Nuffnang

Pengikut

MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


Abby jawab Zunar : Kami akan mula berkarya selepas BN tumbang

Posted: 24 Jul 2012 09:36 PM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Julai — Pelakon yang baru-baru ini menyertai PAS, Arbaiyah Abdul Manan (gambar), yang popular dengan panggilan Abby Abadi menjawab kenyataan Zulkiflee Anwar Ulhaque (Zunar) mengenai "artis sertai Pakatan Rakyat (PR) hanya berceramah tetapi tidak berkarya" dengan mengatakan beliau hanya akan kembali berkarya selepas Barisan Nasional (BN) ditumbangkan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Abby Abadi juga berkata, dunia seni yang Islamik hanya akan wujud selepas PAS mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

"Dalam situasi artis yang berhijrah (menyertai PAS) seperti saya sekarang ini, En Zunar kena faham keadaan artis-artis yang menyertai PAS khususnya wanita.

"Jadi bila berhijrah ruang untuk berkarya agak terbatas, yang berlakon dan menyanyi, memerlukan filem, drama dan rancangan yang bercorak Islamik.

"Artis-artis seperti kami hanya akan berkarya semula dalam bidang seni apabila sudah disediakan 'padang' yang bersesuaian dengan Syariah Islam.

"Dan kerana itulah Abby dan artis-artis lain yang berhijrah perlu bersama PAS untuk mendapatkan kuasa pemerintahan dalam PRU kali ini supaya tertubuhnya kerajaan baru yang pastinya akan memerintah berdasarkan Al-Quran dan Sunnah dan memastikan juga wujudnya industri hiburan yang mesra Syariah," kata Abby Abadi kepada The Malaysian Insider dalam temuramah melalui kiriman pesanan ringkas WhatsApp sebentar tadi.

Sebelum ini Zunar dalam temuramah bersama The Malaysian Insider membidas golongan artis arus perdana yang menyertai Pakatan Rakyat (PR) tetapi hanya berceramah dan tidak terus berkarya sebagai seniman dan budayawan.

Menurut Zunar, PR juga perlu menyokong golongan artis yang menyertai mereka dengan memberi sokongan dana dan ruang untuk berkarya.

Menurut Abby Abadi lagi, hiburan bercorak Islamik sahaja tidak mencukupi tetapi perlulah mendorong ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.

"Bukan sekadar Islamik tetapi menuntut kepatuhan 'Amal Maaruf Nahi Mungkar," kata bekas pelakon drama "Gerak Khas" terbitan Skop Production yang popular di RTM
.
Abby Abadi juga tidak bersetuju dengan kenyataan Zunar bahawa negeri-negeri PR tidak memberikan sokongan kepada golongan artis yang menyertai mereka untuk berkarya.

Katanya lagi, perubahan dalam industri seni dan hiburan tidak dapat dilakukan oleh kerana PR masih belum memerintah Malaysia.

"Negeri-negeri di bawah PR (Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang) memberi perhatian kepada industri (seni dan hiburan), kerana mereka mengakui industri ini mempengaruhi kehidupan manusia.

"Cuma dari peringkat dasar, memerlukan PR menang dan memegang kuasa 'kerajaan pusat' untuk merealisasikan industri seni berdasarkan syariat.

"Penghijrahan artis-artis kebelakangan ini adalah kerana kasih sayang Allah.

"Kebetulan pula waktu hampir dengan PRU, inilah medium terbaik untuk para artis yang nak dekat pada agama Allah ni.
"Kami gunakan platform yang ada untuk berikan kesedaran pada rakyat Malaysia," katanya lagi.

Abby Abadi juga tidak bersetuju dengan dakwaan Umno bahawa PAS terdesak meraih sokongan sehingga terpaksa menggunakan golongan artis kerana baginya, BN lebih banyak memperalatkan golongan tersebut.
"Terdesak gunakan artis?

"Rasanya soalan ini patut diajukan kepada pihak belah sana (BN) sebab mereka lebih nampak terdesak untuk mempertahankan kuasa yang mereka ada," kata Abby Abadi.

Pelakon drama gerak khas itu membuat 'penjenamaan semula' terhadap dirinya dengan menampilkan ciri-ciri yang lebih Islamik selepas isu penceraiannya bersama pelakon Norman Hakim menjadi sensasi dalam media arus perdana.

Baru-baru ini, Abby Abadi menyertai PAS dengan menyerahkan borang keahlian ahli seumur hidup PAS kepada Mursyidul Am parti tersebut, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga merupakan menteri besar Kelantan.

ADUN BN keluar parti ...

Posted: 24 Jul 2012 07:12 PM PDT

MELUAN 25 Julai: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meluan, Wong Judat yang juga Naib Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), salah satu sekutu BN di negeri itu mengumumkan akan keluar parti.
Menurutnya, tindakan itu dibuat secara rasmi hujung Julai ini.
"Pada 30 Julai nanti, saya akan bertemu dengan Presiden (SPDP), Tan Sri William Mawan dan Timbalannya, Datuk Seri Tiong King Sing di Kuala Lumpur untuk membincangkan keputusan saya ini dengan mereka.
"Saya akan meletak jawatan daripada parti pada keesokan harinya (31 Julai). Bagaimanapun, hasil mesyuarat nanti tidak akan menjejaskan keputusan saya. Tiada apa pun yang boleh mengubah pendirian saya dan tiada siapa boleh menghalangnya," katanya, lapor Borneo Post.
Kelmarin di Sabah, Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing turut keluar BN manakala Amsir Dani, orang kanan kepada Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin meletak jawatan Ketua Umno Cawangan.
Ditanya sama ada beliau menyesali keputusan itu dan kemungkinan kehilangan semua manfaat dinikmati selama menjadi wakil rakyat BN, beliau berkata: "Manfaat apa? Kepada saya? Saya tidak melakukan perkara ini untuk kepentingan peribadi.
"Saya sudah 48 tahun, bukan budak hingusan, 17 tahun. Saya sudah matang, jadi tiada apa sangat yang hendak dikesali," kenyataan beliau dipetik.
Judat memegang jawatan Adun Meluan selama tiga penggal bermula dengan kemenangan beliau sebagai calon bebas pada 2011. Beliau menyertai SPDP pada 2003.
DUN Meluan berada dalam Parlimen Julau dan majoriti penduduk adalah kaum Iban. Satu lagi DUN dalam Parlimen ini ialah Pakan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=33331

Duit Baru Malaysia Sama Dengan Duit Cina Mati?

Posted: 24 Jul 2012 06:54 PM PDT


Mesti ramai pelik kenapa duit keluaran baru Malaysia 2012 sama dengan duit cina bagi orang mati. Disini, kami ingin beri penjelasan bahawa duit cina tersebut dikenali sebagai Hell Money telah meniru rekaan duit Malaysia.

Untuk pengetahuan, duit kertas terbaru telah direka bermula pada tahun 2005 dan dibuat berdasarkan konsep negara ini. Pada akhir tahun 2011, kesemua gambar duit baru ini telah dipaparkan kepada umum melalui media blog mahupun akhbar. Ada kemungkinan besar bahawa rekaan duit tersebut telah ditiru oleh duit bagi orang cina yang telah meninggal.

Jadi tidak mustahil reka bentuk atau design duit tersebut ada iras dengan duit keluaran baru Malaysia 2012. Sumber 

[Photo] Wardina di Masjidil Aqsa

Posted: 24 Jul 2012 08:51 AM PDT

Gambar ni sebenarnya sudah lama dalam 2 bulan yang lalu, namun melihat daripada gambar ini, pastinya ada yang mahu melihat kesungguhan Wardina, rakyat Malaysia yang rasanya selebriti wanita pertama menjejaki ke tanah Palestin iaitu di Masjidil Aqsa dan Masjid Qubbat as-Sakhra di Baitulmaqdis.

Atas program apa yang itu admin kurang pasti, yang pastinya keberaniannya harus dicontohi oleh orang ramai, bukan mudah nak masuki kawasan ni, lebih-lebih lagi kawalan ketat oleh tentera kapir, Yahudi yang menguasai seluruh kawasan Masjid Aqsa. Semoga Allah melindungi rakyat Palestin. -gambar milik Wardina Safiyyah OfficialPage


sumber

Nak beli kereta murah? ... tunggu lepas PRU 13

Posted: 23 Jul 2012 11:43 PM PDT

PETALING JAYA, 24 Julai — Pakatan Rakyat akan menghapuskan duti eksais kereta jika menang pilihan raya, kata Pengarah Strategi PKR, Ramli (gambar) hari ini.
Katanya, perkara ini sudah dibincangkan oleh pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dan akan dibawa secara serius untuk dijadikan manifesto untuk pilihan raya akan datang.
Berdasarkan laporan pendapatan isirumah 2009, 71.9 peratus isirumah di seluruh Malaysia menggunakan kereta sebagai pengangkutan utama.
"Tetapi pendapatan isirumah seluruh Malaysia, 53 peratus daripadanya berpendapatan kurang dari RM3,000 dan ini amat membimbangkan kerana beban dari duti eksais ini menyebabkan rakyat terbeban, disamping perbelanjaan yang lain," kata Rafizi dalam sidang media tersebut.
Katanya, kerajaan mempunyai peluang untuk menurunkan harga kereta selepas Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) pada tahun 2005 menghapuskan duti import, sebaliknya menurut Rafizi, Dasar Automotif Nasional, diperkenalkan dengan duti eksais yang membebankan.
"Harga kereta yang sangat tinggi kerana duti eksais ini sedangkan pendapatan isirumah rendah, dan menyebabkan rakyat terpaksa membayar 50 peratus daripada pendapatan hanya untuk kereta.
"Jumlah hutang kereta kini adalah hutang kedua tertinggi selepas hutang rumah, dan kereta ini, kerana sistem pengangkutan awam negara yang tidak baik, menyebabkan rakyat terpaksa bergantung kepada kereta untuk bergerak.
"Adalah tidak adil untuk rakyat meminjam bank pada kadar faedah yang tinggi semata-mata hanya mahu membayar cukai duti eksais yang tinggi.
"Contohnya, jika saya nak beli kereta Kancil sahaja, jumlah duti eksais saya perlu bayar berjumlah RM16,000, dan ini satu dasar regresif yang tidak membantu rakyat," kata Rafizi lagi.
Beliau juga memohon Khairy Jamaludin untuk menjawab soalan ini kerana beliau dikatakan mempunyai pengaruh yang kuat dalam Dasar Automotif Negara.

bumiperak

0
sumber :-

bumiperak


Fitnah Ulamak Umno, Fathul Bari sebenarnya mekap!

Posted: 24 Jul 2012 07:27 PM PDT

Diatas itu ialah fitnah yang telah dilontarkan oleh salah seorang anggota Ulama Muda UMNO (ILMU), Ustaz Ahmad Fauzan Yahya terhadap Ketua Pemuda PAS.

Beliau tanpa ada rasa segan silu dan takut terhadap dosa sanggup memfitnah Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasharuddin Hassan.

Apa yang tertulis dalam kenyataan di FB miliknya itu ialah beliau terkejut apabila melihat Ketua Pemuda PAS membenarkan dirinya disolek oleh jurusolek perempuan pihak Astro Awani.

Oleh itu beliau mengucapkan tahniah kepada sahabatnya Fathul Bari kerana memilih untuk menyolek diri sendiri kerana bimbang tersentuh dengan wanita.

Tambahnya lagi.. "apa guna memperjuangkan Islam, seandainya hal semudah ini (bersentuh kulit) tidak dapat dijaga, renung-renunkan...."
Bagaimanapun fitnahnya itu telah terbongkar dalam masa yang singkat dan lebih memalukan lagi bilamana individu yang membongkarnya adalah seorang yang bukan berugama Islam..

Seorang jurugambar Astro Awani yang bukan berugama Islam telah menyebarkan gambar sebenar apa yang telah berlaku sebenarnya..

Ujar juru gambar Astro itu " Sebagai Manusia saya tidak sanggup lagi melihat manusia-manusia yang baik seperti Ustaz Tantawi di tomah dan fitnah oleh manusia-manusia yang jahat ini, sebab itu saya serahkan gambar ini kepada tuan-tuan saya tak kesah kalau saya dibuang kerja oleh pihak Astro. Walaupun saya bukan beragama islam tapi saya tahu Tuhan akan bantu saya. Saya boleh cari kerja di tempat lain."

Ini gambar sebenar...
Siapa sebenarnya yang membenarkan dirinya disolek oleh jurusolek Astro Awani? Ketua Pemuda PAS atau Ketua Ulama Muda UMNO?

Itulah.. nak fitnah tu agak-agak lah...tapi betul ke Ahmad Fausan tu seorang Ustaz? kalau Ustaz tentu dia tahu apa hukumnya menyebar fitnah..

Takkan dia tak tahu Allah telah berfirman..

Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10

Kalau Ustaz sekalipun apa yang kita nak hairankan.. seperti yang ada dalam UMNO sekarang ni seperti Mashitah dan Jamil Khir tu.. berkawan dengan orang-orang UMNO perangai pun dah sama macam pemimpin-pemimpin UMNO..

Baik dari Presiden hingga kepada pencacainya termasuk Blogger upahan mereka fitnah itu dah jadi darah daging mereka..
s

dollah yankee

0
sumber :-

dollah yankee


Panas..Hishamudin menghadapi tekanan jiwa?

Posted: 24 Jul 2012 07:34 AM PDT

Apa kah Hishamudin auwww.. sedang menghadapi tekanan jiwa? ataupun jiwanya sudah kacau kerana masa study dulu dok togok ayaq kencing setan banyak sangat?

"Pada pendapat saya, keputusan itu adalah tidak rasional ... keputusan untuk mendakwa Bersih sebagai pertubuhan haram dibuat tanpa mengambil kira fakta yang relevan," katanya.

"Adalah tidak masuk akal setelah mengatakan ia pertubuhan haram, seminggu kemudian biarkan mereka mengadakan perhimpunan pada 9 Julai," kata beliau lagi.
Beliau turut menjelaskan, adalah "tidak munasabah" untuk menteri mendapati Bersih sebagai pertubuhan haram atas alasan "menyalahi peraturan dan keselamatan awam" pada 1 Julai dan kemudiannya pada 5 Julai dan juga 9 Julai, tetapi menteri masih lagi mengadakan rundingan dengan penganjur dan membenarkan perhimpunan itu berlaku.
"Tidak masuk akal, seminggu kemudian, alasan itu tidak lagi sah dan diterima ... pengisytiharan kerajaan bahawa pertubuhan itu melanggar undang-undang  tidak boleh diterima.
"Ketidakwarasan telah diterima sebagai satu alasan untuk membatalkan keputusan pentadbiran. Pada pandangan saya, ianya sah untuk di dibatalkan," katanya lagi. - ini kata Yang Arif Tuan Hakim ketika membatalkan keputusan Menteri Dalam Negeri kata pertubuhan Bersih ada lah satu pertubuhan haram.
Mengikut kamus gurkah-gurkah politik di'port', makna 'ketidakwarasan' atau 'tidak waras' adalah seperti sedang menghadapi tekanan jiwa,kalau gurkah-gurkah kata 'ketidakwarasan' itu lebih kurang macam 'gila', nampak sangat tak patut nak kata macam tu.
dollah yankee - Hishamudin kena berubat ni..tak pun dia kena perjuma dengan TG Nik Aziz suruh TG baca doa sikit.

~penarik beca

0
sumber :-

~penarik beca


Saham FGV: Kerajaan Kedah kini seperti wain lama, botol lama, label ja baru

Posted: 24 Jul 2012 07:24 AM PDT


RAKYAT MARHAEN

0
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Pasca Bersih 3.0 : Mata kanan rosak akibat kanister gas pemedih mata

Posted: 24 Jul 2012 09:22 PM PDT

KUALA LUMPUR 25 Julai: Seorang lagi saksi siasatan awam Bersih 3.0 tampil menceritakan kezaliman polis hingga menyebabkan mata kanannya rosak dan berisiko hilang penglihatan gara-gara terkena kanister gas pemedih mata.
Asrul Hadi Ahmad, 26, memberitahu, beliau ditimpa kejadian malang itu pada lebih kurang jam 3.00 petang, 28 April lalu sejurus selepas menunaikan solat Zohor di Masjid Jamek dan keluar untuk mencari bapanya.
"Saya cuba hubungi ayah tapi talian terganggu. Saya keluar dan berdiri di hadapan masjid untuk mencari kelibat ayah saya, waktu itu juga tembakan gas pemedih mata dilepaskan polis lalu kelongsongnya tepat kena pada mata kanan saya," kata Asrul.
Asrul kemudian dibantu peserta lain yang melihat kejadian itu dan dibawa ambulans ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapat rawatan.
"Saya menerima 9 jahitan di sekeliling mata dan mengalami kerosakan mata yang serius sehingga sekarang," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

'Kelab Taat Suami bukan untuk rekrut ahli Al-Arqam'..!!!

Posted: 24 Jul 2012 09:21 PM PDT

Kelab Taat Suami (KTS) mencuri perhatian ramai dan mengundang pelbagai reaksi apabila ia pertama kali dilancarkan pertengahan tahun 2011.

NONESewaktu mula bergerak, KTS tampil dengan panduan seks ranjang yang berani dengan bertajuk "Seks Islam, perangi Yahudi untuk kembalikan seks Islam kepada dunia".

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bertindak mengharamkan buku itu walaupun ia dikhaskan bacaannya untuk ahli KTS sahaja )

Hampir setahun selepas penubuhannya, KTS melalui Global Ikhwan Sdn Bhd kembali dengan penerbitan panduan seks baru dengan tajuk "Risalah roh suci dan seks suci Islam" - kali ini untuk bacaan orang ramai.

Global Ikhwan merupakan sebuah entiti korporat yang dibangunkan oleh bekas anggota pertubuhan Al-Arqam.
Read More / Baca Lagi >>

Abby jawab Zunar, ‘Kami akan mula berkarya selepas BN tumbang’

Posted: 24 Jul 2012 09:12 PM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Julai — Pelakon yang baru-baru ini menyertai PAS, Arbaiyah Abdul Manan (gambar), yang popular dengan panggilan Abby Abadi menjawab kenyataan Zulkiflee Anwar Ulhaque (Zunar) mengenai "artis sertai Pakatan Rakyat (PR) hanya berceramah tetapi tidak berkarya" dengan mengatakan beliau hanya akan kembali berkarya selepas Barisan Nasional (BN) ditumbangkan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Abby Abadi juga berkata, dunia seni yang Islamik hanya akan wujud selepas PAS mengambil alih tampuk pemerintahan negara.
"Dalam situasi artis yang berhijrah (menyertai PAS) seperti saya sekarang ini, En Zunar kena faham keadaan artis-artis yang menyertai PAS khususnya wanita.
"Jadi bila berhijrah ruang untuk berkarya agak terbatas, yang berlakon dan menyanyi, memerlukan filem, drama dan rancangan yang bercorak Islamik.
"Artis-artis seperti kami hanya akan berkarya semula dalam bidang seni apabila sudah disediakan 'padang' yang bersesuaian dengan Syariah Islam.
Read More / Baca Lagi >>

'Kempen misteri p'raya' muncul di media.....misterinya....!!

Posted: 24 Jul 2012 09:11 PM PDT



 
Ketika spekulasi bertiup kencang bahawa pilihan raya umum boleh diadakan awal September,  satu kempen pilihan raya, yang dipercayai ada kaitan dengan BN dan dianggarkan menelan belanja berjuta-juta ringgit, muncul di semua platform media.

NONEBermula minggu lepas, iklan setengah muka dan iklan penuh warna itu muncul dalam semua akhbar arus perdana, serta pada
waktu perdana di semua saluran TV utama.

Bagaimanapun, kempen, yang dinamakan 'Saya Pilih Malaysia' itu tidak jelas menyatakan kecenderungan kepada mana-mana parti politik.

Bagaimanapun, warna tema - biru tua dan putih - ditambah pula dengan kata kunci yang ditonjolkan dalam iklan - keamanan, kemajuan, kestabilan dan perpaduan - dilihat senada dengan BN.

Promosi laman peminat Facebook 'Saya Pilih Malaysia' oleh Media Umno Malaysia - organ rasmi talian parti pemerintah -  dilihat sebagai satu lagi petanda kempen itu ada kaitan dengan BN.
Read More / Baca Lagi >>

Royalti anjur Ifthar Kota Bharu-Gua Musang 27 Julai

Posted: 24 Jul 2012 09:10 PM PDT

KOTA BHARU: Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) akan menganjurkan program Konvoi Walk for Royalti (Ifthar) sempena bulan Ramadhan ini.
Setiausahanya, Muhammad Hisyamuddin Ghazali, berkata majlis berkenaan akan diadakan pada 27 Julai ini bermula di Kota Bharu dan dijangka berakhir di Gua Musang.

Katanya, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dijangka merasmikan program berkenaan pada jam 10.00 pagi selepas menyampaikan kuliah Jumaat.

Read More / Baca Lagi >>

Nur Syazana: Mohon Bantuan untuk melanjutkan pengajian (Asnaf Fisabilillah)

Posted: 24 Jul 2012 09:03 PM PDT



Saya Nur Syazana Bt. Mohd Amin Rowa @ Ismail ingin memohon bantuan kewangan  daripada pihak yang sudi memberi sumbangan bagi tujuan menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Mu'tah, Jordan.

Untuk makluman tuan/puan, tujuan utama saya memohon bantuan pendidikan ini adalah disebabkan rentetan tuntutan hidup saya yang tidak seberapa, disusuli dengan kos pengajian yang tinggi dan faktor jarak yang tidak mungkin saya bayangkan untuk menanggung kos tersebut. Tambahan pula, pendapatan keluarga saya tidak menentu. Bapa saya yang hanya bekerja kampung tentu tidak mampu untuk menampung keperluan saya untuk melanjutkan pelajaran di sana. Selain itu, pendapatan bapa saya hanya dapat memenuhi keperluan asas kami sekeluarga, disusuli dengan bilangan adik-beradik saya yang ramai.

Dengan bantuan ini, saya harap impian saya untuk  mengejar cita-cita tercapai dan saya dapat mengubah nasib keluarga saya menjadi lebih baik. Saya dapat mengurangkan beban ibu bapa saya dan mereka tidak akan menghadapi kebimbangan untuk menyalurkan bantuan kewangan dalam menanggung keseluruhan kos pengajian saya.

Anggaran perbelanjaan kos sara hidup dan yuran di sana sebanyak RM40 000 untuk 2 atau 3 tahun. Sebarang sumbangan bolehlah disalurkan kepada Akaun CIMB 0812-0004265-20-6 atas nama Nur Syazana Bt. Mohd Amin Rowa @ Ismail atau hubungi saya 013-5321022.

Read More / Baca Lagi >>

Nasrudin : "Tolong padam gambar Fathul Bari sedang disolek"

Posted: 24 Jul 2012 08:46 PM PDT


KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan merayu kepada semua pihak khasnya penyokong Pakatan Rakyat agar jangan menyebarkan gambar Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya yang sedang disolek oleh wanita.

Ini berikutan ada pihak-pihak yang menyebarkan gambar itu untuk memalukan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu) itu.

Gambar itu diambil ketika Fathul Bari dan Nasrudin disolek oleh jurusolek wanita ketika kedua-duanya menyertai debat anjuran Sinar Harian baru-baru ini.

"Dengan ini, Saya merayu agar gambar yang memaparkan sahabat saya Ustaz Fathul Bari disolek itu dipadamkan dan tidak disebarkan.

"Kita berpolitik secara matang dan berhemah tanpa perlu kita menyelak keaiban peribadi sesiapa.
Read More / Baca Lagi >>

MALUNYA AKU SI MULUT LUAS

Posted: 24 Jul 2012 06:42 PM PDT

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan keputusan Menteri Dalam Negeri yang mengatakan Gabungan Menuntut Pilihanraya Bersih dan Adil Bersih sebagai sebuah pertubuhan haram.

Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya berkata kenyataan Menteri Dalam Negeri itu tidak masuk akal kerana setelah menggelarkan gabungan itu sebagai pertubuhan haram pada 1 Julai tahun lalu kemudiannya membiarkan pertubuhan itu mengadakan perhimpunan pada 9 Julai tahun sama.
Adalah tidak masuk akal setelah mengatakan ia pertubuhan haram seminggu kemudian biarkan mereka mengadakan perhimpunan pada 9 Julai kata beliau.
Jadi yang buat kerja Haramjadah bertaraf gila dan tak masuk akal ini ialah Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein.

MANA MAU LETAK MUKA SEKARANG NI WEH!!!...TERBUKTI RAKYAT DIPIHAK YANG BENAR!!!

Perkahwinan Muda Syafiq & Yana Cetuskan Fenomena..!!

Posted: 24 Jul 2012 06:33 PM PDT

Perkahwinan Muda

Sekarang ini, video satu majlis perkahwinan pasangan muda yang hanya dikenali sebagai Syafiq, 16, dan Yana, 14, tersebar meluas di ruang internet terutamanya di laman You Tube.
Pasangan muda itu telah mengadakan majlis persandingan mereka pada awal bulan lalu, 8 Julai dengan meriah sekali.
Lumrah apabila majlis perkahwinan dilakukan, sememangnya menjadi meriah dengan kehadiran para tetamu yang mengenali pasangan pengantin dan keluarga mereka sendiri.
Video perkahwinan mereka memang mencetuskan fenomena kepada semua orang.
Video itu baru sahaja dimuat naik ke laman You Tube pada 11 Julai lepas tetapi sudah pun menerima kunjungan sebanyak 192,285 dari penonton.
Ramai yang melontarkan pandangan atau komen mereka terhadap perkahwinan muda antara Syafiq dan Yana.
Read More / Baca Lagi >>

Indonesia Negara Kristian Menjelang 2035?

Posted: 24 Jul 2012 06:27 PM PDT

Indonesia Negara Kristian Menjelang 2035?

Tahukah anda, Indonesia merupakan negara Islam terbesar di dunia apabila perangkaan menunjukkan hampir 200 juta penduduk negara itu beragama Islam.
Namun, apa yang menyedihkan, dianggarkan lebih dari 2 juta penduduk Indonesia meninggalkan agama Islam setiap tahun.
Secara purata, seorang rakyat Indonesia, terutama dari golongan remaja, akan bertukar agama dalam setiap 15 saat.
Jika kadar itu terus meningkat, pada tahun 2035 Indonesia diramal akan menjadi sebuah negara dengan Islam sebagai agama minoriti.
Ramai yang memilih untuk keluar Islam kerana merasakan Islam telah meninggalkan mereka jauh dalam kehidupan sebagai seorang penduduk Indonesia yang kontemperori (liberal).
Selain itu, golongan sebegini juga melihat agama Kristian merupakan agama yang memenuhi citarasa diri mereka.
Isu ini semakin meruncing kerana Kristian memberi pelbagai kemudahan serta pilihan hidup yang bebas kepada mereka.
Read More / Baca Lagi >>

FGVH : Pendedahan Tentang Felda

Posted: 24 Jul 2012 06:21 PM PDT


Oleh Mazlan ALiman

DOKUMEN ini adalah dari Bajet Felda 2012. Ia lanjutan pendedahan saya mengenai defisit yg bakal ditanggung oleh Felda selepas penyenaraian FGVH di Bursa Msia 28 jun lalu. Sekaligus menjawab kesangsian sesetengah pihak fakta yg dikemukakan.



Bajet ini dikemukakan dalam Seminar Pengurusan Tertinggi Felda dan merumuskan anggaran pendapatan dan perbelanjaan tahun 2012.

A. Pendapatan diperolehi dari Pajakan Perladangan Felda Plantation, 15% Keuntungan Perkongsian Pertanian, Pelaburan, sumber dalaman spt hasil sewaan, jualan rumah projek Feldajaya, projek khas dan hasil daripada lot Felda.
Read More / Baca Lagi >>

UMNO untung jual tanah Melayu Pulau Pinang

Posted: 24 Jul 2012 06:19 PM PDT



GEORGE TOWN, 24 JULAI: Pekung pemimpin UMNO Pulau Pinang terdedah apabila didapati mengaut keuntungan peribadi sebanyak RM5 juta dalam tempoh tiga bulan sahaja hasil jualan 10 ekar tanah milik 31 pemilik tanah Melayu di Kampung Terang, Balik Pulau, Pulau Pinang.
Pemimpin UMNO yang dikaitkan ialah Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan pengarah pilihan raya BN Pulau Pinang, Datuk Omar Faudzar.
Demikian kenyataan media, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memetik pendedahan yang dibuat Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Datuk Abdul Halim Hussain minggu lepas.
"Walaupun tindakan kedua-dua pemimpin UMNO ini tidaklah haram, tindakan mereka sebagai broker tanah menjual tanah Melayu untuk keuntungan peribadi yang sepatutnya dimiliki pemilik tanah Melayu adalah tidak bermoral dan tidak berprinsip, apatah lagi apabila mereka mendakwa kononnya mempertahankan hak tanah Melayu.
"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus mengarahkan mereka untuk memulangkan keuntungan RM5 juta sebagai broker tanah atau 57% keuntungan yang dikaut dalam 3.5 bulan tersebut,"  tambah beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Sempatkah UMNO tubuhkan sayap ulamak?

Posted: 24 Jul 2012 06:14 PM PDT

"Ekoran daripada cadangan hukum hudud, Umno disarankan membentuk sayap ulamaknya. Inilah topik dibincangkan oleh khalayak, satu dua hari ini. Seiring dengan itu, orang menyemak kembali sejarah awal penubuhan UMNO.

Sebahagian ulamak telah menarik diri daripada UMNO dan akhirnya membentuk parti baru yang kini menjadi seteru UMNO nombor satu iaitu PAS. Di bawah pimpinan Tengku , Tun Razak dan kini Najib, UMNO lebih menyerlah sebagai parti sekular.
Oleh yang demikian, tidak hairan jika UMNO menentang hudud dan teori Negara Islam yang dimajukan oleh PAS. Kelantan yang telah menyiapkan draf hukum hudud untuk dilaksanakan di Kelantan menerima ancaman dan kritikan Tun Mahathir.
Read More / Baca Lagi >>

Iraq prepares to host Syrian refugees

Posted: 24 Jul 2012 06:01 PM PDT

The Sunni-Shia Conundrum Part II

Posted: 24 Jul 2012 06:01 PM PDT

Fight for Aleppo intensifies in Syria

Posted: 24 Jul 2012 06:01 PM PDT

Negara Zina : Memang Syaitan Tidak Mengira Bulan Ramadhan Atau Tidak!

Posted: 24 Jul 2012 05:56 PM PDT

Elak dicekup, beri alasan tertidur selepas berbuka puasa

Elak dicekup, beri alasan tertidur selepas berbuka puasa
Wanita yang hanya berkemban cuba menyorok dalam almari bagi mengelakkan diri daripada dicekup.
AMPANG - Seorang wanita sanggup menyorok di dalam almari bagi mengelakkan diri dicekup dalam serbuan yang dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah, di sebuah apartmen, di sini awal pagi semalam.

Wanita yang hanya berkemban itu ditahan bersama pasangannya pada jam 1.40 pagi.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuainya memeriksa kediaman berkenaan.

Menurutnya, selepas mengetuk pintu bilik tidur pasangan terbabit, seorang lelaki hanya berseluar pendek membuka pintu.
Read More / Baca Lagi >>

Ways to contain Islamophobia

Posted: 24 Jul 2012 05:53 PM PDT

There are numerous ways and means to counter Islamophobia but the government should take the lead.

Islamophobia springs from the fear of the unknown. Or simply put, sheer ignorance of Islam and its adherents or practitioners.
Over the last two decades mankind has developed a bias or prejudice towards Islam and Muslims.
This in large measure is because of the spate of terror and suicide bombings by militant groups in different parts of the world. And this has increased Islamophobia in the non-Islamic and non-Muslim world.
In most instances these acts of aggression by Islamic militant groups are really isolated cases but these incidents have been fodder for the international media.
This negative press is lapped by the people and they jump to the conclusion that "all Muslims are like that, that they are war mongers, and thus they spew hatred towards non-Muslims".
Read More / Baca Lagi >>

KGT : Husam digesa henti main politik ‘kura-kura’...ha.ha...kena Kick dah kes oleh Polis...!!!! Jadi pencacai kena jadi kura-kura la plak...

Posted: 24 Jul 2012 05:51 PM PDT


Blogger Azidi: Saya tak takut saman Husam KOTA BHARU - Blogger, Syed Azidi Syed Abdul Aziz menggesa Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berhenti main politik 'kura-kura' berhubung isu Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT).

Dakwanya, Husam dilihat cuba 'menyembunyikan diri' daripada berhadapan masalah itu kerana tidak berjaya menjawab 10 soalan yang dimuatkan menerusi blognya mengenai skandal mata wang dinar dan dirham KGT.

Syed Azidi yang juga dikenali sebagai Kickdefella berkata, sebagai pengundi di negeri ini, dia mengharapkan Husam perlu lebih bersikap tanggungjawab terhadap sebarang persoalan yang ditimbulkan rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Ali Hashim risau ubah teraju rugikan KFC...bila penjarah menjadi makin tamak...!!!

Posted: 24 Jul 2012 05:49 PM PDT


Tan Sri Muhammad Ali Hashim  SHAH ALAM - "Dalam amalan terbaik korporat pantang sekali teraju korporat ditukar terutama dalam keadaan syarikat catat prestasi baik," kata mantan Pengerusi KFC Holdings Bhd (KFCH), Tan Sri Muhammad Ali Hashim.

Beliau berpandangan demikian merujuk cadangan KFC ketepikan Jamaludin Md Ali selaku Pengarah Urusan.

Menurutnya, KFC di bawah teraju Jamaludin sejak JCorp ambil alih menerusi Kulim Malaysia Bhd pada 2007 berprestasi cemerlang.

"Jualan, keuntungan serta prestasi dan sambutan pelanggan melonjak. Demikian juga harga saham KFCH di Bursa Malaysia. Semua ini berlaku setelah KFCH dapat meyakinkan pelanggan produk KFC halal, yang sebelum itu banyak dipersoal pelanggan Muslim.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal KGT:Polis tutup kes...kantoi lagi puak UMNO nie...!!!

Posted: 24 Jul 2012 05:47 PM PDT


KETUA-POLIS,-DATUK-JALALUDDIN-ABDUL-RAHMAN KOTA BHARU - Polis Kelantan mengesahkan tiada unsur jenayah komersial yang dikaitkan dalam isu penyelewengan Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT).

Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan terhadap empat laporan polis yang mendakwa KGT terlibat dengan penyelewengan.

"Kita sudah menjalankan siasatan terhadap empat laporan polis yang dibuat berhubung skandal KGT ini dan hasil siasatan mendapati tiada unsur penyelewengan dan tiada unsur jenayah komersial. Sehubungan itu, polis menutup kes ini," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

NGO Mahu Kerajaan Negeri Ambil Balik Pengurusan Air Dari Syabas

Posted: 24 Jul 2012 05:38 PM PDT


PETALING JAYA, 24 JULAI : Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bandaraya ini menyokong usaha Kerajaan Negeri mengambilalih operasi industri air Selangor dan membantah penswastaannya seperti yang berlaku sekarang.
Langkah Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat (Pakatan) dilihat mengutamakan kehendak rakyat yang jelas memerlukan air sebagai barangan keperluan asas dalam kehidupan.
Mereka juga menolak usaha untuk mencatu air atau "water rationing", yang mahu dikendalikan oleh Syabas baru-baru ini.
Read More / Baca Lagi >>

BUKAN FITNAH!... UMNO BENAR-BENAR DAH SESAT

Posted: 24 Jul 2012 05:35 PM PDT

Tahniah!.. United Monkey Nazional Organisation (UMNO) pun dah pandai berpolitik dalam kawasan masjid dan surau.

Jamin keamanan peralihan kuasa sebelum umum "sistem demokrasi terbaik di dunia"

Posted: 24 Jul 2012 05:31 PM PDT

Perdana Menteri Najib Razak sudah tiga hari berdiam diri - kegagalannya untuk mengambil tindakan susulan berhubung dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin "Kami tidak mahu peristiwa 13 Mei berulang" dengan deklarasi yang jelas dan tidak berbelah bagi bahawa beliau akan menerima keputusan rakyat dalam Pilihanraya Umum Ke-13 dan bahawa beliau juga akan menjamin dan memudahkan peralihan kuasa dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat sekiranya inilah keputusan pilihanraya umum ini.

Inilah persoalan yang telah saya tujukan secara am dalam ceramah DAP Sepanggar di Sabah pada Jumaat yang lalu berikutan laporan dalam laman sesawang bahawa Muhyiddin telah menggesa anak muda untuk bersatu padu untuk memastikan Negara ini stabil dan aman dan untuk mengelakkan ulangan tragedi 13 Mei 1969, dalam Konvensyen Pemuda Kebangsaan.
Read More / Baca Lagi >>

Isu pokok: Integriti SYABAS dan kerajaan persekutuan yang dipertikai

Posted: 24 Jul 2012 05:30 PM PDT

Kerajaan negeri Selangor dan SYABAS berbeza pandangan dalam isu sama ada Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bakal menghadapi krisis air.  Masalah pokok adalah integriti, keupayaan dan kebertanggungjawaban SYABAS dan kerajaan persekutuan yang dipertikai, lantas statistik yang dikemukakan juga diragui.  Wakil rakyat Pakatan Rakyat yang memperjuangkan isu air meminta agar NGO antarabangsa diundang untuk mengaudit perangkaan SYABAS, agar kesahihannya dikenalpasti.

Keadaannya begini, SYABAS dan kerajaan persekutuan dengan tegas mendakwa bahawa krisis air akan berlaku di Selangor, maka Loji Rawatan Air Langat 2 perlu dibina.  Namun kerajaan negeri Selangor mempertikaikan kesahihan hujah ini, malah khuatir bahawa setelah projek bernilai RM3.94 bilion ini dilaksanakan, tarif air akan melonjak 70%.  Oleh itu, kerajaan negeri enggan meluluskan projek ini.
Read More / Baca Lagi >>

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT