Selasa, 24 Julai 2012

dollah yankee

dollah yankee


Panas..Hishamudin menghadapi tekanan jiwa?

Posted: 24 Jul 2012 07:34 AM PDT

Apa kah Hishamudin auwww.. sedang menghadapi tekanan jiwa? ataupun jiwanya sudah kacau kerana masa study dulu dok togok ayaq kencing setan banyak sangat?

"Pada pendapat saya, keputusan itu adalah tidak rasional ... keputusan untuk mendakwa Bersih sebagai pertubuhan haram dibuat tanpa mengambil kira fakta yang relevan," katanya.

"Adalah tidak masuk akal setelah mengatakan ia pertubuhan haram, seminggu kemudian biarkan mereka mengadakan perhimpunan pada 9 Julai," kata beliau lagi.
Beliau turut menjelaskan, adalah "tidak munasabah" untuk menteri mendapati Bersih sebagai pertubuhan haram atas alasan "menyalahi peraturan dan keselamatan awam" pada 1 Julai dan kemudiannya pada 5 Julai dan juga 9 Julai, tetapi menteri masih lagi mengadakan rundingan dengan penganjur dan membenarkan perhimpunan itu berlaku.
"Tidak masuk akal, seminggu kemudian, alasan itu tidak lagi sah dan diterima ... pengisytiharan kerajaan bahawa pertubuhan itu melanggar undang-undang  tidak boleh diterima.
"Ketidakwarasan telah diterima sebagai satu alasan untuk membatalkan keputusan pentadbiran. Pada pandangan saya, ianya sah untuk di dibatalkan," katanya lagi. - ini kata Yang Arif Tuan Hakim ketika membatalkan keputusan Menteri Dalam Negeri kata pertubuhan Bersih ada lah satu pertubuhan haram.
Mengikut kamus gurkah-gurkah politik di'port', makna 'ketidakwarasan' atau 'tidak waras' adalah seperti sedang menghadapi tekanan jiwa,kalau gurkah-gurkah kata 'ketidakwarasan' itu lebih kurang macam 'gila', nampak sangat tak patut nak kata macam tu.
dollah yankee - Hishamudin kena berubat ni..tak pun dia kena perjuma dengan TG Nik Aziz suruh TG baca doa sikit.

Tiada ulasan: