WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
| APA AKAN JADI KALAU RAKYAT BOLEH BERDEBAT DENGAN RAJA? Posted: 14 Jun 2012 06:43 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS BAYANGKAN jika rakyat biasa boleh bepeluang berdebat dengan raja, tentu menarik sekali. Aku yakin ramai keturunan raja di seluruh dunia ini cerdik-cerdik belaka dan berpelajaran tinggi, tetapi mungkin ada juga raja di dunia ini yang bukan sahaja tidak berpelajaran tinggi, tetapi ego. sombong dan zalim pula. Maka, andainya rakyat boleh berhujah dengan raja di atas apa yang dia tidak puas hati atau terasa dirinya dihina oleh raja, sudah tentu tiada raja di dunia ini yang sewenang-wenangnya menunjuk lagak. Sejarah lalu ada kisah raja atau Sultan yang suka berhujah dengan rakyat. Kisah Sultan Aminur Rasyid terkenal dengan sikap baginda yang bijak dan sering berhujah dengan rakyatnya. Ada juga raja yang zalim tetapi masih memberi peluang kepada penentangnya untuk berhujah di depan beliau. Tetapi kerana zalimnya, hujah kebenaran yang dibawa di hadapannya ditolak mentah-mentah. Tetapi sekurang-kurangnya raja zalim ini mahu berdebat. Lupakah kita kisah Nabi Ibrahim A.S yang berhujah dengan rajanya berkenaan berhala? Amat malang sekali di era moden ini jika ada raja yang memerintah mana-mana negara atau benua sekali pun yang takut untuk berdepan dengan kebenaran. Ada raja yang sentiasa menganggap rakyat berada di bawah telapak kakinya. Raja yang suka memperbodohkan rakyatnya itu sebenarnya raja yang tidak cerdik tetapi berselindung di bawah kuasa yang dimiliki walaupun kuasa itu sebenarnya tidak bermakna jika tiada rakyat. Raja jenis ini jika memerintah, rosaklah negeri kerana dia menyangka dia lah Tuhan yang tidak boleh ditegur dan dia sahaja yang betul sedangkan rakyat kenal asal keturunannya. Nasib baik di negara kita raja-raja semuanya baik dan bijak belaka kerana kita tidak pernah dengar raja menampar atau menyepak rakyatnya, tidak pernah kita dengar raja minta balak, tidak pernah kita dengar raja kaki berpoya-poya dengan wanita malahan kita tidak mempunyai raja yang membazir. Bahagianya kita. Ada teman membuat lawak bodoh memberitahu aku, ada raja yang selalu dikritik tetapi tetap tenang, aku bertanya siapa raja itu? Teman ku jawab, " Rajagopal", Jurulatih Bolasepak Harimau Malaya. /wfauzdin.blogspot.com |
| You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







(Penulis bersama Pemuda Syria yang cedera berjaya di seludup keluar untuk mendapatkan rawatan)
Saya mula mengenali Ustaz Yahya Osman ketika menjadi mahasiswa di UPM tahun 1980an. Ustaz Yahya seringkali hadir sebagai pembentang kertas kerja dalam program-program tamrin kampus. Wataknya yang lemah lembut, penyampaian dan kupasan yang padat dan sarat dengan mesej perjuangan, keupayaan mengaitkan dengan perkembangan dan realiti politik semasa, menjadikan sesi beliau sentiasa dinantikan. Pesannya prinsip perjuangan biar teguh dan kekal namun pendekatannya boleh sahaja berubah. Impak dan kesannya kepada mahasiswa yang diasuh dan dibimbingnya amat luar biasa.

ang ditahan tanpa bicara di Kem Kamunting, Taiping, Perak. Mustawan telah ditahan di rumahnya di Ampang pada bulan Ogos 2010.
Jawapan yang telah diberikan oleh Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz yang dipayungi kerajaan Barisan Nasional dalam Parlimen semalam adalah satu pengakuan bahawa tiada sekelumit pun bukti yang mengesahkan dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Gua Musang pada 4 Mei bahawa perhimpunan Bersih 3.0 sebenarnya adalah satu percubaan oleh pihak pembangkang untuk menggulingkan kerajaan pada 28 April. Oleh sebab itu, Menteri-menteri Barisan Nasional mesti meletakkan topik ini sebagai tajuk utama agenda Kabinet esok. 
