Khamis, 12 Julai 2012

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


Malaysia: Demokrat Palsu dan Demokrasi Totalitarianisme/Autoritarianisme ?

Posted: 12 Jul 2012 07:49 PM PDT


Mengapa Perdana Menteri Malaysia Najib Razak yang juga anak kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke 2 telah boleh disenaraikan didalam Kelab "terburuk sistem demokrasi dunia" iaitu salah seorang ahli Kelab  Demokrat Palsu oleh Mark Mackinnon(terbitan : Jun, Globe and Mail ).Ciri-ciri kelayakan utk menyertai Kelab ini ialah "pimpinan ini mengadakan pilihanraya tetapi tidak bersedia melepaskan kuasa, sementara menahan dan memenjarakan seteru politik dari pembangkang.
Sebagai rakyat Malaysia dan bangsa Malaysia serta umat Melayu..sewajarnya kita juga turut merasa malu dengan tersenarainya Najib kerana kita dibawah pimpinanya yg diwarisi dari PM ke 5 Tun Abdulah Badawi.

Saya percaya  penyenaraiannya itu adalah kerana disebabkan usaha Najib ingin membawa perubahan kepada Kerajaan Barisan Nasional.Beliau ingin membuktikan bahawa Kerajaan yang beliau warisi ini lebih baik dari Zaman Bapanya Razak Hussein..lebih hebat dari zaman PM terlama Mahathir Mohamad malah lebih cergas dan segar dari zaman PM Abdullah Badawi.
Utk itu Najib "kononya" telah mentransformasikan beberapa Akta yang terang-terangan berfahaman Autoritarinisme atau Totalitarianisme iaitu Akta Keselamatan DalamNegeri 1960 menjadi Akta Kesalahan Keselamatan(Langkah-Langkah Khas 2012)....Akta Hasutan 1948 menjelma Akta Keharmonian Nasional...dan dengan jelas Akta-Akta ini cukup kejam!!!!

Ditambah pula dengan penggubalan Akta baru iaitu Akta Perhimpunan Aman 2012 setelah ketakutan melihat Arab Spring berkemungkinan besar boleh melanda Malaysia dan juga melihat betapa sokongan puluhan ribu rakyat berbilang kaum yang turun ke jalanraya melalui BERSIH, BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0 setelah pelbagai usaha utk mereformasikan sistem pilihanraya dinegara ini menemui jalan buntu dan tidak dilayan sewajarnya adalah tidak keterlaluan inilah punca-punca lahirnya Akta baru didalam sistem demokrasi palsu...
( ingin saya tegaskan disini kepada individu yang bergitu teruja dengan Arab Spring yg membawa kejatuhan Rejim Mubarak melalui Revolusi..di Malaysia ini kita terdiri dari Melayu,Cina,India mewakili kaum majoriti bangsa Malaysia..kita tidak akan meniru Arab utk berRevolusi..kita tidak perlu nak menjadi Indonesia utk berRevolusi dan juga tidak perlu bersemangat seperti Iran utk berRevolusi..kenapa nanti kita bincang dlm agenda lain bukanya disini)

Setelah Najib bersama kerajaan Barisan Nasional melihat betapa media baru begitu popular dan mendominasi sumber maklumat yang dicapai rakyat ..sehingga media baru ini bukan sahaja menawakan satu alternatif malah peristiwa-peristiwa penting tertentu tidak lagi dapat disembunyikan.Rakyat kini bukan hanya menggunakan internet,mereka juga menyebarkan berita melampaui internet.Semunya menjadi amat segera dan sekelip mata.Oleh itu pindaan baru Akta Keterangan (Pindaan 2012) dipinda utk berusaha mengekang hak bersuara rakyat Malaysia didalam media atas talian ini seperti blog,facebook dan Twitter dan mengunapakai prinsip "bersalah hingga dibukti tidak bersalah" ( guilty until proven innocent).

Sudah 50 tahun lebih Malaysia menjadi negara Demokrasi...namun begitu demokrasikah kita di Malaysia ini dengan Akta-Akta kejam dan menyimpang jauh dari roh demokrasi itu sendiri..

DEMOKRASI TOTALITARIANISME/AUTORITARIANISME
Adakah di Malaysia ini diamalkan Demokrasi Totalitarianisme/Autoritarianisme ?
Pengamal  Demokrasi Totalitarianisme/Autoritarianisme akan mengamalkan demokrasi jika ia dapat menampilkan diri mereka sebagai sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat.Apabila demokrasi berkemungkinan menyingkirkan mereka dari kekuasaan,mereka berkenaan bersedia untuk melemparka demokrasi dan menggunakan kekerasan dan kekuatan senjata untuk mengukukan kuasa mereka.
Amalan ini sudah dialami oleh Malaysia pada pilihanraya umum 10 Mei  1969.Perikatan kecewa besar di Malaysia Barat apabila ia hilang 23 kerusi Parlimen,kerajaan negeri Pulau Pinang serta hampir kehilangan kerajaan negeri Perak dan selangor kepada Pembangkang.Namun Perikatan masih mengekalkan majoriti di Dewan Rakyat..namun sejarah hitam negara bermula selepas itu...dalam masa 3 hari berlakunya kekerasan,pertumpahan darah yang dirancang dan dilancarkan dengan sengaja..Dan berlakulah sejarah hitam di Malaysia...Rusuhan Kaum 13 Mei 1969...

FAHAMAN TOTALITARIANISME/AUTORITARIANISME
Pengamal fahaman Totalitarianisme/Autoritarianisme seperti Hitler,Stalin dan Mussolini membenarkan hanya satu parti politik sahaja bergiat aktif dan cergas.Walaupun parti pembangkang wujud usaha mereka tidak berhasil kerana seringkali disekat pemerintah.Rakyat tidak diberi kebebasan untuk mengkritik dan membantah dasar kerajaan.Pihak media tidak bebas bersuara dan sebarang laporan yang bakal dikeluarkan mestilah ditapis pemerintah, bahkan polis rahsia ditubuhkan bagi mengawal tindak-tanduk rakyat.Situasi negara yang berfahaman ini sering berubah-ubah (flip-flop) kerana berlakunya ketidaktetapan dasar dan prinsip pemerintahan.

Adakah di Malaysia juga ada yang menjadi pengamal fahaman tersebut..?
Selepas peristiwa 13 Mei 1969..pemerintah melalui Pengarah MAGERAN  berkecenderungan ke arah pembentukan sebuah negara yang hanya mempunyai Satu Parti dengan cara menghapuskan semua parti-parti pembangkang,sama ada dengan cara penyerapan atau penindasan.
Akhirnya Perikatan berjaya menyerap masuk parti politik GERAKAN,PPP,dan PAS yang sudahnya menyaksikan pembentukan Barisan Nasional.Hanya DAP dan PRM tidak menyertainya.dan lihatlah bagaimana DAP dan PRM bergelut utk hidup selepas 13 Mei yang dikawal dengan beberapa Akta Kejam...Akta Mesin Cetak..Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)..Akta Hasutan antara tali dan gam  yang mengikat tangan,kaki.mulut mereka.
Rakyat Malaysia juga kenal siapa Special Branch (SB) dan bagaimana pasukan POLIS berada dibawah kawalan dan seliaan Kementerian Dalam Negeri yang mana ketua tertingginya adalah Menteri Dalam Negeri.Utk mengenali antara pertubuhan polis rahsia dunia lihatlah siapa dibelakang GESTAPO,MVD,MOSAD,KGB...bukankah kerajaan negara mereka sendiri.
Selepas tsunami politik 2008 dan Najib mengambil alih tampuk pemerintahan dari PM ke 5 Abdullah Badawi..kita lihat Najib begitu akitf memperkenalkan pelbagai askara..NKRA,ETP,BR1M,TR1M,dan pelbagai lagi yang berjenama 1Malaysia..segala tindakan Flip-Flopnya sudah diketahui ramai terutama isu Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang akhirnya mendapat tentangan dan kemudian dikembalikan kepada sistem asal.
Najib mendakwa Konsep 1Malaysia tidak bertujuan politik sebaliknya merupakan satu alat utk mengukuhkan perpaduan dikalangan komuniti-komuniti yang pelbagai demi pembangunan negara...namun tidak lama selepas jenama ini beregar diruang udara Malaysia..muncul pula retorik yang tidak pernah didengar sebelum ini yang melambangkan politik tidak bertanggungjawab(Fitnah dan Serangan Peribadi),Ekstremisme perkauman (lahir NGO-NGO berpakasikan Kaum yang radikal dan lantang) dan taksub keagamaan( muncul NGO-NGO berpaksikan agama yang mencurigai agama lain).
Lebih parah lagi,mereka yang berkenaan mengucapkan retorik terhodoh berupa permainan politik tidak bertanggungjawab,ekstremisme perkauman,dan taksub keagamaan yang sama sekali bertentangan dengan konsep 1Malaysia muncul dari kalangan parti Najib sendiri iaitu UMNO,terutamanya media massa milik-UMNO,Utusan Malaysia.
Inikah yang dikatakan dasar kerajaan yang berubah-ubah (flip-flop)..berlakunya ketidaktetapan dasar dan prinsip pemerintahan..?



Hari ini Najib sudah mendapat gelaran DEMOKRAT PALSU...saya berpendapat gelaran ini lahir dari sistem politik negara yang sudah berlangsung 50 tahun lebih sesudah merdeka yang telah  menggunapakai fahaman Totalitarianisme/Autoritarianisme tetapi pemerintah  mendakwa Malaysia sebuah negara demokrasi berparlimen.Jika pemerintah BN tetap mendakwa Malaysia negara demokrasi,saya yakin Malaysia sebuah negara demokrasi....iaitu DEMOKRASI TOTALITARINISME/AUTORITARIANISME berdasarkan hujah-hujah diatas.











Tiada ulasan: