian dia berseru dalam bahasa Inglish tanpa sedar, "Wahai tuhan yang maha suci, ya tuhan, benar aku ingat bahawa di sanalah iaitu di permukaan bulan buat kali pertama aku mendengar seruan tersebut dan kini aku mendengarnya di Kairo iaitu di bumi" Dalam hatinya berharap untuk mendengar seruan itu lagi. Dia mengelamun sehingga pagi dengan harapan dia dapat mendengar seruan itu lagi. Tetapi seruan yang ditunggu tidak kunjung tiba. Akhirnya dia bangkit dari tempat tidurnya dan bersiap untuk sarapan pagi. Dia kemudian terus keluar bersama rakan-rakanya manakala seluruh panca inderanya begitu sensitif untuk mendengar seruan itu lagi. Dia ingin meyakinkan dirinya dan memberitahu rakan-rakannya yang lain mengenai apa yang dialaminya. Rombongan kemudian melawat di sebuah muzium Fir'aun dan pada ketika itu dia mendengar lagi laungan azan yang mengalun merdu dengan irama yang indah dari sebuah pembesar suara yang boleh di dengar seluruh pelawat di mezium. Neil kemudian meninggalkan rombongannya dan berjalan menuju ke arah seruan itu sambil mengamatinya. Dia kemudian memanggil rakannya "apakah awak dengar apa yang saya dengar" "Ya" jawab mereka. "Tahukah anda semua di mana aku pernah mendengar seruan ini sebelum ini? Aku mendengarnya di permukaan bulan pada tahun 1969." Rakanya kemudian memanggil Neil "Mr. Armstrong, mari kita ke sana untuk berbicara sebentar". Kemudian mereka berdua pergi ke salah satu sudut dan mulai berbincang mengenai perasaan anehnya. Tidak lama kemudian.. Neil meninggalkan rombongan dan mengambil teksi dan terus pulang ke hotel, diwajahnya kelihatan kemarahan dan emosi yang berkecamuk. "Bagaimana mungkin dia berkata bahawa aku mengada-ngada dan mereka-reka cerita serta aku telah gila." fikirnya. Neil berdiri di biliknya selama dua jam sambil dan kemudian baring sambil menunggu seruan itu berkumandang semula... Pada ketika itu seruan azan bergema.. Allahu Akhbar.. Alllahhhuakhbar... Neil bangkit dan berdiri di jendela untuk mengamati azan itu semula. Kemudian dia berkata, "Tidak, aku belum gila, aku tidak gila, aku bersumpah demi tuhan bahawa inilah yang aku dengar di permukaan bulan." Neil turun lambat untuk menikmati hidangan kerana tidak mahu bersua muka dengan rakannya. Perkara ini berlangsung sehingga hari terakhir tempoh lawatan tersebut. Kesemua rombongan balik semula ke Amerika. Di Amerika, Neil berusaha mendalami ilmu agama Islam, pada ketika itu dia mulai tertarik dengan Islam. Akhirnya, beberapa bulan kemudian, dia mengumumkan dia masuk Islam secara rasmi dan pada masa yang sama dalam wawancara dia menyatakan dia masuk islam kerana dia telah mendengar azan dengan telinganya sendiri di permukaan bulan. Asyahadua an laaa ilaaha illallahhhhh Wa Asyhadu anna muhammadar Rasullallahhhh.. Tidak lama kemudia, dia menerima sepucuk surat dari NASA, surat itu merupakan surat pemecatannya dari NASA. Sebab dan musabab dia dipecat tidak dapat diterangkan disini kerana tidak saya tidak jelas mengenainya. Neil Armstrong berseru dalam sebuah majalah. "Memang aku kehilangan pekerjaanku, tetapi aku menemukan Allah" Allahualam.. |
Posted: 27 Aug 2012 08:55 AM PDT Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi (KPKK) menggesa polis tidak membenarkan himpunan 'Janji Bersih' pada 30 Ogos ini atas alasan ia akan mengganggu sistem siar raya sambutan Hari Merdeka. Ketua Setiausaha KPKK, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata peralatan untuk sistem siar raya itu telah dipasang di Dataran Merdeka dan polis mesti menghalang sebarang bentuk himpunan di tempat sama. "Kita akan maklum polis untuk tak benarkan perhimpunan berlangsung. "Kerana peralatan kita, kita sudah pasang dengan sempurna di situ dan harus diingat, di mana-mana acara, sistem siar raya sangat penting. "Saya nak jaga sistem siar raya saya. Kalau ada apa-apa yang diusik nanti, akan menyukarkan kita," katanya kepada pemberita. Katanya, KPKK memaklumkan polis untuk tidak membenarkan pihak lain mengadakan himpunan di Dataran Merdeka kerana mereka telah menggunakan Dataran Merdeka sejak hari ini lagi. "Tadi pagi pun kita dah menghadapi masalah. PA system tidak beberapa berfungsi dengan baik. "Tambahan, kalau dikacau nanti saya khuatir," katanya. Janji Bersih - perhimpunan bagi menuntut janji kerajaan membersihkan sistem pilihan raya - dijadual bermula dariapda jam 10 hingga ke tengah malam di Dataran Merdeka. - Malaysiakini |
Najib sebaris diktator Hosni Mubarak, Kazahzstan - Bayar konsultan untuk pulih imej Posted: 27 Aug 2012 03:19 AM PDT Peletakan jawatan Joshua Trevino, penulis The Guardian di Amerika yang penuh kontroversi telah menimbulkan semula isu obsesi pentadbiran BN bagi membayar konsultan bagi membina imej mereka di luar negara. Trevino dipaksa meletak jawatan apabila beliau didedahkan sebagai konsultan kepada FBC Media ketika beliau menulis sebuah artikel yang memuji imej 'Muslim sederhana' Datuk Seri Najib Razak's. Malah tahun lepas Najib mengaku di Parlimen bahawa Kerajaan Persekutuan membayar RM94 juta kepada FBC Media antara 2007 dan 2010. Meskipun Najib cuba menjauhkan dirinya daripada taktik kewartawanan kotor FBC yang 'mengatur berita' apabila menerima upah daripada Kerajaan Malaysia, kedua-dua rangkaian media antarabangsa BBC dan CNBC menamatkan kontrak mereka dengan FBC Media memandangkan pelanggaran etika kewartawanan. Selain daripada pentadbiran Najib, pelanggan lain FBC Media termasuklah rejim Hosni Mubarak sebelum kejatuhannya di Mesir dan kerajaan diktator Kazakhstan. Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud turut melantik FBC Media untuk memulihkan imejnya yang telah tercemar dengan rasuah dan salah laku alam sekitar. Ironis sekali ketika mana pimpinan Umno BN menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat sebagai anti-Islam dan pro-Zionis di Malaysia, mereka melantik konsultan-konsultan yang dikenali kerana pandangan anti-Islam dan pro-Zionis yang ekstrim bagi menaikkan imej mereka di luar negara. Pelantikan Trevino oleh The Guardian telah dikecam oleh ramai aktivis Palestin memandangkan beliau pernah secara terbuka menghasut tentera Israel untuk membunuh aktivis flotilla Gaza. FBC turut menyerang Ikhwanul Muslimun di dalam laporan mereka untuk BBC dan cuba mengaitkan Anwar dengan Ikhwan bagi menggambarkan Anwar sebagai ekstrimis Islam kepada media Barat. FBC juga telah membayar AS$70,000 kepada APCO Wordlwide untuk melobi Kerajaan Amerika bagi pihak Kerajaan Malaysia. Pada masa yang sama, insiden mengatur berita ini membolehkan media Umno BN di Malaysia untuk melaporkan bahan-bahan tersebut sebagai berita yang kononnya datang daripada sumber media yang berwibawa di luar negara. Baru-baru ini Najib mengatakan pelbagai pengiktirafan antarabangsa yang diberikan kepada pentadbirannya sebagai tanda pencapaian BN. Kontroversi FBC ini bagaimanapun membuktikan bahawa pengiktirafan ini sebenarnya 'dibeli' menggunakan wang rakyat. Sikap hipokrit untuk menggambarkan Anwar sebagai anti-Israel di luar negara tetapi boneka Zionis di Malaysia mendedahkan taktik cetek dan terdesak Umno BN. Pada masa yang sama, skandal ini membuktikan bahawa pentadbiran hari ini menumpukan perhatian untuk mendapat pengiktirafan tidak bermakna dari luar bagi menutup kegagalan mereka menyelesaikan masalah di dalam negara. Jelas sekali pentadbiran Najib tidak mempunyai keutamaan yang sewajarnya dan hanya mampu menumpukan masa mereka terhadap fitnah dan penipuan, bukannya perubahan dasar. Jika Najib benar-benar serius terhadap transformasinya dan imej progresif yang telah dibina oleh konsultan-konsultannya di luar negara, beliau seharusnya berterus-terang kepada rakyat Malaysia tentang peranan pentadbirannya di dalam skandal mengatur berita yang telah memburukkan imej negara. Pengarah Komunikasi KEADILAN Nik Nazmi Nik Ahmad Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=35025 |
Posted: 27 Aug 2012 02:46 AM PDT LOS ANGELES - Di sebalik kontroversi, filem dokumentari 2016: Obama's America, arahan Dinesh D'Souza dan John Sullivan, dikatakan mampu mencatatkan jumlah kutipan memberangsangkan apabila berjaya mengutip sebanyak AS$6.3 juta (RM20.1 juta) sejak ia mula ditayangkan minggu lalu, sekali gus mengatasi kutipan tiga filem baru yang lain. Filem yang mengisahkan isu anti Presiden Amerika Syarikat memulakan tayangannya bulan lepas tetapi hanya ditayangkan di sesetengah panggung, kini menjadi filem dokumentari yang paling mencatat keuntungan di Amerika Syarikat. Sebelum ini, takhta itu dipegang filem Bully yang mencatat keuntungan sebanyak AS$3.5 juta (RM10.85 juta). Selain itu, filem Obama's America kini turut mendahului carta filem dokumentari konservatif sepanjang masa, mengalahkan filem Expelled: No Intelligence Allowed yang berjaya mengutip jualan sebanyak AS$7.7 juta(RM23.87 juta). Obama's Amerika yang diterbitkan Rocky Mountain Pictures, dipromosikan secara meluas melalui radio dan penayangan seluruh negara itu juga serentak dengan Konvensyen Kebangsaan Parti Republikan, yang berlangsung di Tampa, Florida yang turut menjadi pemangkin kepada kejayaan kutipan filem itu. Sebelum ini, kedudukan pecah panggung didominasi filem Holdovers, diikuti filem terbitan Lionsgate dan Millennium Films, The Expendables, yang mencatatkan kutipan sebanyak AS$13.5 juta (RM41.85 juta) pada minggu kedua tayangannya. - SINAR |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan