Khamis, 14 Jun 2012

Politiksukusakat

Politiksukusakat


RM3 juta kos lawatan Najib ke UK dan Amerika!

Posted: 14 Jun 2012 09:59 PM PDT

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB KUALA LUMPUR : Parlimen pada 14 Jun lalu didedahkan dengan pengakuan mengenai lawatan Perdana Menteri yang menelan belanja hampir RM3 juta. Menurut satu jawapan bertulis kepada Teresa Kok (DAP-Seputeh), Najib membelanjakan RM849,175.33 ketika berada di London antara 13 hingga 15 Mei untuk menghadiri satu majlis anjuran Putera Charles. Lawatan itu diikuti dengan mesyuarat Perdana Menteri di Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global di New York antara 16 hingga 18 Mei, dengan kos RM1,606,402.75. Perdana Menteri juga seterusnya, bersama para pegawai, berkunjung ke Washington untuk 'kunjungan peribadi' antara 19 hingga 24 Mei dengan kos RM452,985.75. Mengulas isu tersebut, Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar berkata, ia satu lagi maklumat yang menunjukkan bahawa setiap kali ke luar negara, Najib akan membelanjakan wang yang banyak. Sebelum ini, negara juga dikejutkan dengan isu perbelanjaan mewah membabitkan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang berbelanja sakan dengan menyewa hotel di Dubai RM100,000 satu malam. Malah lebih dari itu, Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pasangan masing-masing menghabiskan RM25.1 juta bagi tujuan lawatan rasmi ke luar negara sejak 2008 hingga Jun tahun 2011. Dalam jawapan bertulis kepada Chua Tian Chang (KeADILan-Batu), daripada jumlah itu Najib dan isterinya menggunakan RM17,118,650.58 manakala Muhyiddin dan isterinya Puan Sri Norainee Abdul Rahman pula RM8,020,328.07. Menurut respons Jabatan Perdana Menteri, Najib dan Rosmah telah membelanjakan RM1.7 juta pada 2008, RM4.8 juta (2009), RM5.1 juta (2010) dan RM5.4 juta sehingga Jun tahun 2011. Dalam pada itu, Muhyiddin dan Norainee telah membelanjakan RM2.7 juta pada 2008, RM609,185 (2009), RM1.38 juta (2010) dan RM3.27 juta sehingga Jun tahun 2011.

Tiada ulasan: