MIMPI SENJA |
- Abby jawab Zunar : Kami akan mula berkarya selepas BN tumbang
- ADUN BN keluar parti ...
- Duit Baru Malaysia Sama Dengan Duit Cina Mati?
- [Photo] Wardina di Masjidil Aqsa
- Nak beli kereta murah? ... tunggu lepas PRU 13
Abby jawab Zunar : Kami akan mula berkarya selepas BN tumbang Posted: 24 Jul 2012 09:36 PM PDT KUALA LUMPUR, 25 Julai — Pelakon yang baru-baru ini menyertai PAS, Arbaiyah Abdul Manan (gambar), yang popular dengan panggilan Abby Abadi menjawab kenyataan Zulkiflee Anwar Ulhaque (Zunar) mengenai "artis sertai Pakatan Rakyat (PR) hanya berceramah tetapi tidak berkarya" dengan mengatakan beliau hanya akan kembali berkarya selepas Barisan Nasional (BN) ditumbangkan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang. Abby Abadi juga berkata, dunia seni yang Islamik hanya akan wujud selepas PAS mengambil alih tampuk pemerintahan negara. "Dalam situasi artis yang berhijrah (menyertai PAS) seperti saya sekarang ini, En Zunar kena faham keadaan artis-artis yang menyertai PAS khususnya wanita. "Jadi bila berhijrah ruang untuk berkarya agak terbatas, yang berlakon dan menyanyi, memerlukan filem, drama dan rancangan yang bercorak Islamik. "Artis-artis seperti kami hanya akan berkarya semula dalam bidang seni apabila sudah disediakan 'padang' yang bersesuaian dengan Syariah Islam. "Dan kerana itulah Abby dan artis-artis lain yang berhijrah perlu bersama PAS untuk mendapatkan kuasa pemerintahan dalam PRU kali ini supaya tertubuhnya kerajaan baru yang pastinya akan memerintah berdasarkan Al-Quran dan Sunnah dan memastikan juga wujudnya industri hiburan yang mesra Syariah," kata Abby Abadi kepada The Malaysian Insider dalam temuramah melalui kiriman pesanan ringkas WhatsApp sebentar tadi. Sebelum ini Zunar dalam temuramah bersama The Malaysian Insider membidas golongan artis arus perdana yang menyertai Pakatan Rakyat (PR) tetapi hanya berceramah dan tidak terus berkarya sebagai seniman dan budayawan. Menurut Zunar, PR juga perlu menyokong golongan artis yang menyertai mereka dengan memberi sokongan dana dan ruang untuk berkarya. Menurut Abby Abadi lagi, hiburan bercorak Islamik sahaja tidak mencukupi tetapi perlulah mendorong ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. "Bukan sekadar Islamik tetapi menuntut kepatuhan 'Amal Maaruf Nahi Mungkar," kata bekas pelakon drama "Gerak Khas" terbitan Skop Production yang popular di RTM . Abby Abadi juga tidak bersetuju dengan kenyataan Zunar bahawa negeri-negeri PR tidak memberikan sokongan kepada golongan artis yang menyertai mereka untuk berkarya. Katanya lagi, perubahan dalam industri seni dan hiburan tidak dapat dilakukan oleh kerana PR masih belum memerintah Malaysia. "Negeri-negeri di bawah PR (Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang) memberi perhatian kepada industri (seni dan hiburan), kerana mereka mengakui industri ini mempengaruhi kehidupan manusia. "Cuma dari peringkat dasar, memerlukan PR menang dan memegang kuasa 'kerajaan pusat' untuk merealisasikan industri seni berdasarkan syariat. "Penghijrahan artis-artis kebelakangan ini adalah kerana kasih sayang Allah. "Kebetulan pula waktu hampir dengan PRU, inilah medium terbaik untuk para artis yang nak dekat pada agama Allah ni. "Kami gunakan platform yang ada untuk berikan kesedaran pada rakyat Malaysia," katanya lagi. Abby Abadi juga tidak bersetuju dengan dakwaan Umno bahawa PAS terdesak meraih sokongan sehingga terpaksa menggunakan golongan artis kerana baginya, BN lebih banyak memperalatkan golongan tersebut. "Terdesak gunakan artis? "Rasanya soalan ini patut diajukan kepada pihak belah sana (BN) sebab mereka lebih nampak terdesak untuk mempertahankan kuasa yang mereka ada," kata Abby Abadi. Pelakon drama gerak khas itu membuat 'penjenamaan semula' terhadap dirinya dengan menampilkan ciri-ciri yang lebih Islamik selepas isu penceraiannya bersama pelakon Norman Hakim menjadi sensasi dalam media arus perdana. Baru-baru ini, Abby Abadi menyertai PAS dengan menyerahkan borang keahlian ahli seumur hidup PAS kepada Mursyidul Am parti tersebut, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga merupakan menteri besar Kelantan. |
Posted: 24 Jul 2012 07:12 PM PDT MELUAN 25 Julai: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meluan, Wong Judat yang juga Naib Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), salah satu sekutu BN di negeri itu mengumumkan akan keluar parti. Menurutnya, tindakan itu dibuat secara rasmi hujung Julai ini. "Pada 30 Julai nanti, saya akan bertemu dengan Presiden (SPDP), Tan Sri William Mawan dan Timbalannya, Datuk Seri Tiong King Sing di Kuala Lumpur untuk membincangkan keputusan saya ini dengan mereka. "Saya akan meletak jawatan daripada parti pada keesokan harinya (31 Julai). Bagaimanapun, hasil mesyuarat nanti tidak akan menjejaskan keputusan saya. Tiada apa pun yang boleh mengubah pendirian saya dan tiada siapa boleh menghalangnya," katanya, lapor Borneo Post. Kelmarin di Sabah, Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing turut keluar BN manakala Amsir Dani, orang kanan kepada Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin meletak jawatan Ketua Umno Cawangan. Ditanya sama ada beliau menyesali keputusan itu dan kemungkinan kehilangan semua manfaat dinikmati selama menjadi wakil rakyat BN, beliau berkata: "Manfaat apa? Kepada saya? Saya tidak melakukan perkara ini untuk kepentingan peribadi. "Saya sudah 48 tahun, bukan budak hingusan, 17 tahun. Saya sudah matang, jadi tiada apa sangat yang hendak dikesali," kenyataan beliau dipetik. Judat memegang jawatan Adun Meluan selama tiga penggal bermula dengan kemenangan beliau sebagai calon bebas pada 2011. Beliau menyertai SPDP pada 2003. DUN Meluan berada dalam Parlimen Julau dan majoriti penduduk adalah kaum Iban. Satu lagi DUN dalam Parlimen ini ialah Pakan. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=33331 |
Duit Baru Malaysia Sama Dengan Duit Cina Mati? Posted: 24 Jul 2012 06:54 PM PDT Mesti ramai pelik kenapa duit keluaran baru Malaysia 2012 sama dengan duit cina bagi orang mati. Disini, kami ingin beri penjelasan bahawa duit cina tersebut dikenali sebagai Hell Money telah meniru rekaan duit Malaysia. Untuk pengetahuan, duit kertas terbaru telah direka bermula pada tahun 2005 dan dibuat berdasarkan konsep negara ini. Pada akhir tahun 2011, kesemua gambar duit baru ini telah dipaparkan kepada umum melalui media blog mahupun akhbar. Ada kemungkinan besar bahawa rekaan duit tersebut telah ditiru oleh duit bagi orang cina yang telah meninggal. Jadi tidak mustahil reka bentuk atau design duit tersebut ada iras dengan duit keluaran baru Malaysia 2012. Sumber |
[Photo] Wardina di Masjidil Aqsa Posted: 24 Jul 2012 08:51 AM PDT Gambar ni sebenarnya sudah lama dalam 2 bulan yang lalu, namun melihat daripada gambar ini, pastinya ada yang mahu melihat kesungguhan Wardina, rakyat Malaysia yang rasanya selebriti wanita pertama menjejaki ke tanah Palestin iaitu di Masjidil Aqsa dan Masjid Qubbat as-Sakhra di Baitulmaqdis. Atas program apa yang itu admin kurang pasti, yang pastinya keberaniannya harus dicontohi oleh orang ramai, bukan mudah nak masuki kawasan ni, lebih-lebih lagi kawalan ketat oleh tentera kapir, Yahudi yang menguasai seluruh kawasan Masjid Aqsa. Semoga Allah melindungi rakyat Palestin. -gambar milik Wardina Safiyyah OfficialPage sumber |
Nak beli kereta murah? ... tunggu lepas PRU 13 Posted: 23 Jul 2012 11:43 PM PDT PETALING JAYA, 24 Julai — Pakatan Rakyat akan menghapuskan duti eksais kereta jika menang pilihan raya, kata Pengarah Strategi PKR, Ramli (gambar) hari ini. Katanya, perkara ini sudah dibincangkan oleh pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dan akan dibawa secara serius untuk dijadikan manifesto untuk pilihan raya akan datang. Berdasarkan laporan pendapatan isirumah 2009, 71.9 peratus isirumah di seluruh Malaysia menggunakan kereta sebagai pengangkutan utama. "Tetapi pendapatan isirumah seluruh Malaysia, 53 peratus daripadanya berpendapatan kurang dari RM3,000 dan ini amat membimbangkan kerana beban dari duti eksais ini menyebabkan rakyat terbeban, disamping perbelanjaan yang lain," kata Rafizi dalam sidang media tersebut. Katanya, kerajaan mempunyai peluang untuk menurunkan harga kereta selepas Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) pada tahun 2005 menghapuskan duti import, sebaliknya menurut Rafizi, Dasar Automotif Nasional, diperkenalkan dengan duti eksais yang membebankan. "Harga kereta yang sangat tinggi kerana duti eksais ini sedangkan pendapatan isirumah rendah, dan menyebabkan rakyat terpaksa membayar 50 peratus daripada pendapatan hanya untuk kereta. "Jumlah hutang kereta kini adalah hutang kedua tertinggi selepas hutang rumah, dan kereta ini, kerana sistem pengangkutan awam negara yang tidak baik, menyebabkan rakyat terpaksa bergantung kepada kereta untuk bergerak. "Adalah tidak adil untuk rakyat meminjam bank pada kadar faedah yang tinggi semata-mata hanya mahu membayar cukai duti eksais yang tinggi. "Contohnya, jika saya nak beli kereta Kancil sahaja, jumlah duti eksais saya perlu bayar berjumlah RM16,000, dan ini satu dasar regresif yang tidak membantu rakyat," kata Rafizi lagi. Beliau juga memohon Khairy Jamaludin untuk menjawab soalan ini kerana beliau dikatakan mempunyai pengaruh yang kuat dalam Dasar Automotif Negara. |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan