Ketua Puteri, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin SHAH ALAM – Puteri Umno memandang positif cadangan pelaksanaan hudud, namun menegaskan ia perlu dilakukan dengan teliti dan sempurna.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, beliau melihat desakan pembangkang dan sesetengah pemimpin Umno yang mahu melaksanakan hudud dengan matlamat memurnikan akidah umat Islam sebagai langkah yang baik.

"Kita harus bersedia ke arah kesempurnaan pelaksanaan hudud dan berusaha memberi kefahaman jelas terhadap masyarakat majmuk di negara ini kerana ia adalah hukuman yang memiliki banyak cabang.