Isnin, 11 Jun 2012

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


Pertengkaran PTPTN: Sinopsis pendek ANAK BAPAK dan KELUARGA 69

Posted: 11 Jun 2012 08:26 PM PDT

Gambar; Kemelut Ketua Anak Selangor dan Cucu di Unisel kerana duit belanja sekolah PTPTN yang dipegang oleh Bapak.


Pertengkaran antara Bapak (Kerajaan Persekutuan) dengan Anak (Kerajaan Negeri Selangor) yang hampir-hampir menyeksa Cucu(Mahasiswa Unisel) rasanya sudah selesai bila Bapak setuju bagi pinjam duit(PTPTN) kat cucunya utk pergi sekolah kerana Anaknya hampir terpaksa nak gadai geran tanah mereka..

Di sini bukanlah nak menceritakan masalah utama iaitu kes pinjam duit sekolah Cucu keluarga 1Malaysia ini..tetapi ada cerita lain iaitu kenapa si Anak hari-hari tak cukup duit..padahal bisnes ok..barang banyak yang laku..pelanggan mak aiii...berduyun-duyun..siap boleh hantar duit kat Bapak lagi tiap-tiap tahun dan duit kepada Bapaknya setahun cecah Billion-Billion RM..

Jom kita layan cerita yang tak berapa best untuk dibaca bersama awek-awek dan balak-balak dalam Belia 4B dan Puteri...tutttt....

ANAK BAPAK dalam KELUARGA 69

(Bapak)Malaysia ditubuhkan sebagai Persekutuan yang menjamin hak setiap ahli negerinya(Anak).Walaubagaimana pun ,kuasa politik dan kewangan kian tertumpu diperingkat Persekutuan.Pada 1990,hasil Kerajaan Persekutuan adalah 4.4 kali saiz hasil Kerajaan Negeri.Menjelang 2007,ia elah berkembang menjadi 10.4kali ganda.( rujuk Laporan Ekonomi,Kementerian Kewangan)


Disamping itu,peruntukan Bapak(Kerajaan Persekutuan) kepada Anak(Negeri) telah beralih daripada pemberian kepada pinjaman.Pemberian Bapak kepada Anak menurun 9% drpd bajet menguruskan pada 1975 kepada 3.5% pada 1999.(rujuk The Political Economy Of Malaysia Federalism:Economic Development,Public Plicy and Confilct Contaiment" Nov 2002)


Menjelang 2008,perkadaran itu telah merosot selanjutnya kepada 2.9% ( rujuk Laporan Ekonomi,Kementerian Kewangan)


Antara 1975 dan 199, pinjaman tertunggak Bapak kepada Anak meningkat kpd lebih RM9 Billion daripada RM 1.1 Billion ( rujuk The Political Economy Of Malaysia Federalism:Economic Development,Public Plicy and Confilct Contaiment" Nov 2002)


Kita gagal untuk mendapatkan data terkini, tetapi adalah mustahil pinjaman tertunggak telah mengurang berikutan penurunan berterusan peruntukan Bapak sebagai dalam peratusan daripada bajet mengurus.


Pada masa ini,Perlembagaan Bapak hanya menjamin pemberian mengikut bilangan orang(Cucu) dan pemberian bagi menyelenggara jalan raya kepada Anak.Amaun pemberian mengikut bilangan Cucu ini telah menjadi amat kecil berikutan kesan inflasi.


Sebagai contoh ,Anak yang bernama Selangor menerima hanya RM67.7 Juta dalam pemberian itu pada 2007.Ini bersamaan dengan kira-kira RM12.00 per kapita sebulan...(rujuk: Anggaran Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan 2009.Lampiran E)


Ini adalah mengejutkan berbanding dengan RM16 Billion setahun dibayar oleh Cucu iaitu anak kepada Selangor sebagai cukai kepada Bapak. ( rujuk : Selangor goverment considering new tax system to collect funds".www theedgemalaysia.com 13 Julai 2009).

Amacam cerita diatas..memboringkan bukan bagi yang tak sabar-sabar nak keluar dating dengan balak atau awek bergetah.Sebab tue cerita ini dipendekan.Kalau panjang-panjang pakai baca tajuk ja la...

Ok cerita sudah habis pergilah dancing sampai pagi. Tapi jangan terkejut esok pagi ada pegawai LHDN tunggu depan rumah tuntut sewa cukai pendapatan..huhuhu..Jangan terkejut lusa pagi pergi kerja boss huloq surat VSS ..Jangan terkejut tulat pagi Harga Roti 70sen dah naik jadi RM1..


  -TammaT-

usinkata; rujukan utama Buku "Bajet Bagaimana Kerajaan Membelanjakan Wang Kita"...nukilan Teh Chi-Chang...jangan mara aaarr Teh..gua copy n edit lu punya celita..solii maaaa..

I

Politiksukusakat

Politiksukusakat


He is now my brother. Saya mahu Mat Sabu dibebaskan, kata Pengadu Kes Bukit Kepong

Posted: 11 Jun 2012 05:48 PM PDT

Saksi pertama kes perbicaraan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai isu komunis Bukit Kepong, pada 11 Jun lalu mengaku di Mahkamah Sesyen di Butterworth bahawa beliau membuat dakwaan terhadap Mohamad hanya bersandarkan laporan akhbar bahasa Melayu. Pesara polis Visva Nathan, 75 dari Raub, mengaku beliau telah menfitnah Mat Sabu dan meminta maaf kerana membuat aduan polis terhadapnya dengan hanya merujuk kepada laporan akhbar tersebut, lapor Bernama. Nathan juga mengaku telah membuat aduan polis pada 27 Ogos selepas membaca laporan akhbar tersebut di mana dakwaan itu hanya berdasarkan pada sangkaan dan andaian. "Saya minta maaf dan tidak mahu pihak polis mengambil tindakan," beliau dipetik sebagai berkata di hadapan Hakim Ikmal Hisham Ahmad Tajuddin di Mahkamah Sesyen di Butterworth hari ini. Nathan mengaku telah membuat fitnah itu selepas diberikan dua laporan iaitu keratan akhbar berkenaan dan teks ceramah Mat Sabu yang tidak mengandungi perkataan komunis. Mat Sabu, 57, didakwa membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka di Bukit Kepong dalam satu ceramah di Tasek Gelugor Ogos tahun lepas. Mahkamah menetapkan 13, 16 dan 17 Julai untuk sambungan perbicaraan. Sementara itu, dalam laporan Harakahdaily pula, Visva menjawab 'ya saya bersetuju' apabila disoalbalas oleh peguam bahawa bukan Mat Sabu yang memfitnah polis tetapi beliau (Visva) yang sebenarnya memfitnah Mat Sabu dalam laporan polisnya. Berikut adalah petikan soal balas peguam Mat Sabu - Mohamed Hanipa Maidin - seperti diterbitkan di akhbar web PAS Harakahdaily: Soalan: Kamu setuju kamu sendiri tak dengar ceramah Mat Sabu? Jawapan: Ya, setuju. Kamu setuju apabila kamu tak dengar apa yang Mat Sabu kata, kamu sebenarnya tak tahu apa yang Mat Sabu kata? Ya. Setuju. Cuba kamu lihat laporan laporan akhbar Utusan dan petikan ucapan Mat Sabu, setuju tak apa yang ditulis oleh Utusan adalah tidak sama dengan apa yang Mat Sabu kata? Ya, setuju. Mat Sabu tak ada kata perkataan komunis langsung dalam ucapan beliau tapi Utusan ada kata, betul tak? Betul. Kamu setuju atau tidak apa yang kamu tulis dalam laporan polis kamu yang katakan Mat Sabu menfitnah polis dan menyokong komunis adalah tidak betul? Ya, setuju. Jadi laporan polis kamu tidak betul dan saya katakan bukan Mat Sabu yang memfitnah polis tetapi kamu yang sebenarnya memfitnah Mat Sabu dalam laporan polis kamu? Ya, saya setuju. Saya mahu minta apology (maaf) kepada beliau (sambil tunjukkan tangan minta maaf pada Mat Sabu yang ada di kandang orang kena tuduh). Dalam laporan polis kamu ada sebut minta polis ambil tindakan undang-undang Mat Sabu, kamu masih mahu stick kepada apa yang kamu katakan? Tidak, saya mahu minta maaf pada Mat Sabu dan he is now my brother. Saya mahu Mat Sabu dibebaskan. Kamu kata Mat Sabu derhaka pada Yang Dipertuan Agong, saya ingin tanya pada kamu macam mana kamu boleh kata dia derhaka kepada Agong, sedangkan pada masa peristiwa Bukit Kepong Malaysia belum wujud dan Yang Di Pertuan Agong pun belum ada. Macam mana Mat Sabu boleh derhaka pada benda yang belum ada? Saya tidak boleh jawab soalan itu. Jadi kamu setuju kamu tidak cakap benda betul dalam laporan polis kamu? Setuju. Harakahdaily juga melaporkan saksi mengakui tidak tahu di mana Bukit Kepong dan apabila ditanya oleh Hanipa beliau menyatakan Bukit Kepong terletak di Selangor dan Hanipa lantas menyampuk: "Itu Kepong bukan Bukit Kepong!" Saksi tersebut yang mengidap diabetik beberapa kali terpaksa berhenti memberi keterangan kerana dikhuatiri akan pengsan kerana berdiri terlalu lama, lapor lidah rasmi PAS itu lagi. Selepas selesai memberikan keterangan saksi tersebut juga dilapor berjalan menuju ke kandang Mat Sabu dan terus bersalam dengan beliau dan meminta maaf sekali lagi.

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


BUAT TUANKU, MOHON PATIK PERSEMBAHKAN SEJARAH LALU

Posted: 11 Jun 2012 10:00 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

TAHUKAH anda tahun 1993 boleh dianggap Tahun Penuh Pendurhakaan Umno terhadap Raja-Raja Melayu?  Bagaimana jika kesemua kes pendurhakaan itu disemak semula dan diambil tindakan sepertimana kes-kes lama Azmin dan Anwar disemak semula?  

Pada 18 Jan 1993, Pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan Raja-Raja dibawa ke mahkamah.  Apabila Raja-Raja minta tangguh pindaan ini, maka media melalui BH bertarikh 19 Jan 1993 telah mengkritik secara terbuka salah laku Raja-Raja.

Lupakah kita pada 29 April 1993, di Ketereh, Kelantan di mana telah diadakan `pertabalan' Sultan Kelantan dilakukan pada ketika Sultan Ismail Petra masih di takhta.  Siapa tokoh Umno yang terlibat waktu itu?  Jika anda lupa, sila rujuk kepada Datuk Anuar Musa yang kini merasai `dizalimi' pula oleh FAM yang diterajui oleh Sultan Pahang.

Media BH bertarikh 11 Jun 1993, memetik kenyataan Shahidan Kassim tokoh Umno juga yang menyebut Sultan Kelantan tidak layak menduduki takhta.

Rahim Tambi Chik, sewaktu menjadi KM Melaka meminta agar panggilan `patik' yang digunakan sewaktu berkomunikasi dengan Sultan dihentikan, memadai dengan hanya menyatakan `Saya Tuanku".  Ungkapan biadap tokoh yang kontroversi dengan gadis bawah umur ini rakyat tidak dapat lupakan.  Rujuk kembali BH bertarikh 03 Feb 1993.

Siapa yang cabar Sultan Kelantan agar turun takhta?  Lupakah kita?  Berlaku pada tahun yang sama iaitu tahun 1993.  Zahid Hamidi yang tidak mahu ke Perancis sebagai saksi kes Scorpene, ini lah tokoh yang mencabar Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra turun takhta kerana beliau bukan waris yang sah, katanya.  Jika anda lupa, rujuk kembali BH bertarikh 11 Feb 1993.



Bapak segala penderhaka Raja iaitu Mahathir Kutty pula mendakwa Raja-Raja tidak henti-henti meminta daripada kerajaan.  Rujuk BH bertarikh 30 Jan 1993.  Media BH bertarikh 23 Jan 1993 pula telah mengaibkan Raja-Raja dengan tuduhan pesta arak di Istana dan perempuan-perempuan cantik.  Mengapa media ini terlalu berani?  Tidak lain tidak bukan adalah kerana pemimpin Umno waktu itu mengajarnya.



Sebenarnya, sebelum tahun 1993 lagi banyak kes pendurhakaan kepada Raja-Raja ini telah dilakukan oleh pemimpin Umno.  Saya tidak selesa untuk mengimbas kembali kisah-kisah terdahulu dari ini kerana ada di antara mereka yang telah meninggal dunia.  Sekadar sebagai ingatan kepada kita semua sejarah tidak boleh dipadam samasekali.

Tahun-tahun kebelakangan ini masih juga terdapat pemimpin Umno yang terang-terang menunjukkan pendurhakaan kepada Raja-Raja.  Kita masih ingat kisah di dalam persidangan agung Umno pun mereka menghentam Raja-Raja, contohnya pada tahun 1991 di mana Sultan Kelantan menjadi mangsa mereka.



Harta Raja-Raja diminta disiasat.  Siapa punya angkara?  Media telah mengaibkan Instusi Beraja dengan meletakkan di muka hadapan kehendak perwakilan Umno waktu itu.

Apakah tidak durhaka namanya melarikan Puteri Sultan untuk bernikah?  Cuba tanya kisah ini kepada mantan MB Selangor Muhamad Muhd Taib seorang pemimpin Umno.


Tentu masih segar di dalam ingatan kita, bagaimana cubaan hampir seluruh Wakil Rakyat Umno di Terengganu untuk memboikot Majlis Angkat Sumpah di Istana Terenganu bagi menabalkan Ahmad Said sebagai MB Terengganu.  Mereka mahu Idris Jusoh sebagai MB Terengganu selepas Pilihanraya Umum Tahun 2008.  Maka, didirikan banner tertulis perkataan " Kami Ngak Idris, Natang".  Apakah yang mereka maksudkan `Natang' itu?  Kepada siapa ditujukan?  



Perlantikan MB Perlis juga begitu.  Lihat bagaimana Shahidan Kassim bertindak apabila Isa Sabu dipilih sebagai MB Perlis.  

Terlalu sedikit di sini untuk dihuraikan kembali bagi menunjukkan hebatnya Umno menderhaka kepada Raja-Raja.  Terlalu jauh bezanya untuk dibandingkan dengan sekadar nasihat dan ingatan dari YB Nizar selaku rakyat biasa yang sayangkan Raja Melayu.  Umpama anak yang sayangkan bapanya, si anak akan sentiasa menegur bapanya kalau didapati bapanya tersilap laku.  Anak yang tidak sayangkan bapanya akan membiarkan bapanya melakukan apa jua dan si anak hanya mahu ampu dan bodek si bapa./wfauzdin.blogspot.com 


RAKYAT UNTUNG BILA PR KUAT, KERAJAAN KARTUN `TRANSFORMER' MESTI DITUKAR

Posted: 11 Jun 2012 08:40 AM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

HASILNYA Menteri Kesihatan pun pulangkan kembali plet kenderaan WWW 15 untuk dibida oleh sesiapa yang mampu atau gila kepada nombor plet.  Kemenangan buat rakyat hasil tekanan kita semua sama seperti Kerajaan terpaksa beri juga PTPTN kepada UNISEL dan KUIS di Selangor baru-baru ini.  

Ini lah untungnya apabila kita kuat, Pembangkang kuat.  Bayangkan kalau Pembangkang tidak kuat seperti tahun 2004, adakah teragak mereka untuk berbuat sedemikian?  BR1M pun tidak merasa.  Sekarang, BR1M pun mereka mahu kasi untuk pusingan kedua, ertinya BR1M itu bukan lagi `One Off'.  Dia sudah jadi `TKO' buat Umno/Bn.

Noh Omar senyap terus sekarang isu PTPTN.  Mulanya bukan main lagi ugut Kerajaan PR Selangor agar MB Selangor minta maaf, baru PTPTN mahu disalurkan.  Akhirnya, siapa yang melutut kepada Kerajaan Negeri Selangor?  Begitu juga isu plet kenderaan.  Awalnya bukan main lagi Menteri ini mahu pertahankan plet tersebut.  Akhirnya, serah semula.

Kalau rakyat yang bijak boleh berfikir, terang dan jelas bahawa Umno/Bn sekarang sanggup berbuat apa sahaja.  Kalau Pembangkang senyap, mereka juga yang kenyang.  Apabila melihat tindakan mereka itu tidak menguntungkan politik mereka, mereka sanggup tebal muka menarik balik apa yang mereka lakukan.  Najib juga begitu.  Awal Najib perkenalkan SBPA dulu, semua pencacai puji melangit kononnya Najib peka kepada kakitangan Kerajaan.  Tetapi apabila Pembangkang dedahkan taktik mereka, kelamkabut Najib tarik balik sistem SBPA.  Peliknya, penarikan balik SBPA itu tetap dipuji melangit oleh pencacai-pencacai atas alasan yang sama kononnya Najib prihatin kehendak kakitangan awam.

Inikah pemimpin yang kita boleh harapkan untuk memerintah negara ini lagi.  `Flip flop' tanpa punyai ketegasan dan keyakinan langsung.  Transformasi Najib kini benar-benar sudah menjadi kartun `Transformer' yang berubah-rubah bentuk.  Rakyat mesti tolak pemimpin kartun seperti ini./wfauzdin.blogspot.com

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Sarawak : Ketua kaum sebagai mata, telinga BN...

Posted: 11 Jun 2012 08:18 PM PDT

Mereka harus peka dan faham lebih mendalam setiap maklumat yang disampaikan oleh kerajaan.

BEKENU: Ketua kaum sebagai mata, telinga dan mulut kerajaan dinasihati agar memperkukuh perpaduan masyarakat dengan memberi kerjasama kepada pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membawa pembangunan kepada rakyat Sarawak.
Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan, Keluarga Rosey Yunus ketika berucap di Rumah Panjang Kaunselor Selan Sebatu Batu Niah berkata, ketua masyarakat harus peka dan faham lebih mendalam setiap maklumat yang disampaikan oleh kerajaan.
Katanya, maklumat penting dari kerajaan BN harus disampaikan kepada rakyat rumah panjang masing-masing dengan cara yang betul supaya rakyat dalam kawasan jagaan akan lebih mengetahui dan memahami apa yang berlaku di sekitarnya.
Read More / Baca Lagi >>

Ahmad Maslan: 'Perjuangan Umno bukan asabiyah'......"wasatiyyah ala UMphorNO"...

Posted: 11 Jun 2012 08:16 PM PDT

MELAKA - Perjuangan Umno bukan berbentuk "asabiyah" sebaliknya lebih bersifat "wasatiyyah", kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, Umno mengamalkan dasar yang adil, sederhana, seimbang dan tidak fanatik terhadap kaum Melayu sahaja.

"Perjuangan kita (Umno) selaras dengan konsep wasatiyyah ini dan yang bukan Islam jangan khuatir, kita ini bukan asabiyah sebagaimana tuduhan pembangkang," katanya kepada kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan penjawat awam dan seminar pemahaman wasatiyyah dan gagasan 1Malaysia yang dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam di sini, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

HOW DESPERATE: Mukhriz for Kedah MB - a winning strategy?

Posted: 11 Jun 2012 08:11 PM PDT

HOW DESPERATE: Mukhriz for Kedah MB - a winning strategy?BANKING on a name to regain a state – this was the headline of a half-page story in Singapore's Straits Times last Wednesday. The accompanying large picture showed Datuk Mukhriz Mahathir shaking hands with padi farmers in his Jerlun parliamentary constituency in Kedah.
The paper reported that Mukhriz's arrival at a youth gathering in Alor Setar two Saturdays ago was met with thunderous applause, something he doesn't normally get at public functions.
This new-found popularity of the son of former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad apparently has a lot to with another newspaper front-page story earlier this month that portrayed him as the mentri besar of Kedah should Barisan Nasional regain the state from Pakatan Rakyat in the next general election.
It has triggered much excitement and met with mixed reactions in Kedah ahead of polls widely expected within the next few months.
The best BN can do?
Read More / Baca Lagi >>

'Ismail Sabri ibarat ketam mengajar anaknya berjalan'

Posted: 11 Jun 2012 08:06 PM PDT


 
Gesaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar Umno tidak memperjuangkan kelompok tertentu sahaja melucukan dan berupa sindiran kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Pemuda PAS.

"Kenyataan beliau ibarat 'ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus', mahu mengajar pemimpin partinya supaya 'berjalan lurus' walhal beliaulah yang perlu dinasihatkan dahulu," kata Ketua Penerangan dewan itu Riduan Mohd Nor.
Read More / Baca Lagi >>

Akaun rahsia Anwar: Taktik BN alih isu skandal Scorpene

Posted: 11 Jun 2012 08:01 PM PDT

KUALA LUMPUR 12 Jun: Gesaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan semua akaunnya bagi menjawab dakwaan Ketua Umum KEADILAN itu mempunyai 20 akaun rahsia berjumlah RM3 bilion dilihat melucukan.
Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah menyifatkan Muhyiddin benar-benar sudah kekeringan idea sehingga terpaksa mengungkit isu lama yang telah ditutup sebagai modal politik.
Katanya, jika benar Anwar mempunyai akaun itu tentulah Dr Mahathir Mohamad tidak perlu bersusah payah membicarakan musuh politiknya atas tuduhan salah guna kuasa dan liwat.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal Scorpene : 'Penolakan usul tergempar - Apa yang tersembunyi?

Posted: 11 Jun 2012 08:00 PM PDT

Pada 30 Mei 2012 yang lalu, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan skandal penjualan dokumen sulit pertahanan negara, iaitu penilaian Tentera Laut Di-Raja Malaysia (TLDM)  terhadap kapal selam kelas Scorpene, didakwa telah "dibeli" oleh sebuah syarikat pertahanan Perancis.

Laporan yang didedahkan oleh peguam Perancis, Joseph Breham, yang mewakili pertubuhan hak asasi manusia, SUARAM, mendakwa syarikat berkenaan telah membayar €36 juta (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, dikatakan untuk kerja-kerja "kejuruteraan komersial".
Dokumen rahsia oleh TLDM tersebut adalah satu penilaian untuk tempahan kapal selam berkenaan, yang merupakan laporan yang sangat sulit dan memungkinkan keselamatan pertahanan negara tergugat jikalau jatuh ke pihak musuh.
Read More / Baca Lagi >>

PRU 13 : MP BN bakal terima RM1.5M, kemungkinan PRU selepas Bajet....!!! duit rakyat dijadikan mangsa lagi...!!!

Posted: 11 Jun 2012 07:52 PM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Jun — Para ahli Parlimen (MP) daripada  Barisan Nasional (BN) dijangka akan menerima sejumlah RM1.5 juta bagi mempertahankan kerusi mereka, ekoran pentadbiran Najib berkemungkinan hanya mengadakan pilihan raya ke-13 selepas pengumuman Bajet 2013 pada 28 September depan.
The Malaysian Insider difahamkan peruntukan itu diumumkan sewaktu mesyuarat BN semalam, namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih lagi berteka-teki dengan tarikh pilihan raya.
Sumber mengesahkan ia akan mengambil masa tiga bulan untuk projek-projek tersebut untuk dikenalpasti dan dijalankan, dan pengumuman lain ketika bajet 2013, termasuk pemberian wang tunai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang memerlukan tempoh lama untuk dilaksanakan.
Ahli-ahli Parlimen BN enggan mendedahkan jumlah sebenar tetapi mereka berkata sebahagian dana tersebut "boleh diperolehi berdasarkan permintaan."
"Kami perlu mintanya untuk projek spesifik," kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof.
Read More / Baca Lagi >>

Ustaz Azizan minta bersabar dalam berjuang

Posted: 11 Jun 2012 07:46 PM PDT

UN and US worry Syrian government is planning more massacres

Posted: 11 Jun 2012 07:45 PM PDT

12 Jun 2012 - Isu Pendatang Haram, dapat IC?

Posted: 11 Jun 2012 07:44 PM PDT

Merdeka Rakyat : YB Dato' Seri Anwar Ibrahim Di Ketereh

Posted: 11 Jun 2012 07:43 PM PDT

Anwar Ibrahim: I Will Be A Proud Prime Minister Because I Am A Tool Of The Masses

Posted: 11 Jun 2012 07:42 PM PDT

Anwar Ibrahim: We Are Here To Protect The Constitution

Posted: 11 Jun 2012 07:41 PM PDT

Isu WWW15: Putar Sana Putar Sini, Akhirnya Liow Surrender

Posted: 11 Jun 2012 07:09 PM PDT


Liow akhirnya lepaskan WWW15

Setelah dikritik hebat, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai akhirnya membuat keputusan melepaskan nombor pendaftaran 'cantik' WWW15 yang hampir menjadi miliknya.

Liow juga menegaskan tidak pernah membida mendapatkannya tetapi hanya memohon nombor pendaftaran untuk kenderaan rasmi kementerian daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Pejabat saya telah menerima surat rasmi daripada Jabatan Pengangkutan Jalan pada 6 Jun 2012, mengesahkan kelayakan pemberian nombor pendaftaran percuma tersebut. Read More / Baca Lagi >>

Umno patut malu sebab ada menteri tidak cerdik

Posted: 11 Jun 2012 07:03 PM PDT

KUALA LUMPUR: Umno-BN patut malu kerana mempunyai Menteri Pengajian Tinggi yang "amat bodoh dan tidak cerdik", kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Beliau berkata, amat tidak wajar apabila Dato' Seri Khaled Nordin mencabar kerajaan Selangor memberi pendidikan percuma kepada rakyat Selangor.



"Ini satu cabaran yang bodoh. Dia mesti bandingkan 'apple to apple'. Misalnya kerajaan Johor boleh mencabar kerajaan Selangor atau kerajaan  Negeri Sembilan atau mana-mana kerajaan negeri.
"Supaya rakyat boleh membuat perbandingan negeri mana yang lebih baik dasar pendidikannya. Bukan kerajaan pusat cabar kerajaan negeri," ujar beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Rakan baik Umno pun bangang macam Umno

Posted: 11 Jun 2012 07:02 PM PDT

Menurut Dr Mahathir ahli-ahli Umno tidak ada lagi yang cerdik-cerdik melainkan yang bongok-bongok belaka ! Ini disebabkan mereka sekat orang bijak pandai masuk Umno,..kerana takutkan jawatan-jawatan utama akan dimonopoli.  Akhirnya berbanggalah Umno memiliki ahli-ahli yang "ngok" belaka. Begitulah cerdiknya orang Umno. Ingatkan habis disitu saja,…

Rupa-rupanya rakan baik Umno dari PPP juga baghal macam Umno. Presiden PPP salah satu komponan BN berkata,  banyak pihak akan merasa takut untuk turun mengundi jika penggunaan dakwat kekal dilaksanakan, terutama wanita cantik ! Penggunaan dakwat kekal, seolah-olah kita undur kebelakang atau kembali ke zaman batu,..katanya.  
Read More / Baca Lagi >>

Gerakan rakyat bantu Tok Guru Nik Aziz jayakan Lebuh Raya Rakyat

Posted: 11 Jun 2012 07:01 PM PDT

Oleh DINSMAN
Di luar jangkaan saya rupa-rupanya sahabat-sahabat dalam Paksi (Seniman Paksi Rakyat) pun begitu teruja dengan projek Lebuh Raya Rakyat (LRR) yang dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan TG Nik Aziz di Kelantan itu.
Razali Endun dalam SMSnya kepada saya berkata: "Aku terfikir projek Lebuh Raya Rakyat yang diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan harus disambut oleh Paksi
Read More / Baca Lagi >>

Pemberian kepada T’ganu, royalti atau wang ehsan

Posted: 11 Jun 2012 06:59 PM PDT


KUALA LUMPUR: PAS meminta Menteri Kewangan menyatakan status pemberian royalti petroleum kepada Negeri Terengganu selepas penarikan balik saman Kerajaan Negeri Terengganu terhadap Petronas dan Kerajaan Persekutuan baru-baru ini.
"Adakah pemberian tersebut atas nama royalti petroleum sepertimana sebelum tahun 2000 atau Wang Ehsan," demikian pertanyaan bagi jawab lisan Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada persidangan Dewan Rakyat, pagi ini.

Berikut ialah soalan-soalan bagi jawab lisan daripada ahli-ahli parlimen PAS di Dewan Rakyat hari ini yang bermula jam 10.00 pagi.

Read More / Baca Lagi >>

Amanat Tok Guru untuk para penceramah PAS

Posted: 11 Jun 2012 06:58 PM PDT

Oleh GreenCresent
Pada Khamis lepas, YAB Tuan Guru Pesuruhjaya PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menyampaikan amanat kepada pimpinan dan penceramah PAS Negeri Kelantan sempena Taklimat Isu-isu Pilihan Raya (17 Rejab 2012 bersamaan 7 Jun 2012) bertempat  di PUTIK, Pengkalan Chepa. 


Antara catatan yang dapat saya nukilkan semula seperti mana di bawah. 
Read More / Baca Lagi >>

Gelagat Umno sebelum turun takhta

Posted: 11 Jun 2012 06:57 PM PDT

Regim yang hampir tumbang sepatutnya melakukan usaha pembaharuan bagi merebut kembali sokongan rakyat, dengan berusaha sebaik mungkin menjinakkan hati dan minda pengundi, supaya dapat terus bertakhta.

Malangnya, apa yang sering berlaku, kebanyakan penguasa yang dibenci massa itu, selalu bertindak di luar jangka, dengan meneruskan -- malah meningkatkan lagi -- tahap kejahatan dan kezaliman, sehingga menyebabkan kebencian dan kemarahan orang ramai bertambah. Mereka seolah-olah gagal membaca isyarat kejengkelan rakyat yang muncul di mana-mana.
Read More / Baca Lagi >>

Picking the better of two evils

Posted: 11 Jun 2012 06:46 PM PDT

Since 1981, Malaysia has been governed by politicians who have sidelined the critical role of good leadership and consumed instead by corrupt political power.

In the coming 13th general election, Malaysians must choose to vote in a coalition party that is committed to its ideals and consistent with its struggle, and whose leaders believe in and practise the good value system.
With these two criteria, any coalition party and its leaders can produce good leadership which is vital for the establishment of a responsible Malaysian government committed to serving the people and country.
This will be the party that will steer the nation forward in the face of global economic competition and uncertainties.
Since 1981, Malaysia has been governed by politicians who have sidelined the critical role of good leadership, and are consumed by their pursuit for political power.
Read More / Baca Lagi >>

SHOCKING VIOLENCE: 967 tear gas canisters, grenades fired at Bersih protestors

Posted: 11 Jun 2012 06:45 PM PDT

SHOCKING VIOLENCE: 967 tear gas canisters, grenades fired at Bersih protestorsThe truth is out. Data revealed by the Home Ministry has confirmed the extent of the police violence against peaceful demonstrators in Kuala Lumpur on April 28 that has shocked the nation and the world, placing an indelible black mark against Prime Minister Najib Razak's administration.
According to the ministry which is led by his cousin Hishammuddin Hussein, police fired a total of 909 tear gas canisters and 58 tear gas grenades to disperse the 250,000-strong crowd that jam-packed the vicinity of the Dataran Merdeka to attend the Bersih 3.0 rally for free and fair elections.
"Police had to act swiftly to ensure the situation was under control," the Home Ministry told Parliament on Monday.
Read More / Baca Lagi >>

A scapegoat called Bersih

Posted: 11 Jun 2012 06:43 PM PDT

Do not make the rakyat feel indebted to the government merely because they received paltry handouts.

It was not too long ago that Prime Minister Najib Tun Razak talked about winning the rakyat's nambikei or trust. However, going by recent developments, it can be concluded that unless his government "behaves", trust will remain elusive.
For trust to come Najib's way, the federal government under the Barisan Nasional patronage must drop all pretences and reflect its sincerity in reaching out to the people.
Do not make the rakyat feel indebted to the government merely because they received paltry handouts.
Listen to what the people want and deliver. When repeated calls for clean and fair elections were made, how did BN react? It was least interested in a clean-up and instead turned the tables on electoral watchdog Bersih, claiming it has sinister motives, using its April 28 protest-turned-chaos as BN's trump card.
Read More / Baca Lagi >>

MAS issues RM2.5b perpetual sukuk, risky financing for working capital

Posted: 11 Jun 2012 06:40 PM PDT

KUALA LUMPUR, June 12 — Loss-making Malaysia Airlines (MAS) will be the first company in Malaysia to establish an Islamic perpetual bond today totalling RM2.5 billion for its operations even as concern rises in the region over the growing demand of the higher risk bonds.
This comes after reports that the Monetary Authority of Singapore is increasingly concerned over the unprecedented demand for perpetual bonds, also known as perps, which typically entice investors with higher coupon rates in exchange for accepting a higher level of risk as there is a possibility their capital may not be repaid, hence the term perpetual.
MAS posted a RM2.52 billion loss for 2011. — Picture coutesy of www.airliners.net
The Thai SEC (Securities and Exchange Commission) also issued a warning earlier this month for investors to fully understand the details of subordinated debentures, which is corporate debt that ranks as a low priority for repayment. MAS said that the perpetual junior sukuk will be recognised not as debt but as equity and payment obligations will at all times be junior to the claims of present and future creditors of the flag carrier but ahead of other share capital instruments. The national airline has RM1.3 billion of loans outstanding and no bonds, according to data compiled by Bloomberg.
Read More / Baca Lagi >>

Debat Sinar II temukan Saifuddin dan Salahuddin

Posted: 11 Jun 2012 06:40 PM PDT


saifuddin & salahuddin SHAH ALAM - Untuk kali kedua, Debat Sinar Harian akan dianjurkan antara dua tokoh berlainan ideologi politik bagi memberi peluang kepada rakyat mendengar idea mereka berhubung isu yang menjadi buah mulut masyarakat hari ini.

Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abd Jalil Ali berkata, tajuknya masih lagi dibincangkan peringkat akhir sebelum diumumkan penganjur dalam masa terdekat.

"Debat antara Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah dan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub itu akan diadakan di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf pada 19 Jun depan.

Read More / Baca Lagi >>