Isnin, 11 Jun 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


BUAT TUANKU, MOHON PATIK PERSEMBAHKAN SEJARAH LALU

Posted: 11 Jun 2012 10:00 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

TAHUKAH anda tahun 1993 boleh dianggap Tahun Penuh Pendurhakaan Umno terhadap Raja-Raja Melayu?  Bagaimana jika kesemua kes pendurhakaan itu disemak semula dan diambil tindakan sepertimana kes-kes lama Azmin dan Anwar disemak semula?  

Pada 18 Jan 1993, Pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan Raja-Raja dibawa ke mahkamah.  Apabila Raja-Raja minta tangguh pindaan ini, maka media melalui BH bertarikh 19 Jan 1993 telah mengkritik secara terbuka salah laku Raja-Raja.

Lupakah kita pada 29 April 1993, di Ketereh, Kelantan di mana telah diadakan `pertabalan' Sultan Kelantan dilakukan pada ketika Sultan Ismail Petra masih di takhta.  Siapa tokoh Umno yang terlibat waktu itu?  Jika anda lupa, sila rujuk kepada Datuk Anuar Musa yang kini merasai `dizalimi' pula oleh FAM yang diterajui oleh Sultan Pahang.

Media BH bertarikh 11 Jun 1993, memetik kenyataan Shahidan Kassim tokoh Umno juga yang menyebut Sultan Kelantan tidak layak menduduki takhta.

Rahim Tambi Chik, sewaktu menjadi KM Melaka meminta agar panggilan `patik' yang digunakan sewaktu berkomunikasi dengan Sultan dihentikan, memadai dengan hanya menyatakan `Saya Tuanku".  Ungkapan biadap tokoh yang kontroversi dengan gadis bawah umur ini rakyat tidak dapat lupakan.  Rujuk kembali BH bertarikh 03 Feb 1993.

Siapa yang cabar Sultan Kelantan agar turun takhta?  Lupakah kita?  Berlaku pada tahun yang sama iaitu tahun 1993.  Zahid Hamidi yang tidak mahu ke Perancis sebagai saksi kes Scorpene, ini lah tokoh yang mencabar Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra turun takhta kerana beliau bukan waris yang sah, katanya.  Jika anda lupa, rujuk kembali BH bertarikh 11 Feb 1993.



Bapak segala penderhaka Raja iaitu Mahathir Kutty pula mendakwa Raja-Raja tidak henti-henti meminta daripada kerajaan.  Rujuk BH bertarikh 30 Jan 1993.  Media BH bertarikh 23 Jan 1993 pula telah mengaibkan Raja-Raja dengan tuduhan pesta arak di Istana dan perempuan-perempuan cantik.  Mengapa media ini terlalu berani?  Tidak lain tidak bukan adalah kerana pemimpin Umno waktu itu mengajarnya.



Sebenarnya, sebelum tahun 1993 lagi banyak kes pendurhakaan kepada Raja-Raja ini telah dilakukan oleh pemimpin Umno.  Saya tidak selesa untuk mengimbas kembali kisah-kisah terdahulu dari ini kerana ada di antara mereka yang telah meninggal dunia.  Sekadar sebagai ingatan kepada kita semua sejarah tidak boleh dipadam samasekali.

Tahun-tahun kebelakangan ini masih juga terdapat pemimpin Umno yang terang-terang menunjukkan pendurhakaan kepada Raja-Raja.  Kita masih ingat kisah di dalam persidangan agung Umno pun mereka menghentam Raja-Raja, contohnya pada tahun 1991 di mana Sultan Kelantan menjadi mangsa mereka.



Harta Raja-Raja diminta disiasat.  Siapa punya angkara?  Media telah mengaibkan Instusi Beraja dengan meletakkan di muka hadapan kehendak perwakilan Umno waktu itu.

Apakah tidak durhaka namanya melarikan Puteri Sultan untuk bernikah?  Cuba tanya kisah ini kepada mantan MB Selangor Muhamad Muhd Taib seorang pemimpin Umno.


Tentu masih segar di dalam ingatan kita, bagaimana cubaan hampir seluruh Wakil Rakyat Umno di Terengganu untuk memboikot Majlis Angkat Sumpah di Istana Terenganu bagi menabalkan Ahmad Said sebagai MB Terengganu.  Mereka mahu Idris Jusoh sebagai MB Terengganu selepas Pilihanraya Umum Tahun 2008.  Maka, didirikan banner tertulis perkataan " Kami Ngak Idris, Natang".  Apakah yang mereka maksudkan `Natang' itu?  Kepada siapa ditujukan?  



Perlantikan MB Perlis juga begitu.  Lihat bagaimana Shahidan Kassim bertindak apabila Isa Sabu dipilih sebagai MB Perlis.  

Terlalu sedikit di sini untuk dihuraikan kembali bagi menunjukkan hebatnya Umno menderhaka kepada Raja-Raja.  Terlalu jauh bezanya untuk dibandingkan dengan sekadar nasihat dan ingatan dari YB Nizar selaku rakyat biasa yang sayangkan Raja Melayu.  Umpama anak yang sayangkan bapanya, si anak akan sentiasa menegur bapanya kalau didapati bapanya tersilap laku.  Anak yang tidak sayangkan bapanya akan membiarkan bapanya melakukan apa jua dan si anak hanya mahu ampu dan bodek si bapa./wfauzdin.blogspot.com 


RAKYAT UNTUNG BILA PR KUAT, KERAJAAN KARTUN `TRANSFORMER' MESTI DITUKAR

Posted: 11 Jun 2012 08:40 AM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

HASILNYA Menteri Kesihatan pun pulangkan kembali plet kenderaan WWW 15 untuk dibida oleh sesiapa yang mampu atau gila kepada nombor plet.  Kemenangan buat rakyat hasil tekanan kita semua sama seperti Kerajaan terpaksa beri juga PTPTN kepada UNISEL dan KUIS di Selangor baru-baru ini.  

Ini lah untungnya apabila kita kuat, Pembangkang kuat.  Bayangkan kalau Pembangkang tidak kuat seperti tahun 2004, adakah teragak mereka untuk berbuat sedemikian?  BR1M pun tidak merasa.  Sekarang, BR1M pun mereka mahu kasi untuk pusingan kedua, ertinya BR1M itu bukan lagi `One Off'.  Dia sudah jadi `TKO' buat Umno/Bn.

Noh Omar senyap terus sekarang isu PTPTN.  Mulanya bukan main lagi ugut Kerajaan PR Selangor agar MB Selangor minta maaf, baru PTPTN mahu disalurkan.  Akhirnya, siapa yang melutut kepada Kerajaan Negeri Selangor?  Begitu juga isu plet kenderaan.  Awalnya bukan main lagi Menteri ini mahu pertahankan plet tersebut.  Akhirnya, serah semula.

Kalau rakyat yang bijak boleh berfikir, terang dan jelas bahawa Umno/Bn sekarang sanggup berbuat apa sahaja.  Kalau Pembangkang senyap, mereka juga yang kenyang.  Apabila melihat tindakan mereka itu tidak menguntungkan politik mereka, mereka sanggup tebal muka menarik balik apa yang mereka lakukan.  Najib juga begitu.  Awal Najib perkenalkan SBPA dulu, semua pencacai puji melangit kononnya Najib peka kepada kakitangan Kerajaan.  Tetapi apabila Pembangkang dedahkan taktik mereka, kelamkabut Najib tarik balik sistem SBPA.  Peliknya, penarikan balik SBPA itu tetap dipuji melangit oleh pencacai-pencacai atas alasan yang sama kononnya Najib prihatin kehendak kakitangan awam.

Inikah pemimpin yang kita boleh harapkan untuk memerintah negara ini lagi.  `Flip flop' tanpa punyai ketegasan dan keyakinan langsung.  Transformasi Najib kini benar-benar sudah menjadi kartun `Transformer' yang berubah-rubah bentuk.  Rakyat mesti tolak pemimpin kartun seperti ini./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: