RAKYAT MARHAEN |
- Diburu Kerana Menipu : Najib sorok bakal menantu di Malaysia....hebatkan...!!!
- Mat Sabu: Akhbar Sin Chew salah lapor, saya tak sebut tentang hudud
- Merdeka: Kenapa kenderaan sukar kibar bendera?
- Malaysia Kita : Projek Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia separuh jalan..!!!
- Bapa kafir: Mahkamah tolak permohonan Rahim Noor
- Takebeer. (1)
- Persatuan Automotif Malaysia sokong Kempen Turunkan Harga Kereta
- Umno-APCO Peralat Kakitangan DBKL Sambut Merdeka!
- Selangor: Air percuma bela rakyat
- Malaysia Kita : OKU bakal hidup gelandangan kerana hilang tempat berlindung di Ipoh
- DR MAHATHIR ANTARA 3 ORANG PM PERNAH KELUAR DARI UMNO
- Tamrin kata Tun Ghafar hampir hampir tinggalkan Umno,betul ke?...Aku kata betul !
- PRU 13 : 33 Dun Sabah Ini Bakal Dimiliki Pakatan.
- PRU 13 : Rakyat jadi penilai, bukannya pemimpin BN
- AGAK- AGAK MASUK AKAL TAK PERANGAI PUAKA AMNO NI?
- Malaysia Kita : Penyamun Durjana (10OGOS12) - Kadar Jenayah Menurun...aman damai...!!!
- Hudud: Yang Engkar, Dolak-Dalik, Keliru Dan Faham
- Kekeliruan mengenai politik Islam
- UMNO's own Desolate Wasteland.
- Malaysia Kita : Taktik licik keluarga penyamun
- PRU13 : Parlimen Alor Setar Banyak Kejutan.....
- PRU 13 : PAS mampu menang 16 Dun, PKR 12 Dun di Perak ...kalau buat kerjalah...!!!!
- Dewan Ulama Pas Kelantan selar Ibrahim Ali
- Merdeka: Sikap Responsif Malaysia
- Wanita Disumpah Jadi Batu Kerana Curang Di Paloh
Diburu Kerana Menipu : Najib sorok bakal menantu di Malaysia....hebatkan...!!! Posted: 27 Aug 2012 09:26 PM PDT KUALA LUMPUR 28 Ogos: Kelibat bakal menantu Najib Razak iaitu Daniyar Nazarbayev bersama tunangnya, Nooryana Najwa dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri di Pekan Pahang, Ahad lalu tersebar di internet dan memeranjatkan banyak pihak. Kemunculannya itu menimbulkan tanda tanya adakah beliau sebenarnya bersembunyi di Malaysia atau diseludup masuk oleh bakal mentuanya itu. Ia kerana Daniyar sedang diburu pihak berkuasa antarabangsa. Sebelum ini Keadilan Daily melaporkan seorang lelaki menyerupai Daniyar menjalani latihan ketenteraan dengan lengkap berseragam seakan-akan tentera Malaysia di kem askar Port Dickson. Walaupun kesahihan gambar berkenaan berkenaan belum dapat dipastikan tetapi Najib sehingga kini tidak membuat sebarang penafian. Read More / Baca Lagi >> |
Mat Sabu: Akhbar Sin Chew salah lapor, saya tak sebut tentang hudud Posted: 27 Aug 2012 09:24 PM PDT KUALA LUMPUR, 28 Ogos — Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu menafikan laporan muka depan akhbar Sin Chew Daily hari ini yang memetik beliau sebagai berkata, PAS akan melaksanakan hudud jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya. Mohamad yang mesra dengan panggilan Mat Sabu menjelaskan, semasa wartawan Sin Chew Daily menghubungi beliau melalui telefon, perkataan tentang hudud langsung tidak disebut oleh beliau. "Saya diberitahu oleh seseorang kenalan berbangsa Cina, Sin Chew Daily lapor kenyataan yang berbeza daripada apa yang saya sebut. "Ketika wartawan surat khabar itu (Sin Chew Daily) menghubungi saya, perkataan tentang hudud langsung tidak keluar. "Mungkin dia (wartawan) tak faham sangat Bahasa Melayu," kata Mohamad (gambar) ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi. Read More / Baca Lagi >> |
Merdeka: Kenapa kenderaan sukar kibar bendera? Posted: 27 Aug 2012 09:23 PM PDT KUALA LUMPUR: Apabila sambutan kemerdekaan dijadikan modal politik dan propaganda parti, maka ia telah memberi kesan buruk kepada negara, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad. Tegasnya, kemerdekaan adalah milik semua rakyat, bukan milik mana-mana kelompok. "Menjelang sambutan kemerdekaan, rakyat menjadi keliru, sama ada menyambut ulang tahun Umno atau ulang tahun kemerdekaan negara," katanya dalam satu kenyataan. Read More / Baca Lagi >> |
Malaysia Kita : Projek Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia separuh jalan..!!! Posted: 27 Aug 2012 09:19 PM PDT SUNGAI BESAR - Penduduk di daerah ini menggesa agar projek pembinaan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia disiapkan dengan kadar segera berikutan tempoh pembinaannya difahamkan telah melebihi tarikh yang ditetapkan. Difahamkan, projek pembinaan rumah tersebut dijanjikan siap pada pertengahan bulan Mei lalu namun sehingga kini kerja pembinaan masih belum dimulakan. Menurut salah seorang penerima bantuan Rumah Mesra Rakyat tersebut, Masnah Haji Sulaiman,65, sejak projek pembinaan rumahnya di Parit 4 Timur tersebut bermula pada April lalu, pihak kontraktor yang ditugaskan bagi menjalankan projek itu hanya meninggalkan barang-barang pembinaan di tapak rumahnya. "Mereka tinggalkan bata serta keperluan barang pembinaan namun tiada kerja-kerja pembinaan dijalankan sehingga kini," katanya selepas ditemui Sinar Harian. Read More / Baca Lagi >> |
Bapa kafir: Mahkamah tolak permohonan Rahim Noor Posted: 27 Aug 2012 09:17 PM PDT |
Posted: 27 Aug 2012 09:12 PM PDT Oleh: MSK (Satu masa yang baru lalu, orang Umno cukup suka dengan perkataan "takebeer" ni. Tiba-tiba semua senyap. Apakah ada rahsia disebaliknya? Mengapa blogger Umno dilarang menggunakannya? Apakah ia ada kaitan dengan perancangan San Miguel untuk menguasai pasaran beer di Malaysia?) Pertengahan 1980an dulu, aku memulakan perjalanan sebagai backpackers. Tapi dalam apa juga yang kita buat, kena belajar dulu..bukan boleh main redah saja. Bagi setiap backpackers, ada kitab-kitab yang perlu dipelajari. Ada banyak kitab backpackers dipasaran dan yang paling laris ialah keluaran Lonely Planets. Dalam kitab-kitab ini, kita boleh tau kat mana nak dapat hotel murah…kat mana nak dapat makan free dan macam mana nak tumpang kenderaaan. Ada satu kitab yang aku cukup minat yang berjudul "Work your way around the world." Dalam kitab ini, macam-macam tips boleh dipelajari macam mana nak survive ditempat orang. Sebelum kita sampai kesesebuah negara, kita kena belajar dan faham tentang ekonomi dan politik sesebuah negara itu. Mengapa Thailand menjadi tempat persinggahan pertama bagi backpackers dari Eropah dan Amerika? Apa yang perlu dilakukan ketika memasuki Malaysia? Apa yang perlu di buat sebelum bertolak ke India? Semua ini ada dalam kitab tersebut. Tahun 80an, Malaysia lebih maju dari Thailand. Tapi Thailand mempunyai banyak perkara yang mana Malaysia tak ada. Read More / Baca Lagi >> |
Persatuan Automotif Malaysia sokong Kempen Turunkan Harga Kereta Posted: 27 Aug 2012 09:10 PM PDT KUALA LUMPUR 28 Ogos: Dasar Automatif Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga kereta seperti dirancang KEADILAN menerusi Kempen Turunkan Harga Kereta mendapat sokongan Presiden Persatuan Automatif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad. Mengalu-alukan sokongan itu, Pengarah Komunikasinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kenyataan MAA bahawa harga kereta patut diturunkan berperingkat-peringkat seiring dengan kenyataan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Anwar menegaskan penurunan ini akan dibuat secara berperingkat-peringkat selama lima tahun bagi mengelakkan harga kereta sedia ada dan terpakai merudum. "Beliau turut menyatakan kerajaan Pakatan Rakyat nanti akan mengadakan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan termasuk institusi kewangan, pembuat dan penjual kereta sebelum sebarang penurunan duti eksais di dalam Belanjawan Persekutuan setiap tahun," katanya dalam kenyataan. Read More / Baca Lagi >> |
Umno-APCO Peralat Kakitangan DBKL Sambut Merdeka! Posted: 27 Aug 2012 09:09 PM PDT Setelah belajar daripada sambutan hambar dan memalukan sempena Hari Koperasi Kebangsaan yang dirasmikan perdana menteri Najib Altantuya pada 14 Julai lalu di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sambutan kemerdekaan kali ke-55 yang bakal diadakan di stadium yang sama mula diperalatkan Umno-APCO. Sepucuk surat yang dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertarikh 14 Ogos lalu meminta semua pegawai dan kakitangan Jabatan Pengurusan dan Sumber Manusia DBKL supaya hadir pada majlis yang dijadualkan bermula jam 8 malam. Arahan yang dikeluarkan oleh Noor Azmi Nordin iaitu Timbalan Pengarah Unit Pentadbiran, Bahagian Sumber Manusia DBKL itu turut mengingatkan bahawa kedatangan mereka adalah DIWAJIBKAN DAN AKAN DIREKODKAN pada majlis tersebut. Menurut surat itu lagi, satu taklimat akan diadakan kelak bagi maklumat lanjut dipercayai untuk menyelaraskan kakitangan kerajaan tempatan itu dari segi logistik dan penyediaan makanan. Dianggarakan kira-kira 700 kakitangan jabatan ini terlibat dalam arahan bermotifkan politik ini.Read More / Baca Lagi >> |
Selangor: Air percuma bela rakyat Posted: 27 Aug 2012 09:06 PM PDT SHAH ALAM – Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok menyifatkan kenyataan dibuat oleh ahli akademik, Prof Dr Suhaimi Abdul Talib kelmarin bahawa dasar Kerajaan Negeri memberi bekalan air percuma sebagai langkah tidak bijak dan tidak lestari sebagai tidak tepat. Beliau berkata, Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) telah mengkaji dasar tersebut sebelum menjadikannya sebagai manifesto Pilihan Raya Umum ke-12 dan mengambil alih pentadbiran negeri ini sejak 2008. "Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah meneliti akaun Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan keseluruhannya dan mendapati langkah Kerajaan Negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) menyertai penswastaan membawa kerugian kepada rakyat. "Kalau bukan kerana kami (PR) memerintah, maka pengguna air di Lembah Klang akan tanggung kerugian tersebut sekiranya mengikut perjanjian asal itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam. Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Suhaimi yang mengatakan dasar itu menyebabkan hasil Kerajaan Negeri terus merosot. Suhaimi adalah Penolong Naib Canselor Pembangunan, Pengurusan Kemudahan dan ICT Universiti Teknologi Mara (UiTM). Teresa berkata, setelah PR memerintah negeri ini, pihaknya telah menangguhkan tarif air yang terus meningkat dari tahun ke tahun itu. |
Malaysia Kita : OKU bakal hidup gelandangan kerana hilang tempat berlindung di Ipoh Posted: 27 Aug 2012 09:03 PM PDT Isu itu telah disebut-sebut sejak lebih setahun lalu apabila pemilik sah bangunan itu berhasrat untuk menggunakan semula premis berkenaan, dan sepanjang tempoh itu mereka sepatutnya berpindah mencari tempat baru. "Kami hanya perlukan tanah sekarang ini. Dari segi dana untuk membina kompleks, memang telah ada individu yang boleh membantu tetapi mereka mahu kami mencari tanah dahulu. |
DR MAHATHIR ANTARA 3 ORANG PM PERNAH KELUAR DARI UMNO Posted: 27 Aug 2012 08:25 PM PDT Jawapan En Tamrin Tun Ghafar...A'kum Zainun I ve read ur statement in Utusan. Its ok I understand. I hanya tukar party bukan tukar Agama. Tunku Abd. Rahman dan Tun Husein Onn keluar UMNO dan mati d luar UMNO. Tun M dan Sanusi pun pernah keluar UMNO zaman Dollah dan masuk semula zaman Najib. Begitu juga dng Rais, T. Razaleigh dan ramai lagi. May b u all r not aware Abah pun hampir2 tuboh party baru dlm zaman Dr. M / Dollah. U can check wit Dtk. Bahador Shah n Dtk. Rahman Yunus . cc all family members. Salam. |
Tamrin kata Tun Ghafar hampir hampir tinggalkan Umno,betul ke?...Aku kata betul ! Posted: 27 Aug 2012 08:22 PM PDT Kenyataan Mat Sabu di Bukit Katil 12 Ogos lalu yang mengatakan jika Allahyarham Tun Ghafar masih hidup dia pasti akan masuk Pas sapertimana yang dilakukan anaknya Tamrin telah mengundang perdebatan panas.Banyak pihak telah tampil menyangkal dakwaan ini termasuk waris Tun Ghafar dan hari ini Tamrin pula tampil dengan kenyataan berhubung perkara itu DISINI. "May b u all r not aware Abah pun hampir2 tuboh party baru dlm zaman Dr. M / Dollah. U can check wit Dtk. Bahador Shah n Dtk. Rahman Yunus . cc all family members. Salam." Cuma aku suka nak menambah senarai panjang orang orang yang patut ditanya mengenai kesahihan dakwaan Tamrin ini selain Datuk Bahador Shah dan Datuk Rahman Yunus (SU Peribadi Tun Ghafar) saperti yang dinamakan Tamrin diatas.... Sila tanyakan.... Read More / Baca Lagi >> |
PRU 13 : 33 Dun Sabah Ini Bakal Dimiliki Pakatan. Posted: 27 Aug 2012 08:08 PM PDT RAKYAT Sabah bakal melihat sebuah kerajaan baru bakal dibentuk selepas PRU 13, mengikut analisa dan Survey yang saya lakukan terhadap keputusan PRU 2008, peluang Pembangkang kali ini, sememangnya cerah, dikirakan peluang adalah 50 : 50, di antara BN dan PR. Dengan kemasukan tiga lagi pemimpin BN ke rumah PR kali ini sememangnya memperkuatkan lagi pembangkang di Sabah kali ini. Tindakan Datuk Lajim, Datuk Wilfred dan Datuk Maijol, sememangnya tepat dan memperkuatkan lagi peluang pembangkang di Sabah kali ini. Peluang pembangkang kali ini mestilah bersyarat jika ingin menggantikan Kerajaan BN Sabah. PRU 13 kali ini pembangkang mencapai kata sepakat SATU LAWAN SATU dan diharapkan satu mimpi dan impian rakyat yang mahukan perubahan dan Tukar kerajaan BN akan menjadi kenyataan nanti bila pembangkang bersatu turun ke medan tempur. PR bakal membentuk kerajaan baru Sabah dengan 'majoriti mudah' kali ini kerana diramalkan PRU 13 kali ini sememangnya sengit dan 'head to head' hampir di semua kawasan Dun kuat BN. Jika PRU 2008 BN dengan mudah boleh, mencapai kemenangan mudah dengan 'score 59 -1', kali ini tidak lagi semudah ini kerana rakyat Sabah telah dilanda angin perubahan tukar, satu sunami politik baru bakal melanda sabah kali ini. Read More / Baca Lagi >> |
PRU 13 : Rakyat jadi penilai, bukannya pemimpin BN Posted: 27 Aug 2012 07:59 PM PDT Ketua Penerangan PKR negeri, Ibrahim Yusof berkata, hanya rakyat yang boleh menilai sejauh mana keberkesanan PR menunaikan janji manifesto sejak Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12). "Rakyat adalah penilai yang tepat dan golongan sesuai untuk menilai tahap pencapaian PR dalam menunaikan janji. "Pemimpin BN hanya pandai bercakap sahaja dan tidak layak menilainya," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam. |
AGAK- AGAK MASUK AKAL TAK PERANGAI PUAKA AMNO NI? Posted: 27 Aug 2012 07:55 PM PDT |
Malaysia Kita : Penyamun Durjana (10OGOS12) - Kadar Jenayah Menurun...aman damai...!!! Posted: 27 Aug 2012 07:42 PM PDT |
Hudud: Yang Engkar, Dolak-Dalik, Keliru Dan Faham Posted: 27 Aug 2012 07:31 PM PDT Isu hukum hudud timbul kembali, termasuk polemiknya sekali. Ada pemimpin DAP engkar hudud sudah dimaklumi. Dr Mahathir perlekeh hudud sudah lama diketahui. UMNO dolak-dalik tentang hudud sudah sebati. Media arus perdana permainkan isu hudud sudah dimengerti. Namun apabila ada pemimpin PAS pusat membuat kenyataan tentang hudud atau ucapannya dipetik dan dijadikan tajuk utama akhbar terutama hampir dengan PRU13 ini, ia menjadi seperti undur ke belakang menuju dalam perigi. Saya sendiri-setakat sedikit ilmu yang ada-menulis beberapa artikel tentang hudud bagi menyuburkan kefahaman masyarakat agar bersedia menerima hukuman Allah ini bagi manfaat mereka juga (bukan sebaliknya dengan membuat kenyataan yang memberi faham agar hudud ditolak). Artikel seperti: Isu Hudud: BN Rela Jenayah Subur Di Bawah Pemerintahannya , Hudud: Penasihat Agama MB Pening, MB Lagi Bingung,Buku Kecil Tentang Hukum Hudud, termasuk khutbah Jumaat selepas PAS Terengganu meletakkan Al-Quran, Sunnah, Ijmak Dan Qias sebagai Undang-undang Tubuh Negeri Terengganu: Mereka Bangun Tinggalkan Masjid Bila Dibaca Ayat Qisas Dalam Khutbah. |
Kekeliruan mengenai politik Islam Posted: 27 Aug 2012 07:27 PM PDT Oleh A. Shukur Harun Kejahilan, kata Dr. Hamka, ialah musuh utama umat Islam. Ini kerana, ka ta beliau lagi, kecemerlangan Islam terlindung oleh kejahilan umat Islam sendiri. Pelbagai pandangan keliru dan karut marut telah dicetuskan oleh sesetengan umat Islam selama ini baik ia mengenai persoalan politik, hubungan antara kaum, lebih-lebih lagi mengenai fiqh. Kejahlian dan kekeliruan umat ini jauh kebih parah apabila ia berbaur dengan sikap prejudis atau kebencian akan hal yang ia tidak tahu. Pada pendapat saya, ini bukan semata-mata kerana kejahilan dan kekeliruan, tetapi juga dikeranakan oleh kedegilan dan keangkuhan untuk menerima hakikat Islam yang syumul itu. Saya terkesan dengan persoalan ini apabila timbul pandangan bahawa haram dan berdosa mengundi DAP, suatu isu yang dicetuskan menjelang PRU Ke-13 yang tentunya berlaku pertarunghan sengit antara Umno/BN dengan Pakatan Rakyat yang mengandungi PAS, PKR dan DAP. Perancang politik secular tentunya mengharapkan supaya dengan isu haram mengundi DAP itu akan mengundang perhatian pengundi Melayu, terutama di luar bandar, supaya tidak mengundi Pakatan yang di dalamnya ada DAP di mana konon haram diundi. Apabila Pakatan Rakyat tewas oleh politik ini, bermakna menanglah Umno/BN. Ini matamat tunggal mereka dan sekali lagi umat yang enggan berfikir terdedah kepada pandangan ini. Read More / Baca Lagi >> |
UMNO's own Desolate Wasteland. Posted: 27 Aug 2012 07:23 PM PDT I said to my soul, be still and wait without hope, for hope would be hope for the wrong thing; wait without love, for love would be love of the wrong thing; there is yet faith, but the faith and the love are all in the waiting. Wait without thought, for you are not ready for thought: So the darkness shall be the light, and the stillness the dancing. I first heard of these lines from Comrade Kassim ( Kassim Ahmad) circa 1977. He was participating in one of the forums at the University of Malaya Campus. He was also the chairman of PSRM then, hence the prefix Comrade. Nowadays I hear he is a religious ascetic and he remains, as I have always imagined, a rigorous thinker. The lines were taken from TS Eliot's poem Waste Land. Spoken in a melancholic manner by Comrade Kassim, the words left a deep impression on me. To me, the words sounded like a mournful and forlorn longing for the right hope. Or the desirable hope. Read More / Baca Lagi >> |
Malaysia Kita : Taktik licik keluarga penyamun Posted: 27 Aug 2012 07:19 PM PDT PUCHONG – Seorang lelaki menunggang motosikal bersama seorang wanita dan dua anak kecil dipercayai sekeluarga dikesan melakukan ugutan dan jenayah samun terancang dengan berpura-pura kononnya anak mereka dilanggar kenderaan mangsa sebelum menyamun mereka. Insiden itu berlaku kepada seorang pemandu lori, Yong Chin Wan, 68, ketika membuat penghantaran produk makanan dari Jalan Kuchai Lama ke kilangnya di Taman Perindustrian Puchong. Menceritakan detik malang itu, Chin Wan berkata, dia ditahan lelaki sama sebanyak dua kali. Katanya, kejadian pertama berlaku pada 2 Jun lalu, ketika dia bersama seorang pembantu warga Indonesia dalam perjalanan ke kilang sebelum ditahan suspek di Jalan TPP 6/6. Read More / Baca Lagi >> |
PRU13 : Parlimen Alor Setar Banyak Kejutan..... Posted: 27 Aug 2012 07:16 PM PDT ALOR SETAR - Dijangkakan banyak kejutan bakal mewarnai kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Bakar Bata dan Alor Mengkudu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), berbanding Dun Kota Darul Aman dan kerusi Parlimen Alor Setar, yang dikatakan tidak banyak perubahan. Bukan sahaja daripada pemilihan calon bertanding parti-parti terlibat, malah saingan sengit digembar-gemburkan akan berlaku di Dun Bakar Bata, yang menampilkan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah manakala Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kedah yang juga Exco Kerajaan Negeri, Dr Ismail Salleh di Dun Alor Mengkudu. Ini kerana masing-masing perlu mengekalkan kemenangan untuk terus kekal 'berkuasa' secara bermaruah, jika tewas, bagaimana nasib kedua-duanya selepas keputusan rasmi diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). |
PRU 13 : PAS mampu menang 16 Dun, PKR 12 Dun di Perak ...kalau buat kerjalah...!!!! Posted: 27 Aug 2012 07:14 PM PDT Data di bawah hanya mengambilkira pengundi Melayu, Cina dan India. Undi Asli dan Pos tidak diambilkira. Setelah dikira dari sentimen semasa secara keseluruhan iaitu Melayu 36%, Cina 80% dan India 40% (lebih cantik jika mampu dapat lebih) maka peratus keseluruhan adalah seperti di ruangan berwarna kuning. Kekurangan dan kelebihan adalah berdasarkan % undi yang diperolehi BN dalam PRU 12. PKR= 12 DUN PAS= 16 DUN (jika DUN Lintang diandaikan sebagai DUN PAS) Untuk PAS, jika dapat membaiki beberapa kesilapan yang telah di paparkan di SINI, kemungkinan untuk menang kemungkinan besar dapat mencecah 90%. Untuk PKR, kemungkinan besar cuma 55% selagi tidak dapat menyelesaikan masalah-masalah di cabang-cabang (Masalah PKR tuan2 dipersilakan paparkan di ruangan komen. tq) Semakin ke bawah, kerja-kerja yang perlu dilaksanakan semakin berat! Akhirkata, "TEPUK DADA TANYA SELERA". Kejayaan mendapatkan semula negeri terletak di tangan tuan-tuan! Jangan tamak mengejar jawatan seperti yang telah dipaparkan di SINI. P/S: Untuk DUN2 yang tiada dalam senarai, hanya akan dimenangi sekiranya tuan2 dapat mentadbir negeri dengan baik sekiranya dapat berkuasa semula selepas PRU13 nanti! So, sila study bab pentadbiran yang baik dan berkesan mulai sekarang!The Sniper |
Dewan Ulama Pas Kelantan selar Ibrahim Ali Posted: 27 Aug 2012 07:04 PM PDT Timbalan Ketuanya, Hasan Mahmood berkata, dakwaan Ibrahim disifatkan tuduhan melulu tanpa kebenaran fakta yang tepat serta berniat jahat untuk memburukkan Pas Kelantan termasuk melagakan parti itu dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik). Hasan menafikan dakwaan tidak berasas Ibrahim itu kerana penghasilan isi kandungan khutbah itu tidak terikat dengan kepentingan mana-mana parti politik biarpun ia dikeluarkan pihaknya. |
Merdeka: Sikap Responsif Malaysia Posted: 27 Aug 2012 07:01 PM PDT Hari ulang tahun kemerdekaan ke-55 Malaysia sudah hampir tiba. Kemanakah arah tuju Malaysia selepas ini. Kalau dilihat senario sekarang, layakkah Malaysia bergelar negara merdeka? Mari kita sama-sama fahami erti merdeka yang sebenar.Merdeka sebenarnya bermaksud bebas daripada penjajahan, kurungan, naungan dan lain.Ia juga bermaksud tidak bergantung pd yg lain dan berdiri sendiri. Melihat kepada maksud bebas daripada penjajahan, ramai yang beranggapan Malaysia sudah menjadi negara merdeka kerana telah bebas daripada jajahan kuasa-kuasa asing seperti Portugis, Jepun, British dan sebagainya. Tetapi, sedarkah mereka bahawa Malaysia masih lagi dijajah, masih lagi berada ditakuk lama. Merdeka yang sebenarnya bermaksud bebas dari jajahan politik, ekonomi dan yang paling penting adalah bebas daripada jajahan pemikiran kuasa-kuasa luar. |
Wanita Disumpah Jadi Batu Kerana Curang Di Paloh Posted: 27 Aug 2012 06:55 PM PDT Nak dikatakan pelik, tidaklah terlalu pelik. Mungkin juga boleh dikatakan sebagai misteri. Satu video yang dimuat naik ke laman You Tube berjudul 'Sumpahan jadi batu di mamah tanah PALOH ?' semakin menjadi bualan di kalangan pengunjung laman tersebut. Video berkenaan menceritakan tentang kononnya seorang wanita yang telah curang terhadap suaminya disumpah menjadi batu di dalam sebuah ladang kelapa sawit di Paloh, Johor. Wanita itu dikatakan telah 'ditukarkan' menjadi batu ketika sedang asyik memadu asmara bersama teman lelakinya. Persoalan yang semakin menjadi tanda tanya kepada umum ialah, benarkah kejadian sumpahan itu sememangnya berlaku? Mengapa hanya wanita itu sahaja yang disumpah, bagaimana dengan pasangannya? Melihatkan isi video tersebut, batu itu memang melihatkan bentuk badan seorang wanita yang sedang berbogel, lengkap dengan rambut yang panjang. Mendengarkan penceritaan dari lelaki yang menjadi 'voice over' dalam video itu seperti kurang jelas tentang maklumat yang ingin disampaikan. Boleh sahaja cerita itu diada-adakan atau batu itu hanyalah ukiran semata-mata. Apa-apa pun, kebenaran tentang 'misteri' sumpahan batu itu hanya penduduk di sekitar kawasan itu sahaja yang tahu. Selebihnya, kita jangan mudah untuk membuat cerita tanpa sebarang usul periksa terlebih dahulu. Wallahualam. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan