Khamis, 14 Jun 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Bakal menantu penipu - Najib, Rosmah dicabar saman akhbar Amerika

Posted: 14 Jun 2012 08:52 PM PDT

(Oleh Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 15 Jun: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor menyaman malu akhbar Amerika yang mendakwa bakal menantu mereka terlibat dalam kes penipuan.
Zuraida berkata, tindakan undang-undang adalah penting kerana jika terbukti pendedahan itu benar, ia memalukan keluarga Perdana Menteri, selaku pemimpin negara.
"Rosmah harus bersedia dengan keputusan mahkamah dan jika disabit kesalahan, keluarga Najib patut saman, tak perlu menafikan," katanya kepadaKeadilan Daily.

Ahli Parlimen Ampang itu mengulas laporan media yang melaporkan bahawa sumber yang rapat dengan Rosmah menyatakan isu tersebut sengaja diperbesar-besarkan.
"Saya hairan bagaimana Rosmah boleh kata tidak ada kena-mengena dengan isu itu sedangkan tertuduh adalah bakal menantu dan suami kepada anak dia, melainkan pertunangan itu diputuskan," katanya.
Awal minggu lalu, negara digemparkan dengan isu mengaitkan bakal menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa terlibat dalam kes penipuan.
Daniyar Nazarbayev dan Nooryana Najwa Najib
Berdasarkan dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan Amerika Syarikat, Daniyar Nazarbayez, 24, didakwa menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 (RM62 juta).
Tunang kepada anak perempuan Najib itu merupakan warganegara Kazakhstan dan mempunyai pertalian dengan Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayez.
Dokumen mahkamah itu menyebut, Daniyar memalsukan dokumen untuk memberikan gambaran bahawa dia berkelulusan sekolah tinggi di Kazakhstan bagi membolehkannya memasuki Universiti columbia, tempat di mana beliau bertemu Nooryana Najwa Najib.
Bagaimanapun, sumber akhbar itu berkata, dia sebenarnya bersekolah di Switzerland dan tidak menamatkan pelajaran.
Rekod Columbia juga menunjukkan Daniyar masih dalam senarai bekas pelajar dan bergraduasi pada 2010.
The New York Post melaporkan, jurucakap Columbia sudah dihubungi tetapi enggan mengulas lanjut.
Dokumen mahkamah itu difailkan Bolat Nazarbayez, abang kepada Presiden Kazahkstan dan bekas bapa tiri kepada Daniyar.
Bolat mendakwa Daniyar dan ibunya, Maira mengambil kesempatan terhadap beliau dengan menipu unit kondominium Plaza Hotel dan dua pangsapuri mewah bernilai berjuta-juta dolar di Wall Street.
"Saman itu menyatakan Daniyar sepatutnya menamakan bapa tirinya sebagai empunya apartment, sebaliknya meletakkan nama ibunya. Lapan bulan kemudian, Maira menjual apartmen tersebut kepada Daniyar dengan harga 1 dolar, kata kertas mahkamah," lapor New York Post.
Bakal besan tolak dakwaan pada anak
Dalam perkembangan berkaitan, ibu kenapa Daniyar – Maira Nazarbayev menafikan dakwaan terhadap anaknya dan menyifatkan perkara itu sebagai manipulasi politik dan tidak masuk akal.
"Saya dan suami tidak pasti siapa sebenarnya di belakang dakwaan yang tidak masuk akal dan bersifat tuduhan ini.
"Ini urusan dalaman keluarga yang dimanipulasi dan dipergunakan oleh pelbagai pihak yang mempunyai kepentingan politik," kata Maira dipetik sebagai berkata dalam kenyataan melalui jurucakap perhubungan awam, seperti dilapor Malaysiakini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=31628

Aksi berahi filem 'Jiwa Taiko' buat penonton meremang

Posted: 14 Jun 2012 08:44 PM PDT

Aksi Berahi Jiwa Taiko Buat Penonton Meremang

Selepas mencetuskan fenomena menerusi filem 'Ombak Rindu', Pengarah Filem Terbaik Anugerah Skrin 2011, Osman Ali kini muncul dengan sebuah lagi karya kreatif berjudul, 'Jiwa Taiko'. Filem terbitan Nuansa Sdn Bhd ini digarap dengan cukup baik dan sarat dengan mesej yang berguna kepada masyarakat.

Menggunakan kamera Super 16, di mana julung kalinya digunakan dalam filem Malaysia, syot-syot yang dihasilkan tampak lebih indie bagi mewujudkan kelainan. Dikenali sebagai pengarah yang berani, Osman Ali kali ini tampil dengan sisi lebih berani apabila memasukkan elemen sensualiti dalam filemnya.

Melihat pada tajuknya, GUA membayangkan Jiwa Taiko adalah sebuah filem aksi yang penuh dengan babak-babak pergaduhan yang ganas, namun filem ini lebih banyak aksi berahi sehingga ada segelintir rakan GUA mengatakan filem ini patut ditukar tajuk kepada Jiwang Taiko.
Aksi berahi yang dipaparkan mampu membuatkan penonton meremang tambah-tambah lagi aksi Pinto dan Lara yang seolah-olah menjurus ke arah intimasi. Watak Firman dan Trisya juga tidak kurang berahinya di mana ada sebuah babak cium dipotong oleh LPF sekaligus menampakkan mereka benar-benar mencium mulut.
Apapun, di sebalik aksi berahi yang berani ini, GUA percaya Osman mempunyai objektif yang positif. Bukan mahu mencetuskan kontroversi, namun pengarah ingin memaparkan realiti sebenar kehidupan masa kini yang penuh dengan gejala-gejala sosial yang boleh menjerumus kepada kerosakan akhlak.
Jadi, kepada mereka yang menonton filem Jiwa Taiko, luaskan pemikiran anda, buka minda anda dan tonton filem ini dari sudut yang positif.
Sinopsis :
Kisah bermula dengan seorang pemuda bernama Firman yang baru keluar daripada penjara selepas ditangkap kerana melakukan jenayah bersama Pinto, namun sewaktu dikejar polis, Pinto dapat melepaskan diri daripada ditangkap. Pinto adalah rakan Firman yang dikenali ketika Firman baru menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur. Setelah Firman dikeluarkan dari penjara dan dijemput oleh Kak Pora iaitu rakan yang dikenali ketika dia di dalam penjara, Firman dibawa ke sebuah rumah komuniti yang dinamakan Wira Cinta.
Rumah ini turut didiami beberapa orang penghuni seperti Lara, Apple, Monika, Freez, Heidy, Haikal dan Tomi. Mereka adalah kawan yang sangat rapat dan selalu menjalani latihan silat bersama-sama. Perhubungan mereka menjadi semakin rapat seperti adik-beradik dan muncul seorang lagi rakan yang bernama Trisya.Trisya adalah seorang gadis kota yang sangat cantik. Firman mula jatuh hati kepada Trisya dan tanpa disedari, Lara terdahulu menaruh hati kepada Firman daripada Trisya.
Lara sangat kecewa selepas Firman meluahkan perasaan cintanya kepada Trisya dan menjalinkan hubungan cinta dengan wanita tersebut. Selepas itu, Lara melarikan diri lalu terjumpa dengan Pinto. Lara mengikut Pinto pulang ke rumahnya dan akhirnya mereka terlanjur. Firman dan rakan yang lain mencari Lara kerana mereka rasa sangat risau setelah Lara tidak pulang. Freez memarahi Firman kerana tidak menghargai Lara sepenuhnya kerana Freez tahu Lara menaruh hati kepada Firman.
Tanpa disedari Lara telah mengandungkan anak Pinto. Lara melarikan diri daripada Pinto namun dijumpai oleh rakan-rakan Wira Cinta. Lara dibawa pulang ke rumah Wira Cinta dan dijaga dengan baik setelah mereka tahu yang Lara sedang mengandungkan anak Pinto. Trisya mahu memutuskan hubungannya dengan Firman kerana bagi Trisya, Firman patut bersama Lara di dalam keadaan Lara yang memerlukan orang di sampingnya.
Apakah kesudahan cinta Trisya dan Firman? Adakah mereka akan terus bersama atau terpaksa menggadai perasaan cinta demi persahabatan? Bagaimana pula nasib Lara dan anak yang dikandungnya, adakah mereka berjaya melarikan diri dari buruan Pinto? Sama-sama kita saksikan Jiwa Taiko di pawagam berhampiran anda bermula 14 Jun 2012.
Rating : 4/5
Dibintangi oleh : Remy Ishak, Bront Palarae, Diana Danielle, Nadiya Nisaa, Beto Kusyairy, Mislina Mustaffa, Soffi Jikan dan ramai lagi.
Genre : Aksi, Cinta
Info : Ketika babak bakar rumah, seorang pelakon, Rafie Husien cedera gara-gara tersambar api. Kejadian tersebut membuatkan pelakon lain trauma dan lebih berhati-hati  ketika melakukan penggambaran.
Filem ini menelan kos sebanyak RM1.5 juta
Tarikh Tayangan : 14 Jun 2012

GUA

Anak (bekas) Menteri raba pungkoq kerajaan BN haramjadah dapat projek RM280juta ...

Posted: 14 Jun 2012 05:54 AM PDT

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendapati, projek sistem baru kawalan trafik yang mengancam ruang udara negara diberi kepada keluarga menteri.
Menurutnya, dalam carian syarikat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tertera nama Ikhwan Hafiz Jamaluddin iaitu ahli keluarga bekas Menteri sebagai Pengarah Tirai Variasi Sdn Bhd Advanced Air Traffic System (M) Sdn Bhd.
"…Saya tanya, dan ini belum dijawab oleh Kementerian (Pengangkutan)," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Naib Presiden KEADILAN itu turut mempersoal adakah menjadi norma Kerajaan Umno BN menganugerahkan satu daripada projek kerajaan kepada keluarga menteri.
"Apakah alasan Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memberi kontrak sistem yang cukup penting ini secara rundingan tertutup?" soalnya lagi.

Beliau turut menunjukkan salinan dokumen dari SSM kepada media yang mempamerkan Ikhwan Hafiz Jamaluddin, 25, sebagai Pengarah Tirai Variasi Sdn Bhd.
Tirai Variasi adalah pemegang saham utama Advanced Air Traffic System (M) Sdn Bhd yang dianugerahkan kontrak bernilai RM280 juta itu.
Apabila ditanya wartawan mengenai kesahihan dakwaan tersebut, Izzah menjawab, kementerian patut menafikannya jika dakwaan itu tidak benar.
"Sekali lagi, saya persoalkan nama tersebut dan (saya) belum terima sebarang jawapan," katanya.
"Saya sudah hantar surat pertanyaan (kepada Kementerian Pertahanan dan DCA) sebelum ini, namun masih belum terima maklum balas dari mereka," jelas Izzah lagi.
Bagaimanapun, carian media mendapati Ikhwan adalah anak kepada Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
Pada 8 Jun lalu, Izzah bersama-sama Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dan Tian Chua menyerahkan memorandum kepada DCA mengenai sistem baru Human Trafic Interface yang membahayakan ruang udara negara.
Sistem itu turut dibangunkan bersama syarikat Selex Sistemati Integrati dari Itali yang dikaitkan dengan pelbagai tuduhan rasuah di Itali, Cyprus, Panama dan Namibia. - Keadilan Daily

Sultan Johor murka terhadap DS NIzar

Posted: 14 Jun 2012 12:07 AM PDT

Sultan Johor
Sultan Johor
NUSAJAYA - Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini melahirkan rasa murka terhadap bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mengkritik tindakan baginda membida nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 menerusi laman Twitter, baru-baru ini.
  
Sultan Ibrahim bertitah tindakan Mohammad Nizar itu juga merupakan satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negeri Johor dan baginda berharap Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang itu sedar mengenai kesilapannya.
  
"Baru-baru ini ada pemimpin politik yang secara terang-terangan mengkritik tindakan saya membida nombor pendaftaran di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Adakah dia lupa tentang adab Melayu atau sememangnya dia seorang yang jahil dan
cetek akalnya


"Janganlah cuba berlagak pandai jika tidak berilmu dan janganlah mengeluarkan kenyataan sesuka hati jika tidak tahu perkara yang sebenar.

Bukankah berdiam diri itu lebih baik daripada berkata yang tidak baik? Kepada pemimpin seperti ini, nasihat saya, janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain, sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati," titah baginda ketika merasmikan pembukaan penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12, di Kota Iskandar, di sini, hari ini.
  
Sultan Ibrahim bertitah setiap tindakan yang baginda lakukan adalah mengikut cara dan jalan yang betul dan baginda berharap setiap kebajikan yang baginda lakukan tidak perlu diperbesarkan.

Sehubungan itu, baginda turut mengingatkan semua wakil rakyat dan pemimpin masyarakat supaya menjaga adab dan tingkah laku serta berhati-hati apabila membuat sesuatu kenyataan selaras dengan kata pepatah "cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar".
  
"Saya harap dia (Mohammad Nizar) sedar siapa diri dia dan kesilapan yang telah dibuat. Jika dia hendak minta maaf, mintalah maaf kepada semua rakyat Johor dan bukannya kepada saya seorang sahaja. Pepatah Melayu sering mengingatkan " terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya," titah baginda sambil mengucapkan terima kasih kepada anggota gabungan badan bukan kerajaan dan seluruh rakyat Johor yang memberi sokongan serta menyembah ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi.
  
Sementara itu, Sultan Johor bertitah baginda bersyukur kerana seluruh rakyat di negeri ini mengecapi hidup dalam suasana yang aman dan menikmati kesejahteraan yang lebih baik hasil daripada pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan berterusan.
  
Baginda bertitah, Johor mencapai pelaburan lebih RM2 bilion dalam suku pertama tahun ini manakala Iskandar Malaysia pula merekodkan pelaburan komited terkumpul berjumlah RM87.56 bilion untuk tempoh tahun 2006 sehingga Mac lepas.
  
"Lebih 30 peratus daripada nilai projek permulaan di seluruh negara yang dilaburkan di negeri ini membolehkan Johor menceburi bidang baru iaitu minyak dan gas yang sekaligus akan menjadi penjana ekonomi utama di selatan negeri ini.
  
Oleh itu, kerajaan perlu memastikan rakyat dilengkapi dengan kemahiran di semua peringkat termasuk profesional, teknikal dan vokasional untuk membolehkan mereka menjadi tenaga kerja di bidang-bidang baru ini," titah baginda.

Sultan Ibrahim dalam pada itu turut mengingatkan semua pihak supaya terus mengekalkan perpaduan memandangkan ada sesetengah pihak yang berusaha untuk menggugat perpaduan rakyat demi kepentingan politik yang sempit.
  
Sultan Johor bertitah pihak berkenaan sanggup menabur fitnah dan menghasut rakyat untuk membenci raja serta membangkitkan isu sensitif kaum dan agama dengan tujuan untuk menimbulkan kebencian dan menghancurkan keamanan dan kemakmuran negara.
  
"Ingatlah bahawa perpaduan merupakan asas wujudnya negara ini dan kemajuan yang kita peroleh adalah hasil daripada perpaduan yang wujud sejak dulu lagi. Namun begitu, saya percaya rakyat Johor bukanlah masyarakat yang mudah terpedaya dengan tipu helah "musang yang berbulu ayam" ini," titahnya. - Bernama

DS Nizar mohon mengadap

Tiada ulasan: