Isnin, 11 Jun 2012

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


Pertengkaran PTPTN: Sinopsis pendek ANAK BAPAK dan KELUARGA 69

Posted: 11 Jun 2012 08:26 PM PDT

Gambar; Kemelut Ketua Anak Selangor dan Cucu di Unisel kerana duit belanja sekolah PTPTN yang dipegang oleh Bapak.


Pertengkaran antara Bapak (Kerajaan Persekutuan) dengan Anak (Kerajaan Negeri Selangor) yang hampir-hampir menyeksa Cucu(Mahasiswa Unisel) rasanya sudah selesai bila Bapak setuju bagi pinjam duit(PTPTN) kat cucunya utk pergi sekolah kerana Anaknya hampir terpaksa nak gadai geran tanah mereka..

Di sini bukanlah nak menceritakan masalah utama iaitu kes pinjam duit sekolah Cucu keluarga 1Malaysia ini..tetapi ada cerita lain iaitu kenapa si Anak hari-hari tak cukup duit..padahal bisnes ok..barang banyak yang laku..pelanggan mak aiii...berduyun-duyun..siap boleh hantar duit kat Bapak lagi tiap-tiap tahun dan duit kepada Bapaknya setahun cecah Billion-Billion RM..

Jom kita layan cerita yang tak berapa best untuk dibaca bersama awek-awek dan balak-balak dalam Belia 4B dan Puteri...tutttt....

ANAK BAPAK dalam KELUARGA 69

(Bapak)Malaysia ditubuhkan sebagai Persekutuan yang menjamin hak setiap ahli negerinya(Anak).Walaubagaimana pun ,kuasa politik dan kewangan kian tertumpu diperingkat Persekutuan.Pada 1990,hasil Kerajaan Persekutuan adalah 4.4 kali saiz hasil Kerajaan Negeri.Menjelang 2007,ia elah berkembang menjadi 10.4kali ganda.( rujuk Laporan Ekonomi,Kementerian Kewangan)


Disamping itu,peruntukan Bapak(Kerajaan Persekutuan) kepada Anak(Negeri) telah beralih daripada pemberian kepada pinjaman.Pemberian Bapak kepada Anak menurun 9% drpd bajet menguruskan pada 1975 kepada 3.5% pada 1999.(rujuk The Political Economy Of Malaysia Federalism:Economic Development,Public Plicy and Confilct Contaiment" Nov 2002)


Menjelang 2008,perkadaran itu telah merosot selanjutnya kepada 2.9% ( rujuk Laporan Ekonomi,Kementerian Kewangan)


Antara 1975 dan 199, pinjaman tertunggak Bapak kepada Anak meningkat kpd lebih RM9 Billion daripada RM 1.1 Billion ( rujuk The Political Economy Of Malaysia Federalism:Economic Development,Public Plicy and Confilct Contaiment" Nov 2002)


Kita gagal untuk mendapatkan data terkini, tetapi adalah mustahil pinjaman tertunggak telah mengurang berikutan penurunan berterusan peruntukan Bapak sebagai dalam peratusan daripada bajet mengurus.


Pada masa ini,Perlembagaan Bapak hanya menjamin pemberian mengikut bilangan orang(Cucu) dan pemberian bagi menyelenggara jalan raya kepada Anak.Amaun pemberian mengikut bilangan Cucu ini telah menjadi amat kecil berikutan kesan inflasi.


Sebagai contoh ,Anak yang bernama Selangor menerima hanya RM67.7 Juta dalam pemberian itu pada 2007.Ini bersamaan dengan kira-kira RM12.00 per kapita sebulan...(rujuk: Anggaran Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan 2009.Lampiran E)


Ini adalah mengejutkan berbanding dengan RM16 Billion setahun dibayar oleh Cucu iaitu anak kepada Selangor sebagai cukai kepada Bapak. ( rujuk : Selangor goverment considering new tax system to collect funds".www theedgemalaysia.com 13 Julai 2009).

Amacam cerita diatas..memboringkan bukan bagi yang tak sabar-sabar nak keluar dating dengan balak atau awek bergetah.Sebab tue cerita ini dipendekan.Kalau panjang-panjang pakai baca tajuk ja la...

Ok cerita sudah habis pergilah dancing sampai pagi. Tapi jangan terkejut esok pagi ada pegawai LHDN tunggu depan rumah tuntut sewa cukai pendapatan..huhuhu..Jangan terkejut lusa pagi pergi kerja boss huloq surat VSS ..Jangan terkejut tulat pagi Harga Roti 70sen dah naik jadi RM1..


  -TammaT-

usinkata; rujukan utama Buku "Bajet Bagaimana Kerajaan Membelanjakan Wang Kita"...nukilan Teh Chi-Chang...jangan mara aaarr Teh..gua copy n edit lu punya celita..solii maaaa..

I

Tiada ulasan: