Khamis, 21 Jun 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


GOLONGAN JAHILIYYAH JUGA ADA HAK UNTUK BERHIMPUN

Posted: 21 Jun 2012 12:07 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

SESUNGGUHNYA aku merayu agar pihak Kerajaan dan keselamatan serta pihak stadium membenarkan puak-puak Jahiliyyah Kumpulan Anti BERSIH ini untuk berhimpun kerana hak berhimpun secara aman dipelihara oleh Perlembagaan tidak kira samada mereka terdiri daripada golongan Jahiliyyah mahu pun tidak.

Ini berikutan Kumpulan anti-BERSIH Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur (MTPKL) berkeras untuk mengadakan perhimpunan besar anti gabungan pilihan raya bersih dan adil di stadium.  Bagaimanapun, menurut Pengerusinya Datuk Jamal Md Yunus, buat masa ini pihaknya masih menunggu kebenaran daripada pengurusan Stadium Merdeka dan kebenaran pihak polis, yang telah dipohon sejak dua minggu lalu.
 
Tiada sebab untuk pihak berkuasa menyekat golongan Jahiliyyah ini daripada berhimpun kerana mereka juga manusia biasa walaupun kadangkala ada yang berperangai aneh tidak seperti manusia seperti menggoyang-goyangkan punggung umpama lembu baru lepas kencing.  Cuma mungkin kena pastikan mereka jangan bawa air mineral, garam atau tuala good morning kerana dibimbangi dituduh untuk merampas kuasa.  Lagi pun, perlu apanya mereka membawa kesemua bahan tersebut kerana kita berani potong jari kalau ada gas-gas yang dilepaskan ke atas golongan Jahiliyyah ini nanti.
 
Daripada mereka hadir ke stadium dengan tangan kosong, alangkah baiknya ratusan ribu dari mereka yang bakal berhimpun itu nanti masing-masing membawa peralatan untuk berniaga Burger.  Burger bukanlah alat atau bahan yang boleh ditakrifkan amat merbahaya seperti garam dan air mineral.  Jika tidak percaya cuba tanya Nazri Aziz.  Mereka boleh berniaga sesama mereka dan jika masih alami kerugian juga, mereka boleh saman sesama mereka menuntut kerugian akibat tindakan mereka berhimpun itu./wfauzdin.blogspot.com

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Fitnah tentang DEB, Guan Eng menang saman Utusan

Posted: 21 Jun 2012 10:40 PM PDT

GEORGE TOWN, 22 JUN: Kerana menipu kononnya Lim Guan Eng mahu menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, telah melakukan fitnah.

Justeru, mahkamah mengarahkan Utusan membayar pampasan RM200,000 kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu serta RM20,000 kos mahkamah.

Guan Eng menyaman Utusan terhadap satu tulisan bertajuk "DEB: Guan Eng Tetap Berdegil" bertarikh 15 Mac 2008 yang mendakwa kononnya Setiausaha Agung DAP tersebut mahu menghapuskan DEB.

Tulisan itu mengandungi perkataan berunsur fitnah dan berniat jahat kerana Guan Eng tidak pernah mengatakan beliau mahu menghapuskan DEB.

Beliau telah menjelaskan bahawa apa yang dikatakannya adalah pentadbirannya di Pulau Pinang akan bebas daripada kronisme, korupsi dan sistem yang tidak berkesan.

Ini adalah kemenangan kedua Guan Eng menyaman Utusan. Pada Disember tahun lalu, mahkamah mendapati sengaja memfitnah Guan Eng dengan niat jahat.

Artikel Utusan bertajuk "Kebiadaban Guan Eng" yang disiarkan pada 20 Disember 2010 cuba menggambarkan Guan Eng dan DAP seolah-olah  anti-Melayu dan anti-Islam, dan terbukti dakwaan Utusan itu palsu. – Roketkini.com
Print Friendly

Wanita dedah hubungan panas dengan seorang penyanyi

Posted: 21 Jun 2012 09:41 PM PDT


Nata Naritha mendedahkan hubungan istimewanya dengan Sammy Simorangkir sambil mendakwa penyanyi Kerispatih itu mempermainkan cintanya. Foto tabloidbintang.com
JAKARTA: Bekas penyanyi kumpulan Kerispatih iaitu Sammy Simorangkir yang disumbat ke dalam penjara di sini kerana terlibat dengan penyalahgunaan dadah pada tahun lalu berhadapan dengan masalah baru apabila dituduh mempermainkan seorang wanita.
Individu yang menggelar namanya sebagai Nata Naritha pada Khamis membuat pengakuan pernah tinggal bersama Sammy tanpa ikatan perkahwinan yang sah selain telah diperdaya oleh penyanyi tersebut yang berjanji mahu mengahwininya.
"Dia ada berjanji untuk menikahi saya nanti tapi itu semua janji-janji kosong," ujarnya seperti dipetik portal detikhot.com pada Khamis.
Wanita itu menambah selama ini dia sudah terpedaya dengan janji-janji manis Sammy tetapi sayangnya cintanya itu tidak dibalas.
Sammy Simorangkir
Sementara itu portal tabloidbintang.com pula melaporkan, Nata yang pernah terlibat dalam filem "Pacar Hantu Perawan" itu mengaku mempunyai bukti kukuh mengenai hubungan mereka.
Dalam satu pertemuan dengan para wartawan di Tebet, Jakarta Selatan di sini pada Khamis, wanita itu turut menunjukkan gambar-gambar mesranya bersama Sammy walaupun penyanyi lelaki tersebut menafikan hubungan mereka.
Menurut Nata, gambar yang didedahkan itu hanyalah sebahagian kecil yang ada dalam simpanannya tetapi dia memiliki banyak lagi koleksi gambar panas yang mahu dirahsiakan buat sementara waktu.
"Ada gambar lain yang "terbuka" tapi selepas diberitahu kepada keluarga untuk didedahkan, mereka kata jangan," ujarnya.
Pada Mei lalu Sammy hadir ke Kuala Lumpur untuk melancarkan album solo pertamanya berjudul Aku Kembali.

SANTAI MLM : Kalau kita ada James Bond 007

Posted: 21 Jun 2012 07:53 AM PDT


Kalaulah kita ada seorang seperti James Bond, pasti banyak masalah dan skandal besar dapat diselesaikan dalam masa yang singkat. Upah sahaja agen 007 itu, dan kita tidak perlu membuang banyak masa, tenaga dan RM untuk menyelesaikan satu-satu kes.


Sejak dulu kita memang suka menubuhkan Jawatankuasa Khas, Jawatankuasa Penyiasat, Suruhanjaya Bebas, Suruhanjaya Diraja dan lain-lain seumpamanya. Kita juga sudah banyak menubuhkan tribunal itu dan tribunal ini.



Pantang berlaku sesuatu yang luar biasa sikit, cepat-cepat kita menubuhkan jawatankuasa untuk bertindak. Tanah runtuh, tubuh jawatankuasa khas. Kapal bocor, tubuh jawatankuasa menyiasat. Stadium rebah, jambatan runtuh, bangunan terbenam, semua kena tubuh jawatankuasa khas.



Kalau ada kes yang lebih berat, seperti isu pengundi hantu, kita mendesak ditubuhkan suruhanjaya bebas atau suruhanjaya diraja. Isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang melibatkan RM bilion-bilion, kita desak tubuhkan suruhanjaya menyiasat. Skandal mega, songlap saham, tipu duit rakyat, isu tol, isu lembu, semua minta tubuh suruhanjaya khas.



Satu hari nanti, sekiranya dalam mesyuarat parti ada orang yang terkentut luar biasa kuatnya, pasti ada yang cepat-cepat membuat tohmahan bahawa itu ada letupan bom anggota berani mati al-Qaeda, dan minta tubuh suruhanjaya bebas untuk menyiasat.



Sama ada jawatankuasa khas, suruhanjaya bebas, tribunal dan sebagainya, semuanya melibatkan tenaga kerja dan kepakaran. Ada orang-orang tertentu yang akan menjadi Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan ahli-ahli jawatankuasa. Ada elaun untuk mereka.



Kita suka menubuhkan jawatankuasa dan suruhanjaya itu dan ini, pada hal banyak yang disiasat tidak pun berkesudahan. Mula-mula semua orang sibuk dan bersemangat bercakap untuk masuk TV dan surat khabar. Sebulan dua isu menjadi panas pagi petang siang malam.



Tetapi lama-lama perkara yang panas itu menjadi dingin, beku, dan hilang terus. Tidak ada yang diketahui umum mengenai hasil siasatan. Mesyuarat demi mesyuarat, buka fail, tutup fail, kopi dan teh habis berteko-teko, karipap dan mihun goreng banyak habis, hasil siasatan masih tidak diketahui.



Apabila kes atau tragedi sama berlaku lagi, maka kita pun menjerit semula minta ditubuhkan jawatankuasa dan suruhanjaya untuk menyiasat. Lebih pelik, ada juga siasatan baru sehari dua bermula, sudah keluar kenyataan: "Setakat ini siasatan menunjukkan tidak wujud sebarang penyelewengan." Belum habis siasat, kes sudah ditutup.



Kalau ada James Bond, mesti siasatan akan dibuat hingga ke akar umbi. Siapa pun – baik orang besar atau orang kenit – tidak akan terlepas, atau sengaja dilepaskan. Sebab agen 007 tidak boleh dipujuk rayu, walaupun oleh gadis manis, juga tidak boleh dirasuah.



Kalau ikut dalam filem, agen 007 tidak takut kepada siapa pun ketika menjalankan siasatan. Malah, dia sedia mempertaruhkan nyawanya untuk menjalankan tugas berbahaya. Sebab 'Mr Bond' ada kehebatan sendiri yang orang lain tidak ada.



Dia hebat dalam seni mempertahankan diri, tidak kira tekwando, karate, tomoi, waima silat gayung. Malah, setiap gerakannya lebih pantas dari peluru. Sebab itu dia tidak tertembak walaupun diserang bertubi-tubi dari banyak pistol dan senapang.



Satu lagi kelebihan agen ini ialah dia dilengkapi dengan pelbagai alat dan kelengkapan serba canggih yang orang lain tidak ada. Sebab itu walau dalam apa keadaan cemas sekali pun dia akan menggunakan apa yang ada di tubuhnya untuk menyelamatkan diri.



Ketika nyawanya terancam dia boleh menggunakan jam tangan sebagai senjata. Pen, cermin mata, pemetik api, kasut, tali pinggang, rokok, coklat, semua telah direka khas untuk membolehkannya melepaskan diri dari sebarang ancaman. Begitulah hebatnya.



Kalau ada James Bond di KL, tentu banyak kes rasuah mega, skandal mega, dan penyelewengan RM juta-juta-juta duit rakyat, boleh dibereskan dengan cepat, dan tepat. Malangnya kita tidak ada agen 007.



Setiap kali nonton filem, teringin juga saya menjadi James Bond. Bukan untuk menyiasat, tetapi untuk bermesra dengan gadis-gadis jelita lagi seksi, seperti Jane Seymour (Live and Let Die), Olga Kurylenko (Quantum of Solace), Datuk Michelle Yeoh (Tomorrow Never Dies), dan lain-lain.



Tetapi, saya tidak layak menjadi James Bond, sebab tidak tampan seperti Sean Connery, Roger Moore, Timothy Dalton atau Pierce Brosnan. Mana ada James Bond hidung kemek macam pelepah kelapa!

Nama Najib disebut dalam video rundingnan Beli Ahli Parlimen PKR

Posted: 21 Jun 2012 05:42 AM PDT

SHAH ALAM 21 JUN : Nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini dikaitkan dalam pendedahan terbaru Video Beli Ahli Parlimen PKR yang didedahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad siang tadi.

Pendedahan video selama 30 saat itu menyaksikan bekas ketua pemuda PKR Kedah, Zamil Ibrahim menyebut nama pemimpin nombor satu negara itu.


"Dalam siri pendedahan kali ini, Zamil ada menyebut tentang rundingan terus kepada PM andai tawaran yang diberikan tidak memuaskan kepada Ahli Parlimen yang ditawarkan tukar parti.


"Mereka yang ditawarkan ini bolehlah berjumpa sendiri dengan PM dan boleh juga meminta jumlah yang diinginkan," beritahu Khalid mendedahkan isi kandungan video berkenaan.



Berdasarkan video tersebut, beliau juga menjelaskan dapat mengenalpasti modus operandi yang digunakan Zamli dan ejen-ejen lain dalam usaha membeli Ahli Parlimen PKR.


"Mereka sasarkan Ahli Parlimen PKR yang mempunyai masalah, yang tidak berpuas hati atau mengetahui bahawa mereka tidak akan dicalonkan semula untuk PRU (Pilihan Raya Umum) akan datang, maka golongan inilah yang didekati atau dijadikan sasaran untuk dibeli," tambahnya.


Mengulas lanjut, Khalid mempersoalkan kewujudan PRU andai gejala politik kotor sebegini dibiarkan menjadi budaya dan amalan songsang untuk memperolehi kuasa sebagai Kerajaan Pusat.


"Apa gunanya kita bertanding dan menang namun kemudian Ahli Parlimen ini dibeli seterusnya menjadikan pihak yang kalah pula sebagai pemenang.


"Ini perkara serius dan tidak mustahil ia membabitkan kroni-kroni atau pihak berkepentingan untuk terus berada di tampuk kerajaan dan mengaut keuntungan," tegas Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor.


Sementara itu, ketika ditanya mengapa Ahli Parlimen PKR yang dijadikan sasaran dan bukan Ahli Parlimen PAS atau DAP, Khalid menjawab ia sengaja dicipta untuk menjatuhkan imej PKR sebagai parti politik yang baru seterusnya memberi kesan buruk kepada kredibiliti Pakatan Rakyat secara keseluruhannya.


"Selain usaha ini dijalankan bekas ahli PKR sendiri, saya juga percaya mereka sasarkan PKR kerana ia parti baru berlainan dengan PAS dan DAP yang kuat kerana sudah berusia 30 tahun.


"Ini memang usaha menyeluruh kerana apabila imej PKR jatuh di mata rakyat, maka kredibiliti dan imej Pakatan Rakyat juga dilihat tidak cantik pada pandangan rakyat," jelas beliau.

 -
Khalid turut mendedahkan seorang individu yang digelarnya ketua ejen atau puak-puak yang bekerja keras untuk membeli Ahli Parlimen iaitu Pengerusi Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah SUMBER

Sepina pada Razak Baginda akan tiba .. Najib semakin kecut teloq

Posted: 21 Jun 2012 01:36 AM PDT

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menegaskan peguamnya di luar negara dalam proses menghantar sepina terhadap Jasbir Singh Chahl, yang dikatakan 'orang kanan' urus niaga Scorpene Malaysia-Perancis.

Menurut kenyataan sekretariat NGO hak asasi itu, peguam William Bourdon dan Joseph Breham di Perancis mengesahkan Jasbir sebagai saksi kes dan disepina oleh mahkamah.

"Penghantaran sepina sedang dibuat dan akan mengambil masa beberapa hari. Kami tiada maklumat lanjut bilakah tempoh waktu sebenar untuk proses ini," menurut kenyataan itu.

Jasbir kelmarin menafikan menerima sepina daripada badan kehakiman Perancis berhubung sebarang prosiding undang-undang seperti didakwa Penyelaras Suaram Cynthia Gabriel pada 15 Jun.


Jasbir menyifatkannya sebagai rekaan dan percubaan menjejaskan reputasi dan kewibawaannya selain menggesa kenyataan itu segera ditarik balik.

Beliau sebelum ini didakwa orang penting dalam urus niaga antara syarikat Malaysia Perimekar Sdn Bhd dan firma pertahanan Perancis DCNS.

Suaram juga mendakwa Jasbir sebagai kenalan rapat Abdul Razak Baginda yang dikatakan orang kepercayaan Datuk Seri Najib Razak.

Jasbir dan Abdul Razak juga didakwa bersama-sama menjadi pengarah syarikat Tererasi Ltd di Hong Kong.

Mahkamah Perancis menerima itu apabila syarikat negara itu yang membekalkan kapal selam Scorpene kepada Malaysia dituduh membayar jutaan ringgit sogokan kepada pegawai tertinggi Malaysia yang terlibat dalam pembelian.

Bawah undang-undang Perancis, apa-apa bayaran atau komisen dianggap sebagai haram. - Malaysiakini

Mahkamah benar Adam Adli cabar keputusan UPSI

Posted: 21 Jun 2012 12:15 AM PDT

SITI AZIELAH WAHI
NURUL AINI MOHAMED ALI

21 Jun 2012
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan semakan kehakiman, yang dibuat penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Adam Adli Abdul Halim, 22, mencabar keputusan pusat pengajian tinggi itu menggantung pengajiannya, Januari lalu.


Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Abang Iskandar Abang Hashim di dalam kamarnya.


Peguam yang mewakili Adam Adli, Fadhiah Nadwa Fiqri berkata, hakim memberi kebenaran kerana permohonan yang  dikemukakan tidak remeh dan mempunyai merit untuk didengar mahkamah.


"Ini bermakna Adam boleh merujuk kepada pihak universiti mengenai keputusan mereka menggantung pengajiannya selama tiga semester," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online kemudian.


"Selepas ini, kita akan serahkan kepada pihak pengurusan Upsi untuk memberi pertimbang bagi menyelesaikan kes Adam ini," tambahnya.


Bagaimanapun tarikh pendengaran akan ditentukan kemudian.


Adam Adli yang merupakan pelajar semester lima jurusan Pengajian Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) mencabar keputusan pergantungan pengajiannya selama tiga semester bermula semeseter kedia sesi 2011/2012.


Hukuman itu dijatuhkan selepas didapati bersalah menurunkan bendera Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa berdemonstrasi di pekarangan Menara Dato' Onn pada 17 Disember lalu.


Dia dijatuhkan hukuman mengikut Peraturan 3 dan 4 Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) kerana mencemar nama baik universiti dan memudaratkan ketenteraman awam.


Adam, menurunkan bendera Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak di PWTC di ibu negara semasa demontrasi pelajar pada 17 Disember tahun digantung pengajian bermula 8 Mac lalu. - SINAR HARIAN

dollah yankee

dollah yankee


Apa kah 'syaitan' yang menasihati Pak Haji Najib?

Posted: 21 Jun 2012 08:40 PM PDT

Pak Haji Najib kena lah dengar-dengar sama cakap-cakap ulamak dan mufti-mufti kita DI-SINI dan juga DI-SINI berhubung dengan khabar yang mengatakan Pak Haji Najib ini ber cadang dan ber ura-ura mahu memanggil PRU-13 nanti semasa ramai pengundi-pengundi tetap dan penyokong-penyokong parti PAS ini ke luar negara menunaikan haji semasa musim haji nanti.

Gurkah-gurkah politik di'port' pula bila melihat kepada situasi ini dan bila melihat kepada respon-respon dari rakyat tentang panggilan PRU-13 semasa musim haji sedang berlangsung, telah beranggapan yang penasihat-penasihat politik kepada Pak Haji Najib yang berani membuat cadangan ini bukan lah orang tetapi 'SYAITAN'!. 



dollah yankee -
Pak Haji Najib mungkin dah dapat petunjuk kot? bila nak panggil PRU selepas berdoa di depan Ka'abah...
Alhamdullillah lah kalau dah dapat!

Impian Tunku yang menunggu hari menjadi nyata

Posted: 20 Jun 2012 09:33 PM PDT

dollah yankee -
Bila melihat kepada video-video rakaman perbahasan di parlimen kelmarin, dan bila mendengar kepada hujah-hujah dari Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, maka gurkah-gurkah politik di'port' telah menyimpulkan yang harapan, cita-cita dan impian Tunku Abdul Rahman untuk 'membungkus' umno hanya menunggu masa dan hari untuk tercapai...

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Mereka boleh bersuara...!!!

Posted: 21 Jun 2012 09:30 PM PDT


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemayan, Mohd Fadil Osman
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemayan, Mohd Fadil Osman
MENJELANG Pilihan Raya Umum (PRU) Ke 13 ini, bermacam cerita yang tidak enak didengar berkaitan pemimpin. Malah, cerita-cerita hangat itu terus dijajakan tanpa diketahui kebenarannya. Kebelakangan ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemayan, Mohd Fadil Osman kerap 'diserang' individu tertentu semata-mata untuk menjatuhkan kedudukannya.

Read More / Baca Lagi >>

Today in History for June 22nd

Posted: 21 Jun 2012 09:29 PM PDT

Projek untuk kroni, ahli biasa Umno gigit jari

Posted: 21 Jun 2012 09:22 PM PDT

Kesian kepada penyokong tegar Umno di kampung yang sanggup buat apa sahaja sehingga menganggu ceramah Pas dan Pakatan Rakyat.

Mereka sanggup buat apa sahaja asalkan mendapat sedikit imbuhan yang tidak seberapa. Sedangkan anak pembesar Umno mendapat projek berjuta-juta tanpa bersusah payah untuk mempertahankan parti Umno.

Anak dan kroni pembesar Umno mendapat projek bukan kerana merit dan kepandaian mereka di dalam perniagaan, tetapi oleh kerana mereka dibinkan dengan bapanya sahaja.

Buktinya projek NFC diberi kepada keluarga Datuk Seri  Sharizat Abdul Jalil sebanyak RM250 juta.

Anaknya yang berumur 25 tahun sudah meraihkan gaji bulanan RM35,000, anak berusia 27 tahun mendapat  RM35,000, anak berusia 31 tahun mendapat  RM45,000 dan suaminya Dato' Seri Dr Mohamad Salleh gaji RM100,000 sebulan.
Read More / Baca Lagi >>

Islam Wasatiyyah UMNO Vs PAS Ajaran Sesat

Posted: 21 Jun 2012 09:20 PM PDT


Menteri Besar Terengganu antara yang mempopulari "PAS Ajaran Sesat" atas beberapa faktor. Dalam masa yang sama MB Terengganu mewarwarkan "Islam Wasatiyyah UMNO".

Adakah ini antara ajaran Wasitiyyah UMNO?..............

Anwar Ibrahim: Lagi Banyak UMNO Hina Saya, Lagi Ramai Orang Datang Dengar Ceramah

Posted: 21 Jun 2012 09:10 PM PDT

Himpunan Oren 14 Julai Untuk Selamatkan Felda

Posted: 21 Jun 2012 08:36 PM PDT

SHAH ALAM 22 JUN : Tarikh 14 Julai depan akan menyaksikan kemuncak bantahan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) terhadap penyenaraian Felda Global Ventures Holdings(FGVH) ke Bursa Saham Malaysia.
'Himpunan Oren Selamatkan Felda' merupakan tema yang dipilih melibatkan peneroka di seluruh negara.
Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman berkata, peserta akan mula berkumpul di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kemudiannya berarak menuju ke Istana Negara bagi menghantar memorandum memohon supaya Yang di Pertuan Agong (YDPA) campur tangan isu FGVH.
Read More / Baca Lagi >>

Pelbagai acara di himpunan Occupy Balok-Gebeng

Posted: 21 Jun 2012 08:35 PM PDT

KUANTAN: Ibu negeri Pahang ini sekali lagi akan dibanjiri puluhan ribu rakyat yang membantah loji memproses nadir bumi Lynas, dengan program santai 'Occupy Balok-Gebeng' pada 23 dan 24 Jun ini.

Program anjuran NGO Himpunan Hijau itu akan berlangsung selama 24 jam bermula pukul 12 tengahari 23 Jun dan akan berakhir pada jam yang sama keesokan harinya dengan kemuncaknya peserta berkumpul di hadapan Lynas, Gebeng.

Menurut Pengerusi Mobilisasi program berkenaan, Nasrun Amir Abdullah, pelbagai acara akan diadakan selama dua hari itu dengan pelancarannya akan diadakan di Pelangi Beach Resort pantai Balok.

Katanya, selain daripada itu program akan diisi dengan pameran, mini konsert melepaskan layang-layang yang tertulis mesej selamatkan bumi dan ceramah.

"Di tapak pelancaran pada sebelah malam akan diadakan ceramah melibatkan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said, aktivis Hishamuddin Rais dan Pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack.

"Pada waktu yang sama juga di Kampung Padang jalan Sungai Lembing, satu ceramah lagi akan dijayakan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat Zulkefly Omar.
Read More / Baca Lagi >>

Egyptian voices from Tahrir Square

Posted: 21 Jun 2012 08:32 PM PDT

Kebesaran Allah : Kucing susui tikus

Posted: 21 Jun 2012 08:29 PM PDT

Kucing susui tikus
PELIK...anak Puralan melayan tikus seperti adik-beradik.
PELIK...anak Puralan melayan tikus seperti adik-beradik. 
 
RANAU: Walaupun kucing dan tikus dua haiwan sentiasa bermusuhan, namun perkara itu tidak berlaku bagi sebuah keluarga di Kampung Marakau, di sini, yang terkejut apabila mendapati kucing peliharaan mereka yang baru melahirkan anak turut menyusukan seekor tikus yang 'menumpang' manja bersama ibu kucing berkenaan.
Menurut pemiliknya, Malik Kaibeh, 47, kucing peliharaannya yang dinamakan Puralan itu baru pertama kali melahirkan dua ekor anak di sebuah pondok berhampiran rumah mereka sebelum disedarinya pada 7 Jun lalu.

"Saya melihat Puralan berulang-alik dua kali sambil menggonggong anaknya untuk berpindah dan hairan melihat ibu kucing ini turut menggonggong 'anaknya' yang agak pelik kerana memiliki ekor yang halus dan panjang selain berwarna hitam pekat.
"Sebaik diamati, saya terkejut apabila mendapati anak ketiganya adalah seekor tikus dan tidak pasti sama ada haiwan itu sekadar menumpang atau turut lahir bersama anak kucing lain," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Katanya, sebaik menyedari perkara itu, dia bersama isteri, Anifah Unggau, 47, memaklumkan kejadian terbabit kepada jiran sebelum perkara itu mula tersebar di kalangan penduduk kampung sehingga rumahnya kini menjadi tumpuan.

"Biasanya tikus menu utama makanan kucing liar di sini, tetapi lain ceritanya dengan kucing kami apabila dilayan seperti anak sendiri.

"Malah, ibu kucing dilihat melayan 'anak istimewanya' sama seperti dua lagi anaknya lain termasuk menyusu dan membersihkan badannya," katanya.

Katanya, semua anak kucing berkenaan turut dilihat bermain bersama selain tikus terbabit tidak pernah cuba melarikan diri walaupun dikerumuni orang ramai.
"Kami ada memelihara lebih 10 ekor kucing yang dibiarkan bebas selain arnab yang ditempatkan di dalam reban khas di luar rumah.

"Selepas mengetahui kejadian ini, ramai penduduk kampung mengunjungi rumah saya untuk melihat lebih dekat termasuk ada di antara mereka menghulurkan wang untuk membeli makanan kepada ibu kucing berkenaan," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada dia akan menjual haiwan berkenaan, Anifah berkata, enggan berbuat demikian dan akan memelihara haiwan berkenaan.

Negara Zina : Emak jadi ibu ayam

Posted: 21 Jun 2012 08:25 PM PDT

GEORGETOWN: Ibu durjana. Itu gelaran paling sesuai untuk seorang wanita yang menjadikan dua anak gadisnya berusia 16 dan 17 tahun sebagai hamba seks dengan melacurkan mereka sejak dua bulan lalu dengan alasan untuk menampung kehidupan.
Perbuatan terkutuk wanita berusia 35 tahun itu terbongkar apabila dia bersama teman lelakinya yang juga orang tengah dalam memperdagangkan tubuh dua beradik terbabit, dicekup dalam Ops Noda di sebuah hotel di Bayan Lepas, dekat sini, awal pagi semalam.
Difahamkan, wanita itu sebelum ini pernah ditahan dan ditempatkan di sebuah pusat pemulihan akhlak kerana melakukan perkara sama, namun dia dibebaskan Disember tahun lalu.

Nyata, dia rupa-rupanya masih belum insaf dan kali ini bersekongkol dengan teman lelakinya berusia 27 tahun untuk melacurkan dua anaknya dengan menjadikan hotel berkenaan sebagai lokasi mencari pelanggan.

Situasi tegang di Mesir memuncak

Posted: 21 Jun 2012 08:21 PM PDT



KAHERAH - Situasi tegang di Mesir memuncak semalam selepas pergerakan Islam terbesar di negara berkenaan, Ichwanul Muslimin memberi amaran konfrantasi akan berlaku sekiranya calon mereka, Mohamed Morsi tidak dinamakan sebagai Presiden Mesir yang baharu.
Kelewatan pengumuman keputusan pilihan raya Presiden yang diadakan pada 16 dan 17 Jun lalu meningkatkan kebimbangan Ichwanul Muslimin bahawa pemerintah tentera merancang untuk merampas kuasa.
Seorang pemimpin Ichwanul Muslimin turut memberi kata dua bahawa keadaan buruk akan tercetus jika pesaing Morsi yang merupakan bekas Perdana Menteri Mesir, Ahmed Shafiq diumumkan sebagai pemenang pilihan raya berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

Siapa Sultan yang angkat batu dan pasir untuk bina benteng?

Posted: 21 Jun 2012 08:20 PM PDT

""Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!"- Ahli Sejarah Byzantine.

Sultan Muhamad al-Fateh dilahirkan pada 27 Rajab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 M dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481.

Ketika berumur 19 tahun beliau menaiki takhta menggantikan ayahnya Sultan Murad.

Read More / Baca Lagi >>

Doakan agar pendatang undi Pakatan pada PRU 13

Posted: 21 Jun 2012 08:19 PM PDT

Semua percaya beribu-ribu pendatang dari Indonesia telah didaftarkan menjadi pengundi, malah ia telah disampai ke pengetahuan pembangkang sudah dimulakan dalam PRU sebelum ini.
Justeru PRU 13 ini adalah paling mencabar bagi BN, maka gerakan memberi Mykad bagi menjadi pengundi itu diperhebat. Tiada pendekatan itu dibuat kepada pendatang Cina kerana dibimbangi mereka menyokong DAP.
Tiada reaksi kerajaan hendak membersihkan daftar pengundi seperti yang dituntut oleh Bersih 3.0 meskipun Senator John McCain dan rakannya dari Amerika yang melawat Malaysia baru-baru ini menyeru perlunya ada sistem pilihan raya yang adil dan bersih di Malaysia.

Maka pengundi hantu warga Indonesia itu dipercayai terus berada dalam daftar pengundi dan mereka akan mengundi.
Read More / Baca Lagi >>

Strategi PR untuk merakyatkan Putrajaya

Posted: 21 Jun 2012 08:16 PM PDT

Menyedari bahawa beberapa buah kubu kuat tradisional Barisan Nasional perlu ditawan untuk mengambil-alih kerajaan persekutuan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dipercayai sedang merancang untuk bergerak keluar daripada kubu kuat mereka dan bertanding di kawasan-kawasan parlimen utama yang kini disandang oleh BN.
Strategi ini perlu jika Pakatan Rakyat meletakkan sasaran untuk memenangi sekurang-kurangnya 110 kerusi bagi membentuk kerajaan persekutuan selepas PRU-13 seperti yang didakwa oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Read More / Baca Lagi >>

Kenapa kempen "Bebaskan ISA 45" perlu diadakan

Posted: 21 Jun 2012 08:11 PM PDT

1. Masih ada yang ditahan di Kamunting selepas ISA dimansuhkan

Walaupun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah dimansuhkan (menanti akta baru digazetkan sahaja), namun sehingga kini 45 orang masih ditahan di Kem Tahanan Kamunting (Kemta) tanpa mengetahui secara jelas mengenai nasib yang akan mereka hadapi.

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat oleh pihak Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) melalui lawatan peguam dan keluarga tahanan ke Kemta, rata-rata tahanan masih kabur tentang nasib masing-masing samada mereka akan dibebaskan atau tidak selain meletakkan harapan besar kepada tarikh tamat tempoh tahanan.

Tahanan juga ada memaklumkan kepada keluarga bahawa mereka pernah mendapat khabar gembira daripada pihak Kemta bahawa mereka akan dibebaskan segera setelah Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan ISA pada hari Malaysia yang lalu. Namun sehingga ke hari ini mereka masih ditahan tanpa sebarang tanda-tanda pembebasan awal.
Read More / Baca Lagi >>

Kekalahan BN bukan perkara pelik

Posted: 21 Jun 2012 08:10 PM PDT

Sesudah lima puluh empat tahun berkuasa dan bermaharajalela, UMNO Baru akan sampai ke penghujungnya dan sudah terlalu banyak dalil dan tanda-tanda yang menunjukkan ia akan berlaku. Tidak payah disebut dan diulangi kali ini kerana kenyataan itu sudah dirasai oleh ramai rakyat dan ia dirasakan di dalam naluri mereka yang memerhati keadaan ini.
Ia tidak usah disedihkan kerana ia perlu berlaku bagi menjauhkan negara dari terjerumus ke lembah kerosakan kepada budaya politik negara kita yang kita sayangi ini. Parti Liberal Demokrat Jepun (LDP) telah tumbang setelah memerintah negara matahari terbit itu selama lima puluh tahun.
LDP merupakan parti yang telah berjasa kepada negara Jepun. LDP lah yang telah membangunkan Jepun dengan begitu pantas setelah negara itu mengalami kekalahan yang menghinakan dalam peperangan dunia ke 2 dahulu.  Negara Jepun yang telah hancur lebur hasil dari ledakkan bom atom di Hiroshima yang menjadi penyebab kepada kekalahan Jepun itu, telah dibangunkan kembali oleh LDP sehinggakan Jepun menjadi kuasa ekonomi yang besar di dunia ini.
Read More / Baca Lagi >>

Scorpene scandal causing polls delay, says PKR

Posted: 21 Jun 2012 08:03 PM PDT

KUALA LUMPUR, June 22 — The on-going Scorpene submarine inquiry in France is causing the prime minister to delay calling for elections, PKR has claimed.
PKR chief strategist Rafizi Ramli said Datuk Seri Najib Razak was worried about the political implications of the investigation due to the latter's role in the purchase of the submarines.
"That is why he is delaying polls... no matter what date he (Najib) calls for he will lose.
"There are interesting developments (in France) which Najib won't be able to handle if it blows up," Rafizi (picture) told a crowd of 2,000 here last night.
Rafizi accused Najib of "selling defence secrets" to Malaysia's "enemies", and told the crowd that the French probe had unearthed "proof" that the PM had done so.
Read More / Baca Lagi >>

Pelajar: Opps 20/20 jamin kemenangan Aspirasi

Posted: 21 Jun 2012 08:00 PM PDT

Kumpulan pelajar anti-establishment telah mendedahkan lebih banyak butiran mengenai satu dakwaan pertemuan pemimpin Umno, pembantu menteri, agensi kerajaan dan pegawai polis pada Januari 2011 untuk menjamin kemenangan kumpulan pro-establishment dalam pilihan raya kampus tahun ini.

Pertemuan itu dikatakan sebahagian daripada operasi yang dinamakan 'menyelaras pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar di institusi pengajian tinggi awam' yang pertamakali didedahkan oleh Pro-Mahasiswa Nasional (PMN) pada 23 Mei.

Ia juga dikenali sebagai 'Opps 20/20', yang dikatakan merujuk kepada objektif memastikan kumpulan Aspirasi yang pro-kerajaan menyapu bersih pilihan raya kampus.

PMN mendakwa BN bercadang untuk "mengawal" institusi pengajian tinggi untuk survival politik mereka menjelang pilihan raya umum akan datang.
Read More / Baca Lagi >>

Vote Pakatan for a better economy, says Anwar

Posted: 21 Jun 2012 07:59 PM PDT

KUALA LUMPUR, June 22 — Corruption, cronyism and financial mismanagement will reign supreme should Barisan Nasional (BN) remain in control of Putrajaya, Datuk Seri Anwar Ibrahim warned last night, saying Pakatan Rakyat (PR) has the ideas to manage the country's economy.
The PR de facto leader told a 2,000-strong crowd in Setapak here that if Malaysians were to still vote BN in the future, they would not get to enjoy the fruits of their labour.
This, said Anwar (picture), was because government projects would still be awarded to "sons of ministers" and cronies while taxpayers' earnings would only be used to fund the ruling coalition's war chest and to keep their supporters happy.
Read More / Baca Lagi >>

Teras tolak keputusan PSC Lynas selamat

Posted: 21 Jun 2012 07:57 PM PDT


KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menolak keputusan PSC bahawa Lynas selamat dan dengan itu kerajaan mengeluarkan lesen beroperasi kepada Lynas.
NGO Melayu itu menyifatkan tindakan itu adalah tindakan yang tidak wajar dan mengenepikan suara rakyat.

"Jelas slogan 'rakyat didahulukan' hanya retorik kosong. Dengan keputusan kerajaan mengeluarkan lesen operasi kepada Lynas, slogan yang sebenarnya diguna pakai ialah "keuntungan diutamakan, dan rakyat diperjudikan," kata Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden Teras.

Kata Azmi, kerajaan sepatutnya menimbangkan dengan teliti bantahan rakyat kerana betapa canggih sekalipun teknologi yang diguna untuk menjamin tahap keselamatan ia tetap tidak boleh mengenepikan kekhuatiran rakyat bahawa Lynas akan meletakkan nyawa penduduk persekitaran dalam keadaan merbahaya malah seluruh pekerja Lynas berhadapan dengan risiko.
Read More / Baca Lagi >>

KPF Tolak Isa Samad Keputusan Baik – ANAK

Posted: 21 Jun 2012 07:56 PM PDT

SHAH ALAM 22 JUN :Keputusan mesyuarat agung tahunan (AGM) Koperasi Permodalan Felda (KPF) Malaysia Berhad tidak meneruskan pelantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai anggota lembaga pengarahnya adalah keputusan yang baik demi masa hadapan Felda.
"Ia satu keputusan yang menggembirakan dan kita berkeyakinan dengan perkembangan mutakhir ini yang tidak memihak kepada mereka yang hendak menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings(FGVH), saya cukup optimis walaupun 28 Jun ini akan dimuktamadkan untuk penyenaraian FGVH ia akan menemui kegagalan," kata Mazlan Aliman.
Mazlan yang merupakan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) berkata Isa Samad tidak layak menjadi ahli KPF kerana beliau bukan kakitangan tetap Felda.
Read More / Baca Lagi >>

RM3 bilion: Jika wujud, Mahathir takkan lepaskan peluang – Anwar

Posted: 21 Jun 2012 07:55 PM PDT

KUALA LUMPUR 21 JUN: Mustahil Tun Dr Mahathir Mohamad yang terkenal sebagai pendendam, akan melepas peluang mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim ke mahkamah jika akaun RM3 bilion benar-benar wujud.
"Ingat Mahathir boleh bagi peluang saya hidup jika akaun itu betul wujud? Sedangkan dulu tak ada kes pun beliau boleh belasah dan penjarakan saya," kata Ketua Pembangkang itu.
Ketua Umum KEADILAN itu, berkata tindakan pasti diambil Mahathir sejak 12 tahun lalu jika akaun berkenaan, terbukti wujud.
Berucap depan lebih 2,000 rakyat di Setiawangsa, beliau memberi penjelasan betapa siasatan kes itu sudah lama ditutup kerana ternyata tiada bukti.
Katanya, ia disokong akuan sumpah dari bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegahan Rasuah (BPR), Abdul Razak Idris yang mengetuai siasatan kes itu.
Read More / Baca Lagi >>

Najib VENDETTA against Anwar: RM3bil allegation baseless, unsupported by evidence

Posted: 21 Jun 2012 07:51 PM PDT

Najib VENDETTA against Anwar: RM3bil allegation baseless, unsupported by evidence  I refer to the NST front page report earlier this week relating to the false allegations against Datuk Seri Anwar Ibrahim on the RM 3 billion monies claim. It is reported that Anwar had ordered former ACA director of investigations Abdul Razak Idris to make a Statutory Declaration clearing him of the allegations.
The UMNO-owned newspaper has once again made false suggestions and insinuations against Anwar without producing any real evidence against him. The SD was made voluntarily under oath by the former ACA director Abdul Razak Idris in 2009. It is plainly absurd and utterly irresponsible for the NST to suggest that in 2009 Anwar had somehow compelled Abdul Razak Idris to make the SD.
In fact today's NST report admits that no charges were brought against Anwar because there was no evidence against him to sustain any charge. A similar admission that there was no evidence to support any charges against Anwar was made in the earlier NST front page report on June 12 2012.
Yet the NST and other UMNO media have repeatedly and irresponsibly alleged that Anwar is guilty of some kind of wrongdoing. Despite weeks of relentless attacks in the UMNO-owned media, not an iota of believable evidence has been produced against Anwar in relation to the RM 3 billion false allegation.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan’s new plan to capture Putrajaya

Posted: 21 Jun 2012 07:50 PM PDT

Key opposition leaders may move out of their safe seats to contest elsewhere in an attempt to seize control of the administrative capital.

Realising that some of the traditional Barisan Nasional strongholds must be captured in order to take control of the federal government in the general election, it is believed that the leaders of Pakatan Rakyat are planning to move out from their safe seats and contests in key parliamentary constituencies which are currently held by BN.
This strategy is necessary if Pakatan is to win at least 110 seats to form the next federal government as claimed by Opposition Leader Anwar Ibrahim.
As a first move of this nationwide strategy, the Pandan parliamentary seat in Selangor currently held by former MCA president Ong Tee Kiat has been identified and PKR strategic director Rafizi Ramli has been named as the Pakatan candidate.
Read More / Baca Lagi >>

Akaun 3 Billion : SPRM akan panggil Anwar, 3 individu lain

Posted: 21 Jun 2012 07:50 PM PDT


Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga lagi individu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pemilikan akaun berjumlah RM3 bilion yang melibatkan dirinya ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Tiga individu terbabit ialah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin dan bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), Abdul Razak Idris.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, mereka akan dipanggil sekiranya SPRM mempunyai maklumat baru yang membolehkan siasatan kes itu dibuka semula.

"Kita tidak akan membuka semula kertas siasatan yang diarahkan tutup oleh Timbalan Pendakwa Raya.
Read More / Baca Lagi >>