RAKYAT MARHAEN |
- Pasca Bersih 3.0 : Mata kanan rosak akibat kanister gas pemedih mata
- 'Kelab Taat Suami bukan untuk rekrut ahli Al-Arqam'..!!!
- Abby jawab Zunar, ‘Kami akan mula berkarya selepas BN tumbang’
- 'Kempen misteri p'raya' muncul di media.....misterinya....!!
- Royalti anjur Ifthar Kota Bharu-Gua Musang 27 Julai
- Nur Syazana: Mohon Bantuan untuk melanjutkan pengajian (Asnaf Fisabilillah)
- Nasrudin : "Tolong padam gambar Fathul Bari sedang disolek"
- MALUNYA AKU SI MULUT LUAS
- Perkahwinan Muda Syafiq & Yana Cetuskan Fenomena..!!
- Indonesia Negara Kristian Menjelang 2035?
- FGVH : Pendedahan Tentang Felda
- UMNO untung jual tanah Melayu Pulau Pinang
- Sempatkah UMNO tubuhkan sayap ulamak?
- Iraq prepares to host Syrian refugees
- The Sunni-Shia Conundrum Part II
- Fight for Aleppo intensifies in Syria
- Negara Zina : Memang Syaitan Tidak Mengira Bulan Ramadhan Atau Tidak!
- Ways to contain Islamophobia
- KGT : Husam digesa henti main politik ‘kura-kura’...ha.ha...kena Kick dah kes oleh Polis...!!!! Jadi pencacai kena jadi kura-kura la plak...
- Ali Hashim risau ubah teraju rugikan KFC...bila penjarah menjadi makin tamak...!!!
- Skandal KGT:Polis tutup kes...kantoi lagi puak UMNO nie...!!!
- NGO Mahu Kerajaan Negeri Ambil Balik Pengurusan Air Dari Syabas
- BUKAN FITNAH!... UMNO BENAR-BENAR DAH SESAT
- Jamin keamanan peralihan kuasa sebelum umum "sistem demokrasi terbaik di dunia"
- Isu pokok: Integriti SYABAS dan kerajaan persekutuan yang dipertikai
Pasca Bersih 3.0 : Mata kanan rosak akibat kanister gas pemedih mata Posted: 24 Jul 2012 09:22 PM PDT KUALA LUMPUR 25 Julai: Seorang lagi saksi siasatan awam Bersih 3.0 tampil menceritakan kezaliman polis hingga menyebabkan mata kanannya rosak dan berisiko hilang penglihatan gara-gara terkena kanister gas pemedih mata. Asrul Hadi Ahmad, 26, memberitahu, beliau ditimpa kejadian malang itu pada lebih kurang jam 3.00 petang, 28 April lalu sejurus selepas menunaikan solat Zohor di Masjid Jamek dan keluar untuk mencari bapanya. "Saya cuba hubungi ayah tapi talian terganggu. Saya keluar dan berdiri di hadapan masjid untuk mencari kelibat ayah saya, waktu itu juga tembakan gas pemedih mata dilepaskan polis lalu kelongsongnya tepat kena pada mata kanan saya," kata Asrul. Asrul kemudian dibantu peserta lain yang melihat kejadian itu dan dibawa ambulans ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapat rawatan. "Saya menerima 9 jahitan di sekeliling mata dan mengalami kerosakan mata yang serius sehingga sekarang," katanya. Read More / Baca Lagi >> | ||
'Kelab Taat Suami bukan untuk rekrut ahli Al-Arqam'..!!! Posted: 24 Jul 2012 09:21 PM PDT Kelab Taat Suami (KTS) mencuri perhatian ramai dan mengundang pelbagai reaksi apabila ia pertama kali dilancarkan pertengahan tahun 2011. Sewaktu mula bergerak, KTS tampil dengan panduan seks ranjang yang berani dengan bertajuk "Seks Islam, perangi Yahudi untuk kembalikan seks Islam kepada dunia". Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bertindak mengharamkan buku itu walaupun ia dikhaskan bacaannya untuk ahli KTS sahaja ) Hampir setahun selepas penubuhannya, KTS melalui Global Ikhwan Sdn Bhd kembali dengan penerbitan panduan seks baru dengan tajuk "Risalah roh suci dan seks suci Islam" - kali ini untuk bacaan orang ramai. Global Ikhwan merupakan sebuah entiti korporat yang dibangunkan oleh bekas anggota pertubuhan Al-Arqam. Read More / Baca Lagi >> | ||
Abby jawab Zunar, ‘Kami akan mula berkarya selepas BN tumbang’ Posted: 24 Jul 2012 09:12 PM PDT KUALA LUMPUR, 25 Julai — Pelakon yang baru-baru ini menyertai PAS, Arbaiyah Abdul Manan (gambar), yang popular dengan panggilan Abby Abadi menjawab kenyataan Zulkiflee Anwar Ulhaque (Zunar) mengenai "artis sertai Pakatan Rakyat (PR) hanya berceramah tetapi tidak berkarya" dengan mengatakan beliau hanya akan kembali berkarya selepas Barisan Nasional (BN) ditumbangkan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang. Read More / Baca Lagi >>Abby Abadi juga berkata, dunia seni yang Islamik hanya akan wujud selepas PAS mengambil alih tampuk pemerintahan negara. "Dalam situasi artis yang berhijrah (menyertai PAS) seperti saya sekarang ini, En Zunar kena faham keadaan artis-artis yang menyertai PAS khususnya wanita. "Jadi bila berhijrah ruang untuk berkarya agak terbatas, yang berlakon dan menyanyi, memerlukan filem, drama dan rancangan yang bercorak Islamik. "Artis-artis seperti kami hanya akan berkarya semula dalam bidang seni apabila sudah disediakan 'padang' yang bersesuaian dengan Syariah Islam. | ||
'Kempen misteri p'raya' muncul di media.....misterinya....!! Posted: 24 Jul 2012 09:11 PM PDT Bermula minggu lepas, iklan setengah muka dan iklan penuh warna itu muncul dalam semua akhbar arus perdana, serta pada waktu perdana di semua saluran TV utama. Bagaimanapun, kempen, yang dinamakan 'Saya Pilih Malaysia' itu tidak jelas menyatakan kecenderungan kepada mana-mana parti politik. Bagaimanapun, warna tema - biru tua dan putih - ditambah pula dengan kata kunci yang ditonjolkan dalam iklan - keamanan, kemajuan, kestabilan dan perpaduan - dilihat senada dengan BN. Promosi laman peminat Facebook 'Saya Pilih Malaysia' oleh Media Umno Malaysia - organ rasmi talian parti pemerintah - dilihat sebagai satu lagi petanda kempen itu ada kaitan dengan BN. Read More / Baca Lagi >> | ||
Royalti anjur Ifthar Kota Bharu-Gua Musang 27 Julai Posted: 24 Jul 2012 09:10 PM PDT KOTA BHARU: Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) akan menganjurkan program Konvoi Walk for Royalti (Ifthar) sempena bulan Ramadhan ini. Read More / Baca Lagi >>Setiausahanya, Muhammad Hisyamuddin Ghazali, berkata majlis berkenaan akan diadakan pada 27 Julai ini bermula di Kota Bharu dan dijangka berakhir di Gua Musang. Katanya, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dijangka merasmikan program berkenaan pada jam 10.00 pagi selepas menyampaikan kuliah Jumaat. | ||
Nur Syazana: Mohon Bantuan untuk melanjutkan pengajian (Asnaf Fisabilillah) Posted: 24 Jul 2012 09:03 PM PDT Saya Nur Syazana Bt. Mohd Amin Rowa @ Ismail ingin memohon bantuan kewangan daripada pihak yang sudi memberi sumbangan bagi tujuan menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Mu'tah, Jordan. Read More / Baca Lagi >>Untuk makluman tuan/puan, tujuan utama saya memohon bantuan pendidikan ini adalah disebabkan rentetan tuntutan hidup saya yang tidak seberapa, disusuli dengan kos pengajian yang tinggi dan faktor jarak yang tidak mungkin saya bayangkan untuk menanggung kos tersebut. Tambahan pula, pendapatan keluarga saya tidak menentu. Bapa saya yang hanya bekerja kampung tentu tidak mampu untuk menampung keperluan saya untuk melanjutkan pelajaran di sana. Selain itu, pendapatan bapa saya hanya dapat memenuhi keperluan asas kami sekeluarga, disusuli dengan bilangan adik-beradik saya yang ramai. Dengan bantuan ini, saya harap impian saya untuk mengejar cita-cita tercapai dan saya dapat mengubah nasib keluarga saya menjadi lebih baik. Saya dapat mengurangkan beban ibu bapa saya dan mereka tidak akan menghadapi kebimbangan untuk menyalurkan bantuan kewangan dalam menanggung keseluruhan kos pengajian saya. Anggaran perbelanjaan kos sara hidup dan yuran di sana sebanyak RM40 000 untuk 2 atau 3 tahun. Sebarang sumbangan bolehlah disalurkan kepada Akaun CIMB 0812-0004265-20-6 atas nama Nur Syazana Bt. Mohd Amin Rowa @ Ismail atau hubungi saya 013-5321022. | ||
Nasrudin : "Tolong padam gambar Fathul Bari sedang disolek" Posted: 24 Jul 2012 08:46 PM PDT KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan merayu kepada semua pihak khasnya penyokong Pakatan Rakyat agar jangan menyebarkan gambar Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya yang sedang disolek oleh wanita. Read More / Baca Lagi >>Ini berikutan ada pihak-pihak yang menyebarkan gambar itu untuk memalukan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu) itu. Gambar itu diambil ketika Fathul Bari dan Nasrudin disolek oleh jurusolek wanita ketika kedua-duanya menyertai debat anjuran Sinar Harian baru-baru ini. "Dengan ini, Saya merayu agar gambar yang memaparkan sahabat saya Ustaz Fathul Bari disolek itu dipadamkan dan tidak disebarkan. "Kita berpolitik secara matang dan berhemah tanpa perlu kita menyelak keaiban peribadi sesiapa. | ||
Posted: 24 Jul 2012 06:42 PM PDT Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan keputusan Menteri Dalam Negeri yang mengatakan Gabungan Menuntut Pilihanraya Bersih dan Adil Bersih sebagai sebuah pertubuhan haram. Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya berkata kenyataan Menteri Dalam Negeri itu tidak masuk akal kerana setelah menggelarkan gabungan itu sebagai pertubuhan haram pada 1 Julai tahun lalu kemudiannya membiarkan pertubuhan itu mengadakan perhimpunan pada 9 Julai tahun sama. Adalah tidak masuk akal setelah mengatakan ia pertubuhan haram seminggu kemudian biarkan mereka mengadakan perhimpunan pada 9 Julai kata beliau. Jadi yang buat kerja Haramjadah bertaraf gila dan tak masuk akal ini ialah Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein. MANA MAU LETAK MUKA SEKARANG NI WEH!!!...TERBUKTI RAKYAT DIPIHAK YANG BENAR!!! | ||
Perkahwinan Muda Syafiq & Yana Cetuskan Fenomena..!! Posted: 24 Jul 2012 06:33 PM PDT Sekarang ini, video satu majlis perkahwinan pasangan muda yang hanya dikenali sebagai Syafiq, 16, dan Yana, 14, tersebar meluas di ruang internet terutamanya di laman You Tube. Pasangan muda itu telah mengadakan majlis persandingan mereka pada awal bulan lalu, 8 Julai dengan meriah sekali.Lumrah apabila majlis perkahwinan dilakukan, sememangnya menjadi meriah dengan kehadiran para tetamu yang mengenali pasangan pengantin dan keluarga mereka sendiri. Video perkahwinan mereka memang mencetuskan fenomena kepada semua orang. Video itu baru sahaja dimuat naik ke laman You Tube pada 11 Julai lepas tetapi sudah pun menerima kunjungan sebanyak 192,285 dari penonton. Ramai yang melontarkan pandangan atau komen mereka terhadap perkahwinan muda antara Syafiq dan Yana. Read More / Baca Lagi >> | ||
Indonesia Negara Kristian Menjelang 2035? Posted: 24 Jul 2012 06:27 PM PDT Tahukah anda, Indonesia merupakan negara Islam terbesar di dunia apabila perangkaan menunjukkan hampir 200 juta penduduk negara itu beragama Islam. Namun, apa yang menyedihkan, dianggarkan lebih dari 2 juta penduduk Indonesia meninggalkan agama Islam setiap tahun. Secara purata, seorang rakyat Indonesia, terutama dari golongan remaja, akan bertukar agama dalam setiap 15 saat. Jika kadar itu terus meningkat, pada tahun 2035 Indonesia diramal akan menjadi sebuah negara dengan Islam sebagai agama minoriti. Ramai yang memilih untuk keluar Islam kerana merasakan Islam telah meninggalkan mereka jauh dalam kehidupan sebagai seorang penduduk Indonesia yang kontemperori (liberal). Selain itu, golongan sebegini juga melihat agama Kristian merupakan agama yang memenuhi citarasa diri mereka. Isu ini semakin meruncing kerana Kristian memberi pelbagai kemudahan serta pilihan hidup yang bebas kepada mereka. Read More / Baca Lagi >> | ||
FGVH : Pendedahan Tentang Felda Posted: 24 Jul 2012 06:21 PM PDT Oleh Mazlan ALiman DOKUMEN ini adalah dari Bajet Felda 2012. Ia lanjutan pendedahan saya mengenai defisit yg bakal ditanggung oleh Felda selepas penyenaraian FGVH di Bursa Msia 28 jun lalu. Sekaligus menjawab kesangsian sesetengah pihak fakta yg dikemukakan. Bajet ini dikemukakan dalam Seminar Pengurusan Tertinggi Felda dan merumuskan anggaran pendapatan dan perbelanjaan tahun 2012. A. Pendapatan diperolehi dari Pajakan Perladangan Felda Plantation, 15% Keuntungan Perkongsian Pertanian, Pelaburan, sumber dalaman spt hasil sewaan, jualan rumah projek Feldajaya, projek khas dan hasil daripada lot Felda. Read More / Baca Lagi >> | ||
UMNO untung jual tanah Melayu Pulau Pinang Posted: 24 Jul 2012 06:19 PM PDT GEORGE TOWN, 24 JULAI: Pekung pemimpin UMNO Pulau Pinang terdedah apabila didapati mengaut keuntungan peribadi sebanyak RM5 juta dalam tempoh tiga bulan sahaja hasil jualan 10 ekar tanah milik 31 pemilik tanah Melayu di Kampung Terang, Balik Pulau, Pulau Pinang. Pemimpin UMNO yang dikaitkan ialah Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan pengarah pilihan raya BN Pulau Pinang, Datuk Omar Faudzar. Demikian kenyataan media, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memetik pendedahan yang dibuat Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Datuk Abdul Halim Hussain minggu lepas. "Walaupun tindakan kedua-dua pemimpin UMNO ini tidaklah haram, tindakan mereka sebagai broker tanah menjual tanah Melayu untuk keuntungan peribadi yang sepatutnya dimiliki pemilik tanah Melayu adalah tidak bermoral dan tidak berprinsip, apatah lagi apabila mereka mendakwa kononnya mempertahankan hak tanah Melayu. "Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus mengarahkan mereka untuk memulangkan keuntungan RM5 juta sebagai broker tanah atau 57% keuntungan yang dikaut dalam 3.5 bulan tersebut," tambah beliau. | ||
Sempatkah UMNO tubuhkan sayap ulamak? Posted: 24 Jul 2012 06:14 PM PDT "Ekoran daripada cadangan hukum hudud, Umno disarankan membentuk sayap ulamaknya. Inilah topik dibincangkan oleh khalayak, satu dua hari ini. Seiring dengan itu, orang menyemak kembali sejarah awal penubuhan UMNO. Sebahagian ulamak telah menarik diri daripada UMNO dan akhirnya membentuk parti baru yang kini menjadi seteru UMNO nombor satu iaitu PAS. Di bawah pimpinan Tengku , Tun Razak dan kini Najib, UMNO lebih menyerlah sebagai parti sekular. Oleh yang demikian, tidak hairan jika UMNO menentang hudud dan teori Negara Islam yang dimajukan oleh PAS. Kelantan yang telah menyiapkan draf hukum hudud untuk dilaksanakan di Kelantan menerima ancaman dan kritikan Tun Mahathir. Read More / Baca Lagi >> | ||
Iraq prepares to host Syrian refugees Posted: 24 Jul 2012 06:01 PM PDT | ||
The Sunni-Shia Conundrum Part II Posted: 24 Jul 2012 06:01 PM PDT | ||
Fight for Aleppo intensifies in Syria Posted: 24 Jul 2012 06:01 PM PDT | ||
Negara Zina : Memang Syaitan Tidak Mengira Bulan Ramadhan Atau Tidak! Posted: 24 Jul 2012 05:56 PM PDT AMPANG - Seorang wanita sanggup menyorok di dalam almari bagi mengelakkan diri dicekup dalam serbuan yang dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah, di sebuah apartmen, di sini awal pagi semalam. Wanita yang hanya berkemban itu ditahan bersama pasangannya pada jam 1.40 pagi. Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuainya memeriksa kediaman berkenaan. Menurutnya, selepas mengetuk pintu bilik tidur pasangan terbabit, seorang lelaki hanya berseluar pendek membuka pintu. | ||
Posted: 24 Jul 2012 05:53 PM PDT There are numerous ways and means to counter Islamophobia but the government should take the lead. Over the last two decades mankind has developed a bias or prejudice towards Islam and Muslims. This in large measure is because of the spate of terror and suicide bombings by militant groups in different parts of the world. And this has increased Islamophobia in the non-Islamic and non-Muslim world. In most instances these acts of aggression by Islamic militant groups are really isolated cases but these incidents have been fodder for the international media. This negative press is lapped by the people and they jump to the conclusion that "all Muslims are like that, that they are war mongers, and thus they spew hatred towards non-Muslims". Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 24 Jul 2012 05:51 PM PDT Dakwanya, Husam dilihat cuba 'menyembunyikan diri' daripada berhadapan masalah itu kerana tidak berjaya menjawab 10 soalan yang dimuatkan menerusi blognya mengenai skandal mata wang dinar dan dirham KGT. Syed Azidi yang juga dikenali sebagai Kickdefella berkata, sebagai pengundi di negeri ini, dia mengharapkan Husam perlu lebih bersikap tanggungjawab terhadap sebarang persoalan yang ditimbulkan rakyat. | ||
Ali Hashim risau ubah teraju rugikan KFC...bila penjarah menjadi makin tamak...!!! Posted: 24 Jul 2012 05:49 PM PDT Beliau berpandangan demikian merujuk cadangan KFC ketepikan Jamaludin Md Ali selaku Pengarah Urusan. Menurutnya, KFC di bawah teraju Jamaludin sejak JCorp ambil alih menerusi Kulim Malaysia Bhd pada 2007 berprestasi cemerlang. "Jualan, keuntungan serta prestasi dan sambutan pelanggan melonjak. Demikian juga harga saham KFCH di Bursa Malaysia. Semua ini berlaku setelah KFCH dapat meyakinkan pelanggan produk KFC halal, yang sebelum itu banyak dipersoal pelanggan Muslim. | ||
Skandal KGT:Polis tutup kes...kantoi lagi puak UMNO nie...!!! Posted: 24 Jul 2012 05:47 PM PDT Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan terhadap empat laporan polis yang mendakwa KGT terlibat dengan penyelewengan. "Kita sudah menjalankan siasatan terhadap empat laporan polis yang dibuat berhubung skandal KGT ini dan hasil siasatan mendapati tiada unsur penyelewengan dan tiada unsur jenayah komersial. Sehubungan itu, polis menutup kes ini," katanya kepada Sinar Harian, semalam. | ||
NGO Mahu Kerajaan Negeri Ambil Balik Pengurusan Air Dari Syabas Posted: 24 Jul 2012 05:38 PM PDT PETALING JAYA, 24 JULAI : Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bandaraya ini menyokong usaha Kerajaan Negeri mengambilalih operasi industri air Selangor dan membantah penswastaannya seperti yang berlaku sekarang. Langkah Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat (Pakatan) dilihat mengutamakan kehendak rakyat yang jelas memerlukan air sebagai barangan keperluan asas dalam kehidupan. Mereka juga menolak usaha untuk mencatu air atau "water rationing", yang mahu dikendalikan oleh Syabas baru-baru ini. Read More / Baca Lagi >> | ||
BUKAN FITNAH!... UMNO BENAR-BENAR DAH SESAT Posted: 24 Jul 2012 05:35 PM PDT | ||
Jamin keamanan peralihan kuasa sebelum umum "sistem demokrasi terbaik di dunia" Posted: 24 Jul 2012 05:31 PM PDT Perdana Menteri Najib Razak sudah tiga hari berdiam diri - kegagalannya untuk mengambil tindakan susulan berhubung dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin "Kami tidak mahu peristiwa 13 Mei berulang" dengan deklarasi yang jelas dan tidak berbelah bagi bahawa beliau akan menerima keputusan rakyat dalam Pilihanraya Umum Ke-13 dan bahawa beliau juga akan menjamin dan memudahkan peralihan kuasa dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat sekiranya inilah keputusan pilihanraya umum ini. Inilah persoalan yang telah saya tujukan secara am dalam ceramah DAP Sepanggar di Sabah pada Jumaat yang lalu berikutan laporan dalam laman sesawang bahawa Muhyiddin telah menggesa anak muda untuk bersatu padu untuk memastikan Negara ini stabil dan aman dan untuk mengelakkan ulangan tragedi 13 Mei 1969, dalam Konvensyen Pemuda Kebangsaan. | ||
Isu pokok: Integriti SYABAS dan kerajaan persekutuan yang dipertikai Posted: 24 Jul 2012 05:30 PM PDT Kerajaan negeri Selangor dan SYABAS berbeza pandangan dalam isu sama ada Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bakal menghadapi krisis air. Masalah pokok adalah integriti, keupayaan dan kebertanggungjawaban SYABAS dan kerajaan persekutuan yang dipertikai, lantas statistik yang dikemukakan juga diragui. Wakil rakyat Pakatan Rakyat yang memperjuangkan isu air meminta agar NGO antarabangsa diundang untuk mengaudit perangkaan SYABAS, agar kesahihannya dikenalpasti. Read More / Baca Lagi >>Keadaannya begini, SYABAS dan kerajaan persekutuan dengan tegas mendakwa bahawa krisis air akan berlaku di Selangor, maka Loji Rawatan Air Langat 2 perlu dibina. Namun kerajaan negeri Selangor mempertikaikan kesahihan hujah ini, malah khuatir bahawa setelah projek bernilai RM3.94 bilion ini dilaksanakan, tarif air akan melonjak 70%. Oleh itu, kerajaan negeri enggan meluluskan projek ini. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan