Khamis, 21 Jun 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


GOLONGAN JAHILIYYAH JUGA ADA HAK UNTUK BERHIMPUN

Posted: 21 Jun 2012 12:07 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

SESUNGGUHNYA aku merayu agar pihak Kerajaan dan keselamatan serta pihak stadium membenarkan puak-puak Jahiliyyah Kumpulan Anti BERSIH ini untuk berhimpun kerana hak berhimpun secara aman dipelihara oleh Perlembagaan tidak kira samada mereka terdiri daripada golongan Jahiliyyah mahu pun tidak.

Ini berikutan Kumpulan anti-BERSIH Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur (MTPKL) berkeras untuk mengadakan perhimpunan besar anti gabungan pilihan raya bersih dan adil di stadium.  Bagaimanapun, menurut Pengerusinya Datuk Jamal Md Yunus, buat masa ini pihaknya masih menunggu kebenaran daripada pengurusan Stadium Merdeka dan kebenaran pihak polis, yang telah dipohon sejak dua minggu lalu.
 
Tiada sebab untuk pihak berkuasa menyekat golongan Jahiliyyah ini daripada berhimpun kerana mereka juga manusia biasa walaupun kadangkala ada yang berperangai aneh tidak seperti manusia seperti menggoyang-goyangkan punggung umpama lembu baru lepas kencing.  Cuma mungkin kena pastikan mereka jangan bawa air mineral, garam atau tuala good morning kerana dibimbangi dituduh untuk merampas kuasa.  Lagi pun, perlu apanya mereka membawa kesemua bahan tersebut kerana kita berani potong jari kalau ada gas-gas yang dilepaskan ke atas golongan Jahiliyyah ini nanti.
 
Daripada mereka hadir ke stadium dengan tangan kosong, alangkah baiknya ratusan ribu dari mereka yang bakal berhimpun itu nanti masing-masing membawa peralatan untuk berniaga Burger.  Burger bukanlah alat atau bahan yang boleh ditakrifkan amat merbahaya seperti garam dan air mineral.  Jika tidak percaya cuba tanya Nazri Aziz.  Mereka boleh berniaga sesama mereka dan jika masih alami kerugian juga, mereka boleh saman sesama mereka menuntut kerugian akibat tindakan mereka berhimpun itu./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: