MIMPI SENJA |
- "Najib ini dia rasuah semua orang, dia pergi ke Haji pun tuhan dia nak rasuah. - Bekas ADUN BN
- ARTIS : [18SX] Artis ni tanggalkan pakaian ketika "Live Talk Show"
- Pembatalan konsert Erykah Badu : Tahan sebak di Sidang Akhbar
- "Ayam kaki satu berdarah" diletak depan Pusat Khidmat DSAI di Permatang Pauh
- Muka penipu?: ... tapi apa nak dihairankan, MP Umno la katakan
"Najib ini dia rasuah semua orang, dia pergi ke Haji pun tuhan dia nak rasuah. - Bekas ADUN BN Posted: 29 Feb 2012 09:04 PM PST KUALA LUMPUR, 1 Mac: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, beliau sedia mendedahkan tembelang sebenar sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mentadbir negara. Menurutnya, pendedahan tentang Najib yang menguasai perlimen Pekan sejak Allahyarham bapanya Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia itu akan dibuat dalam satu ceramahnya bersama Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu pada 15 Mac ini di Pekan, Pahang. Mohd Ariff berkata demikian ketika ditemui dalam sesi Cakap-cakap Bersama Harakah di Pejabat Editorial Harakah dekat sini baru-baru ini. Mohd Ariff yang juga bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan berkata, beliau sangat mengenali Najib dan peribadi Perdana Menteri itu dalam berpolitik serta pentadbiran. Ini kerana beliau pernah menjadi orang penting Umno selaku Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan dalam mengembalikan sokongan ke atas Najib selepas hampir tewas pada Pilihan Raya Umum ke-10 (tahun 1999). Mohd Ariff yang terkenal dengan blog Sakmongkol berkata, Najib bukanlah seorang yang tegas dalam kepimpinannya, sebaliknya hanya menggunakan taktik 'membayar' untuk mendapatkan sokongan. Beliau yang sangat Ariff dengan sikap politik Najib berkata, Perdana Menteri itu hanya mahu dengar yang 'indah-indah sahaja'. Ia termasuklah apa yang berlaku di Pekan semasa hampir tewas di tangan PAS pada pilihan raya umum ke-10 tahun 1999, katanya. "Saya ada sebutkan dalam blog saya, penerima subsidi terbesar di Malaysia ini ialah Najib, kerana beliau dapat Parlimen Pekan kerana subsidi daripada kawasan Allahrayham Tun Razak, jadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) sebab baba saudaranya Perdana Menteri, dia jadi Naib ketau Pemida Umno sebab dia ikut Dato' Seri Anwar Ibrahim, "Dia (Najib) tidak pernah berlawan, gaya dan kepimpinan itu dia tidak ada, dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin sendiri mengakui bahawa keburukan Najib ini tidak tahu mentadboir negara ini dan hilang punca, "Najib ini tiada wawasan, dia ini mentadbir dan urus negara macam urus Umno Bahagian Pekan, dia baik dengan sana-sini bukannya untuk menyatukan, dia ini juga tidak berani, dia ini macam lalang," ujarnya lagi. Beliau juga memaklumkan, sewaktu bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah menetang Tun Dr Mahathir, Najib menyokong Ku Li pada walnya. Namun, pada saat-saat akhir mengalih sokongan kepada Mahathir kerana Mahathir mempunyai rahsia besar mengenai Najib. "Najib ini kebersihan ini tiada sangat, saya tahu sebab saya sangat kenal dia, keduanya dia ini tidak boleh buat keputusan yang tegas, dia boleh berubah atas tekanan.Dia ini ingin semua sokong dia, dan dia akan mendapatkan kesetiaan semua orang dengan dia bayar orang sana-sini," katanya lagi. Satu cara Najib menyelesaikan masalah hanya dengan membayar dan menyogok pihak yang dikehendaki, katanya. Disebabkan itulah, Najib terbawa-bawa kaedah itu dalam dasar Belanjawan yang dibentangkannya sebelum ini, ujarnya. Dalam belanjawan, rakyat dapat melihat Najib memberikan bantuan 'one off' sejumlah RM500 dan RM100, yang kesemuanya hanya untuk mendapatkan sokongan bersifat sementara, katanya. "Ini bukan duit Umno atau dia (Najib), tetapi ini duit kerajaan, yang dia mahu lihat bahawa dia ini nampak pemurah," katanya. Beliau yakin, zaman 'bayar dan sokong' yang diamalkan Najib ini sudah berlalu kerana rakyat kini semakin sedar akan masa depan mereka. "Umno berada dalam kepayahan, saya tidak merasa yakin jika rakyat mendapat sokongan rkyat dengan bayaran ini. "Najib ini dia rasuah semua orang, dia pergi ke Haji pun tuhan dia nak rasuah.Bayar Dam ini hanya dalam kes tertentu sahaja seperti Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya kata, " katanya sinis. Bercakap mengenai peribadi Najib, Mohd Ariff berkata, Najib hanya menjadi 'Melayu' pada tahun 1976 selepas pulang daripada luar negara setelah ketiadaan Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein (bekas Perdana Menteri yang juga ayahnya). "Selepas Ayahnya meninggal, barulah dia berjinak dengan Melayu, masa dia balik pelat (loghat) dia itu masih pelat Inggeris, perangainya yang saya tahulah," katanya sinis. Mohd Ariff juga memaklumkan, Najib sangat tidak rapat dengan keluarganya di Pekan, malah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor juga sangat tidak disukai masyarakat di Pekan.- Harakah Daily |
ARTIS : [18SX] Artis ni tanggalkan pakaian ketika "Live Talk Show" Posted: 29 Feb 2012 05:35 AM PST Selamba jer dia buka baju! Selamba jer dia buka baju! |
Pembatalan konsert Erykah Badu : Tahan sebak di Sidang Akhbar Posted: 29 Feb 2012 03:27 AM PST Pembatalan konsert sulung penyanyi antarabangsa terkenal, Erykah Badu di Malaysia menerima pelbagai reaksi dari semua pihak. Konsert sulung penyanyi yang popular dengan lagu "You Got Me" itu telah dibatalkan pihak berwajib menerusi kenyataan yang dikeluarkan Datuk Seri Utama Rais Yatim semalam di laman Twitter rasmi beliau. Menerusi sidang media tergempar yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) sebentar tadi, Erykah bersama wakil penganjur dari Pineapple Concert telah hadir memberi kenyataan berhubung isu pembatalan konsert ini. "Kami dengan dukacitanya memaklumkan secara rasmi konsert Erykah Badu di Kuala Lumpur dibatalkan. Kami telah mendapat arahan selanjutnya dari pihak PUSPA dan difahamkan juga permit yang diberikan sejak Disember lepas telah ditarik balik," ujar Razman Razali, wakil dari Pineapple Concert. Razman turut menjelaskan imej yang diguna pakai akhbar The Star yang memaparkan gambar Erykah dengan kalimah Allah itu tidak ada kaitan dengan pihak penganjur. Menurut beliau, gambar rasmi yang telah dibekalkan pihak penganjur kepada semua media cetak baik elektronik adalah gambar yang sudah pun dipersetujui semua pihak dan memenuhi garis panduan yang ditetapkan. "Gambar yang disiarkan akhbar The Star itu bukanlah datang dari kami. Kemungkinan besar, gambar itu The Star ambil dari pihak Universal Music," jelas Razman yang belum memberi kata putus tentang apakah tindakan yang akan dilakukan kepada pihak The Star berhubung isu ini. Kesemua peminat yang sudah membeli tiket boleh membuat tuntutan semula wang masing-masing melalui wakil penjual, Air Asia Red Tix. Penganjuran konsert yang telah dirancang rapi ini tidak pernah menjadi isu atau ditentang mana-mana pihak sehinggalah kontroversi ini berlaku. "Pihak The Star sepatutnya peka dengan isu-isu sebegini dan lebih peka terhadap sensitiviti masyarakat Malaysia. Tambahan pula, mereka sepatutnya lebih arif dan mengetahui hal-hal sebegini kerana mereka adalah medium akhbar," tambah Razman lagi yang mengakui ada menerima permohonan maaf dari akhbar berbahasa Inggeris itu. Erykah yang turut hadir menjelaskan gambar tersebut merupakan salah satu dari sesi pengambarannya yang diinspirasikan dari filem tahun 70an, The Holy Mountain yang diarahkan Alejandro Jodorowsky. Menurut Erykah, beliau menghormati kepercayaan setiap peminatnya dan menganggap kejadian yang berlaku ini adalah ketentuan Tuhan dan terjadi bersebab. "Saya berada di sini untuk semua peminat saya. Saya suka akan Malaysia. Orangnya peramah. Makanannya sedap dan saya tak pernah serik dan jika diberi peluang, saya pasti akan kembali ke negara penuh budaya ini," ujar Erykah dalam nada sebak. Erykah juga menjelaskan imej yang tertera di badan beliau itu bukanlah tattoo sebaliknya merupakan sejenis 'body art' atau lukisan badan yang tidak kekal. Erykah juga mengakui tidak dapat menyembunyikan rasa terkilannya kerana tidak dapat bersama peminatnya di sini. "29 Februari merupakan tarikh istimewa dan jarang berlaku. Sepatutnya tarikh ini menjadi hari yang bermakna dalam hidup saya kerana dapat bertemu anda semua dan berkongsi muzik dan kasih saya." Erykah yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 41 tiga hari lalu akan meneruskan konsert beliau di Indonesia Sabtu ini bersempena dengan Java Jazz Festival. Penampilan beliau yang sudah dirancang sejak tahun lepas lagi merupakan penampilan sulung beliau di benua Asia Tenggara. |
"Ayam kaki satu berdarah" diletak depan Pusat Khidmat DSAI di Permatang Pauh Posted: 28 Feb 2012 11:53 PM PST Pagi ini saudara Fathilullail bin Jaafar Sidek (petugas Pusat Khidmat Permatang Pauh) terkejut apabila beliau datang ke Pusat Khidmat jam 10 pagi, beliau menjumpai ayam berdarah dengan satu kaki tergantung di Pusat Khidmat Permatang Pauh Dun Seberang Jaya dan Bilik Gerakan AMK Permatang Pauh. Apakah motif mereka yang tidak bertanggungjawab berbuat demikian? Budaya politik apa yang mahu dibawa ke Malaysia? Budaya berbau ugutan adalah budaya samseng ala umno dan perkasa ujarnya kepada sharpshooter. Saudara Fathilullail bin Jaafar Sidek merupakan abang kepada Fayyadh Affiq Albaqry Bin Jaafar Sidek yang tercedera ditembak polis dalam demo BERSIH 2.0 Pejuang Kemaafan yang juga anggota Jingga 13 Pulau Pinang berkata beliau berada di Pusat Khidmat ini hingga pukul 3.00 pagi tetapi tiada apa yang berlaku. Manakala menurut saudara Mohd Saiful beliau berada di Pusat Khidmat ini hingga pukul 7.30 pagi tetapi katanya ayam tersebut tiada. Beliau juga hairan apa motif mereka berbuat demikian. Ketua AMK Pulau Pinang saudara Amir Ghazali amat kesal dengan kejadian ini dan beliau berkata kemungkinan besar ini ada kaitan dengan debat "GASAK" pada malam ini. Semalam juga beliau menerima laporan bahawa umno dan perkasa akan datang mengganggu debat malam ini. Sharpshooter difahamkan bahawa kemungkinan besar malam ini YB Parlimen Tasek Gelugor Nor Yaacop tidak berani turun berdebat dengan Lim Guan Eng di Dewan Sg Dua. Besar kemungkinan malam ini pemuda umno dan perkasa akan ganggu dan membawa budaya samseng. Amir juga berkata, debat malam ini akan diteruskan dan kita juga telah bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku pada malam ini. Beliau menyeru penyokong Pakatan Rakyat usah bimbang untuk hadir beramai-ramai malam ini. Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com |
Muka penipu?: ... tapi apa nak dihairankan, MP Umno la katakan Posted: 28 Feb 2012 11:43 PM PST Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini mendapati Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri,(gambar) bersalah atas lapan tuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM80,000. Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan terhadap kepada kes pendakwa. Abdul Rahman, 47, didakwa dengan lapan tuntutan palsu dengan nilai RM10,000 setiap satu yang berjumlah RM80,000, daripada peruntukan kawasannya berhubung majlis yang tidak pernah dijalankan. Dia dituduh membuat tuntutan itu di antara 21 Januari dan 4 Februari 2008 ketika menjadi ADUN Sungai Ayer Tawar - Malaysiakini |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan