RAKYAT MARHAEN |
- Kes Scorpene: Bapa Altantuya mahu Mahathir diheret sama
- 20 Adun Umno-BN Selangor Gagal Bahas Isu Rakyat
- Mana pergi RM170 juta belanja transformasi kerajaan?
- Puteri positif cadangan hudud....pemimpin kanan UMNO diam jerk..????
- Amuk JPM : Orang kanan Khalil ditahan reman
- Rakyat, not handouts, decides nation’s fate
- Laporan polis Felda, JKKR bantah himpunan oren esok
- Pakatan gesa penyokong sebar penyelewengan BN
- 'More than 150' dead in Syrian army crackdown
- Politik Malaysia : Saya suka SB, saya benci SB, SB itu kawan saya, SB itu mengintip kita
- Tak perlu sorok fakta, jenayah memang meningkat, kata Musa Hassan
- Kod etika kerajaan sementara PRU-13...selama nie memang tak de etika eh..!!!
- Raja KamarulBahrin : Ceramah Gong Badak
- Majlis media sosial jangan bersifat politik
- M'sians GETTING POORER by the day: Wealth creation but where is the DISTRIBUTION
- Nurul Izzah: The Journey .....
- Ini punca Dr. Asri bangkit menentang Umno
- Kekesalan Sebahagian Warga Felda Atas Tindakan Kurang Bijak Mereka
- Sudah la Mahathir..!!
- Resolusi bersama sidang meja bulat isu-isu antarabangsa parti Islam dan NGO Islam Nusantara
- Bahalolisme
- 714 Hari Bertindak Kebangsaan Untuk Hentikan Lynas
- Asri: Hadap Uncle Seekers ke mahkamah
- AKTA HASUTAN 1948 DIMANSUHKAN SERTA MERTA TAPI UNCLE SEEKERS MASIH DITAHAN DI BAWAH AKTA YANG SAMA
- Pekerja Paycomm, Time piket mahu jumpa menteri
Kes Scorpene: Bapa Altantuya mahu Mahathir diheret sama Posted: 12 Jul 2012 09:09 PM PDT KUALA LUMPUR 13 Julai: Bapa Altantuya, Setev Shaaribuu mahu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diheret sama dalam skandal kapal selam Scorpene sehingga menyebabkan kematian anaknya. "Walaupun Najib Razak yang bertanggungjawab dalam sub marin selaku Menteri Pertahanan masih membisu mengenai perkara ini, namun, Dr Mahathir selaku Perdana Menteri pada masa itu mesti tampil berhubung perkara ini," kata Setev dalam satu kenyataan. Kenyataan itu dibacakan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne pada sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor, semalam. Read More / Baca Lagi >> |
20 Adun Umno-BN Selangor Gagal Bahas Isu Rakyat Posted: 12 Jul 2012 09:08 PM PDT SHAH ALAM 13 JULAI : Adun-Adun Umno-BN dianggap sangat lesu sehinggakan tidak sanggup masuk ke Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) bagi membahaskan isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat. Read More / Baca Lagi >>Adun Sekinchan, Ng Suee Lim berkata Adun-Adun BN ketika mengemukakan perbahasan tidak menampilkan hujah yang mantap dan cadangan yang bernas untuk kemajuan negeri dan rakyat. Sehinggakan Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Satim Diman apabila perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan dibentangkan dan dibaca untuk kali pertama oleh Menteri Besar, beliau (Satim) tidak masuk dewan. |
Mana pergi RM170 juta belanja transformasi kerajaan? Posted: 12 Jul 2012 09:07 PM PDT KUALA LUMPUR 13 Julai: Pengarah Biro Perdagangan KEADILAN, Wong Chen mempersoal ke mana perginya RM170 juta atau 71 peratus kos mengurus persepsi awam dari peruntukan Program Transformasi Kerajaan (GTP). Ini berikutan Pengarah Pencegahan Jenayah NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) Pemandu (Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan), Eugene Teh Yee mengatakan hanya 0.75 peratus daripada dana GTP dibelanjakan untuk aktiviti ini. "Cuba kira. Bukankah RM170 juta dari RM240 juta kos pengurusan NKRA bersamaan 71 peratus? "Ia dilulus dalam Belanjawan 2012. Ke mana pergi wang ini?" katanya kepada Keadilan Daily. Selasa lalu, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempertikai kerajaan kerana membelanjakan RM170 juta dengan cara salah hanya untuk membetulkan persepsi orang awam terhadap polis. Read More / Baca Lagi >> |
Puteri positif cadangan hudud....pemimpin kanan UMNO diam jerk..???? Posted: 12 Jul 2012 06:45 PM PDT Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, beliau melihat desakan pembangkang dan sesetengah pemimpin Umno yang mahu melaksanakan hudud dengan matlamat memurnikan akidah umat Islam sebagai langkah yang baik. "Kita harus bersedia ke arah kesempurnaan pelaksanaan hudud dan berusaha memberi kefahaman jelas terhadap masyarakat majmuk di negara ini kerana ia adalah hukuman yang memiliki banyak cabang. |
Amuk JPM : Orang kanan Khalil ditahan reman Posted: 12 Jul 2012 06:41 PM PDT SHAH ALAM - Seorang lelaki dipercayai individu yang membuat pengakuan terbuka akan sentiasa bersama Khalil Afandi Abd Hamid dalam 'perjuangan' lelaki yang ditembak mati oleh polis ketika mengamuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya, Isnin lalu, ditahan reman bermula kelmarin. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, lelaki 39 tahun itu akan ditahan sehingga Ahad untuk membantu siasatan kes berkenaan. "Kita juga dapati, Khalil bertindak secara individu dan tidak ada kaitan dengan sebarang kumpulan ajaran sesat," kata Chin Wah ketika dihubungi Sinar Harian. Read More / Baca Lagi >> |
Rakyat, not handouts, decides nation’s fate Posted: 12 Jul 2012 06:39 PM PDT For the sake of truth and accountability, it is hoped the rakyat despite becoming recipients of the various handouts by BN, will exercise discretion in determing the fate of this nation. It is giving the "awakened" rakyat goose bumps to watch how the ruling Barisan Nasional government is scampering against time to dole out politically-motivated goodies, one after another.Helming it all was the Bantuan Rakyat 1Malaysia which has been nothing but an insult in the true sense of the word, for the beggarly RM500 far from meets the people's needs, keeping today's escalating cost of living in mind. Still, the rakyat who benefited from BR1M is grateful but should stop at that. There is no need to offer eternal gratitude to BN for BR1M which comes with a hidden agenda, one that is aimed at serving the interest of BN leadership. With the naive rakyat appeased through BR1M or the 1Malaysia People's Fish Shop or the 1Malaysia restaurant, it was time to move on and win the hearts of senior citizens at old folks homes and then the taxi drivers. Next in line is the soon-to-be launched the 1Malaysia bookstore and the 1Malaysia clothes outlet. Read More / Baca Lagi >> |
Laporan polis Felda, JKKR bantah himpunan oren esok Posted: 12 Jul 2012 06:33 PM PDT Pengurusan Felda dan anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Tanah Rancangan (JKKR) Felda dari lapan tanah rancangan Felda Wilayah Jengka membuat laporan polis bagi membantah perhimpunan Oren yang dijadual esok. Laporan polis oleh lapan tanah rancangan berkenaan diwakili Pengurus Felda Sungai Tekam, Yunus Husin, dibuat di Balai Polis Jerantut semalam bertujuan meminta pihak berkuasa mencegah pihak terbabit daripada meneruskan perhimpunan tersebut. Read More / Baca Lagi >> |
Pakatan gesa penyokong sebar penyelewengan BN Posted: 12 Jul 2012 06:30 PM PDT KUALA LUMPUR, 13 Julai — Pakatan Rakyat (PR) menggesa penyokong mereka menyebarkan segala maklumat berkenaan penyelewengan Barisan Nasional (BN) bagi membolehkan sesuatu isu itu diterima rakyat, terutamanya mereka di kawasan luar bandar. Read More / Baca Lagi >>Pemimpin-pemimpin PR, dalam satu ceramah anjuran Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, malam tadi menegaskan, setiap maklumat berkenaan isu dan penyelewengan BN perlu disampaikan secara meluas bagi memudahkan rakyat memahami perkara tersebut. "Saya menggesa kita tingkatkan usaha untuk menyampaikan maklumat kepada rakan-rakan kita," kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramahnya di sini malam tadi. "Ini bagi memudahkan mereka memahami sesetengah isu itu dengan jelas ... seperti mana yang kita lakukan terhadap isu NFC (Pusat Fidlot Nasional)." Anwar, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, menegaskan, PR juga telah berjaya menarik lebih ramai sokongan belia untuk menyokong mereka melalui isu pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). "Kita telah menang sokongan orang muda melalui isu pemansuhan PTPTN," katanya di hadapan hampir 1,000 penyokong PR berbangsa Cina dalam majlis Makan Malam Mengumpul Dana Parlimen Lembah Pantai di Dewan Persatuan Hainan Selangor dan Wilayah Persekutuan di sini. Ketua Umum PKR itu juga turut menjelaskan, pendidikan akan menjadi kerangka utama dalam pemerintahan PR jika pakatan pembangkang itu berjaya menguasai Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang. |
'More than 150' dead in Syrian army crackdown Posted: 12 Jul 2012 06:15 PM PDT |
Politik Malaysia : Saya suka SB, saya benci SB, SB itu kawan saya, SB itu mengintip kita Posted: 12 Jul 2012 04:45 PM PDT Kalau tanya kepada orang politik, bermacam-macam ragam akan diceritakan oleh mereka tentang SB (Special Branch) atau Cawangan Khas. Read More / Baca Lagi >>Saya nak bawak satu cerita di awal tahun 1980-an. Ada seorang berpakaian berjubah, pelat Kelantan, pernah menginap di rumah saya dan bercerita dengan saya semua cerita-cerita Jihad Bersenjata. Dia bercakap dengan nada yang jelas mengatakan bahawa dia tidak yakin lagi dengan perjuangan secara demokrasi. Dia sudah memilih jalan rebolusi. Bagi saya orang yang bercakap sebegini adalah orang yang sudah terkeluar dari landasan perjuangan, orang ini mungkin seorang penghasut yang sengaja datang menguji saya dan lebih senang lagi orang ini boleh disifatkan sebagai seorang SB. Kerja SB memang begitu, dia menjadi penghasut supaya kita terikut-ikut dengan kata-katanya, dan apabila kita terperangkap maka kita akan ditahan dibawah ISA dan dia akan menghasut pemimpin-pemimpin yang lain pula. |
Tak perlu sorok fakta, jenayah memang meningkat, kata Musa Hassan Posted: 12 Jul 2012 04:33 PM PDT "Sewaktu saya memikul tanggungjawab sebagai KPN dahulu, saya sering sebut tentang peningkatan kadar jenayah," kata Musa dalam wawancara bersama The Malaysian Insider semalam. Bekas KPN itu turut mengakui kadar jenayah di Malaysia pada hari ini berada di tahap yang membimbangkan. Read More / Baca Lagi >> |
Kod etika kerajaan sementara PRU-13...selama nie memang tak de etika eh..!!! Posted: 12 Jul 2012 04:23 PM PDT IPOH - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menguat kuasa kod etika kerajaan sementara kepada Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang. Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, kod etika yang menggariskan peranan sebenar kerajaan sementara bertujuan mengelak salah laku parti politik sepanjang kempen PRU-13. "Dasar menjadikan kerajaan sedia ada sebagai kerajaan sementara pada tempoh PRU adalah amalan perundangan kebanyakan negara di dunia terutama Komanwel. "Namun, sering menjadi pertikaian dakwaan salah laku berkaitan pertindihan peranan sebagai anggota kerajaan dan ahli parti politik seperti penggunaan jentera kerajaan untuk kempen pilihan raya," katanya selepas merasmikan Taklimat Persediaan Menghadapi PRU-13 kepada Pasukan Penguatkuasaan Kempen Pilihan Raya Perak di sini semalam. Wan Ahmad berkata, draf awal kod etika terbabit kini dalam peringkat diperhalusi Jabatan Peguam Negara. |
Raja KamarulBahrin : Ceramah Gong Badak Posted: 12 Jul 2012 04:11 PM PDT |
Majlis media sosial jangan bersifat politik Posted: 12 Jul 2012 09:52 AM PDT KUALA LUMPUR: Idea penubuhan majlis media sosial disambut baik PAS, bagaimanapun ia perlu menjadi satu platform yang benar-benar dapat memberi manfaat kepada semua pihak. Read More / Baca Lagi >>Ia juga perlu dilihat bukan hanya untuk memantau media sosial membabitkan pembangkang kerajaan, tetapi turut memantau media sosial yang bercanggah dengan norma-norma murni. Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata dengan pemantauan menyeluruh tanpa bersifat terpilih, idea ini perlu dilaksanakan secara serius. "Mungkin ia idea politik, tapi kalau ia dijadikan platform yang betul-betul adil dan tidak berpihak, ia tiada masalah. Majlis sebegini pun wujud di negara-negara lain seperti Amerika. |
M'sians GETTING POORER by the day: Wealth creation but where is the DISTRIBUTION Posted: 12 Jul 2012 09:47 AM PDT The running theme for this year's Merdeka Day celebrations by the BN government – "Janji ditepati" (promises delivered) should actually be "Janji diketepi" (promises set aside) - as Malaysians grapple with the fact and face up to the reality that the wealth created has so far not been equitably distributed among the people. Ever since the inception of Merdeka, independence wrought and wrestled from the British colonialists in 1957, the nation has moved forward in pushing for industrialization and development and is expectedly hoping to come on-stream as a fully developed country by 2020. In the push towards this direction, especially since the advent of the Mahathir administration, much wealth has invariably been created in the process. Malaysia has witnessed dramatic growth in the standard of living and it is easily evident much development has brought much wealth and prosperity to the people. The creation of wealth The specious belief that creating wealth and prosperity is the way forward to a better life does make sense. |
Nurul Izzah: The Journey ..... Posted: 12 Jul 2012 09:45 AM PDT |
Ini punca Dr. Asri bangkit menentang Umno Posted: 12 Jul 2012 09:44 AM PDT Dua print screen dari tweeter Dr. Asri Zainal Abidin menceritakan segala-galanya. Bertitik tolak dari tweet Tun Faisal yang Addin siarkan pada posting sebelum ini (rujuk sini) mungkin menjadi punca kepada Dr. Asri keluarkan kenyataan terbuka dalam tweeternya untuk menentang Umno. Dengan kenyataan terbuka Dr. Asri ini membuatkan Umno makin menggeletar untuk berhadapan dengan kebangkitan rakyat yang semakin tak sabar untuk menumbangkan Umno BN pada PRU 13 yang semakin tiba. Dr. Asri, saya percaya semua penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat akan menyokong kenyataan Dr. Asri ini. Umno patut diajar.. |
Kekesalan Sebahagian Warga Felda Atas Tindakan Kurang Bijak Mereka Posted: 12 Jul 2012 09:31 AM PDT Pada 28 jun 2012, kita lihat ramai pak cik dan mak cik dari golongan felda menyatakan kegembiraan atas pemberian saham percuma dan durian runtuh sebanyak RM 15 ribu dengan tiga kali pembayaran. Untuk Rm5 ribu diberi kepada Bapa... kemudian kepada Ibu disususli dengan anak... Kegembiraan mereka dikaca televisyen tidak dapat digambarkan dengan kata2... Selepas itu...Mulut Kecoh lihat ada yang mengucapkan terima kasih kepada Najib Razak dan 5 kaki 2 inci atas pemberian tersebut... Bukan itu sahaja, malahan anak-anak mereka juga sama....kegembiraan yang teramat walaupun tanah plantation yang dijanjikan kepada mereka dipajak.. tapak kedai dan jalan raya digadai... Setelah banyak pembongkaran yang dilakukan oleh Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat dan Rafizi Ramli.. keceriaan dan kegenbiraan telah bertukar kepada berbagai perasaan yang tidak menyenangkan..ada yang sedih.. ada yang marah...tetapi ada lagi yang masih dalam kegembiraan...masih tidak tahu apa yang terjadi... |
Posted: 12 Jul 2012 09:29 AM PDT Sudah la Mahathir. UMNO bukan lagi dalam tangan anda dan kuasa untuk mentadbir untuk lama berlalu. Rakyat sudah lupa semua projek mega di bawah pentadbiran anda jadi biarkan sahaja. Jangan sampai satu demi satu kita perlu ulas balik tentang projek kayakan kawan dan keluarga demi rakyat yang bodoh boleh 'di tax' untuk segala gala nya. Ya. Itu pendirian Mahathir dulu. Rakyat ada untuk di "tax". "Tax" sampai mereka ada cukup-cukup setiap hujung bulan. Bukan untuk mereka ada harta atau kekayaan, tetapi hutang turun temurun. Mahathir boleh cakap banyak, menangis depan perwakilan dan tabik dada dengan yang kaya raya. Tetapi kita tahu yang anak dia mandi dalam kolam duit setiap hari. Modal dan harta yang di cari atas nama rakyat. Sarjana muda pun tidak ada bagaimana pula hendak kutip duit ? Ini bukan cerita mafia seperti di Las Vegas dulu. Ini adalah tentang masa depan orang Melayu yang sudah lama sengsara di bawah pentadbiran Mahathir dan sekarang di beri nafas baru di bawah pentadbiran Dato Seri Najib Tun Razak. Read More / Baca Lagi >> |
Resolusi bersama sidang meja bulat isu-isu antarabangsa parti Islam dan NGO Islam Nusantara Posted: 12 Jul 2012 09:25 AM PDT Kami, mewakili suara umat Islam Nusantara yang diwakili oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis), Perwakilan Malaysia - Partai Keadilan Sejahtera (PKS), Thai Muslim Students Society - Young Muslim Association of Thailand (YMAT), Keluarga Besar Pelajar Islam Indonesia (KBPII) Malaysia, telah bersidang dan membuat resolusi berikut; Read More / Baca Lagi >>1. Kami bersama-sama umat Islam seluruh dunia dan umat Islam di Syria mengutuk sekeras- kerasnya kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Syria pimpinan Bashar al-Assad. |
Posted: 12 Jul 2012 09:24 AM PDT Bahlul adalah seorang lelaki berilmu yang dikatakan popular ketika pemerintahan Khalifah Harun Al Rasyid tetapi berpura-pura bodoh dengan aksi lucunya untuk menyindir pemerintah. Di sini, Bahalol biasanya dikaitkan dengan aksi kebodohan oleh si pelakunya. Apabila perbuatan membodoh-bodohkan diri dan orang ramai menjadi budaya sehingga menjurus ke arah sebuah ideologi maka jadilah ia apa yang dipanggil "Bahalolisme". Inilah yang berlaku di Malaysia. Ideologi atau lebih tepat lagi proses indoktrinasi memupuk rakyat menjadi bodoh dengan teori-teori pembodohan yang bodoh lagi membodohkan. Kekalutan sang pemerintah tidak dapat dibendung lagi apabila satu demi satu jenayah penyelewengan dibogelkan melalui alam tanpa sempadan. Cengkaman kuasa yang semakin tiris dan longgar membuatkan sang pemerintah melatah merapu tidak ketahuan laku lalu terciptalah berbagai idea-idea bodoh yang pada mulanya bertujuan untuk menutup salah laku mereka tetapi akhirnya menjadi bahan ketawa rakyat. Hari ini jika ada pun sesuatu yang benar keluar dari mulut pemerintah, rakyat akan menyambutnya dengan hilai tawa dahulu sebelum menimbang ia untuk diterima atau pun tidak. |
714 Hari Bertindak Kebangsaan Untuk Hentikan Lynas Posted: 12 Jul 2012 09:20 AM PDT Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) ingin menyeru kepada semua rakyat yang prihatin, organisasi-organisasi bukan kerajaan dan parti-parti politik untuk berganding bahu menyertai dan menyokong kami untuk menunjukkan kepada kerajaan bahawa rakyat Malaysia mahukan masa depan yang bersih dan selamat. Bersama-sama dengan kamilah untuk membuktikan kepada Kerajaan bahawa anda akan berdiri dengan teguh untuk mempertahankan hak-hak anda, untuk melindungi pelaburan anda dan keluarga anda untuk membina negara yang kuat, sihat dan bersih untuk seluruh rakyat Malaysia. |
Asri: Hadap Uncle Seekers ke mahkamah Posted: 12 Jul 2012 09:17 AM PDT Tokoh Islam terkenal, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mendakwa raja tidak kebal dari kritikan dan mesti bertanggungjawab terhadap tindakan mereka — mencetuskan kemarahan di laman sosial Twitter selepas beliau mengeluarkan kenyataan yang dikaitkan dengan kritikan terhadap keluarga diraja baru-baru ini.Bekas mufti Perlis itu yang kini merupakan zamalah pelawat di Universiti Oxford memuji British kerana menyemak perbelanjaan keluarga diraja dan memastikan mereka bertanggungjawab terhadap pembayar cukai. Menurut Dr Asri, langkah ini baik untuk mencegah penyelewengan. Dalam tulisan bertajuk "Mereka Paling Mencegah Kezaliman Raja", beliau menyatakan, walaupun keluarga diraja British memberikan sumbangan besar dalam sejarah negara tersebut, mereka (keluarga diraja) tidak dibiarkan untuk berbuat sesuka hati. |
AKTA HASUTAN 1948 DIMANSUHKAN SERTA MERTA TAPI UNCLE SEEKERS MASIH DITAHAN DI BAWAH AKTA YANG SAMA Posted: 12 Jul 2012 09:15 AM PDT Polis Tahan Semula Blogger Uncle Seekers Untuk Siasatan Mengikut Akta Hasutan JOHOR BAHRU, 12 Julai - Polis menahan semula pengkaji aktiviti paranormal Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas bagi membantu siasatan berhubung penulisan di blognya www.uncleseekers.blogspot.com yang didakwa memfitnah Sultan Johor Sultan Ibrahim, selepas tempoh remannya berakhir semalam. Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Ismail Yatim berkata Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers ditahan semula sejurus dibebaskan dengan jaminan polis pada pukul 7 malam semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya. |
Pekerja Paycomm, Time piket mahu jumpa menteri Posted: 12 Jul 2012 09:07 AM PDT KUALA LUMPUR: Sekumpulan bekas pekerja syarikat telekomunikasi Paycomm Network Sdn Bhd dan Time Dot. Com mengadakan piket di hadapan bangunan PWTC hari ini bagi menuntut satu pertemuan diadakan dengan Menteri Sumber Manusia Datuk Dr. S. Subramaniam bagi menyelesaikan tunggakan gaji dan pampasan mereka. Read More / Baca Lagi >>Menurut Ahli Jawatankuasa Bertindak Bekas pekerja Paycomm Network Norma Taharim pihaknya telah menyatakan hasrat untuk bertemu dengan menteri berkenaan malah beliau telah berjanji mengadakan pertemuan pada 5 Jun lalu tetapi ia dibatalkan. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan