RAKYAT MARHAEN |
- Mereka boleh bersuara...!!!
- Today in History for June 22nd
- Projek untuk kroni, ahli biasa Umno gigit jari
- Islam Wasatiyyah UMNO Vs PAS Ajaran Sesat
- Anwar Ibrahim: Lagi Banyak UMNO Hina Saya, Lagi Ramai Orang Datang Dengar Ceramah
- Himpunan Oren 14 Julai Untuk Selamatkan Felda
- Pelbagai acara di himpunan Occupy Balok-Gebeng
- Egyptian voices from Tahrir Square
- Kebesaran Allah : Kucing susui tikus
- Negara Zina : Emak jadi ibu ayam
- Situasi tegang di Mesir memuncak
- Siapa Sultan yang angkat batu dan pasir untuk bina benteng?
- Doakan agar pendatang undi Pakatan pada PRU 13
- Strategi PR untuk merakyatkan Putrajaya
- Kenapa kempen "Bebaskan ISA 45" perlu diadakan
- Kekalahan BN bukan perkara pelik
- Scorpene scandal causing polls delay, says PKR
- Pelajar: Opps 20/20 jamin kemenangan Aspirasi
- Vote Pakatan for a better economy, says Anwar
- Teras tolak keputusan PSC Lynas selamat
- KPF Tolak Isa Samad Keputusan Baik – ANAK
- RM3 bilion: Jika wujud, Mahathir takkan lepaskan peluang – Anwar
- Najib VENDETTA against Anwar: RM3bil allegation baseless, unsupported by evidence
- Pakatan’s new plan to capture Putrajaya
- Akaun 3 Billion : SPRM akan panggil Anwar, 3 individu lain
Posted: 21 Jun 2012 09:30 PM PDT | |
Today in History for June 22nd Posted: 21 Jun 2012 09:29 PM PDT | |
Projek untuk kroni, ahli biasa Umno gigit jari Posted: 21 Jun 2012 09:22 PM PDT Kesian kepada penyokong tegar Umno di kampung yang sanggup buat apa sahaja sehingga menganggu ceramah Pas dan Pakatan Rakyat. Mereka sanggup buat apa sahaja asalkan mendapat sedikit imbuhan yang tidak seberapa. Sedangkan anak pembesar Umno mendapat projek berjuta-juta tanpa bersusah payah untuk mempertahankan parti Umno. Anak dan kroni pembesar Umno mendapat projek bukan kerana merit dan kepandaian mereka di dalam perniagaan, tetapi oleh kerana mereka dibinkan dengan bapanya sahaja. Buktinya projek NFC diberi kepada keluarga Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil sebanyak RM250 juta. Anaknya yang berumur 25 tahun sudah meraihkan gaji bulanan RM35,000, anak berusia 27 tahun mendapat RM35,000, anak berusia 31 tahun mendapat RM45,000 dan suaminya Dato' Seri Dr Mohamad Salleh gaji RM100,000 sebulan. Read More / Baca Lagi >> | |
Islam Wasatiyyah UMNO Vs PAS Ajaran Sesat Posted: 21 Jun 2012 09:20 PM PDT | |
Anwar Ibrahim: Lagi Banyak UMNO Hina Saya, Lagi Ramai Orang Datang Dengar Ceramah Posted: 21 Jun 2012 09:10 PM PDT | |
Himpunan Oren 14 Julai Untuk Selamatkan Felda Posted: 21 Jun 2012 08:36 PM PDT SHAH ALAM 22 JUN : Tarikh 14 Julai depan akan menyaksikan kemuncak bantahan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) terhadap penyenaraian Felda Global Ventures Holdings(FGVH) ke Bursa Saham Malaysia. 'Himpunan Oren Selamatkan Felda' merupakan tema yang dipilih melibatkan peneroka di seluruh negara. Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman berkata, peserta akan mula berkumpul di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kemudiannya berarak menuju ke Istana Negara bagi menghantar memorandum memohon supaya Yang di Pertuan Agong (YDPA) campur tangan isu FGVH. Read More / Baca Lagi >> | |
Pelbagai acara di himpunan Occupy Balok-Gebeng Posted: 21 Jun 2012 08:35 PM PDT KUANTAN: Ibu negeri Pahang ini sekali lagi akan dibanjiri puluhan ribu rakyat yang membantah loji memproses nadir bumi Lynas, dengan program santai 'Occupy Balok-Gebeng' pada 23 dan 24 Jun ini. Program anjuran NGO Himpunan Hijau itu akan berlangsung selama 24 jam bermula pukul 12 tengahari 23 Jun dan akan berakhir pada jam yang sama keesokan harinya dengan kemuncaknya peserta berkumpul di hadapan Lynas, Gebeng. Menurut Pengerusi Mobilisasi program berkenaan, Nasrun Amir Abdullah, pelbagai acara akan diadakan selama dua hari itu dengan pelancarannya akan diadakan di Pelangi Beach Resort pantai Balok. Katanya, selain daripada itu program akan diisi dengan pameran, mini konsert melepaskan layang-layang yang tertulis mesej selamatkan bumi dan ceramah. "Di tapak pelancaran pada sebelah malam akan diadakan ceramah melibatkan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said, aktivis Hishamuddin Rais dan Pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack. "Pada waktu yang sama juga di Kampung Padang jalan Sungai Lembing, satu ceramah lagi akan dijayakan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat Zulkefly Omar. Read More / Baca Lagi >> | |
Egyptian voices from Tahrir Square Posted: 21 Jun 2012 08:32 PM PDT | |
Kebesaran Allah : Kucing susui tikus Posted: 21 Jun 2012 08:29 PM PDT PELIK...anak Puralan melayan tikus seperti adik-beradik. Menurut pemiliknya, Malik Kaibeh, 47, kucing peliharaannya yang dinamakan Puralan itu baru pertama kali melahirkan dua ekor anak di sebuah pondok berhampiran rumah mereka sebelum disedarinya pada 7 Jun lalu. "Saya melihat Puralan berulang-alik dua kali sambil menggonggong anaknya untuk berpindah dan hairan melihat ibu kucing ini turut menggonggong 'anaknya' yang agak pelik kerana memiliki ekor yang halus dan panjang selain berwarna hitam pekat. "Sebaik diamati, saya terkejut apabila mendapati anak ketiganya adalah seekor tikus dan tidak pasti sama ada haiwan itu sekadar menumpang atau turut lahir bersama anak kucing lain," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam. Katanya, sebaik menyedari perkara itu, dia bersama isteri, Anifah Unggau, 47, memaklumkan kejadian terbabit kepada jiran sebelum perkara itu mula tersebar di kalangan penduduk kampung sehingga rumahnya kini menjadi tumpuan. "Biasanya tikus menu utama makanan kucing liar di sini, tetapi lain ceritanya dengan kucing kami apabila dilayan seperti anak sendiri. "Malah, ibu kucing dilihat melayan 'anak istimewanya' sama seperti dua lagi anaknya lain termasuk menyusu dan membersihkan badannya," katanya. Katanya, semua anak kucing berkenaan turut dilihat bermain bersama selain tikus terbabit tidak pernah cuba melarikan diri walaupun dikerumuni orang ramai. "Selepas mengetahui kejadian ini, ramai penduduk kampung mengunjungi rumah saya untuk melihat lebih dekat termasuk ada di antara mereka menghulurkan wang untuk membeli makanan kepada ibu kucing berkenaan," katanya. Sementara itu, ketika ditanya sama ada dia akan menjual haiwan berkenaan, Anifah berkata, enggan berbuat demikian dan akan memelihara haiwan berkenaan. | |
Negara Zina : Emak jadi ibu ayam Posted: 21 Jun 2012 08:25 PM PDT GEORGETOWN: Ibu durjana. Itu gelaran paling sesuai untuk seorang wanita yang menjadikan dua anak gadisnya berusia 16 dan 17 tahun sebagai hamba seks dengan melacurkan mereka sejak dua bulan lalu dengan alasan untuk menampung kehidupan. Perbuatan terkutuk wanita berusia 35 tahun itu terbongkar apabila dia bersama teman lelakinya yang juga orang tengah dalam memperdagangkan tubuh dua beradik terbabit, dicekup dalam Ops Noda di sebuah hotel di Bayan Lepas, dekat sini, awal pagi semalam. Difahamkan, wanita itu sebelum ini pernah ditahan dan ditempatkan di sebuah pusat pemulihan akhlak kerana melakukan perkara sama, namun dia dibebaskan Disember tahun lalu. Nyata, dia rupa-rupanya masih belum insaf dan kali ini bersekongkol dengan teman lelakinya berusia 27 tahun untuk melacurkan dua anaknya dengan menjadikan hotel berkenaan sebagai lokasi mencari pelanggan. | |
Situasi tegang di Mesir memuncak Posted: 21 Jun 2012 08:21 PM PDT
Seorang pemimpin Ichwanul Muslimin turut memberi kata dua bahawa keadaan buruk akan tercetus jika pesaing Morsi yang merupakan bekas Perdana Menteri Mesir, Ahmed Shafiq diumumkan sebagai pemenang pilihan raya berkenaan. Read More / Baca Lagi >> | |
Siapa Sultan yang angkat batu dan pasir untuk bina benteng? Posted: 21 Jun 2012 08:20 PM PDT ""Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!"- Ahli Sejarah Byzantine. Sultan Muhamad al-Fateh dilahirkan pada 27 Rajab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 M dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481. Ketika berumur 19 tahun beliau menaiki takhta menggantikan ayahnya Sultan Murad. Read More / Baca Lagi >> | |
Doakan agar pendatang undi Pakatan pada PRU 13 Posted: 21 Jun 2012 08:19 PM PDT Semua percaya beribu-ribu pendatang dari Indonesia telah didaftarkan menjadi pengundi, malah ia telah disampai ke pengetahuan pembangkang sudah dimulakan dalam PRU sebelum ini. Justeru PRU 13 ini adalah paling mencabar bagi BN, maka gerakan memberi Mykad bagi menjadi pengundi itu diperhebat. Tiada pendekatan itu dibuat kepada pendatang Cina kerana dibimbangi mereka menyokong DAP. Tiada reaksi kerajaan hendak membersihkan daftar pengundi seperti yang dituntut oleh Bersih 3.0 meskipun Senator John McCain dan rakannya dari Amerika yang melawat Malaysia baru-baru ini menyeru perlunya ada sistem pilihan raya yang adil dan bersih di Malaysia. Read More / Baca Lagi >>Maka pengundi hantu warga Indonesia itu dipercayai terus berada dalam daftar pengundi dan mereka akan mengundi. | |
Strategi PR untuk merakyatkan Putrajaya Posted: 21 Jun 2012 08:16 PM PDT Menyedari bahawa beberapa buah kubu kuat tradisional Barisan Nasional perlu ditawan untuk mengambil-alih kerajaan persekutuan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dipercayai sedang merancang untuk bergerak keluar daripada kubu kuat mereka dan bertanding di kawasan-kawasan parlimen utama yang kini disandang oleh BN. Strategi ini perlu jika Pakatan Rakyat meletakkan sasaran untuk memenangi sekurang-kurangnya 110 kerusi bagi membentuk kerajaan persekutuan selepas PRU-13 seperti yang didakwa oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Read More / Baca Lagi >> | |
Kenapa kempen "Bebaskan ISA 45" perlu diadakan Posted: 21 Jun 2012 08:11 PM PDT 1. Masih ada yang ditahan di Kamunting selepas ISA dimansuhkan Walaupun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah dimansuhkan (menanti akta baru digazetkan sahaja), namun sehingga kini 45 orang masih ditahan di Kem Tahanan Kamunting (Kemta) tanpa mengetahui secara jelas mengenai nasib yang akan mereka hadapi. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat oleh pihak Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) melalui lawatan peguam dan keluarga tahanan ke Kemta, rata-rata tahanan masih kabur tentang nasib masing-masing samada mereka akan dibebaskan atau tidak selain meletakkan harapan besar kepada tarikh tamat tempoh tahanan. Tahanan juga ada memaklumkan kepada keluarga bahawa mereka pernah mendapat khabar gembira daripada pihak Kemta bahawa mereka akan dibebaskan segera setelah Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan ISA pada hari Malaysia yang lalu. Namun sehingga ke hari ini mereka masih ditahan tanpa sebarang tanda-tanda pembebasan awal. | |
Kekalahan BN bukan perkara pelik Posted: 21 Jun 2012 08:10 PM PDT Sesudah lima puluh empat tahun berkuasa dan bermaharajalela, UMNO Baru akan sampai ke penghujungnya dan sudah terlalu banyak dalil dan tanda-tanda yang menunjukkan ia akan berlaku. Tidak payah disebut dan diulangi kali ini kerana kenyataan itu sudah dirasai oleh ramai rakyat dan ia dirasakan di dalam naluri mereka yang memerhati keadaan ini. Ia tidak usah disedihkan kerana ia perlu berlaku bagi menjauhkan negara dari terjerumus ke lembah kerosakan kepada budaya politik negara kita yang kita sayangi ini. Parti Liberal Demokrat Jepun (LDP) telah tumbang setelah memerintah negara matahari terbit itu selama lima puluh tahun. LDP merupakan parti yang telah berjasa kepada negara Jepun. LDP lah yang telah membangunkan Jepun dengan begitu pantas setelah negara itu mengalami kekalahan yang menghinakan dalam peperangan dunia ke 2 dahulu. Negara Jepun yang telah hancur lebur hasil dari ledakkan bom atom di Hiroshima yang menjadi penyebab kepada kekalahan Jepun itu, telah dibangunkan kembali oleh LDP sehinggakan Jepun menjadi kuasa ekonomi yang besar di dunia ini. | |
Scorpene scandal causing polls delay, says PKR Posted: 21 Jun 2012 08:03 PM PDT KUALA LUMPUR, June 22 — The on-going Scorpene submarine inquiry in France is causing the prime minister to delay calling for elections, PKR has claimed. Read More / Baca Lagi >>PKR chief strategist Rafizi Ramli said Datuk Seri Najib Razak was worried about the political implications of the investigation due to the latter's role in the purchase of the submarines. "That is why he is delaying polls... no matter what date he (Najib) calls for he will lose. "There are interesting developments (in France) which Najib won't be able to handle if it blows up," Rafizi (picture) told a crowd of 2,000 here last night. Rafizi accused Najib of "selling defence secrets" to Malaysia's "enemies", and told the crowd that the French probe had unearthed "proof" that the PM had done so. | |
Pelajar: Opps 20/20 jamin kemenangan Aspirasi Posted: 21 Jun 2012 08:00 PM PDT Kumpulan pelajar anti-establishment telah mendedahkan lebih banyak butiran mengenai satu dakwaan pertemuan pemimpin Umno, pembantu menteri, agensi kerajaan dan pegawai polis pada Januari 2011 untuk menjamin kemenangan kumpulan pro-establishment dalam pilihan raya kampus tahun ini. Pertemuan itu dikatakan sebahagian daripada operasi yang dinamakan 'menyelaras pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar di institusi pengajian tinggi awam' yang pertamakali didedahkan oleh Pro-Mahasiswa Nasional (PMN) pada 23 Mei. Ia juga dikenali sebagai 'Opps 20/20', yang dikatakan merujuk kepada objektif memastikan kumpulan Aspirasi yang pro-kerajaan menyapu bersih pilihan raya kampus. PMN mendakwa BN bercadang untuk "mengawal" institusi pengajian tinggi untuk survival politik mereka menjelang pilihan raya umum akan datang. Read More / Baca Lagi >> | |
Vote Pakatan for a better economy, says Anwar Posted: 21 Jun 2012 07:59 PM PDT KUALA LUMPUR, June 22 — Corruption, cronyism and financial mismanagement will reign supreme should Barisan Nasional (BN) remain in control of Putrajaya, Datuk Seri Anwar Ibrahim warned last night, saying Pakatan Rakyat (PR) has the ideas to manage the country's economy. Read More / Baca Lagi >>The PR de facto leader told a 2,000-strong crowd in Setapak here that if Malaysians were to still vote BN in the future, they would not get to enjoy the fruits of their labour. This, said Anwar (picture), was because government projects would still be awarded to "sons of ministers" and cronies while taxpayers' earnings would only be used to fund the ruling coalition's war chest and to keep their supporters happy. | |
Teras tolak keputusan PSC Lynas selamat Posted: 21 Jun 2012 07:57 PM PDT KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menolak keputusan PSC bahawa Lynas selamat dan dengan itu kerajaan mengeluarkan lesen beroperasi kepada Lynas. Read More / Baca Lagi >>NGO Melayu itu menyifatkan tindakan itu adalah tindakan yang tidak wajar dan mengenepikan suara rakyat. "Jelas slogan 'rakyat didahulukan' hanya retorik kosong. Dengan keputusan kerajaan mengeluarkan lesen operasi kepada Lynas, slogan yang sebenarnya diguna pakai ialah "keuntungan diutamakan, dan rakyat diperjudikan," kata Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden Teras. Kata Azmi, kerajaan sepatutnya menimbangkan dengan teliti bantahan rakyat kerana betapa canggih sekalipun teknologi yang diguna untuk menjamin tahap keselamatan ia tetap tidak boleh mengenepikan kekhuatiran rakyat bahawa Lynas akan meletakkan nyawa penduduk persekitaran dalam keadaan merbahaya malah seluruh pekerja Lynas berhadapan dengan risiko. | |
KPF Tolak Isa Samad Keputusan Baik – ANAK Posted: 21 Jun 2012 07:56 PM PDT SHAH ALAM 22 JUN :Keputusan mesyuarat agung tahunan (AGM) Koperasi Permodalan Felda (KPF) Malaysia Berhad tidak meneruskan pelantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai anggota lembaga pengarahnya adalah keputusan yang baik demi masa hadapan Felda. "Ia satu keputusan yang menggembirakan dan kita berkeyakinan dengan perkembangan mutakhir ini yang tidak memihak kepada mereka yang hendak menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings(FGVH), saya cukup optimis walaupun 28 Jun ini akan dimuktamadkan untuk penyenaraian FGVH ia akan menemui kegagalan," kata Mazlan Aliman. Mazlan yang merupakan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) berkata Isa Samad tidak layak menjadi ahli KPF kerana beliau bukan kakitangan tetap Felda. Read More / Baca Lagi >> | |
RM3 bilion: Jika wujud, Mahathir takkan lepaskan peluang – Anwar Posted: 21 Jun 2012 07:55 PM PDT KUALA LUMPUR 21 JUN: Mustahil Tun Dr Mahathir Mohamad yang terkenal sebagai pendendam, akan melepas peluang mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim ke mahkamah jika akaun RM3 bilion benar-benar wujud. "Ingat Mahathir boleh bagi peluang saya hidup jika akaun itu betul wujud? Sedangkan dulu tak ada kes pun beliau boleh belasah dan penjarakan saya," kata Ketua Pembangkang itu. Ketua Umum KEADILAN itu, berkata tindakan pasti diambil Mahathir sejak 12 tahun lalu jika akaun berkenaan, terbukti wujud. Berucap depan lebih 2,000 rakyat di Setiawangsa, beliau memberi penjelasan betapa siasatan kes itu sudah lama ditutup kerana ternyata tiada bukti. Katanya, ia disokong akuan sumpah dari bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegahan Rasuah (BPR), Abdul Razak Idris yang mengetuai siasatan kes itu. Read More / Baca Lagi >> | |
Najib VENDETTA against Anwar: RM3bil allegation baseless, unsupported by evidence Posted: 21 Jun 2012 07:51 PM PDT The UMNO-owned newspaper has once again made false suggestions and insinuations against Anwar without producing any real evidence against him. The SD was made voluntarily under oath by the former ACA director Abdul Razak Idris in 2009. It is plainly absurd and utterly irresponsible for the NST to suggest that in 2009 Anwar had somehow compelled Abdul Razak Idris to make the SD. In fact today's NST report admits that no charges were brought against Anwar because there was no evidence against him to sustain any charge. A similar admission that there was no evidence to support any charges against Anwar was made in the earlier NST front page report on June 12 2012. Yet the NST and other UMNO media have repeatedly and irresponsibly alleged that Anwar is guilty of some kind of wrongdoing. Despite weeks of relentless attacks in the UMNO-owned media, not an iota of believable evidence has been produced against Anwar in relation to the RM 3 billion false allegation. Read More / Baca Lagi >> | |
Pakatan’s new plan to capture Putrajaya Posted: 21 Jun 2012 07:50 PM PDT Key opposition leaders may move out of their safe seats to contest elsewhere in an attempt to seize control of the administrative capital. This strategy is necessary if Pakatan is to win at least 110 seats to form the next federal government as claimed by Opposition Leader Anwar Ibrahim. As a first move of this nationwide strategy, the Pandan parliamentary seat in Selangor currently held by former MCA president Ong Tee Kiat has been identified and PKR strategic director Rafizi Ramli has been named as the Pakatan candidate. Read More / Baca Lagi >> | |
Akaun 3 Billion : SPRM akan panggil Anwar, 3 individu lain Posted: 21 Jun 2012 07:50 PM PDT Tiga individu terbabit ialah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin dan bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), Abdul Razak Idris. Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, mereka akan dipanggil sekiranya SPRM mempunyai maklumat baru yang membolehkan siasatan kes itu dibuka semula. "Kita tidak akan membuka semula kertas siasatan yang diarahkan tutup oleh Timbalan Pendakwa Raya. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan