Rabu, 29 Februari 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


"Najib ini dia rasuah semua orang, dia pergi ke Haji pun tuhan dia nak rasuah. - Bekas ADUN BN

Posted: 29 Feb 2012 09:04 PM PST

KUALA LUMPUR, 1 Mac: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, beliau sedia mendedahkan tembelang sebenar sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mentadbir negara.

Menurutnya, pendedahan tentang Najib yang menguasai perlimen Pekan sejak Allahyarham bapanya Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia itu akan dibuat dalam satu ceramahnya bersama Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu pada 15 Mac ini di Pekan, Pahang.

Mohd Ariff berkata demikian ketika ditemui dalam sesi Cakap-cakap Bersama Harakah di Pejabat Editorial Harakah dekat sini baru-baru ini.


Mohd Ariff yang juga bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan berkata, beliau sangat mengenali Najib dan peribadi Perdana Menteri itu dalam berpolitik serta pentadbiran.

Ini kerana beliau pernah menjadi orang penting Umno selaku Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan dalam mengembalikan sokongan ke atas Najib selepas hampir tewas pada Pilihan Raya Umum ke-10 (tahun 1999).

Mohd Ariff yang terkenal dengan blog Sakmongkol berkata, Najib bukanlah seorang yang tegas dalam kepimpinannya, sebaliknya hanya menggunakan taktik 'membayar' untuk mendapatkan sokongan.

Beliau yang sangat Ariff dengan sikap politik Najib berkata, Perdana Menteri itu hanya mahu dengar yang 'indah-indah sahaja'.

Ia termasuklah apa yang berlaku di Pekan semasa hampir tewas di tangan PAS pada pilihan raya umum ke-10 tahun 1999, katanya.

"Saya ada sebutkan dalam blog saya, penerima subsidi terbesar di Malaysia ini ialah Najib, kerana beliau dapat Parlimen Pekan kerana subsidi daripada kawasan Allahrayham Tun Razak, jadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) sebab baba saudaranya Perdana Menteri, dia jadi Naib ketau Pemida Umno sebab dia ikut Dato' Seri Anwar Ibrahim,

"Dia (Najib) tidak pernah berlawan, gaya dan kepimpinan itu dia tidak ada, dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin sendiri mengakui bahawa keburukan Najib ini tidak tahu mentadboir negara ini dan hilang punca,

"Najib ini tiada wawasan, dia ini mentadbir dan urus negara macam urus Umno Bahagian Pekan, dia baik dengan sana-sini bukannya untuk menyatukan, dia ini juga tidak berani, dia ini macam lalang," ujarnya lagi.

Beliau juga memaklumkan, sewaktu bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah menetang Tun Dr Mahathir, Najib menyokong Ku Li pada walnya.

Namun, pada saat-saat akhir mengalih sokongan kepada Mahathir kerana Mahathir mempunyai rahsia besar mengenai Najib.

"Najib ini kebersihan ini tiada sangat, saya tahu sebab saya sangat kenal dia, keduanya dia ini tidak boleh buat keputusan yang tegas, dia boleh berubah atas tekanan.Dia ini ingin semua sokong dia, dan dia akan mendapatkan kesetiaan semua orang dengan dia bayar orang sana-sini," katanya lagi.

Satu cara Najib menyelesaikan masalah hanya dengan membayar dan menyogok pihak yang dikehendaki, katanya.

Disebabkan itulah, Najib terbawa-bawa kaedah itu dalam dasar Belanjawan yang dibentangkannya sebelum ini, ujarnya.

Dalam belanjawan, rakyat dapat melihat Najib memberikan bantuan 'one off' sejumlah RM500 dan RM100, yang kesemuanya hanya untuk mendapatkan sokongan bersifat sementara, katanya.

"Ini bukan duit Umno atau dia (Najib), tetapi ini duit kerajaan, yang dia mahu lihat bahawa dia ini nampak pemurah," katanya.

Beliau yakin, zaman 'bayar dan sokong' yang diamalkan Najib ini sudah berlalu kerana rakyat kini semakin sedar akan masa depan mereka.

"Umno berada dalam kepayahan, saya tidak merasa yakin jika rakyat mendapat sokongan rkyat dengan bayaran ini.

"Najib ini dia rasuah semua orang, dia pergi ke Haji pun tuhan dia nak rasuah.Bayar Dam ini hanya dalam kes tertentu sahaja seperti Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya kata, " katanya sinis.

Bercakap mengenai peribadi Najib, Mohd Ariff berkata, Najib hanya menjadi 'Melayu' pada tahun 1976 selepas pulang daripada luar negara setelah ketiadaan Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein (bekas Perdana Menteri yang juga ayahnya).


"Selepas Ayahnya meninggal, barulah dia berjinak dengan Melayu, masa dia balik pelat (loghat) dia itu masih pelat Inggeris, perangainya yang saya tahulah," katanya sinis.

Mohd Ariff juga memaklumkan, Najib sangat tidak rapat dengan keluarganya di Pekan, malah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor juga sangat tidak disukai masyarakat di Pekan.- Harakah Daily

ARTIS : [18SX] Artis ni tanggalkan pakaian ketika "Live Talk Show"

Posted: 29 Feb 2012 05:35 AM PST


Selamba jer dia buka baju!






Selamba jer dia buka baju!


Pembatalan konsert Erykah Badu : Tahan sebak di Sidang Akhbar

Posted: 29 Feb 2012 03:27 AM PST

Pembatalan konsert sulung penyanyi antarabangsa terkenal, Erykah Badu di Malaysia menerima pelbagai reaksi dari semua pihak. Konsert sulung penyanyi yang popular dengan lagu "You Got Me" itu telah dibatalkan pihak berwajib menerusi kenyataan yang dikeluarkan Datuk Seri Utama Rais Yatim semalam di laman Twitter rasmi beliau.

Menerusi sidang media tergempar yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) sebentar tadi, Erykah bersama wakil penganjur dari Pineapple Concert telah hadir memberi kenyataan berhubung isu pembatalan konsert ini.


"Kami dengan dukacitanya memaklumkan secara rasmi konsert Erykah Badu di Kuala Lumpur dibatalkan. Kami telah mendapat arahan selanjutnya dari pihak PUSPA dan difahamkan juga permit yang diberikan sejak Disember lepas telah ditarik balik," ujar Razman Razali, wakil dari Pineapple Concert.

Razman turut menjelaskan imej yang diguna pakai akhbar The Star yang memaparkan gambar Erykah dengan kalimah Allah itu tidak ada kaitan dengan pihak penganjur. Menurut beliau, gambar rasmi yang telah dibekalkan pihak penganjur kepada semua media cetak baik elektronik adalah gambar yang sudah pun dipersetujui semua pihak dan memenuhi garis panduan yang ditetapkan.

"Gambar yang disiarkan akhbar The Star itu bukanlah datang dari kami. Kemungkinan besar, gambar itu The Star ambil dari pihak Universal Music," jelas Razman yang belum memberi kata putus tentang apakah tindakan yang akan dilakukan kepada pihak The Star berhubung isu ini.

Kesemua peminat yang sudah membeli tiket boleh membuat tuntutan semula wang masing-masing melalui wakil penjual, Air Asia Red Tix. Penganjuran konsert yang telah dirancang rapi ini tidak pernah menjadi isu atau ditentang mana-mana pihak sehinggalah kontroversi ini berlaku.

"Pihak The Star sepatutnya peka dengan isu-isu sebegini dan lebih peka terhadap sensitiviti masyarakat Malaysia. Tambahan pula, mereka sepatutnya lebih arif dan mengetahui hal-hal sebegini kerana mereka adalah medium akhbar," tambah Razman lagi yang mengakui ada menerima permohonan maaf dari akhbar berbahasa Inggeris itu.

Erykah yang turut hadir menjelaskan gambar tersebut merupakan salah satu dari sesi pengambarannya yang diinspirasikan dari filem tahun 70an, The Holy Mountain yang diarahkan Alejandro Jodorowsky. Menurut Erykah, beliau menghormati kepercayaan setiap peminatnya dan menganggap kejadian yang berlaku ini adalah ketentuan Tuhan dan terjadi bersebab.

"Saya berada di sini untuk semua peminat saya. Saya suka akan Malaysia. Orangnya peramah. Makanannya sedap dan saya tak pernah serik dan jika diberi peluang, saya pasti akan kembali ke negara penuh budaya ini," ujar Erykah dalam nada sebak.

Erykah juga menjelaskan imej yang tertera di badan beliau itu bukanlah tattoo sebaliknya merupakan sejenis 'body art' atau lukisan badan yang tidak kekal. Erykah juga mengakui tidak dapat menyembunyikan rasa terkilannya kerana tidak dapat bersama peminatnya di sini.

"29 Februari merupakan tarikh istimewa dan jarang berlaku. Sepatutnya tarikh ini menjadi hari yang bermakna dalam hidup saya kerana dapat bertemu anda semua dan berkongsi muzik dan kasih saya."

Erykah yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 41 tiga hari lalu akan meneruskan konsert beliau di Indonesia Sabtu ini bersempena dengan Java Jazz Festival. Penampilan beliau yang sudah dirancang sejak tahun lepas lagi merupakan penampilan sulung beliau di benua Asia Tenggara.

"Ayam kaki satu berdarah" diletak depan Pusat Khidmat DSAI di Permatang Pauh

Posted: 28 Feb 2012 11:53 PM PST


Pagi ini saudara Fathilullail bin Jaafar Sidek (petugas Pusat Khidmat Permatang Pauh) terkejut apabila beliau datang ke Pusat Khidmat jam 10 pagi, beliau menjumpai ayam berdarah dengan satu kaki tergantung di Pusat Khidmat Permatang Pauh Dun Seberang Jaya dan Bilik Gerakan AMK Permatang Pauh.


Apakah motif mereka yang tidak bertanggungjawab berbuat demikian? Budaya politik apa yang mahu dibawa ke Malaysia? Budaya berbau ugutan adalah budaya samseng ala umno dan perkasa ujarnya kepada sharpshooter.

Saudara Fathilullail bin Jaafar Sidek merupakan abang kepada Fayyadh Affiq Albaqry Bin Jaafar Sidek yang tercedera ditembak polis dalam demo BERSIH 2.0


Pejuang Kemaafan yang juga anggota Jingga 13 Pulau Pinang berkata beliau berada di Pusat Khidmat ini hingga pukul 3.00 pagi tetapi tiada apa yang berlaku.


Manakala menurut saudara Mohd Saiful beliau berada di Pusat Khidmat ini hingga pukul 7.30 pagi tetapi katanya ayam tersebut tiada. Beliau juga hairan apa motif mereka berbuat demikian.



Ketua AMK Pulau Pinang saudara Amir Ghazali amat kesal dengan kejadian ini dan beliau berkata kemungkinan besar ini ada kaitan dengan debat "GASAK" pada malam ini.

Semalam juga beliau menerima laporan bahawa umno dan perkasa akan datang mengganggu debat malam ini. Sharpshooter difahamkan bahawa kemungkinan besar malam ini YB Parlimen Tasek Gelugor Nor Yaacop tidak berani turun berdebat dengan Lim Guan Eng di Dewan Sg Dua. Besar kemungkinan malam ini pemuda umno dan perkasa akan ganggu dan membawa budaya samseng.

Amir juga berkata, debat malam ini akan diteruskan dan kita juga telah bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku pada malam ini. Beliau menyeru penyokong Pakatan Rakyat usah bimbang untuk hadir beramai-ramai malam ini.

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com

Muka penipu?: ... tapi apa nak dihairankan, MP Umno la katakan

Posted: 28 Feb 2012 11:43 PM PST

NONE
Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini mendapati Ahli Parlimen Sabak Bernam,  Datuk Abdul Rahman Bakri,(gambar)  bersalah atas lapan tuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM80,000.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan terhadap kepada kes pendakwa.


Abdul Rahman, 47, didakwa dengan lapan tuntutan palsu dengan nilai RM10,000 setiap satu yang berjumlah RM80,000, daripada peruntukan kawasannya berhubung majlis yang tidak pernah dijalankan.

Dia dituduh membuat tuntutan itu di antara 21 Januari dan 4 Februari 2008 ketika menjadi ADUN Sungai Ayer Tawar - Malaysiakini

Politiksukusakat

Politiksukusakat


Ucapan Sayyid Ali Khamenei: Persidangan Antarabangsa Pemuda Dan Kebangkitan Islam

Posted: 29 Feb 2012 10:59 PM PST

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Saya ucapkan selamat datang kepada kesemua para tetamu kehormat kami, para belia, yang menjadi pemangkin kepada masa depan yang gemilang buat umat Islam. Setiap daripada kamu adalah lambang kepada kenikmatan hidup yang berkekalan. Apabila para belia bangkit di sesebuah negara, maka harapan kepada kebangkitan secara menyeluruh di negara itu akan meningkat. Pada hari ini, belia-belia dikalangan kita telah bangkit di seluruh dunia Islam. Terdapat begitu banyak jerat yang menanti di hadapan mereka, namun belia-belia Islam yang beriman dan punya kesungguhan yang luar biasa ini telah berjaya melepasi segala halangan tersebut.Lihatlah sendiri kepada apa yang berlaku di Tunisia, Mesir, Libya, Yemen dan Bahrain serta pergerakan yang telah mula menapak di negara-negara Islam yang lain. Jelas sekali segalanya ini adalah lambang kepada kegemilangan yang bakal dikecapi.

Apa yang ingin saya sampaikan kepada kamu, wahai anak-anakku, adalah kamu seharusnya tahu bahawa sejarah dunia dan juga sejarah kemanusiaan sudah sampai ke titik perubahan. Ini adalah permulaan kepada sebuah era baru di seluruh dunia. Sebuah tanda yang besar dan jelas kepada era ini adalah kepekaan kepada Yang Maha Esa serta memohon kepada sumber kuasaNYA yang tidak terbatas dan kebergantungan kepada kalimah-kalimahNYA yang suci.


Minda manusia sudah melangkaui pemikiran dan ideologi yang berasaskan semata-mata kepada materialistik. Hari ini, Marxisme sudah tiada daya tarikannya, begitu juga demokrasi liberal ciptaan barat, lihatlah sendiri apa yang sedang berlaku di negara-negara kelahiran demokrasi liberal ala barat ini, di Amerika dan Eropah, mereka telah menjadi punca kepada kejatuhan mereka sendiri, begitu juga dengan figur-figur sekular nasionalis yang tidak lagi menjadi tarikan.

Hari ini, tarikan yang paling tinggi dikalangan umat Islam adalah agama Islam itu sendiri, iaitu kepada kitab suci Al-Quran, kepada agama Ilahi kerana Allah telah menjanjikan bahawa Islam dan kalimah-kalimahnya yang suci mampu membimbing manusia ke arah kesejahteraan. Apa yang berlaku kini adalah sebuah fenomena yang amat penting dan bermakna.


Di negara-negara Islam pada hari ini, warganya telah bangkit menentang diktator-diktator boneka barat, yang menjadi lambang kepada kebangkitan ke atas pemerintahan diktator global di peringkat antarabangsa iaitu rangkaian pemerintahan daripada rejim Zionis dan kuasa-kuasa bongkak yang zalim dan tidak amanah.


Dewasa ini, mereka telah memaksakan sistem diktator mereka ke atas seluruh dunia melalui berbagai cara dan kaedah. Apa yang sedang kamu lakukan di Mesir, Tunisia, Libya, Yemen dan Bahrain, motif-motifnya semakin jelas terserlah di negara-negara lain. Ia adalah suatu perjuangan menentang pemerintahan diktator yang merbahaya dan juga memudharatkan yang telah menjadi punca kepada berbagai kesengsaraan manusia sejak dua kurun yang terakhir ini. Detik bersejarah yang saya sebutkan ini, adalah titik perubahan daripada dominasi kuasa diktator kepada kebebasan negara-negara berasaskan kepada nilai-nilai pemerintahan berbentuk spiritual dan Ilahiyyah yang pasti akan menjelang tiba, janganlah sesekali ragu terhadapnya.


Ini adalah antara janji Allah bahawa "Allah akan membantu sesiapa sahaja yang membantuNYA." Allah swt ingin menekankan bahawa jika kamu membantu di dalam kerja-kerja agamanya, maka Allah juga akan membantu kamu. Perkara ini mungkin agak mustahil di dalam kaedah pemikiran bersifat biasa dan materialistik. Walaubagaimanapun, banyak perkara yang kelihatan mustahil, namun kini menjadi kenyataan. Pernahkah terlintas di pemikiran kamu setahun yang lalu, bahawa si zalim yang memerintah di Mesir akan diaibkan serta dijatuhkan sedemikian rupa ?


Jika ada sesiapa pada waktu itu yang menyatakan bahawa rejim Mubarak yang zalim akan runtuh, kamu pasti meraguinya, namun ia telah benar-benar berlaku. Jika ada sesiapa yang mendakwa bahawa kejadian-kejadian yang pelik akan berlaku di Afrika Utara, maka pasti ramai akan meraguinya.


Jika ada sesiapa yang mengatakan bahawa di dalam sebuah negara kecil seperti Lebanon, sekumpulan pemuda beriman akan mengalahkan rejim Zionis dan juga tenteranya yang lengkap dengan senjata moden, tiada siapa akan mempercayainya, namun ia telahpun menjadi kenyataan.


Jika ada sesiapa yang mengatakan bahawa Republik Islam ini akan mampu bertahan menghadapi segala bentuk tekanan daripada timur ke barat dan malah mampu untuk menjadi lebih kuat, progresif dan berdaya maju, tiada sesiapapun yang akan mempercayainya, namun ia telah benar-benar berlaku."Allah telah menjanjikan kamu berbagai bentuk ganjaran yang mampu diperolehi, dan DIA telah mengurniakannya kepada kamu sebelum ini, dan DIA telah mencegah tangan-tangan manusia daripada kamu, agar ia menjadi tanda kepada orang yang beriman, dan agar DIA membimbing kamu ke jalan yang benar."


Kejayaan-kejayaan ini adalah suatu tanda Ilahiyah, ini adalah tandanya kekuasaan Allah yang tiada tolok bandingannya, yang sedang ditunjukkan kepada kita semua. Sebaik sahaja kita masuk ke medan perjuangan, medan perjuangan yang telah kita jejaki pada waktu ini, maka kejayaan akan pasti datang daripada Allah. Allah swt akan tunjukkan jalannya kepada kita. "Dan sesiapa yang berjuang di jalan KAMI, maka KAMI akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan KAMI." Allah membimbing, membantu dan juga merealisasikan impian-impian manusia dengan syarat kita sentiasa hadir di medan perjuangan tersebut.


Apa yang telah berlaku sehingga hari ini adalah sangat menakjubkan. Barat telah mendominasi umat-umat Islam selama dua ratus tahun melalui kemajuan saintifik mereka, mereka menjajah negara-negara Islam, samada secara jelas atau melalui diktator tempatan. Britain dan Peranchis dan juga sudah pasti Amerika Syarikat, yang merupakan syaitan besar, telah mendominasi umat-umat Islam. Mereka melakukan segala yang termampu untuk mengaibkan masyarakat Islam, mereka menanam sebuah ketumbuhan kanser Zionisme di tengah-tengah rantau Timur Tengah, sebuah rantau yang amat sensitif, dan memberikan bantuan sepenuhnya demi memastikan segala matlamat dan polisi mereka akan tercapai di bahagian dunia yang amat penting ini. Walaubagaimanapun, aspirasi yang berteraskan kepada agama dan kepada Islam dan kehadiran masyarakat manusia di medan perjuangan telah merentap segala matlamat durjana tersebut, mereka telah berjaya menyekat kemaraannya.


Hari ini, kuasa global yang bongkak merasa tertekan di hadapan kebangkitan Islam ini. Anda telah berjaya, anda telah menang, masa depan bakal menjadi milik anda. Apa yang telah dilakukan setakat ini adalah sangat baik, namun ia masih belum sampai ke penghujungnya, dan ini adalah amat penting, ini adalah hanya permulaannya, ia baru sahaja bermula.Masyarakat Islam perlu meneruskan perjuangan mereka agar mereka akan mampu memusnahkan pihak musuh di arena yang berbeza.

Perjuangan ini adalah berlandaskan kepada aspirasi, kesungguhan dan kemahuan. Mana-mana pihak yang punya kesungguhan yang lebih teguh , akan menang. Pihak itu, yang hati-hati mereka bersandar sepenuhnya kepada Yang Maha Esa, akan mencapai kemenangan. "Jika Allah membantu kamu, maka tiada sesiapa yang mampu menewaskan kamu." Jika kamu mendapat anugerah bantuan daripada Allah, tiada siapa yang akan menang ke atas kamu dan kamu akan terus mara. Kami mahukan negara-negara Islam yang membentuk masyarakat Islam yang besar untuk menjadi bebas, merdeka, dihormati dan tidak diaibkan, kami mahu agar mereka dapat menguruskan kehidupan mereka berasaskan kepada hukum-hakam Islam yang mulia dan juga progresif, dan Islam mampu membantu mereka. Mereka telah membantutkan pencapaian kita di bidang sains begitu lama sekali, mereka mencemar budaya kita dan merampas kebebasan kita. Namun, hari ini kita telah trersedar dari lena yang panjang. Kita akan merajai arena-arena saintifik satu demi satu.


Sewaktu Republik Islam ini ditubuhkan 30 tahun yang lalu, pihak musuh dengan yakin menyatakan bahawa Revolusi Islam telah menang, namun ia tidak akan mampu menguruskan bidang-bidang kehidupan yang asas dan akan runtuh dengan sendirinya.Namun begitu, hari ini para belia kami, terima kasih kepada Islam, telah berjaya mencapai kejayaan yang besar di dalam bidang sains yang mereka sendiri tidak pernah jangkakannya di suatu masa dahulu. Hari ini, hasil daripada kebergantungan mereka kepada Allah, para belia Iran telah berjaya mencapai kejayaan yang menakjubkan di dalam bidang sains. Mereka mengayakan uranium, menghasilkan dan membiakkan sel stem (stem cells), terus berkembang di dalam bidang bioteknologi, telah sampai ke angkasa lepas, semuanya dilakukan dengan bergantung sepenuhnya kepada Allah dan dengan slogan 'ALLAH MAHA BESAR."


Kita tidak seharusnya merendahkan keupayaan sendiri. Antara tribulasi terbesar yang telah ditimpakan oleh kebudayaan barat ke atas negara-negara Islam adalah dua ilusi yang palsu dan menyimpang. Salah satunya adalah menanam kepercayaan akan ke tidakmampuan umat-umat Islam, menjadikan mereka percaya bahawa mereka tidak mampu melakukan apa-apapun, samada di bidang politik, ekonomi dan sains. Mereka mengatakan, "anda amat lemah." Kita di dalam negara-negara Islam telah kekal dengan pandangan yang salah ini selama puluhan tahun dan sentiasa ketinggalan. Kepercayaan kedua yang telah mereka tanam ke dalam diri kita adalah kekuatan dan kegagahan luar biasa yang diperolehi oleh pihak musuh. Oleh itu mereka menjadikan kita yakin bahawa Amerika tidak mampu ditewaskan, pihak barat tidak mampu diundurkan, dan kita terpaksa mengalah dan menerima apa jua nasib yang menimpa dalam konfrontasi dengan mereka.


Namun hari ini telah jelas kepada masyarakat Islam bahawa kedua-dua kepercayaan ini adalah tidak benar sama sekali. Negara-negara Islam mampu bergerak jauh ke hadapan, mereka mampu mengembalikan keagungan dan kehebatan umat Islam yang pernah berada di kemuncak kejayaan bidang sains, politik dan sosial sehingga pihak musuh terpaksa mengalah di dalam bidang-bidang ini.


Zaman ini adalah zamannya Islam. Zaman ini adalah zaman spiritual. Islam mengurniakan kepada umatnya rasional dan juga spiritual, Islam yang penuh dengan sifat rasional, Islam yang dinaungi dengan unsur renungan dan pemikiran, Islam yang diselubungi dengan sifat spiritual, Islam yang bergantung sepenuhnya kepada Allah, Islam yang punya nilai jihad, Islam yang penuh dengan daya usaha, Islam yang disertai dengan tindakan, kesemuanya adalah ajaran-ajaran yang diterapkan di dalam Islam.


Apa yang jelas hari ini adalah pihak musuh, yang sedang kalah di Mesir, Tunisia, Libya dan negara-negara lain di rantau ini, sedang berusaha merancang konspirasi-konspirasi baru. Setiap kita harus peka dengan perancangan mereka. Kita harus berwaspada agar mereka tidak mampu menceroboh revolusi rakyat ini dan meyimpangkan hala tujunya. Belajarlah dari pengalaman orang lain. Pihak musuh sentiasa berusaha untuk mensasarkan setiap revolusi itu dari hala tujunya yang sebenar, untuk meredakan semangat sebuah pergerakan, untuk menggagalkan cita-cita dan memperkecilkan darah-darah yang telah ditumpahkan, kita harus berwaspada, kita harus peka. Kamu para belia adalah nadi kepada gerakan-gerakan sebegini, berhati-hatilah.


Kami telah punya pengalaman yang banyak sepanjang 32 tahun yang lepas. Kami telah bertempur dengan pihak musuh selama 32 tahun, kami sentiasa menentang dan kami telah berjaya menewaskan mereka.Mereka tidak pernah gagal untuk melaksanakan apa jua bentuk perancangan ke atas kami. Namun mereka tetap gagal melakukan apa-apa, kerana mereka sebenarnya tidak mampu melakukaknnya. Mereka melakukan segala yang termampu namun setiap kali itulah mereka akan ditampar pada mulut dan ditewaskan. Selepas ini juga mereka akan tetap gagal berhadapan dengan Republik Islam ini. Ini adalah janji Allah kepada kami dan kami tidak sedikitpun meraguinya.


Kami tidak pernah ragu dengan kebenaran janji-janji Allah. Tidak pernah wujud rasa syak kami terhadap Allah, dan Allah tidak menyukai sesiapa sahaja yang meragui janji-janjinya, dan "Dia akan menghukum orang-orang munafik, lelaki dan wanita, dan lelaki dan wanita yang mempercayai leboh dari satu Tuhan, yang bersangka buruk terhadap Allah. Ke atas mereka adalah unsur kejahatan, siksaan Allah akan ditimpakan ke atas mereka. Allah telah melaknat mereka dan menyediakan buat mereka api neraka, dan sebuah perjalanan yang penuh dengan kesengsaraan."


Janji-janji Allah adalah janji yang benar. Kami sudahpun terjun ke medan perjuangan, warga Iran telah menampilkan segala kemampuan mereka di pentas ini, oleh itu, janji-janji Allah ini adalah sesuatu yang pasti. Ia adalah sama di kesemua negara. Namun kita harus berhati-hati. Kita semua harus berhati-hati dengan tipu-daya musuh. Pihak musuh akan sentiasa mematikan pergerakan dan memarakkan api perpecahan.


Dewasa ini, pergerakan Islam tidak mengenal samada Syiah atau Sunnah, tidak membezakan antara Shafiee dengan Hanafi atau Jaa'fari atau Maliki atau Hambali atau Zaidi, tidak mengenal bangsa Arab, Parsi atau bangsa-bangsa yang lain.Dalam perjuangan ini, kesemua kita hadir bersama.Kita harus berusaha agar musuh gagal memecah-belahkan kita. Kita harus pupuk semangat persaudaraan dan menetapkan matlamat yang jelas. Matlamatnya adalah Islam. Matlamatnya adalah kerajaan Islam yang berasaskan kepada Al-Quran. Sudah tentu terdapat banyak persamaan dikalangan negara-negara Islam, dan wujud juga perbezaan. Tidak pernah wujud satu corak kehidupan yang sama di antara negara-negara Islam. Di negara yang berbeza, keadaan geografi, sejarah dan juga sosial adalah amat berbeza, namun di dalamnya tetap wujud prinsip yang sama, kita semua adalah musuh kepada kuasa bongkak dunia, kita membantah dominasi dan pemerintahan jahat pihak barat dan kesemua kita membantah kewujudan negara kanser Israel.


Di mana sahaja kita dapat merasakan bahawa apa yang dilakukan memberikan manfaat kepada Israel dan Amerika Syarikat, di situlah kita perlu lebih peka, kita perlu sedar bahawa tindakan sebegitu adalah tindakan pihak luar, pihak asing, yang tidak bermanfaat. Apabila sahaja terdapat tindakan yang bersifat Islam dan anti Zionis, anti kebongkakan, anti penindasan dan anti rasuah, di situlah kita perlu tahu tindakan tersebut adalah tindakan yang benar, di situlah letaknya sahabat-sahabat kita, kita adalah Syiah, kita adalah Sunni, kita berasal daripada negara itu dan ini. Tidak wujud perbezaan besar di situ, kita harus punya fokus pemikiran yang sama.


Contohnya apa yang boleh kita lihat pada hari ini, hampir kesemua pihak media di dunia cuba untuk mengasingkan para penduduk Bahrain dan kebangkitan di Bahrain. Apakah dakwaan mereka dalam isu ini ? Ini adalah sebuah isu Sunnah dan Syiah. Mereka mahu mencipta perpecahan, perbezaan dan garis sempadan. Tidak wujud banyak perbezaan antara umat Islam yang menganut mazhab yang berbeza.


Persamaan yang jelas antara mereka adalah Islam itu sendiri. Fokus utamanya adalah kepada kesatuan umat Islam. Kunci utama kepada penerusan dan kemenangan kebangkitan ini adalah dengan berseah sepenuhnya kepada Allah, keyakinan kepada Allah, kepercayaan kepada Allah serta mengekalkan perpaduan dan integriti.


Wahai para belia yang amat dikasihi, anak-anakku, berwaspadalah agar pihak musuh tidak akan menyekat kebangkitan kamu. Allah telah berfirman kepada Rasulullah saw sebanyak dua kali, "Oleh itu, berdiri dengan teguh (atas jalan kebenaran) sebagaimana yang diperintahkan kepada kamu." Berdiri dengan teguh bermakna kita harus sentiasa menentang, berusaha, terus berjuang dan tidak akan sesekali berhenti. Itulah kunci utamanya.


Kita perlu terus mara. Kebangkitan ini adalah suatu pergerakan yang berjaya kerana ia punya masa depan yang cerah. Masa depannya adalah amat cerah. Akan tiba harinya di mana umat Islam, berbekalkan kuasa dan kekuatan Allah swt, akan dijulang ke puncak kekuasaan dan kebebasan. Umat Islam, dalam pada mereka mengekalkan nilai-nilai dan keistimewaan mereka serta berdiri di bawah sebuah panji yang akan membawa mereka ke arah Allah dan juga Islam, harus sentiasa bersatu. Melalui kesatuan inilah hanya akan umat Islam mencapai kegemilangannya.


Negara-negara kita mengandungi banyak sumber-sumber semulajadi, terletak di kawasan strategik, punya banyak kemudahan semulajadi, figur-figur yang luarbiasa, berbakat serta sumber tenaga manusia yang berdaya maju, kita perlu berusaha dengan kurniaan-kurniaan yang ada ini. Allah akan merahmati segala usaha ini, Insya Allah.


Saya perlu khabarkan kepada kamu bahawa masa depan bakal menjadi milik kamu, Dengan kuasa Allah swt dan dengan izinNYA, anda akan mampu mewariskan kejayaan ini ke generasi yang akan datang.


Salam sejahtera ke atas kamu beserta dengan rahmat dan keberkatan Allah swt.

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


VIDEO - TELITI CAKAP BELIAU, JIKA TIDAK KAFIR, APA HUKUMNYA?

Posted: 29 Feb 2012 12:06 PM PST




Betapa bodohnya insan yang bercakap di atas.  Hukum HUDUD adalah ciptaan Ahli Fekah, katanya.  Hudud tiada di dalam Al-Quran, katanya lagi.  

Orang tua di atas juga menyamakan `rogol' dengan `zina' apabila beliau bercerita pasal hukum Hudud.  Bagaimana mangsa rogol boleh terbela walaupun mangsa mengenali orang yang merogolnya tetapi tiada 4 orang saksi?  Itu hujah si tua bengap dan jahil di atas.  Ertinya, beliau memahami `rogol' sama seperti `zina'. 

Begitulah jika merasa diri sendiri amat hebat dan tidak takut kepada mati kafir.  Orang jahil ini juga dahulu pernah hina janggut Nabi dan pakaian Nabi.  Peliknya, orang tua sejahil ini masih menjadi tokoh pujaan parti keris telanjang.

Aku cadangkan orang tua yang mengaku membaca Al-Quran di dalam Bahasa Inggeris ini dibawa ke Klinik pulih akidah iaitu di Klinik JATI Sdn Bhd, kepunyaan Dr Hassan Jati./wfauzdin.blogspot.com

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Jangan lari pergi Argentina pulak na???

Posted: 28 Feb 2012 09:34 PM PST

IKLAN!!


SEKIRANYA TUAN2 MAHUKAN DON CHE DET DAN SEMUA TUN DISIASAT, PASTIKAN ANDA MENGUNDI CALON-CALON PAKATAN RAKYAT DALAM PRU13 AKAN DATANG.


Siasat juga semua Tun, kata Dr Mahathir
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencadangkan sebarang siasatan audit berhubung kerugian dana awam semasa pemerintahan 22 tahunnya, mesti juga membabitkan siasatan ke atas semua mereka yang bergelar Tun, atau bekas perdana menteri.

"Bukan sahaja saya... semua Tun mesti diaudit. Begitu juga dengan anak-anak dan cucu-cicit mereka," bidas beliau semasa sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Mahathir berkata demikian sebagai mengulas desakan pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang yang menuntut audit dijalakan berhubung kerugian hampir RM100 bilion dana awam yang didakwa Lim berlaku sepanjang tempoh Mahathir menjadi perdana menteri.
Lim - dalam satu kenyataan 24 Februari lalu - berkata langkah itu perlu kerana pentadbiran sekarang "nampaknya seperti tidak mengambil sebarang pengajaran (daripada skandal yang lalu)".

Katanya, rakyat Malaysia terkejut dan marah dengan komen sinis Dr Mahathir (kanan) yang menjustifikasikan tindakan kerajaan menyelamatkan MAS yang mengakibatkan kerugian dana awam, atas alasan terdapat kes yang lebih teruk daripada itu selepas beliau (Dr Mahathir) bersara.

Lim menyifatkan alasan Mahathir sebelum ini untuk menerangkan tindakan menyelamat MAS membabitkan RM1.8 bilion sewaktu pentadbirannya sebagai "logik sesat".

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Dr Dzulkifly: Lebih Baik Kerjasama Dengan DAP Dari Umno

Posted: 29 Feb 2012 03:00 AM PST

SHAH ALAM, 29 FEB: "Lebih baik saya minum kopi dengan DAP daripada minum arak dengan Umno," demikian tempelak Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Dr Dzulkefly Ahmad ketika menjawab soalan Ketua Penerangan Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa), Ruslan Kassim.

Menurut Dr Dzulkefly, meskipun Umno dianggotai oleh orang-orang Melayu, tetapi parti itu mengamalkan budaya yang mampu merosakkan rakyat dan negara ini.

"Walaupun DAP dianggotai majoriti sahabat kita bangsa Cina yang bukan Islam tetapi mereka tak ajak saya edar video lucah, luluskan lesen judi, ambil rasuah, kroni, salah guna kuasa dan macam-macam lagi.

"Tetapi dengan Umno, mereka suruh edar video lucah, rasuah, galakkan rakyat main judi, samseng dan macam-macam budaya lain yang merosakkan rakyat dan negara ini.

"Jadi mana lebih baik? Saya berkawan dengan Melayu Umno atau Cina DAP?," ujar Dr Zulkefly.

Terdahulu dalam pusingan soal jawab, Ruslan Kassim telah bertanyakan kepada Dr Dzulkefly mengapa Pas memilih untuk berkerjasama dengan DAP yang majoritinya dianggotai orang Cina tetapi bukannya orang Melayu dalam Umno.

Selain Dr Dzulkefly dan Ruslan Kassim, wacana Sinar Siri ke-11 yang membincangkan tajuk 'Mengapa Undi Melayu Berpecah' itu turut menampilkan Ahli Parlimen Pandan, Ong Tee Keat dan Pengerusi PKR Johor dan Datuk Chua Jui Meng.

Rafizi: Pendedahan Skandal NFC Adalah Tepat

Posted: 29 Feb 2012 02:59 AM PST

SHAH ALAM, 29 FEB : Parti Keadilan Rakyat (PKR) memperoleh maklumat terbaru bahawa pengurusan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) menerusi Farmhouse Supermarkets Pte Ltd (Farmhouse Supermerkets) membuat pelaburan berjuta ringgit dari dana rakyat disalurkan dan beroperasi di Rochester Mall bersebelahan kompleks membeli belah Star Vista di Singapura.

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, siasatan dilakukan pihaknya dengan maklumat diperoleh daripada rakyat Malaysia di republik itu memang menyatakan penyewaan dibuat syarikat tersebut di Rochester Mall.

"Farmhouse Supermarkets dikatakan menyewa unit-unit bernombor #02-08 hingga #02-35 di kompleks membeli belah yang dibangunkan bersama-sama kondominium mewah di alamat 35, Rochester Drive, Singapura. Projek itu dibangunkan oleh pemaju UE One-North Developments Private Limited.

"Semakan di laman rasmi Rochester Mall jelas menyenaraikan Farmhouse Supermarket sebagai salah satu penyewa mereka seperti yang dilaporkan di laman http://www.rochestermall.com.sg/#02-08to35," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Rafizi mengulas mengenai penafian dibuat CapitalMalls selaku pemaju kompleks membeli belah Star Vista yang sedang dimajukan di mana mereka tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Farmhouse Supermarket yang dimiliki keluarga Menteri Wanita, Kelaurga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Selanjutnya Mohd Rafizi berkata, maklumat di laman rasmi Roshester Mall juga mengesahkan bahawa Farmhouse Supermarket adalah penyewa terbesar di tingkat 2 kompleks itu berbanding kedai-kedai lain.

"Saya juga berpendapat oleh kerana lokasi Rochester Mall adalah bersebelahan dengan Star Vista, anggaran sewa seperti yang didasarkan kepada laporan Competition Commission of Singapore tidaklah banyak berbeza," katanya.

Oleh yang demikian, jelasnya, beliau percaya selain dari kesilapan alamat sebenar kompleks seperti yang disebut, keseluruhan pendedahan yang dibuat sebelum ini adalah tepat.

Tambahnya, kenyataan Pengarah Eksekutif NFC yang juga suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail yang disiarkan sebuah akhbar Inggeris pada 29 Februari lalu turut mengesahkan bahawa NFC tidak menafikan kewujudan pasaraya mewah itu malah masih mempertahankan hak mereka untuk menceburi apa-apa perniagaan yang dirasakan sesuai.

"Saya memohon maaf secara terbuka kepada CapitalMall dan NFC atas kesilapan fakta yang berlaku, walaupun ia tidak memadamkan pelbagai persoalan yang timbul mengenai pembabitan NFC di dalam operasi pasaraya mewah di Singapura,"

Abdul Khalid : Pelantikan Khairy Jamaluddin Tidak Menguntungkan Bumiputera

Posted: 29 Feb 2012 02:53 AM PST




SHAH ALAM, 29 FEB : Perlantikan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) telah membawa masyarakat Bumiputera ke belakang di mana fahaman dan kepentingan politik menjadi asas kepada pelantikan ke jawatan profesional.

Menurut Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, perlantikan Khairy menghantar isyarat yang salah kepada komuniti Bumiputera yang sekarang digalakkan untuk meningkatkan standard profesionalisme setanding yang terbaik di dunia.

Ini kerana perlantikan MP Rembau itu jelas menunjukkan fahaman politik menjadi kriteria utama untuk dilantik ke jawatan tertinggi dalam syarikat berkaitan kerajaan, bukannya berdasarkan kemampuan dan pengalaman.

"Sebagai salah seorang pengasas PUNB iaitu syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) di mana saya berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), saya berbangga dengan pencapaian PUNB yang selama ini diterajui oleh golongan profesional dan berkebolehan.

"Walaupun peringkat pengubal dasar terdiri daripada ahli ahli politik tetapi mereka tidak campur tangan dalam operasi. Malah Ahli Lembaga Pengarah terdiri daripada golongan profesional berpengalaman yang tidak mempunyai kepentingan politik atau kumpulan berkaitan dengan politik," tegasnya.

Tambahnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak seharusnya mensia-siakan usaha masyarakat Bumiputera dengan melantik Khairy Jamaluddin yang tidak berkeupayaan dan tidak berpengalaman dalam menguruskan badan korporat yang sudah berjaya.

Tegasnya, tindakan Najib sekali lagi membuktikan bahawa beliau gagal mengutamakan antara kepentingan dengan profesionalisme.

Malah Abdul Khalid menyifatkan perlantikan tersebut sebagai petanda yang buruk bagi bumiputera dan Malaysia khasnya.

"Bagi pembangunan negara, pemimpin sepatutnya melihat dalam konteks lebih luas dan berfikir di luar fahaman politik di mana ciri-ciri ini telah diketepikan menerusi pelantikan Khairy Jamaluddin," jelasnya.




RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


'Mana-mana Muslim soleh boleh pimpin Pas'

Posted: 29 Feb 2012 09:06 PM PST


Nik Abdul Aziz Nik Mat
SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan sesiapa sahaja yang "beragama Islam yang soleh" boleh memimpin Pas, tidak kira kaum atau bangsa.
"Saya ingin mengulangi penegasan saya bahawa sesiapa sahaja yang merupakan Muslim yang soleh boleh memimpin Pas sekalipun bukan berbangsa Melayu kerana bangsa tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi ALLAH SWT," kata beliau menerusi Facebook hari ini.
Sehubungan itu kata beliau, untuk apa berbangsa Melayu jika masih mengeluarkan kenyataan yang mencerminkan kejahilan terhadap undang-undang ALLAH SWT?
Tanpa merujuk kepada nama, Menteri Besar Kelantan berkata, beliau juga bersimpati dengan salah seorang bekas pemimpin negara yang "rupanya masih meraba-raba."
Read More / Baca Lagi >>

NFCorp insulting rakyat’s intelligence

Posted: 29 Feb 2012 09:04 PM PST

Ratcheting up the pressure on the corporation, PKR asks why foreign ventures were necessary when it is lagging way behind in meeting its domestic targets.
PETALING JAYA: PKR today took to task National Feedlot Corporation (NFCorp) chairman Mohamad Salleh Ismail for defending its business ventures in Singapore.
PKR strategic director Rafizi Ramli said Salleh's justification "was an insult to Malaysian's intelligence" seeing that NFC has failed to reach the previous targets set for the project.
"NFCorp has no right to speak of new global markets when it has not fulfilled the 40% target of domestic demand," he said, adding that was the purpose of establishing the NFC.
Read More / Baca Lagi >>

Another Dr M cover for corruption: Chua Soi Lek for Umno president?

Posted: 29 Feb 2012 09:01 PM PST

Another Dr M cover for corruption: Chua Soi Lek for Umno president? - Kit SiangIt has been suggested that the response to Tun Dr. Mahathir's "tongue-in-cheek" proposal that I be made PAS President is to ask whether Mahathir would propose Datuk Seri Chua Soi Lek as UMNO President!
However, I think it is more productive to focus on Mahathir's other "tongue-in-cheek" statement that all the Tuns and "their sons and grandsons too" should all be investigated in response to my call for a full audit and accounting into the RM100 billion losses from the financial scandals during Mahathir's 22-year premiership.
Another bad news about Malaysian Airlines recording a whopping net loss of RM2.52 billion for 2011 despite round-after-round of billion-ringgit bailouts in the past two decades is salutary reminder that the root cause why the once national premier airline is reduced to such a parlous crisis stage today must be traced to Mahathir's 1994 decision to use Bank Negara's MAS shares to bail out Bank Negara from its RM30 billion foreign exchange losses.
Read More / Baca Lagi >>

Jawatan No. 2: 'Hanya pandangan peribadi'

Posted: 29 Feb 2012 07:58 PM PST


Abu Bakar Hussain
SHAH ALAM - Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain berpendapat belum tiba masa bagi parti itu menerima orang nombor dua daripada kalangan orang bukan Islam.
Sehubungan itu kata beliua, perkara tersebut perlu dirujuk kepada peraturan dan perlembagaan Pas terlebih dahulu agar tidak timbul masalah lain.
"Pelbagai diskusi boleh dilakukan bagi membincangkan isu ini kerana sehingga kini individu yang layak adalah beragama Islam tidak kira mereka dari kaum lain," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad yang menyatakan bahawa jangan terkejut jika beberapa tahun akan datang, orang nombor dua Pas bukan seorang yang beragama Islam, dalam Wacana Sinar Siri Ke-11 bertajuk "Mengapa Undi Melayu Pecah" anjuran Kumpulan Media Karangkraf, kelmarin.
Read More / Baca Lagi >>

Jawapan Tun Dr Mahathir Tentang hukum HUDUD

Posted: 29 Feb 2012 07:57 PM PST

Pemimpin tertinggi Pas mesti Islam...bukan mengikut kaum atau bangsa.

Posted: 29 Feb 2012 07:55 PM PST


Harun Taib
SHAH ALAM – Pas tetap mengutamakan mereka beragama Islam memegang jawatan tertinggi dalam parti dan keputusan melantik bukan Islam sebagai timbalan presiden atau setiausaha agungnya mustahil dilaksanakan.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, melantik bukan Islam mengisi jawatan itu memerlukan pindaan perlembagaan dan persetujuan sepenuhnya daripada muktamar.

"Jika (Ahli Jawatankuasa Pas Pusat) Dr Dzulkefly Ahmad mengesyorkan untuk membuka pintu membolehkan bukan Islam dilantik ke jawatan timbalan presiden, saya rasa itu hanya pandangan peribadinya dan tiada kaitan dengan dasar parti. Ia bukan keputusan Pas.
Read More / Baca Lagi >>

Kesan Kimia : Seorang Pekerja Kilang Kertas MNI Yang Di Bantah "Penduduk Temerloh" Meninggal Dunia !!

Posted: 29 Feb 2012 07:53 PM PST

TEMERLOH, 1 Mac - Beberapa tahun lalu, ketika Kerajaan Negeri Pahang beriya-iya untuk membawa masuk kilang kertas Malaysian Newsprint Industries (MNI) ke Kawasan Perindustrian Temerloh dekat sini, ramai rakyat yang membantahnya. Ini kerana mereka gusar tindakan kilang terbabit mengalirkan bahan kimia buangan ke Sungai Pahang yang boleh menyebabkan risiko kesihatan kepada penduduk sekitar. Bantahan penduduk ketika itu langsung tidak diendahkan oleh pihak kerajaan. Apa yang penting ialah membawa masuk pelaburan demi keuntungan. Akhirnya berbagai laporan diterima tentang masalah hidupan air tawar di sepanjang sungai sekitar Temerloh. Namun, dek kerana ia tidak dihebahkan maka kes itu dianggap terpencil.
Read More / Baca Lagi >>

Radioaktif : Peniaga pindah jika loji Lynas mula operasi

Posted: 29 Feb 2012 07:50 PM PST

Walaupun loji memproses nadir bumi - The Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) - di Gebeng Kuantan, masih dalam pembinaan dan operasinya belum bermula, bantahan keras rakyat umum di sekitar Kuantan terhadap projek itu makin kuat.

Kebanyakan peniaga yang ditemui Malaysiakini - sebelum Himpunan Hijau 2.0 berlangsung - mengakui dan mengetahui loji berkenaan melalui laporan media atau perbualan dengan rakan-rakan mengenai projek bernilai RM700 juta itu.

Rata-rata yang ditemubual di bandar Kuantan - yang terletak 35 kilometer dari tapak loji tersebut - tidak menolak kemungkinan untuk berpindah sekiranya loji itu mula beroperasi atau jika terdedah dengan bahan radioaktif.

Mereka memutus demikian ekoran bimbang dengan tahap keselamatan dan bakal berdepan risiko  jangka masa panjang jika kebocoran sisa radioaktif berlaku sekaligus mempersoalkan mengapa loji berkenaan tidak di negara asalnya - Australia.
Read More / Baca Lagi >>

BERSIH 1.0: Mat Sabu, Tian Chua diperintah bela diri

Posted: 29 Feb 2012 07:48 PM PST

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan keputusan Mahkamah Sesyen dan memerintahkan 17 orang, termasuk Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua untuk membela diri.

Hakim Datuk Ghazali Cha mendapati terdapat kes prima facie terhadap mereka berhubung penyertaan mereka dalam perhimpunan BERSIH pada 2007.

Berikutan itu, hakim mengarahkan mereka membela diri di hadapan hakim yang sama.

Utusan dakwa Azizan akan tumbang sebelum PRU13

Posted: 29 Feb 2012 07:43 PM PST

KUALA LUMPUR, 1 Mac — Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dijangka akan ditumbangkan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, demikian menurut akhbar milik Umno Utusan Malaysia hari ini.
Akhbar berbahasa Melayu itu melaporkan, berdasarkan sumber dalaman PAS, gerakan menyingkirkan Azizan (gambar) itu akan dilakukan oleh kelompok PAS Kedah yang tidak senang dengan cara beliau mengendalikan isu pelantikan semula dua exco kerajaan negeri berkenaan.
Berdasarkan sumber dalam PAS, Utusan melaporkan bahawa terdapatnya desakan kepada PAS Pusat agar mengarahkan Azizan bercuti dan tidak dilantik semula sebagai Menteri Besar jika pakatan pembangkang memerintah Kedah.
Hanya lapan daripada 10 exco dilantik semula semasa istiadat pelantikan exco 28 Febuari lalu di Istana Anak Bukit.
Dua exco yang tidak dilantik itu, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh telah mengeluarkan surat menyatakan keengganan mereka dilantik semula berikutan terdapatnya krisis yang berlaku antara mereka dengan Azizan.
Read More / Baca Lagi >>

BN Govt Is Rotten To The Core, Will Suck You Dry, We Have To Change This Govt

Posted: 29 Feb 2012 07:41 PM PST

Zamil telah dipecat parti pada 7 Feb, Zaid ketua yang sah, kata SU Kita

Posted: 29 Feb 2012 07:40 PM PST

KUALA LUMPUR, 29 Feb — Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) menegaskan Zamil Ibrahim yang mengisytiharkan dirinya sebagai presiden baru parti itu telah dipecat keanggotaan pada 7 Februari lalu.
Justeru menurut Setiausaha Kita pusat Masrum Dayat, ekoran pemecatan itu Zamil tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam parti diterajui Datuk Zaid Ibrahim (gambar).
Jelas beliau, apa-apa kenyataan dikeluarkan Zamil bukan mewakili parti sebaliknya diri sendiri.
"Oleh itu parti ini tidak bertanggungjawab dan tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap apa-apa tindakan atau kenyataan dibuat beliau (Zamil).
"Kenyataan-kenyataan beliau tidak ada kaitan dengan parti ini sebaliknya adalah kenyataan peribadi beliau sendiri," kata Masrum dalam satu kenyataan.
Jelas beliau, sebagai sebuah pertubuhan berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966, ketua parti masih dipegang Zaid selain direkodkan Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Masrum menambah sebarang maklumat mengenai parti itu boleh didapati di pejabat parti Kita yang terletak di Petaling Jaya.
Read More / Baca Lagi >>

Syrian children killed in Sirmeen

Posted: 29 Feb 2012 07:38 PM PST

Lebih baik minum kopi dengan DAP daripada minum arak dengan Umno

Posted: 29 Feb 2012 05:49 PM PST

SHAH ALAM, 29 FEB: "Lebih baik saya minum kopi dengan DAP daripada minum arak dengan Umno," demikian tempelak Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Dr Dzulkefly Ahmad ketika menjawab soalan Ketua Penerangan Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa), Ruslan Kassim.

Menurut Dr Dzulkefly, meskipun Umno dianggotai oleh orang-orang Melayu, tetapi parti itu mengamalkan budaya yang mampu merosakkan rakyat dan negara ini.

"Walaupun DAP dianggotai majoriti sahabat kita bangsa Cina yang bukan Islam tetapi mereka tak ajak saya edar video lucah, luluskan lesen judi, ambil rasuah, kroni, salah guna kuasa dan macam-macam lagi.

"Tetapi dengan Umno, mereka suruh edar video lucah, rasuah, galakkan rakyat main judi, samseng dan macam-macam budaya lain yang merosakkan rakyat dan negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

Tony Pua: Najib, What Transformation You Are Talking About?

Posted: 29 Feb 2012 05:45 PM PST

Pro-M bantah UM perkenal sistem zon p'raya kampus

Posted: 29 Feb 2012 05:44 PM PST

Kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Malaya (UM) membantah tindakan pentadbiran universiti memperkenalkan sistem zon bagi kerusi umum dalam pilihan raya kampus yang dijangka berlangsung akhir Mac depan.

Mereka mendakwa peraturan baru yang diumumkan kelmarin, bertujuan untuk "memecah dan mengurangkan" dominasi pelajar khususnya mahasiswa Akademi Pengajian Islam (API), walaupun mereka berpendapat semua mahasiswa dari fakulti boleh bertanding kerusi itu.Read More / Baca Lagi >>

PKR to Najib: Why wasn't Felda Farm Products Sdn Bhd awarded the NFC project?

Posted: 29 Feb 2012 05:30 PM PST

NFCorp justifies its expansion into Singapore

Posted: 29 Feb 2012 05:29 PM PST


KUALA LUMPUR, March 1 — The National Feedlot Corporation (NFCorp) said it intends to sell its beef products abroad as the local market was too small and could not support the firm's intended output, after opposition officials exposed a supermarket venture linked to the company's directors.
NFCorp chairman Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail explained that the publicly-funded cattle-rearing firm was building up the market in Singapore and would likely do the same in Indonesia in future.
File photo of the NFC in Gemas which was first mooted as a high-impact project under the Ninth Malaysia Plan.
He said this was necessary as the National Feedlot Centre (NFC) would produce 78,000 tonnes of beef by 2015 once its abattoir was operational, more than what the Malaysian market needed. The NFC was first set up in 2007 to provide food security and import substitution for beef from abroad. "When we have this many tonnes of beef, the Malaysian market will not buy everything so we have to find other places to sell," he told The Malaysian Insider yesterday.
"We don't have a contract with the government (to sell beef)... We only have a contract to slaughter the cows. Where do you think we are going to sell this?"
Read More / Baca Lagi >>

Two-party system: Umno vs bipolar DAP

Posted: 29 Feb 2012 05:27 PM PST

Little do the Chinese realise that the end-result from this trajectory is that the Chinese will be decidedly ostracised.
While on one side Penang Chief Lim Guan Eng has lodged a police report on "the violent threats" against him during the Himpunan Hijau last weekend, on the other side, the state Umno is claiming that Lim had been provocative.
There is a huge disconnect between how his party projects itself and how DAP is perceived by its target audience, in this case, the Malay electorate.
DAP has of late been professing that all it wants is to give the Malay community a big, warm hug but Lim – when caught off-guard – belied his party's sales pitch.
"Ini Umno tak payah cakap lah." His tone and expression, when dismissing Umno, conveyed the impression that he regarded the Malay party as his mortal enemy. This animosity was duly noted and the YouTube clip of Lim circulated in Malay blogosphere.
Read More / Baca Lagi >>

Nasib Si Labu Jati

Posted: 29 Feb 2012 05:24 PM PST

Ceramah Hasan Ali sudah mula tiada sambutan

Gambar di bawah adalah kehadiran ceramah Hasan Ali di Kampung Melayu Subang malam tadi.Memang pada mula Hasan Ali memulakan "tour" beliau, kelihatan ceramah beliau mendapat sambutan.

Mengikut laporan yang Tulang Besi dapat dari ceramah beliau di Paya Jaras tempohari, majoriti yang hadir dalam ceramah di Paya Jaras tempohari adalah terdiri dari penyokong dan pendokong PAS.

Tujuan mereka hadhir adalah semata-mata mahu mendengar sendiri manusia bernama Hasan Ali mengutuk dan menista PAS.
Read More / Baca Lagi >>

Kenyataan NFC mempertahankan operasi perniagaan di S'pura tak masuk akal

Posted: 29 Feb 2012 05:23 PM PST

Kenyataan NFC mempertahankan operasi perniagaan di S'pura tak masuk akalSaya merujuk kepada kenyataan Dato' Seri Salleh Ismail, Pengerusi Eksekutif NFC yang disiarkan laman berita The Malaysian Insider bertajuk "NFCorp Justifies Its Expansion Into Singapore" bertarikh 1 Mac 2012.
Beliau dipetik mempertahankan operasi perniagaan milik keluarganya di Singapura (setakat ini melibatkan tiga buah restoran mewah dan sebuah pasaraya mewah) yang dipercayai menggunakan dana awam RM250 juta. Beliau memberikan alasan bahawa pasaran Malaysia untuk membeli daging dari NFC terlalu kecil dan tidak dapat memenuhi pengeluaran NFC. Malah, beliau turut membayangkan hasrat NFC untuk membuka operasi di Indonesia dalam masa yang terdekat.
Saya berasa kesal kerana alasan yang diberikan tidak dapat diterima akal oleh rakyat Malaysia. NFC sehingga sekarang masih gagal untuk mencapai sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan sebagai syarat untuk mendapatkan projek Pusat Fidlot Kebangsaan dan dana awam RM250 juta.
Read More / Baca Lagi >>

'Jiwa besar' 5 pelajar 8A PMR tolak asrama penuh

Posted: 29 Feb 2012 05:22 PM PST


Pelajar
PASIR MAS - Meskipun mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh, lima pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkong dekat sini sanggup menolak tawaran tersebut dan meneruskan persekolahan di sini, semalam.

Lima pelajar ini, mendapat keputusan 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu, berazam untuk menaikkan nama sekolah sekali lagi dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tahun depan.

Raja Nur Farahin Raja Abd Halim, 16, berkata, dia mengakui sekolah berasrama penuh, mempunyai banyak kelebihan untuk mengulang kaji pelajaran, namun dia tidak dapat melupakan kemesraan gurunya di sini, yang banyak berkorban untuk kecemerlangan dalam pelajarannya.
Read More / Baca Lagi >>

Muslimat Pergiat Program Tangkis Propaganda UmnoBN

Posted: 29 Feb 2012 05:20 PM PST

12 dead in China violence, Xinhua reports

Posted: 29 Feb 2012 05:19 PM PST

South Tehran voters ready for Iran election

Posted: 29 Feb 2012 05:19 PM PST